[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA.
EPISOD 23
HAMPIR seminggu Ikhwan
dan isteri-isterinya bercuti di Melaka, dia bersyukur kerana Imelda dan Ajihah
gembira dengan perancangan yang telah dia buat.
Imelda dan Ajihah menyangka bahawa
kedatangan mereka ke Melaka, semata-mata untuk menyelesaikan masalah Aisya.
Rupa-rupanya Ikhwan ingin membawa mereka bercuti dan makan angin sekali.
Wajah-wajah gembira jelas terpancar diwajah mereka.
“Manja, kenapa nampak muka tu penat
sangat?” soal Ikhwan ketika memandu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ajihah yang
duduk disebelah bahagian pemandu dipandang sekilas.
“Memanglah penat, turun naik tangga
A’Famosa, lepas tu berjalan dalam Muzium Istana Melaka yang panjang tu. Kalau
seorang diri tak apalah, ni berdua tahu tak….” rungut Ajihah. Dia memejamkan
mata melayani penatnya.
“Seorang diri? Berdua? Maksud
Manja?” soal Ikhwan hairan.
“Yelah… bawak baby ni lagi,” terbuka dan membulat terus mata Ajihah bila
mengingatkan yang dia sudah terlepas cakap.
Ikhwan yang terkejut terus menekan
pedan brek dan menghentikan keretanya di tengah-tengah jalan, sangat beruntung
ketika itu kerana tiada kereta lain. Perlahan Ikhwan menekan pedal minyak dan
memberhentikan kereta di bahu jalan.
Wajah Ajihah yang berseri direnung
penuh kasih, “betul ke ni Manja?”
Ajihah tersenyum dan membalas
renungan suaminya, perlahan dia mengangguk dan menutup mukanya dengan kedua
tapak tangan.
“Alhamdulillah, ya Allah. Terima
kasih.. Manja…” dahi Ajihah dicium penuh kasih. Dia memandang Imelda yang
sedang lena di tempat duduk belakang.
“Untuk kali ni, kita akan jaga
baik-baik dan akan sentiasa bersama… Sayang janji,” ikrar Ikhwan dan merenung
mata Ajihah.
“Kali ni Manja tak akan sia-siakan
peluang yang Allah bagi, Manja akan jaga baik-baik bersama-sama Sayang.. dan
Sayang kena janji dengan Manja, yang Sayang akan selalu ada dengan Manja…”
wajah kacak suaminya direnung penuh kasih. Saat ini terasa hidup dia direnangi
kebahagian.
“InsyaAllah Manja, semoga segalanya
dipermudahkan Allah..” Ikhwan memberikan senyuman manis, dan kembali meneruskan
pemanduan dengan hati yang gembira tidak terkira.
IMRAN memeriksa fail
yang diberikan oleh Aisya sebentar tadi. Wajahnya yang begitu serius bertukar
merah dan tersenyum seakan-akan menahan ketawa bila melihat sesuatu didalam
fail yang diberi oleh Aisya tadi.
‘Apa kena dengan minah ni?’ Tidak
menunggu lama Imran menghantar Whatsapp pada
Aisya, menyuruh gadis itu masuk kedalam biliknya semula.
“Ye, Encik Imran…” ujar Aisya sebaik
memasuki ruang bilik pejabat Imran yang kelihatan mewah dan kemas.
“Tadi saya minta apa?” soal Imran,
dia cuba mengawal diri untuk tidak ketawa.
“Encik Imran minta saya ambilkan
fail laporan pemasaran bulanankan?” Aisya berasa pelik dengan Imran yang
memegang fail tersebut tapi masih bertanya pada dirinya.
“Ye, saya memang minta fail tu… tapi
awak ada bawak masuk bilik awak dulu ke?”
“Ye… sebab saya nak ke tandas tadi,
sebab tu saya tak terus bawak pada Encik Imran…” jawab Aisya jujur.
Imran berdiri sambil membetulkan
butang vase hitamnya dan kemeja biru
yang dipakai. Senyuman manis diukirkan sambil memegang sekeping gambar yang
berada didalam fail tadi. Lelaki kacak itu berjalan menghampiri Aisya yang
sudah berubah wajah bila melihat kepingan gambar itu berada di tangan Imran.
“Saya suruh awak ambilkan saya fail
laporan pemasaran bulanan, dan saya tak minta pun gambar jejaka ‘tampan malaya’
ni…” Imran bersuara selamba sambil menayangkan gambar Ikhwan yang ditemui
didalam fail itu, kepada Aisya.
“Tu saya punya!” Aisya cuba
mengambil kepingan itu dari Imran, tapi tidak berjaya bila Imran mengangkat
tangan yang memegang kepingan gambar itu ke atas.
“Oh, awak punya.. apa kaitan awak
dengan gambar ni?” soal Imran dengan senyuman sinis dan mengenyitkan mata pada
Aisya. Sengaja menambah sakit hati gadis itu.
“Apa kena mengena diantara saya
dengan gambar tu bukan urusan Encik Imran, yang penting sekarang ni.. Encik
Imran bagi saya gambar tu!” pinta Aisya tegas, dia cuba mengawal perasaan malu
dan sakit hatinya dengan lelaki itu. ‘Boleh tak aku sepak mamat ni sekarang?’
“Awak nak gambar ni dari saya, lepas
tu tak tahu nak minta baik-baik? Banyak cantik muka awak!” Imran semakin ligat
mengenakan pembantu peribadinya itu.
“Muka
saya memang cantik, tak dinafikan pun… tapi lebih cantik kalau Encik Imran bagi
saya gambar tu. Please…” Aisya
berpura seakan-akan merayu pada Imran.
“Nampak sangat tak ikhlasnya dia
punya merayu tu… kenapa ye ada gambar majikan kita dalam fail ni? Awak tak nak
kongsikan dengan saya ke?” Imran sengaja mengumpan ‘ikan yu’.
“Saya rasa itu adalah peribadi saya,
dan Encik Imran tak perlu tahu kot….” ‘mamat ni memang nak makan kaki, sibuk
nak ambil tahu hal aku ni… dah kenapa???’
“Eleh! Awak ingat boleh sembunyi ke
kisah yang dah begitu hangat dekat pejabat ni?” Imran berpeluk tubuh dan
merenung tajam ke arah Aisya, gadis itu memakai kemeja yang kebetulan sama
warna dengan kemejanya hari ini.
“Oh! Tak sangka pula, boss saya ni
melayan juga gosip-gosip liar ni ye?” Aisya selama ini menganggap Imran seorang
lelaki yang sangat pendiam dan tidak mengambil pusing segala apa yang berlaku
dalam syarikat berkenaan dengan perkara yang bukan hal kerja.
“Awak fikir saya jenis macam tu ke?”
soal Imran tegas, wajahnya berubah serius. Sebenarnya dia memang sudah tahu isi
hati dan perasaan Aisya terhadap Ikhwan kerana dia terlihat dan terdengar pertelingkahan
diantara Aisya dan Ajihah tempoh hari, cuma dia malas untuk mengambil tahu.
Tapi hari ini dia mahu gadis itu tahu, bahawa dia memang tahu akan isi hati dan
perasaan Aisya.
“Saya tahu awak sukakan Ikhwan, tapi
kenapa Ikhwan? Awak tahukan Ikhwan dah ada isteri?” soal Imran dengan nada
suara yang agak lembut berbanding tadi.
“Kita manusia biasa yang tak boleh
nak tolak perasaan kita sendiri Encik..” Aisya melepaskan pandangan kearah
cermin tingkap yang menampakkan pandangan luar.
“Tapi kita boleh lawan perasaan tu
Aisya… walaupun kadang-kadang hasil itu tidak menyebelahi kita,” tegur Imran
dengan penuh tenang. Niat dia baik, dia cuma tidak mahu gadis sepolos Aisya
dipandang hina oleh wanita yang memang dia benci iaitu Ajihah!
“Saya masih mencuba Encik
Imran….benda tu bukan sesuatu perbuatan yang mudah untuk saya lakukan. Sesuatu
yang berkaitan dengan ‘HATI’, ia tidak akan pernah mudah…” Aisya tahu perbuatan
dia menyukai suami orang itu adalah salah, tapi dia tetap mahu mempertahankan
perasaan itu, kerana bagi dirinya setiap sesuatu yang berkaitan dengan hati ia
bukanlah permainan kerana itu adalah Anugerah terindah dari Allah.
“Hidup ni,
kadang-kadang... kita perlu mengalah. Walaupun mengalah tu boleh datangkan
kesakitan dalam hati, sabar.... Allah akan berikan rasa tenang kalau kita
ikhlas dalam mengalah. Mengalah bukan beerti 'KALAH'... tapi sebenarnya kita
sudah menang..” kata-kata Imran itu telah mematikan mulut Aisya untuk terus
bersuara. Kata-kata Imran benar-benar telah menikam tepat ke tangkai hatinya.
Aisya
mengakui didalam diam, ‘ye… selama ini aku tidak pernah belajar erti
‘MENGALAH’. Tapi kenapa dia yang menyedarkan aku? Kenapa Imran?’
“Tak
apalah Aisya, awak boleh keluar dan gambar ni saya rasa tak patut berada dengan
awak lagi. Belajarlah melupakan, walau ia menyakitkan…” walaupun sudah diberi
arahan untuk gadis itu keluar, tapi kata-kata nasihat masih meniti di bibir
lelaki yang berperwatakan tenang ini.
Aisya
tidak mampu berkata atau berbuat apa, dia terus melangkah keluar. ‘Kalau A atau
B yang aku buat lepas ni, ia pasti mencacatkan diri aku sendiri! Better aku keluar!’
IMELDA meletakkan fail perakaunan syarikat
diatas meja suaminya dan berlalu pergi dari bilik Ikhwan dengan segera, dia
tidak mahu melihat wajah atau menghidu bau wangian yang dipakai suaminya. Imelda
sendiri tidak tahu akan sikap dirinya sejak-sejak ini.
Dia tidak suka
melihat wajah Ikhwan, kerana melihat wajah lelaki itu hanya akan menimbulkan
rasa tidak puas hati, dan bila terhidu bau wangian yang dipakai Ikhwan, dia
akan terasa ingin termuntah kerana bau yang tidak menyenangkan.
“Imelda..”
Cepat Imran memanggil
gadis itu apabila terlihat Imelda keluar dari bilik Ikhwan.
“Ye.. Encik Imran,”
Imelda memandang Imran sekilas.
“Apa pula ‘Encik’?
Panggil saya Imran sudahlah, awak bukan PA saya lagi… tak layak panggilan tu
untuk saya.” Imran lebih senang dengan panggilan yang bukan formal, agar dia
tidak berasa begitu jauh dari gadis itu.
“Baiklah… awak nak
apa ye?” soal Imelda.
“Mana boss? Dan dia
kenapa ye hari ni? Dari pagi tadi saya tengok, dia berulang alik pergi bilik
air… dia tak sihat ke?” Imran khuatir dengan melihat wajah pucat Ikhwan tadi.
“Dia… terkena.. morning sick,” jawab Imelda perlahan.
“Bukan morning sick ni untuk wanita mengandung
ke?”
“Ye, isteri dia
mengandung…” balas Imelda, dengan senyuman kecil.
“Oh! Baguslah…” Imran
tersenyum kelat. Perasaan yang tak dapat ditafsirkan berada didalam hatinya
saat ini.
Imelda mengangguk
setuju dan tersenyum sebelum berlalu, tapi langkahnya terhenti sekali lagi bila
Imran memanggil.
“Imelda, awak free tak lunch ni?”
“Saya memang free… kenapa?” soal Imelda kembali.
“Kita lunch sama-sama..”
“Hurm…”
“Please..” Imran menayangkan muka sedih di depan Imelda.
“Nanti saya
fikir-fikirkan, sekarang saya nak sambung kerja dulu.. dan saya awak pun ada
kerja. Jadi lebih baik awak siapkan kerja awak, nanti lunch pun tak boleh keluar sebab kerja tak siap..” Imelda tersenyum
dan berlalu masuk kedalam bilik pejabatnya.
Imran tersenyum
manis, dan kembali menyambung kerja-kerjanya.
Ikhwan masuk kedalam
bilik dan duduk dikerusinya sambil merenung syiling bilik pejabat mewah, kemas
dan teratur itu. Masuk hari ini sudah hampir seminggu dia berada dalam keadaan
muntah-muntah dan pening kepala begini, dan hampir seminggu juga Ikhwan tidak
pulang ke rumah Imelda kerana perlu menjaga Ajihah yang turut mengalami muntah-muntah
serta pening kepala yang teruk.
Dia
pun sudah seminggu tidak banyak cakap dengan Imelda kerana berasa hati dengan
gadis itu. Entah kenapa sejak-sejak ni, Imelda bersikap dingin dengan dia dan
tidak suka bau wangian yang dia pakai. Setahu Ikhwan, Ajihah yang mengandung
tapi Imelda pun dah macam terkena simptom-simptom orang mengandung.
Melihat
fail yang berada di atas mejanya, dia tahu isterinya ada masuk kedalam biliknya
tadi. Ikhwan menoleh kearah dinding kaca yang boleh menampakkan keadaan didalam
bilik Imelda, dia melihat gadis itu begitu sibuk dengan kerja-kerja diatas
meja.
Ikhwan
mengeluh perlahan, ‘ya Allah, aku cuba mencari dimana silap ku terhadap
dirinya…ya Allah jika memang benar aku ada salah dengannya, ampunilah aku dan
berikanlah aku petunjuk. Jika memang dia sengaja bersikap denganku, berikanlah
juga aku petunjuk…. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintai Amel Imelda.
Aamiin aamiin ya rabbal alamin.’
IMELDA berlalu keluar
dari biliknya pergi makan tengah hari, dia sudah pun meminta izin dari Ikhwan
melalui Whatsapp. Memang pada mulanya
Ikhwan tidak mahu mengizinkan dirinya keluar makan bersama Imran, tapi bila
sudah di beri pelbagai alasan, Ikhwan mengalah.
“Imelda…”
Imelda menghentikan langkah, tetapi
tidak menoleh kearah pemanggil itu. Dia kenal benar suara Aisya, jadi dia tidak
mahu memandang walau sekilas kearah gadis itu.
“Imelda kau nak pergi mana?” soal
Aisya lembut, dia masih berdiri di belakang gadis itu.
Isteri kepada majikannya itu tidak
menjawab atau memberi sebarang tindak balas kepada Aisya, dia tahu Imelda masih
marah padanya.
“Kita keluar makan sekali nak?”
pelawa Aisya ikhlas.
Cepat Imelda menoleh kebelakang dan
merenung tajam kearah Aisya dengan sebuah rasa yang teramat sakit. Matanya
secara tiba-tiba berkaca menggambarkan seribu satu rasa terhadap Aisya.
“Selera aku boleh putus, kalau
keluar makan dengan kau!” kata-kata itu terus dilemparkan pada Aisya dan dia
terus melangkah pergi meninggalkan gadis itu.
Aisya cuba menahan airmatanya dari
menitis, terlalu sakit kata-kata Imelda yang telah singgah dipendengarannya.
Imelda bukan lagi Imelda yang dia kenal selama ini, gadis itu benar-benar sudah
berubah.
Aisya terus teringat kata-kata
Imelda yang pernah diungkap suatu ketika dahulu sewaktu dizaman persekolahan.
“Melda aku nak tanya sikit boleh tak
yank?” soal Aisya lembut, dia memberikan kain sekolah menengahnya yang terkena
rumput basah. Padang sekolah hari ini agak berlecak kerana semalam hujan lebat.
“Tanya apa?” soal Imelda kembali,
wajahnya yang putih gebuh menjadi kemerahan kerana pancaran matahari.
“Kalau orang yang kau sayang buat
perangai sampai boleh buat kau rasa benci, kau akan tinggalkan dia ke?” Aisya
tahu soalan itu mungkin pelik, tapi dia berharap jawapan Imelda nanti boleh
menjadi motivasi pada dirinya.
“Kenapa kau tanya macam tu? Kau ada
masalah dengan Ajib ke?” soal Imelda cepat, matanya membulat memandang kearah
Aisya.
Aisya sekadar mengangguk, dia
menyengseng lengan baju sekolahnya dan menunjukkan pergelangan tangan dia yang
bengkak.
“Ya Allah, Aisya! Dah kenapa dengan
tangan kau ni?” Imelda menyentuh lembut pergelangan tangan Aisya.
“Ajib yang buat semua ni, Melda..”
ujar Aisya perlahan.
“Lebih baik kau tinggalkan jantan
macam tu! Apasal dia buat macam tu, dah tu kau diam je????” marah Imelda.
“Aku terkejut kot… dia tak pernah
berkasar dengan aku, itu kali pertama. Adalah kami gaduh sikit-sikit.. tapi tu
tak penting sekarang! Yang lebih penting adalah jawapan kau, kau tak jawab
soalan aku lagi..”
“Kau tanya apa tadi?” soal Imelda.
“Kalau orang yang kau sayang buat
perangai sampai boleh buat kau rasa benci, kau akan tinggalkan dia ke? Berapa
banyak kali aku nak kena ulang ni???”
“Aku rasa kau tahu jawapan aku,
Aisya… kita berkawan dari kecil, bukan baru semalam kau kenal aku,” balas
Imelda perlahan.
“Tapi benda ni terlalu menyakitkan
hati kau, adakah kau akan tinggalkan dia?” soal Aisya sekali lagi.
“Prinsip hidup aku, aku tak akan
tinggalkan sesiapa pun melainkan dia yang pergi tinggalkan aku. Setiap kesalahan
yang dia buat, aku akan tutup dengan satu kebaikan yang pernah dia buat. Tak
mudah aku nak lafazkan benci pada orang yang pernah aku lafazkan sayang…” jawab
Imelda dengan penuh kejujuran.
“Kalau perbuatan orang tu, boleh
merubah masa depan kau jadi teruk.. apakah kau masih lagi boleh terima dia?”
Aisya mahu melihat sejauh mana erti perhubungan itu didalam diri Imelda.
“Mungkin aku perlukan sedikit masa,
untuk menerima semua tu… tapi bukan alasan untuk aku putuskan sesuatu
hubungan,” jawab Imelda tenang, dia menoleh kearah Aisya dan merenung gadis
yang memiliki kulit sawo matang itu.
“Aku tak tahu sama ada aku mampu
jadi macam kau atau tidak, Imelda…” ujar Aisya tiba-tiba.
“Jangan cakap macam tu, Aisya…
kadang-kadang perkara yang berkaitan dengan hati ni, kita tak boleh nak jangka.
Aku cakap macam ni, tapi mungkin kau lebih baik penerimaannya berbanding aku.”
“Aisya!”
Panggilan itu mematikan lamunan
Aisya pada kenangan yang sudah lima tahun berlalu, dia menoleh kearah Ikhwan
yang sedang berdiri didepan pintu pejabat.
“Ye, tuan.. tuan tak rehat ke?” soal
Aisya pelik, wajah pucat Ikhwan direnung.
“Saya tak rehat, awak nampak Imelda
tak tadi?” soal Ikhwan lemah.
“Dia keluar rehat tadi, tuan okey ke ni?” Aisya simpati dengan
keadaan Ikhwan yang tak sudah-sudah berulang alik ke tandas, sehinggakan hari
ini sudah banyak mesyuarat dibatalkan.
“Saya kurang sihatlah Aisya, awak
tolong ambilkan air kosong untuk saya boleh tak?” Ikhwan memicit-micit batang
hidung agar hilang sedikit rasa pening.
“Baiklah, tuan berehatlah dulu…
sekejap lagi saya hantarkan air tu dalam bilik tuan,” Aisya ingin berlalu ke
pantry, tapi panggilan Ikhwan membantutkan langkahnya.
“Awak tak rehat ke?” soal Ikhwan,
dia baru perasan keadaan pejabat lengang kerana semua staf dan kakitangan
keluar rehat.
“Saya ada kerja sikit,” Aisya
sengaja berbohong. Dia memang hendak keluar rehat tadi, tapi kata-kata Imelda
benar-benar membuat hatinya terasa.
Ikhwan mengangguk dan masuk semula
kedalam bilik pejabatnya.
IMRAN merenung Imelda
yang kelihatan tidak selesa sejak dari tadi, setiap kali dia memberikan
senyuman pasti gadis itu mengalihkan pandangan kearah lain.
“Awak duduk dekat mana ye?” soal Imran lembut, dia
cuba mematikan suasana sunyi diantara dia dengan gadis yang telah menambah hatinya.
“Saya duduk dekat-dekat dengan area sini jer..” wajah Imelda yang putih itu memang sejak dari tadi memerah.
“Malam ni awak free?”
“Malam ni, tak. Sebab saya banyak
kerja nak kena buat, jadi saya tak free..”
Imelda yakin kalau dia cakap dia tidak ada apa-apa aktiviti pada malam ini,
pasti Imran akan mengajak dia keluar.
“Okey,
saya faham… awak kenal Aisya?” soal Imran tenang.
Wajah Imelda yang sedang tersenyum
terus berubah bila mendengar nama ‘Aisya’ meniti di bibir Imran.
“Kenapa?”
“Tak adalah, saja jer tanya..”
“Dia kawan saya….”
“Patutlah..”
“Kenapa?”
“Saya ada ternampak gambar awak
dengan dia dekat dalam bilik dia semalam, nampak macam akrab sangat…” tapi
Imran rasa seperti ada yang tidak kena diantara Imelda dan Aisya disaat ini, kerana
tidak nampak seperti didalam gambar.
“Oh…” Imelda tidak berminat untuk
berbicara soal Aisya untuk masa ini.
“Awak ada masalah dengan Aisya ke?”
“Tak ada… nampak macam ada masalah
ke?” Imelda memandang kosong kepada pinggan yang sudah separuh diusik isinya.
Gelas yang berisi air yang tinggal separuh itu dipegang lembut.
“Hurm… saya nampak awak dengan Aisya
tak akrab macam dalam gambar tu, maaf kalau awak rasa saya ni ‘jaga tepi kain’
awak,” Imran berani bersuarakan apa yang dia rasa tapi dia tetap berjaga-jaga
dengan anggapan Imelda terhadap dirinya.
“Apa awak rasa kalau diri awak
dikhianati, dan awak dikhianati oleh orang yang awak terlalu sayang… apa awak
rasa dan apa awak akan buat?” soal Imelda sambil merenung wajah bersih Imran.
“Aisya khianati awak?”
“Saya minta jawapan bukan
persoalan…”
“Okey,
sorry… awak pengkhianatan ini memang sakit dan sukar untuk kita beri
kemaafan. Terlalu sakit untuk kita terima yang diri kita dikhianati, apatah
lagi kalau orang yang mengkhianati kita itu adalah orang yang kita teramat
sayang.”
“Tapi,,,,, kita tak boleh terus
buang dia, kadang-kadang kita gemar memegang satu kesalahan besar seseorang
berbanding kita mengingati kesalahan-kesalahan kecil yang begitu banyak kita
buat. Imelda pengkhianatan tetap pengkhianatan, tapi adil ke untuk kita jadikan
pengkhianatan ‘pembunuh’ tali hubungan yang telah kita bina? Imelda, saya rasa
awak faham maksud saya….kita Islam dan kita tahu hukum bagi yang tidak bertegur
dengan orang yang kita kenal melebihi tiga hari.”
“Janganlah kita jadikan satu
kesilapan sebagai satu benteng yang begitu tinggi diantara kita dan orang itu….
Sehinggakan kesilapan itu berubah menjadi sebuah kebencian. Apabila kebencian
menjadi begitu menebal, untuk ada rasa sayang tu kembali… agak sukar. Jangan terlalu
membenci Imelda, benci itu hanya akan menyumbang titik hitam dalam hati kita..”
tenang Imran menasihati Imelda, dia tahu segala yang dibicarakan Imelda ada
kaitan dengan Aisya, tapi dia tidak tahu apa yang Aisya khianati.
“Saya perlukan masa untuk semua ini,
saya tak boleh paksa hati saya Imran… apa pun terima kasih atas nasihat awak.” Imelda
mengucap syukur kerana mendapat seorang teman yang sudi menghulurkan kata-kata
semangat kepada dirinya, seperti Imran.
Bagi Imelda, Imran seorang lelaki
yang istimewa. Perwatakan lelaki ini begitu tenang, dan sesiapa sahaja yang
berada dengannya akan terkurang beban. Kerana Imran memang pendengar dan
pemberi nasihat yang baik.
“Saya bertuah kerana mengenali awak,
Imelda.. saya amat bertuah,” ujar Imran ikhlas, wajah Imelda yang putih merah
itu direnung redup.
“Saya pun berasa bertuah sebab dapat
kenal dengan lelaki yang nice person macam
awak… terima kasih Imran,” Imelda memberi senyuman ikhlas tanda sebuah
persahabatan.
No comments:
Post a Comment