Sunday, 2 February 2020

28 January 2020

PERKAHWINAN

Hidup berumah tangga ni, bukan suatu perkara yang mudah dan bukan pula satu bebanan yang terhukum. Tapi sebagai pasangan yang mendirikan rumah tangga, kita kena belajar bagaimana memberi dan menerima diantara satu sama lain, bahkan bersama kedua belah keluarga.

Bila kita berakad lafaz, berakur janji ketika pernikahan, itu bererti kita bukan sahaja menikahi pasangan kita, bahkan kita menikahi keluarga pasangan kita. Dari situlah bermulanya perjalanan kita bersama dengan pasangan dan keluarga baru kita.

Sebagai mertua, mereka layak menerima penghormatan dari kita sebagai menantu. Mereka berhak menerima kepedulian kita.

Normallah untuk tidak serasi pada awalnya, kita boleh belajar jadi lebih baik. Tapi bukan menepikan mereka, bukan menyisirkan mereka ataupun berpaling dari mereka.

Orang tua ni, kadang-kadang mereka ada keegoaan mereka yang kita kena faham. Dan jangan pula kita menafikan hak mereka sebagai ibu bapa pada pasangan kita.

Bila ada salah faham diantara kita dengan mereka, tak kira siapa yang memulakan. Kita sebagai anak seharusnya menghulur tangan memohon maaf. Rendah kan diri, buang ego jauh-jauh demi kebaikan bersama.

Memang setelah mendirikan rumah tangga, pengantin perempuan harus mengikuti penganti lelaki, kerana dia adalah hak kepada lelaki tersebut. Tapi, pengantin lelaki pun perlulah bertimbang rasa dan bersikap adil kepada dua belah keluarga.

Lihat pada yang lebih memerlukan dan bahagikan masa dan kedudukan itu dengan adil. 

Ramai zaman sekarang banyak berpisah selepas mendirikan rumah tangga, kerana gagal menjaga dan mengatur rumah tangga. Gagal melaksanakan tanggungjawab bahkan gagal bertindak adil.

Sebab tulah, orang dulu-dulu sangat menitik beratkan agama dan keperibadian seseorang yang ingin dia pilih untuk dijadikan menantu. Kerana dia tidak mahu kehidupan anaknya selepas perkahwinan gagal.

Hormati dan sayangilah keluarga mertua kita seperti mana kita hormati dan sayangi pasangan kita. Lindungi dan cintailah mereka sama seperti kita lindungi dan cintai keluarga kita. Barulah aman rumah tangga.

"KELUARGA ADALAH ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH. MEREKA TIADA GANTI. SELURUH DUNIA MUNGKIN MEMBUANG DAN MEMBENCI, TAPI KELUARGA AKAN SELALU BERADA DISISI WALAU SIAPAPUN KITA DIMATA DUNIA." - AMALINA

LEE LIEN YOONG
SNA
28 JANUARI 2020

No comments: