ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 16
"KENAPA kau nak aku tinggalkan kau, jangan ganggu kau semua? Kenapa Jihah?" soal Imran sedih, pakaian sekolah yang kotor dibiarkan sahaja. Walaupun dia memang seorang yang mementingkan kebersihan namun luka dihati lebih terasa saat ini.
"Aku tak nak Ikhwan cemburukan kita." jawab Ajihah tegas, dia berpeluk tubuh sambil melepaskan pandangan di depan tasik itu.
"Maksud kau?" Imran sudah tidak tertahan hati lagi, benarkah apa yang dia dengar selama ini? Benarkah Ajihah memang ada hubungan dengan abangnya Ikhwan?
"Aku tak nak sebab aku rapat dengan kau, hubungan aku dengan Ikhwan jadi retak."
"Jadi memang betullah kau dengan abang aku bercinta selama ni?" soal Imran, dia menahan airmatanya dari menitis dan itu sangat berjaya.
"Kami bercinta sejak dari aku tingkatan empat dan dia tingkatan lima lagi Imran, dan aku dah beritahu benda ni pada kau dulu. Tapi kau tak nak percaya, kau cakap aku tipu."
Ajihah tidak sanggup berdepan dengan Imran saat ini, dia tidak mampu memandang lelaki itu walau sekilas pun.
"Habis aku siapa?" soal Imran tegas.
"Kawan akulah, dah memang dari dulu lagi aku cakap kau hanya kawan."
"Kawan? Kawan, sampai aku tak boleh dekat dengan perempuan lain? Kawan, sampai aku tak boleh keluar dengan perempuan lain? Kawan, sampai menangis bila aku ajak perempuan keluar? Kawan ke Tengku Ajihah?" lelaki yang memang punyai sifat panas baran ini, sudah bertukar intonasi.
"Aku tak berniat pun na....." kata Ajihah dipotong laju oleh Imran.
"Kau tak berniat tapi kau beri harapan pada aku Ajihah! Kau tahu tak sebab kau, aku buang Maria dalam hidup aku! Aku tolak dia bulat-bulat sebab kau? Sekarang ni kau nak cakap dengan aku yang kau dan abang aku bercinta?"
"Aku malas nak bertekak dengan kaulah Imran, lagipun lepas SPM ni, aku nak kahwin dengan dia. Jadi lebih baik kita putuskan persahabatan ni." tekad Ajihah.
"Senang kau cakapkan, setelah kau bagi aku harapan. Kau suruh aku buang Maria, supaya kau dengan aku tak ada gangguan. Sekarang kau cakap kau akan kahwin dengan abang aku?"
Imran merenung tajam kearah Ajihah, hatinya benar-benar berombak saat ini. Dia tidak sangka selama ini dia luahkan perasaan pada abangnya, tetapi abangnya sendiri ada hubungan dengan Ajihah.
"Kau jangan nak campurkan Maria dalam masalah kita. Macamlah aku tak tahu yang kau tu bukan setia pada satu, macam-macam perempuan yang melekat dengan kau." bentak Ajihah, dia memusingkan badan dan membalas renungan tajam Imran.
"Kalau aku macam tu, kau rasa abang aku tak macam tu ke?" Imran sengaja membuat Ajihah berasa tidak selamat disisi Ikhwan.
Dia tahu Ikhwan jenis orang yang bagaimana. Meskipun mereka rapat, namun sifat Ikhwan jauh lebih baik dari Imran. Ikhwan bukanlah jenis yang tahu melukakan hari orang, dan dia sebaliknya.
"Jangan kau lupa Imran, Ikhwan bukan abang kandung kau! Dan sikap dia jauh beza dengan kau!" Ajihah bukan berniat untuk melontarkan kata-kata itu pada Imran, tetapi kata-kata Ikhwan terhadap Ikhwan itu lebih kurang ajar.
"Baru aku tahu sekarang, sebab apa kau pilih Ikhwan berbanding aku." Imran berpeluk tubuh dan tersenyum sinis kearah Ajihah.
"Apa yang kau tahu?" soal Ajihah kembali.
"Kau pilih dia berbanding aku, sebab dia adalah anak kandung Tengku Iman! Orang yang tersenarai paling kaya di Asean. Apatah lagi Ikhwan anak tunggal, jadi kau boleh hidup mewah dan senang lenang dengan diakan?"
"Apa yang kau cakap ni Imran!" tempelak Ajihah.
"Kau tak payah nak pekik-pekik dekat akulah! Kau ni sebenarnya materialistik, sebab tu kau pilih abang aku selepas kau tahu aku ni cuma anak angkat Tengku Iman. Sebab kau tahu, kalau kau dengan Ikhwan, Ikhwan akan bagi segala-galanya pada kau. Sedangkan aku? Aku tak mampu nak bagi apa-apa. Betul tak?" senyuman sinis dibibir sikacak ini benar-benar menyakitkan hati Ajihah.
"Aku bukan jenis macam tulah! Aku nakkan Ikhwan sebab aku betul-betul cintakan dia, bukan sebab duit dia." bergenang airmata Ajihah bila dituduh begitu oleh Imran.
"Kau ingat kata-kata kau ni, aku boleh percaya ke?"
"Aku tak suruh pun kau percaya."
"Selepas harapan yang kau bagi, kau buang aku. Setelah kau berikan cahaya, kau rampas balik. Selepas kau tahu aku ini hanya anak angkat Tengku Iman, kau minta aku putuskan perhubungan ni. Hina sangat ke kalau aku ni anak angkat?" Imran cuba mengawal perasaannya.
"Aku cintakan Ikhwan bukan sebab semua tu Imran, aku cintakan dia sebab hati dia."
"Kau tipu!!!!!!!!" tengking Imran.
"Aku tak tipu Imran, terpulanglah pada kau nak cakap aku apa. Yang penting hanya Ikhwan yang tahu cinta aku macam mana." Ajihah ingin sekali berlalu dari situ.
"Ye, memang hanya Ikhwan yang tahu macam mana cinta kau dan hanya aku yang tahu betapa kejamnya kau pada aku!" Imran masih tidak mahu berhenti.
"Aku kejam?"
"Ye! Memang kau kejam, kau biarkan aku sakit mencintai kau. Sedangkan kau bakal seronok dengan abang aku? Tak boleh ke kau cintakan aku macam mana kau cintakan abang aku?" dalam marah, masih ada sinar mengharap dihati lelaki ini.
"Maafkan aku Imran, aku tak mampu lakukan. Hati aku hanya untuk Ikhwan, dan tak akan berpaling pada yang lain."
"Jangan terlalu yakin Ajihah, kau muda lagi. Ini adalah cinta kau dialam sekolah, manusia zaman sekarang semuanya sama. Masa sekolah cinta lain, habis sekolah cinta lain." jika benar gadis itu tidak mahu padanya, abang dia juga tidak patut miliki gadis itu.
"Itu bagi kau, tapi tidak bagi aku. Cinta aku pada Ikhwan tak sama macam cinta budak-budak remaja yang lain! Cinta kami adalah benar-benar cinta, sebab tu kami nak kahwin."
"Kau dah fikir masak-masak ke untuk berkahwin dengan abang aku selepas habis SPM ni?" Imran merenung kedalam mata insan yang terlalu dia sayang itu.
"Apa yang aku kata pada kau, bukanlah satu mainan Imran. Aku benar-benar akan nikah dengan Ikhwan."
"Terima kasih atas perbuatan kau pada aku Ajihah!" Imran berlalu meninggalkan gadis itu bersendiri di tepi tasik, dia berlalu membawa hatinya yang walang.
"BUAT apa kau datang sini?" soal Imran kasar kepada Ajihah yang sedang berdiri didepan pintu gerbang istana besar itu. Gadis itu kelihatan ayu dan menawan sekali dengan berbaju kurung putih dan bertudung hitam.
"Aku nak nak jumpa Ikhwan, dia ada?" soal Ajihah lembut, dia malas hendak bertekak dengan lelaki didepannya ini. Nanti habis pula mood bahagianya.
"Abang aku tak ada, dia keluar dengan kereta baru dia." jawab Imran jujur, dia merenung Ajihah dengan senyuman.
"Kalau macam tu tak apalah, aku balik dulu." Ajihah memusingkan tubuhnya membelakangi Imran dan ingin berlalu, namun langkahnya terhenti bila terdengar pintu gerbang itu dibuka.
Imran berjalan menghampiri Ajihah setelah pintu terbuka, wajahnya cukup tampan dengan seluar jeans dan ber t-shirt putih. Mungkin kebetulan pakaian mereka sama warna pada hari ini.
"Jihah."
Ajihah tidak menyahut dan tidak pula menoleh.
"Kau dah tak sudi ke nak pandang aku?" soal Imran lembut.
Perlahan-lahan Ajihah memusingkan badan dan merenung kedalam mata Imran, mata sudah merah dan bergenang.
"Salah ke bila aku cintakan kau? Salah ke bila aku sayang kau? Berdosakah aku menjadi anak angkat dalam keluarga ini?" sebak terkuasa di nada suaranya, dia memang merindui Ajihah yang teramat-amat. Selepas habis peperiksaan SPM, mereka tidak lagi bertemu.
"Semua tu tak salah Imran, tapi kau perlu buang rasa cinta kau pada aku. Sebab cinta tu tak akan jadi kenyataan." airmata Ajihah yang menitis terlebih dahulu.
"Aku tak mampu untuk buang rasa tu Ajihah, aku tak mampu. Kenapa kau tak boleh terima aku?" soal Imran lagi.
"Aku memang tak boleh terima kau Imran, dan jangan tanya sebab apa." jawab Ajihah lemah.
Perlahan kedua pergelangan tangan Ajihah dipegang Imran. "Aku perlu tahu sebab apa?"
"Lepas Imran, nanti Ikhwan nampak." Ajihah cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya.
"Biarlah dia nampak, biar dia tahu betapa aku cintakan kau." Imran tidak mahu orang lain merampas Ajihah darinya, walaupun Ikhwan sekalipun.
"Kau gila ke apa?" nada suara Ajihah sudah berubah kasar.
"Memang aku gila, gilakan kau Jihah."
"Kau tak layaklah Imran cakap macam tu pada aku." Ajihah sudah benar-benar hilang sabar.
"Habis siapa yang layak? Abang aku?"
"Kau tak layak untuk cakap kau adik Ikhwan, sebab kau memang bukan adik dia. Adik dia tak akan rampas kekasih dia!" Ajihah cuba merentap tangannya tapi tidak berjaya.
"Kenapa kau tak boleh terima aku Ajihah?" soal Imran sekali lagi.
"Sebab kau tak akan mampu berikan apa yang aku nak! Hanya abang kau yang mampu beri pada aku." tempelak Ajihah, Imran melepaskan tangannya serta-merta.
"Maksud kau kesenangan dan kemewahankan? Dasar perempuan materialistik!" tengking Imran, dan sejurus tu juga penumbuk singgah dimukanya. Terkejut besar bila dia melihat abangnya sudah berdiri didepan dia.
"Kurang ajar kau Imran! Kau dah kenapa ni?" marah Ikhwan, dia memegang kolar baju adiknya kasar.
"Abang hentikan niat abang untuk kahwin dengan perempuan ni!" arah Imran, dia menunjuk-nunjukkan jari telunjuknya kearah Ajihah. Darah di pipi dibiarkan mengalir.
"Kenapa abang nak kena hentikan niat abang pula?" soal Ikhwan sekali lagi.
"Dia ni materialistik bang! Dia cuma nakkan kekayaan abang, bukan cinta abang!" tambah Imran lagi.
"Kurang ajar!" Ikhwan memukul adiknya dengan menggunakan tangan dia sendiri, dia tidak pernah mengajar adiknya sebiadap ini.
"Sakit bang!" rintihan Imran tidak dipedulikan.
Ajihah hanya memandang tanpa berniat untuk menghalang, bagi dirinya memang itu yang patu Imran terima kerana menuduh dia yang bukan-bukan.
"Kau jangan panggil abanglah!" tempelak Ikhwan sebaik menolak Imran ketanah.
"Abang nak bunuh Im pun, bunuhlah. Tapi abang kena tinggalkan perempuan mata duitan ni!" arah Imran sekali lagi. Dia memegang perutnya yang terasa sakit kerana ditendang oleh Ikhwan.
"Kau nak suruh aku tinggalkan dia sebab dia mata duitan atau sebab kau sukakan dia?"
"Im sukakan dia itu sebab yang kedua bang, tapi sebab pertama memang dia mata duitan. Dia nak kahwin dengan abang sebab nakkan kekayaan abang je!" tambah Imran berani.
"Kau ingat aku percaya ke semua ni?"
"Abang tak percaya, abang tanyalah dia." arah Imran, bengang pula dengan abangnya yang tidak mahu mempercayai.
"Aku tak perlu tanya dialah, aku lebih kenal dia." balas Ikhwan geram.
"Oh! dia abang percaya, Im abang tak percaya?" Imran sudah mula panas baran.
"Macam mana abang nak percayakan, sedangkan kau tengah emosi macam ni!" Ikhwan tidak suka adiknya menfitnah, itu amat tidak dia gemari.
"Memang saya emosi, tapi apa yang saya cakap ni betul bang!" Imran tetap cuba mempertahankan apa yang dia tahu.
"Kau dah salah faham, Imran." Ajihah yakin memang Imran ketika ini sudah salah faham dengan dirinya.
"Salah faham kau cakap? Terang-terang depan aku tadi kau cakap, aku tak dapat bagi apa yang abang aku boleh bagikan?" panas pula hati Imran dengan si Ajihah ni.
"Sudahlah Imran, abang tak sukalah kecoh-kecoh macam ni! Kau tak serik ke kena dengan aku ni? Nak lagi ke?" tempelak Ikhwan.
"Abang percayakan orang luar ni berbanding Im?" Imran merenung abang yang amat dia sayangi ini.
"Kalau dia orang luar, kau apa kurang?" Ikhwan bersuara seperti orang yang diluar kewarasan, dia begitu marah dengan perangai adiknya kali ini.
Imran mengangguk-ngangguk dan tersenyum sinis kearah Ikhwan, bahu Ikhwan di tepuk perlahan sebelum berlalu kedalam dengan berjalan tersangkut-sangkut kerana perutnya yang sakit.
IMRAN merenung taman mini yang agak luas dikawasan 'istana' keluarganya ini, airmata yang mengalir sejak dari tadi disapu kasar. Kenangan lama benar-benar menyesak jiwa, hati merintih pedih tidak terkira. Perut yang ditendang lima tahun dulu diusap perlahan, pipi yang ditumbuk hingga bengkak dan menyukarkan dia untuk makan selama seminggu lebih disentuh perlahan.
Di taman mini ini dulu, Ikhwan mengajar bermain bola, badminton dan berkejaran dengannya. Mengajar dia erti keseronokannya bersaing, dan memiliki kemenangan. Kata Ikhwan, saingan adalah seteru terbaik untuk kita mencapai kemenangan. Di meja yang sedang dia duduki ini, menjadi tempat Ikhwan mengajarnya. Kata Ikhwan, pelajaran itu penting dan kita perlu mengejarnya kerana dia tidak akan lari.
Tapi saat ini semua itu menjadi kenangan, kenangan yang terlalu dia rindui. Yang selalu menjadi tanda tanya sama ada kenangan itu akan berulang atau sekadar menjadi sejarah hidupnya.
"Imran Safiuddin."
Panggilan itu membuatkan jiwanya tersentak, hatinya berdetak, dan jantungnya henti berdegup. Perlahan dia berdiri dari kerusi dan gitar yang dimain tadi diletakkan diatas meja. Imran menoleh kebelakang dengan perlahan dan melihat baba dan bondanya yang sudah berdiri didepan dia.
"Im!" Izarah terus mendapatkan Imran dan memeluk anak yang begitu dia rindui. Dia terlalu rindui Imran yang terlalu dia sayangi dan kasihi.
Perlahan rambut anak itu diusap Iman, hilang rasa rindu melihat wajah Imran. Sudah banyak yang berubah pada anak itu, sangat kelihatan umur anak muda itu yang sudah mencecah dua puluh tiga tahun. Rumah besar ini ditinggalkan ketika dia baru berusia lapan belas tahun.
"Im, kenapa Im langsung tak balik nak. Kenapa Im tak duduk sana lama-lama, Im dah lupakan baba, bonda dengan abang ke?" airmata kerindui menitis laju dipipi Izarah, wajah anak itu berulang kali dikucup.
"Sebab Im ingatlah, Im balik sini. Dan Im janji Im takkan tinggalkan bonda dan baba lagi." dahi Izarah dikucup lembut. Sedikitpun airmata tidak menitis meskipun suara sudah menggambarkan dia sebak, itulah Imran. Dia bukanlah lelaki yang suka menunjukkan tangisnya didepan orang.
"Baguslah macam tu nak, baba pun dah rindu sangat dengan Imran." baba bersuara lembut, merah wajah baba kerana menahan tangisan.
"Baba." Imran menghampiri Iman dan memeluk babanya dengan penuh rasa kasih. Ye, dia amat kasihkan keluarga ini. Keluarga yang sudi mengambil dia, menjaga dan membesarkan dirinya.
"Bila Im sampai nak? Kenapa tak beritahu?" soal Izarah sambil berjalan bersama Imran dan Iman, menuju keruang tamu.
"Im sampai Malaysia dua hari lepas, Im sewa rumah dekat Kuala Lumpur. Balik ke Shah Alam ni, sebab dah tak kuat nak tanggung rindu dengan baba dan bonda. Tadi sampai-sampai, bibik cakap bonda dengan baba keluar. Tu yang Im duduk dekat luar main gitar kejap." jelas Imran, dia melaburkan punggung di sofa empuk itu. Rumah besar itu tidak banyak perubahan, cuma ada gambar besar yang menunjukkan gambar nikah Ikhwan dan Ajihah. Sempat pula dia menjeling kasar gambar itu.
Izarah memandang sekilas kearah Iman sebelum bersuara, "kenapa Im sewa rumah di Kuala Lumpur, kenapa tak duduk disini?" soal Izara hairan.
"Im nak cari kerja disana, sebab tu Im sewa rumah disana." jawab Imran lagi.
"Buat apa nak cari kerja jauh-jauh Im? Syarikat baba tu pun tak ada siapa nak uruskan. Nak harapkan abang kamu, dia dah sibuk dengan syarikat dia." Iman kurang senang bila anaknya bertindak mahu bekerja disana. Dia memang menantikan kepulangannya anaknya yang seorang ini untuk mengambil alih syarikat dia setelah Ikhwan menolak dulu.
"Im bukannya apa bonda, baba. Im nak kerja dekat sana bersebab. Im nak cari ibu bapa Im, kalau-kalau mereka masih disana." suara Imran yang tadi agak ceria berubah kembali suram.
"Kalau dah itu yang Im cakap, baba dan bonda tak mampu nak halang sayang. Malah kami juga akan bantu Im untuk mencari." Izarah berbangga dengan anaknya yang tidak pernah lupa pada asal usul.
"Terima kasih baba, bonda, sebab faham Im. Tak sangka ye, abang yang sekadar bersijil pendidikan cukup-cukup makan iaitu SPM boleh jadi CEO syarikat besar yang dikenali diseluruh Asean." Imran berasa bangga dengan abangnya sendiri, biarpun masih ada sisa rajuk didalam hati.
"Kenapa Im kata abang ada SPM je?" soal Izarah pelik.
"Bukan abang memang ada SPM je ke? Masa Im nak pergi sambung belajar dulu, dia kan nak berhenti belajar. Mestilah dia tak ada sijil lainkan?"
"Kenapa abang nak berhenti belajar pula?" soal Iman pula.
"Sebab nak kahwin dengan Ajihah." jawab Imran cepat.
"Abang kamu tu sekarang dah Master, Imran." balas Izarah.
"Apa?" Imran seakan tidak percaya.
"Ye, Im. Abang kamu sekarang dah Master, bulan lepas dia tamat belajar." tambah Iman.
"Umur dia baru dua puluh empatkan?" Imran benar-benar tidak percaya.
"Tak ada yang mustahil, Imran. Abang kamu tu kan pandai, rajin. Sebab tulah dia cepat, dan sekarang dah dapat Master." pujian melambung diberikan kepada anak kesayangannya itu, Izarah membetulkan tudungnya.
"Dia dah kahwin, ada masa ke nak belajar? Dengan kerja lagi." Imran tidak dapat membayangkan masa rehat abangnya.
"Itulah pengorbanan. Lepas habis SPM, dia kerja dengan baba. Dah dapat keuntungan dan pengalaman, dia buka syarikat sendiri. Mulanya syarikat dia kecil je, tapi diatas usaha dan tak pernah mengeluh, dia mampu membuka syarikat yang bangunan setinggi lapan belas tingkat."
Bibik meletakkan dulang yang berisi teko dan cawan, bonda mengambil alih menuangkan air kedalam cawan untuk Imran dan Iman.
"Kalau macam ni kejayaan dia sekarang dalam masa lima tahun je, macam mana dia urus waktu belajar?" soal Imran lagi.
"Waktu belajar adalah belajar bagi dia, dan waktu kerja adalah kerja bagi dia. Baba tak ada jawapan untuk itu, kamu boleh bertanya pada dia sendiri. Lagipun bila Im cakap nak kerja di Kuala Lumpur, baba ingat nak suruh abang kosongkan satu jawatan yang sesuai dengan kelulusan Im. Macam mana?" Iman tidak mahu kesayangannya ini terumbang-ambing di Kuala Lumpur mencari kerja.
"Tak apalah baba, abang bukan suka pun kalau saya ada depan mata dia." kisah lalu bermain di ruang ingatan.
"Tak baik cakap macam tu, kita tak tahu isi hati dia. Mana tahu dengan Im kerja disitu, Im boleh pujuk abang." cadang Iman cepat.
Imran terdiam seketika, memang itulah tujuan dia balik ke Malaysia. Tiba- tiba dia teringatkan gadis yang membawa dia berjumpa dengan Ikhwan itu, ini juga peluang emas untuk dia merapatkan diri dengan insan yang telah membuatkan dia tidak tidur lena malam tadi.
"Imran setuju."
"Bagus, nanti baba bincang dengan Ikhwan."
"Abang dengan Im berbuallah dulu, bonda nak ke dapur, nak masak." langkah Izarah ke dapur terbantut bila jemarinya dipaut Imran.
"Bonda masak? Betul ke ni?" ada senyuman nakal dibibir Imran, sebenarnya dia memang tidak percaya bondanya akan masak. Dia tidak pernah melihat bondanya masak selama ini.
"Amboi! Im nak mengata bondalah tu!" Izarah memasang muka masam.
"Bonda kamu ni dah pandai memasak sejak-sejak ni. Dia dah menjadi isteri dan ibu mithali sekarang." Iman pun mengusik isterinya.
"Wah, dapatlah merasa masakan bonda ni. Tak sia-sia Im balik." Imran tersenyum bahagia.
"Tulah, nasib baik bonda balik kerumah ni. Kalau tidak kempunanlah kamu."
"Kenapa pula bonda? Bonda dan baba kemana?" Imran baru teringat yang dia tidak tahu kemana bonda dan babanya keluar.
"Semalam bonda dan baba kerumah Ajihah, jaga dia. Awalnya kami nak tidur sana selama seminggu, tiba-tiba hati ni nak balik sangat rumah. Rupa-rupanya Im balik." Izarah mengusap rambut anaknya.
"Kenapa nak duduk sana sampai seminggu? Kenapa nak jaga dia?" soal Imran tidak puas hati. 'Kau marah atau kau nak ambil tahu tentang dia lagi Imran?' Hati Imran mengusik.
"Ajihah baru lepas kemalangan, dia patah kaki dan retak tangan." jelas Izarah lembut.
"Apa?" Imran terkejut, tiba-tiba hatinya terusik rindu. Mana mungkin dia tidak rindu, insan itu masih bertahta di hati.
"Kalau Im senang, pergilah melawat dia." Iman tidak mahu anaknya ada rasa dendam ataupun membenci.
"Melawat dia? Melawat orang yang patah kaki dan retak tangan?" soal Imran balik.
"Orang tu kakak ipar Im tau. Tak kan Im masih marah?" Izarah tidak sedap hati.
"Dia patah kaki dan retak tangan, tapi Im? Im patah hati, remuk hati, hancur hati, retak hati, siapa yang nak melawat? Lima tahun hati ni menanah, lima tahun hati ni membengkak, lima tahun hati ni luka, siapa yang nak rawat, baba? Bonda?" Imran tidak mampu melupakan kenangan pahit itu walau sedetik.
"Im, benda dah lama berlaku, dah jadi debu pun. Lupakanlah nak. Masih ramai insan yang lebih dan layak untuk Im." pujuk Iman.
"Debu dalam diari keluarga kita, tapi berkilat dalam diari Im, baba. Im dah berjanji dengan diri Im, Im takkan maafkan dia." Imran tetap berkeras hati.
"Sampai bila Im? Sampai bila Im nak macam ni?" soal Izarah tegas.
"Sepatutnya bonda tanya pada abang! Sampai bila dia nak benci Im, apa salah Im?" Imran merenung tepat ke gambar kahwin abangnya.
"Janganlah kerana ni, Im nak bermusuh dengan Ajihah. Im...." kata-kata Izarah dipotong Imran.
"Kerana dia, Im hilang abang! Kerana dia." bentak Imran.
"Habis, apa yang Im nak buat?" soal Iman pula.
"Im takkan maafkan dia, selagi abang buang Im! Dan selagi abang tak panggil Im, adik!" tekad Imran.
IMELDA menyusun baju-baju Ikhwan yang baru digosok kedalam almari. Pinggangnya terasa dipeluk dari arah belakang dan dia tahu itu suaminya. Kerjanya terganggu bila bahu, tengkuk, leher dan terlinganya dicium lembut oleh Ikhwan.
"Abang!"
Ikhwan tidak mempedulikan 'marah' Imelda, sebaliknya dia semakin berani menarik tali baju mandi Imelda agar terbuka.
"Abang jangan nak mula ye! Yank banyak kerja ni, baju yank tak gosok lagi." rungut Imelda perlahan.
"Kemahuan suami tak baik menolak tau." usik Ikhwan. Dia tahu wajah isterinya sudah memerah, melihat pada telinga Imelda yang sudah merah itu, dia sudah yakin. Ikhwan tersenyum nakal, dan mengeratkan lagi pelukannya.
"Pandai abangkan, nantilah. Yank nak buat kerja ni." Imelda menolak perlahan pipi suaminya.
Ikhwan memapah tubuh Imelda dan dibaringkan atas katil, cepat dia menindih tanpa memberi ruang dan peluang untuk Imelda melepaskan diri.
"Abang." Imelda menolak perlahan tubuh suaminya.
"Siapa suruh sayang seksi, kan abang dah tergoda." usik Ikhwan, dia tertawa kecil melihat wajah Imelda yang merona merah.
"Mana ada seksi." Imelda sudah memuncung dan mengalihkan pandangan.
"Yelah, ada." tambah Ikhwan lagi.
"Mana?" soal Imelda berani, dia merenung Ikhwan tepat.
Cepat Ikhwan mencium bibir isterinya. Lama!
"Hari-hari sayang seksi dimata abang." bisik Ikhwan di telinga Imelda.
Imelda tersenyum dan menolak lembut tubuh suaminya, dia bangun dan bersandar ditubuh Ikhwan.
"Abang ada apa-apa ke dengan Aisya?" soal Imelda selamba. Dia tahu dan yakin akan suaminya. Tapi sengaja mengusik.
"Aisya? Kenapa sayang tanya macam tu?" soal Ikhwan pelik, dia mengucup ubun-ubun Imelda.
"Yelah, kenapa abang bagi jadual kerja abang dekat dia?"
"Abang bagi pada dia sebab sayang tak masuk kerja lagi, bukan sebab abang ada apa-apa dengan dia."
"Betul?"
"Betul sayang. Dalam hati abang hanya ada Manja dan sayang je." Ikhwan memusingkan badan Imelda agar berhadapan dengannya.
"Yank percayakan abang, saje nak usik-usik abang." Imelda mengucup lembut dada suaminya.
"Habis sayang dengan Imran tu?" terpacul juga kecemburuan dihati.
"Imran? Imran mana?" soal Imelda pelik.
"Imran yang sayang bawak jumpa abang tengah hari tadi."
"Oh, Imran nama dia. Mana ada apa-apa." suami aku cemburu ke?
"Ye ke tak ada apa-apa? Sayang jangan curang dengan abang, curang dosa masuk api neraka." pesan Ikhwan berbaur gurauan, dia mencuit hidung isterinya dan kemudian diciumnya.
"Ye, sayang tahu. Tapi memang yank tak ada apa-apalah dengan dia, yank jumpa dia masa dekat lif. Lepas tu tanya dia cari siapa, dia cakap dia cari abang. Tu yang yank tolong bawak dia terus jumpa abang." terang Imelda jujur.
"Abang pun tahu sayang jujur dan abang percayakan sayang. Tapi sayang abang nak sayang buat satu benda."
"Apa dia?"
"Jangan beritahu dia sayang adalah isteri abang."
"Kenapa?"
"Adalah. Nanti sayang akan tahu."
"Yelah." Imelda tidak pedulikan pun si Imran tu, lagipun belum tentu lelaki itu datang lagi ke pejabat suaminya. Dada Ikhwan dicium lagi.
Perlahan bibir Imelda dicium dan dibawa baring semula, Ikhwan membawa isterinya terbang melayari dunia cinta.
LIRIK LAGU DARJAT-FATTAH AMIN
Renungan matamu mendidihkan hatiku.... Goyah...
Jangan salahkan perasaan ..... aku jatuh hati...
Cinta mati untukmu
Bukan sekadar rupa
Tapi ia hadir didalam jiwa
Jangan salahkan perasaan
Darjat bukan penghalang
*
Percayalah wahai kasih hati ini
Tercipta hanya untukmu
Rusuk ini merasa kekosongan...... kekosongan....
**
Percayalah wahai kasih hati ini
Tercipta hanya untukmu
Jiwa ini merasa kekosongan tanpa kamu
Terlalu menyayangimu sehingga terlupa pada asal.... usulku
Jangan salahkan perasaan
Darjat bukan penghalang
huuowwwoo
ulang * **
2 comments:
la...nape nk berahsia plak ngan imran...dh lh imran ade hati kat melda...
Habislah lepas ni, memang imran pikat melda habis2.
Post a Comment