Wednesday, 13 February 2013

Aku Pengganti Itu Episod 31



FARISH merenung wajah comel milik Nuur yang sedang murung merenung baju-baju pengantin yang tersedia diatas meja. Tersenyum sebentar sebelum melayani fikiran.
'Kenapa dia terima pinangan mama, kalau dia tak boleh terima aku? Kenapa dia perlu jadikan diri dia mangsa keadaan? Kenapa? Tak ada ruang ke di hatinya untuk menerima aku sebagai teman hidupnya? Bersalahkah aku kini disaat berada disampingnya?'
"Kenapa tak pilih lagi baju-baju ni? Awak tak nak kahwin ke? Hari dah nak dekat kan?" Soal Farish memecah kesunyian.
"Saya malaslah nak pilih. Tak ada mood pun nak layan benda ni semua. Awak ni cakap saya, yang awak kenapa tak pilih?" Nuur melepaskan keluhan berat saat disoal oleh tunangnya.
"Macam mana saya nak pilih sayang? Awakkan belum pilih lagi. Nanti kalau awak pilih lain saya pilih lain, siapa yang susah? Kita jugakan?" Jawab Farish. Dia tidak lepas dari merenung wajah gadis itu.
"Yelah, tapi takkan sampai tak boleh nak bagi cadangan kot? Saya dah naik pening kepala tahu tak fikir pasal benda ni semua." Rungut Nuur. Dia mula naik rimas apabila direnung oleh Farish sebegitu.
"Pening kepala fikir pasal persiapan kita atau pening kepala mengenai hubungan kita?" Soal Farish serius. Dia tidak mahu mendesak Nuur untuk membuat persiapan itu andai hati gadis itu sendiri tidak merelakan.
"Apa yang awak cakap ni?" Nuur terpempam dengan soalan yang meniti dibibir Farish.
"Saya tahu awak tak suka akan apa yang berlaku sekarang ni. Saya minta maaf Nuur. Saya mungkin penyebab penderitaan awak selama ini. Tapi percayalah saya tak berniat nak menyiksa jiwa awak. Walaupun kita tak pernah berjumpa sebelum kita ditunangkan, namun sejak berjumpa dengan awak pertama kali di Jordan dulu, saya tanam tekad dalam hati untuk menjadikan awak permaisuri saya sampai hujung nyawa. Saya tahu mungkin awak takkan percaya dengan kata-kata saya, sebab selama ni saya selalu usik awak dan main-main dengan awak. Saya tak pernah serius. Tapi kali ni, saya betul-betul serius Nuur. Izinkan saya menyentuh hati awak." Luah Farish sambil merenung kedalam mata Nuur.
Menitis airmata keharuan mendengar luahan hati Farish. Dia membalas renungan Farish buat julung kalinya. Tiada kata yang mampu terucap, sekadar mata yang berbicara.
"Dulu kita ditunangkan, bererti ibu bapa saya yang melamar awak. Tapi kini, disini.. saya ingin melamar awak dengan setulus hati saya. Saya tak mampu berjanji, tapi insyaAllah saya akan jaga sampai hujung nyawa saya." Tambah Farish sekali lagi. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dari kocek seluarnya dan diletakkan diatas meja yang berhadapan dengan Nuur. Niat dihati ingin diberikan pada gadis itu waktu keluar makan malam nanti, tapi kesempatan ini tidak dapat dilepaskan begitu sahaja.
"Farish... Saya tak tahu nak cakap apa. Tapi boleh beri saya masa? Benda ni semua datang mengejut. Boleh Farish?" Soal Nuur lembut.
"Saya pernah cakap pada awakkan? Masa saya untuk awak sampai hujung nyawa. Jadi seberapa lama masa yang awak nak saya akan tunggu." Farish melemparkan senyuman manis penuh makna pada tunangnya.
"Terima kasih Farish." Ucap Nuur. Dia turut membalas senyuman lelaki itu dan mengesat airmata yang merembes dipipinya tadi.
"Sama-sama kasih. Kasih tu akan selalu ada untuk awak." Usik Farish lembut, "Simpanlah cincin tu. Bila awak dah sedia nak terima saya. Awak pakai cincin tu, dan bila saya tengok awak pakai cincin tu... saya takkan teragak-agak untuk teruskan perancangan perkahwinan kita. Sebab saya takkan ambil awak isteri seandainya hati awak tak merelakan. Saya faham cinta tu terkadang tak dapat miliki." Farish menyembunyikan airmatanya dari menitis. Dia mahu melihat Nuur sentiasa tersenyum.
"Farish hidup ni susah kita nak duga, kadang kala kita mampu meresa begitu dekat dengan seseorang itu, tapi sebenarnya dia begitu jauh dari kita. Dan walaupun kita dapat bersama dengan dia, belum tentu hati dia dapat kita selami. Mungkin juga kita mampu membuat dia tersenyum, tapi kita juga tidak tahu apa yang dia rasa disebalik senyumannya. Awak mungkin nampak reaksi saya, tidak dapat menerima awak, tapi hati saya hanya Allah yang Maha mengetahui." Luah Nuur tanpa memandang kewajah Farish walau sekilas.
Farish tersenyum mendengar luahan gadis itu.
Dia mengekori Nuur yang kelihatan berlalu keluar dari butik itu.
"Kesian akak butik tu." Ujar Farish selamba sambil menoleh sekilas kearah butik itu.
"Alah, tak apalah. Bukannya lama pun. Esok-esok datang balik." Balas Nuur berani.
Farish terpana dengan kata-kata Nuur. Dia tersenyum dan berlalu pantas menghadap gadis itu. "Betulkah apa yang saya dengar ni?" Soal Farish dengan senyuman keharuan.
"Dengar apa? Saya nak pergi tandaslah, awak tunggu dekat kereta je." Nuur sengaja membuat Farish tertanya-tanya dengan jawapannya. Benar hati dia sudah merelakan dan ingin memberi peluang pada Farish untuk menunjukkan cinta lelaki itu padanya. Namun dia tidak mahu terlalu terburu-buru memberi jawapan.

FARISH menuju ke kedai cenderahati berhampiran butik tadi, sementara menunggu tunangnya yang berada ditandas.
Sedang elok menilik bingkai gambar yang ada disitu tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis disebelahnya. "Maaf Cik. Saya tak sengaja." Farish menyusun sepuluh jari dihadapan gadis itu sambil menutup mata. 'Mampus aku.'
"Farish."
Mata mereka bertembung dan membuatkan Farish terkejut dengan apa yang dilihat.
"Najihah."

2 comments:

┘airora hijau└ said...

the end? ..
tak de continue?..
plzz. :(
nak tahu apa seterusnya..

Kehidupanku Didunia Ini said...

..ada ending dier wak.. :) terima kasih sebab sudi baca tau...