Salah satu tindakan bijak yang perlu diambil adalah abaikan orang yang tak penting dan buat otak kau berserabut. Jika dia ingin hidup selesa dengan sikap bongkak serta tidak mahu belajar dan berlagak tahu tentang semua perkara, biarkan.
Selagi tidak menjejaskan diri dan tidak menyebabkan kamu terlibat di dalam kemalangan yang disebabkan oleh dia, biarkan.
Tak perlu dihiraukan dengan sikap dia yang sambil lewa dan tidak mahu belajar dari orang 'rendah' sepertimu. Sepatutnya itu bukan lagi sebuah kebimbangan, kerana kau terlepas dari beban untuk mengajarnya.
Hidup ni satu jer, respect orang dan selalu be humble. Tak perlu berlagak dan ketepikan orang yang ingin berkongsi ilmunya, meski kita dah tahu pun apa yang akan diajar pada kita.
Tak kisah sehebat mana pun kita, kita masih berpijak di atas bumi yang sama, tak ada bezanya. Yang membezakan kita bukan ilmu. Tapi amalan. Allah tak pandang pun pakar bedah, ahli sain, alim ulama. Yang Allah pandang amalan seseorang itu selama mana dia hidup.
Jadi abaikan orang-orang seperti ini, ianya hanya akan merosakkan hari-harimu.
"PEJAMKAN MATA, PEKAK TELINGA. ABAIKAN ORANG-ORANG YANG HANYA MEMBAWA AURA NEGATIF. MEMBAZIR KALAU TETAP DILAYAN." - SNA
Lee Lien Yoong
SNA
09 Februari 2020
No comments:
Post a Comment