[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 25
SEBAIK Amirul pulang
pada pagi itu, Imran sudah tidak duduk diam. Dia mengambil keputusan untuk
menyiasat sendiri kebenaran yang Amirul ceritakan kepadanya, Imran mencapai
kunci kereta dan keluar dari rumah.
Imran menghentikan kenderaannya
didepan sebuah kedai serbaguna, dengan berat hati dia masuk kedalam kedai
tersebut dan mendapatkan senaskah majalah hiburan yang dikatakan oleh Amirul
semalam.
Sebaik sahaja membuat pembayaran,
Imran membuka dan menelaah majalah tersebut. Tak sampai lima belas minit, dia
menemui apa yang dia cari.
Imran berasa lemah longlai tubuhnya
saat ini, namun dia masih menggagahkan dirinya untuk berlalu keluar dari kedai
itu dan memandu menuju kerumah baba dan bonda dia di Shah Alam.
Sepanjang perjalanan dia ke rumah
Iman dan Izarah, dia terfikir akan kekesalan dirinya sendiri. Selama ini dia
tidak pernah tanya tentang status Imelda, sama ada gadis itu bujang ataupun
sudah berpunya.
‘Apakah ini kesukaran hidup yang aku
perlu tempuh ya Allah? Apakah ini balasan diatas segala kesilapanku di masa
lalu? Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh ini semua ya Allah, aku hanya
hamba yang lemah.’
Airmata yang menitis deras sejak
tadi hanya dibiarkan menitis, dia berasa tangisan ini perlu untuk melegakan
rasa dihatinya.
‘Imelda, saya tak tahu apa yang saya
perlu buat disaat ini… saya tak pasti apa sebenarnya yang melanda jiwa saya.
Saya mencintai awak yang sebenarnya isteri kepada abang saya…. kenapa ini yang
jadi Imelda? Kenapa?’
Kereta yang dipandu hampir satu jam
itu, akhirnya tiba dirumah besar milik Tengku Iman. Perlahan kakinya melangkah
dan masuk kedalam rumah itu.
Melihat Izarah yang sudah cantik
dengan berbaju kurung moden berwarna merah dan Iman yang segak berbaju melayu
berwarna merah, hatinya sekali lagi diruntun pedih.
“Imran?”
Iman bangun dari duduk dan
menghampiri kesayangannya yang seorang ini, wajah sugul itu direnung dengan
penuh tanda tanya.
“Anak bonda kenapa ni? Masam je
muka? Orang nak pergi menghantar lamaran meminang untuk dia, muka masam-masam
macam ni… dah kenapa?” soal Izarah pelik. Pipi Imran disentuh lembut.
“Kenapa ni Im? Cuba beritahu baba
dengan bonda…” soal Iman pula.
“Kenapa dengan anak bonda ni? Muka
sembab macam ni…Im menangis yer?”
“Baba… bonda izinkan Im masuk bilik
abang, Im nak masuk sekejap jer…”
wajah Izarah direnung penuh harapan.
Lama Izarah merenung wajah anak
terunanya itu, setelah berfikir panjang akhirnya dia mengangguk tanda
mengizinkan. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran Imran
sehingga menyebabkan lelaki itu berwajah muram dan sembab seperti sudah lama
menangis.
Meskipun Izarah hanya ibu angkat
kepada Imran, tapi dia yang membesarkan anak itu. Naluri ibunya dapat merasakan
ada sesuatu yang tidak kena, dan dia yakin Imran sudah lama menangis.
Iman dan Izarah amat kenal dengan
sikap Imran yang tak mudah menangis. Imran bukan seperti Ikhwan yang mempunyai
jiwa sensitif dan mudah menangis. Imran seorang yang tinggi egonya dan tak
mudah untuk menangis. Ikhwan seorang lelaki yang berjiwa lembut berbanding
Imran seorang yang berhati keras.
Bila ada tangisan pada diri anak
muda itu, Iman dan Izarah amat yakin pasti ada sesuatu yang sangat berat sedang
dipikul oleh Imran.
Perlahan kaki Imran melangkah naik
kebahagian atas dan menuju kebilik abangnya, bahagian atas yang pertama kali di
jejak setelah hampir enam tahun ditinggalkan. Sebelum melangkah masuk kedalam
bilik Ikhwan, dia terpandang gambar
besar yang tertampal kemas didinding.
Sangat jelas wajah Ikhwan mengucup
ubun-ubun Imelda ketika adat batal air sembahyang dijalankan. Imran tertunduk
sebentar dan kembali merenung gambar itu, tidak ada apa lagi yang perlu
dinafikan. Imelda memang isteri sah kepada Ikhwan, kakak ipar dirinya.
Perlahan tombol pintu bilik Ikhwan
dipulas, dan dia melangkah masuk kedalam kamar tidur yang suatu ketika pernah
di diami bersama.
Bilik itu benar-benar sudah banyak
perubahan yang berlaku, sudah tidak kelihatan seperti bilik remaja lelaki
tetapi seperti bilik seorang lelaki berkerjaya. Susunan perabot didalamnya
sangat kemas dan kelihatan sangat mewah dengan warna yang agak klasik.
Katil yang dahulunya dengan rekaan
padang bola, berbantalkan bantal yang berbentuk bola amat melambangkan
keremajaan Ikhwan ketika itu. Namun kini sebuah katil yang kelihatan begitu
elegan terletak kemas.
Meja kerja yang dulunya di penuhi
dengan kertas-kertas lukisan seni bina, kini tersusun kemas sebuah komputer,
dan mesin percetakan.
Gambar kandid mesra diantara Ikhwan
dan Imelda serta Ikhwan dan Ajihah tergantung kemas di dinding. Cat bilik yang
dulunya di warnakan dengan warna hijau, kini sudah diubahkan dengan warna biru
baldu agar menampakkan kamar itu lebih sejuk dan nyaman.
Segala dekorasi yang dulu dicorakkan
bersama Ikhwan, kini sudah tidak diguna pakai oleh abangnya. Apakah Ikhwan
benar-benar sudah membuang Imran dari hidupnya?
Imran menghampiri meja kerja Ikhwan
dan memerhatikan bingkai besar yang membahagikan beberapa bahagian. Di satu
bahagian ada gambar Ikhwan bersama Iman dan Izarah, di satu bahagian lagi ada
gambar Ikhwan bersama Ajihah, di satu bahagian ada gambar Ikhwan dan Imelda
yang kelihatan sarat mengandung, dan satu bahagian lagi membuatkan Imran
tersenyum keharuan. Ikhwan masih meletakkan gambar dia bersama Imran di situ.
Walaupun kehampaan dan kekecewaan
sedang melanda jiwa, tapi agak terubat apabila melihat gambarnya masih disimpan
oleh Ikhwan.
Setelah berasa puas dia berlalu
keluar dari kamar itu dan menutup semula pintu bilik. Ketika menuruni anak
tangga, baru Imran perasan beberapa bingkai gambar yang tersusun kemas di
dinding. Ada gambar Ikhwan ketika menikahi Ajihah dan ada juga gambar Ikhwan
ketika menikahi Imelda.
‘Kenapalah aku tak perasan akan
semua ini, selama ini? Adakah aku yang tidak ambil tahu, atau memang ini takdir
aku?’
“Imran?”
Iman mendapatkan semula anak
lelakinya itu dengan wajah yang penuh tanda tanya. Masakan tidak dia tidak mahu
bertanya, jarum jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Pukul berapa pula
mereka akan bertolak ke Melaka.
“Ye, baba..” Imran tidak dapat
menyembunyikan airmatanya kali ini.
“Im, kenapa ni nak? Beritahu bonda,
sayang…” Izarah sudah menitiskan airmata. Meskipun dia belum tahu apa-apa,
namun hatinya sudah terusik bila melihat airmata Imran yang menitis.
“Kita tak payah ke Melaka ye bonda,
baba…” ujar Imran perlahan. Tubuh Iman diraih dan didakap sekuat hati.
“Im, cuba beritahu kami nak.. apa
sebenarnya yang terjadi?” Izarah mengusap lembut belakang Imran.
Imran meleraikan pelukan dan duduk
di sofa yang berada disebelahnya, dia memandang lantai dan mengalihkan
pandangan kepada Iman dan Izarah semula.
“Dia dah jadi isteri orang… Imran
tak boleh bertunang dengan dia, apatah lagi bernikah dengan dia,” terang Imran
tenang.
“Macam mana dia boleh jadi isteri
orang ni? Imran tak periksa dulu ke, siapa dia?” soal Izarah lagi, dia duduk
disebelah anaknya.
“Im yang salah bonda, Im tak siasat
dulu.. sama ada dia bujang atau dah berpunya…”
“Dia tak beritahu Im ke?”
“Tak, sebab Im pun tak pernah
tanya..”
“Habis apa kita nak buat dengan
semua barang hantaran ni? Cincin tunang Im dah beli ke?” soal Iman.
“Apa yang kita nak buat baba? Redha jer lah dengan semua ni…” jawab Imran
lemah.
“Im bersabar yer.. ni dah bahagian Im..” pujuk Izarah ikhlas.
“Tak apalah bonda, baba… Im nak
keluar pergi tenangkan fikiran.” Imran bangun dan menyalam kedua ibu bapanya
sebelum berlalu pergi dari rumah itu.
“Kesian Imrankan bang? Tak
habis-habis kecewa dengan cinta…” ujar Izarah sebaik anaknya sudah berlalu
meninggalkan kawasan perumahannya.
“Dulu dia tak kecewa dengan cinta
pun Izarah… dulu dia pergi tinggalkan kita sebab dia kecewa dengan abang dia…”
Iman perbetulkan balik apa yang dikatakan oleh Izarah.
“Bukan dulu, dia merajuk dengan
Ikhwan sebab Ikhwan nak Ajihah ke?” soal Izarah kembali.
“Suka dia pada si Ajihah tu cuma
main-main.. yang buat dia kecewa dengan Ikhwan, sebab Ikhwan kecilkan hati dia dan
tak mengaku dia tu adik. Sebab tu Imran pergi tinggalkan kita.”
“Kesian dekat anak kita tu kan..
habis barang-barang hantaran ni nak buat macam mana?”
“Awak suruh jelah bibik kemas Izarah.. Kita sepatutnya bersyukur sebab belum sempat pergi
meminang isteri orang. Kalau tak haru birulah jawabnya.”
IKHWAN tersenyum
melihat Ajihah yang duduk di sofa yang tersedia di ruang bilik pejabatnya.
Isterinya itu beria benar mahu mengikut dia pergi kerja pada hari ini,
pemutusnya Ajihah mula berasa bosan kerana tidak tahu hendak buat apa.
“Manja buat apa tu?” soal Ikhwan
lembut, matanya masih fokus kepada skrin komputer.
“Tak buat apa…” jawab Ajihah
perlahan, dia merenung skrin telefon bimbitnya.
“Muka tu kenapa nampak masam sangat?
Suka sangat buat muka masam sejak-sejak ni, nanti anak kita muka masam… siapa
nak tanggung?” Ikhwan menutup mulut menahan ketawa, melihat wajah isterinya
yang comel memuncung.
“Sayang, jomlah kita jalan-jalan… boringlah dekat sini,” rungut Ajihah.
“Sekejap yer… Sayang ada kerja ni, sikit lagi nak siap..” Ikhwan masih
tersenyum. Dia mengakui teletah Ajihah sepanjang mengandung kali kedua ini,
teramat keanakan.
“Suzy, tuan Ikhwan ada dekat
pejabat?” soal Imelda yang baru tiba di pejabat. Dia merenung Suzy yang
bertugas dibahagian kaunter perkhidmatan yang disediakan dibahagian lobi utama
syarikat Ikhwan.
“Dia ada diatas puan, nak saya
hantarkan ke atas?” cepat Suzy berdiri menghadap penuh hormat kearah Imelda.
Imelda tersenyum dan sekadar
menggelengkan kepala, “terima kasih, Suzy…” dia berlalu naik keatas untuk
berjumpa dengan suaminya.
“Sayang… kalau Manja nak tanya boleh
tak?” soal Ajihah lembut. Dia bangun dan berjalan kearah Ikhwan yang sedang
mengambil sebuah fail didalam almari pejabat.
“Tanya apa Manja?” soal Ikhwan sambil
memeriksa butiran didalam sebuah fail yang diambil tadi.
“Sayang dah jelaskan pada Imelda
tentang siapa Imran dengan Sayang? Dan Sayang dah beritahu Imran yang Imelda tu
isteri Sayang?” soal Ajihah tenang, bahu suaminya disentuh lembut.
Ikhwan berhenti membaca butiran
didalam fail yang dipegangnya, dia mengangkat wajah dan merenung Ajihah.
“Sayang terlupa…”
“Bila Sayang nak bertindak ni?
Takkan Sayang masih nak bersalah anggap dengan Imran… Manja takutlah kalau
Imelda tahu hal yang sebenar..”
“Hal apa?”
Kebetulan sekali ketika itu Imelda
sedang berada di muka pintu dan mendengar segala perbualan pasangan suami
isteri itu.
“Yelah, Sayangkan cakap dulu… kalau
Imran jatuh hati pada Imelda tu tak beri masalah. Tapi jangan sampai Imran
jatuh hati balik pada Manja.. kan tak adil untuk Imelda. Lagipun sampai bila
Sayang nak marah dengan Imran?” Ajihah merenung wajah suaminya yang merenung
wajah dia.
“Sayang tak takut ke kalau Imran
betul-betul jatuh hati pada Imelda? Atau Sayang masih tak kisah kalau Imran
jatuh hati pada Imelda asalkan Imran tak ganggu Manja lagi?” tambah Ajihah
lagi.
“Bukan macam tu….” Ikhwan tertunduk
merenung lantai.
“Sayang perlu beritahu mereka semua,
percayalah… rancangan Sayang ni hanya akan mudaratkan diri sendiri. Imelda
mesti terluka kalau dia tahu permainan Sayang ni, Imran pun akan turut terluka.
Takkan Sayang nak beritahu waktu Imran dah betul-betul jatuh hati dengan
Imelda?” Ajihah mendekati Ikhwan dan memeluk lengan suaminya.
“Kalau Sayang boleh takutkan Manja
akan bersama Imran… Sayang pun perlu takut untuk Imelda akan bersama Imran. Walaupun
Sayang yakin Imelda tak kan jatuh cinta dengan Imran… tapi Imelda pun manusia
juga. Ada hati yang boleh berubah.. Jangan kerana dendam, kelak kita yang
binasa,” wajah tenang suaminya direnung penuh kasih.
“Betul juga tu.. sebenarnya Sayang
memang…..” kata-kata Ikhwan terhenti bila melihat pintu biliknya dibuka dengan
besar dan ternampaklah Imelda yang sedang berdiri tegak merenungnya. Terlihat
diwajah gadis itu ada airmata yang menitis. ‘Imelda dengarkah semuanya?’
Imelda memandang Ajihah dan Ikhwan
silih berganti, airmata yang menitis dibiarkan. Hatinya saat ini lebih hancur
dan remuk setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Ajihah sebentar tadi.
Gadis itu sempat menggelengkan kepala
dan merenung ke lantai, tak menunggu lama dia pusing ke belakang dan berlalu
meninggalkan bilik pejabat itu.
“Imelda!”
Ikhwan dan Ajihah berlari
mendapatkan Imelda yang sudah masuk kedalam lif. Pintu lif yang tertutup rapat
diketuk Ikhwan. Ajihah menarik tangannya agar mengikuti gadis itu turun
mengikut tangga.
“Imelda, tunggu dulu!” Ikhwan meraih
jemari Imelda yang sudah berjalan laju menuju ke tempat letak kereta.
Imelda merentap jemarinya dan
merenung Ikhwan dengan penuh kekecewaan. ‘Dia ni ingat aku tak ada hati dan
perasaan ke apa?’
“Abang akan jelaskan dulu, tolong
dengar sayang…” rayu Ikhwan lembut, dia benar-benar cemas saat ini.
Imelda sekadar menggeleng berulang
kali.
“Imelda dengar dulu penjelasan
Ikhwan,” tambah Ajihah.
Cepat tapak tangan Imelda dihalakan
kearah Ajihah seolah-olah mengarahkan Ajihah untuk berhenti dari berkata
apa-apa. Air mata masih menitis laju dipipinya.
“Imelda tak tahu nak cakap apa bang…
Melda tak sangka semua ni! Patutlah abang beria nak Melda rahsiakan status diri
Melda pada Imran?” wajah Ikhwan direnung dengan rasa amarah yang terlalu
tinggi.
“Sayang, apa yang Imelda dengar tadi
tu…”
“Tipu? Tak betul? Macam tu? Abang,
Melda tahu… perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta. Dan Melda juga tahu,
kak Manja terlalu beerti untuk abang.. dan abang sanggup lakukan apa saja untuk
kak Manja. Tapi Melda isteri abang juga!” Imelda memandang kearah sekelilingnya
dan kembali merenung Ikhwan, dia tidak perasankan Imran yang baru keluar dari
kereta dan berdiri tidak jauh dari mereka. Apa sahaja perbualan mereka boleh
didengari oleh Imran, kerana jarak mereka tidak berapa jauh.
“Abang sanggup pergadaikan cinta
Imelda semata-mata untuk mengelakkan dari Imran cintakan Ajihah? Abang, bukan
abang jer ada perasaan tau tak!
Imelda ada perasaan, Imran pun ada perasaan..” Imelda terdiam seketika untuk
mengumpul kekuatan.
“Abang tahu Imelda ada perasaan, dan
abang tahu tindakan abang ni salah… tapi beri abang peluang untuk jelaskan
semua ni. Fahamlah perasaan abang ni Melda, perasaan kak Manja bila Melda cakap
macam ni..” Ikhwan berasa tertekan sangat-sangat disaat ini.
“Perasaan abang Melda kena faham..
perasaan kak Manja, Melda kena faham. Semua perasaan orang Melda kena faham.
Habis perasaan Melda siapa nak faham bang?” soal Imelda perlahan, dia menepuk
perlahan dadanya. Airmata semakin deras mengalir dipipi.
“Semua orang nak khianti Imelda!
Aisya buat Melda, abang buat Melda! Apa semua ni!” tengking Imelda kuat, dia
memusingkan badan dan menghampiri keretanya.
Ikhwan yang berdiri di situ tidak
mampu berkata apa-apa, dia hanya menghantar lalu pemergian Imelda yang memandu
kereta dengan laju.
“Biarkan dia pergi dulu Sayang…
biarkan hatinya sejuk. Kita jangan paksa,” nasihat Ajihah ikhlas. Walaupun
hatinya sedikit terasa dengan luahan hati Imelda, tapi dia tidak menyalahkan
gadis itu. Sememangnya jika dia ditempat Imelda, pasti lebih terus dari itu
kata-kata yang akan keluar dibibirnya.
Imran masuk semula kedalam kereta
dan mengejar kenderaan Imelda. Dia mahu berada disisi gadis itu, kerana apa
yang sedang gadis itu rasakan itulah yang dia sendiri rasakan.
Rasa hairan menguasai diri bila
melihat Imelda yang memandu menghala ke pondok kecil tempat yang pernah dia
bawa gadis itu beberapa bulan yang lalu. Perlahan enjin dimatikan, dia keluar
dari kenderaan dan mendapatkan Imelda yang sedang berjalan menghampiri pondok
kecil itu.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam..” Imelda menoleh
cepat kearah Imran yang berdiri tidak jauh dari dia. “Kenapa awak datang sini?”
dia duduk di anak tangga pondok itu.
“Sepatutnya saya yang tanya awak,
kenapa awak datang sini?” soal Imran kembali, dia duduk dibatu yang berada
bertentangan dengan pondok tersebut.
“Saya saja nak cari ketenangan…”
Imelda tidak mahu menceritakan masalah rumah tangganya pada Imran. Dia tidak
sangka orang didepannya itu adalah adik kepada abang dia sendiri.
“Awak…. Awak nak dengar lagi tak
cerita saya, yang saya pernah cerita pada awak dekat sini hari tu?”
Imelda memandang Imran dan cuba
menahan airmatanya, perlahan dia mengangguk.
“Awak nak tahu tak siapa abang saya?
Dan siapa perempuan yang saya pernah cakap dengan awak dulu?” Imran merenung
wajah gadis yang dia cintai itu dengan penuh rasa kasihan. Dia tak sangka, hari
sedih dia bersaing dengan hari sedih Imelda.
Imelda mengangguk lagi, dia menepis
cepat airmata yang mengalir di pipinya.
“Orang tu adalah tuan Ikhwan, dan
perempuan yang saya maksudkan adalah Ajihah… saya tahu awak pening dengan semua
cerita yang sekerat-sekerat ni, tapi saya nak awak tahu… yang saya dah tahu apa
yang terjadi tadi dekat tempat parking..
saya dah dengar semuanya.” Imran tidak mahu Imelda rasa kesakitan itu seorang
diri.
Imelda memandang Imran dengan penuh
tanda tanya, berkerut dahi dia mendengar apa yang dikatakan Imran sebentar
tadi.
“Saya pernah cakap dekat awak yang
saya tinggalkan Malaysia sebab saya merajuk dengan abang sayakan? Saya pernah
cakap dengan awak yang abang saya buang saya sebabkan seorang perempuan?”
“Maksud awak, Ikhwan yang buang awak
sebab kak Manja?” soal Imelda kembali, dia mula faham.
“Siapa Manja?”
“Tak! Maksud saya, kak Ajihah…”
“Yes!
Ajihah… sebab Ajihah, Ikhwan buang saya….”
“Jadi?”
“Sekarang saya dah balikkan?”
Imelda mengangguk.
“Ikhwan fikir yang saya akan
mengorat Ajihah, dan akan cuba dapatkan Ajihah. Jadi dia pilih jalan singkat
dengan buat saya fikir yang awak adalah seorang bujang. Saya tak tahu apa yang
bermain di fikiran Ikhwan sebenarnya, tapi apa yang saya tahu… dia masih ingat
saya ni seorang ‘playboy’. Jadi
dengan melihat awak dan bekerja dengan awak, mungkin dia anggap yang saya
takkan ganggu Ajihah lagi….” cepat Imran membuat kesimpulan. Bukan dia mahu
memburuk-burukkan Ikhwan, tetapi memang itu yang dia dapat rumuskan kerana dia
kenal dengan sikap kuat cemburu Ikhwan terhadap Ajihah dan dirinya.
“Dia nak main permainan apa
sebenarnya? Kenapa mesti libatkan saya?!” nada suara Imelda mula meninggi.
Bertambah sakit hatinya mendengar penjelasan Imran, airmata yang hampir reda
tadi kembali menitis laju.
“Imelda, sabar… kita tak tahu cerita
yang sebenar. Apa yang saya cakap tadi, hanya kesimpulan diri saya sendiri…
bukan jawapan ataupun penjelasan dari Ikhwan. Awak tak boleh menangis macam
ni.. awak kena kuat Imelda.” Imran gagal menyembunyikan airmata yang dia tahan,
akhirnya menitis jua air jernih itu di pipinya.
“Saya nak sabar macam mana Imran?
Lepas satu-satu datang menimpa hidup saya… tak habis dengan Aisya yang
mengkhianati saya, sekarang ni suami saya sendiri khianati cinta saya! Saya nak
sabar macam mana?” soal Imelda dengan linangan airmata. ‘Hanya Allah yang tahu
perasaan aku saat ini, Imran…’
“Apa maksud awak Aisya khianati
awak?” soal Imran cepat.
Imelda mengemam bibirnya cepat.
‘Macam mana aku boleh terlepas cakap ni…’
“Imelda..”
“Tak ada apa-apa Imran..”
“Imelda, awak tak perlu sembunyikan
apa-apa dari saya.. tak salah kalau sakit tu kita kongsikan bersama. Walaupun
tak dapat nak selesaikan apa-apa tapi sekurang-kurangnya beban di kepala tu
akan berkurang.” Tabah Imran memujuk Imelda. ‘Dia tahu ke Aisya sukakan
Ikhwan?’ tebak hatinya.
“Tak ada apa-apa Im…” Imelda takut
jika dia meluahkan, hanya akan mengaibkan Aisya.
“Aisya sukakan Ikhwan? Kan?” tebak
Imran berani.
Imelda merenung Imran dengan
perasaan yang terkejut, “mana awak tahu, Imran?”
“Mana saya tahu itu tak penting, tapi
betulkan sebab Aisya sukakan Ikhwan yang menyebabkan hubungan awak dengan Aisya
retak?” soal Imran lagi.
“Kenapa semua ni jadi dalam hidup
saya Im?” Imelda tidak menjawab malah menyoal. Dia menekup mulutnya dengan
kedua belah tangan dan menangis dengan sepuasnya.
“Shh…Shhhh, please Imelda.. jangan nangis.” Imran beralih duduk disebelah
Imelda, berada lebih dekat dengan gadis itu.
Imelda tidak berkata apa-apa,
sebaliknya meneruskan tangisan dia terlebih dahulu.
“Awak nak tahu satu benda tak Im?”
“Apa dia Imelda?” soal Imran lembut,
suaranya sebab kerana dia pun sebenarnya turut menangis.
“Ikhwan berkahwin dengan saya sebab
Ikhwan nak dapatkan anak untuk Ajihah dan dia. Tapi saya kahwin dengan dia,
sebab saya cintakan dia sangat-sangat… saya tahu tak sepatutnya saya jadi
isteri kedua kepada dia. Sebab tak mungkin bahagia tu milik saya Im…” Imelda
meluahkan segala apa yang dia sedang rasa saat ini.
“Awak…”
“Saya ni memang bodoh Im.. saya dah
tahu yang dia terlalu sayang dan cintakan Ajihah. Tapi saya masih boleh jadi
bodoh sebab sayang dan cintakan dia sangat-sangat.. sampai saya sendiri jadi
bahan permainan dia. Saya ni memang bodohkan Imran?”
“Awak tak bodoh, tapi awak dah buat
abang saya jadi seorang yang sangat bertuah… dia dicintai oleh dua wanita yang
sanggup menerima dia. Yang bodoh tu adalah abang saya sendiri… dan saya janji
dengan awak. Lepas ni, air mata awak takkan menitis lagi… okey..” Imran merenung Imelda dengan penuh rasa cinta yang tidak
langsung berkurang.
“Saya tak sepatutnya jumpa dia dulu
Im…” Imelda memeluk lututnya dan menyembamkan muka dia di kepala lutut.
Tangan kanan Imran ingin menyentuh
belakang Imelda, namun ditarik semula. Dia tahu perbuatannya itu salah dan
boleh menimbulkan fitnah. Jadi sebelum menjadi perkara yang lebih buruk, lebih
baik dia menghentikan perbuatannya.
“Awak tak boleh cakap macam tu… dah
memang jodoh awak dengan dia. Takdir Allah ni terlalu luar biasa Imelda…” Imran
berdiri dan mendongak melihat kedada langit, ketika dia hendak berdiri ada
sebuah kotak kecil yang jatuh tepat dihujung kaki Imelda, dari dalam poketnya.
Gadis itu mengambil sesuatu yang berkilat telah terkeluar dari kota baldu kecil
itu. Lelaki itu tidak sedar dan dia
berjalan kedepan sedikit untuk mencari keselesaan.
“Kadang-kadang kita akan mencintai
sesuatu yang kita tak mampu untuk miliki… kadang-kadang kita dicintai oleh
seseorang yang tak boleh menyentuh diri atau pun hati kita… kadang-kadang cinta
yang kita hulur tu belum tentu dapat dibalas… dan kadang-kadang sesuatu yang
kita impikan belum tentu kita dapat,” Imran tidak sedar, sama ada kata-kata itu
untuk situasi Imelda ataupun untuk situasi dirinya.
“Imran…”
Imran menoleh kearah Imelda, dia
terkejut melihat cincin yang berada di hujung ibu jari dan jari telunjuk kanan
Imelda.
“Imelda macam mana awak boleh dapat
cincin ni?” soal Imran cemas. Dia menghampiri gadis itu dan terpandangkan kotak
cincin yang berada di pasir. Pasti kotak itu terjatuh dari kocek seluarnya
ketika dia berdiri tadi.
“Apa semua ni, Imran?” soal Imelda
tegas.
“Imel.. bagi saya cincin tu balik. Cincin
tu untuk kawan saya…” Imran menghulurkan tapak tangannya kepada Imelda.
“Kawan awak yang mana ada nama
seperti saya?” soal Imelda lagi. Dia berdiri dan memandang Imran dengan
perasaan yang bergelora. Terang-terang nama ‘Amel Imelda’ terukir di perkeliling cincin itu.
“Imelda…”
“Siapa kawan awak yang bernama Amel
Imelda, Imran? Jawab!”
“Baiklah… mungkin awak nak tahu dan
mungkin juga awak perlu tahu.” Imran mengalah, kali ini dia perlu menjelaskan
segalanya kepada Imelda.
Imelda duduk semula di anak tangga
itu dan memandang Imran yang turut duduk di atas batu yang bertentangan
dengannya. ‘Ya Allah, kebenaran apa yang aku perlu tahu lagi untuk kali ini?’
“Saya memang dah lama jatuh cinta
dengan awak Imelda… pertemuan pertama kali kita membuatkan rasa hati saya
kembali berbunga. Hampir enam tahun, saya bunuh rasa kasih sayang dan cinta yang
cuba hadir dalam hati saya…. tapi saya gagal selepas bertemu awak, pandangan
pertama awak pada saya… mengisi segenap kasih yang saya benarkan hadir dalam hidup saya.” Imran mengalah dengan
egonya kali ini, airmata yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.
“Saya tahu tindakan saya salah… saya
mencintai isteri abang saya. Tapi saya tak boleh tipu diri saya Imelda. Kalau saya
tahu, awak adalah isteri abang saya… saya tak akan biarkan cinta ni hadir,
Imelda. Saya takkan biarkan hati saya sayangkan awak, cintakan awak ataupun
rindukan awak,”Imran merenung wajah Imelda dengan sebuah rasa yang terlalu
sakit.
“Sekarang saya kena tanggung semua
hakikat ni. Hakikat yang saya tak akan dapat miliki awak,hakikat yang saya tak
boleh mendapatkan cinta awak. Hakikat yang saya dah kalah dengan abang saya
sendiri untuk kali kedua. Hakikat tu semua terlalu menyakitkan saya Imelda…. sakit,”
kini giliran Imran yang menangis semahu-mahunya.
Imelda mengerti apa yang dirasakan
Imran saat ini, dia berasa bersalah diatas apa yang berlaku. Sekiranya dia
memperkenalkan diri dia seorang isteri, pasti perkara ini tidak akan terjadi. Dan
Imran tidak akan terluka.
“Maafkan saya Imran.. maafkan saya
atas perasaan awak,”
“Ini takdir saya, dan itu takdir
awak… kita kena terima semua ni Imelda. Andai saat ini awak terluka dengan apa
yang terjadi, saya juga sedang terluka. Ubatnya adalah doa dan redha dengan
semua yang dah terjadi. Kita tak dapat ubah apa yang dah berlaku Imelda…. tapi kita
boleh ubah, apa yang kita nak lakukan. Awak perlu bersabar, sebab saya pun berusaha
untuk bersabar.” Imran tidak mahu Imelda terbeban dengan apa yang dia rasa saat
ini, biarlah dia menghadapinya sendiri.
Imelda tidak mengangguk atau
menggeleng, dia hanya berdiam dan beristigfar berulang kali didalam hatinya. Apa
yang berlaku terlalu cepat, semuanya datang sekali gus dan itu membuatkan dia
berasa sangat letih.
“Awak tolong simpan cincin tu, sebab
cincin tu memang untuk awak...” pinta Imran.
“Saya tak boleh simpan cincin ni…”
“Tolong Imelda.. hanya simpankan,
saya tak akan minta apa-apa dari awak.” Imran tekad tidak akan meletakkan
harapan cintanya dibalas, biarlah rasa itu terubat dan hilang sendiri.
Imelda mengalah, dia menunduk dan
merenung cincin yang kini berada didalam genggamannya. ‘Maafkan saya Imran…
maafkan saya. Saya salah sebab beri awak harapan..’
Imran mendongak ke langit dan merenung
awak yang berarak perlahan-lahan. ‘Jika inilah bahagian yang aku perlu terima,
kuatkan aku ya Allah… berikan kekuatan kepada kami untuk menempuh semua ini.’
IKHWAN duduk di sofa
yang tersedia diruang tamu rumah dia dan Imelda. Gambar Imelda yang terletak
kemas di kabinet telivisyen itu di pandang lemah.
“Imelda, sepatutnya sayang dengar
dulu penjelasan abang…” ujar Ikhwan perlahan.
Dia bingung untuk berdepan dengan
semua ini. Imelda baru sahaja baik dengan dia, selepas bersikap dingin beberapa
hari lalu. Kini bukan sekadar dingin, mungkin juga isterinya itu tidak mahu
melihat mukanya.
Penyesalan yang tidak berpenghujung,
itulah jawapan terbaik untuk Ikhwan. Andai dia tidak membuat perancangan segila
itu, tidak mungkin perkara seperti ini terjadi.
‘Kau gagal mengawal diri kau sendiri
Ikhwan. Macam mana kau nak kawal dua orang isteri kau? Kau bertindak
seolah-olah kaulah raja, dan kaulah yang menentukan masa depan hidup kau. Kau perlu
sedar Ikhwan, Allah lebih baik perancanganNya berbanding kau. Inilah balasan
diatas idea bodoh kau.’ Kata hati Ikhwan seperti memaki dirinya sendiri.
“Niat aku untuk buat Imran menjauhi
Ajihah, akhirnya menarik Imelda sekali untuk menjahui aku. Apa yang aku dah
buat ni, ya Allah?” Ikhwan menyandarkan kepalanya disofa.
‘Setelah kau buat semua tu mengikut
nafsu, baru kau nak tanya Allah.. apa yang kau buat? Dah terlambat Ikhwan! Kau dah
buat benda bodoh, yang boleh buat kau kehilangan orang yang kau sayang. Kerana dendam,
kerana amarah kau pada adik kau sendiri. Kau akan hilang semua!’ herdik
hatinya.
IMELDA keluar dari
kereta dan mengikut langkah Imran yang baru keluar dari kenderaannya, menuju ke
sebuah restoran.
“Imran..”
Langkah Imran terhenti bila Imelda
memanggilnya dari belakang, cepat dia menoleh. Imran mendekati Imelda yang
memegang kepala.
“Imran, kepala saya sakit…” aduh
Imelda lemah. Pandangannya semakin pudar dan badannya menjadi lemah.
“Imelda,” cepat Imran menyambut
tubuh Imelda yang rebah kelantai. Dengan penuh cermat, dia memapah gadis yang
berpangkat kakak ipar dengannya itu menuju ke kereta.
Di klinik Imran duduk dan menanti
Imelda yang sedang diperiksa, dengan penuh sabar. Sebentar tadi, dia baru
sahaja menghubungi Ikhwan dan memberitahu keadaan Imelda. Ikhwan memberitahu
yang dia akan datang dalam keadaan yang segera.
“Encik…” panggil seorang doktor yang
memeriksa Imelda tadi.
Imran menoleh kearah yang memanggil
dirinya, dia bangun dan berdepan dengan doktor tersebut. “Macam mana dengan
Imelda?”
“Encik suami dia ke?” soal doktor
wanita itu lembut.
Imran tidak mengiakan atau menidakkan
apa yang disoal oleh doktor, ‘lain aku tanya, lain pula yang dia tanya..’
“Imran!”
Imran menoleh kearah kanan dia dan
melihat Ikhwan serta Ajihah yang sedang menghampirinya. Dia mengeluh halus.
“Kau buat apa dengan isteri aku?!”
tengking Ikhwan kasar, koler baju adiknya direntap kuat.
“Aku buat apa pula?!” tempelak
Imran, dia cuba menyentap koler bajunya semula.
Ikhwan mengangkat tangan untuk
menumbuk Imran, namun adik dia lebih cepat menepis dan memberi tumbukan padu
pada perutnya. Tersembam Ikhwan ke lantai.
“Sepatutnya memang dah lama aku
tumbuk kau balik! Bukan kau yang patut tanya apa aku dah buat dengan Imelda!
Tapi aku yang patut tanya, apa kau dah buat dengan Imelda?!” tengking Imran. Sabar
dia dengan abangnya sudah tamat saat ini.
“Bawa bertenang semua, ini hospital,”
tegur doktor wanita yang berdiri di depan Imran sejak tadi.
“Saya tahulah ini hospital, takkan
reban ayam pula! Sekarang saya tanya, macam mana dengan keadaan Imelda? Lelaki ‘bodoh’
depan saya ni, suami dia!” selamba Imran membahasakan doktor tersebut.
“Puan Imelda disahkan mengandung dan
usia kandungannya tiga bulan. Dia boleh balik, sebab keadaannya dah stabil..”
jelas doktor wanita itu dengan sebuah perasaan geram kepada Imran. ‘Muka kau
memang kacak, kalah hero Korea.. tapi
perangai kau! Geram aku!’ cepat dia melangkah meninggalkan Imran dan yang
lain-lain.
Ikhwan bangun dan berdiri sambim
memegang perutnya yang masih terasa sakit kerana tumbukan Imran. ‘Boleh tahan
mamat ni, senak perut aku!’
“Kau jangan dekat dengan isteri aku
lagi!” ujar Ikhwan sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Imran.
Imran mengusap rambutnya dan memberi
jelingan maut pada abangnya, kemudian dia berlalu meninggalkan kawasan
hospital. ‘Meluat pula aku tengok minah ni.’ Sempat dia mengumpat Ajihah yang
sejak tadi di sisi Ikhwan.
Lirik Lagu Mencintaimu Sampai Mati -Utopia
Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan
Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya
Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati
Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati
Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan
Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya
Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati
Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati
3 comments:
Kasihan Imelda..syukur dia mgandung sekali lagi
Sedihnye..;-(
apakah Imelda akan menerima Ikhwan dalam hidupnya lagi?
Post a Comment