Monday, 21 May 2012

IZINKAN AKU PERGI [EPISOD 13]

EPISOD 13

Akmaruddin menjemput Ustazah Isma Nur Atiqah yang menantinya di terminal bas
           Akmaruddin memandu dengan cermat. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada pemanduan. Sebenarnya sudah hampir berpuluh kali Azreen membuat panggilan telefon, namun satu pun tidak dijawabnya. Sebaliknya Akmaruddin sengaja membuat sillent mood pada telefonnya.
           "Abang, Kak Azreen tahu ke pasal Isma nak duduk sama ni?" soal Ustazah Isma Nur Atiqah membuka bicara setelah lama berdiam diri didalam kereta abangnya itu.
           "Tahu.....", bohong Akmaruddin. Akmaruddin terpaksa berbohong dengan adik kesayangannya itu. Sebenarnya memang Azreen tidak mahu adiknya itu duduk serumah dengan mereka. Akmaruddin tidak tahu mengapa tiba-tiba sikap isterinya berubah.
           "Baguslah kalau kak Azreen dah tahu. Isma bukannya apa, Isma cuma tak nak menjadi pengganggu rumah tangga abang. Manusia ni bang rambut sama hitam, hati tidak sama sekali."tutur Ustazah Isma Nur Atieqah tenang. Itulah Ustazah Isma Nur Atiqah sentiasa bersikap tenang meskipun didalam masalah bergunung. Namun bait bicaranya tadi umpama sebiji batu besar yang telah menghempap kepala abangnya Akmaruddin.
            "Tak ada maknanya Isma. Kak Azreen mesti suka kalau Isma duduk dengan kami. Nanti kalau abang ada outstation taklah kak Azreen sunyi bila dah ada Ismakan?" dalih Akmaruddin sekadar untuk menenangkan hatinya.

NAJWA ATIKAH menemani Fatini kekedai makan yang berdekatan dengan banglo kediaman Zahiril. Sambil menikmati makan tengahari mata Najwa merata-rata banglo milik Zahiril. Dia terkejut apabila melihat  Merlieana seolah-olah sedang bertengkar dengan seseorang.
            "Fatini kau nampak tak apa yang akak nampak?"soal Najwa Atikah pada Fatini yang sedang menyuapkan nasi kemulut.
            Fatini berhenti menyuapkan nasi kemulutnya. 'Akak ni sempat lagi memandang orang' detik Fatini didalam hati. Tak berani pula ingin bersuara kenal sangat dengan perangai menyinga milik kakak saudaranya ini. "Mana kak? Apa yang akak nampak?" soal Fatini selamba, dia menyambung semula suapan yang tertangguh.
            "Tulah yang depan rumah Apex tu.. Tak nampak ke?" soal Najwa sambil matanya fokus pada pergelutan Merlieana dengan seorang lelaki tampan dan putih seperti cina.
            Fatini pun memandang kearah banglo yang dimaksudkan Najwa Atikah. Dia juga menjadi penonton pergelutan gadis putih kemerahan itu dengan lelaki yg seakan-akan mirip dengan penyanyi AF3 iaitu Nubhan.
           "Mesti lelaki simpanan dialah tu."kata Najwa Atikah, sengaja membuat serkap jarang. kalau dah tak suka memang macam tulah perangai kau! herdik hati Najwa Atikah.
           "Alah kak, memang patut pun. Habis si Apex tu, mana nak letak Niea? Yang terbaru ni si Jaja pulak! Oklah tu. Baru fair. Si Apex curang double, Merlieana curang triple!" kata-kata Fatini seolah-olah membela Merlieana, padahal Merlieana adalah gadis yang sedang berada ditempat yang pernah dia impikan bersama Zahiril. Sungguh Fatini bukan gadis pedendam dia sudah lama meredhai rumah tangga Merlieana dan Zahiril.
           "Pedulikanlah diaorang tu. Ni, mama Sufiyah ada beritahu yang Adam nak balik Malaysia tak lama lagi." Jelas Najwa Atikah.  Sengaja ingin mengubah topik. 'Fatini ni tak boleh nak ajak bergosip siki!' gerutunya didalam hati.
           "Adam siapa?" soal Fatini hairan.
           "Abang akaklah!" ujar Najwa Atikah sambil tersenyum. Fatini tidak tahu sama sekali mengenai keluarganya yang ingin menjodohkan dia dengan jejaka yang bernama Adam itu. Sejak dari kecil dia mengenali Najwa Atikah dia tak pernah mengetahui mengenai adik-beradik Najwa Atikah. Maklumlah dia terlalu rapat dengan Zahiril, sejak dari kecil dalam fikirannya semua berkaitan dengan Zahiril sehingga Zahiril dewasa dan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis cantik dimata sesiapapun.

"MERLIEANA awak tak boleh buat saya macam ni!" tempiak Nubhan setelah dia mula hilang sabar dengan memujuk gadis itu. Dia memegang keras bahu Merlieana. Cepat sahaja kulit bahu gadis itu memerah. Memang putih merah kulit perempuan ni. sempat pula si Nubhan ni bergerutu didalam hatinya.
          "Lepaskanlah saya Nubhan! Awak tak boleh nak paksa-paksa saya macam ni! Lebih baik awak baliklah! Kalau Zahiril balik kejap lagi macam mana?!" rayu Merlieana. Dia amat mengenali suaminya. Suaminya bukan jenis yang suka menyerang tak tentu pasal cuma dengan Merlieana sahaja Zahiril kerap bersikap dingin. Merlieana cuma ingin Nubhan pergi jauh dari hidupnya yang hampir ingin menemukan jalan kebahagian bersama suaminya yang mula dia cintai.
          "Biar dia balik! Senang saya nak cakap dengan dia supaya ceraikan awak! Saya cintakan awak Merlieana!" Kata-kata Nubhan seolah-olah seperti orang yang hilang kewarasan. Gempar gempita keadaan di depan kediaman banglo milik Zahiril.
          "Awak ni dah gila ke Nubhan! Lebih baik awak baliklah!" tengking  Merlieana sekuat hati. Dia berjalan ke arah pintu masuk, namun dengan pantas Nubhan meraih kasar pinggangnya.
          "Lepaslah!!!"Jerit Merlieana.
           Hampir kebetulan kereta Zahiril terpacul dihadapan banglo. Apabila dia melihat adegan panas itu dengan pantas dia keluar dari perut kereta. 'Suka hati kau peluk-peluk dia ye! Perempuan tu bini akulah bodoh' Tempiak Zahiril didalam hati.
           "Kau ni siapa??" soal Zahiril kasar sambil menolak sedikit bahu Nubhan terlerai jua pelukan itu. Dan sekelip mata Merlieana dalam pelukannya.
           "AKU......." belum sempat Nubhan menghabiskan kata-katanya Merlieana menarik manja bahu suaminya.
           "Jom masuk Zahiril, pedulikan dia! Awak pergi dari sini sekarang!" arah Merlieana. Pantas dia meraih Zahiril kedalam rumah. Pagar ditutup rapat dengan remote automatic.
           "Siapa dia?" soal Zahiril setelah menghenyakkan tubuh di sofa yg berada diruang tamu itu. Hatinya tiba-tiba dilanda cemburu yang menggunung apabila mengingat adegan peluk tadi.
           "Teman lama Lieana." jawab Merlieana selamba. Dia cuba menyembunyikan  perasaan takut. Jika mampu dia tidak mahu Zahiril mengetahui kisah silamnya.
           "Ada benda yang saya nak bincangkan dengan awak." ujar Zahiril lembut. Dia duduk disebelah isterinya.
           "Apa dia?" soal Merlieana lembut. Dia memicit-micit bahu suaminya. 'Mesti sayang penatkan?' ujar Merlieana didalam hati. Tak dapat nak luahkan dibibir. Malu!
           "Merlieana..." hati Zahiril jadi berbelah bagi bila melihat isterinya yang sudah berani membelai dia dengan lembut. 'Tak boleh kau kena uji dia Pex! Kau kena tengok hati dia. Sama ada dia sayang kat kau atau tak??' Tempiak hati Zahiril memaksa.
           "Hurmm?." jawab Merlieana manja. Dia merenung kedalam mata suaminya. ya Allah Merlieana jangan luruhkan hati abang sayang! doa Zahiril didalam hati.
           "Saya....nak mengambil.....dua orang gadis ini..... sebagai is.....teri" ujar Zahiril tersangkut-sangkut. Dia menggenggam tangan Merlieana.
           Merlieana menarik tangannya dari digenggam oleh suaminya. Dia beralih duduk di sofa yang berdepan dengan suaminya.
           "Kenapa Ril mesti nak menyoalnya pada Lieana? Diantara kita tak ada cinta. So far, Ril pun masih ada lagi tiga konta. Jadi tu terpulang pada Ril untuk kahwin dengan siapa yang Ril nak." Ujar Merlieana cuba berlagak selamba.
           Zahiril mengeluh. Dia terus berlalu mencapai kunci keretanya dan berlalu meninggalkan banglonya. Masing-masing dengan ego yang tinggi. Tanpa Zahiril sedar isterinya sedang mengalirkan airmata, menangis teresak-esak. Dan tanpa Merlieana sedar hati Zahiril hampa bila melihat dia seolah-olah tidak marah atau merajuk bila diberitahu yang dia ingin bernikah lagi.

NUR SANIEAH berasa aneh mengapa sepupu kekasihnya Zahiril ingin bertemu dengannya.
           Nur Sanieah menikmati minuman didepannya sambil menunggu kehadiran Emah dengan sabar. Setengah jam menunggu akhirnya Emah tiba jua.
           Dia bersalaman dengan Nur Sanieah dan duduk berhadapan dengan gadis itu.
           "Minum," lawa Nur Sanieah ikhlas.
           "Tak apa! Aku datang sini bukan untuk minum!"jawab Emah sinis.
           "Apa tujuan kau datang sini untuk berjumpa dengan aku Emah?" Soal Nur Sanieah lembut.
           "Betulkah aku dapat tahu kau masih berhubungan dengan Zahiril dan tak lama lagi akan berkahwin?" soal Emah dengan wajah yang amat serius.
           "Jika tiada aral melintang memang kami akan berkahwin. Dan tarikhnya kami cadangkan bulan depan."Tutur Nur Sanieah lancar dan sangat sopan.
           "Kau tahukan yang Zahiril dah ada isteri" soal Emah lagi.
           "Tahu...."jawab  Nur Sanieah perlahan.
           "Kau tak fikir perasaan isteri diakah?"
           "Setahu aku dia dan isterinya tak pernah bercinta pun" jawab Nur Sanieah sopan lagi.
           "BetulkaH? Kau pernah berjumpa dengan isterinya? Pernah bertanya dengan isterinya." soal Emah. Dia mengangkat kening kanannya.
           "Belum pernah jumpa, dan belum pernah bertanya."jawab Nur Sanieah perlahan. Dia memandang ke arah luar restoran.
           "Betul kau suka sama Zahiril?"soal Emah tiba-tiba.
           "Dia kekasih aku Emah, memanglah aku suka sama dia." jawab Nur Sanieah tegas.
           "Kalau kau betul-betul suka dan cintakan dia, tinggalkan dia! Cinta kadang-kadang perlukan pengorbanan! Fikir kebahagian dia! jangan fikir hati kau ja!"ujar Emah teramat sinis. Dia terus meninggalkan restoran itu.

SYEERA meletakkan asid baju berbahaya di baju yang akan dipakai oleh Nia untuk persembahan teater Nia disekolahnya sebentar lagi. 'Mampus kau nia' ujar Syeera didalam hati sambil tersenyum sinis. Dan terus meninggalkan bilik persalinan itu. Tanpa sedar tunangnya Muhd Hafis mengekori dia. Setelah Syeera keluar dari bilik itu, Muhd Hafis menyelinap masuk kedalam bilik persalinan tersebut dan menukar pakaian yang mengandungi asid berbahaya dengan baju yang sama persis tapi tidak berbahaya. Baju itu sungguh sama persis. Tanpa berlengah Muhd Hafis membawa itu keluar dan pergi bertemu dengan tunangnya.
            "Ambil ni!" Tempiak Zahiril. Dia meletakkan baju itu diatas meja peabat milik Datin Sufiyyah. Terhenti gelak Syeera sebentar tadi.
            "Apa ni?"soal Syeera berpura-pura tidak tahu.
            "Awak jangan pura-pura awak tak tahulah Syeera! Hafis tahu semuanya!" ujar Muhd Hafis kasar.
           "Hafis ikut Syeera?? Hafis ni kenapa??" tengking Syeera.
           "Hafis kenapa? Syeera tu yang kenapa? Syeera tahu tak apa yang Syeera buat semua ni salah? Kenapa Syeera terlalu berdendam dengan Nia?" soal Muhd Hafis.
           "Sebab dia papa mati! Sebab dia papa Syeera mati Hafis!!"tengking Syeera.
           "Itu cerita lama Syeera. Lagipun papa Syeera cuba untuk selamatkan dan dia tak sedar waktu tu kereta datang dekat. Dah ajal papa Syeera macam tu. Jangan salahkan takdir sayang."ujar Muhd Hafis seakan memujuk.
           "Tak Hafis! Sampai mati pun Syeera takkan biarkan pembunuh papa selamat!"bentak Syeera.
           "Teruskan Syeera! Teruskan.! Selagi dendam menguasai diri Syeera sampai bila-bila pun jiwa Syeera takkan tenang!" tengking Muhd Hafis dan terus meninggalkan bilik pejabat itu.

NUR NAJIHAH menyusun barang hantaran yang baru sahaja diubah suai. Hatinya kini sungguh berbunga-bunga semenjak dilamar Zahiril bulan lalu. Dia tidak pernah bermimpi akan mencipta mahligai bahagia bersama lelaki sebaik Zahiril.
           Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor kekasih hatinya. Namun tidak berjawab. Mungkin kekasihnya sedang sibuk.
          "Abang Apex ni sibuk kot" ujarnya sengaja ingat menyedapkan hati.