ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 10
BEBERAPA hari sahaja lagi Imelda akan habis berpantang, baginya lepaslah kurungan dirumah yang menjadi tempat dia membesar ini. Sudah begitu lama rasanya dia tidak melihat bulan dan matahari kerana pantangnya dijaga dengan begitu rapi oleh umi dan bonda mertuanya.
Sedang elok melipat kain batik diatas katil, biliknya dimasuki Tengku Izarah dengan membawa semangkuk bubur panas. Jantung Imelda berdegup kencang, inilah pertama kali dia berdepan dengan ibu mertuanya seorang diri. Dia tidak tahu sama ada Izarah baik dengannya untuk kenyataan atau sekadar lakonan seperti Ajihah.
"Buat apa tu?" sapa Izarah lembut, dia meletakkan bubur diatas meja bersebelahan Imelda. Merenung wajah pucat Imelda dengan penuh rasa kasih.
"Lipat baju sikit." jawab Imelda perlahan, dia sedikit menunduk ketika Izarah duduk diatas katil berdepan dengannya.
"Bonda ada bawakkan bubur untuk Imelda, nanti Imelda makan ye?"
"Terima kasih Tengku Izarah."
"Bonda, bukan Tengku Izarah nak."
"Umi atau ayah tak ada dekat sini, jadi kita boleh hentikan lakonan ni."
"Ini bukan lakonan sayang, apa yang bonda buat untuk Imelda ni bukan lakonan nak. Bonda nak minta maaf diatas segala salah silap bonda selama ni, bonda gagal menilai. Maafkan bonda sayang." jemari kaki disentuh Izarah dengan penuh rasa keikhilafan.
"Saya bermimpi atau ini kenyataan Tengku Izarah?" Imelda seakan tidak mempercayai semua ini.
"Ini kenyataan." Izarah berasa sedikit terkilan bila Imelda menarik kaki dari disentuhnya.
Imelda menggeleng berulang kali seolah-olah tidak percaya. Dia berasa takut dengan semua yang terjadi didalam hidupnya, lebih-lebih lagi bila Ajihah mengakui bahawa apa yang madunya lakukan terhadap dia sekadar lakonan.
"Kenapa nak?"
"Saya minta maaf kalau tindakan saya ni salah, tapi saya tak sedia nak terima semua ni. Saya tak mampu untuk yakinkan diri saya bahawa Tengku Izarah sudah boleh menerima saya. Saya tak tahu sama ada ini lakonan atau kenyataan. Maafkan saya." Wajah pucat Imelda dibasahi airmata, dia takut apa yang terjadi didepannya saat ini adalah lakonan.
"Baiklah, Imelda ambillah berapa masa yang Imelda nak. Bonda takkan berhenti menyayangi Imelda. Imelda adalah insan yang terlalu berharga dalam hidup keluarga bonda, lebih-lebih lagi dalam hidup Ikhwan. Kalau Imelda tak dapat terima bonda, bonda faham. Tapi bonda harap Imelda sayangkan Ikhwan sebab dia begitu menyayangi Imelda." Izarah menepis airmata yang mengalir dipipi tuanya, dia mendekatkan diri dengan menantunya.
"Ikhwan anak yang lahir dari rahim bonda, yang bonda besarkan dengan penuh kasih sayang. Selama umurnya bonda tak pernah melihat dia menangis dengan penuh keperitan, bonda tak pernah melihat dia begitu syahdu didalam solatnya, bonda tak pernah melihat dia begitu menumpahkan kasihnya. Semua itu bonda lihat dia lakukan hanya untuk Imelda, Ajihah pun belum pernah mendapatkan itu dari Ikhwan." Izarah tidak malu untuk menangis didepan menantunya, dia mahu meluahkan segala-galanya agar dapat dirasai oleh Imelda.
Imelda hanya diam dan setia mendengar apa yang diceritakan bondanya, dia sendiri tidak tahu untuk memberi reaksi apa didepan orang tua itu.
"Ikhwan amat mencintai Imelda. Untuk pengetahuan Imelda, Ikhwan memilih untuk menyelamatkan Imelda dari anak-anak kalian. Bonda amat tahu, yang Ikhwan terlalu inginkan anak. Tapi demi cintanya, dia yakin dengan kehendak Allah. Bonda merayu dengan Imelda, jangan kerana bonda Ikhwan menjadi mangsa." sejak kebelangan ini, pelbagai andaian bermain di fikiran Izarah. Diantaranya dia takut perbuatan kejinya selama ini terhadap Imelda, Ikhwan anaknya yang akan menerima balasan.
"Saya tak pernah berhenti menyintai Tengku Ikhwan, jadi Tengku Izarah tak perlu risau tentang tu. Saya minta Tengku Izarah tinggalkan saya bersendirian, saya nak masa untuk semua ini." sedikit pun pandangan itu tidak diberikan kepada Izarah.
Izarah sekadar mengangguk lemah, dia mengesat airmatanya dan berlalu keluar dari bilik Imelda. Tiada sedikit rasa marah atau sakit hati terhadap Imelda, dia hormati perasaan gadis itu. Mungkin Imelda memerlukan masa untuk berdepan dengan semua ini.
Imelda menangis semahu-mahunya sebaik pintu bilik itu ditutup rapat, dia cuba untuk mencari kekuatan diri untuk berdepan dengan semua ini. Dia sendiri tidak tahu sejak kehilangan kandungannya, keyakinan didalam diri semakin hambar dan lemah. Mungkin semua itu terjadi diatas tekanan yang dialami selama mengandung dan terbawa-bawa sehingga dia kelihangan bayi kembarnya.
Telefon Samsung Galaxy Note III miliknya yang berada diatas meja sebelah sisi katil dicapai, dan menekan butang hidup terus terpapar wajah kacak Ikhwan di skrin telefon. Air mata menitis lagi bila mengingat apa yang diceritakan oleh Izarah tentang Ikhwan berkenaan dengan kandungannya.
Dia tidak tahu yang selama ini Ikhwan memilih untuk menyelamatkan nyawanya berbanding anak-anak yang dia kandungkan, dia sendiri tahu bahawa Ikhwan begitu menginginkan anak. Itu membuatkan Imelda berasa bersalah diatas apa yang berlaku.
Bagi dirinya jika dia tidak terlalu lemah untuk berdepan dengan Ajihah, pasti dia dapat menyelamatkan kedua-dua bayi perempuannya dan pasti Ikhwan tidak berasa kehilangan.
Sudah hampir habis pantang dan selama itu Imelda mendiami rumah kedua orang tuanya di Melaka, dan selama itu jugalah Ikhwan tidak pernah datang melawatnya. Imelda merasakan yang Ikhwan pasti berjauh hati dengannya keran kehilangan dua cahaya mata mereka sekali gus.
Ikhwan juga tidak pernah menghantar mesej, atau membuat panggilan kepada dia dan begitu juga dirinya. Imelda sendiri berasa hairan dengan dirinya, sejak kebelakangan ini hatinya menjadi keras dan berasa terisi sekeping 'EGO' didalam jiwa.
Dia merasakan kelembutan yang dia beri selama ini telah dipijak-pijak oleh semua orang dan kali ini dia perlu belajar untuk berani mempertahankan diri. Terutama bila berdepan dengan Ajihah!
AISYA menghulurkan bungkusan yang berisi buku-buku ilmiah kepada Angah untuk dibahagikan dengan adik-adik yang lain, kemudian dia bersalaman dengan umi, manakala Izarah hanya diberikan pandangan sinis.
"Emak kirim salam dekat umi dan pakcik, dia minta maaf sebab tak dapat datang. Adik saya kurang sihat hari ni." senyuman manis dihadiahkan kepada umi sahabat baiknya.
"Tak apa, kamu pergilah tengok keadaan kawan kamu tu Aisya. Dari hari ke hari dia asyik termenung dan tak banyak cakap. Muka pun dah makin pucat, umi dengan bonda pun dah tak tahu nak buat apa." umi juga sudah kering airmata melihat keadaan Imelda yang kesihatannya semakin hari semakin merudum.
"Mungkin ada penghisap darah dekat dalam rumah ni umi, sebab tu keadaan Imelda jadi macam ni." selamba Aisya menyalakan api diantara dia dan Izarah.
"Maksud kamu?" soal umi pelik.
"Tak, maksud Aisya mungkin ada nyamuk berbahaya yang dah gigit dia! Aisya masuk dulu ye umi." Aisya terus berlalu kedalam bilik Imelda bila melihat Izarah sudah menjenggilkan mata.
Perlahan Aisya duduk diatas tilam sambil merenung wajah Imelda yang begitu pucat, sahabatnya itu sedang terlena. Dengan penuh kelembutan jemari runcing itu disentuh dan diusap perlahan belakang Imelda, airmata simpati menitis dipipi. Dia tidak pernah menyangka gadis sebaik Imelda akan diberi dugaan yang begitu berat seperti ini.
'Ya Allah, bilakah derita ini akan berakhir didalam hidup sahabatku. Ya Allah, berikanlah dia kesempatan untuk merasai nikmat dunia ini, meskipun hanya sedikit'. Diaminkan doa itu dengan pejaman mata yang amat rapat.
Melihat Imelda yang sedar dari lena cepat dia menghapuskan airmata dan memberikan senyuman manis kepada sahabatnya. "Bangunkan kawan aku ni, ingat nak tidur sampai esok."
"Bila kau sampai yank?" soal Imelda lembut, dia bangun dari baringnya.
"Aku baru je sampai, kau dah makan belum ni?" soal Aisya semula.
"Sebelum aku tidur tadi, aku dah makan. Kau cuti ke hari ni, atau kau ambil cuti?" soal Imelda cepat. Dia amat berharap Aisya bercerita tentang perihal suaminya dipejabat, kerana dia begitu merindui Ikhwan. 'Adakah abang pun rindukan Melda?'
"Aku ambil cuti, lagipun suami kau yang suruh aku tengok-tengokkan keadaan kau dekat sini. Kau sihat tak, aku tengok muka kau makin pucat ni kenapa?" Aisya meletakkan belakang tangannya di dahi Imelda. "Badan kau panas, aku kena beritahu Ikhwan ni." Aisya berura untuk mencapai telefonnya didalam beg tangan namun tingkahnya dicegah oleh Imelda.
"Tak perlulah Sya, sejak bila aku penting dalam hidup Ikhwan?" cepat benar gadis ini menitiskan airmata sejak kebelakangan.
"Tak baik kau cakap macam tu, kau tak tahu apa yang jadi pada Ikhwan sepanjang dekat sana. Kau tahu tak Imelda, cinta kau merubah hidup lelaki bernama Ikhwan." sekali lagi airmata Aisya menitis, dia tidak mampu menyembunyikan airmata bila mengenang nasib majikan merangkap sahabat barunya.
"Apa maksud kau Sya?" soal Imelda pelik.
"Ikhwan tersepit didalam cintanya sendiri, Ikhwan terseksa didalam kasihnya sendiri. Cintanya pada Ajihah membuatkan dia menjadi kejam terhadap kau, dan cintanya terhadap kau membuatkan dia menyiksa diri dia sendiri." Aisya menarik nafas sedalamnya. "Berulang kali dia mencari peluang untuk berjumpa dengan kau disini, tapi Ajihah bijak memainkan peranan. Macam-macam cara dia buat, supaya Ikhwan tak dapat datang melawat kau. Dia buat-buat sakitlah, dia buat yang kononnya dia kemalanganlah. Bila Ikhwan minta izin untuk melawat kau, dia bagi. Tapi dia tinggalkan rasa serba salah pada diri Ikhwan, sehingga Ikhwan batalkan niat untuk melawat kau.
"Mencintai kau, Ikhwan perlu berdepan dengan cinta pertamanya. Mencintai kau, Ikhwan perlu menghadap segala tipu daya Ajihah. Ajihah semakin bijak berlakon sekarang ni. Bila depan Ikhwan, dialah bidadari syurga, tapi dibelakang Ikhwan dialah segala ratu iblis."Aisya terdiam kerana cuba mengawal rasa bencinya yang begitu tinggi terhadap manusia bernama Tengku Ajihah.
"Cinta Ikhwan yang pertama dan terakhir hanyalah untuk Ajihah, dan takkan pernah ada untuk aku." Imelda bersuara perlahan.
"Apa yang kau cakap tu, memang akan jadi tapi andai kau tak pernah hadir dalam hidup lelaki bernama Tengku Ikhwan. Kenyataannya kau telah hadir dan menyeludup masuk kedalam hati dia dan meragut tempat tertinggi didalam hatinya. Dan dia bukan sesiapa yang boleh menafikan rasa cintanya." Aisya tidak lelah meyakinkan Imelda, walaupun dia mengakui berasa hairan dengan sifat degil Imelda kini.
"Kenapa kau yang begitu yakin tentang perasaan dia, Aisya? Bukan selama ni, kau yang paling meragui dia? Kenapa sekarang, kau nak yakinkan aku tentang hati dan perasaan dia?" Imelda tersenyum sinis merenung Aisya.
"Sebab aku yang nampak tangisan dia ketika berdoa untuk isterinya yang bernama Amel Imelda. Sebab aku yang dengar rintihan doanya untuk insan bernama Amel Imelda. Sebab aku yang saksikan airmata yang menitis dipipinya saban hari sepanjang kau berada disini. Sebab aku yang menjadi pendengar setiap keluh kesah dia tentang nafas hidupnya. Aku Imelda!"Aisya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung semula, "aku insan yang selama ini terlalu meragui telah hilang rasa keraguan tu, bila aku sendiri ditakdirkan Allah untuk menyaksikan sendiri betapa hebatnya cinta Tengku Ikhwan untuk Amel Imelda."
"Cinta dia tidak sehebat cinta Allah kepada hambaNya, cinta dia tidak sehebat cinta Muhammad SAW kepada umatnya. Tapi cinta dia cukup sempurna untuk insan bergelar isteri. Kau beruntung Imelda, meskipun hidup kau dihimpit derita tapi masih ada cinta segar dan agung yang Allah hadiahkan untuk kau."
"Aku serahkan semuanya pada Dia, kalau memang abang Ikhwan adalah jodohku yang telah ditetapkan olehNya aku terima. Tapi andainya, hubungan kami sudah tiba dipenghujung aku redha." Imelda sendiri berasa hairan dengan dirinya yang menjadi degil, hatinya yang menjadi ego.
"Tanya pada hati Imelda, mampukah kau tepis cinta kau pada Ikhwan. Kau fikirlah dan berehatlah, aku keluar dulu." Aisya sudah tidak betah melayani sikap kawannya yang tiba-tiba beubah angin.
Diluar jemarinya pantas mendail nombor Ikhwan dan memberitahu keadaan Imelda, dia tahu Ikhwan amat susah hati kerana itu majikannya terus mematikan panggilan. Dalam anggaran Aisya, dia yakin lelaki itu dalam perjalanan kerumah mertuanya.
IKHWAN bersalaman dengan umi dan ayah serta bondanya, dia masih lagi berpakaian kerja kerana kedatangannya kesini pun bergegas dan tidak dirancang.
"Abang ipar adik ni handsome, patutlah kakak letak gambar abang dekat bilik dia. Beruntungnya kakak, kan Angah." sengaja Uda mengusik abang iparnya namun dia memang mengakui kekacakan Ikhwan.
"Betul tu, kawan-kawan Angah dekat sekolah pun asyik cakap 'jeles' sebab kakak kahwin dengan abang. Mana tidaknya, dulu diaorang selalu beli majalah yang ada gambar abang. Sekarang cemburu, dah tak nak beli lagi." tambah Angah, dia memeluk bahu Uda.
"Kenapa pula bila abang kahwin dengan kakak, baru kawan-kawan angah nak cemburu? Bukan sebelum ni abang memang suami orang ke?" Ikhwan asyik melayan teletah adik-adik iparnya.
"Entahlah, diaorang cakap isteri pertama abang tak lawa jadi boleh bersaing. Tapi bila abang dah kahwin dengan kakak, nak bersaing tu macam tak ada peluang sebab kakak lawa." selamba Angah menyampaikan kata-kata sahabatnya pada Ikhwan.
Ikhwan hanya mampu tertawa dengan jawapan Angah, 'ye, kakak angah memang lawa.'
"Usah dilayankan kerenah adik-adik ipar kamu tu Ikhwan, marilah minum. Hilangkan penat kamu." panggil ayah diruang tamu.
"Mari Angah, adik, kita minum sekali." pelawa Ikhwan.
"Tak apalah, abang pergilah minum dulu. Kami nak study sampai habis."
"Baiklah, study elok-elok ye." perlahan Ikhwan melangkah masuk kedalam. Dia duduk disebelah bondanya. Didalam hati memanjat kesyukuran melihat perubahan 'tiga ratus enam puluh darjah' bondanya. Semenjak dari apa yang menimpa Imelda, Izarah seperti berubah dari kezaliman menjadi seorang ibu mertua yang lebih baik dan kini sudah belajar bertudung.
"Kenapa Imelda dah habis pantang baru nak balik ni Ikhwan? Kamu dah kenapa, bonda tak ajar tau Ikhwan berperangai macam ni." lantang terus Izarah memarahi Ikhwan.
"Tak apalah bondanya, mungkin Ikhwan banyak kerja di Kuala Lumpur tu." ayah tidak betah melihat menantunya dimarahi dengan wajah yang kelihatan begitu letih.
"Betul tu, kamu minumlah dulu Ikhwan. Lepas tu pergilah masuk bilik, dan tengok keadaan Imelda tu macam mana." pujuk umi lembut.
"Sukalah tu, ada orang bela. Kamu tahu tak menantu bonda demam, makan tak nak, apa tak nak. Kamu ikutkan je kepala si Ajihah tu, sampai kesudah pun kamu takkan datang." Izarah masih lagi tidak puas hati. Dia amat yakin dan pasti, anaknya tidak datang kesini semuanya kerana ula si Ajihah tu.
"Ikhwan minta maaf bonda, Ikhwan banyak kerja di pejabat." sebolehnya Ikhwan tidak mahu aib Ajihah dibuka.
"Ada jelah kamu nak buat alasan pada bonda, bonda bukannya tak kenal siapa kamu dan siapa Ajihah tu."
"Ikhwan kebilik dululah, nak tengok Imelda." perlahan lelaki itu berlalu kebilik isterinya, makin lama di situ makin bernanahlah telinganya kejap lagi.
KEADAAN didalam bilik kelihatan gelap dan kedengaran sunyi sepi, Imelda pula kelihatan sedang tidur mengiring. Ikhwan merebahkan punggung disebelah isterinya, wajah itu direnung dengan penuh rasa rindu. Rambut Imelda diusap dan mengucup lembut didahi isterinya. Segala kasih dan sayang tertumpah disitu, kerinduan benar-benar menguasai diri.
Imelda yang terasa ada deruan nafas didekatnya dan terasa sentuhan didahi cepat membuka mata, terkejut menguasai diri bila melihat Ikhwan didepan mata. 'Aku mimpi ke apa ni?'
"Abang!" perlahan tubuh Ikhwan ditolak.
"Assalamualaikum, sayang." sapa Ikhwan lembut.
"Waalaikumusalam." Imelda mengalihkan pandangannya kearah lain, sesungguhnya wajah itu terlalu dia rindui.
"Abang tahu, Melda marahkan abangkan? Sebab abang tak datang walau sekejap pun selama sayang berpatang ni, abang minta maaf." Ikhwan merenung wajah pucat isterinya dengan penuh rasa simpati.
"Kenapa dalam dunia ni, mesti ada perkataan maaf?" soal Imelda kasar. Dia menolak tubuh Ikhwan agar jauh darinya, dan bangun duduk tegak memandang kearah lain.
"Kenapa ni sayang? Apa salah abang, sampai sayang marah macam ni?" Ikhwan terkejut dengan sikap isterinya kini, dia tidak pernah berdepan dengan Imelda yang ini.
"Kerana maaf, aku hilang anak. Kerana maaf, aku ditipu lagi. Kerana maaf, aku mudah diperdaya. Kerana maaf, aku akan hilang suami aku pula. Kerana maaf, aku selalu kena mengalah! Semuanya kerana maaf! Maaf, maaf, maaf! Apa benda yang aku boleh telan tanpa perkataan maaf? Apa Ikhwan? Apa?" soal Imelda lantang dan berani, dia merenung wajah suaminya dengan penuh rasa inginkan jawapan.
"Perkataan maaf itu diperoleh Allah dan diturunkan dariNya untuk kita, untuk semua ciptaanNya, bahkan Dia sendiri menggunakannya. Kerana maaf itu mampu melenturkan rasa yang sakit, kerana maaf itu mampu mengubat sebuah kelukaan dan kerana maaf itu kita boleh keampunan dan ketenangan." airmata yang menitis dipipi, Ikhwan biarkan. Pandangan isterinya dibalas sayu.
"Abang tahu, bukan perkataan 'maaf' yang sayang nak suarakan. Tetapi mungkin sayang nak suarakan 'kebencian'. Sayang benci dengan situasi yang saya perlu hadapi sekarang ni. Sayang boleh benci semua ni. Sebab semua ni bermula dari abang. Abang yang heret sayang kearah derita ni." Ikhwan tertunduk menahan sendu.
"Kalau abang tak ugut Imelda, kalau abang tak kahwin dengan Imelda, kalau abang tak biarkan Ajihah dera Imelda, kalau abang tak mengandungkan Imelda, kalau abang ada disisi Imelda nak jatuh dulu, mungkin bukan ini jawapannya. Tapi, itu semua adalah 'kalau' dan kita sekarang perlu berdepan dengan realiti." kepala yang semakin kusut disembunyikan agar dia tidak kelihatan sakit didepan isteri tercinta.
"Realiti! Realiti yang sangat-sangat menyakitkan. Macam tukan, maksud abang." Imelda masih belum puas.
"Realiti yang kita perlu terima, realiti yang dimana kita sendiri melangkah memilihnya. Dan sekarang bila ini takdirnya, jari itu sedang menuding kearah siapa?" Ikhwan mencapai jemari Imelda dan diletakkan didadanya. "Abang! Ke arah abang, dan abang terima semua tu. Apa yang Imelda nak, Imelda buatlah. Imelda nak hukum abang ke, Imelda nak pukul abang ke, Imelda buatlah." Ikhwan sudah mula pasrah dengan keputusan hidupnya.
Kehampaan benar-benar menguasai. Disana dia perlu berdepan dengan isteri yang terus-terusan mencari perhatian dengan cara yang tidak betul dan di sinu dia perlu berdepan dengan isteri yang memberontak menyuarakan derita dihati.
Gugur airmata kekalahan dipipi Imelda, dia mendekatkan dirinya pada Ikhwan dan memeluk lelaki itu sekuat hati. Lelaki yang selama ini dia rindui, lelaki yang selama ini dia terlalu cintai.
"Imelda cuma tak nak abang tinggalkan Imelda lagi, Melda tak kuat tanpa abang. Melda rindukan abang, Melda terlalu rindukan abang." didada sasa Ikhwan, Imelda menangis sepuas-puasnya.
Dahi Imelda dikucup penuh rasa kasih dan sayang, menggigil bibirnya disaat menkucup dahi gadis itu. Sesungguhnya dia turut merindui isterinya.
"Maafkan Melda kerana cakap sesuatu yang tak patut Melda cakap. Melda minta maaf, maafkan Melda bang." pohon Imelda sayu, dia mendongak merenung wajah suaminya. Airmata Ikhwan yang menitis terkena dipipinya. Dia dapat merasakan ada suatu keperitan yang disembunyikan dari Ikhwan.
"Tak ada maaf untuk isteri abang yang tak bersalah. Abang janji, abang takkan tinggalkan Melda. Sampai bila-bila pun, abang takkan tinggal Melda. Percayalah." kedua belah pipi Imelda dikucup kasih.
Airmata Ikhwan dikesat dengan lembut, bibir suaminya dikucup dengan penuh rasa cinta. Tidak pernah terluak rasa kasihnya pada Ikhwan bahkan semakin hari semakin bertambah.
"Sayang dah makan belum?" soal Ikhwan lembut.
"Dah." jawab Imelda pantas, bohong!
"Sayang ingat tak dulu, abang pernah cakap sesuatu pada sayang."
"Apa dia?"
"Sayang tak pandai bohong abang, jadi sayang gagal bila cuba untuk bohong abang."
Imelda ketawa bila teringatkan kata-kata suaminya ketika menyoalkan tentang perasaan pada dia suatu ketika dahulu.
"Kenapa sayang tak makan? Tak sayang abang ye?"
"Sebab sayang, Melda tak makan. Sebab Melda nak abang yang suapkan Imelda." usik Imelda.
"Okey, kalau macam tu abang suapkan sayang. Tapi tolong lepas ni jangan buat abang risau. Aisya beritahu abang yang badan sayang panas sangat dan umi pun beritahu abang yang sayang tak nak makan. Jangan macam tu sayang." Ikhwan mengusap lembut kepala isterinya, Imelda masih dalam pelukan dia.
"Kalau itu yang akan buat abang bahagia, Imelda akan cuba sedaya upaya untuk tak bagi abang risau." Bahagia terisi ditempat yang begitu dalam didalam jiwanya.
"Kebahagian abang adalah bila melihat insan yang abang cinta merasa bahagia even kebahagian tu dia tak nikmati bersama abang." Ikhlas Ikhwan bersuara dari hatinya.
"Dan Imelda hanya akan bahagia bila abang bahagia." perlahan dada sasa itu dikucupnya, memang itu sikap Imelda yang berlainan dari Ajihah. Dia suka memanjakan atau membelai Ikhwan dengan ciumannya.
Ikhwan tersenyum bahagia. 'Sesungguhnya berada disampingmu aku begitu bahagia, Imelda.'
"Dengarlah bintang hatiku, aku akan menjagamu. Dalam hidup dan matiku, hanya kaulah yang kutuju. Dan teringat janji ku padamu, suatu hari akan kutepati." lunak dan sedap nyanyian yang dialunkan Ikhwan ditelinga Imelda.
"Lagi?" Imelda tersenyum didalam pelukan Ikhwan, dia mengeratkan pelukan dan mendengar dendangan suaminya.
"Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku, walau ku tahu ragamu tak utuh. Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh, kernalah bagiku engkaulah nyawaku." ubun-ubun Imelda dikucup sayang. 'Semoga Allah tetapkan kasih dan cinta kita hingga ke JannahNya.'
LIRIK LAGU-DENGARLAH BINTANG HATIKU
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karna bagiku engkaulah nyawaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karna bagiku engkaulah nyawaku
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
No comments:
Post a Comment