Sunday, 10 November 2013

Di Sini Tercipta Memori Terindah

Bab 3

Shukor menikmati makan tengah hari dengan perasaan yang marah. Marah kerana rambutnya bakal dipotong sebentar lagi.
Begitu juga dengan rakan-rakannya, iaitu Aiman, Firdaus, Syafiq dan yang lain-lain.

Najihah merenung jauh memikirkan nasibnya disini pada hari-hari yang akan datang, tiba-tiba Amalina menegurnya.
"Apa yang awak menungkan tu Jihah?"
"Saya sedang memikirkan hari-hari yang bakal kita lalui disini nanti. Sedangkan belum cukup sehari disini, saya sudah tidak tahan. Inikan pula nak menanti tiga bulan." Wajah Najihah sudah mula berubah.
"Aku ingat aku je yang rasa macam tu. Rupanya kau pun sama?" Sampuk Syahirah yang sejak tadi hanya duduk mendiamkan diri.
"Akak lagi tak tahan duduk dekat sini. Rasa macam nak balik sekarang juga!" Pekik Kak Mira yang memang tidak mahu berada didalam kem ini, tetapi terpaksa turutkan juga.
"Sabar-sabar! Ikutkan hati, saya pun nak balik. Tapi kita tak boleh stress macam ni. Ikut stress, saya pun stress. Mana mak saya sakit dirumah, entahkan makan entahkan tidak. Kita kena relaks. Kalau kita ikutkan gerak hati, memang kita tak kan kuat ada dekat sini. Tapi kalau kita bersatu antara satu sama lain. InsyaAllah, mesti boleh." Nasihat Amalina. Dia merenung wajah sahabat barunya itu satu persatu.
Kak Mira dan yang lain mengangguk tanda setuju, dan memberi senyuman lesu.

Disatu sudut, Syafiqah memandang sinis kearah Amalina. Dia mencuit bahu rakan barunya yang duduk disebelah iaitu Ameliena. "Kau tengok minah tu. Macam bagus-bagus je."
"Mana?" Soal Ameliena pelik. Dia mencari kelibat yang dimaksudkan oleh Syafiqah.
"Kau ni pun! Takkan tak faham maksud aku??? Si Amalina budak baru tu lah." Pekik Syafiqah.
"Kau ni Fiqah, apa masalah budak tu pula. Dia ada buat salah dengan kau ke? Aku tengok dia ok je." Bantah Ameliena. Pada dirinya, dia senang berkawan dengan Amalina. Tak ada masalah pun. Tapi apa masalahnya pula dengan Syafiqah ni? Belum sampai sehari duduk dalam kem ni, dah tak suka dekat orang?
"Aku pun tak tahu. Mungkin aku tak serasi dengan dia."

Saturday, 9 November 2013

Di Sini Tercipta Memori Terindah


Bab 2

Amalina meletakkan bagasinya disisi katil yang telah ditempatkan untuknya. Dengan penuh keterpaksaan dia mengeluarkan pakaian dan peralatan yang dibawa kedalam almari yang disediakan.
Sedang elok mengemas barang, tiba-tiba sekeping gambar jatuh didepannya. Ye gambar ibunya yang sedang sakit dirumah.
Kerana ibunyalah dia berkeras untuk tidak mahu pergi menyertai latihan Khidmat negara ini walau jauh disudut hati memang ini impian dia selama ini.
Sejak dari sekolah menengah, dia mengharapkan dapat memasuki PLKN. Namun dia hanya sekolah sehingga tingkatat tiga. Fikirnya dia tidak dapat memasuki pogram itu, tapi tanpa dijangka sampai masa surat sampai mengarahkan dia untuk menghadiri pogram itu. Pada mulanya dia melonjak gembira kerana impiannya tercapai, namun apabila mengenangkan kesihatan ibunya, mengenangkan pendapatan keluarga yang banyak berharap dari dia. Amalina menjadi berat hati.
Lamunannya terhenti apabila bahunya disentuh oleh Ameliena. Dia menoleh sekilas dan memberi senyuman sugul.
Ameliena sedar sahabat barunya itu seolah memendam sesuatu, namun dia sekadar mendiamkan.
Dia berlalu membiarkan sahabat barunya disitu. Dari pengetahuan dia gadis itu turut berasal dari melaka, cuma gadis itu terlewat sehari untuk melapor. Dia sendiri tertanya mengapa gadis itu lambat melapor.
Syafiqah yang sejak tadi sekadar memerhati sekadar menjeling sinis kearah Amalina. Baginya dia tidak serasi dengan 'budak baru' itu.

Sejak dari masuk bilik tadi sampailah sekarang, Amira sekadar menangisi nasibnya. Dia benar-benar rasa ingin pergi dari tempat ini. Hanya wajah keluarga yang silih berganti diruang matanya. Sampaikan teman-teman sebilik dengannya perlu sempat ditegur.
Amira merenung sekeping gambar keluarganya yang dipegang sejak dari tadi. Hatinya meraung mengadu untuk pergi dari tempat ini.
'Mama, kakak tak nak duduk sini. Kakak nak balik. Mama ambillah kakak.' Hati merengek seperti anak kecil yang ditinggalkan ibu bapa.
Segelintir pelatih wirawati disitu juga ada yang menangis dan ada yang merungut, tidak mahu duduk di kem ini. Semuanya terasa mahu pulang.
Pelbagai reaksi dan rupa yang terpacul pada diri masing-masing ketika itu.

Bersambung....


Di Sini Tercipta Memori Terindah

Bab 1

Dalam hiruk pikuk orang ramai, Amira merenung kearah meja pendaftaran. Sebentar lagi dia pula yang bakal mendaftar sepertimana pelatih-pelatih yang lain.
Tiba giliran dia mendaftar, dengan penuh debaran dia menaiki pentas Dewan Seni Budaya yang dijadikan lokasi pendaftaran bagi pelatih-pelatih Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Kumpulan 3 Siri 10 Tahun 2013.
Setiap dokumen yang diperlukan dihulurkan kepada jurulatih dengan penuh hormat. Setelah siap urusan pendaftaran, Amirah diberi sehelai kertas yang terkandung lagu rasmi Khidmat Negara serta sehelai kertas kecil yang bertulis blok D plantun 15. Pada mulanya dia kehairanan dengan kertas itu, tapi setelah bertanya semula kepada jurulatih itu, dia diberitahu bahawa kertas itu menunjukkan nombor dorm dan kompeni. Barulah Amira mengerti bahawa dormnya bernombor 15 dan dia kini berada didalam kompeni Delta. 
Perkara pertama yang paling bermakna dia pelajari didalam kem ini pada hari ini adalah 'rajin bertanya dan jika malas bertanya pasti sesat jalan'.
Amira berlalu kearah penimbangan berat badan, disitu dia menyerahkan fail yang terkandung maklumat kesihatan dirinya. Usai urusan disitu, dia diminta turun dari pentas dan berlalu ketempat pemeriksaan barang.
Ditempat pemeriksaan barang, seterika Amira dirampas. Dia diberitahu, undang-undang JLKN tidak membenarkan pelatih membawa seterika atau alat keluli yang lain kerana faktor keselamatan. Amira menahan berang, jika seterikanya dirampas bagaimana dia mahu seterika baju nanti? Jurulatih yang bertugas memberitahu bahawa setiap dorm akan disediakan seterika. Barulah Amira menarik nafas lega. Selesai membuat pemeriksaan, Amira berlalu ketempat pengambilan pinggan dan cawan. Dia tersenyum apabila melihat pinggan dan cawannya berwarna hijau, apabila ditanya, hijau itu tandanya delta. Usai mengambil pinggan dan cawan di pergi pula ketempat mengambil cadar, sarung bantal dan blanket.
Siap semuanya dia berlalu kearah van yang ditetapkan untuk membawa bagasi-bagasi serta barang yang lain ke dorm pelatih-pelatih yang baru mendaftar.
Amira diminta tunggu di Dewan Seni Budaya bersama pelatih-pelatih yang sementara menunggu makan tengah hari siap.
Sambil menunggu, Amira memerhatikan pelatih-pelatih yang ada disitu, dari perempuan ke lelaki. Dari cina, melayu, india dan pelbagai agama sampai ke peribumi pun ada.
Sifat dan rasa teruja ingin berada kem ini belum muncul didalam jiwanya, apa yang ada sekadar rasa ingin pulang. Ingin bersama adik-adik, mama dan ayah. Yang paling perit, dia terpaksa meninggalkan yang tersayang jauh di Selangor.

Bersambung.....