Wednesday, 5 February 2020

4 February 2020

ADIK BERADIK

Semakin dimamah usia, semakin waktu berlalu, aku mulai takut akan kehilangan sesuatu..
Iaitu nikmat kebersamaan dengan adik-adik.
Adik-adik ni,
Diaoranglah penawar, diaoranglah racun...
Diaoranglah penyakit, diaoranglah ubat...
Diaoranglah musuh, diaoranglah sahabat...
Diaoranglah derita, diaoranglah bahagia...

Bila aku tatap satu persatu wajah diaorang, aku rasa rindu yang sangat dalam pada wajah kecil diaorang suatu ketika dahulu.
Angah yang sering merengek mahukan susu walaupun ketika itu sudah berusia enam tahun.
Bermacam cara umi berusaha untuk buat dia berhenti menyusu, dan semuanya berakhir ditangan aku, apabila aku mulai menyorokkan botol susunya dan menyebabkan dia tidak tidur lena tidak kenyang makan. 
Kerana ketegasan dan kerasnya hatiku ketika itu, akhirnya dia berhenti menyusu botol. 
Uda yang sering tidak mahu dicuci kencing dan beraknya oleh orang lain melainkan aku. Dia tidak akan membenarkan orang lain menyentuh punggung dan kemaluannya melainkan aku. Hanya aku yang akan menjadi pilihan untuk membersihkan dirinya dan memberi makan serta menidurkan dia.
Baby yang cukup istimewa dengan sikapnya yang tersendiri. Yang satu-satunya adik yang pernah menerima pukulan rotan, tali pinggang dan hanger dariku. Namun dia yang paling sering membantu serta melakukan apa sahaja arahanku.
Kini mereka semua sudah beranjak dewasa.
Kini mereka semua sudah punya cita-cita dan cinta sendiri.
Kini mereka semua sudah punya sayap untuk terbang tinggi tanpa aku lagi.
Setiap moment pertengkaran kami tika kecil dahulu, pasti berakhir dengan tawa dan tidak disimpan dalam hati.
Kini setelah usia dimamah waktu, hati dan fikiran sudah mula menua, setiap perkataan akan dibawa masuk  kedalam hati dan disimpan sehingga menjadi nanah.
Kini bila pertengkaran sudah semakin keras dan dingin diantara satu sama lain.
Kini bila bersalah faham akan sering berpanjangan.
Kini bila bermasam muka akan menelan hari untuk berbaikan.
Yang memakan hati dan bersedih sudah pasti umi yang tercinta.
Apabila menyedari akan hal itu, kami akan berbaik semula.
Tidak lagi sehingga menelan minggu tidak bersapa, tidak berpandangan. Semuanya masih dalam kawalan.
Dan aku selalu berharap, itu tidak akan terjadi. 
Sejauh mana nanti kami berpisah, Seberapa lama tidak bersua muka.
Aku berharap, hati kami sentiasa dekat dan saling mengingati antara satu sama lain. 

"Along tak akan tinggalkan adik-adik along! Itu janji along! Kalian adalah permata yang terindah hadiah dari Allah. Semoga Allah kumpulkan kita lagi disyurgaNya nanti. Aamiin... aamiin.. ya rabbal alamin." - Kak long.

Lee Lien Yoong
SNA
04 Februari 2020


No comments: