Sebab tu aku tak pernah jemput sesiapa untuk datang dalam hidup aku. Apa yang ada dengan aku saat ini, hanya persinggahan.
Aku tak nak terlalu sayang atau letak apa-apa harapan pada orang sekeliling.
Aku tak nak terluka kerana tersilap langkah.
Jadi sebaik kau angkat kaki dari hidup aku, itu pilihan kau! Aku tak akan halang. Kau ada hak untuk teruskan hidup kau tanpa aku. Dan aku pun ada hak untuk lalui hidup ni tanpa kau.
Jawapan kenapa aku tak ramai kawan, dan kenapa lebih dengan diri sendiri. Sebab bagi aku, tak semua orang boleh faham aku dan terima cara aku, begitu juga aku. Sebab tu aku tak pernah menghulur tangan untuk berkawan. Tapi aku juga tak pernah sembunyi tangan dari menyambut huluran persahabatan.
Aku cuma tak berminat untuk menyayangi orang.
Kelemahan aku adalah pengorbanan yang tidak terbatas yang aku sanggupi untuk orang-orang yang aku sayang. Jadi aku tak nak menyesal kerana melakukan hal yang sia-sia.
Jadi jangan tanya kenapa aku tak kejar orang yang pergi tinggalkan aku.
Kalau diaorang rasa hubungan kami cukup disitu, maka cukup juga bagi aku.
Untuk apa kau tahan orang pergi dari hidup kau? Kaki diaorang hak diaorang!
Diaorang boleh pergi mana diaorang nak pergi.
Teman sejati pasti akan ada disaat yang tepat.
Aku tak nak membiarkan diri aku hancur kerana orang-orang yang tak penting. Sebab tu aku lebih suka menyendiri.
Tapi aku tak pernah tolak orang yang datang dalam hidup aku.
Aku hanya hormatkan diriku.
"KAU TAK PERLU GUSAR BAHAWA AKU AKAN KESEDIHAN DAN MERASAI KEHILANGAN. SEBAIK KAU MENINGGALKAN AKU, ITU BERERTI KAU SUDAH KU BUANG DARI RASA PERHATIAN. DAN HANYA KIRIMAN DOA TANDA SAYANG. AKU TIDAK BERASA TERCELAH DIATAS SEBUAH PERPISAHAN. SILAKAN PERGI DENGAN DAMAI DAN TENANG. JANGAN MENOLEH KEARAH KU SETELAH KAU MEMILIH MENINGGALKAN AKU. ITU LEBIH BAIK." - LEE LIEN YOONG
LEE LIEN YOONG
SNA
30 JANRUAI 2020
No comments:
Post a Comment