Saturday, 5 July 2014

Cinta Aku Hingga Akhir Nafas

[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 25

SEBAIK Amirul pulang pada pagi itu, Imran sudah tidak duduk diam. Dia mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenaran yang Amirul ceritakan kepadanya, Imran mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah.
            Imran menghentikan kenderaannya didepan sebuah kedai serbaguna, dengan berat hati dia masuk kedalam kedai tersebut dan mendapatkan senaskah majalah hiburan yang dikatakan oleh Amirul semalam.
            Sebaik sahaja membuat pembayaran, Imran membuka dan menelaah majalah tersebut. Tak sampai lima belas minit, dia menemui apa yang dia cari.
            Imran berasa lemah longlai tubuhnya saat ini, namun dia masih menggagahkan dirinya untuk berlalu keluar dari kedai itu dan memandu menuju kerumah baba dan bonda dia di Shah Alam.
            Sepanjang perjalanan dia ke rumah Iman dan Izarah, dia terfikir akan kekesalan dirinya sendiri. Selama ini dia tidak pernah tanya tentang status Imelda, sama ada gadis itu bujang ataupun sudah berpunya.
            ‘Apakah ini kesukaran hidup yang aku perlu tempuh ya Allah? Apakah ini balasan diatas segala kesilapanku di masa lalu? Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh ini semua ya Allah, aku hanya hamba yang lemah.’
            Airmata yang menitis deras sejak tadi hanya dibiarkan menitis, dia berasa tangisan ini perlu untuk melegakan rasa dihatinya.
            ‘Imelda, saya tak tahu apa yang saya perlu buat disaat ini… saya tak pasti apa sebenarnya yang melanda jiwa saya. Saya mencintai awak yang sebenarnya isteri kepada abang saya…. kenapa ini yang jadi Imelda? Kenapa?’
            Kereta yang dipandu hampir satu jam itu, akhirnya tiba dirumah besar milik Tengku Iman. Perlahan kakinya melangkah dan masuk kedalam rumah itu.
            Melihat Izarah yang sudah cantik dengan berbaju kurung moden berwarna merah dan Iman yang segak berbaju melayu berwarna merah, hatinya sekali lagi diruntun pedih.
            “Imran?”
            Iman bangun dari duduk dan menghampiri kesayangannya yang seorang ini, wajah sugul itu direnung dengan penuh tanda tanya.
            “Anak bonda kenapa ni? Masam je muka? Orang nak pergi menghantar lamaran meminang untuk dia, muka masam-masam macam ni… dah kenapa?” soal Izarah pelik. Pipi Imran disentuh lembut.
            “Kenapa ni Im? Cuba beritahu baba dengan bonda…” soal Iman pula.
            “Kenapa dengan anak bonda ni? Muka sembab macam ni…Im menangis yer?”
            “Baba… bonda izinkan Im masuk bilik abang, Im nak masuk sekejap jer…” wajah Izarah direnung penuh harapan.
            Lama Izarah merenung wajah anak terunanya itu, setelah berfikir panjang akhirnya dia mengangguk tanda mengizinkan. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran Imran sehingga menyebabkan lelaki itu berwajah muram dan sembab seperti sudah lama menangis.
            Meskipun Izarah hanya ibu angkat kepada Imran, tapi dia yang membesarkan anak itu. Naluri ibunya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan dia yakin Imran sudah lama menangis.
            Iman dan Izarah amat kenal dengan sikap Imran yang tak mudah menangis. Imran bukan seperti Ikhwan yang mempunyai jiwa sensitif dan mudah menangis. Imran seorang yang tinggi egonya dan tak mudah untuk menangis. Ikhwan seorang lelaki yang berjiwa lembut berbanding Imran seorang yang berhati keras.
            Bila ada tangisan pada diri anak muda itu, Iman dan Izarah amat yakin pasti ada sesuatu yang sangat berat sedang dipikul oleh Imran.
            Perlahan kaki Imran melangkah naik kebahagian atas dan menuju kebilik abangnya, bahagian atas yang pertama kali di jejak setelah hampir enam tahun ditinggalkan. Sebelum melangkah masuk kedalam bilik    Ikhwan, dia terpandang gambar besar yang tertampal kemas didinding.
            Sangat jelas wajah Ikhwan mengucup ubun-ubun Imelda ketika adat batal air sembahyang dijalankan. Imran tertunduk sebentar dan kembali merenung gambar itu, tidak ada apa lagi yang perlu dinafikan. Imelda memang isteri sah kepada Ikhwan, kakak ipar dirinya.
            Perlahan tombol pintu bilik Ikhwan dipulas, dan dia melangkah masuk kedalam kamar tidur yang suatu ketika pernah di diami bersama.
            Bilik itu benar-benar sudah banyak perubahan yang berlaku, sudah tidak kelihatan seperti bilik remaja lelaki tetapi seperti bilik seorang lelaki berkerjaya. Susunan perabot didalamnya sangat kemas dan kelihatan sangat mewah dengan warna yang agak klasik.
            Katil yang dahulunya dengan rekaan padang bola, berbantalkan bantal yang berbentuk bola amat melambangkan keremajaan Ikhwan ketika itu. Namun kini sebuah katil yang kelihatan begitu elegan terletak kemas.
            Meja kerja yang dulunya di penuhi dengan kertas-kertas lukisan seni bina, kini tersusun kemas sebuah komputer, dan mesin percetakan.
            Gambar kandid mesra diantara Ikhwan dan Imelda serta Ikhwan dan Ajihah tergantung kemas di dinding. Cat bilik yang dulunya di warnakan dengan warna hijau, kini sudah diubahkan dengan warna biru baldu agar menampakkan kamar itu lebih sejuk dan nyaman.
            Segala dekorasi yang dulu dicorakkan bersama Ikhwan, kini sudah tidak diguna pakai oleh abangnya. Apakah Ikhwan benar-benar sudah membuang Imran dari hidupnya?
            Imran menghampiri meja kerja Ikhwan dan memerhatikan bingkai besar yang membahagikan beberapa bahagian. Di satu bahagian ada gambar Ikhwan bersama Iman dan Izarah, di satu bahagian lagi ada gambar Ikhwan bersama Ajihah, di satu bahagian ada gambar Ikhwan dan Imelda yang kelihatan sarat mengandung, dan satu bahagian lagi membuatkan Imran tersenyum keharuan. Ikhwan masih meletakkan gambar dia bersama Imran di situ.
            Walaupun kehampaan dan kekecewaan sedang melanda jiwa, tapi agak terubat apabila melihat gambarnya masih disimpan oleh Ikhwan.
            Setelah berasa puas dia berlalu keluar dari kamar itu dan menutup semula pintu bilik. Ketika menuruni anak tangga, baru Imran perasan beberapa bingkai gambar yang tersusun kemas di dinding. Ada gambar Ikhwan ketika menikahi Ajihah dan ada juga gambar Ikhwan ketika menikahi Imelda.
            ‘Kenapalah aku tak perasan akan semua ini, selama ini? Adakah aku yang tidak ambil tahu, atau memang ini takdir aku?’
            “Imran?”
            Iman mendapatkan semula anak lelakinya itu dengan wajah yang penuh tanda tanya. Masakan tidak dia tidak mahu bertanya, jarum jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Pukul berapa pula mereka akan bertolak ke Melaka.
            “Ye, baba..” Imran tidak dapat menyembunyikan airmatanya kali ini.
            “Im, kenapa ni nak? Beritahu bonda, sayang…” Izarah sudah menitiskan airmata. Meskipun dia belum tahu apa-apa, namun hatinya sudah terusik bila melihat airmata Imran yang menitis.
            “Kita tak payah ke Melaka ye bonda, baba…” ujar Imran perlahan. Tubuh Iman diraih dan didakap sekuat hati.
            “Im, cuba beritahu kami nak.. apa sebenarnya yang terjadi?” Izarah mengusap lembut belakang Imran.
            Imran meleraikan pelukan dan duduk di sofa yang berada disebelahnya, dia memandang lantai dan mengalihkan pandangan kepada Iman dan Izarah semula.
            “Dia dah jadi isteri orang… Imran tak boleh bertunang dengan dia, apatah lagi bernikah dengan dia,” terang Imran tenang.
            “Macam mana dia boleh jadi isteri orang ni? Imran tak periksa dulu ke, siapa dia?” soal Izarah lagi, dia duduk disebelah anaknya.
            “Im yang salah bonda, Im tak siasat dulu.. sama ada dia bujang atau dah berpunya…”
            “Dia tak beritahu Im ke?”
            “Tak, sebab Im pun tak pernah tanya..”
            “Habis apa kita nak buat dengan semua barang hantaran ni? Cincin tunang Im dah beli ke?” soal Iman.
            “Apa yang kita nak buat baba? Redha jer lah dengan semua ni…” jawab Imran lemah.
            “Im bersabar yer.. ni dah bahagian Im..” pujuk Izarah ikhlas.
            “Tak apalah bonda, baba… Im nak keluar pergi tenangkan fikiran.” Imran bangun dan menyalam kedua ibu bapanya sebelum berlalu pergi dari rumah itu.
            “Kesian Imrankan bang? Tak habis-habis kecewa dengan cinta…” ujar Izarah sebaik anaknya sudah berlalu meninggalkan kawasan perumahannya.
            “Dulu dia tak kecewa dengan cinta pun Izarah… dulu dia pergi tinggalkan kita sebab dia kecewa dengan abang dia…” Iman perbetulkan balik apa yang dikatakan oleh Izarah.
            “Bukan dulu, dia merajuk dengan Ikhwan sebab Ikhwan nak Ajihah ke?” soal Izarah kembali.
            “Suka dia pada si Ajihah tu cuma main-main.. yang buat dia kecewa dengan Ikhwan, sebab Ikhwan kecilkan hati dia dan tak mengaku dia tu adik. Sebab tu Imran pergi tinggalkan kita.”
            “Kesian dekat anak kita tu kan.. habis barang-barang hantaran ni nak buat macam mana?”
            “Awak suruh jelah bibik kemas Izarah.. Kita  sepatutnya bersyukur sebab belum sempat pergi meminang isteri orang. Kalau tak haru birulah jawabnya.”


IKHWAN tersenyum melihat Ajihah yang duduk di sofa yang tersedia di ruang bilik pejabatnya. Isterinya itu beria benar mahu mengikut dia pergi kerja pada hari ini, pemutusnya Ajihah mula berasa bosan kerana tidak tahu hendak buat apa.
            “Manja buat apa tu?” soal Ikhwan lembut, matanya masih fokus kepada skrin komputer.
            “Tak buat apa…” jawab Ajihah perlahan, dia merenung skrin telefon bimbitnya.
            “Muka tu kenapa nampak masam sangat? Suka sangat buat muka masam sejak-sejak ni, nanti anak kita muka masam… siapa nak tanggung?” Ikhwan menutup mulut menahan ketawa, melihat wajah isterinya yang comel memuncung.
            “Sayang, jomlah kita jalan-jalan… boringlah dekat sini,” rungut Ajihah.
            “Sekejap yer… Sayang ada kerja ni, sikit lagi nak siap..” Ikhwan masih tersenyum. Dia mengakui teletah Ajihah sepanjang mengandung kali kedua ini, teramat keanakan.
            “Suzy, tuan Ikhwan ada dekat pejabat?” soal Imelda yang baru tiba di pejabat. Dia merenung Suzy yang bertugas dibahagian kaunter perkhidmatan yang disediakan dibahagian lobi utama syarikat Ikhwan.
            “Dia ada diatas puan, nak saya hantarkan ke atas?” cepat Suzy berdiri menghadap penuh hormat kearah Imelda.
            Imelda tersenyum dan sekadar menggelengkan kepala, “terima kasih, Suzy…” dia berlalu naik keatas untuk berjumpa dengan suaminya.
            “Sayang… kalau Manja nak tanya boleh tak?” soal Ajihah lembut. Dia bangun dan berjalan kearah Ikhwan yang sedang mengambil sebuah fail didalam almari pejabat.
            “Tanya apa Manja?” soal Ikhwan sambil memeriksa butiran didalam sebuah fail yang diambil tadi.
            “Sayang dah jelaskan pada Imelda tentang siapa Imran dengan Sayang? Dan Sayang dah beritahu Imran yang Imelda tu isteri Sayang?” soal Ajihah tenang, bahu suaminya disentuh lembut.
            Ikhwan berhenti membaca butiran didalam fail yang dipegangnya, dia mengangkat wajah dan merenung Ajihah. “Sayang terlupa…”
            “Bila Sayang nak bertindak ni? Takkan Sayang masih nak bersalah anggap dengan Imran… Manja takutlah kalau Imelda tahu hal yang sebenar..”
            “Hal apa?”
            Kebetulan sekali ketika itu Imelda sedang berada di muka pintu dan mendengar segala perbualan pasangan suami isteri itu.
            “Yelah, Sayangkan cakap dulu… kalau Imran jatuh hati pada Imelda tu tak beri masalah. Tapi jangan sampai Imran jatuh hati balik pada Manja.. kan tak adil untuk Imelda. Lagipun sampai bila Sayang nak marah dengan Imran?” Ajihah merenung wajah suaminya yang merenung wajah dia.
            “Sayang tak takut ke kalau Imran betul-betul jatuh hati pada Imelda? Atau Sayang masih tak kisah kalau Imran jatuh hati pada Imelda asalkan Imran tak ganggu Manja lagi?” tambah Ajihah lagi.
            “Bukan macam tu….” Ikhwan tertunduk merenung lantai.
           “Sayang perlu beritahu mereka semua, percayalah… rancangan Sayang ni hanya akan mudaratkan diri sendiri. Imelda mesti terluka kalau dia tahu permainan Sayang ni, Imran pun akan turut terluka. Takkan Sayang nak beritahu waktu Imran dah betul-betul jatuh hati dengan Imelda?” Ajihah mendekati Ikhwan dan memeluk lengan suaminya.
            “Kalau Sayang boleh takutkan Manja akan bersama Imran… Sayang pun perlu takut untuk Imelda akan bersama Imran. Walaupun Sayang yakin Imelda tak kan jatuh cinta dengan Imran… tapi Imelda pun manusia juga. Ada hati yang boleh berubah.. Jangan kerana dendam, kelak kita yang binasa,” wajah tenang suaminya direnung penuh kasih.
            “Betul juga tu.. sebenarnya Sayang memang…..” kata-kata Ikhwan terhenti bila melihat pintu biliknya dibuka dengan besar dan ternampaklah Imelda yang sedang berdiri tegak merenungnya. Terlihat diwajah gadis itu ada airmata yang menitis. ‘Imelda dengarkah semuanya?’
            Imelda memandang Ajihah dan Ikhwan silih berganti, airmata yang menitis dibiarkan. Hatinya saat ini lebih hancur dan remuk setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Ajihah sebentar tadi.
            Gadis itu sempat menggelengkan kepala dan merenung ke lantai, tak menunggu lama dia pusing ke belakang dan berlalu meninggalkan bilik pejabat itu.
            “Imelda!”
            Ikhwan dan Ajihah berlari mendapatkan Imelda yang sudah masuk kedalam lif. Pintu lif yang tertutup rapat diketuk Ikhwan. Ajihah menarik tangannya agar mengikuti gadis itu turun mengikut tangga.
            “Imelda, tunggu dulu!” Ikhwan meraih jemari Imelda yang sudah berjalan laju menuju ke tempat letak kereta.
            Imelda merentap jemarinya dan merenung Ikhwan dengan penuh kekecewaan. ‘Dia ni ingat aku tak ada hati dan perasaan ke apa?’
            “Abang akan jelaskan dulu, tolong dengar sayang…” rayu Ikhwan lembut, dia benar-benar cemas saat ini.
            Imelda sekadar menggeleng berulang kali.
            “Imelda dengar dulu penjelasan Ikhwan,” tambah Ajihah.
            Cepat tapak tangan Imelda dihalakan kearah Ajihah seolah-olah mengarahkan Ajihah untuk berhenti dari berkata apa-apa. Air mata masih menitis laju dipipinya.
            “Imelda tak tahu nak cakap apa bang… Melda tak sangka semua ni! Patutlah abang beria nak Melda rahsiakan status diri Melda pada Imran?” wajah Ikhwan direnung dengan rasa amarah yang terlalu tinggi.
            “Sayang, apa yang Imelda dengar tadi tu…”
            “Tipu? Tak betul? Macam tu? Abang, Melda tahu… perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta. Dan Melda juga tahu, kak Manja terlalu beerti untuk abang.. dan abang sanggup lakukan apa saja untuk kak Manja. Tapi Melda isteri abang juga!” Imelda memandang kearah sekelilingnya dan kembali merenung Ikhwan, dia tidak perasankan Imran yang baru keluar dari kereta dan berdiri tidak jauh dari mereka. Apa sahaja perbualan mereka boleh didengari oleh Imran, kerana jarak mereka tidak berapa jauh.
            “Abang sanggup pergadaikan cinta Imelda semata-mata untuk mengelakkan dari Imran cintakan Ajihah? Abang, bukan abang jer ada perasaan tau tak! Imelda ada perasaan, Imran pun ada perasaan..” Imelda terdiam seketika untuk mengumpul kekuatan.
            “Abang tahu Imelda ada perasaan, dan abang tahu tindakan abang ni salah… tapi beri abang peluang untuk jelaskan semua ni. Fahamlah perasaan abang ni Melda, perasaan kak Manja bila Melda cakap macam ni..” Ikhwan berasa tertekan sangat-sangat disaat ini.
            “Perasaan abang Melda kena faham.. perasaan kak Manja, Melda kena faham. Semua perasaan orang Melda kena faham. Habis perasaan Melda siapa nak faham bang?” soal Imelda perlahan, dia menepuk perlahan dadanya. Airmata semakin deras mengalir dipipi.
            “Semua orang nak khianti Imelda! Aisya buat Melda, abang buat Melda! Apa semua ni!” tengking Imelda kuat, dia memusingkan badan dan menghampiri keretanya.
            Ikhwan yang berdiri di situ tidak mampu berkata apa-apa, dia hanya menghantar lalu pemergian Imelda yang memandu kereta dengan laju.
            “Biarkan dia pergi dulu Sayang… biarkan hatinya sejuk. Kita jangan paksa,” nasihat Ajihah ikhlas. Walaupun hatinya sedikit terasa dengan luahan hati Imelda, tapi dia tidak menyalahkan gadis itu. Sememangnya jika dia ditempat Imelda, pasti lebih terus dari itu kata-kata yang akan keluar dibibirnya.
            Imran masuk semula kedalam kereta dan mengejar kenderaan Imelda. Dia mahu berada disisi gadis itu, kerana apa yang sedang gadis itu rasakan itulah yang dia sendiri rasakan.
            Rasa hairan menguasai diri bila melihat Imelda yang memandu menghala ke pondok kecil tempat yang pernah dia bawa gadis itu beberapa bulan yang lalu. Perlahan enjin dimatikan, dia keluar dari kenderaan dan mendapatkan Imelda yang sedang berjalan menghampiri pondok kecil itu.
            “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumusalam..” Imelda menoleh cepat kearah Imran yang berdiri tidak jauh dari dia. “Kenapa awak datang sini?” dia duduk di anak tangga pondok itu.
            “Sepatutnya saya yang tanya awak, kenapa awak datang sini?” soal Imran kembali, dia duduk dibatu yang berada bertentangan dengan pondok tersebut.
            “Saya saja nak cari ketenangan…” Imelda tidak mahu menceritakan masalah rumah tangganya pada Imran. Dia tidak sangka orang didepannya itu adalah adik kepada abang dia sendiri.
            “Awak…. Awak nak dengar lagi tak cerita saya, yang saya pernah cerita pada awak dekat sini hari tu?”
            Imelda memandang Imran dan cuba menahan airmatanya, perlahan dia mengangguk.
            “Awak nak tahu tak siapa abang saya? Dan siapa perempuan yang saya pernah cakap dengan awak dulu?” Imran merenung wajah gadis yang dia cintai itu dengan penuh rasa kasihan. Dia tak sangka, hari sedih dia bersaing dengan hari sedih Imelda.
            Imelda mengangguk lagi, dia menepis cepat airmata yang mengalir di pipinya.
            “Orang tu adalah tuan Ikhwan, dan perempuan yang saya maksudkan adalah Ajihah… saya tahu awak pening dengan semua cerita yang sekerat-sekerat ni, tapi saya nak awak tahu… yang saya dah tahu apa yang terjadi tadi dekat tempat parking.. saya dah dengar semuanya.” Imran tidak mahu Imelda rasa kesakitan itu seorang diri.
            Imelda memandang Imran dengan penuh tanda tanya, berkerut dahi dia mendengar apa yang dikatakan Imran sebentar tadi.
            “Saya pernah cakap dekat awak yang saya tinggalkan Malaysia sebab saya merajuk dengan abang sayakan? Saya pernah cakap dengan awak yang abang saya buang saya sebabkan seorang perempuan?”
            “Maksud awak, Ikhwan yang buang awak sebab kak Manja?” soal Imelda kembali, dia mula faham.
            “Siapa Manja?”
            “Tak! Maksud saya, kak Ajihah…”
            “Yes! Ajihah… sebab Ajihah, Ikhwan buang saya….”
            “Jadi?”
            “Sekarang saya dah balikkan?”
            Imelda mengangguk.
            “Ikhwan fikir yang saya akan mengorat Ajihah, dan akan cuba dapatkan Ajihah. Jadi dia pilih jalan singkat dengan buat saya fikir yang awak adalah seorang bujang. Saya tak tahu apa yang bermain di fikiran Ikhwan sebenarnya, tapi apa yang saya tahu… dia masih ingat saya ni seorang ‘playboy’. Jadi dengan melihat awak dan bekerja dengan awak, mungkin dia anggap yang saya takkan ganggu Ajihah lagi….” cepat Imran membuat kesimpulan. Bukan dia mahu memburuk-burukkan Ikhwan, tetapi memang itu yang dia dapat rumuskan kerana dia kenal dengan sikap kuat cemburu Ikhwan terhadap Ajihah dan dirinya.
            “Dia nak main permainan apa sebenarnya? Kenapa mesti libatkan saya?!” nada suara Imelda mula meninggi. Bertambah sakit hatinya mendengar penjelasan Imran, airmata yang hampir reda tadi kembali menitis laju.
            “Imelda, sabar… kita tak tahu cerita yang sebenar. Apa yang saya cakap tadi, hanya kesimpulan diri saya sendiri… bukan jawapan ataupun penjelasan dari Ikhwan. Awak tak boleh menangis macam ni.. awak kena kuat Imelda.” Imran gagal menyembunyikan airmata yang dia tahan, akhirnya menitis jua air jernih itu di pipinya.
            “Saya nak sabar macam mana Imran? Lepas satu-satu datang menimpa hidup saya… tak habis dengan Aisya yang mengkhianati saya, sekarang ni suami saya sendiri khianati cinta saya! Saya nak sabar macam mana?” soal Imelda dengan linangan airmata. ‘Hanya Allah yang tahu perasaan aku saat ini, Imran…’
            “Apa maksud awak Aisya khianati awak?” soal Imran cepat.
            Imelda mengemam bibirnya cepat. ‘Macam mana aku boleh terlepas cakap ni…’
            “Imelda..”
            “Tak ada apa-apa Imran..”
            “Imelda, awak tak perlu sembunyikan apa-apa dari saya.. tak salah kalau sakit tu kita kongsikan bersama. Walaupun tak dapat nak selesaikan apa-apa tapi sekurang-kurangnya beban di kepala tu akan berkurang.” Tabah Imran memujuk Imelda. ‘Dia tahu ke Aisya sukakan Ikhwan?’ tebak hatinya.
            “Tak ada apa-apa Im…” Imelda takut jika dia meluahkan, hanya akan mengaibkan Aisya.
            “Aisya sukakan Ikhwan? Kan?” tebak Imran berani.
            Imelda merenung Imran dengan perasaan yang terkejut, “mana awak tahu, Imran?”
            “Mana saya tahu itu tak penting, tapi betulkan sebab Aisya sukakan Ikhwan yang menyebabkan hubungan awak dengan Aisya retak?” soal Imran lagi.
            “Kenapa semua ni jadi dalam hidup saya Im?” Imelda tidak menjawab malah menyoal. Dia menekup mulutnya dengan kedua belah tangan dan menangis dengan sepuasnya.
            “Shh…Shhhh, please Imelda.. jangan nangis.” Imran beralih duduk disebelah Imelda, berada lebih dekat dengan gadis itu.
            Imelda tidak berkata apa-apa, sebaliknya meneruskan tangisan dia terlebih dahulu.
            “Awak nak tahu satu benda tak Im?”
            “Apa dia Imelda?” soal Imran lembut, suaranya sebab kerana dia pun sebenarnya turut menangis.
            “Ikhwan berkahwin dengan saya sebab Ikhwan nak dapatkan anak untuk Ajihah dan dia. Tapi saya kahwin dengan dia, sebab saya cintakan dia sangat-sangat… saya tahu tak sepatutnya saya jadi isteri kedua kepada dia. Sebab tak mungkin bahagia tu milik saya Im…” Imelda meluahkan segala apa yang dia sedang rasa saat ini.
            “Awak…”
            “Saya ni memang bodoh Im.. saya dah tahu yang dia terlalu sayang dan cintakan Ajihah. Tapi saya masih boleh jadi bodoh sebab sayang dan cintakan dia sangat-sangat.. sampai saya sendiri jadi bahan permainan dia. Saya ni memang bodohkan Imran?”
            “Awak tak bodoh, tapi awak dah buat abang saya jadi seorang yang sangat bertuah… dia dicintai oleh dua wanita yang sanggup menerima dia. Yang bodoh tu adalah abang saya sendiri… dan saya janji dengan awak. Lepas ni, air mata awak takkan menitis lagi… okey..” Imran merenung Imelda dengan penuh rasa cinta yang tidak langsung berkurang.
            “Saya tak sepatutnya jumpa dia dulu Im…” Imelda memeluk lututnya dan menyembamkan muka dia di kepala lutut.
            Tangan kanan Imran ingin menyentuh belakang Imelda, namun ditarik semula. Dia tahu perbuatannya itu salah dan boleh menimbulkan fitnah. Jadi sebelum menjadi perkara yang lebih buruk, lebih baik dia menghentikan perbuatannya.
            “Awak tak boleh cakap macam tu… dah memang jodoh awak dengan dia. Takdir Allah ni terlalu luar biasa Imelda…” Imran berdiri dan mendongak melihat kedada langit, ketika dia hendak berdiri ada sebuah kotak kecil yang jatuh tepat dihujung kaki Imelda, dari dalam poketnya. Gadis itu mengambil sesuatu yang berkilat telah terkeluar dari kota baldu kecil itu.  Lelaki itu tidak sedar dan dia berjalan kedepan sedikit untuk mencari keselesaan.
            “Kadang-kadang kita akan mencintai sesuatu yang kita tak mampu untuk miliki… kadang-kadang kita dicintai oleh seseorang yang tak boleh menyentuh diri atau pun hati kita… kadang-kadang cinta yang kita hulur tu belum tentu dapat dibalas… dan kadang-kadang sesuatu yang kita impikan belum tentu kita dapat,” Imran tidak sedar, sama ada kata-kata itu untuk situasi Imelda ataupun untuk situasi dirinya.
            “Imran…”
            Imran menoleh kearah Imelda, dia terkejut melihat cincin yang berada di hujung ibu jari dan jari telunjuk kanan Imelda.
            “Imelda macam mana awak boleh dapat cincin ni?” soal Imran cemas. Dia menghampiri gadis itu dan terpandangkan kotak cincin yang berada di pasir. Pasti kotak itu terjatuh dari kocek seluarnya ketika dia berdiri tadi.
            “Apa semua ni, Imran?” soal Imelda tegas.
            “Imel.. bagi saya cincin tu balik. Cincin tu untuk kawan saya…” Imran menghulurkan tapak tangannya kepada Imelda.
            “Kawan awak yang mana ada nama seperti saya?” soal Imelda lagi. Dia berdiri dan memandang Imran dengan perasaan yang bergelora. Terang-terang nama ‘Amel Imelda’ terukir di perkeliling cincin itu.
            “Imelda…”
            “Siapa kawan awak yang bernama Amel Imelda, Imran? Jawab!”
            “Baiklah… mungkin awak nak tahu dan mungkin juga awak perlu tahu.” Imran mengalah, kali ini dia perlu menjelaskan segalanya kepada Imelda.
            Imelda duduk semula di anak tangga itu dan memandang Imran yang turut duduk di atas batu yang bertentangan dengannya. ‘Ya Allah, kebenaran apa yang aku perlu tahu lagi untuk kali ini?’
            “Saya memang dah lama jatuh cinta dengan awak Imelda… pertemuan pertama kali kita membuatkan rasa hati saya kembali berbunga. Hampir enam tahun, saya bunuh rasa kasih sayang dan cinta yang cuba hadir dalam hati saya…. tapi saya gagal selepas bertemu awak, pandangan pertama awak pada saya… mengisi segenap kasih yang saya benarkan hadir  dalam hidup saya.” Imran mengalah dengan egonya kali ini, airmata yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.
            “Saya tahu tindakan saya salah… saya mencintai isteri abang saya. Tapi saya tak boleh tipu diri saya Imelda. Kalau saya tahu, awak adalah isteri abang saya… saya tak akan biarkan cinta ni hadir, Imelda. Saya takkan biarkan hati saya sayangkan awak, cintakan awak ataupun rindukan awak,”Imran merenung wajah Imelda dengan sebuah rasa yang terlalu sakit.
            “Sekarang saya kena tanggung semua hakikat ni. Hakikat yang saya tak akan dapat miliki awak,hakikat yang saya tak boleh mendapatkan cinta awak. Hakikat yang saya dah kalah dengan abang saya sendiri untuk kali kedua. Hakikat tu semua terlalu menyakitkan saya Imelda…. sakit,” kini giliran Imran yang menangis semahu-mahunya.
            Imelda mengerti apa yang dirasakan Imran saat ini, dia berasa bersalah diatas apa yang berlaku. Sekiranya dia memperkenalkan diri dia seorang isteri, pasti perkara ini tidak akan terjadi. Dan Imran tidak akan terluka.
            “Maafkan saya Imran.. maafkan saya atas perasaan awak,”
            “Ini takdir saya, dan itu takdir awak… kita kena terima semua ni Imelda. Andai saat ini awak terluka dengan apa yang terjadi, saya juga sedang terluka. Ubatnya adalah doa dan redha dengan semua yang dah terjadi. Kita tak dapat ubah apa yang dah berlaku Imelda…. tapi kita boleh ubah, apa yang kita nak lakukan. Awak perlu bersabar, sebab saya pun berusaha untuk bersabar.” Imran tidak mahu Imelda terbeban dengan apa yang dia rasa saat ini, biarlah dia menghadapinya sendiri.
            Imelda tidak mengangguk atau menggeleng, dia hanya berdiam dan beristigfar berulang kali didalam hatinya. Apa yang berlaku terlalu cepat, semuanya datang sekali gus dan itu membuatkan dia berasa sangat letih.
            “Awak tolong simpan cincin tu, sebab cincin tu memang untuk awak...” pinta Imran.
            “Saya tak boleh simpan cincin ni…”
            “Tolong Imelda.. hanya simpankan, saya tak akan minta apa-apa dari awak.” Imran tekad tidak akan meletakkan harapan cintanya dibalas, biarlah rasa itu terubat dan hilang sendiri.
            Imelda mengalah, dia menunduk dan merenung cincin yang kini berada didalam genggamannya. ‘Maafkan saya Imran… maafkan saya. Saya salah sebab beri awak harapan..’
            Imran mendongak ke langit dan merenung awak yang berarak perlahan-lahan. ‘Jika inilah bahagian yang aku perlu terima, kuatkan aku ya Allah… berikan kekuatan kepada kami untuk menempuh semua ini.’


IKHWAN duduk di sofa yang tersedia diruang tamu rumah dia dan Imelda. Gambar Imelda yang terletak kemas di kabinet telivisyen itu di pandang lemah.
            “Imelda, sepatutnya sayang dengar dulu penjelasan abang…” ujar Ikhwan perlahan.
            Dia bingung untuk berdepan dengan semua ini. Imelda baru sahaja baik dengan dia, selepas bersikap dingin beberapa hari lalu. Kini bukan sekadar dingin, mungkin juga isterinya itu tidak mahu melihat mukanya.
            Penyesalan yang tidak berpenghujung, itulah jawapan terbaik untuk Ikhwan. Andai dia tidak membuat perancangan segila itu, tidak mungkin perkara seperti ini terjadi.
            ‘Kau gagal mengawal diri kau sendiri Ikhwan. Macam mana kau nak kawal dua orang isteri kau? Kau bertindak seolah-olah kaulah raja, dan kaulah yang menentukan masa depan hidup kau. Kau perlu sedar Ikhwan, Allah lebih baik perancanganNya berbanding kau. Inilah balasan diatas idea bodoh kau.’ Kata hati Ikhwan seperti memaki dirinya sendiri.
            “Niat aku untuk buat Imran menjauhi Ajihah, akhirnya menarik Imelda sekali untuk menjahui aku. Apa yang aku dah buat ni, ya Allah?” Ikhwan menyandarkan kepalanya disofa.
            ‘Setelah kau buat semua tu mengikut nafsu, baru kau nak tanya Allah.. apa yang kau buat? Dah terlambat Ikhwan! Kau dah buat benda bodoh, yang boleh buat kau kehilangan orang yang kau sayang. Kerana dendam, kerana amarah kau pada adik kau sendiri. Kau akan hilang semua!’ herdik hatinya.

IMELDA keluar dari kereta dan mengikut langkah Imran yang baru keluar dari kenderaannya, menuju ke sebuah restoran.
            “Imran..”
            Langkah Imran terhenti bila Imelda memanggilnya dari belakang, cepat dia menoleh. Imran mendekati Imelda yang memegang kepala.
           “Imran, kepala saya sakit…” aduh Imelda lemah. Pandangannya semakin pudar dan badannya menjadi lemah.
            “Imelda,” cepat Imran menyambut tubuh Imelda yang rebah kelantai. Dengan penuh cermat, dia memapah gadis yang berpangkat kakak ipar dengannya itu menuju ke kereta.
            Di klinik Imran duduk dan menanti Imelda yang sedang diperiksa, dengan penuh sabar. Sebentar tadi, dia baru sahaja menghubungi Ikhwan dan memberitahu keadaan Imelda. Ikhwan memberitahu yang dia akan datang dalam keadaan yang segera.
            “Encik…” panggil seorang doktor yang memeriksa Imelda tadi.
            Imran menoleh kearah yang memanggil dirinya, dia bangun dan berdepan dengan doktor tersebut. “Macam mana dengan Imelda?”
            “Encik suami dia ke?” soal doktor wanita itu lembut.
            Imran tidak mengiakan atau menidakkan apa yang disoal oleh doktor, ‘lain aku tanya, lain pula yang dia tanya..’
            “Imran!”
            Imran menoleh kearah kanan dia dan melihat Ikhwan serta Ajihah yang sedang menghampirinya. Dia mengeluh halus.
            “Kau buat apa dengan isteri aku?!” tengking Ikhwan kasar, koler baju adiknya direntap kuat.
            “Aku buat apa pula?!” tempelak Imran, dia cuba menyentap koler bajunya semula.
            Ikhwan mengangkat tangan untuk menumbuk Imran, namun adik dia lebih cepat menepis dan memberi tumbukan padu pada perutnya. Tersembam Ikhwan ke lantai.
            “Sepatutnya memang dah lama aku tumbuk kau balik! Bukan kau yang patut tanya apa aku dah buat dengan Imelda! Tapi aku yang patut tanya, apa kau dah buat dengan Imelda?!” tengking Imran. Sabar dia dengan abangnya sudah tamat saat ini.
            “Bawa bertenang semua, ini hospital,” tegur doktor wanita yang berdiri di depan Imran sejak tadi.
            “Saya tahulah ini hospital, takkan reban ayam pula! Sekarang saya tanya, macam mana dengan keadaan Imelda? Lelaki ‘bodoh’ depan saya ni, suami dia!” selamba Imran membahasakan doktor tersebut.
            “Puan Imelda disahkan mengandung dan usia kandungannya tiga bulan. Dia boleh balik, sebab keadaannya dah stabil..” jelas doktor wanita itu dengan sebuah perasaan geram kepada Imran. ‘Muka kau memang kacak, kalah hero Korea.. tapi perangai kau! Geram aku!’ cepat dia melangkah meninggalkan Imran dan yang lain-lain.
            Ikhwan bangun dan berdiri sambim memegang perutnya yang masih terasa sakit kerana tumbukan Imran. ‘Boleh tahan mamat ni, senak perut aku!’
            “Kau jangan dekat dengan isteri aku lagi!” ujar Ikhwan sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Imran.
            Imran mengusap rambutnya dan memberi jelingan maut pada abangnya, kemudian dia berlalu meninggalkan kawasan hospital. ‘Meluat pula aku tengok minah ni.’ Sempat dia mengumpat Ajihah yang sejak tadi di sisi Ikhwan.

Lirik Lagu Mencintaimu Sampai Mati -Utopia

Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan

Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya

Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya

Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati


3 comments:

Kee Rahima Adirah said...

Kasihan Imelda..syukur dia mgandung sekali lagi

fazieyana said...

Sedihnye..;-(

Bedah said...

apakah Imelda akan menerima Ikhwan dalam hidupnya lagi?