Tuesday, 3 March 2020

28 February 2020

SAHABAT

Ada orang mempunyai keberuntungan memiliki sahabat yang terjalin hubungannya sejak dari kecil lagi.
Ada yang miliki sahabat dari zaman persekolahan hingga hujung usia.
Ada yang miliki sahabat sekedar sekejap cuma.
Itu semua rezeki. 

Adik aku pernah tanya pada aku, kenapa aku tak ramai kawan, dan kenapa kawan aku selalu memanfaatkan aku dan tinggalkan aku bila tidak perlu?

Aku tak dapat memberi jawapan buatnya dan sekadar memberi senyuman.

Sebenarnya aku bukan ditinggalkan hanya kerana setelah dimanfaatkan dan ditinggalkan bila tidak perlu. Mungkin itu terjadi kerana salah silap yang mungkin aku tak sedar telah melakukannya. 

Lagipun selama ni, aku tak pernah terfikir yang hidup tanpa sahabat itu suatu yang terlalu sulit. Aku tahu, suatu saat nanti aku akan berseorangan dan tidak ditemani oleh mana-mana sahabatpun. 

Tapi kebelakangan ini, kematian membuat aku berfikir. Jika aku ramai sahabat mungkin bila aku mati, aku punya kesempatan untuk peroleh doa dari mereka. 

Jika dahulu, aku sering membiarkan perginya sahabat-sahabat aku dari hidup ni. Mulai saat ini, aku ingin cuba berbuat baik dengan semua orang. Dengan harapan aku peroleh doa yang baik dari mereka, saat aku menghadap Allah.

"BAGAIMANA DIRI KITA KETIKA ALLAH MENJEMPUT KELAK?" - NUR AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA 
28 Februari 2020


No comments: