Friday, 27 June 2014

Cinta Aku Hingga Akhir Nafas

[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 24

IKHWAN menahan Imelda yang hendak masuk kedalam kereta dibahagian pemandu, wajahnya yang pucat merenung gadis itu dengan penuh harap.
            “Sayang… abang nak tanya sikit boleh?” soal Ikhwan perlahan, matanya terbuka kecil kerana tubuh badannya berasa sangat lemah saat ini.
            “Tanya apa?” soal Imelda dingin, dia memandang suaminya yang kelihatan lemah dan berwajah kecil. Ikutkan hatinya ingin sekali dia menanyakan kesihatan suaminya, tapi jiwanya tetap menidakkan. Imelda sendiri pelik dengan dirinya yang begitu dingin dengan Ikhwan, bau wangian yang Ikhwan pakai juga begitu menyakitkan!
            “Abang ada salah ke?” Ikhwan berdiri di depan Imelda yang sedang bersandar di pintu kereta sambil merenung dirinya.
            Imelda tidak menjawab soalan suaminya dan sekadar menggelengkan kepala.
            “Imelda, abang tak tahu apa yang buat Imelda susah sangat nak bercakap dengan abang sekarang.. dan kalau kerana abang banyak habiskan masa dekat rumah Kak Manja yang menyebabkan Imelda jadi macam ni, abang minta maaf. Abang tak niat….” kata-kata Ikhwan dipotong Imelda.
           “Bukan sebab abang banyak habiskan masa dengan Kak Manja sejak-sejak ni penyebab Imelda jadi macam ni, Imelda sendiri tak tahu kenapa dengan diri Imelda. Imelda tak ambil hati pun bila abang buat macam tu, cuma rindu tu memang ada… tapi Imelda faham keadaan akak yang lebih perlukan abang sekarang ni. Imelda cuma tak tahu kenapa yang Imelda jadi dingin dengan abang macam ni, dan tak suka bau abang, tengok muka abang.. sebab tu Imelda pun menjauh dari abang. Sebab Imelda tak nak jadi isteri yang derhaka dan isteri yang kurang ajar… Imelda perlukan masa, dan masa tu tak perlukan abang untuk membantu. Imelda akan usaha sendiri. Buat masa ni, kak Manja lebih memerlukan abang…” terang Imelda dengan penuh jelas kepada suaminya.
            “Tapi Imeldakan isteri abang, abang tetap rasa bersalah…”
            “Abang perlu buang rasa bersalah tu, sebab benda ni bukan serius sangat… Imelda okey… cuma kebelakangan ni, emosi Imelda terganggu. Abang tak perlu fikir yang bukan-bukan, abang jaga jer kak Manja.. jangan sia-siakan peluang yang dah ada ni, jaga kak Manja dan jaga kandungan kak Manja… itu lebih penting sekarang ni. Imelda dah besar, Imelda boleh jaga diri Melda sendiri..” tegas Imelda, wajah Ikhwan dipandang sekilas.
            Ikhwan mengeluh lembut sambil menyentuh pipi Imelda, jauh di sudut hatinya dia begitu merindui Imelda. Tetapi keadaan Ajihah lebih memerlukan dia.
            “Abang sayangkan Imelda sangat-sangat, abang takut kehilangan Imelda… dan abang tak nak kehilangan Imelda. Imelda fahamkan maksud abang..” Ikhwan merenung mata isterinya dengan penuh kasih.
            Imelda tersenyum dan mengangguk tanda mengerti, “abang baliklah… kirim salam pada kak Manja,”
            “InsyaAllah, Imelda memandu hati-hati ye.. abang minta maaf sebab tak dapat balik rumah malam ni,”
            “Tak apa, Imelda faham…”



IMRAN membuka kotak baldu kecil yang berisi cincin emas permata, cincin itu di pegang dan direnung penuh makna. Dia menguntum senyuman penuh makna, wajah Imelda berlayar diruang matanya.
            “Dahulu aku fikir cinta itu adalah sebuah kenikmatan biasa, tetapi rupanya ia begitu berharga. Kehadiran kau memberi aku seribu satu rasa yang membawa satu maksud… iaitu cinta. Imelda, aku bukanlah seperti lelaki  yang mempunyai sifat romantis untuk mengorat, aku hanya lelaki biasa yang berniat untuk memilikimu dengan cara yang halal… semoga Allah permudahkan urusan ini.” Imran meletakkan semula cincin itu didalam kotak baldu dan diletakkan kotak itu diatas mejanya.
            Dia sudah bersedia untuk melamar Imelda menjadi yang halal disisinya, dia mahu menjadikan gadis itu adalah yang pertama dan terakhir yang mendapat cintanya.
            Segala persiapan hantaran sudah dimaklumkan kepada bonda dan babanya. Cuma bonda dan babanya masih tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang sudah mendapat tempat di hati Imran. Nama mahupun gambar Imelda juga tidak diberi pada kedua ibu bapanya.
            Esok hari segala persiapan akan siap, dan Imran akan menghantar rombongan meminang itu pada hujung minggu ini.
            Inilah pertama kali dia melakukan perkara ini mengikut kata hati, dia redha jika Imelda menolak pinangannya dan dia tidak akan menyesal. Apa yang dia mahu adalah mencuba, kerana selagi dia tidak mencuba, dia tidak akan tahu apakah cinta itu berpihak padanya.
            Imran melangkah ke balkoni rumah, dan merenung keadaan alam kota raya yang begitu hiruk-pikuk, kadang-kadang dia berasa hairan dengan dirinya sendiri. Dia selalu mendengar umpatan dan cakap-cakap kebanyakan pekerja di pejabat berkenaan dirinya, ada yang mengatakan dirinya kera sumbang dan ada juga yang mengatakan dirinya kata bawah tempurung. Itu kerana Imran tidak pernah berbual dengan mana-mana pekerja di pejabat, rutin hariannya di pejabat hanyalah masuk ke bilik pejabat dia dan menyiapkan kerja-kerja.
            Pernah suatu hari, salah seorang kakitangan dibahagian pemasaran mengajak dirinya keluar makan dan berbual-bual, Imran menolak dengan alasan kerja.
            Lelaki itu bukanlah sombong ataupun tidak gemar dengan orang bawahan, tetapi dia memang jenis yang lebih gemar menyendiri melayani fikirannya.
            Menonton telivisyen, membaca majalah, melayani hiburan-hiburan didalam internet itu bukanlah dirinya. Imran lebih gemar menghabiskan waktu dengan kerja-kerja. Jika punya waktu lapang dia lebih gemar menghabiskan waktu dengan mencari keluarga kandungnya, mengingati masa lalu yang indah bersama abang kesayangan dia dan Imran memilih lebih banyak bertafakur serta mengaji kerana bagi dirinya mengaji itu adalah hiburan yang lebih baik dari dia menelaah majalah-majalah hiburan.
            Telivisyen yang terhias besar diruang tamu jarang sekali digunakan, waktunya dirumah banyak dihabiskan didalam kamar. Segala berita tentang dunia hanya dibaca seimbas lalu ketika menikmati sarapan pagi, itu pun hanya sekadar mengambil tahu berita tentang Negara.


IKHWAN muntah dibilik air bawah, manakala Ajihah muntah dibilik air atas. Kedua pasangan suami isteri itu tidak dapat tidur sampai waktu pagi begini, mereka berdua mengalami mabuk yang teruk.
            Ikhwan tidak tahan dengan keadaan yang melanda dirinya, apa yang dialami Ajihah tidaklah seteruk dirinya. Tubuh badannya saat ini benar-benar lemah, segala apa yang dia makan pasti akan terkeluar semula.
            Dia masuk kedalam bilik tidur dan melihat Ajihah yang duduk di hujung katil sambil memegang perut, wajah Ajihah juga kusam sepertinya.
            “Manja.. Manja okey?”
            Ajihah mengangguk dan menghulurkan senyuman, dia menepuk perlahan tilam disebelahnya menandakan agar Ikhwan duduk disebelah.
            “Tak nak pergi klinik ke ni?” soal Ikhwan sebaik duduk disebelah isterinya.
            “Tak payahlah Sayang, Manja okey jer… Manja tengok Sayang yang macam tak sihat ni. Nak pergi klinik tak?” soal Ajihah kembali.
            “Sayang okey jer, tidur nanti makin okeylah…tak payah pergi klinik pun.” Ikhwan tidak ada rasa untuk pergi ke mana-mana sekarang ini, melainkan merehatkan tubuh badan. Dia benar-benar letih ketika ini, dari hari ke hari mengalami muntah-muntah dan pening kepala. Kerja di pejabat pun sudah tidak terurus, nasib baik ada Imelda yang lebih cekap menguruskan kerjanya. Jika tidak, lebih haru biru Ikhwan dibuatnya.
            “Sayang, tekak Manja ni teringin sangat nak makan tomyam..” Ajihah menyentuh bawah dagunya.
            “Tomyam? Mana nak cari malam-malam buta ni Manja?” soal Ikhwan lemah.
            “Tak payahlah beli,…”
            “Habis?”
            “Sayang masaklah…” Ajihah memeluk lengan Ikhwan dan menyandarkan kepala dia dibahu suaminya.
            “Masak?”
            “Ye…Sayang,”
            “Manja nak makan tomyam apa?” soal Ikhwan cemas. ‘Jangan dia minta seafood sudah..’
            “Tomyam seafood,” jawab Ajihah penuh semangat.
            “Seafood? Alah tak payahlah, kalau seafood beli esoklah..”
            “Alah.. nak sekarang!” rungut Ajihah.
            “Sayang tak bolehlah dengan seafood ni, nak muntah tau tak?” rungut Ikhwan balik.
            “Sejak bila Sayang tak makan seafood? Bukan Sayang hantu seafood ke?”
            “Itu dulu, tapi sejak-sejak ni.. Sayang tak suka seafood. Ni semua sebab Manjalah, Sayang tak makan seafood lagi!”
            “Manja pula, Sayanglah sebab Manja ada baby! Kalau tak nak masakkan, cakap jer lah tak nak masak!” marah Ajihah seakan merajuk, dia melepaskan pelukan dan naik keatas katil dengan sempurna. Dia merebahkan tubuh dan membelakangi Ikhwan.
            Ikhwan mengeluh halus dan menghampiri Ajihah, bahu isterinya dipegang lembut.
            “Yelah, Sayang masakkan… jangan merajuk macam ni, muka tu dah masam dah. Nanti anak kita keluar buat muka masam macam tu, nak ke?” usik Ikhwan lembut.
            Ajihah terus tersenyum dan memusingkan tubuh membalas renungan Ikhwan dengan penuh kasih, “betul Sayang nak masak?”
            Ikhwan mengangguk, dia turun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke bawah sambil diikuti Ajihah dari belakang.
            Jam tiga pagi Ikhwan selesai menyiapkan tomyam seafood untuk isterinya, setelah siap makan dihidangkan diatas meja, dia berlari masuk kedalam bilik air. Dari tadi dia menahan bau yang terhasil dari sotong mentah dan udang mentah, saat inilah masanya untuk di mengeluarkan segalanya didalam kamar mandi.
            Ajihah tertawa melihat nasib yang menimpa suaminya, kemudian dia menikmati makanan itu dengan penuh selera. Didalam hati memuji Ikhwan dengan penuh rasa bangga, meskipun selama ini Ikhwan tidak pernah masa tomyam, tapi hari ini suaminya berjaya membuatkan tomyam yang begitu sedap dan menepati keinginannya.
            Sebenarnya Ajihah juga bersimpati dengan keadaan Ikhwan yang terpaksa menerima alahan itu kerana kandungannya. Tapi sudah itu yang diminta dan diniatkan Ikhwan dulu, jadi lelaki itu perlulah menerimanya dengan hati yang terbuka.


AISYA meletakkan fail penting diatas mejanya untuk dibawa masuk kedalam bilik pejabat Imran sebentar lagi. Sedang ralit dengan kerja-kerja diatas meja, tiba-tiba mejanya diketuk perlahan oleh seseorang. Aisya mengankat kepala dan merenung seorang gadis yang berpakaian begitu menjolok mata itu dari atas hingga ke bawah.
            “Cik cari siapa?” soal Aisya lembut.
            “I cari Imran, Imran ada?” soal gadis itu lembut.
            “Encik Imran belum masuk kerja, sekejap lagi dia sampai.. cik siapa yer?”
            “I’m Maria, kekasih Imran,” jawab Maria selamba dengan senyuman sinis.
            “Oh, cik boleh duduk dulu.. sekejap lagi Encik Imran sampai,”
            “Thank you,” Maria duduk di sebuah kerusi yang tersedia disatu sudut berhampiran dengan bilik pejabat Imran, Ikhwan dan Imelda.
            “Aisya..”
            Aisya menoleh kearah Ikhwan yang baru memasuki ruangan pejabat dan berjalan menuju kearahnya. “Ye, tuan..”
            “Mana Imelda?” soal Ikhwan lembut, dia kelihatan tampan hari ini dengan suit hitam.
            “Imelda belum datang tuan,” jawab Aisya cepat, haruman yang dipakai Ikhwan menusuk masuk ke rongga hidung.
            “Kalau dia dah datang nanti, suruh dia masuk bilik saya..” arah Ikhwan, dia ingin berlalu masuk kedalam bilik namun langkahnya terhenti bila melihat Maria yang berdiri didepannya.
            Aisya pun agak terkejut bila melihat gadis itu didepan majikannya, baru tadi dia nampak Maria duduk di kerusi.
            “Maria?”
            Ikhwan terkejut melihat gadis yang didepannya, baginya ini adalah tidak mungkin. Setelah sekian lama, gadis itu muncul lagi!
            “Wow! You masih ingat nama I, Ikhwan?” senyuman sinis diberikan kepada lelaki didepannya, sempat dia memuji ketampan Ikhwan didalam hatinya.
            “Kau nak apa datang sini?” soal Ikhwan tegas.
            “I cari adik kesayang youlah,”
            “Kau nak apa dari dia? Kau jangan nak kacau hidup Imran lagi boleh tak?” suara Ikhwan agak meninggi saat ini, wajah Maria direnung tajam.
            “Suka hati I lah, you tak perlu sibuk tentang urusan I!” Maria juga tidak kurang beraninya menentang kata-kata Ikhwan.
            “Kau ni memang tak reti bahasa ke apa? Aku dah warning  kau dulu supaya jangan kacau adik aku lagikan? Kau tak faham ke?” pertelingkahan Ikhwan dan Maria diperhatikan Aisya dengan penuh teliti.
            “You ni Ikhwan, cuba jangan emosi sangat pagi-pagi ni.. cuba rileks.” Maria memeluk lengan Ikhwan, tapi tidak lama bila lelaki itu merentap kuat tangannya.
            “Kau jangan cuba nak sentuh akulah Maria! Tangan kau tu tak cukup bersih untuk sentuh aku atau Imran sekalipun! Lebih baik kau keluar!” arah Ikhwan kasar.
            Imran yang baru masuk ke ruangan pejabat bersama Imelda berasa hairan mendengar suara Ikhwan yang meninggi-ninggi, cepat dia menghampiri abangnya bersama seorang wanita yang sedang membelakangi dia.
            “Kalau I tak nak keluar?” soal Maria berani.
            “Aku akan tunjukkan jalan keluar!” jawab Ikhwan cepat.
            “You fikir I datang sini untuk dengar you punya ugutan ke? I datang sini untuk jumpa Imran, faham?” bentak Maria kasar.
            “Aku takkan benarkan kau ganggu dia! Faham?!” tempelak Ikhwan.
            “Apa benda ni?” soal Imran sebaik tiba didepan Ikhwan, dia memandang sekilas kearah Maria dan memandang Ikhwan tapi tidak lama, dia mengalihkan pandangannya kepad Maria semula. Lama dia merenung gadis itu, dan menelan liur bila mengingatkan siapa gadis yang berdiri didepannya dan merenung tajam kearah dia.
            “Hye, Imran..” Maria melambaikan tangan kearah Imran, dalam hatinya memuji Imran yang kelihatan sungguh kacak dan bergaya kini.
            “Maria?”
            Imran menjadi gelisah tiba-tiba, sakit hati pula melihat senyuman sinis gadis itu. Segala yang pernah terjadi dahulu, berlayar di benak fikiran dia.
            Imelda menghampiri suaminya dan berdiri disebelah Ikhwan dengan penuh tanda tanya bersusun di kepala.
            “You masih ingat pada I, Imran?” jari telunjuk kanan Maria ligat menyentuh dada bidang Imran.
            “Kau nak apa lagi, Maria?” soal Imran lemah.
            “I nak youlah… mana you pergi? Lama I cari you tau..” Maria sengaja bersuara manja.
            “Sudahlah Maria! Lebih baik kau keluar dari pejabat aku, sebelum aku panggil pengawal!” pekik Ikhwan.
            “Aku rasa diantara kita dah lama selesai Maria, lebih baik kau pergi jauh-jauh dari hidup akulah..” Imran menepis lembut jemari Maria yang melingkar didadanya.
            “Kenapa dengan you ni Imran? Sampai hati halau I macam tu jer..”
            “Aisya, panggil pengawal..” arah Ikhwan tegas.
            “Ikhwan you memang tak pernah puas hati dengan I kan? Okey, I pergi! Tapi you dengan Imran jangan ingat akan selamat macam tu jer..” bentak Maria dan terus berlalu dari situ.
            “Imelda, awak masuk bilik saya sekarang..” arah Ikhwan.
            Imelda tidak banyak tanya, dia terus berlalu masuk kedalam bilik pejabat suaminya. Walaupun banyak yang menjadi tanda tanya, tapi arahan suaminya lebih utama.
            “Macam mana dia boleh datang sini?” soal Imran cepat.
            “Aku tak tahu, selama ni… dia tak pernah datang sini.” Ikhwan mengeluh halus sambil merenung kearah pintu utama pejabatnya.
            “Ada sesiapa beritahu dia yang aku kerja sini ke?” soal Imran sekali lagi.
            “Setahu aku tak ada, siapa pula yang nak beritahu dia..” balas Ikhwan lagi, kali ini pandangan dialihkan kepada adiknya.
            “Aku tak sedap hati, aku takut dia akan datang lagi…” ujar Imran perlahan.
            “Kau jangan risau, aku akan arahkan pengawal untuk tidak benarkan dia masuk kedalam syarikat aku ni. Tapi kau kena ingat! Dalam pejabat ni, mungkin aku boleh tolong.. tapi dekat luar, kau kena usaha untuk mengelak dari dia.” Ikhwan berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya sebaik memberi pesanan kepada Imran.
            Imran mengeluh halus, dalam hati mengucap syukur kerana Ikhwan masih mahu menolongnya walaupun diantara dia dan abangnya masih belum reda.
            “Aisya ikut saya masuk kebilik dan bawak fail-fail yang saya minta semalam,” Imran turut berlalu ke bilik pejabatnya sambil diikuti Aisya dari belakang.

IKHWAN merenung Imelda dengan rasa yang tidak puas hati, wajah Imelda yang kelihatan bersahaja lagi menaikkan rasa amarahnya.
            “Sayang masuk kerja dengan siapa tadi?” soal Ikhwan tegas, dia bersandar dimeja bilik pejabatnya dan merenung tajam kearah Imelda yang berdiri didepannya dengan menunduk.
            “Dengan Imran…” jawab Imelda perlahan.
            “Kereta mana?”
            “Ada dekat bawah..”
            “Kenapa tak bawak kereta sendiri, kenapa datang dengan Imran?” soal Ikhwan lagi.
            “Bila masa Imelda datang dengan Imran?” soal Imelda pelik.
            “Tadi cakap masuk kerja dengan Imran kan?”
            “Memanglah masuk kerja dengan Imran, tapi Imelda tak datang kerja dengan Imran…”
            “Maksud sayang?” Ikhwan dah pening dengan jawapan isterinya.
            “Imelda drive pergi kerja sendiri, dekat tempat parking tadi… Imelda jumpa Imran. Jadi kami jalan sekali masuk pejabat.. faham?” Imelda merenung wajah suaminya, ‘ni mesti kes salah fahamlah ni!’
            “Betul?”
            “Betullah…”
            “Abang ingat sayang datang dengan Imran tadi, terkejut abang..” wajah Ikhwan yang tegang berubah dengan senyuman manis, pipi Imelda disentuh kasih.
            “Jangan peganglah..” Imelda menepis lembut jemari suaminya.
            “Kenapa ni? Nak pegang isteri sendiri pun tak boleh ke?”
            “Abang busuklah..” rungut Imelda lembut.
            “Mana ada busuk sayang, abang wangi ni..” Ikhwan memegang kedua belah bahu isterinya.
            “Abang….” Imelda menepis tangan Ikhwan sekali lagi.
            “Abang rindu sayang tau tak, abang rindu sangat…” Ikhwan memeluk Imelda dengan erat, meskipun isterinya menolak tapi dia tidak peduli.
            “Abang!”
            “Abang rindu sayang, abang tak pedulilah sayang nak marah ke apa…” balas Ikhwan selamba.
            Imelda tersenyum manis dan membalas pelukan Ikhwan dengan penuh erat, dada bidang lelaki itu dikucup kasih. Meskipun dia tidak tahan dengan bau wangian Ikhwan, tapi dia juga tidak mampu menahan rasa rindunya kepada Ikhwan.
            Lelaki itu terlalu beerti bagi dirinya, lelaki itu terlalu dirinduinya dan mana mungkin dia mampu menolak kemahuan Ikhwan.
            “Abang rindu sayang, sayang rindu abang tak?” soal Ikhwan yang masih memeluk isterinya.
            Imelda sekadar mengangguk dan menyembamkan muka didada Ikhwan.
            Ikhwan tersenyum bahagia bila isterinya tidak bertindak dingin seperti biasa, jika tidak dirinya yang sememangnya pening dengan alahan yang dialami akan bertambah pening dengan sikap dingin Imelda yang susah nak ditafsir sebabnya.
            “Abang….”
            “Yer sayang…”
            “Siapa Maria?”
            Ikhwan terdiam dan tak dapat menjawab apa-apa, dia tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa tentang sejarah hidupnya bersama Imelda.
            Dalam keadaan dirinya yang sekejap baik dan sekejap mabuk, dia tidak boleh mencuri masa yang elok untuk menceritakan kisah hidupnya pada lima tahun yang dulu.
            “Abang…”
            “Yer sayang….”
            “Abang dengar tak Melda tanya?” Imelda mendongak sedikit merenung wajah suaminya.
            Ikhwan tersenyum dan mencium dahi Imelda lembut, dia terfikir-fikir alasan apa yang hendak diberi kepada isterinya ini.
            Imelda berasa terlalu dihargai bila dahinya dikucup Ikhwan, perlahan bibirnya mencium dagu Ikhwan yang bersih. Ciumannya cepat dibalas Ikhwan, suaminya mencium bibirnya dengan penuh rasa cinta.
            Ikhwan merenung wajah Imelda yang kelihatan berseri-seri seperti ketika Imelda mengandungkan arwah Tengku Aminah dan Tengku Amanina dulu.
            “Abang jawablah…”
            “Kesayangan abang ni, kalau orang tak jawab soalan dia… selagi tu dia tanyakan,” dahi Imelda dicium lagi.
            Imelda tersenyum manis, dia berasa bahagia dilayani Ikhwan seperti itu. Hilang rasa benci dan meluat dia pada Ikhwan bila dilayani seperti itu.
            “Dia kawan lama abang..”
            “Tapi kenapa dia kenal Imran? Dan kenapa abang tak kasih dia kacau Imran?” soal Imelda lagi.
            “Nanti abang beritahu ye sayang… sayang dah makan?” cepat Ikhwan menukar topic dan merenung Imelda yang masih dalam pelukannya.
            “Dah.. abang dah makan?” soal Imelda pula.
            “Belum…”
            “Kenapa tak makan lagi?”
            “Rindu nak makan orang tu suap…” jawab Ikhwan selamba.
            Imelda tertawa kecil sambil mengusap pipi bersih suaminya. “Alorhh ciannye, kejap Melda ambilkan sarapan…”
            “Sayang ada buat sarapan ke?” soal Ikhwan pelik.
            Imelda mengangguk.
            “Macam mana saya boleh bawak sarapan?” soal Ikhwan lagi.
            “Entahlah.. Melda pun tak tahu kenapa Melda boleh bawak sarapan hari ni,” jawab Imelda jujur.
            Ikhwan sekadar tersenyum dan mengangguk. Dia meleraikan pelukannya bagi membiarkan Imelda pergi mengambil sarapan yang dibawa.


AZINAH duduk menikmati makan tengah hari bersama Maria, gadis yang berwajah masam itu dipandang sekilas dan menyuapkan nasi kedalam mulutnya.
            “Aunty macam mana ni?” soal Maria bengang.
            “Macam mana apa?” soal Azinah pelik.
            “Maria nak kenakan Imran, tapi Ikhwan tu pula yang masuk campur!” tempelak Maria kasar, bengang betul dia dengan sikap dingin Ikhwan pada dirinya.
            “Baguslah kalau Ikhwan masuk campur, memang itu yang Aunty nak.”
            “What??” soal Maria, ‘orang tua ni, betul ke tak?’
            “Memang Aunty nak dia masuk campur, Aunty nak Maria kacau kedua-duanya..” Azinah mengambil sekeping gambar didalam beg tangannya dan diberikan kepada Maria.
            Maria merenung gambar itu dan terus memuji kecantikan gadis bertudung didalam gambar itu, wajah gadis itu kelihatan berseri dan bersih.
            “Siapa ni?”
           “Dia adalah isteri kedua kepada Ikhwan…” jawab Azinah tegas, makan diatas meja sudah tidak disentuh lagi.
            “Apa kena mengena dia ni dengan Maria?”
            “Dia adalah orang yang paling Ikhwan sayang berbanding anak Aunty,  Ajihah…”
            “So?
            “Aunty nak Maria goda Imran dan Ikhwan ketika mereka di pejabat..”
            “Kenapa di pejabat? Kenapa tak dekat luar jer?” soal Maria lagi.
            “Kalau di luar, takut nanti anak Aunty pula yang nampak… kalau di pejabat, isteri keduanya ada sepanjang masa..” senyuman sinis Azinah lagi menampakkan sifatnya yang busuk.
            “Kalau dekat pejabat tu, Aunty lupakan jelah niat tu… tadi jer, sikit lagi Maria nak kena halau dengan pengawal!”
            “Maria ada jurusan seni binakan?” soal Azinah dengan senyuman sinisnya lagi.
            Maria sekadar mengangguk.
            Azinah menghulurkan sekeping keratan akhbar dari dalam begnya dan diberikan kepada Maria. “Pejabat dia sedang mencari seorang arkitek, jawatan yang kena dengan jurusan Maria..”
            “Walaupun Maria ada jurusan tu, belum tentu si Ikhwan tu nak ambil Maria bekerja dengan dia.. tengok muka Maria ni pun dia meluat,” bentak Maria kasar.
            “Jangan risau, Aunty akan pastikan Maria bekerja disyarikat tu…”
            “Jangan terlalu yakin sangat Aunty, Ikhwan tu lelaki yang berpendirian tinggi… bukan mudah untuk tundukkan dia,”
            “Dia akan tunduk dengan Aunty, Maria… jangan risau.” Azinah cukup yakin dengan apa yang dikatakan.
            Maria sekadar diam dan malas hendak melayan kerenah Azinah yang tak sudah-sudah dengan perangai kejamnya itu. Yang dia tahu saat ini, dia hanya mahu memiliki Imran.

IMRAN menadah tangannya dan menghambakan diri sepenuhnya kepada sang Agung, airmata yang bergenang dimatanya dibiarkan menitis.
            “Ya Allah, aku adalah hambaMu yang terlalu banyak dosanya… tidak terhitung dengan jemariku ini, diatas segala dosa-dosaku. Ya Allah, dengan sepuluh jari ini jugalah.. aku memohon keampunan kepadaMu. Ampunilah aku ya Allah, ampunkan aku.”
            “Ya Allah, panjangkan umur kedua ibu bapa kandungku, dan berikanlah kami kesempatan untuk bertemu… ya Allah permudahkanlah urusanku untuk mencari mereka, aku bermohon padaMu ya Allah…”
            “Ya Allah bukakanlah pintu hati abangku untuk menerima aku seperti mana dia menerimaku dahulu, aku hanyalah hambaMu yang tahu meminta-minta padaMu ya Allah.. berikanlah aku sedikit kesempatan untuk meraih kasihnya lagi.. aku bermohon padaMu ya Allah…”
            “Ya Allah, perkuatkanlah keimananku untuk berdepan dengan wanita yang begitu aku cintai…. Permudahkanlah urusan aku esok hari untuk melamarnya menjadi yang halal disisiku ya Allah. Jadikanlah insan yang selalu mengingatkan aku dan selalu beribadat bersamaku.. ya Allah, jadikanlah cinta ini terhadap Amel Imelda.. sebuah cinta yang suci dan diredhaiMu…”
            “Ya Allah, ampunilah segala dosa yang aku pernah lakukan dulu, dan berikanlah kesempatan untuk aku menebus segala dosa-dosaku… bukakanlah pintu hati Maria untuk tidak membuka keaibanku yang dahulu, jauhkanlah dia dariku..sekiranya kehadiran hanyalah memberikan kesulitan dan menjerumuskan aku ke lembah hina, ya Allah…”
            “Ya Allah, kepadaMu aku bersujud… matikanlah aku didalam keimanan ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin..” kedua tapak tangan yang ditadah tadi dibawa kemukanya dengan sedu sedan yang tidak mampu terungkap.
            Imran berserahkan segala takdirnya untuk melamar Imelda esok hari kepada Allah swt. Dia berharapkan sebuah kemudahan, khuatir memang terkuasa dalam diri bila mengenangkan yang Imelda tidak tahu apa-apa tentang niatnya. Izarah dan Iman juga masih tidak diberi alamat kediaman Imelda. Alamat kediaman Imelda, Imran dapat daripada resume gadis itu.
            Dia melipatkan sejadah dan diletakkan di hujung katil, lalu berlalu keluar untuk membuka pintu bila terdengar bunyi ketukan.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusalam…” jawab Imran ramah, dia mempersilakan rakannya Amirul masuk kedalam rumah.
            “Kau duduklah dulu, aku pergi ambil air,” Imran berlalu kedapur dan membuka peti aisnya. Dia mengambil dua botol air oren segar jenama twister dan berlalu kedepan.
            Amirul menyambut huluran air dari tangan Imran dan kembali melihat gambar-gambar di laman Instagramnya didalam telefon bimbit.
            “Kau tengok apa tu?” soal Imran sambil mengambil sebuah buku ilmiah dibawah meja kopi yang terhias diruang tamu itu.
            “Ni gambar perempuan ni, cantik…” Amirul menunjukkan gambar tersebut kepada Imran.
            “Ni PA aku dengan bekas PA aku ni..” balas Imran cepat, wajah Imelda direnung tepat.
            “Mana satu PA kau?”
            “Yang tinggi ni…”
            “Habis yang rendah ni bekas PA kaulah?”
            Imran sekadar mengangguk.
            “Bekas PA kau ni cantik giler kot..”
            “Cantik luar, cantik dalam tu….” puji Imran pula.
            “Tau tak apa, nasib baik dah berpunya… kalau tak, memang aku dah tackle dah! Cuba kau tengok orang yang ‘like’ gambar dia ni, berpuluh ribu kot….” Amirul menunjukkan sekali lagi telefonnya pada Imran, kali ini tidak ada tindak balas.
            Imran tertanya-tanya dengan maksud ‘dah berpunya’ yang dikatakan Amirul.
            “Apa maksud kau yang Imelda tu ‘dah berpunya’, Mirul?” soal Imran cepat.
            “Dia dah kahwinlah…. kahwin muda, isteri nombor dua orang kaya…” balas Amirul tanpa memandang.
            “Kahwin muda? Isteri nombor dua? Isteri orang kaya?” Imran tidak percaya dengan apa yang dia dengar saat ini. Dia menjadi sungguh gelisah saat ini, lebih gelisah dari bertemu Maria siang tadi.
            “Ye, dia kahwin muda….umur baru dua puluh satu, dah kahwin.”
            “Isteri nombor dua?”
            “Yup, dia isteri nombor dua… Dia jadi isteri nombor dua, dengar cerita sebab isteri pertama tu tak boleh bagi anak, tapi kecoh jugalah orang cakap Imelda ni isteri kesayangan.” Penuh yakin Amirul menceritakan kepada kawannya itu.
            “Isteri orang kaya?”
            “Ye Imran… isteri orang kaya. Orang yang amat dikenali diseluruh Asean, kalau bab orang berkoporat ni… sebut je nama dia, mesti orang kenal. Masa dia kahwin dengan Imelda ni, seluruh Malaysia tahu… setiap liputan telivisyen ambil tahu tentang perkahwinan dia, setiap saluran radio pun dengarkan cerita tentang persandingan mereka dulu.. Majalah-majalah hiburan semua ambil pasangan ni jadi cover muka depan diaorang.”
            “Memang kalah cerita artis Malaysia, kau tau… meletup-letup kisah dia orang ni dulu. Maklumlah, suami dia tu lelaki muda berjaya yang membanggakan nama Malaysia dipersada Asean kerana kepakaran dan kebijaksaan dia dalam menguruskan sebuah empayar reka bina terbesar di Malaysia…”
            “Suami dia tu menjadi kegilaan ramai, dan Imelda ni pun tak kurang hangatnya dia.. dia memiliki paras rupa yang cantik. Dan sering dilamar dengan ramai lelaki, tetapi dia tolak. Ramai lelaki-lelaki bujang dan kaya melamar dia, tapi dia tak nak… mungkin jodoh dia dengan suami dia tu kuat, walaupun mereka tak pernah bercinta sebelum kahwin.”
            “Cerita ni hangat dan meletup-letup sewaktu kau dekat luar Negara dulu, sekarang ni masih lagi hangat tapi tak macam dululah… kalau dulu tu, mana-mana pergi, mesti kecoh cerita dia. Sekarang ni pun masih ada media yang ambil tahu tentang mereka, tak silap aku majalah hiburan bulan ni ada keluarkan cerita dia… tapi kau bukan nak pun baca majalah-majalah macam nikan?” panjang lebar Amirul menceritakan tentang Imelda dan Ikhwan.
            “Siapa suami dia?”
            “Lah….kau tak tahu lagi ke?”
            “Tak!”
            “Kalau aku cakap kau ketinggalan zaman kau marah… Amel Imelda adalah isteri kepada Tengku Ikhwan Tengku Iman, pemilik syarikat diantara yang terbesar di Malaysia. Faham?”
            “Ikhwan?”


 

Lirik Lagu Cinta Kasih – Mila Jirin ft. Nubhan



 [Mila]
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kau akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
[Nubhan]
Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia

Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
[Mila]
Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
[Mila & Nubhan]
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama
[Mila]
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
[Nubhan]
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia

No comments: