Tuesday 3 March 2020

3 March 2020

KEMATIAN

Kebelakangan ni, aku berada dekat dengan orang-orang yang dijemput Illahi. Perkara ni betul-betul membuat aku terduduk dan berfikir sebentar.

Selama ni, aku terlalu sibuk fikirkan hal dunia. Terlalu sibuk fikir lima tahun lagi nak jadi apa, nak buat apa, macam sampai pula lima tahun akan datang tu.

Aku bukan takut kepada kematian tu, tapi yang aku takutkan adalah dosa-dosa aku. Aku banyak dosa, jasa mak ayah aku pun aku belum dapat balas dengan sempurna, hutang lagi tak payah cerita. Aku takut aku tak sempat selesai tiga benda ni sebelum aku pergi hadap Allah.

Bila aku tengok ramai yang pergi, aku fikir macam mana nanti kalau aku pergi?
Ada tak orang yang nak maafkan dosa-dosa aku selama ni dengan diaorang?
Ada tak orang yang sudi nak uruskan jenazah aku?
Ada tak orang yang sudi nak doakan aku, sedekahkan al fatihah untuk aku?
Ada tak orang yang nak tengok-tengokkan mak ayah dan adik-adik, dan anak saudara aku?
Allah terima tak amalan aku selama ni?
Allah ampunkan tak dosa-dosa aku selama ni?
Aku takut. 
Itu yang aku takut.

Aku harap dapat istiqomah dan perbaiki salah silap diri aku selama ni. Aku nak mati dalam keadaan husnol khotimah. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin.

"CUKUPLAH MEMIKIRKAN DUNIA. CARILAH AMALAN UNTUK BEKALAN KITA MENGHADAP ALLAH. KITA TIDAK TAHU BILA ALLAH MENJEMPUT KITA UNTUK MENGHADAPNYA. KITA TAK TAHU!" - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
03 Mar 2020


2 March 2020

SAKIT II

Aku ingat sakit aku kena gigit semalam berakhir dengan keamanan hari ni, rupanya tak eh!!!!
Hari ni aku mengidap wei. 
Sakit dia tak boleh bawak bincang. Tempat sakit tu rasa berdenyut gila, and jadi biru. Lepas tu, kaki aku jadi lenguh. Jalan lama-lama jadi lemah.

Aku punya tak tahan tu, terus pergi klinik.
Sekali doktor marah! Kenapa lambat pergi klinik?
Dia tak tahu aku nak cakap yang aku kena gigit kucing tu, punyalah malu.
Almaklumlah bekas kak yong kan (mata keatas tangan kat bahu), malulah masuk pergi klinik sebab kena gigit kucing!

Doktor tu membebel macam mak nenek. Kalah aku bebel dekat kucing aku semalam. Rupanya, dia marah sebab risau aku kena infection sebab kucing akukan baru lepas kena cakar dengan anjing. Jadi dia takut kucing aku ada virus dan virus kucing tu mungkin boleh kena dekat aku. Terkejut gak aku, tak sangka rupanya kalau kena gigit kucing pun tak boleh pandang remeh. 

Tapi memang kali ni, sakit dia lain macam. Sebelum-sebelum ni pun, dia pernah cakar and gigit aku. Tapi tak sesakit ni, sampai biru kaki aku.

Doktor tu bagi vaksin dekat aku, dan suruh aku rehat. Dia nasihatkan supaya aku dapatkan vaksin juga untuk kucing aku tu. 

Siap dia share maklumat tentang akibat dan nama penyakit akibat gigit kucing. Rabies! itu nama penyakit tu.

Alhamdulillah dapat cegah awal. Tapi kena enjit ni pun, sama sakitnya dengan kaki aku! 
Adesss

"ORANG NAK BELA KUCING, KAU PUN NAK BELA. TAPI TAK NAK BELAJAR TENTANG CARA PEMELIHARAAN DAN TANGANI DIA. BELAJARLAH SEBELUM MEMELIHARA BINATANG YANG KAUORANG SUKA YA!" - MANGSA GIGITAN KUCING SENDIRI. 

Lee Lien Yoong
SNA 
02 Mar 2020


1 March 2020

SAKIT!!!!

Sakit! Itu yang aku rasa hari ni!!!!
Kucing aku buat gigitan berbisa dekat bawah lutut aku!

Mula-mula tu aku ingat taklah teruk. Cuma memang menjeritlah masa kena tu. Tapi aku mungkin confuse kot waktu tu. Aku jerit sebab sakit ke sebab terkejut?

Citer dia, tadi aku tengah masak then aku buka pintu supaya dapat udara luar. Lepas tu dia nak keluar. Aku marah dia, sebab tak nak bagi dia keluar. Padahal dia baru lepas kena cakar dengan anjing berapa hari lepas. Sebab tu aku tak nak dia keluar, aku takut anjing yang sama hari tu, buat dia lagi. Aku just cakap jer jangan keluar. Lepas tu dia masuk. Aku ingatkan dia fahamlah aku risaukan, sekali dia terjah aku, dia gigit kaki aku kuat-kuat sampai tersangkut gigi dia dekat kaki aku. Menjerit aku dibuatnya. Aku tepuk dia, tapi dia tak boleh lepaskan gigitan dia sebab tersangkut dekat kaki aku. Aku pun yelahkan, bekas kakyong, action! Rentap terus. Lepas tu aku teruskan memasak. Sebab aku ingat tak ada mendalah kan.

Tapi makin lama aku berdiri, aku rasa makin bisa, makin berat kaki aku nak gerak, makin berdenyut tempat dia gigit tu. Aku still teruskan memasak. Tapi mulut aku tak berhenti membebelkan dia. Dia diam jer. Telinga siap jatuh. Sakit telingalah dengan aku bebel. 
Sampai satu tahap aku rasa kaki aku pijak benda berair pekat, melekit. Rasa tak sedap.
Aku pun tengok bawah!

Wei! 
Darah!!!!!
banyak giler!!!
Rupanya tempat dia gigit tu, dalam gila! padu wei!! 
Jam tulah rasa sakit dia sampai ke otak rasanya. Aku cuci kaki aku, tapi darah masih mengalir. Adik aku sapu ubat luka, letak kopi, baru darah berhenti. 
Apa lagi, aku keluar bilik, sambung masak, sambung membebel dekat dia. Dari duduk depan aku terus duduk bawah kerusi. Pecah agaknya gegendang telinga dengar aku bebel.
Sakit wei!
Sumpah sakit.
Ummi!!!!!!!!

"SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI." - KAK YONG BEBEL

Lee Lien Yoong
SNA 
01 Mar 2020



29 February 2020

ADIL?

Aku selalu fikir tentang keadilan. Ramai kawan-kawan tanya tentang keadilan pada aku. Apa maksud keadilan bagi aku?

Okay!

Bagi aku keadilan ni adalah macam mana kau membahagikan sesuatu perkara dengan cara yang betul? Contohnya bila kau jadi seorang pemimpin atau ketua kepada sesuatu kumpulan, kelompok, organisasi atau apa sahaja yang berkaitan yang membuatkan setiap orang bergantung dengan arahan dan tindakan dari kau. Bagaimana kau membahagikan tugasan, hukuman, perhatian, dan bagaimana kau berfikir secara saksama kepada setiap orang. 
Kalau bukan kepada orang bawahan kau pun, bagaimana kau mengadili orang sekeliling kau? 
Bahkan bagaimana kau mengadili diri kau sendiri?

Sebenarnya semua tu bermula dari diri kita sendiri. Macam mana kita mengadili diri kita, macam tu jugalah kita akan lakukan kepada orang lain. 

Jangan pandang remeh dengan ADIL ni, sebab keadilan ni, adalah salah satu soalah utama yang Allah akan persoalkan kita ketika hari kebangkitan kelak.

"JIKA MEMANG DIA TIDAK MENGADILIKU DENGAN BAIK, ITU ADALAH URUSAN DIA DENGAN ALLAH KELAK. DIA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERANGAKN SETIAP KETIDAKADILANNYA DI HADAPAN ALLAH KETIKA HARI KEBANGKITAN KELAK. SEDANG AKU LEBIH MEMIKIRKAN BAGAIMANA KEADILAN YANG AKU BERI KEPADA ORANG SEKELILING AKU SELAMA INI, HARI INI, ESOK, DAN AKAN DATANG NANTI. BENAR AKU TAKUT...." NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
29 Februari 2020


28 February 2020

SAHABAT

Ada orang mempunyai keberuntungan memiliki sahabat yang terjalin hubungannya sejak dari kecil lagi.
Ada yang miliki sahabat dari zaman persekolahan hingga hujung usia.
Ada yang miliki sahabat sekedar sekejap cuma.
Itu semua rezeki. 

Adik aku pernah tanya pada aku, kenapa aku tak ramai kawan, dan kenapa kawan aku selalu memanfaatkan aku dan tinggalkan aku bila tidak perlu?

Aku tak dapat memberi jawapan buatnya dan sekadar memberi senyuman.

Sebenarnya aku bukan ditinggalkan hanya kerana setelah dimanfaatkan dan ditinggalkan bila tidak perlu. Mungkin itu terjadi kerana salah silap yang mungkin aku tak sedar telah melakukannya. 

Lagipun selama ni, aku tak pernah terfikir yang hidup tanpa sahabat itu suatu yang terlalu sulit. Aku tahu, suatu saat nanti aku akan berseorangan dan tidak ditemani oleh mana-mana sahabatpun. 

Tapi kebelakangan ini, kematian membuat aku berfikir. Jika aku ramai sahabat mungkin bila aku mati, aku punya kesempatan untuk peroleh doa dari mereka. 

Jika dahulu, aku sering membiarkan perginya sahabat-sahabat aku dari hidup ni. Mulai saat ini, aku ingin cuba berbuat baik dengan semua orang. Dengan harapan aku peroleh doa yang baik dari mereka, saat aku menghadap Allah.

"BAGAIMANA DIRI KITA KETIKA ALLAH MENJEMPUT KELAK?" - NUR AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA 
28 Februari 2020


Thursday 27 February 2020

27 February 2020

GAJI!!!!!!

Bila kau gaji, dan kau beli makanan banyak-banyak untuk puas kan hati kau.

"Buatlah apa kau nak buat kak, asal kau bahagia!" Ummi

Aku beli makan dan makan dan makan.

hati aku nak umi tahu semua yang aku tengah rasa, tapi aku tak nak dia sedih dan..........

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
27 Februari 2020


26 February 2020

CUTI BERMULA

Hari ni, cuti pun bermula. Aku tak buat apa-apa selain, basuh baju, tidur, makan, borak2 dengan umi, kemudian tidur semula dan bangun untuk makan.
Kemudia aku tidur semula.
Aku bangun mandi,
dan kemudian tidur semula.
Kemudian bangun dan makan

"Kau kenapa long?"
"Tak ada apa!"
"Asal macam tak betul jer umi tengok."
"Okay je!"
*Baling bantal*
"Kalau betul, tak akan kau macam perempuan gila. makan tidur mandi makan tidur mandi. kau ingat dah berapa kali kau buat ni? Dalam sehari dah lebih dari empat kali kau buat perangai ni."
*Aku pandang umi, nak cakap apa yang dah jadi. Tapi...*
"Owang lapar lah mi. Umi nak nasi goreng?"
"Gila!"

"KADANG BUKAN KAU TAK NAK SHARE SEBAB MAK BUKAN PENDENGAR TERBAIK, TAPI SEBAB KAU TAK NAK DIA SUSAH HATI DAN TURUT BERSEDIH DENGAN APA YANG KAU TENGAH RASA SEKARANG." - ALONG

Lee Lien Yoong
SNA 
26 Februari 2020


25 February 2020

LAST KERJA SEBELUM CUTI

Hari ni ada stocktake so aku buat kerja macam biasa.
Tak ada benda yang berkaitan dengan hati pun berlaku.

Aku cuma hitung waktu sebelum cuti panjang.

Dan stocktake pun berakhir dan aku akan mulakan cuti dengan penuh bahagia.

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
25 Februari 2020



24 February 2020

MOOD KE LAUT

Bila dia asyik payung gambar dia dengan awek dia.
Mood kau pun dah ke laut.
Jadi moh lah makan.

Bye....

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
24 Februari 2020

23 February 2020

ANAK RAHSIA ALLAH

Hari ni, kawan aku minta aku komen tentang persepsi sesetengah masyarakat yang selalu mendesak menantunya untuk mendapatkan anak.

Jadi hari ni, aku terpanggil untuk share dekat sini.
Kepada parents diluar sana.

PLEASE!

Mengandung ni kerja Allah tau!

Kita tak tahu bila DIA nak bagi, dan jangan anggap menantu anda tidak pernah berusaha untuk mendapatkan anak. Pasangan mana yang tak nak anak?

Kadang2 Allah tak bagi, bukan sebab dia tak layak atau dia mandul dan sebagainya.
Tapi sebab Allah lebih tahu apa yang akan berlaku di masa yang akan datang. Jadi cuba bawak bersabar. Mendoakan yang terbaik dan tak terlalu memaksa.

Jangan selalu mendesak sampai boleh mendatangkan kebosanan yang akhirnya menyebabkan keretakan rumah tangga pada keluarga anak menantu.

Kita tak tahu macam mana diaorang berusaha untuk dapatkan anak, dan macam mana pula dia berdoa pada Allah untuk memiliki zuriat.

Sebagai ahli keluarga, jangan berhenti memberi semangat dan sama-sama membantu mencari jalan untuk mereka. Dalam masa yang sama, jangan push diaorang. Santai dan bertenang.

"ANAK TU ADALAH PELENGKAP CINTA SESEBUAH PERHUBUNGAN. JADI SEMUA ORANG PASTI BERUSAHA UNTUK MEMILIKINYA. SEMUA ITU KUASA ALLAH. ALLAH YANG MAHA MENGAMBIL DAN MEMBERI." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA 
23 Februari 2020

Gambar sekadar hiasan


22 February 2020

BILA NAK KURUS?

Macam aku cakap sebelum ni, berat aku dah 100kg.
So aku mula memikirkan bagaimana untuk menurunkan berat badan.
Tapi malangnya, aku terus makan dengan penuh bahagianya.

Mungkin mood aku yang tak berapa stabil kebelakangan ni, membuatkan aku jadi perempuan gemok yang tak tahu nak menjaga pemakanan.
So untuk kurus ni, boleh tak nanti-nanti jer aku fikirkan??

"BIARLAH AKU MELAYANI KEGEMUKAN INI DENGAN BERSENANG HATI. WALAU HAKIKATNYA, AKU SENDIRI HANCUR." - AYOONG

Lee Lien Yoong
SNA 
22 Februari 2020




21 February 2020

ADIK BERADIK

Dulu masa kau kecil, kau ingat tak berapa banyak benda yang kau buat dengan adik beradik kau? Berapa banyak kali, kau bergaduh dengan adik beradik kau? Berapa kali pula kau backup  adik beradik kau bila kena pukul?

Dulu, berapa banyak orang kau buang sebab nak pertahankan adik beradik kau?

Berapa banyak yang kau kongsikan dengan adik beradik kau?

Bantal, selimut, tilam tak kira lagi,.

Sekarang bila besar banyak benda yang kita kalau boleh tak nak kongsi dengan adik beradik. Bahkan tengok muka diaorang pun kita tak sudi. Padahal dulu, along akan selalu mengira adiknya sebelum masuk kereta. Padahal dulu, angahlah yang akan selalu memastikan adik-adik dengar cakap along. Padahal dulu, udalah yang akan kumpulkan adik beradik supaya buat semua benda bersama. Padahal dulu, adiklah yang akan cari kakak2 dia untuk ajak bermain.

Masa betul-betul mencemburui kitakan?

Masa tu semuanya indah. Setiap pergaduhan tak pernah singgah dihati. Setiap perbalahan hanya mati disitu dan kita akan berbaik lagi seperti sedia kala.
Namun dikala dewasa menyinggah usia, kita mula memberatkan setiap perkataan yang keluar.
Mudah benar hati kita terusik dan terluka.
Mudah benar melihat kepada silap dan salah adik beradik kita.

Segala yang kita lalui bersama sewaktu kecil bagaikan sudah terhapus mati dari kotak ingatan.
Sulit sungguh untuk kita menghargai seperti tika itu,.

Tiada lagi perkongsian airmata seperti dahulu.
Tiada lagi gelak tawa yang indah seperti dulu.

Tahu siapa yang lebih sedih akan semua itu?

Sudah pasti ibunda dan ayahnda,

Merekalah yang paling berduka.

Lalu sampai bila harus berbalah? Sedang berkasih sayang lebih indah.

"SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KASIH DAN SAYANG DIANTARA KITA ADIK BERADIK HINGGA HUJUNG USIA. BAHKAN AKU INGIN BERTEMU DENGAN KALIAN LAGI DISYURGA ALLAH. AAMIIN." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
21 Februari 2020



20 February 2020

HARGAI MAK AYAH

Kadang2 kita tak sedar, semakin kita dewasa, sikap kita dengan ibu bapa semakin berubah.
Kalau dulu, sakit sikit pun nak mengadu dengan mak bapak.
Bila meningkat dewasa, luka hampir separuh nyawapun kalau boleh tak nak mak bapak tahu sebab tak nak diaorang susah hati.
Kalau dulu, semua benda nak ada dengan mak bapak,
sekarang kalau boleh nak ada masa untuk diri sendiri.
Kalau dulu, mana mak bapak pergi kita mesti nak ikut.
tapi sekarang rasa bosan dan rimas bila mak bapa merengek nak ikut kita keluar.
Kalau dulu masakan mak paling sedap.
Sekarang semua dah tak kena rasa, KFC jauh lebih nikmat.
Kalau dulu semua tanya mak ayah nak buat apa,
sekarang kita tahu buat keputusan sendiri.

Kita mesti tak sedar benda tu berlaku, sebab semuanya tertelan dek arus masa sampai kita tak perasan.

Tapi sekali sekala cuba belai wajah diaorang, cuba pegang tangan yang mula menua tu.
Dulu, tangan mereka sekuat tangan kita sekarang.
Dia yang mendukung kita,
Dia yang memimpin kita.
Dia yang memegang tangan kita ketika jatuh.
Kekuatan tangan tu tak dapat ditandingi oleh tangan orang lain.

Tapi sekarang, tangan tu mula berkedut dan timbul kulit-kulit mati.
Dia pula yang mengharapkan agar kita memimpin jemarinya dan memperlakukan dia seperti mana dia melakukan kita dulu.

Tapi kita hanya membiarkan itu, kerana itu hanya satu hal yang membosankan, dan ada banyak hal yang lebih menarik dari mengurusnya.
Kita tak sedar, dia telah menolak dunia untuk membesarkan kita dan menghabiskan masanya dengan kita.

Cuba kita usap rambutnya. Rambut itu sudah mula beruban, tidak lagi segar seperti rambut kita yang hitam ikal.
Dulu, dia punya rambut yang segar dan hitam gelap, tapi hari ini rambut itu sudah banyak yang gugur, dan mulai memutih menandakan lanjut usianya. Tapi itu bukan sesuatu yang menarik bagi kita.

Mungkin disaat kain putih yang akan membalut tubuh mereka telah harus kita uruskan, baru kita mengerti betapa nikmat yang dulu kita punya sudah berakhir.

"SALAH SATU HAL YANG AKU HARAP ALLAH SEMPATKAN AKU BUAT SELAIN MELUNASKAN HUTANG DAN BERAMAL BAIK ADALAH, MENYENANGKAN KEDUA IBU BAPA AKU. AKU BUKAN ANAK YANG PUNYA KELULUSAN BERJAYA, BUKAN JUGA YANG PUNYA KERJAYA. TAPI AKU HARAP AKU DAPAT BAHAGIAKAN MEREKA DENGAN CARA AKU SENDIRI." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
20 Februari 2020


19 February 2020

AMEERUL

Ameerul ni bukan crush aku yang menyebabkan aku kemurungan kebelakangan ni. 
Dia juga bukan crush baru ke, atau scandal atau namja cinggu atau sewaktu dengannya.
Bahkan dia bukanlah bersifat ada roh.

Dia tak lain tak bukan, motor EX5 94' aku. 
Ameerul ni pernah berkhidmat dengan aku hampir tiga tahun juga. 

Terlalu banyak jasa yang dia bagi pada aku. Sebelum aku datang JB, dialah kenderaan tetap aku. 
Aku pergi kerja, jalan, jumpa member , lepak nan dak2. Bawak mak aku pergi beli lauk, pergi hospital. Bawak adik aku yang pregnant go to check up, cari benda yang dia mengidam.
Ambil hantar adik aku pergi sekolah.
Pendek cerita, dialah kenderaan tetap aku sekeluarga.
Masa tu, memang aku dah jadi tunggak keluarga. Jadi dengan Ameerul lah aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga. Tanpa Ameerul, aku patah kaki sebelah. Dan memang betul.

Setelah Ameerul sakit dan kaboritor dia rosak teruk, langsung dah tak boleh jalan. 
Kebetulan masa tu, aku pun dah berhijrah ke JB, Aku minta adik ipar aku tolong tengokkan dan jagakan Ameerul.

Nak dijadikan cerita Ameerul di curi oleh pencuri misteri yang sampai sekarang aku tak tahu siapakah pencurinya bahkan aku tak buat report police pun. 

Tak lama lagi aku akan cari pengganti Ameerul. Tapi aku rindu sangat dekat dia. Dialah harta pertama yang aku ada selama ni, aku tak pernah tunjuk sedih aku pada mak dan adik2 aku selama aku kehilangan dia. Semua aku pendam sorang2.

Tuhan je yang tahu betapa aku rindukan Ameerul.
Dia banyak berjasa dengan aku. Bila aku sedih, aku akan bawak dia jalan tanpa arah tuju, sampai aku rilek.
Bila aku marah, dialah yang jadi mangsa untuk terima tendangan aku pekikan aku, amarah aku. 
Aku tak tahu dia dekat mana sekarang, tapi aku sangat berterima kasih atas segala jasa-jasa dia selama ni pada aku.

Ameerul. 
Aku akan cari pengganti kau tak lama lagi.
Tapi kau jangan risau, kau tetap Ameerul yang tak ada ganti bagi aku. Aku cuma perlukan Ameerul II ni untuk kelangsungan hidup.
Maafkan aku Ameerul.

"MUNGKIN ORANG AKAN ANGGAP AKU GILA SEBAB SAYANGKAN MOTOR MACAM SAYANG MANUSIA. TAPI WAKTU TU, HANYA MOTOR TU YANG AKU ADA UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP SEDANG MANUSIA SENDIRI MENEPIKAN AKU." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
19 Februari 2020

(SEKADAR GAMBAR HIASAN.


18 February 2020

SAYANG DIRI SENDIRI DULU.

Alang-alang broken ni, aku nak pesan dekat semua yang baca blog aku ni, kauorang kalau belum pernah bercinta. Belajar cintakan diri sendiri dulu, sayangkan diri sendiri dulu.
Jangan jadi macam aku, setelah semuanya terlambat.
Tak ada gunanya lagi.

Aku yang gatal suka kat dia.
Bila dah suka, bertukar jadi sayang.
Bila dah sayang, bertukar jadi cinta.

Tapi paling malang, hanya perasaan aku yang berubah macam tu terhadap dia. Tapi dia tidak.

Memang pahit untuk terima kenyataan ni, tapi percayalah kenyataan macam ni wujud dalam dunia ni. 

Kau letak seseorang tu di sudut hati kau yang paling istimewa. Tapi kau tak ada langsung tempat di hati dia, Dan bila itu yang terjadi. Kau kena faham satu benda.

Bila kau dah meletakkan rasa cinta yang paling tinggi untuk dia. Kau juga kena bersedia untuk terluka sama tinggi dengan rasa cinta tu.

Sakit.

Itu jer aku rasa saat ni. 

Aku nak ketawa yang ikhlas tu. Ketawa yang dah hilang tu. Tapi bukan mudah wei

Sebab sekarang ni, yang aku rasa.... S.A.K.I.T


"AKU BANYAK KALI CAKAP DEKAT DIRI AKU, SUPAYA BELAJAR TERIMA HAKIKAT UNTUK KAU TAK AKAN PERNAH PERASAN DAN BALAS APA YANG AKU RASA. TAPI KEPALA BATU PUNYA HATI. TAK PERNAH NAK DENGAR!" - AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA 
18 Februari 2020



17 February 2020

AKU DOWN ☹️☹️☹️


Aku tak nak adik2 dan mak aku tahu apa yang aku tengah rasa sekarang ni, sebab aku tak nak diaorang nampak Has teruk sangat.
Tapi dalam masa yang sama, sakitlah bila ku pendam sorang2
 Rasa macam ni, tak bestlah.

 Aku tak boleh salahkan sesiapa, melainkan salahkan diri sendiri.
 Dia tak salah apa-apa untuk aku salahkan dia, bila dia tengah bahagia dengan orang lain 
 Aku tak boleh luah dekat sesiapa untuk mereka faham apa yang aku tengah rasa.
 Kau tahu tak penantian tu rupanya tak sesakit bila kau kena telan hakikat yang perasaan kau tak akan terbalaskan.

 Baru aku faham kenapa watak-watak melepas dalam drama korea tu nampak sedih jer bila aku tengok.
 Rupanya situasi aku tak ubah cam diaorang.
 Kau usaha keras macam mana pun untuk buktikan perasaan kau, kalau hati dia memang untuk heroin tu, dan memang dia tak akan nampak apa yang kau rasa. Maknanya tak akan ada untuk kau. 

"KALAU BOLEH DELETE INGATAN MACAM MANA AKU FORMAT PHONE, AKU AKAN DELETE KAU DARI INGATAN AKU MACAM TU. SUPAYA HATI AKU TAK LEBIH SAKIT LAGI." - ALONG

Lee Lien Yoong
SNA 
17 Februari 2020




16 February 2020

IM FAT! SO WHAT?

Beberapa hari lepas, konon la bha.
Aku ingat nak diet!
Tapi sejak broken ni, selera makan tak boleh bawak bincang.

Bila aku teringat dekat dia, aku makan.
Bila aku menangis teringatkan dia, aku makan.
Yang aku tak faham, hati aku menangis, tapi mulut aku rakus betul telan makanan. 
Sampai aku sempat tak faham, sebenarnya aku broken ke, aku happy yang tak berpenghujung?

Setiap kali dia tengok whatsapp status aku, aku akan makan. Setiap kali dia up whatsapp status aku makan. Aku tengok status dia pun, aku makan. Tapi aku sedih, tapi aku makan!

So sebenarnya aku sedih ke lapar?

Tak faham!!!

Ya aku gemok n berat aku sekarang 100kg! Puas?!!!

"AKU TAK PERNAH RASA SAKIT TERLUKA KERANA CINTA. DAN BILA MERASAINYA, AKU TERLALU BENCI!" - AYOONG

Lee Lien Yoong
SNA 
16 Februari 2020


15 February 2020

BROKEN HEART

Setelah lebih dari 1000 hari.
Setelah lebih dari 3 tahun.

Sekarang dia dah mula show off relay dia. Aku tak tahu nak komen apa.
Cuma apa yang aku boleh cakap....

Hati aku koyak.
Dan seumur hidup, aku tak pernah lagi rasa macam ni.
Mood aku turut berterbangan.
Aku tak tau nak buat apa.
Aku jadi jamed wei!
Sumpah.
Aku koyak.

Nite.....

"ADA ORANG BERPISAH DAN TERLUKA SETELAH MERASAI NIKMATNYA CINTA ITU. TAPI AKU TERLUKA SEBELUM SEMPAT MEMILIKI." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA 
15 Februari 2020


Friday 14 February 2020

14 February 2020

FAT!


Kebelakangan ni, selera makan aku tak terkawallah. Minum manis pun macam satu kesedapan pula. Air masak kurang. Makan malam tak jaga.
Aku punya selera makan tu macam lain macam. 
Walaupun cakap nak diet, tapi selera makan tu tak membantu wei, punya dia makan tanpa ingat dunia. 
Bila mak tu pula, potion makan yang aku ambil agak lebih dari potion yang biasa aku ambil. Lain macam tau.
Kalau biasa aku hanya akan ambil sesenduk nasi dan tak akan tambah. Tapi sekarang lebih dari sesenduk dan pasti akan tambah.
Bila timbang 100kg keatas.

Aku rasa macam dah nak gantung diri dah. Aku bukan takut orang tak nak kalau aku gemok. Tapi yang aku takut adalah penyakit.
Aku ni miskin, kalau aku sakit aku takut akan susahkan keluarga aku terutama mak aku yang sangat sayangkan aku.

Dia tu, kalau aku demam pun dah risau inikan pula kalau sakit-sakit yang serius. 

HURM.

Stress!!!!

Mungkin stress yang kebelakangan ni kot buatkan selera makan aku bertambah.


Allahuakhbar!

Semoga aku terhindar dari penyakit yang bukan-bukan.
Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk turunkan berat badan.

Aku ni pendek, bila berat dah 100kg komfemlah aku ni kategori obes.

Ya Allah, ampunilah aku..

"BILA KAUORANG BACA NI, JANGAN NAK KUTUK AKU PULA. BAGI AKU NASIHAT YANG BAIK. TERIMA KASIH." - MISS PANDA

Lee Lien Yoong
SNA 
14 Februari 2020


13 February 2020

MOOD NAK FLY

Aku punya mood kebelakangan ni, teruk!
Rasa nak pergi jauh, nak tinggalkan semua yang ada sekarang ni.
Sumpah rasa moody.

Aku nak terbang jauh tinggalkan semua ni, nak mulakan hidup baru dengan suasana baru, orang baru, dan cerita yang baru. 

Aku macam dah tak boleh go dekat sini. Suasana dekat sini tetap asing bagi aku.

Aku macam nak balik ke tempat di mana aku membesar dan kenal dunia. Tapi aku juga nak sesuatu yang baru.

Entahlah

Gila agaknya....

"KADANG-KADANG KEBOSANAN HIDUP MELANDA SEBAB KITA DAH JAU DARI SANG PENCIPTA. SEBAB TU SEMUA BENDA SERBA TAK KENA." - AMALINA 

Lee Lien Yoong
SNA
13 Februari 2020


12 February 2020

MAHARANI INDERA PURI

Maharani Aditriayana adalah Maharani Negara Indera Puri yang berjiran dengan Negara Sutera Wangi. Dia adalah salah satu watak utama juga didalam cerita MAHARANI SUTERA WANGI yang aku tengah buat sekarang.

Dia ni juga merupakan pejuang yang ingin merebut semula kuasa tahta dan hak dia sebagai penakluk bumi Indera Puri itu.
Cuma nasib dan perjalanan hidupnya agak berbeza dengan Sutera Wangi. 

Kerakusan dan kesanggupan dia untuk mendapatkan tahta menyebabkan ramai yang mati kerana dia, ramai yang membayar kelayakannya dengan darah dan tak kurang juga nyawa.

Setelah matinya ayahnda, ibunda, dua saudara kerana kerakusan si perampas yang ingin menduduki tahta, Aditriayana berjanji membalas semuanya dan menyelamatkan nasib rakyat yang menjadi mangsa kerana lemahnya kekuasaan kaisar di dalam negara itu.

Dialah musuh terkuat Maharani Sutera Wangi kerana seteru diantara dua negara yang tak perna berpenghujung. Dia jugalah manusia yang berdiri kuat kerana pengorbanan Sutera Wangi, dan dia jugalah manusia yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan Sutera Wangi.

"HUTANG DARAH DIBALAS DARAH, HUTANG NYAWA DIBALAS NYAWA. JIKA ANGANMU SETINGGI GUNUNG, IMPIANKU SELUAS LANGIT. KAU MERAMPAS TAHTAKU DENGAN SEPARA USIAMU, AKAN KU DUDUKI SEMULA TAHTAKU DENGAN TAMATNYA RIWAYATMU!"- MAHARANI ADITRIAYANA

Lee Lien Yoong
SNA
12 Februari 2020


11 February 2020

MAHARANI SUTERA WANGI

Satu karya yang sangat berat dan penuh dengan imaginasi yang begitu tinggi. pengjiwaan yang begitu berat dan pelbagai watak yang membawa watak yang berbeza-beza.

Entah darimana datangnya semangat menulis cerita seperti ini. Namun saban hari, saban waktu, tak pernah berhenti idea yang datang bagaikan aliran sungai yang tidak ada penghujung. Malam berganti siang dan sebaliknya, pasti akan muncul idea-idea untuk terus menulis.

Aku tak pasti sama ada naskah ini akan diterima atau akan aku pamerkan kepada yang lain, tapi ianya sesuatu yang lain dari tulisan-tulisan aku yang sebelumnya. 

Yang pasti drama historical korea pasti menjadi inspirasi untuk aku siapkan cerita ni. Terutama Empress ki.

Aku pun tak tahu kenapa imaginasi aku teruk betul. 

Tapi apa yang aku harap, cerita ni dapat disiapkan secepat yang mungkin.

"DIALAH PENAKLUK AKHIR BUMI SUTERA WANGI. SELEPAS DIA, BUMI INI AKAN DITENGGELAMI AIR SEHINGGA TIDAK AKAN TERCATAT DIDALAM DUNIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA LAGI. DIALAH YANG AKAN MENAMATKAN CERITERA SUTERA WANGI DARI MUKA BUMI INI. DIALAH SATU-SATU PENAKLUK AGUNG YANG DIHORMATI DAN MEMBAWA SEMUA RAKYATNYA HILANG HANYUT BUAT SELAMANYA." - ANDAK

Lee Lien Yoong
SNA
11 Februari 2020



10 February 2020

ABAM BOCEY kembali ke rahmahtullah...

Hari ni, negara dikejutkan dengan kepergian seorang anak seni yang pernah menghiburkan kita dengan lawak jenakanya, iaitu Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Abam Bocey.

Beliau merupakan ahli kumpulan BOCEY  yang dibarisi oleh dia dan dua orang ahli lagi iaitu sahabat baiknya sendiri, Achey dan Fad.

Sudah pasti semua rakyat malaysia merasai kepergian beliau apatah lagi ahli keluarganya.

Ternyata disebalik abam yang merupakan seorang pelawak, dia adalah seorang anak yang sentiasa berusaha menyenangkan ibu dan adik beradiknya. Begitu banyak amalan yang dia lakukan tanpa pengetahuan umum. 

Dia banyak bersedekah kepada orang yang memerlukan, dia membantu ahli keluarganya tanpa mengalah dan berkira. Dia mendatangi majlis-majlis ilmu setiap kali punya waktu yang lapang. 

Bukti kasih Allah kepada anak yang mentaati ibunya ini, ramai yang datang membanjiri masjid untuk sembahyangkan jenazahnya.

Bukti kasih Allah kepada abang yang sentiasa membantu meringankan beban adik beradik ini, ramai yang mendatangi tanah perkuburannya bagi menguruskan pengembumiannya. 

Bukti kasih Allah pada manusia mulia ini, para alim ulama turut mengiayakan kebaikan dan mendoakan agar dia dipermudahkan urusan ketika menghadap Allah.

Bukti kasih Allah pada insan yang banyak bersedekah ini, ramai sahabat dan semua orang diluar sana mendoakannya.

Semoga damai dikau disana wahai insan mulia. Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.

"KITA SUSAH KITA DIUJI. KITA SENANG LAGI KITA DIUJI SEBENARNYA. TAPI PALING PENTING SEBELUM NAK TOLONG ORANG LAIN, TOLONG AHLI KELUARGA SENDIRI DULU. SEBAB MAJORITI GELANDAANGAN DILUAR SANA SEBAB DIA SUSAH SEBAB ADIK BERADIK DIA TAK TOLONG. JADI ADA REZEKI LEBIH, KITA TOLONG ADIK BERADIK KITA. SUPAYA MEREKA TAK JADI MACAM TU." - ARWAHYARHAM SYED UMAR MOHKTAR (ABAM)

Lee Lien Yoong
SNA
10 Februari 2020


Image result for abam bocey art

9 February 2020

ABAIKAN

Salah satu tindakan bijak yang perlu diambil adalah abaikan orang yang tak penting dan buat otak kau berserabut. Jika dia ingin hidup selesa dengan sikap bongkak serta tidak mahu belajar dan berlagak tahu tentang semua perkara, biarkan.

Selagi tidak menjejaskan diri dan tidak menyebabkan kamu terlibat di dalam kemalangan yang disebabkan oleh dia, biarkan.

Tak perlu dihiraukan dengan sikap dia yang sambil lewa dan tidak mahu belajar dari orang 'rendah' sepertimu. Sepatutnya itu bukan lagi sebuah kebimbangan, kerana kau terlepas dari beban untuk mengajarnya.

Hidup ni satu jer, respect orang dan selalu be humble. Tak perlu berlagak dan ketepikan orang yang ingin berkongsi ilmunya, meski kita dah tahu pun apa yang akan diajar pada kita.

Tak kisah sehebat mana pun kita, kita masih berpijak di atas bumi yang sama, tak ada bezanya. Yang membezakan kita bukan ilmu. Tapi amalan. Allah tak pandang pun pakar bedah, ahli sain, alim ulama. Yang Allah pandang amalan seseorang itu selama mana dia hidup. 

Jadi abaikan orang-orang seperti ini, ianya hanya akan merosakkan hari-harimu.

"PEJAMKAN MATA, PEKAK TELINGA. ABAIKAN ORANG-ORANG YANG HANYA MEMBAWA AURA NEGATIF. MEMBAZIR KALAU TETAP DILAYAN." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA
09 Februari 2020



8 February 2020

SOMBONG!

Mahu kemana hidupmu dengan kesombongan?
Mahu jadi apa hidupmu dengan kesombongan?
Mahu sepertimana jalan hidupmu dengan kesombongan?

Sepertimana hujung jalan hidup kita ini apabila kesombongan menjadi raja di hati? Seperti apa pengakhiran kita ini apabila sombong yang menjadi pengemudi jiwa?

Apa kerana ilmu kita yang hanya sekecil punya, membuatkan kita menjadi sombong untuk bertanya pada orang yang lebih dianggap rendah pendidikannya dari kita?

Apa kerana berdepan dengan orang yang kurang bijak dan berpendidikan membuatkan kita hilang adab ketika mendepaninya? 

Apa kerana kita merasakan kita orang yang berilmu dan berpendidikan membuatkan kita tidak perlu bertanya atau belajar dari orang yang kurang pendidikan dan pengetahuan? 

Apakah perkataan untuk bertanya itu sudah tidak berdaftar di dalam diri seseorang ketika berdepan dengan orang yang dipandangannya sungguh rendah tempat seseorang itu?

Rasulullah yang gurunya adalah Allah dan malaikat Jibril, yang ilmunya lebih tinggi, yang dijamin syurga merupakan tempat dia, yang dihormati oleh ramai ilmuwan, pun tidak sombong.

Siapa kita? 

"HILANG KEINGINAN UNTUK BERJABAT TANGAN DENGANMU BUKAN KERANA IRIKU TERHADAP ILMUMU, TAPI BENCIKU TERHADAP KURANGNYA ADABMU. KAU MUNGKIN ORANG YANG BERILMU BAHKAN MUNGKIN LEBIH TINGGI ILMUKU DARI ILMUKU YANG BEGITU SEDIKIT. NAMUN JIKA KAU INGIN BERTARUH ADAB DENGANKU, KAU PASTI KELELAHAN." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA
08 Februari 2020