Sunday, 20 October 2019

CAHAN HOLD! RELEASE CINTA HAFIZ DULU


Assalamualaikum kepada semua yang masih setia membaca blog sis.
First of all, sis nak minta maaf kepada semua pembaca yang masih menunggu Cinta Aku Hingga Akhir Nafas atau lebih dikenali dengan nama singkatnya C.A.H.A.N, yang masih setia menunggu since 2014 sampai sekarang. Hampir 5 tahun cerita ni tergantung.
Serius cakap, sis dah lama nak post cerita ni, tapi disebabkan ada beberapa masalah dengan manuskrip ni, menyebabkan sis terpaksa hold dulu guys.
Sis harap kepada semua pembaca doakan kesejahteraan sis untuk terus menulis. insyaAllah sis akan sambung manuskrip ni nanti, tapi sis perlukan masa. Harap semua pembaca C.A.H.A.N dapat maafkan sis.



Jadi untuk mengubat hati anda semua, sis hidangkan sebuah lagi karya sis yang berjudul CINTA HAFIZ. Cerita ni masih dalam pembikinan. Tapi sis dah tak sabar nak kongsikan dengan anda semua. Sis berharap anda semua berminat untuk membaca karya sis untuk kali ni.
Sis amat galakkan para pembaca untuk turunkan cadangan anda bagi setiap episod yang akan datang. insyaAllah sis akan post cerita ni tak lama lagi. Tapi sis nak feedback dari para pembaca dulu.
Jika lebih dari 500 pembaca yang bersetuju untuk menerima CINTA HAFIZ, maka karya sis yang berjudul CINTA HAFIZ akan dihidangkan di blog ni.
So guys jangan lupa tinggalkan komen anda diruang komen yang tersedia.
Tak ada akaun google pun boleh komen.
Sebaik sis dapat 500 komen minta CINTA HAFIZ, sis akan mula post CINTA HAFIZ di sini.
Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat tinggalkan komen diruang komen.




Wednesday, 8 May 2019

Si Penunggu Bodoh atau Si Penunggu Setia?

Bodoh Atau Setia


Aku tak pasti aku bodoh atau sebenarmya aku setia...
Sampai saat ini, sampai hari ini...
Masih kau yang utuh terukir dihati. 
Aku tak pasti sama ada memang tak ada orang lain yang cuba mendapatkan hati ini, atau sebenarnya aku sendiri yang tak pernah membuka ruang untuk orang lain, disaat mata dan hati hanya melihat kau walau tika ini kau sudah tiada lagi disisi mahupun didepan mata.

Bodoh!
Kadang-kadang aku rasa terlalu bodoh untuk menunggu waktu itu tiba sedangkan aku sendiri tak pasti adakah kau akan memberi peluang untuk memberi hati atau sebenarnya sudah lama kau menganggap aku mati.
Kadang-kadang aku rasa terlalu bodoh untuk terus mengharapkan sebuah perasaan yang sama sepertimana aku rasa tu daripada kau, sedangkan kau dah beri hati kau pada orang lain dan saat ini kau tengah bahagia dengan orang lain yang telah kau pilih.
Betapa bodohnya aku disaat terus-terusan menolak hati lain untuk bertandang dan bertapak dihati aku semata-mata untuk menyimpannya hanya untuk kau yang saat ini sedang berbahagia tanpa memikirkan sedikitpun tentang aku.
Bodohnya aku disaat ini, siang malam hanya memikirkan keberadaanmu, keadaanmu. Dan sejujurnya sehingga memimpikanmu.
Bodohnya aku.

Setia?
Kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat ini adalah bukti kesetiaan aku untuk kau. Setia dengan sebuah pengharapan bahawa suatu saat nanti kau akan kembali dan membuka ruang dan peluang untuk aku buktikan sungguh cinta ni hanya untuk kau. 
Kadang-kadang aku rasa setia ini akan membuahkan hasil yang penuh bermakna dan aku pasti kau akan menghargai diri aku seperti mana aku menghargai walau dengan sekecil kenangan.
Sungguh setia ini membuatkan aku tidak berhenti mencintai dan menyayangimu meski aku tidak pasti sama ada ketika ini, hatimu masih dimiliki atau tidak atau sebenarnya telah memiliki yang lainnya. Tapi aku pilih untuk setia.
Setiap saat dan ketika aku senaraikan kesetian itu pada Tuhan. Aku memintamu pada Tuhan, aku bercerita pada Tuhan tentang erti setia ku kepadamu.
Adakah aku setia?

Bodoh atau Setia?

Setia aku di dalam pengharapan.....
Atau...
Sebenarnya aku tak ubah Si Bodoh yang masih hidup di dalam sebuah penantian?

Aku masih si penunggu.

Memang benar apa yang kau cakap, Masa tak pernah menunggu kita.
Kalau macam tu.
BIAR AKU JADI PENUNGGU.

Aku akan terus menunggu selagi mampu

Lee Lien Yoong
SNA
09 MEI 2019