Tuesday, 3 March 2020

3 March 2020

KEMATIAN

Kebelakangan ni, aku berada dekat dengan orang-orang yang dijemput Illahi. Perkara ni betul-betul membuat aku terduduk dan berfikir sebentar.

Selama ni, aku terlalu sibuk fikirkan hal dunia. Terlalu sibuk fikir lima tahun lagi nak jadi apa, nak buat apa, macam sampai pula lima tahun akan datang tu.

Aku bukan takut kepada kematian tu, tapi yang aku takutkan adalah dosa-dosa aku. Aku banyak dosa, jasa mak ayah aku pun aku belum dapat balas dengan sempurna, hutang lagi tak payah cerita. Aku takut aku tak sempat selesai tiga benda ni sebelum aku pergi hadap Allah.

Bila aku tengok ramai yang pergi, aku fikir macam mana nanti kalau aku pergi?
Ada tak orang yang nak maafkan dosa-dosa aku selama ni dengan diaorang?
Ada tak orang yang sudi nak uruskan jenazah aku?
Ada tak orang yang sudi nak doakan aku, sedekahkan al fatihah untuk aku?
Ada tak orang yang nak tengok-tengokkan mak ayah dan adik-adik, dan anak saudara aku?
Allah terima tak amalan aku selama ni?
Allah ampunkan tak dosa-dosa aku selama ni?
Aku takut. 
Itu yang aku takut.

Aku harap dapat istiqomah dan perbaiki salah silap diri aku selama ni. Aku nak mati dalam keadaan husnol khotimah. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin.

"CUKUPLAH MEMIKIRKAN DUNIA. CARILAH AMALAN UNTUK BEKALAN KITA MENGHADAP ALLAH. KITA TIDAK TAHU BILA ALLAH MENJEMPUT KITA UNTUK MENGHADAPNYA. KITA TAK TAHU!" - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
03 Mar 2020


2 March 2020

SAKIT II

Aku ingat sakit aku kena gigit semalam berakhir dengan keamanan hari ni, rupanya tak eh!!!!
Hari ni aku mengidap wei. 
Sakit dia tak boleh bawak bincang. Tempat sakit tu rasa berdenyut gila, and jadi biru. Lepas tu, kaki aku jadi lenguh. Jalan lama-lama jadi lemah.

Aku punya tak tahan tu, terus pergi klinik.
Sekali doktor marah! Kenapa lambat pergi klinik?
Dia tak tahu aku nak cakap yang aku kena gigit kucing tu, punyalah malu.
Almaklumlah bekas kak yong kan (mata keatas tangan kat bahu), malulah masuk pergi klinik sebab kena gigit kucing!

Doktor tu membebel macam mak nenek. Kalah aku bebel dekat kucing aku semalam. Rupanya, dia marah sebab risau aku kena infection sebab kucing akukan baru lepas kena cakar dengan anjing. Jadi dia takut kucing aku ada virus dan virus kucing tu mungkin boleh kena dekat aku. Terkejut gak aku, tak sangka rupanya kalau kena gigit kucing pun tak boleh pandang remeh. 

Tapi memang kali ni, sakit dia lain macam. Sebelum-sebelum ni pun, dia pernah cakar and gigit aku. Tapi tak sesakit ni, sampai biru kaki aku.

Doktor tu bagi vaksin dekat aku, dan suruh aku rehat. Dia nasihatkan supaya aku dapatkan vaksin juga untuk kucing aku tu. 

Siap dia share maklumat tentang akibat dan nama penyakit akibat gigit kucing. Rabies! itu nama penyakit tu.

Alhamdulillah dapat cegah awal. Tapi kena enjit ni pun, sama sakitnya dengan kaki aku! 
Adesss

"ORANG NAK BELA KUCING, KAU PUN NAK BELA. TAPI TAK NAK BELAJAR TENTANG CARA PEMELIHARAAN DAN TANGANI DIA. BELAJARLAH SEBELUM MEMELIHARA BINATANG YANG KAUORANG SUKA YA!" - MANGSA GIGITAN KUCING SENDIRI. 

Lee Lien Yoong
SNA 
02 Mar 2020


1 March 2020

SAKIT!!!!

Sakit! Itu yang aku rasa hari ni!!!!
Kucing aku buat gigitan berbisa dekat bawah lutut aku!

Mula-mula tu aku ingat taklah teruk. Cuma memang menjeritlah masa kena tu. Tapi aku mungkin confuse kot waktu tu. Aku jerit sebab sakit ke sebab terkejut?

Citer dia, tadi aku tengah masak then aku buka pintu supaya dapat udara luar. Lepas tu dia nak keluar. Aku marah dia, sebab tak nak bagi dia keluar. Padahal dia baru lepas kena cakar dengan anjing berapa hari lepas. Sebab tu aku tak nak dia keluar, aku takut anjing yang sama hari tu, buat dia lagi. Aku just cakap jer jangan keluar. Lepas tu dia masuk. Aku ingatkan dia fahamlah aku risaukan, sekali dia terjah aku, dia gigit kaki aku kuat-kuat sampai tersangkut gigi dia dekat kaki aku. Menjerit aku dibuatnya. Aku tepuk dia, tapi dia tak boleh lepaskan gigitan dia sebab tersangkut dekat kaki aku. Aku pun yelahkan, bekas kakyong, action! Rentap terus. Lepas tu aku teruskan memasak. Sebab aku ingat tak ada mendalah kan.

Tapi makin lama aku berdiri, aku rasa makin bisa, makin berat kaki aku nak gerak, makin berdenyut tempat dia gigit tu. Aku still teruskan memasak. Tapi mulut aku tak berhenti membebelkan dia. Dia diam jer. Telinga siap jatuh. Sakit telingalah dengan aku bebel. 
Sampai satu tahap aku rasa kaki aku pijak benda berair pekat, melekit. Rasa tak sedap.
Aku pun tengok bawah!

Wei! 
Darah!!!!!
banyak giler!!!
Rupanya tempat dia gigit tu, dalam gila! padu wei!! 
Jam tulah rasa sakit dia sampai ke otak rasanya. Aku cuci kaki aku, tapi darah masih mengalir. Adik aku sapu ubat luka, letak kopi, baru darah berhenti. 
Apa lagi, aku keluar bilik, sambung masak, sambung membebel dekat dia. Dari duduk depan aku terus duduk bawah kerusi. Pecah agaknya gegendang telinga dengar aku bebel.
Sakit wei!
Sumpah sakit.
Ummi!!!!!!!!

"SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI." - KAK YONG BEBEL

Lee Lien Yoong
SNA 
01 Mar 2020



29 February 2020

ADIL?

Aku selalu fikir tentang keadilan. Ramai kawan-kawan tanya tentang keadilan pada aku. Apa maksud keadilan bagi aku?

Okay!

Bagi aku keadilan ni adalah macam mana kau membahagikan sesuatu perkara dengan cara yang betul? Contohnya bila kau jadi seorang pemimpin atau ketua kepada sesuatu kumpulan, kelompok, organisasi atau apa sahaja yang berkaitan yang membuatkan setiap orang bergantung dengan arahan dan tindakan dari kau. Bagaimana kau membahagikan tugasan, hukuman, perhatian, dan bagaimana kau berfikir secara saksama kepada setiap orang. 
Kalau bukan kepada orang bawahan kau pun, bagaimana kau mengadili orang sekeliling kau? 
Bahkan bagaimana kau mengadili diri kau sendiri?

Sebenarnya semua tu bermula dari diri kita sendiri. Macam mana kita mengadili diri kita, macam tu jugalah kita akan lakukan kepada orang lain. 

Jangan pandang remeh dengan ADIL ni, sebab keadilan ni, adalah salah satu soalah utama yang Allah akan persoalkan kita ketika hari kebangkitan kelak.

"JIKA MEMANG DIA TIDAK MENGADILIKU DENGAN BAIK, ITU ADALAH URUSAN DIA DENGAN ALLAH KELAK. DIA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERANGAKN SETIAP KETIDAKADILANNYA DI HADAPAN ALLAH KETIKA HARI KEBANGKITAN KELAK. SEDANG AKU LEBIH MEMIKIRKAN BAGAIMANA KEADILAN YANG AKU BERI KEPADA ORANG SEKELILING AKU SELAMA INI, HARI INI, ESOK, DAN AKAN DATANG NANTI. BENAR AKU TAKUT...." NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
29 Februari 2020


28 February 2020

SAHABAT

Ada orang mempunyai keberuntungan memiliki sahabat yang terjalin hubungannya sejak dari kecil lagi.
Ada yang miliki sahabat dari zaman persekolahan hingga hujung usia.
Ada yang miliki sahabat sekedar sekejap cuma.
Itu semua rezeki. 

Adik aku pernah tanya pada aku, kenapa aku tak ramai kawan, dan kenapa kawan aku selalu memanfaatkan aku dan tinggalkan aku bila tidak perlu?

Aku tak dapat memberi jawapan buatnya dan sekadar memberi senyuman.

Sebenarnya aku bukan ditinggalkan hanya kerana setelah dimanfaatkan dan ditinggalkan bila tidak perlu. Mungkin itu terjadi kerana salah silap yang mungkin aku tak sedar telah melakukannya. 

Lagipun selama ni, aku tak pernah terfikir yang hidup tanpa sahabat itu suatu yang terlalu sulit. Aku tahu, suatu saat nanti aku akan berseorangan dan tidak ditemani oleh mana-mana sahabatpun. 

Tapi kebelakangan ini, kematian membuat aku berfikir. Jika aku ramai sahabat mungkin bila aku mati, aku punya kesempatan untuk peroleh doa dari mereka. 

Jika dahulu, aku sering membiarkan perginya sahabat-sahabat aku dari hidup ni. Mulai saat ini, aku ingin cuba berbuat baik dengan semua orang. Dengan harapan aku peroleh doa yang baik dari mereka, saat aku menghadap Allah.

"BAGAIMANA DIRI KITA KETIKA ALLAH MENJEMPUT KELAK?" - NUR AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA 
28 Februari 2020