[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 27
IMRAN berjalan masuk kedalam pejabat
dengan membawa dokumen kerja serta beg bimbitnya. Pakaiannya yang kelihatan
segak pagi ini, membuatkan ramai pekerja wanita yang memandang dia dengan
senyuman sampai ke telinga. Rambutnya baru sahaja dipotong semalam mengikut
kesusaian muka, amat padan dengan wajah kacaknya yang menampakkan seperti
lelaki melayu sejati.
Hari
ini dia datang dengan sebuah azam yang baru, azam yang ditanam itu sekadar
untuk dirinya kuat meneruskan kehidupan ini. Azam yang dimana sudah tiada lagi
perkataan kasih sayang seperti kasih, sayang,cinta, rindu, atau apa sahaja yang
berkaitan dengan perasaan.
Hari
ini Imran tidak akan dikenali lagi sebagai manusia yang gemar bermain dengan
perasaan, sekadar kerja yang akan menjadi panduan utamanya kini. Tiada lagi
titik nota cinta yang perlu wujud dan tiada lagi titik belas kasihan yang perlu
hadir dalam jiwanya.
Tapi
mampukah hati seorang insan yang senantiasa berharap meraih kasih, menolak
kasih itu? Hanya naluri hati dan keimanan Imran Safiudin yang boleh menjawab.
Imran
memerhatikan Aisya yang sedang melihat seseorang dengan pandangan yang begitu
tekun sekali, perlahan dia mendekati gadis itu. Ternyata Aisya sedang leka
merenung Ikhwan yang berada didalam bilik pejabat.
Imran
sempat memuji ketampanan abangnya hari ini, lain dari yang lain. Macam berjanji
pula nak berketerampilan luar biasa pada hari ini. Tapi mungkin matlamat mereka
berbeza.
Lelaki
tampan berkulit cerah itu sempat menggelengkan kepala sebelum menepuk belakang
Aisya dengan dokumen kerja yang dipegangnya.
‘Terkejut
beruk’ Aisya dibuatnya, cepat dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat
renungan tajam Imran.
“Orang
suruh datang kerja untuk buat kerja, bukan ‘teropong’ suami orang! Kau masuk
bilik aku sekarang sebelum aku sepak kau macam bola dekat sini.” Tempelak Imran
kasar, dia berjalan masuk kedalam bilik pejabatnya tanpa mendengar sebarang
kata dari Aisya.
Bau
wangian yang dipakai Imran hari ini, lain dari yang lain dan itu telah
membuatkan Aisya terkesima ketika. Bau itu benar-benar mendatangkan kedamai
pada dirinya. Renungan Imran itu membuat tangkai hatinya rapuh, imannya begitu
terusik.
Penampilan
Imran hari ini membuatkan jiwa wanita Aisya sedikit terusik, hatinya seperti
diketuk sesuatu. Sempat dia tersenyum sendiri. Hari ini ada dua insan yang
telah berjaya membuatkan jiwanya rapuh, hatinya bergetar dan imannya kacau.
Aisya
memeluk tubuh dan tangan kanannya memegang dagu, dia sedikit mendongak dan
membayangkan wajah Imran serta Ikhwan silih berganti. Senyuman juga begitu,
sebentar senyuman kecil, sebentar senyuman sumbing, sebentar senyuman manis.
Lamunan
Aisya terhenti apabila terasa bahunya dibaling sesuatu, dia memandang ke bawah
dan mengambil pen yang terkena pada bahu kanannya tadi. Aisya menoleh kearah
kanannya dan melihat Imran yang sedang berdiri dipintu bilik pejabat sambil
memandang tajam kearahnya.
“Ini
syarikat pembangunan bukan hospital sakit jiwalah ‘perempuan gila’! Berapa lama
aku nak tunggu kau? Kau ingat aku tunggul mati ke dekat dalam bilik ni?!”
tempelak Imran kuat, kemudian dia masuk semula kedalam biliknya dengan
menghempas pintu biliknya.
Aisya
menahan ketawa dengan amarah Imran, ‘yang kau berkhayal tak tentu pasal tu dah
kenapa Aisya sengal?’
Pintu
dikuak perlahan apabila mendapat keizinan masuk dari Imran. Wajah Imran
dipandang penuh hormat. Dengan senyuman dia menghampiri meja kerja lelaki itu.
“Kau
ni, dah cukup bagus dah. Ada rupa yang baik, aurat dijaga dengan baik. Tak
pakai baju ketat-ketat macam perempuan bertudung yang kebanyakan di Malaysia
sekarang ni. Tudung pun dah macam tudung Imelda. Labuh! Pendidikan pun bagus.
Tapi sikap kau yang kurang! Kenapa kau suka sangat perhatikan suami orang?
Sudah-sudahlah berharap pada yang tak pasti ni Aisya…..” tegur Imran berserta
dengan memberi komen tentang diri Aisya dipandangan matanya.
“Encik
Imran ingat senang ke nak melupakan orang yang kita cinta? Saya tengah cubalah
ni, ingat boleh sekali gus ke… makan masa tahu tak?” rungut Aisya. Pandangan
diarahkan dinding bilik itu.
“Tapi
tak semestinya perlu renung orang macam nak telankan?”
“Saya
tahu…”
“Kalau
masih lagi memandang, masih lagi merenung…. bila yang kau boleh lupakan dia,
Aisya? Tindakan dan niat kau tak seiring,” ujar Imran perlahan.
Aisya
duduk dikerusi yang berhadapan dengan Imran tanpa disuruh, airmata sudah
bergenang. Dia memandang Imran dengan pandangan sayu. “Macam mana saya nak buat
Encik Imran? Setiap hari saya pandang dia, setiap hari saya mesti bertembung
dengan dia. Saya bukan tak cuba, saya
cuba tau.. untuk tak cintakan dia lagi. Tapi hati ni degil sangat Encik
Imran..” luah Aisya tanpa berselindung. Airmatanya menitis jua.
“Aisya,
jika kita berkehendak… kita boleh berusaha seribu daya. Tapi jika kita tidak
berkehendak… kita juga boleh bagi seribu dalih. Apa guna kita hidup sebagai
seorang Islam, kalau kita tak mahu berpegang kepada Al Quran, Al Sunnah dan Al
Hadis?” Imran bangun dari duduk dan membuka butang atas vase birunya, kemudian dia bersandar di mejanya dan merenung
sekilas wajah Aisya.
“Maksud
Encik Imran?”
“Kembalilah
mencintai Dia dulu berbanding yang lain, Aisya. Berusaha dan bertawakallah
didalam setiap keinginan kau. Kalau kau terus-terus kejar cinta yang tak pasti
dari Ikhwan, sampai bila kau nak bermusuh dengan Imelda? Kau tak rindu ke waktu
kebahagian kau bersama Imelda?” Imran merenung Aisya yang sememangnya sedang
merenung dia.
“Mestilah
rindu…. tapi hati siapa yang mampu menahan rasa terkilan ni Encik Imran.”
“Dalam
hidup ni, tak semua yang kita nak… kita akan dapat tau. Beralahlah, kalau itu
yang terbaik..” Imran kembali duduk dikerusinya dan menilik kertas-kertas
kerja.
“Encik
Imran cakap saya lebih… Encik Imran pun sukakan hak orang lainkan?” Aisya mula
nak menyakat si Imran.
Wajah
Imran yang sedia tenang berubah menjadi merah dan gelisah. Dia mengalihkan
padangan kearah fail-fail kerjanya. “Kau dah tak ada kerja ke, Aisya?”
“Eleh,
nak tukar topik pula. Macam orang tak tahu…” Aisya berpeluk tubuh sambil
menjongketkan kening kirinya. Pandangan sinis diberi kepada Imran.
“Mana
kau tahu ni?”
“Lain
kali, telefon tu simpan elok-elok… ni tidak! Letak telefon merata tempat…”
“Apa
kena mengena telefon aku dengan kau tahu tentang aku dengan Imelda?”
“Agak-agak
siapa yer yang letak gambar Imelda
menjadi wallpaper telefon dia selain
dari Tuan Ikhwan?”
Imran
mengangkat wajah merenung Aisya, ‘tak guna minah ni! Dia buka telefon aku ke?’
“Saya
mengakulah sukakan Tuan Ikhwan tu, tapi tak adalah sampai nak buat wallpaper fhone…” perli Aisya selamba.
“Kau
ni!” Imran membaling pen yang dipegangnya kearah Aisya.
“Aduh!
Encik Imran ni, ganaslah! Sakit tau tak!” Aisya mengusap kepalanya yang terkena
pen tersebut.
“Aku
nak baling tempat lain, terkena tempat lain pula… tapi padanlah muka kau!”
Imran tersenyum kerana dapat mengenakan Aisya.
Aisya
memberikan jelingan kepada Imran, ‘kalau aku dapat cekik mamat ni, aku takkan
lepaskan peluang ni….walaupun sesaat!’
“Dah
kau tak payah nak banyak bunyi dekat sini, ambil fail ni.. pergi bagi dekat
Tuan Ikhwan. Pesan dekat dia, jangan lupa tentang meeting pembentangan pemasaran bulan ni.” Imran menghulurkan fail
yang baru dia periksa tadi kepada Aisya.
“Yelah.”
Aisya menyambut huluran Imran dan berlalu keluar dari bilik. Entah kenapa
setiap kali bersama Imran, segala beban yang ada dikepalanya agak berkurang.
“Encik
Imran?”
“Apa
lagi?” soal Imran, dia memandang kearah Aisya yang sedang berdiri dimuka pintu.
“Encik
Imran kacak hari ni…”
“Sejak
bila awak tahu memuji ni?”
“Saya
memang suka memuji, rasanya Encik Imran yang kena kenal saya betul-betul…”
Imran
sekadar tersenyum kearah Aisya.
“Tapi
saya ikhlas katakan, hari ni Encik Imran kacak. Potongan rambut Encik Imran tu,
kena sangat dengan paras rupa….” Terang Aisya ikhlas sebelum berlalu keluar
dari bilik lelaki itu.
Imran
tersenyum kecil dan meneruskan kerja-kerjanya bagi persedian mesyuarat sebentar
lagi. Fail-fail didepannya, diteliti satu persatu.
Imelda
menghentikan kerjanya bila melihat Aisya yang masuk kedalam bilik pejabat
Ikhwan. Dia bangun dari duduk dan melangkah masuk kedalam bilik suaminya
melalui pintu bilik khas yang berada di perantara bilik Ikhwan dan bilik
Imelda, yang hanya boleh ditembusi diantara bilik pejabat dia dan bilik pejabat
Ikhwan.
Ikhwan
menoleh kearah kanan dan melihat wajah bengis isterinya yang sedang merenung
Aisya. Kening dia terus berkerut melihat Imelda yang menghampiri Aisya. Lagak
isterinya itu sudah seperti harimau hendak menerkam si mangsa.
“Buat
apa kau masuk bilik suami aku?” soal Imelda kasar.
“Aku
cuma nak bagi fail ni pada Tuan Ikhwan…”
“Kenapa
kau tak bagi dekat aku jer? Aku
pembantu peribadi dia….” soal Imelda lagi. Kening kanannya agak terangkat,
merenung Aisya.
“Tapi
Encik Imran minta aku bagi pada Tuan Ikhwan..” Aisya cuba mempertahankan
dirinya. Sudah memang bukan niatnya nak menggatal dengan Ikhwan tetapi hanya
untuk menyampaikan arahan Imran.
“Kau
pembantu peribadi Imran, dan aku pembantu peribadi Tuan Ikhwan. Jadi urusan
antara Imran dan Tuan Ikhwan yang Imran minta kau kendalikan, kau perlu
berurusan dengan aku. Faham?”
“Sejak
bila pula aku nak kena ikut arahan kau?” soal Aisya berani, kesabarannya sudah
tercabar.
“Mulai
sekarang!” fail yang berada ditangan Aisya, dirampas oleh Imelda.
“Fine! Dan jangan lupa untuk pesan pada
majikan kesayangan kau tu… sekejap lagi meeting
nak mula!” bentak Aisya.
“Aku
tak pekak lagi, jadi kau tak perlu nak terpekik. Dan aku bukan amnesia yang boleh lupa semua benda. Aku
tahu tugas aku untuk ingatkan kerja-kerja Tuan Ikhwan,” balas Imelda selamba.
Aisya
hanya mampu mengecilkan mata merenung Imelda. Sakit benar hatinya dengan sikap
Imelda yang benar-benar sudah berubah sekarang.
“Kalau
kau dah tak ada apa-apa yang nak disampaikan boleh keluar sekarang! And one more thing, selepas ni.. kalau
ada apa-apa urusan yang Imran nak kau sampaikan pada Tuan Ikhwan, kau boleh
terus masuk bilik aku dan beritahu aku. Aku sendiri yang akan sampaikan pada
Tuan Ikhwan.” Imelda memandang Aisya dengan senyuman sinis.
Aisya
mengeluh lemah.
“Kau
boleh keluar!”
Aisya
memberi jelingan maut dan terus keluar dari bilik itu, tidak sanggup dia
berlama disitu. Menghadap perangai Imelda yang begitu, boleh memberi dia hilang
semangat untuk bekerja.
Imelda
berjalan ke meja suaminya dan meletakkan fail yang diambil dari Aisya tadi
keatas meja Ikhwan.
“Fail
ni untuk diperiksa yer Tuan Ikhwan.
Sekejap lagi kita ada meeting dengan
Encik Imran berkenaan dengan pembentangan pemasaran bulanan. Ada apa-apa yang
Tuan Ikhwan perlukan?” Imelda terus bersikap formal dengan suaminya. Tidak
langsung dia menampakkan dirinya adalah isteri kepada lelaki itu.
Ikhwan
mengeluh halus, dia sekadar menggelengkan kepala.
“Kalau
tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Imelda berlalu semula kebiliknya tanpa
mempedulikan apa yang sedang dirasai atau difikirkan oleh Ikhwan tentang
dirinya.
‘Hati
ini terasa pedih Ikhwan, disaat kau memanggil aku ‘sayang’. Kerana bagiku
panggilan itu adalah palsu. Hatiku ini hanya kau permainkan bukan kebenaran.’
IKHWAN menamatkan mesyuarat pada jam
satu tiga puluh lima minit tengah hari. Dia amat berpuas hati dengan
pembentangan Imran sebentar tadi. Ternyata membawa masuk Imran kedalam
syarikatnya bukanlah suatu perkara yang sia-sia, sebaliknya telah mendatangkan
sebuah keuntungan besar.
Apa
yang telah Imran lakukan selama bekerja disyarikat Ikhwan, belum pernah
mengecewakan. Semua idea yang digarapkan dan dipersetujui Ikhwan, telah
membuahkan hasil yang amat lumayan.
Kadar
purata pemasaran yang semakin meningkat juga membuatkan Ikhwan berasa tidak
menyesal meletakkan Imran dibahagian Ketua Eksekutif Pemasaran.
Beberapa
kakitangan syarikat yang turut terlibat ketika mesyuarat tadi mengambil
keputusan untuk keluar makan tengah hari. Sebaliknya Ikhwan, Imelda, Aisya dan
Imran menuju ke surau yang disediakan di syarikat itu, bagi menunaikan solat
fardhu Dzuhur.
Usai
mengambil wudu’, solat di dirikan dengan berimamkan Tengku Ikhwan. Tanpa
diminta sesiapapun, Imelda, Aisya, Imran terus menjadi mahmum Ikhwan.
Imelda
yang disaat ini berasa benci pada Aisya, berasa marah pada Ikhwan dan berasa
tidak selesa dengan Imran, membuang perasaan itu demi menghadap Illahi dengan
tenang.
Aisya
yang disaat ini punyai masalah dengan Imelda dan tidak mampu berasa dekat
dengan Ikhwan, turut membuang perasaan itu demi menghormati solat yang ingin
didirikan.
Imran
yang ketika ini tidak sehaluan dengan abangnya, dia membuang rasa itu demi
berjiwa hamba kepada Allah.
Segala
hal dan masalah dunia mereka lupakan bagi mengabdi diri kepada Allah swt.
Segala soal peribadi itu hanya dipulang balik pada hati tanpa meluahkan secara
lisan atau perbuatan. Semuanya demi Allah swt.
“Assalamualaikum
waramatullah… Assalamualaikum waramatullah..” Ikhwan memberi salam kearah kanan
dan kirinya tanda usai solat Dzuhur. Dengan penuh kehambaan tangan ditadah dan
mendongak sedikit merenung keadaan sekeliling. Mencari-cari
keikhlafan-keikhlafan diri, dan berdoa dengan penuh rasa kehambaan.
“Ya
Allah, ampunilah dosa-dosa kami… sesungguhnya kami adalah hambaMu ya lalai.
Ampunilah dosa kedua orang tua kami, kasihanilah mereka sepertimana mereka
mengasihani kami ketika kecil dulu. Ya Allah, panjangkanlah umur kedua orang
tua kami, dan berikanlah rezeki keatas kedua orang tua kami.” Doa-doa Ikhwan
turut diaminkan oleh Imran, Aisya dan Imelda.
“Ampunilah
adik beradik kami, dan peliharalah mereka….” jiwa Ikhwan menjadi sebak ketika
melafaz doa itu. Terasa seakan mahu memeluk tubuh Imran yang berada disebelah
kanannya.
Gugur
airmata Imran ketika mendengar doa Ikhwan. ‘Andai aku mampu untuk memelukmu
wahai abang.’
“Ampunilah
ke dua datuk dan kedua nenek kami, ampunilah para sahabat kami, ampunilah
saudara-mara kami… dan ampunilah seluruh kaum muslimin, muslimat, mukminin dan
mukminat…” segala kesusahan dan penderitaan melanda di Palestin yang disaksikan
di kaca telivisyen pagi tadi terpapar diruang ingatan. Bahunya sedikit
terhinjut-hinjut menahan sebak.
“Ya
Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada semua saudara islam kami di Palestin dan
Syria yang sedang berdepan dengan musuhMu yakni Yahudi Lanaktullah. Kau
jadikanlah jiwa mereka, jiwa yang kuat dalam mempertahankan tanah islam itu…”
Airmata
Imelda dan Aisya turut menitis bila membayangkan keadaan yang terjadi di
Palestin, hati wanita mereka diruntun pilu.
“Kau
jadikanlah perjuangan mereka itu sebuah perjuang fisabilillah yang mana
jihadnya itu diterimaMu ya Allah… Kau tempatkanlah setiap saudara islam kami
yang tumbang itu, ditempat yang beriman dan dikasihiMu. Kau pecah belahkanlah
hati para pejuang yahudi itu, dan Kau rosakkanlah kesatuan mereka…”
“Ya
Allah, permudahkanlah hari-hari yang kami lalui… berikanlah jiwa kami sebuah
jiwa yang tenang. Pelihara hati kami dengan keimanan ya Allah… permudahkanlah
segala urusan makruf kami, dan Kau hancurkanlah segala urusan mungkar yang
ingin dilaksanakan atau terlintas dihati kami….”
“Sesungguhnya
kamilah hambaMu yang menyembahMu ya Allah, dan kepadaMu jualah.. tempat kami
meminta pertolongan. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkanMu ya Allah… dan
kami bersaksi bahawa Muhammad itu adalah utusanMu yang mulia. Kalbulkanlah doa
kami ini ya Allah… Aamiin aamiin ya rabbal alamiin…” Ikhwan mengaminkan doa dan
membawa telapak tangan yang ditadah tadi kemukanya, diikuti dengan Imran,
Imelda dan Aisya.
Agak
lama Ikhwan merenung ke dada sejadah, dengan seribu satu rasa yang tidak
terungkap. Terasa sedikit ketenangan mengalir dijiwa, sedikit keamanan bermukim
dihati dan sedikit keselesaan dikepala.
Ikhwan
menggerakkan sedikit badannya kearah kanan dan menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Imran.
Imran
yang sejak tadi tertunduk sedang berdzikir, terpempam melihat huluran yang
diberikan oleh Ikhwan. Perlahan kepalanya diangkat dan direnung mata Ikhwan
untuk mencari sebuah keikhlasan.
Entah
kenapa tanpa suara, hatinya merasakan bahawa Ikhwan juga sedang merindui dia
sepertimana dia merindui lelaki itu.
Perlahan
tangan Ikhwan dicapai dan dikucup lembut tangan abangnya, airmata mengalir
sederas-derasnya. Diangkat wajahnya dan direnung wajah lelaki yang dahulu pernah
mengasihi dia dengan begitu tebal.
Ikhwan
menarik bahu Imran kedalam pelukannya, airmata yang mengalir dibiarkan terus
mengalir. Kerinduan terasa terubat kini, dendam seakan menjadi sebuah cairan
yang mengalir terus pergi. Yang ada dijiwa dan hatinya saat ini adalah sebuah
kasih sayang yang memang sudah lama tersimpan untuk Imran.
Terhinjut-hinjut
bahu Imran ketika dirinya dipeluk oleh Ikhwan, sebuah rasa kerinduan terubat
kini. Baru semalam dia berazam untuk berhenti berharap, tapi ketika mesyuarat
tadi lahir semula harapan itu terhadap abangnya dan disaat ini, dia sudahpun
berada didalam pelukan Ikhwan. Pelukan yang memang selama ini dia bergantung
harap.
Imelda
menyambut huluran tangan Aisya dengan penuh kelembutan. Wajahnya direnung Aisya
penuh harapan, jiwanya yang tadi masih merasa benci terhadap wanita itu telah
menjadi kosong tanpa rasa. Tubuhnya dipeluk Aisya dengan penuh kesyahduan, dia
membalas dengan perasaan tanpa rasa.
Aisya
tidak sanggup dan tidak terlalu betah untuk berlama-lamaan berkeadaan begitu
dengan Imelda. Wajah putih gebu Imelda direnung penuh harapan.
“Imelda,
tolong maafkan aku….” Ucap Aisya perlahan, airmatanya menitis.
Imelda
memandang Aisya dengan pandangan yang tidak terisi di relung hati. Tiada
jawapan yang mampu diungkap saat ini. Hanya balasan renungan yang mampu
diberikan kepada Aisya.
Ikhwan
meleraikan pelukannya dan memandang adiknya dengan renungan redup, kasih yang
terserap ibarat sebuah kain basah yang begitu menyerap kasih serta rindunya
terhadap Imran.
“Abang….”
Imran memandang Ikhwan dengan penuh harapan, airmata yang mengalir dipipi
menunjukkan segala rasa dihati yang tak mampu diungkapkan.
Imran
tersenyum keharuan, panggilan yang selama ini sudah lama hilang kini sudah
muncul dibibir Ikhwan buat dirinya.
Perlahan
bahu Imran ditepuk, dia memusingkan badan kebelakang dan merenung wajah
isterinya yang sedang memandang Aisya.
Imelda
tidak mampu mengungkap sebarang kata kepada Aisya, dia sekadar menyentuh bahu
gadis itu sebelum mengesot sedikit menghampiri Ikhwan. Perlahan jemari Ikhwan
yang dihulur, dia sambut.
Bibirnya
mengucup lembut jemari Ikhwan, sebuah rasa hadir dalam hati. Dia mengangkat
wajah merenung mata suaminya mencari sebuah keyakinan yang hampir pudar
dihatinya.
Imelda
sekadar menggeleng perlahan dan bangun dari duduknya. Dia dan yang lain-lain
mengemaskan diri untuk keluar dari pintu surau bagi membuat haluan
masing-masing sebelum menyambung pekerjaan.
Di
pintu surau ketika Imran dan Imelda sedang memakai kasut, lelaki itu menegur
Imelda dengan nada yang lembut.
“Imelda,
awak nak pergi mana?”
“Saya
ingat nak keluar makan dulu, kenapa?” soal Imelda semula.
“Kalau
macam tu, saya ikut boleh?”
Imelda
tidak terus memberi jawapan, dia memandang kearah Ikhwan yang sedang asyik
berborak dengan Aisya. Hatinya menjadi panas dengan sikap suaminya yang boleh
berbual-bual bersama Aisya.
“Boleh,
jom…” jawab Imelda cepat. Dia berjalan bersama Imran, melepasi Ikhwan dan
Aisya.
Ikhwan
yang sedang leka berbual dengan Aisya, terus terhenti bila melihat isterinya
yang berjalan bersama adiknya.
“Aisya,
saya rasa ada benda yang perlu diselesaikan diantara kita….” Ikhwan sudah tidak
mampu hidup didalam pertanyaan.
“Apa
maksud tuan?” soal Aisya pelik. ‘Mamat ni dah kenapa? Tiba-tiba pula…’
“Ikut
saya…”
“Ikut
tuan?” Aisya mengekori Ikhwan dengan keadaan yang masih tertanya-tanya maksud
dan tujuan Ikhwan yang sebenar.
IMELDA sekadar merenung makanan
didepannya, tanpa berniat untuk makan. Wajah Ikhwan yang berlayar difikirannya.
Imran
yang sedang menguyah makanan memandang Imelda dengan tanda tanya. “Imelda, awak
okey tak?”
Imelda
sekadar mengangguk.
“Makanlah
nasi tu, tak baik buat macam tu…” tegur Imran lembut.
“Saya
tak ada selera…”
“Kalau
awak tak ada selera sekalipun, saya yakin baby
dalam perut tu lapar… makanlah sikit.” Imran cuba memujuk gadis itu. Wajah
Imelda tak lepas direnungnya.
Imelda
menyentuh perutnya yang kini terkandung zuriat Ikhwan, lelaki yang masih
dimarahi. Lelaki yang kepercayaannya sudah berkurang, tetapi benih cinta ini
sepertinya memerlukan kekuatan diantara mereka.
“Marah
macam manapun kita, dalam apa situasi pun kita… jangan jadikan anak dalam
kandungan tu sebagai mangsa. Awak perlu jaga dia, dan dia perlukan awak untuk
hidup..” tegur Imran ikhlas.
Imelda
mengangguk perlahan dan menjamah makanan didepannya demi anak didalam kandungan
itu. Benar apa yang dikatakan Imran, anaknya tidak bersalah. Dan anak itu tidak
patut menerima tempias masalah yang sedang dia hadapi.
Sesudah
makan Imran tidak terus pulang, tetapi dia mengambil ruang untuk berbual dengan
Imelda. Wajah gadis itu direnung dengan penuh tenang, dia melihat ada perubahan
sedikit diwajah Imelda. Ketika pertama kali menemui gadis itu, pipinya tidak
segebu itu. Tapi kini pipi itu kelihatan begitu gebu, mungkin kerana kesan
kandungannya.
“Macam
mana awak dengan Ikhwan?” soal Imran lembut.
“Macam
tu jer…”
“Sampai
bila?”
“Entah…”
“Imelda
saya tahu….” kata-kata Imran dipotong oleh Imelda.
“Awak
tak tahu Imran, awak tak tahu apa yang saya rasa. Sakit dihati ini teramat
sangat, Im…”
“Tapi
awak masih tak beri Ikhwan peluang untuk membuat penjelasan. Awak tak boleh
hukum dia macam tu. Awak sedar tak apa yang awak buat ni, turut menghukum diri
awak sendiri?”
“Saya
tak boleh nak fikir apalah sekarang ni… hati saya terlalu sakit Imran. Mungkin
sebab saya terlalu memendam, mungkin sebab selama ni saya hanya diam dengan apa
yang orang buat pada saya. Benda berlaku sekelip mata dalam diri saya.” Imelda
memandang sekita restoran itu, dan cuba mencari kekuatan.
“Pertama
saya dikejutkan dengan perasaan kawan baik saya sendiri terhadap suami saya,
lepas tu.. tidak semena-mena saya kena dengar sebuah kebenaran yang
disembunyikan oleh suami saya. Saya bingung, saya keliru. Saya tak nampak sama
ada perkahwinan ni perlu diteruskan ataupun tidak…”
“Bawak
mengucap Imelda…. awak bercakap dalam keadaan awak tengah stress. Saya percaya awak sayangkan perkahwinan ni dan awak begitu
mencintai Ikhwan. Cuma silap awak adalah awak tak nak beri peluang pada Ikhwan
untuk menjelaskannya. Imelda, kita bukan malaikat yang tak buat silap.. kita
manusia biasa yang tak mampu lari dari kesilapan…” tegur Imran lembut.
“Saya
percaya Ikhwan begitu mencintai awak, dan saya percaya dia teramat menyayangi.
Dia meletakkan keyakinan pada diri awak dengan keyakinan yang amat tinggi.
Sehingga dia tak takut kalau awak rapat dengan saya, kerana dia percaya bahawa
awak hanya akan mencintai dia dan bukan orang lain.” Imran merenung kelantai
untuk mencari sebuah kekuatan bagi meneruskan kata-katanya. Dimana letaknya
hati dia saat ini. Dia menasihati orang yang dia cinta untuk cinta kepada orang
lain. ‘Ya Allah, berikan aku kekuatan.’
“Memang
saya cintakan dia dan tak mampu untuk bayangkan hidup saya tanpa dia… tapi hati
saya masih sakit, Imran..” luah Imelda.
“Sakit
itu perlu dirawat dan cara untuk merawatnya adalah dengan awak memberi peluang
kepada Ikhwan untuk memberikan penjelasan. Sejauh mana awak pergi, dia tetap
suami awak. Sejauh mana amarah, awak takkan mampu atasi kasih sayang awak pada
dia. Saya percaya Imelda…. jauh di sudut hati awak, awak mengharapkan
penjelasan dari Ikhwan. Berilah dia peluang, sebab dia berhak untuk menjelaskan
dan awak kena dengar.” Imran merenung Imelda dengan penuh rasa kasih yang terpendam.
“Kita
tak perlu mempebesarkan kesakitan itu, andai kesakitan itu hanya akan membuang
rasa kasih dan sayang kita. Awak perlu tahu Imelda, kehormatan awak pada Ikhwan
tak boleh hilang atau berkurang… kerana dia tetap suami awak. Itu adalah
kenyataan yang awak tak boleh buang…”
Imelda
tidak mampu bersuara apa-apa, dia sekadar mendengar nasihat yang diberikan
Imran. Airmata yang hendak menitis ditahan.
“Kalau
awak tak nak pandang Ikhwan sebagai suami sebab awak rasa kesalahan dia tu
besar sangat.. awak pandanglah Ikhwan sebagai bapa kepada anak awak. Dia berhak
keatas anak tu, dia berhak untuk memberikan kasih sayang keatas anak tu…”
Imelda
merenung mata redup Imran dengan seribu satu perasaan. ‘Imran, kau memiliki
hati yang begitu kuat. Disaat kau mengaku cinta kepada aku, kau juga yang
memberi kekuatan kepada aku untuk meneruskan rumah tangga ini. Betapa mulianya
hatimu insan.’
AISYA menolak pinggan yang kosong
itu dan merenung majikannya, cinta dihati terhadap lelaki itu kini sudah mula
bergelora. Dia masih tertanya-tanya kenapa Ikhwan mengajak dia ke restoran itu,
mana mungkin sekadar untuk makan tengah hari.
“Tuan..”
panggil Aisya perlahan, dia bertambah hairan melihat Ikhwan yang menjamah
makanan seperti acu tak acu.
“Yer, Aisya…” Ikhwan memandang Aisya
sekilas sebelum kembali merenung makanan didalam pinggan.
“Kita
tak dating sini untuk makan jerkan?”
“Betul
tu…”
“Apa
sebenarnya yang Tuan Ikhwan nak?” soal Aisya lembut.
“Sebenarnya
ada apa antara awak dan Imelda? Kenapa Imelda bertindak dingin dengan awak?”
soal Ikhwan tegas, dia mencari kebenaran dimata bulat Aisya.
Tertunduk
Aisya mendengar persoalan itu, mana mungkin dia mampu menceritakan hal yang
sebenarnya.
“Aisya
saya merayu dengan awak, tolong beritahu apa yang membuatkan Imelda begitu
marah dengan awak… apatah lagi disaat awak dekat dengan saya..”
“Perlukah
saya menjelaskan semua itu Tuan Ikhwan?” soal Aisya lemah.
“Ia
amat penting bagi saya Aisya… keadaan rumah tangga saya dah kucar-kacir
sekarang ni. Saya tak tahu apa yang terjadi antara awak dan dia, saya tak mahu
kerana perkara yang saya tak tahu tu… akan menyebabkan hubungan saya dengan dia
semakin rumit. Awak faham tak Aisya?” soal Ikhwan perlahan.
“Saya
tak tahu nak jelaskan macam mana dengan Tuan Ikhwan, tapi sejujurnya saya
cakap… saya tak niat nak merumitkan lagi keadaan.” Aisya merenung wajah Ikhwan
sebentar dan kembali menunduk. Hatinya berat untuk bertindak jujur dengan
lelaki itu.
“Awak
perlu jelaskan pada saya Aisya… Imelda pernah cakap dengan saya, yang awak
telah khianati dia? Apa maksud dia?” Ikhwan tidak berputus asa untuk mengetahui
kebenaran.
“Tuan
Ikhwan betul-betul nak tahu?” soal Aisya perlahan. Mungkin sudah masa untuk dia
memberitahu hal yang sebenarnya pada Ikhwan. Bukan balasan yang diharapkan,
cuma pemulihan hubungan Ikhwan dan Imelda menjadi keutamaan kini.
Ikhwan
mengangguk cepat.
“Sebenarnya
saya pernah meluahkan perasaan saya pada dia, sehingga menyebabkan dia
bertindak jadi macam tu…”
“Maksud
awak?”
“Tuan
percaya tak pada cinta pandang pertama?” soal Aisya lembut, wajah kacak Ikhwan
direnung. ‘Mengapa kau tak mengerti Ikhwan?’
“Cinta
saya pada Imelda juga bermula daripada pandang pertama… masakan saya tak
percaya,” balas Ikhwan lembut.
“Saya
juga pernah mengalami perasaan itu Tuan Ikhwan. Saya jatuh hati dengan orang
itu kerana pandangan pertama… tapi saya cuba menafikannya. Kelembutan lelaki
itu, keperibadian lelaki itu dan sifat baik lelaki itu benar-benar telah
membuatkan saya semakin mencintainya. Suatu hari saya meluahkannya pada Imelda,
dan itulah yang membuatkan Imelda menjauhi saya serta mendingini saya…” jelas
Aisya tenang.
“Kenapa
Imelda perlu menjauhi awak dan bersikap dingin dengan awak? Sedangkan itu
perasaan yang baik…” Ikhwan sudah semakin bingung dengan cerita Aisya ketika
ini.
“Tuan
percaya tak, semua wanita pun tidak mampu menerima kenyataan saya ini… apatah
lagi wanita bergelar isteri?” Aisya mengumpul kekuatan.
Ikhwan
sudah mula gugup dengan kata-kata Aisya, dadanya sudah terlebih dahulu
berombak. Apa sebenarnya yang dimaksudkan Aisya, dia tidak tahu tetapi sudah
hampir tahu.
“Isteri
mana yang boleh menerima hakikat bila ada orang lain yang menyintai suaminya
dan sahabat mana yang boleh menerima bila sahabatnya mencintai suami dia
sendiri? Sahabat mana yang tidak terluka Tuan Ikhwan?” Aisya menyuarakan dengan
nada suara yang begitu sebak, dia beruasaha mencari kekuatan untuk merenung
Ikhwan.
“Apa
maksud awak ni Aisya? Awak jangan cakap yang…..” Ikhwan tidak mampu meneruskan
kata-kata. Jiwanya berasa sesak saat ini.
“Yer Tuan Ikhwan, saya mencintai Tuan
Ikhwan dan mengakuinya pada Imelda sendiri. Kerana itu saya digelar olehnya
seorang pengkhianat.” Aisya memandang Ikhwan.
“Tapi
kenapa saya Aisya? Saya suami Imelda, kawan baik awak sendiri….”
“Salah
saya ke disaat hati ini sendiri terluah sebuah rasa? Salah saya ke bila hati
yang menyatakan cinta? Kerana keprihatinan Tuan Ikhwan terhadap saya…. itu
semakin menambahkan rasa Tuan Ikhwan.” Kejujuran yang Ikhwan mahukan, maka dia
akan jujur.
“Jadi
kerana ini Imelda berubah sikap dengan awak dan bertambah dingin dengan saya….”
Ikhwan mengeluh halus.
“Apakah
memang tiada ruang itu untuk diri ini, Tuan Ikhwan?” soal Aisya perlahan. Dia
sedar soalan itu kejam, tetapi hatinya menginginkan jawapan.
“Aisya…
saya menghargai rasa yang hadir dihati awak untuk saya, dan saya tak nafikan…
saya pernah merasainya dahulu. Tapi saya mohon maaf Aisya, saya hanya mampu
merasai cinta tanpa balasan. Saya tak mampu mengisi ruang lain untuk awak
dihati ini, kasih sayang saya pada awak… tidak melebihi kasih kepada seorang
sahabat atau kasih kepada adik perempuan.” Ikhwan tertunduk mencari kekuatan
hati dan iman.
“Sebab
cinta Tuan pada Imelda begitu mendalamkan?” soal Aisya sekali lagi, airmata
sudah menitis dipipinya.
“Dahulu
saya diberikan anugerah seorang isteri yang begitu memahami dan menyayangi
saya. Beberapa tahun selepas itu, saya bertemu Imelda. Seorang gadis yang pada
saya begitu istimewa, seorang gadis yang punyai tarikan tersendiri. Saya tak
pernah menyangka yang saya akan menikahi dia.” Ikhwan mengalihkan pandangan
kearah lain. Airmata yang hampir menitis, ditepis cepat.
“Mengahwini
Imelda adalah sebuah anugerah yang teramat-amat terindah dalam hidup saya…
kasih dia memahami saya, sayang dia menghapus lelah saya, perhatian dan layanan
dia menglengkapi jiwa saya dan cinta dia melengkapi hidup saya…” pandangan
dialihkan kearah Aisya semula.
“Saya
tak mampu membalas apa yang awak rasa, setelah Imelda melengkapi
segala-galanya. Imelda tiada kurang bagi saya, bahkan saban hari dia menambah
seri hidup kami. Bahkan setiap hari cinta saya terhadap dia semakin bertambah. Tidak
sedikitpun dia melukakan saya… mana mungkin saya mengkhianati cinta sempurna
yang telah Allah kurniakan untuk saya, Aisya.” Tiada ruang atau tempat untuk
dia kata Imelda salah. Imelda adalah isteri terbaik baginya.
“Imelda
beruntung kerana memiliki cinta insan yang bernama Tengku Ikhwan..” Aisya
bersuara perlahan.
“Bukan
Imelda jer yang beruntung. Saya lebih
beruntung kerana memiliki cinta sesempurna Imelda, saya terlalu beruntung
Aisya. Saya tak sanggup untuk kehilangan dia. Jika segala kekayaan yang saya
punya ini adalah ganti untuk saya memiliki kelembutan dan kasih sayang Imelda
semula… saya sanggup. Asal Imelda tak jauh dari saya.” Wajah isteri yang begitu
dia cintai, terbayang diruang mata.
“Saya
tahu cinta Tuan Ikhwan begitu padat untuk Imelda.. tapi saya…” jemari Ikhwan
yang ingin dicapai, dielak oleh Ikhwan lebih cepat.
“Maafkan
saya Aisya… saya tak mahu menambah luka dihati Imelda. Cukuplah saya mengukir
dihatinya dan sehingga kini, masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Saya mohon
pada awak, carilah insan yang lebih layak berbanding saya untuk berada disamping
awak. Awak percayakan, yang Allah telah tetapkan dengan siapa jodoh kita. Maafkan
saya Aisya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum..” Ikhwan berdiri dan berlalu
meninggalkan Aisya sendirian disitu.
Aisya
tidak menahan atau menghalang perbuatan Ikhwan yang berlalu meninggalkan
dirinya. Apa yang ingin dia lakukan saat ini adalah mencari kekuatan untu
menerima hakikat. Hakikat yang telah terjawab. Hati Ikhwan tidak ditakdirkan
untuk dirinya.
IKHWAN duduk disisi isterinya dan
memeluk pinggang Ajihah, wajah redup itu direnung penuh kasih. Sedikit senyuman
tawar diukir bagi menyembunyikan perasaannya kala ini.
“Sayang
boleh pergi untuk tenangkan fikiran, tapi sayang kena tahu… Manja tak jamin
akan tutup mulut. Dan Sayang jangan pergi lama-lama, Sayang kena ingat… Manja
dan Imelda pregnant.” Hanya pesanan
yang mampu Ajihah berikan kepada suaminya.
Berkali-kali
dia mencegah Ikhwan dari pergi. Tetapi lelaki itu tetap berdegil dengan
keputusannya. Kata Ikhwan, dia mahu mencari ketenangan dan kekuatan untuk
berdepan dengan Imelda.
“Sayang
janji Manja, Sayang tak akan lama… Manja jangan risau, keselamatan Manja disini
terjami.” Ubun-ubun Ajihah dikucup lembut.
“Manja
memang selamat dekat sini. Bibik semua ada… Imelda?” soal Ajihah lagi.
“Imran
akan tengokkan dia…” jawab Ikhwan cepat.
“Imran?”
“Yer… Imran.”
“
Tapi kenapa dia? Sayang yakin ke dia boleh jaga Imelda, atau dia yang akan makan
Imelda nanti?”
“Adik
Sayang tak akan pernah khianati abang dia. Dia menjaga kakak ipar dia, bukan
kekasih dia…” Ikhwan sudah mula meletakkan keyakinan pada Imran adiknya.
“Tapi
Sayang tahukan Imran cintakan Imelda.”
“Sayang
tak tahu… dan sayang taknak tahu. Manja jangan risau, bukannya Imran tu duduk
satu rumah dengan Imelda dan bukannya Sayang ni nak pergi berbulan-bulan. Sayang
tetap akan pantau Imelda. Okey?”
Ikhwan meyakinkan isterinya.
“Kalau
dah itu kata Sayang, tak apalah. Sayang pergi baik-baik.” Ajihah mengekori
suaminya kedepan pintu rumah.
Ikhwan
memasukkan bagasinya semua kedalam bonet kereta dan menghampiri Ajihah. Dahi wanita
itu dikucup kasih. Mata gadis itu direnung ikhlas.
“Jaga
diri baik-baik, jangan tinggal solat. Sayang akan balik.” Tangannya dihulurkan
kepada Ajihah.
Ajihah
mengucup kemas jemari suaminya, wajah itu ditatap lama. Dia yakin dan pasti
akan merindui wajah kesayangan itu.
Perlahan
Ikhwan melangkah ke pintu kereta. “Assalamualaikum, Manja…”
“Waalaikumusalam,
Sayang…”
Manakala hati menggeliat mengusik renunganMengulang kenangan saat cinta menemui cintaSuara sang malam dan siang seakan berlaguDapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimuKau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatikuSukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamuTerima kasih pada maha cinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Lembah yang berwarnaMembentuk melekuk memeluk kitaDua jiwa yang melebur jadi satuDalam kesunyian cinta
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimuKau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatikuSukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamuTerima kasih pada maha cinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Lembah yang berwarnaMembentuk melekuk memeluk kitaDua jiwa yang melebur jadi satuDalam kesunyian cinta
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati