Tuesday, 3 June 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 11

TANGAN umi dan ayah dikucup lembut, ciuaman kasih sayang singgah didahi tua kedua orang tua itu. Terasa bagaikan semalam umi dan ayah menjaganya didalam pantang, hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula.
        Angah, Uda dan Baby menyalami jemari Imelda dan Tengku Ikhwan. Ada airmata yang disembunyikan di balik senyuman masing-masing.
        "Kakak jaga diri baik-baik, lepas ni jangan terlalu lemah. Kita memang miskin kakak, tapi Allah beri hak kepada hamba Dia sama adil. Jadi bertempurlah jika itu boleh mempertahankan diri kita." pesan Angah penuh makna sambil mendakap tubuh yang selama ini didakap untuk melenyapkan rasa duka dan ketakutan.
         "InsyaAllah Angah, kakak akan cuba sedaya upaya kakak untuk terus bertahan." dahi Angah dikucup dengan penuh rasa kasih.
         "Adik tak dekat dengan kakak, untuk pertahankan kakak. Tiba masa  kakak untuk pertahankan diri kakak. Jangan biarkan alasan itu memijak kita kak, hadap dengan rasa yang kita boleh hadap." Uda bersuara dengan nada suara yang tegas dan dia mahu kakaknya bertempur bukan mengalah bila berdepan insan bernama Ajihah.
         "Adik nak kakak buat apa, melawan atau melayan perangai yang memang dah macam tu? Cuba beritahu kakak, apa yang adik nak kakak buat?" soal Imelda lembut, Uda ditarik kedalam pelukannya.
         "Dia dah banyak buatkan kakak mengalah, sekarang bukan masa untuk mengalah. Al quran pun membenarkan kita berperang untuk mempertahan yang Haq dan benar. Kakak dah kehilangan anak-anak kakak, itu semua kerana dia. Sekarang masa bertempur dan balas semua perbuatan dia." Uda bersuara lagak seorang wanita bukan seorang anak gadis dan itu membuatkan ayah dan umi terkesima.
            "Membalas dendam bukanlah tindakan yang betul dik, tapi hanya akan menambahkan titik hitam di dalam hidup kita. Kalau adik nak kakak bertempur, baiklah kakak akan bertempur. Tapi biarlah akak tempur dengan cara kakak sendiri. Cukup adik-adik kakak mendoakan kakak kuat disana." Kucupan dengan linangan airmata singgah didahi Uda.
           "Baby sayang kakak, tapi kakak dah tak macam dulu. Kakak kurus sangat-sangat, dan kakak selalu menangis. Kalau orang dekat sana buat kakak nangis, kakak balik sini ye." Baby memeluk pinggang Imelda dengan penuh rasa hiba. Hati kanak-kanaknya merasakan takut untuk kehilangan Imelda.
           "Yelah nanti kakak balik ye sayang." Imelda mencium dahi Baby dan menuruni anak tangga, ketika ingin masuk kedalam kereta di berpusing seketika kearah ayah yang sedang berpeluk dengan Ikhwan. Imelda merenung keluarganya sebelum masuk kedalam kereta.
            "Jagalah dia sepertimana kamu menjaga diri kamu sendiri Ikhwan, itu je yang ayah minta. Ayah tak tahu bila Allah nak jemput ayah, tapi kalau boleh sebelum ayah pejam mata ayah nak tengok kakak bahagia. Ikhwan fahamkan?" bisik ayah ditelinga Ikhwan. 
             "Ikhwan akan jaga Imelda sepertimana Ikhwan janji di Lafaz Ijab dan Kabul kami dulu, dan ayah perlu yakin dengan Ikhwan. Ikhwan harap umi dan ayah selalu mendoakan rumah tangga kami, insyaAllah berkat doa umi dan ayah kami akan bahagia. Ikhwan pohon restu umi dan ayah." jemari tua umi dan ayah diusap, wajah tua umi dan ayah direnung penuh kasih.
              "Kami dah lama merestukan kamu berdua, dan kami tak pernah berhenti mendoakan kamu berdua. Baik-baik memandu, apa-apa hal beritahu kami." ayah yakin dengan menantunya, dia tahu Ikhwan begitu menyintai Imelda dan Ikhwan akan menjaga Imelda.
              Usai bersalaman, perlahan Ikhwan meneruni anak tangga dan masuk kedalam perut kereta. Tangan Imelda melambai-lambai kearah mereka sebaik kereta menyusur keluar dari perkarangan rumah.

SEPANJANG perjalanan Imelda hanya duduk diam merenung keluar tingkap, perbuatannya itu membuatkan hati Ikhwan menjadi resah gelisah. Dia khuatir dengan tingkah isterinya kini, terlalu banyak termenung. Ikhwan tekad untuk membuat sesuatu yang boleh menghidupkan semula nadi ceria di wajah isterinya.
             "Sayang." jemari Imelda disentuh lembut.
             Imelda menoleh tanpa menyahut, dia merenung wajah suaminya dengan penuh rasa kasih. Jemari Ikhwan yang menyentuh jemari dia dibawa kedadanya.
              "Kenapa sayang diam dari tadi?" soal Ikhwan lembut, pandangannya fokus pada jalan raya.
              "Abang nak yank cakap apa?" sengaja Imelda menukar panggilan dari dirinya, kerana bagi dia itu lebih mesra.
              "Kita bercakap tentang bulan madu, nak?" cepat Ikhwan menyusun kata.
              "Bulan madu?" soal Imelda pelik, dia tersenyum aneh.
              "Ye, honeymoon. Kita bulan madu, sayang pilih tempat."
              "Abang ni serius ke?" Imelda seakan tidak percaya dengan kata-kata suaminya.
              "Seriuslah sayang, kan sebelum ni kita tak pernah bulan madu. Jadi kita ambil waktu ni untuk bulan madu." 
              "Bila abang nak pergi?" soal Imelda manja, perlahan jemari Ikhwan dikucup.
              "Sekarang." cepat Ikhwan menjawab.
              "Abang ni kenapa? Sejak bila suka buat keputusan terburu-buru ni?" Imelda ketawa geli hati mendengar jawapan suaminya.
              "Sejak abang sedar akan cinta yang terindah, iaitu mencintai sayang." jemari Imelda dikucup berulang kali, dia mahu Imelda merasakan sayangnya.
               Imelda hanya tersenyum bahagia mendengar kata-kata suaminya, lelaki itu benar-benar romantis kebelakangan ini. 
             "Kenapa sayang diam?" soal Ikhwan pelik.
             "Sebab tamparan cinta Tengku Ikhwan membuatkan bibir ini kerap kali menjadi kelu apabila hati sedang berbicara." Imelda sudah mula berkata madah dengan suaminya kerana dia amat gemar balasan kata-kata Ikhwan buat dirinya.
               "Hati itu sedang berbicara tentang apa ye? Boleh abang tahu." senyuman tidak lekang dibibir nipis si lelaki tampan ini.
             "Hati ini berbicara betapa beruntung memiliki cinta lelaki sesempurnamu. Yank tak pernah bermimpi akan bersuamikan lelaki perfect 10 macam abang. Dan bila Allah kurniakan abang dalam hidup yank, yank perlu bersyukur." jawab Imelda ikhlas dan jujur.
             Ikhwan ditiup rasa bahagia di hati apabila melihat senyuman di bibir isterinya. "Abang dah ada tempat pilihan untuk kita berbulan madu." 
              "Dekat mana?" soal Imelda pantas.
              "Mekah, kita buat umrah sekali. Macam mana?" 
              "Ya Allah, itulah yang yank fikirkan tadi." Imelda rasa gembira yang tidak terkata, akhirnya hajat dia akan terkabul sebentar lagi. Sudah lama dia mahu berhijab seperti adik-adik perempuanya yang lain, kali ini dia sudah temui cahaya itu.
              "So now let's go shopping." Ikhwan memandun menuju ketempat membeli belah.

AJIHAH menghempaskan tubuh diatas katil, sakit hati yang tidak terhingga bila menerima khidmat pesanan ringkas dari Ikhwan yang mengatakan bahawa dia akan membawa Imelda ke Mekah bagi menunaikan umrah. 
              "Kau memang sengaja nak memulakan peperangankan Imelda! Kau fikir kau dah menang ke, kau takkan pernah menang bila berdepan dengan akulah!" tempelak Ajihah kuat. Hatinya terasa begitu sakit disaat ini. 
                Azinah masuk kedalam bilik tidur anaknya dengan cepat, pelik melihat kerena anak dia seorang ni. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba datang kerumahnya dengan membawa sebuah beg besar.
                "Ajihah kenapa ni sayang?" soal Azinah khuatir, dia duduk disebelah anak kesayangannya.
                "Mama tahu tak, perempuan tu pergi Mekah dengan Ikhwan? Kononnya nak menunaikan umrah! Masuk akal tak? Baru habis pantang, lepas tu nak pergi menunaikan umrah? Tanah kubur anak dia yang masih merah tu pun, dia belum melawat lagi tau!" lantang Ajihah bersuara.
                "Ikhwan cakap apa dengan Jihah?" 
                "Dia cuma hanta mesej, bila Jihah call dia tak angkat. And now, dia tutup telefon! Siapa yang tak marah mama, cuba mama beritahu!" Ajihah merasakan bahang sekali kerana terlalu marah.
                 "Perempuan ni dah melampau betul! Selama ni, Ikhwan tak pernah macam ni! Ikhwan seorang yang terlalu baik hati, kenapa sekarang semuanya berubah? Ni mesti perempuan tu punya kerja, geramnya mama." Azinah mula memasang dendam terhadap Imelda.
                "Perempuan tu belum kenal lagi siapa Jihah ma, sekarang dia menang. Tungguhlah bila dia balik nanti, tahulah Jihah nak kerjakan!"
                 "Mama nak kontrak yang kamu dan Tengku Izarah buat! Mama nak selesaikan dengan Tengku Izarah."
                "Untuk apa?"
                "Tahulah apa yang mama nak buat nanti, sekarang ni kita bagi dia berpesta dengan Ikhwan. Esok-esok bila dia dah balik sini, usah kata batang hidung Ikhwan, bayang Ikhwan pun mama takkan bagi dia tengok! Itu janji mama!" tampak begitu berani Azinah menyusun strategi.
                "Menyesal betul bagi izin dekat Ikhwan kahwin lagi, masa dulu bukan main berjanji. Sekarang ni, dah dapat pucuk muda Jihah dicampak tepi! Sakit hati ni mama!" 
                "Mama faham perasaan Jihah, mama pun akan rasa benda yang sama bila ada ditempat Jihah."
                "Jihah rasa macam Jihah ni dah tak ada tempat dalam hati Ikhwan tu, dah macam Jihah ni isteri kedua! Lelaki memang suka tinggalkan janji ke mama?" nada sebak sudah mula timbul.
               "Tak semua lelaki macam tu, dan tak semua lelaki macam Tengku Ikhwan. Kamu tak boleh mengalah, sebab kamu tak boleh lepaskan Tengku Ikhwan ketangan orang lain. Bukan semua wanita berpeluang untuk memiliki suami sebaik Ikhwan, jadi kamu tak boleh lepaskan dia pada perempuan tu. Kamu perlu rebut Ikhwan semula, Ikhwan lelaki yang sempurna untuk semua wanita." Tidak sesekali Azinah membiarkan Tengku Ikhwan terlepas ketangan orang lain. Bagi dirinya, Ikhwan bukan sahaja lelaki muda terkaya di Malaysia, tetapi Ikhwan juga lelaki yang baik dan menjadi pilihan setiap wanita.
                 "Mama nak Jihah buat apa?" soal Ajihah cepat, dia duduk disebelah Azinah dengan penuh penelitian.
               "Kamu perlu pikat Ikhwan semula, pastikan Ikhwan jadi milik kamu secara mutlak. Bukan sahaja jasadnya, tapi juga perasaan dan fikirannya." rancak Azinah bersuara, dia mengangkat kening kanannya.
                "Maksud mama?"
                "Mama ada banyak rancangan yang mama dah rancang kalau Ikhwan tak ceraikan Imelda." 
                "Serius mama?"
                "Serius sayang, semua ni untuk anak mama yang tersayang ni." 
                Ajihah tersenyum sinis dan berasa sangat puas kerana sebentar lagi dia akan mengenakan Imelda madunya sendiri.

BERAKHIR sudah perjalanan umrah Ikhwan dan isterinya, kini ketenangan menguasai jiwa. Merenung Imelda yang sedang terlena disebelahnya dengan memakai tudung berwarna biru cair, jiwanya terasa begitu tenang dan damai. Sungguh kejelitaan Imelda bertambah terserlah apabila menutup aurat dengan sempurna. Entah kenapa wajah Imelda tidak pernah mengenakan solekan kecuali waktu hari perkahwinan mereka tempoh hari, tapi masih kelihatan cantik dan asli.
               Ikhwan tersenyum bila mengingatkan mereka yang melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallut. Jiwan begitu tenang dan berasa tenteram.
                  Melihat jarum jam di tangan menunjukkan kapal terbang akan mendarat sebentar lagi. Dia menyandarkan kepalanya dikepala Imelda yang bersandar di bahunya, jemari Imelda dikucup lembut.
                  'Kehadiran sayang dalam hidup abang, memberi kesedaran bahawa abang telah jauh dariNya. Abang janji sayang, lepas ni abang akan belajar untuk membawa rumah tangga kita semua melakukan kehidupan semata-mata untuk beribadat kepadanya.' Kepala Imelda di kucup lembut.
                   'Ya Allah, betapa aku kerdil ketika menghadapMu. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah, kuatkan semangatku dalam memimpin isteri-isteriku.'
                    Kapal terbang mendarat dengan baik sekali, Ikhwan dan Imelda menadah tangan mengucap syukur kerana perjalanan pergi dan balik mereka dari menunaikan umrah dilindungi Allah swt.
                   Ketika Ikhwan memasukkan bagasi dia dan Imelda kedalam bonet kereta, Imelda memegang pergelangan tangannya.
                  "Kenapa sayang?" soal Ikhwan lembut, dia memegang pipi Imelda penuh kasih.
                  "Kita pergi ziarah kubur." ujar Imelda perlahan, dia menyembunyikan sesuatu dari tubir mata.
                  "Sayang dah sedia ke?" Ikhwan seakan tidak percaya.
                  "Yank dah sedia bang, yank tak sabar nak jumpa anak-anak kita." Imelda bersuara perlahan, dia menunduk bagi menyembunyikan airmatanya.
                   "Kita pergi sama-sama ye, abang akan selalu ada dengan sayang." cepat Imelda diraih kedalam pelukan.
                  Setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di tanah perkuburan Selangor, perlahan kaki Imelda melangkah kepusara anak-anaknya yang disatukan dalam satu liang lahad. Terduduk lemah ketika melihat nama-nama yang tertera di kedua belah batu nisan. Tengku Aminah binti Tengku Ikhwan dan Tengku Amanina binti Tengku Ikhwan. Dia tidak sangka suaminya itu sempat memberi nama kepada kedua-dua anak mereka. Imelda tidak mampu membayangkan perasaan Ikhwan yang perlu memberi nama kepada anak yang sudah tidak bernyawa. 'Kuatnya abang.'
                  "Assalamualaikum anak-anak papa, hari ni papa datang dengan mama. Mama teringin sangat nak jumpa Aminah dan Amanina. Kami rindukan kamu berdua." Ikhwan tersenyum nipis mengawal perasaan yang bermukim di jiwa.
                     Imelda tertunduk tidak mampu bersuara, dia menekup mulutnya dengan kedua belah tangan. Airmata yang mahu menitis ditahan semampunya, terasa sakit seluruh urat badan. Ralat masih terasa bila mengenangkan anak yang dikandung sembilan bulan itu tidak sempat dijaga dan dilihat.
                   Perlahan jemari Imelda digapai lembut oleh Ikhwan lalu dibawa menyentuh nisan anak-anaknya. "Mama malu nak cakap rindu dekat Aminah dan Amanina. Kamu berdua jangan kecil hati ya, mama sayang kamu semua." 
                   "Aminah, Amanina mama sayangkan kamu berdua. Walaupun kita tak diberi kesempatan untuk bersama biarpun dalam tempoh sekejap. Tapi menjaga kamu selama sembilan bulan didalam rahim mama, itu cukup bererti buat mama. Mungkin Allah tidak mahu memberi peluang bersama didunia ini, tapi Allah telah membuat sebuah tempat untuk kita bersama diakhirat kelak. Mama doakan Aminah dan Amanina bahagia disisiNya sang Pencipta kita." bergetar suara Imelda melontar kata.
                  "Papa pun sayangkan Aminah dan Amanina. Semoga Allah mengumpulkan kita bersama di akhirat kelak. Doakan papa dan mama sentiasa kuat dalam menempuh sisa-sisa hidup. Doakan papa dan mama dikurniakan adik baru. Papa dan mama takkan pernah lupa Aminah dan Amanina." cepat airmata yang mahu menitis ditepis. Wajah putih Ikhwan merah menahan tangis.
                     "Aamiin aamiin ya rabbal alamin." kata-kata Ikhwan diaminkan oleh Imelda dengan rasa yang terlalu sukar difahami, hanya Allah lebih mengerti.
                       "Papa dan mama balik dulu sayang, sampai masa kita bertemu." nisan anak-anak dikucup lembut. Imelda dipimpin kemas, diapit keluar dari pusara.

Lirik Lagu Kau Pemilik Cinta - Hijjaz

 Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu

No comments: