Friday, 5 August 2016

The Best Never Rest

The Best Never Rest


Untuk mendapatkan sesuatu, ianya tidak datang dengan mudah. Allah akan uji kau sama ada kau mampu atau tidak.
Jika kau mahukan sesuatu, kau perlu membuktikan dengan usaha.
Perlu untuk berusaha. bukan hanya menunggu.
Kejayaan itu tidak akan datang dengan bergolek.
kau kena kejar untuk mendapatkannya.

29 Julai 2016
tanggal paling bermakna buat diri aku.
Kini genaplah umurku 21 tahun.
Maka aku perlu membuktikan diri aku siapa.
dan dimana jalan yang aku perlu daki untuk bertapak.

Umi ayah,
Mereka mengharapkan aku.

Kini tiba masa untuk aku mengubah nasib keluarga,
agar mereka dapat merasa dan menumpang kesenangan aku suatu saat nanti.

Novelis?
Penyanyi?
Pelakon?
Usahawan?

Semua itu bukan langkah mudah, kalau tanpa usaha.
Tapi menjadi hebat bila aku pegang moto diri.

Maka dari itu, inilah moto diri aku untuk mendapatkan semua yang aku impikan.
"THE BEST NEVER REST!"


29 JULAI 2016
LEE LIEN YOONG
SAIDATUL NUUR AMALINA


Sunday, 17 July 2016

AKU MAHU BARU

AKU MAHU BARU


Aku selalu menunduk merenung jalan. Melihat pelbagai duri yang aku pijak, paku yang aku terpijak, batu yang aku terlanggar. Pasti akan mendung dan hujan dimata aku. Aku sering bertanya bagaimana hendak senang dan lepas dari segala kepayahan yang aku lalui.
Tapi....
Aku terlupa satu hal!
Aku lupa untuk mendongak ke langit walau sebentar. Rupanya diatas sana ada awan yang melindungi lelahku.
Aku lupa bahawa Allah selalu memeluk ku selagi mana aku sabar dalam melalui setiap ujiannya. Aku lupa Allah adil.
Tidak terbuka ruang kesenangan jika aku tak memberanikan diri untuk melangkah.
Aku selalu merungut tapi tak pernah berusaha!
Aku selalu bertanya Tuhan, tapi tak pernah buat.

Aku Mahu Baru!

Aku mahu memperbaiki segala lemah yang ada pada diri!
Aku mahu bangkit dari kejatuhan yang dalam!
Aku mahu dunia tahu, aku tak perlukan tangan tapi DOA!
Keluarga!
Mereka adalah sumber kekuatanku untuk teruskan langkah kehidupan ini.

Mungkin tak ramai orang yang nak tahu apa yang aku lalui, bahkan mungkin tak ada satu orang pun yang nak tahu
Tapi aku tahu dan yakin!
 Allah mahu lihat jalan apa yang aku pilih selama nafas ini.

Aku berharap dapat memberikan bahagia buat keluargaku, sebelum ajal menjemputku.
Aku berharap Allah mengizinkan aku menyelesaikan semua urusanku didunia ini sebelum menjemputku ke sana nanti.

Biarlah mata ini lelah namun izinkan hati kuat meneruskan hidup untuk mencari keredhaanNya.

Aamiin....

18 JULAI 2016

SNA

LEE LIEN YOONG


Wednesday, 17 February 2016

Mereka Anak Syurga


Mereka Anak Syurga!


"Kamu boleh bunuh orang tua kami.
Kamu boleh hancurkan rumah kami.
Kamu boleh mengasari kami.
Kamu boleh bunuh kami.
Tapi kau tak boleh bunuh hati kami!"

Itulah suara mereka!
Siapa mereka? Tak ramai yang tahu..
Kenapa mereka cakap macam tu, tak ramai yang nak tahu.
Tapi itulah mereka anak-anak syurga.

Kita dapat tidur diatas tilam yang empuk..
Kita dapat makan apa yang kita mahu meskipun bukan selalu..
Kita dapat mengukir senyum, meskipun tidak selalu..
Kita dapat melakukan apa yang kita mahu, meskipun terkadang tidak tercapai. 

Tapi tidak mereka..
Tidak mereka yang dihimpit takut setiap hari, setiap saat, setiap detik.

Dibibir kita masih bisa mengutara lagu-lagu kegemaran kita kerana tak ada apa yang perlu kita bimbangkan.
Tapi..
Dibibir mereka, tidak pernah berhenti mengucap dzikir berulang kali. memanggil-manggil nama yang Maha Esa.

Tuhan.. kami amat yakin dan pasti.. apabila pintu syurga itu terbuka nanti.. merekalah anak-anak syurga yang akan menghiasi syurga Mu.
Tuhan.. berikanlah halaman rumah yang indah buat mereka di sana nanti.. kerana dibumi ini, rumah mereka dihancur binasakan..
Tuhan.. berikanlah mereka sebuah kenikmatan yang terindah di sana nanti.. kerana dibumi ini, mereka sudah terlalu penat berlari, menangis segala penderitaan..



Sunday, 24 January 2016

Kosong

KOSONG


Kau kena faham maksud KOSONG ni betul-betul tau...
Kalau orang tu ada rasa marah dengan kau, atleast dia ada rasa lagi dengan kau... despite hanya marah jer...
Kalau orang tu ada rasa benci dengan kau, dia masih ada rasa dengan kau walau benci...
Kalau dia nak suka ke, sayang ke, cinta ke, memang dia ada rasalah untuk kau kan?
Kalau dia marah tu, maknanya dia masih lagi ada rasa... rasa yang mungkin kau tak patut buat macam tu ke, buat macam ni ke, sebab apa? Sebab dia masih ada rasa tu pada kau lagi!
Kalau dia nak benci kau pun, mungkin sebab dia tak suka kau buat macam tu atau macam ni, tapi dia masih ada rasa tau.
So, kalau orang tu cakap apa pun perasaan dia pada kau... kau masih dalam keadaan selamat lagi untuk dapatkan semula kepercayaan, dan keyakinan dari dia.

Ada satu perkataan yang kau betul-betul kena berhati-hati..
KOSONG! 
Kalau dia cakap dia rasa kosong.. maknanya dia dah tak ada apa-apa rasa.
Kau kena faham betul-betul statement dah 'KOSONG'.

Bila dia cakap dia dah rasa kosong terhadap kau, makna dia dah tak ada apa-apa deria rasa lagi pada kau. Sampai tahap kalau nampak kau tu, macam dah tak kenal dah. Macam memang tak pernah ada satu pun kenangan kau dengan dia yang dia ingat. Dia anggap macam tak pernah ada satu pun yang berlaku antara kau dengan dia.

Itu BAHAYA!
Waktu tu, kau cubalah buat apa pun, dia dah tak ada rasa dah.
Nak rasa suka? KOSONG!
Nak rasa sayang? KOSONG!
Nak rasa cinta? KOSONG!
Nak rasa marah? KOSONG!
Nak rasa benci? KOSONG!

Dia dah tak ada rasa apa-apa! Maknanya masa tu, kau tak payahlah nak berusaha apa-apa. Memang dia dah tak nak. Jangan paksa, sebab kalau kau tetap paksa dia... dia akan keluarkan segala kata yang dia tak nak keluarkan. Percayalah, masa tu memang dah tak ada dah harapan untuk kau dengan dia. Buat penat jer kau cuba dapatkan hati dia... dia tak akan pandang.

So, lepas ni hargailah apa yang orang rasa terhadap kau... jangan sampai dia rasa KOSONG!
Bila dia dah rasa kosong, maknanya masa depan untuk kau dengan dia pun dah kosong, pergi jerlah cari orang lain. Jangan sampai orang lain pun rasa KOSONG dengan kau sudahlah.

Saturday, 23 January 2016

Unfaithful Or Treason

Curang Atau Khianat?


Kau dah dapat apa yang kau nak, tapi biasalah manusia tak pernah tahu erti cukup. Kau nak lagi, nak lagi dan lagi. Kau cari yang jauh lebih sempurna dengan apa yang kau dah ada.
Kau kejar lagi, apa yang tak ada... padahal yang kau ada dah cukup.
Kau dapat, tapi bukan orang lain pun dalam hidup pasangan kau?
Apa kau tahu rasa? Kau hanya fikir keseronokan dan kegembiraan.
Yang di pilih pun tak terfikir baik buruk.
Apa kau tahu rasa?
Curang?
Yelah, bila kesetian itu sudah menjadi gagal ertinya apa?
Curang!
Memang curanglah kalau dah ada orang ketiga dalam hubungan kau!
Itulah namanya curang, curang sebab kau dah mampu duakan cinta kau... itu namanya curang!
Sakit, derita tu bukan kau yang tanggung tapi pasangan kau lah!
Khianat?
Khianatlah bila orang yang kau suka tu, pasangan kau pun kenal! Rapat giler, dan dia tahu kau dah ada pasangan.
Apa lagi yang kau mahu, dan kenapa dia juga mahu untuk itu?
Khianat lah namanya bila dia tetap layan kau padahal dia tahu kau ada pasangan dan pasangan itu adalah kenalan dia juga!
Khianatlah namanya.
Jangan ucap setia kalau kau tak faham makna setia.

Cinta tak akan kukuh tanpa kesetiaan...
Dan...
Cinta boleh gugur bila lahirnya serang pengkhianat!


Lee Lien Yoong
SNA
23 Januari 2016


Wednesday, 20 January 2016

SAKIT

Sakit


Sakit, pahit dan perit untuk kau telan realiti ni. Memang tak mudah untuk duduk di titian yang tak jamin apa-apa. semuanya akan buat kau rasa sedih, hampa dan tertekan bila orang pilih untuk sakitkan kau. 

Aku tahu sebab aku pun merasanya. Benda yang kita perlu pegang adalah, tak semua orang ada bila kita susah, tapi semua orang nak ada bila kita senang. 

Dalam dunia ni, akan jarang kau jumpa orang yang betul-betul ikhlas nak tolong kau waktu kau susah. Memang susah kau nak jumpa tangan yang hulur pada kau waktu kau nak bangun, kebanyakannya hanya hulur kaki untuk pijak kau lagi ada.

Manusia ni bukan malaikat yang selalu buat baik, tapi dia juga bukan syaitan yang selalu buat jahat. Cuma manusia ni dia ada hati yang selalu berubah dan fikiran yang selalu baru. Adakala dia akan rasa nak tolong kau sangat, tapi bila fikiran dia berubah... boleh jadi dia rasa macam nak tolak kau sampai terjatuh dalam juram yang dalam sampai tak ada satu orang pun boleh jumpa kau.

Sakit!

Memang sakitlah bila masa kau jatuh, baru kau nampak siapa kawan siapa lawan, bila kau jatuh baru kau nampak tangan siapa yang nak capai kau dan kaki siapa yang nak pijak kau.

Sakit!

Sakit giler bila kau tengok tangan yang menghulur tu, rupanya tangan orang yang kau benci, dan kaki yang memijak tu kaki orang yang kau sayang dan kau puja. So masa tu kalau kau nak menyesal pun dah tak guna. Malu boleh lah.

Cuma satu jer aku nak pesan, bila kau dah senang sentiasa paut tangan yang capai kau masa jatuh, dan selalu genggam tangan si pemilik kaki yang pijak kau. Jangan nak membalas pula. Sebab Allah tak suka pada orang yang suka balas keburukan orang lain. Tu bukan tugas kita, tu tugas Allah. Kita buat tugas kita jangan kacau tugas Allah.

Sakit!

Memanglah sakit bila terpaksa tolong orang yang menjatuhkan kita, tapi kena percayalah... ganjaran yang Allah nak bagi macam mana hebat pula. 

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang!


Sakit!

Lee Lien Yoong
SNA
21 Januari 2016


Sunday, 17 January 2016

KEASINGAN

Keasingan


Keasingan! yup, aku merasa keasingan... perjalanan aku sudah berubah arah. mengikut arus angin yang menerbangkan diri aku ke satu tempat yang begitu asing.
mencari jalan untuk bertapak dengan baik agar tidak tumbang dan pergi di bawah angin lagi..
Semua terjadi didalam sekelip mata, meninggalkan dan ditinggalkan...
Tempat aku belajar erti kehidupan, tempat aku belajar mengenal hidup, kini telah aku tinggalkan..
Detik ini aku berdiri di bumi keasingan, aku berdiri dia tempat yang begitu jauh untuk diterpah, nak disapa juga tak tahu bagaimana...
kenapa tempat ini terlalu asing? Sedangkan di sinilah aku dilahirkan!
Kenapa tempat yang lalu memanggil aku pulang? dan kenapa hatiku sering tak tenang?
Sering aku teringat dan terbayang kenangan di masa lalu, di mana aku terjatuh untuk ke berapa kali dan aku bangun untuk sekian kali...
Senyuman dia? kenapa senyuman dia memanggil aku pulang? kenapa hati aku ingin terbang? kenapa kaki ku berhenti kaku merenung jalan?
Kenapa aku masih diterpah keasingan di bumi ini?
Ya Allah, aku keasingan...
Terasingnya hati ini, terasingnya jiwa ini..
Apa yang ada pada pemikiran dan perasaan ini? Kenapa mereka tidak sehaluan seperti dahulu lagi? Kenapa perlu jiwaku di hujani keresahan, kenapa akalku perlu dihimpit kebimbangan..
Ya Allah, aku keasingan...
Terasingnya kehidupanku disini...
Aku serba tak tahu itu dan ini, tak kenal dia dan dia...
mana? mana insan-insan yang aku kenal itu? insan membenciku itu? insan yang menyayangi aku? insan yang kenal aku? sekurang mereka mengenal aku. Bukan di sini... di sini yang terlalu ASING... 
ASING..

AKU KEASINGAN...

Lee Lien Yoong
SNA
17 Januari 2016