Saturday, 2 February 2013

Aku Pengganti Itu Episod 30


NUUR melihat kelibat seorang perempuan yang memeluk dan mencium pipi Nubhan sebelum masuk kedalam kereta dan berlalu pergi. Namun yang dia pasti adalah, gadis yang dipeluk cium Nubhan itu bukan adiknya Najihah, tapi gadis lain.
Dengan pantas dia menghampiri Nubhan. Nubhan menoleh dan hampir terduduk kerana terlalu terkejut melihat wajah Nuur yang tiba-tiba muncul didepannya.
"Tak payah nak terkejut sangat lah, siapa perempuan tu tadi??" Soal Nuur tegas. Dia memeluk tubuh memandang sinis kearah Nubhan.
"Perempuan? Perempuan mana?" Wajah Nubhan kelihatan pucat saat ini. Dia amat berharap Nuur tidak dapat mengecam wajah Merlieana.
"Aik, baru sekejap saya nampak awak peluk cium dengan dia, tiba-tiba je tak tahu pula??" Nuur menekankan perkataan 'peluk cium' pada Nubhan.
"Oh, yang tadi tu. Yang tadi tu, adik perempuan saya." Bohong Nubhan.
"Adik perempuan? Sejak bila buaya darat ni ada adik perempuan?" Tingkah Nuur, seingatnya Nubhan tidak ada adik-beradik. Dia anak tunggal.
Wajah Nubhan berubah pucat sekali lagi. "Mak, maksud saya, adik saudara perempuan. Dia tu dah saya anggap macam adik sendiri. Sejak dari kecil lagi mak saya dah jaga dia." Bohong Nubhan lagi dengan senyuman manis untuk menutup rasa takutnya.
"Oh. But the way, dia tetap bukan muhrim awak! Yang awak pakai peluk dia tu kenapa?" Soal Nuur mula garang.
"Memang dari kecil macam tu, tu yang dah tak boleh nak cover tu." Tambah Nubhan lagi, siap dengan tersenyum simpulnya.
"Tak kisahlah dari kecik ke apa, lain kali fikir sikit. Hukumnya dosa awak tahu?? Ingat, awak tu suami orang! Mana adik saya?" Nuur mencari kelibat Najihah, tapi tidak kelihatan.
"Najihah dekat rumah. Saya bekerja, jadi tak mungkin bawak dia pergi kerja sekali kan?" Nubhan berharap agar gadis itu tidak menyoal perkara yang bukan-bukan padanya.
"Asyik kerja je, ingat sikit isteri dekat rumah. jangan sampai tak ada masa pula dengan isteri." Sinis benar kata-kata Nuur pada Nubhan.
"Awak ni, macam mana boleh ada dekat sini? Awak mengendap saya ke? Sayang juga awak dekat saya. Teringat zaman kita dulu ke?" Usik Nubhan merangkap ubah topik.
"Excuse me, saya berada disini sebab kerja okey! Tak ada masalah nak sayang orang gila macam awak ni. Dasar buaya darat!" Tingkah Nuur, dia menahan sebal dihati.
"Buaya darat? Buaya darat ni juga yang awak sayang-sayang dulu. Kan?" Tambah Nubhan sambil mengenyit pada Nuur.
"Itu dulu, dan takkan berlaku lagi." Tangkas Nuur menjawab. Dia menjeling kasar kearah Nubhan.
"Amboi jeling, mengancam siot. Sama macam jelingan lapan tahun dulu. Comel." Usik Nubhan. Melihat wajah Nuur yang sudah meronah merah, membuatkan dia tersenyum. Entah kenapa dia suka benar mengusik  kekasih dizaman persekolahnya itu merangkap kakakiparnya kini.
"Jangan panggil saya dengan panggilan tu okey! Panggilan tu dah tak wujud lagi lepas saya kuburkan dulu." Bantah Nuur, dia membuntangkan matanya pada lelaki itu. Dia cuba mencari semula rasa bencinya pada lelaki itu.
"Hanya sekadar panggilan Nuur, tapi sikap dan tingkah laku awak tak pernah berubah. Benar-benar masih serupa dengan si Comel saya dulu." Jujur Nubhan. Tingkah laku gadis itu masih lagi seperti dulu. 'Comel' yang baik dan suka meggembirakan dirinya disewaktu dia didalam keadaan sedih atau murung. Comel lah sahabat sejati merangkap kekasihnya dahulu.
"Awak masih ingat lagi sikap saya Nub? Dah lapan kita berpisah. Awak masih ingat lagi?" Soal Nuur, hairan.
"Nuur, awak segala-galanya bagi saya. Dulu awak kekasih dan kawan sejati saya. Sekarang awak kakak ipar saya pula. Saya tak pernah lupa walau satu pun mengenai awak." Jawab Nubhan dengan jujur. Dia merenung wajah sahabatnya yang amat dirindui selama ini.
"Kenapa awak tak lupakan je saya??" Soal Nuur, menahan sebak.
"Macam mana saya nak lupakan awak? Sedangkan kita terlalu rapat. Awak yang selalu tolong saya bila kena marah dengan cikgu. Awak yang selalu selamatkan saya dari kena dapat surat amaran, sebab awak pengawas. terlalu banyak perkara yang kongsi bersama dulu Nuur. Mana mungkin saya lupakan sahabat sejati saya." Menitis jua airmata Nubhan kali ini. Begitu juga dengan Nuur.
"Macam budak-budak menangis." Usik Nuur, dia mengesat airmatanya. Dan memberikan senyuman pada Nubhan. Entah kenapa sedikit demi sedikit perasaan benci pada lelaki itu hilang.
"Cakap orang dia pun sama." Jawab Nubhan, dia turut tersenyum dan mengesat airmatanya. "Terima kasih Nuur." Ucap Nubhan Ikhlas.
"Untuk apa?" Soal Nuur, hairan. Dia masih tersenyum.
"Untuk senyuman tu, senyuman yang begitu Nubhan rindui selama lapan tahun ni." jujur Nubhan.
"Rindu ke Comot?" Usik Nuur dengan panggilannya untuk Nubhan sewaktu dizaman persekolah dulu.
"Yelah Comel." Balas Nubhan dengan senyuman. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

No comments: