Sunday, 2 February 2020

29 January 2020

Cinta orang yang boleh mencintai keluarga kau.
Ramai buang keluarga sebab orang yang dia cinta, lebih hebat bila dengan berani dia buang mak ayah semata-mata untuk orang yang dia baru kenal dan cinta.
Ramai yang sekarang ni suka utamakan orang lain berbanding keluarga sendiri.
Wei, kau dibesarkan oleh mak ayah kau, kau dilahirkan oleh mereka. Kau kenal dunia kerana mereka. Kau dapat hirup udara ni pun kerana dia.
Pintu syurga terbuka luas untuk kita kerana dia!
Tapi kenapa? Kenapa kerana seorang perempuan atau lelaki, kita sanggup buang atau ketepikan diaorang?
Kita tak tidur malam bila bergaduh dengan pasangan kita.
Tapi lena kita sampai ke tengah hari walau ketika itu hati kedua orang tua kita sedang terluka kerana kita?
Wei! Tolonglah! 
Jangan kerana orang yang belum tentu jodoh kita, kita menderhaka pada orang yang boleh menjaminkan syurga untuk kita. Macam mana kita nak hidup senang dan tenang, kalau jasa mereka kita tak kenang, kalau mereka kita tak sayang?
Layakkah kita bergelar manusia bila kita lebih sanggup ketepikan mereka demi mengutamakan orang yang belum tentu akan jaga sakit pening kita.
Masa kita kuat dan sempurna, pasangan sayang.
Masa kita jatuh sakit, tidak berupaya, ibu bapalah yang menangis  kesedihan dan setia menjaga.
Masa kita hebat dan dihormati, pasanganlah yang akan setia disisi.
Masa kita jatuh dan dikeji, ibu bapalah yang memeluk dan mengasihi.
Memang menyayangi pasangan dan mencintainya satu keperluan, 
Namun!
Mencintai dan menyayangi ibu bapa itu, satu kewajiban!


Suatu hari, Ibnu Umar melihat seseorang yang sedang menggendong ibunya sambil thawaf mengelilingi Ka’bah. Orang tersebut lantas berkata kepadanya, “Wahai Ibnu Umar, menurut pendapatmu apakah aku sudah membalas kebaikan ibuku?” 

Ibnu Umar menjawab, “Belum, meskipun sekadar satu erangan ibumu ketika melahirkanmu. Akan tetapi engkau sudah berbuat baik. Allah akan memberikan balasan yang banyak kepadamu terhadap sedikit amal yang engkau lakukan.” (Kitab al-Kabair karya adz-Dzahabi).


LEE LIEN YOONG

SNA
28 JANUARI 2020


No comments: