Dalam hiruk pikuk orang ramai, Amira merenung kearah meja pendaftaran. Sebentar lagi dia pula yang bakal mendaftar sepertimana pelatih-pelatih yang lain.
Tiba giliran dia mendaftar, dengan penuh debaran dia menaiki pentas Dewan Seni Budaya yang dijadikan lokasi pendaftaran bagi pelatih-pelatih Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Kumpulan 3 Siri 10 Tahun 2013.
Setiap dokumen yang diperlukan dihulurkan kepada jurulatih dengan penuh hormat. Setelah siap urusan pendaftaran, Amirah diberi sehelai kertas yang terkandung lagu rasmi Khidmat Negara serta sehelai kertas kecil yang bertulis blok D plantun 15. Pada mulanya dia kehairanan dengan kertas itu, tapi setelah bertanya semula kepada jurulatih itu, dia diberitahu bahawa kertas itu menunjukkan nombor dorm dan kompeni. Barulah Amira mengerti bahawa dormnya bernombor 15 dan dia kini berada didalam kompeni Delta.
Perkara pertama yang paling bermakna dia pelajari didalam kem ini pada hari ini adalah 'rajin bertanya dan jika malas bertanya pasti sesat jalan'.
Amira berlalu kearah penimbangan berat badan, disitu dia menyerahkan fail yang terkandung maklumat kesihatan dirinya. Usai urusan disitu, dia diminta turun dari pentas dan berlalu ketempat pemeriksaan barang.
Ditempat pemeriksaan barang, seterika Amira dirampas. Dia diberitahu, undang-undang JLKN tidak membenarkan pelatih membawa seterika atau alat keluli yang lain kerana faktor keselamatan. Amira menahan berang, jika seterikanya dirampas bagaimana dia mahu seterika baju nanti? Jurulatih yang bertugas memberitahu bahawa setiap dorm akan disediakan seterika. Barulah Amira menarik nafas lega. Selesai membuat pemeriksaan, Amira berlalu ketempat pengambilan pinggan dan cawan. Dia tersenyum apabila melihat pinggan dan cawannya berwarna hijau, apabila ditanya, hijau itu tandanya delta. Usai mengambil pinggan dan cawan di pergi pula ketempat mengambil cadar, sarung bantal dan blanket.
Siap semuanya dia berlalu kearah van yang ditetapkan untuk membawa bagasi-bagasi serta barang yang lain ke dorm pelatih-pelatih yang baru mendaftar.
Amira diminta tunggu di Dewan Seni Budaya bersama pelatih-pelatih yang sementara menunggu makan tengah hari siap.
Sambil menunggu, Amira memerhatikan pelatih-pelatih yang ada disitu, dari perempuan ke lelaki. Dari cina, melayu, india dan pelbagai agama sampai ke peribumi pun ada.
Sifat dan rasa teruja ingin berada kem ini belum muncul didalam jiwanya, apa yang ada sekadar rasa ingin pulang. Ingin bersama adik-adik, mama dan ayah. Yang paling perit, dia terpaksa meninggalkan yang tersayang jauh di Selangor.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment