PART 2
Saturday, 16 February 2013
Wednesday, 13 February 2013
Aku Pengganti Itu Episod 31
'Kenapa dia terima pinangan mama, kalau dia tak boleh terima aku? Kenapa dia perlu jadikan diri dia mangsa keadaan? Kenapa? Tak ada ruang ke di hatinya untuk menerima aku sebagai teman hidupnya? Bersalahkah aku kini disaat berada disampingnya?'
"Kenapa tak pilih lagi baju-baju ni? Awak tak nak kahwin ke? Hari dah nak dekat kan?" Soal Farish memecah kesunyian.
"Saya malaslah nak pilih. Tak ada mood pun nak layan benda ni semua. Awak ni cakap saya, yang awak kenapa tak pilih?" Nuur melepaskan keluhan berat saat disoal oleh tunangnya.
"Macam mana saya nak pilih sayang? Awakkan belum pilih lagi. Nanti kalau awak pilih lain saya pilih lain, siapa yang susah? Kita jugakan?" Jawab Farish. Dia tidak lepas dari merenung wajah gadis itu.
"Yelah, tapi takkan sampai tak boleh nak bagi cadangan kot? Saya dah naik pening kepala tahu tak fikir pasal benda ni semua." Rungut Nuur. Dia mula naik rimas apabila direnung oleh Farish sebegitu.
"Pening kepala fikir pasal persiapan kita atau pening kepala mengenai hubungan kita?" Soal Farish serius. Dia tidak mahu mendesak Nuur untuk membuat persiapan itu andai hati gadis itu sendiri tidak merelakan.
"Apa yang awak cakap ni?" Nuur terpempam dengan soalan yang meniti dibibir Farish.
"Saya tahu awak tak suka akan apa yang berlaku sekarang ni. Saya minta maaf Nuur. Saya mungkin penyebab penderitaan awak selama ini. Tapi percayalah saya tak berniat nak menyiksa jiwa awak. Walaupun kita tak pernah berjumpa sebelum kita ditunangkan, namun sejak berjumpa dengan awak pertama kali di Jordan dulu, saya tanam tekad dalam hati untuk menjadikan awak permaisuri saya sampai hujung nyawa. Saya tahu mungkin awak takkan percaya dengan kata-kata saya, sebab selama ni saya selalu usik awak dan main-main dengan awak. Saya tak pernah serius. Tapi kali ni, saya betul-betul serius Nuur. Izinkan saya menyentuh hati awak." Luah Farish sambil merenung kedalam mata Nuur.
Menitis airmata keharuan mendengar luahan hati Farish. Dia membalas renungan Farish buat julung kalinya. Tiada kata yang mampu terucap, sekadar mata yang berbicara.
"Dulu kita ditunangkan, bererti ibu bapa saya yang melamar awak. Tapi kini, disini.. saya ingin melamar awak dengan setulus hati saya. Saya tak mampu berjanji, tapi insyaAllah saya akan jaga sampai hujung nyawa saya." Tambah Farish sekali lagi. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dari kocek seluarnya dan diletakkan diatas meja yang berhadapan dengan Nuur. Niat dihati ingin diberikan pada gadis itu waktu keluar makan malam nanti, tapi kesempatan ini tidak dapat dilepaskan begitu sahaja.
"Farish... Saya tak tahu nak cakap apa. Tapi boleh beri saya masa? Benda ni semua datang mengejut. Boleh Farish?" Soal Nuur lembut.
"Saya pernah cakap pada awakkan? Masa saya untuk awak sampai hujung nyawa. Jadi seberapa lama masa yang awak nak saya akan tunggu." Farish melemparkan senyuman manis penuh makna pada tunangnya.
"Terima kasih Farish." Ucap Nuur. Dia turut membalas senyuman lelaki itu dan mengesat airmata yang merembes dipipinya tadi.
"Sama-sama kasih. Kasih tu akan selalu ada untuk awak." Usik Farish lembut, "Simpanlah cincin tu. Bila awak dah sedia nak terima saya. Awak pakai cincin tu, dan bila saya tengok awak pakai cincin tu... saya takkan teragak-agak untuk teruskan perancangan perkahwinan kita. Sebab saya takkan ambil awak isteri seandainya hati awak tak merelakan. Saya faham cinta tu terkadang tak dapat miliki." Farish menyembunyikan airmatanya dari menitis. Dia mahu melihat Nuur sentiasa tersenyum.
"Farish hidup ni susah kita nak duga, kadang kala kita mampu meresa begitu dekat dengan seseorang itu, tapi sebenarnya dia begitu jauh dari kita. Dan walaupun kita dapat bersama dengan dia, belum tentu hati dia dapat kita selami. Mungkin juga kita mampu membuat dia tersenyum, tapi kita juga tidak tahu apa yang dia rasa disebalik senyumannya. Awak mungkin nampak reaksi saya, tidak dapat menerima awak, tapi hati saya hanya Allah yang Maha mengetahui." Luah Nuur tanpa memandang kewajah Farish walau sekilas.
Farish tersenyum mendengar luahan gadis itu.
Dia mengekori Nuur yang kelihatan berlalu keluar dari butik itu.
"Kesian akak butik tu." Ujar Farish selamba sambil menoleh sekilas kearah butik itu.
"Alah, tak apalah. Bukannya lama pun. Esok-esok datang balik." Balas Nuur berani.
Farish terpana dengan kata-kata Nuur. Dia tersenyum dan berlalu pantas menghadap gadis itu. "Betulkah apa yang saya dengar ni?" Soal Farish dengan senyuman keharuan.
"Dengar apa? Saya nak pergi tandaslah, awak tunggu dekat kereta je." Nuur sengaja membuat Farish tertanya-tanya dengan jawapannya. Benar hati dia sudah merelakan dan ingin memberi peluang pada Farish untuk menunjukkan cinta lelaki itu padanya. Namun dia tidak mahu terlalu terburu-buru memberi jawapan.
FARISH menuju ke kedai cenderahati berhampiran butik tadi, sementara menunggu tunangnya yang berada ditandas.
Sedang elok menilik bingkai gambar yang ada disitu tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis disebelahnya. "Maaf Cik. Saya tak sengaja." Farish menyusun sepuluh jari dihadapan gadis itu sambil menutup mata. 'Mampus aku.'
"Farish."
Mata mereka bertembung dan membuatkan Farish terkejut dengan apa yang dilihat.
"Najihah."
Saturday, 2 February 2013
Aku Pengganti Itu Episod 30
NUUR melihat kelibat seorang perempuan yang memeluk dan mencium pipi Nubhan sebelum masuk kedalam kereta dan berlalu pergi. Namun yang dia pasti adalah, gadis yang dipeluk cium Nubhan itu bukan adiknya Najihah, tapi gadis lain.
Dengan pantas dia menghampiri Nubhan. Nubhan menoleh dan hampir terduduk kerana terlalu terkejut melihat wajah Nuur yang tiba-tiba muncul didepannya.
"Tak payah nak terkejut sangat lah, siapa perempuan tu tadi??" Soal Nuur tegas. Dia memeluk tubuh memandang sinis kearah Nubhan.
"Perempuan? Perempuan mana?" Wajah Nubhan kelihatan pucat saat ini. Dia amat berharap Nuur tidak dapat mengecam wajah Merlieana.
"Aik, baru sekejap saya nampak awak peluk cium dengan dia, tiba-tiba je tak tahu pula??" Nuur menekankan perkataan 'peluk cium' pada Nubhan.
"Oh, yang tadi tu. Yang tadi tu, adik perempuan saya." Bohong Nubhan.
"Adik perempuan? Sejak bila buaya darat ni ada adik perempuan?" Tingkah Nuur, seingatnya Nubhan tidak ada adik-beradik. Dia anak tunggal.
Wajah Nubhan berubah pucat sekali lagi. "Mak, maksud saya, adik saudara perempuan. Dia tu dah saya anggap macam adik sendiri. Sejak dari kecil lagi mak saya dah jaga dia." Bohong Nubhan lagi dengan senyuman manis untuk menutup rasa takutnya.
"Oh. But the way, dia tetap bukan muhrim awak! Yang awak pakai peluk dia tu kenapa?" Soal Nuur mula garang.
"Memang dari kecil macam tu, tu yang dah tak boleh nak cover tu." Tambah Nubhan lagi, siap dengan tersenyum simpulnya.
"Tak kisahlah dari kecik ke apa, lain kali fikir sikit. Hukumnya dosa awak tahu?? Ingat, awak tu suami orang! Mana adik saya?" Nuur mencari kelibat Najihah, tapi tidak kelihatan.
"Najihah dekat rumah. Saya bekerja, jadi tak mungkin bawak dia pergi kerja sekali kan?" Nubhan berharap agar gadis itu tidak menyoal perkara yang bukan-bukan padanya.
"Asyik kerja je, ingat sikit isteri dekat rumah. jangan sampai tak ada masa pula dengan isteri." Sinis benar kata-kata Nuur pada Nubhan.
"Awak ni, macam mana boleh ada dekat sini? Awak mengendap saya ke? Sayang juga awak dekat saya. Teringat zaman kita dulu ke?" Usik Nubhan merangkap ubah topik.
"Excuse me, saya berada disini sebab kerja okey! Tak ada masalah nak sayang orang gila macam awak ni. Dasar buaya darat!" Tingkah Nuur, dia menahan sebal dihati.
"Buaya darat? Buaya darat ni juga yang awak sayang-sayang dulu. Kan?" Tambah Nubhan sambil mengenyit pada Nuur.
"Itu dulu, dan takkan berlaku lagi." Tangkas Nuur menjawab. Dia menjeling kasar kearah Nubhan.
"Amboi jeling, mengancam siot. Sama macam jelingan lapan tahun dulu. Comel." Usik Nubhan. Melihat wajah Nuur yang sudah meronah merah, membuatkan dia tersenyum. Entah kenapa dia suka benar mengusik kekasih dizaman persekolahnya itu merangkap kakakiparnya kini.
"Jangan panggil saya dengan panggilan tu okey! Panggilan tu dah tak wujud lagi lepas saya kuburkan dulu." Bantah Nuur, dia membuntangkan matanya pada lelaki itu. Dia cuba mencari semula rasa bencinya pada lelaki itu.
"Hanya sekadar panggilan Nuur, tapi sikap dan tingkah laku awak tak pernah berubah. Benar-benar masih serupa dengan si Comel saya dulu." Jujur Nubhan. Tingkah laku gadis itu masih lagi seperti dulu. 'Comel' yang baik dan suka meggembirakan dirinya disewaktu dia didalam keadaan sedih atau murung. Comel lah sahabat sejati merangkap kekasihnya dahulu.
"Awak masih ingat lagi sikap saya Nub? Dah lapan kita berpisah. Awak masih ingat lagi?" Soal Nuur, hairan.
"Nuur, awak segala-galanya bagi saya. Dulu awak kekasih dan kawan sejati saya. Sekarang awak kakak ipar saya pula. Saya tak pernah lupa walau satu pun mengenai awak." Jawab Nubhan dengan jujur. Dia merenung wajah sahabatnya yang amat dirindui selama ini.
"Kenapa awak tak lupakan je saya??" Soal Nuur, menahan sebak.
"Macam mana saya nak lupakan awak? Sedangkan kita terlalu rapat. Awak yang selalu tolong saya bila kena marah dengan cikgu. Awak yang selalu selamatkan saya dari kena dapat surat amaran, sebab awak pengawas. terlalu banyak perkara yang kongsi bersama dulu Nuur. Mana mungkin saya lupakan sahabat sejati saya." Menitis jua airmata Nubhan kali ini. Begitu juga dengan Nuur.
"Macam budak-budak menangis." Usik Nuur, dia mengesat airmatanya. Dan memberikan senyuman pada Nubhan. Entah kenapa sedikit demi sedikit perasaan benci pada lelaki itu hilang.
"Cakap orang dia pun sama." Jawab Nubhan, dia turut tersenyum dan mengesat airmatanya. "Terima kasih Nuur." Ucap Nubhan Ikhlas.
"Untuk apa?" Soal Nuur, hairan. Dia masih tersenyum.
"Untuk senyuman tu, senyuman yang begitu Nubhan rindui selama lapan tahun ni." jujur Nubhan.
"Rindu ke Comot?" Usik Nuur dengan panggilannya untuk Nubhan sewaktu dizaman persekolah dulu.
"Yelah Comel." Balas Nubhan dengan senyuman. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.
Friday, 1 February 2013
Aku Pengganti Itu Episod 29
Hampir dua jam menanti akhirnya Merlieana muncul juga, dan terus duduk didepannya.
"Nubhan, i'm so sorry. I'm late beacause tadi terpaksa jumpa dengan client last-last minute. Sorry." Merlieana berharap agar Nubhan dapat memaafkannya.
"Mer, rilexs. I'm okay. Rilexs okey." Nubhan mengumpul semangat untuk menyoalkan segala yang tersimpan difikirannya.
"Okey, thanks. Anyway sebab apa awak nak jumpa saya ni Han, sampai tak sempat nak tunggu malam nanti? Hurm? Rindu eh?" Soal Merlieana manja, dia mengusap lembut pipi lelaki itu.
"Mer, Han nak tanya sesuatu, harap Mer tak marah." Nubhan menggenggam erat tangan Merlieana yang membelai pipinya.
"Nubhan, i'm for u. So apa pun yang awak nak tanya, tanyalah." Merlieana memberi senyuman manis pada lelaki itu.
"Han nak tahu apa yang kita dah buat pada malam tu?" Soal Nubhan dengan perlahan.
Merlieana terus merentap jari jemarinya yang digenggam oleh Nubhan.
"Han awak nikan, memang sengaja nak menyakitkan hati saya?? Awak tahu tak pasal awak saya hampir accident, saya cancel beberapa metting penting. Semata-mata nak jumpa awak! Bila dah jumpa awak, perkara ni yang awak nak persoalkan lagi?" Mood Merlieana yang sedang baik serta-merta berubah dengan persoalan yang meniti dibibir Nubhan.
"Han tahu Mer akan marahkan Han. Dari hari tu lagi Han nak tanya pasal hal ni, tapi Mer selalu guna alasan waktu kerja. Sekarang ni kita diluar kawasan pekerjaan. So Han harap Mer boleh explain. Please Mer, jangan buat Han macam ni." Nubhan benar-benar merayu agar Merlieana memberi penjelasan pada dirinya.
"Han, awak tahu tak apa yang awak tanya ni? Awak sedar tak?? Han malam tu saya yang mabuk tau! Apa yang saya ingat, saya dekat pub, saya call awak minta tolong ambil saya dekat pub. Then saya tak ingat bila masa awak ambil saya dan bila masa kita sampai rumah. Tahu-tahu, saya bangun pagi saya dah tak berpakaian. Awak faham?? Kalau awak yang tiduri saya memang logik! Saya lakukan benda tu semua dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol. Dan awak sedar. So sekarang ni saya pula nak tanya awak, awak yang patut tanya saya, atau saya yang patut tanya awak?" Merleiana menahan perasaannya saat ini.Dia benar-benar tidak menyangka yang Nubhan boleh bersikap seperti tidak tahu apa-apa, sedangkan diri dia yang tak tahu apa yang berlaku malam itu.
Nubhan tersandar di kerusi itu. Dia cuba mengingati apa yang dia lakukan keatas gadis itu.
"MER, Mer okey tak?" Nubhan memegang bahu Merlieana yang hampir tersembam kelantai tadi. Gadis itu kelihatan tidak sedarkan diri.
"I nak balik." Jawab Merlieana, dengan tubuhnya yang melayang-layang.
"Okey, Han bawak Mer balik. Tapi kenapa Mer macam mabuk je ni? Mer minum ke ni?" Soal Nubhan lagi. Dia memapah tubuh gadis itu bila soalannya tak dijawab.
Tiba di bilik hotel, dia membaringkan gadis itu dikatil. Nubhan menjadi runsing bila mengenangkan dia tak mungkin mampu meninggalkan Merlieana didalam keadaan mabuk seperti itu seorang diri.
Nubhan duduk birai katil dan menatap wajah lembut Merlieana. Gadis itu sungguh jelita dan ada tarikan tersendiri. Bibir mongel gadis itu ditatap, dari wajah bawa ke tubuh sehingga terlihat peha gebu Merlieana yang begitu menggoda.
Sedang-sedang asyik melayan fikiran, tiba-tiba Merlieana bangun dan termuntah-muntah. Nubhan memimpin wanita itu kekamar mandi dan membuat panggilan supaya housekeeping membersihkan tilam tersebut.
Setelah tubuh Merlieana dibersihkan dari muntah, dia memakaikan Merlieana jaketnya, namun secara tiba-tiba gadis itu memeluk tubuhnya dengan erat. Cara pelukan Merleiana benar-benar menggodanya, sehingga membuatkan Nubhan hilang kawalan.
"DAH ingat ke?" Soalan Merlieana mematikan lamunan Nubhan.
"Astarafigrullahal-azim. Apa yang Han dah buat? Ya Allah." Nubhan jadi tidak keruan, airmatanya gugur disaat itu. 'Ya Allah aku melakukan zina ya Allah. Ya Allah ya Tuhan ku.' Pandangannya menjadi tidak teratur.
"Awak menangis pun tak guna. Walau airmata dara sekalipun yang kita titiskan, takkan dapat merubah keadaan. Saya dah hilang kesucian diri. Selama ni, seliar-liar saya, saya tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki.Awak orang pertama Han. Saya redha." Merleiana melepas pandang kearah lain, sambil menahan airmatanya dari menitis.
"Tak Mer, Han dah sentuh Mer. Jadi Han perlu bertanggujawab. Mer dah jadi tanggungjawab Han." Nubhan memegang lembut pipi gadis itu.
Merlieana merenung kedalam mata Nubhan, "Han saya ni tak layak tau untuk orang macam awak. Saya ni liar, terlalu liar dan tersesuai untuk awak. Faham tak?" Merlieana meningkah keputusan Nubhan.
"Tak sayang, Han dah janji takkan tinggalkan Merkan, Jadi kita takkan berpisah sampai bila-bila. Han untuk Mer dan Mer untuk Han. Okey." Pujuk Nubhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)