[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 26
IKHWAN menyelimutkan
Imelda yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri itu. Pulang dari
hospital tadi, dia tidak nampak Imran sekalipun, perutnya yang ditumbuk oleh
Imran disentuh perlahan. Dia duduk diatas tilam bersebelahan isterinya,
pandangan diarahkan ke depan.
‘Abang tak pernah tengok adik marah
sampai macam tu… abang tak sangka yang abang akan rasa penumbuk adik.’ Ikhwan
mengimbas kembali detik-detik Imran menumbuk perutnya tadi.
Perbuatan Imran tadi benar-benar
membuka mata hati yang ditutup selama ini, namun dia masih mampu menyembunyikan
bahasa kerinduannya terhadap Imran.
Perlahan airmata menitis dipipi, dan
dia hanya membiarkan. Segala kenangan bersama Imran berlayar diruang ingatan.
“Abang!”
Imran menghampiri abangnya yang
sedang membetulkan tali kasut sekolah. Ketika itu dia berada di tingkatan satu
dan Ikhwan di tingkatan dua.
“Apa dia?” soal Ikhwan perlahan, dia
berdiri dengan kemas selepas mengikat tali kasut. Wajah adiknya dipandang.
“Petang ni adik ada tuisyen…. abang
tak adakan? Adik pergi sendiri yer..”
ujar Imran dengan nada yang penuh semangat, dia jalan beriringan dengan Ikhwan
menuju ke tempat menunggu bas. Sebentar lagi Pak Mat pemandu yang digajikan
oleh Tengku Iman akan mengambil mereka dua beradik.
“Jangan nak mengada, biar abang
hantar…” bentak Ikhwan.
“Alah.. bukan adik pergi seorang.
Kan Pak Mat yang hantar…”
“Abang nak pastikan adik abang ni
betul-betul sampai dekat tempat tuisyen tu dengan selamat.”
“Adik dah besarlah bang, jangan
risau.. adik boleh jaga diri.” Imran cuba meyakinkan abangnya.
“Sama ada adik kecil ke, besar ke,
dah tua ke… abang tetap jaga adik. Kan
abang dah janji akan jaga adik sampai bila-bila,” Ikhwan duduk ditempat
menunggu bas bersama Imran, rambut adiknya diusap laju.
“Abang betul-betul janji akan jaga
adik ni?” soal Imran meminta kepastian, dia memandang wajah abangnya dengan
penuh kasih.
“Yer
adik.. abang janji betul-betul ni,” Ikhwan mengangkat tangan kanannya seperti
berikrar.
Imran tersenyum dan mengangguk,
“adik akan pegang janji abang ni, sampai adik pejam mata…”
“Abang akan ingat janji abang sampai
hujung hayat abang…” balas Ikhwan dengan penuh semangat, dia juga terut
tersenyum menayangkan barisan giginya yang putih.
Entah mana silapnya, tiba-tiba Imran
diserang oleh sekumpulan pelajar lelaki. Dia ditumbuk dibahagian perut, Ikhwan
tidak menunggu lama untuk meleraikan. Oleh kerana Ikhwan mempunyai kelebihan
dan silat, dia Berjaya menghentikan tindakan pelajar-pelajar lelaki itu dari
terus membelasah Imran.
“Kauorang ni apahal?” soal Ikhwan
bengang, tubuhnya adiknya yang tersembam dilantai dipaut cepat.
“Adik kau ni, dah buat hal dengan
kitaorang!” jawab salah seorang pelajar lelaki itu.
“Buat hal apa?”
“Dia beritahu cikgu yang kitaorang
ni ponteng kelas.. kau tolong jaga sikit adik kau!” tempelak seorang lagi
lelaki dari mereka.
Ikhwan bangun dan berdiri menghadap
sekumpulan lelaki itu, mereka berundur kebelakang sedikit bila melihat Ikhwan
yang sudah berdiri.
“Aku beri warning pada kauorang pula eh! Lagi sekali kau cuba apa-apakan adik
aku.. aku tak teragak-agak nak laporkan semua ni pada cikgu displin. Dan
sekejap lagi aku akan buat laporan di balai polis, jadi jangan terkejut kalau
kauorang dipanggil kebalai nanti!” cukup berani Ikhwan melontarkan suara.
“Banyak bunyi budak ni…. Kau tunggu
aku panggil ‘kepala’ aku!” pekik salah seorang yang dipanggil Hassan tadi, dia
berjalan menuju masuk kesekolah untuk memanggil ketua yang dipanggil ‘kepala’
tadi.
“Kau nak panggil ‘kepala’ jer buat apa? Panggillah badan sekali!”
bentak Ikhwan selamba. Bagi dia, tak perlu ada rasa takut dengan orang yang
tidak punya rasa hormat dan biadap!
“Dia nilah bang!” ujar Hassan kepada
seorang pelajar lelaki yang berada di tingkatan lima itu.
Ahmad memandang Ikhwan dengan rasa
yang sangat terkejut, dia tidak menyangka budak-budak bawahannya mencari
‘pasal’ dengan Ikhwan. Ingatannya tentang dia telah dikalahkan oleh Ikhwan ketika
menuntut ilmu persilatan tempoh hati masih segar di ingatan.
“Ikhwan! Aku minta maaf sebab ‘budak-budak’ aku kacau adik kau…” ujar
Ahmad perlahan.
“Bang, apasal nak minta maaf pula… kasih ‘ajarlah’ budak ni.” Hassan bengang
dengan tingkah Ahmad yang seperti takut dengan Ikhwan.
“Aku nak kau pastikan ‘budak-budak’ kau ni tak ganggu adik aku
lagi.. kalau sampai benda ni jadi lagi, kau tahu tugas kau.” Ikhwan memberi
senyuman sinis, perlahan bahu Ahmad ditepuk. Dia mendapatkan adiknya yang
sedang menanti dibelakang. Mereka berdua beradik masuk kedalam kereta yang
pintu keretanya telah dibuka oleh Pak Mat.
Ahmad memandang kearah Hassan dan
yang lain-lain dengan rasa yang sangat bengang.
Didalam kereta Ikhwan membelek badan
adiknya untuk memastikan tiada kesan cedera, baju sekolah Imran yang kotor
kerana dipijak oleh Hassan dibukakan butangnya.
“Adik jangan pakai baju ni, bukak…”
arah Ikhwan.
“Tapi adik pakai singlet jer bang..” ujar Imran perlahan, tangan kanannya memegang pipi yang
sakit kerana ditumbuk rakan Hassan.
Ikhwan memikirkan sesuatu, “adik
pakai baju abang,” Ikhwan membuka butang baju sekolahnya dan membuka t-shirt yang dipakai dibahagian dalam,
kemudian dihulurkan kepada Imran sebelum memakai semula baju sekolahnya.
Imran hanya menurut kehendak
abangnya, dia memakai t-shirt yang
dihulurkan oleh Ikhwan.
“Pak Mat, kita pergi balai polis…
telefon baba, suruh dia datang balai polis.” Ikhwan tekad untuk membuat laporan
polis, dia tak sudah memikirkan keselamatan adiknya.
“Tapi tuan muda, Imran tak teruk
sangatkan?” Pak Mat melihat sekilas ke cermin pandang belakang. Dia khuatir
jika hal yang boleh dibuat berbincang akan menjadi lebih besar.
“Teruk atau tak itu saya tak peduli,
yang saya tahu.. saya nak baba buat laporan untuk adik.. kalau kita biarkan,
diaorang boleh buat macam-macam lagi pada adik!” Ikhwan memandang sekilas
kearah adiknya yang hanya berdiam dan tidak banyak bercakap.
“Baiklah, Pak Mat akan telefon tuan
besar.. tuan muda tolong tengokkan adik yer..”
Pak Mat hanya mengikut arahan tuan mudanya. Ikhwan yang dia kenali memang
seorang budak yang budiman, tetapi anak muda itu boleh berubah menjadi apa
sahaja demi Imran.
“Adik, sakit lagi tak?” soal Ikhwan
lembut, wajah Imran ditatap.
“Sikit jer bang…” balas Imran perlahan.
“Abang minta maaf sebab tak jaga
adik betul-betul…” nada Ikhwan menjadi sebak serta-merta.
“Taklah bang… abang dah jaga adik
dengan cukup betul dah.” Imran dapat agak abangnya itu mahu menangis. Cepat dia
meyakinkan Ikhwan bahawa dia tidak sakit.
“Abang akan pastikan tak ada siapa
pun yang akan buat sesuka hati pada adik… abang sayangkan adik sangat-sangat.
Hanya adik, adik yang abang ada dalam dunia ni… abang takkan sia-siakan adik,
itu janji abang.” Tubuh Imran ditarik kedalam pelukannya, airmata itu gugur
jua. ‘Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melindungi adikku Imran.’
“Tapi abang yang ingkar janji-janji
abang dik… abang yang buang adik dan abang yang lukakan adik. Abang lukakan
adik dalam kata erti luka yang tak mampu untuk pulih. Maafkan abang dik… maafkan
abang.” Airmata itu berguguran jua bila mengingatkan segala janji yang pernah
diungkapkan kepada Imran suatu ketika dahulu.
Ruang bilik yang agak sejuk kerana
penghawa dingin yang dipasang tak mampu menghilangkan rasa bahang yang mengalir
diruang jiwa insan bernama Tengku Ikhwan.
Ikhwan menoleh kearah Imelda yang
masih melelapkan mata, perut yang masih kempis dan belum menampakkan
tanda-tanda seorang wanita mengandung disentuh dengan penuh kelembutan.
“Maafkan abang sayang… abang tahu
mengucap maaf itu mudah, tapi memberi itu sukar. Tapi tolong berikan kepada
abang sayang.. kerana abang amat memerlukan.” Dahi Imelda dikucup lembut. Wajah
itu direnung redup.
“Abang minta maaf kerana sepanjang
perkahwinan kita, abang banyak menyakiti Imelda, abang banyak melukai Imelda…
abang tak berniat untuk lukakan atau buat Imelda sedih. Abang minta maaf
sayang, abang betul-betul minta maaf..” airmatanya menitis terkena kepada pipi
gebu Imelda.
Perlahan mata yang lelap itu terbuka
dan terus memandang tepat ke anak mata Ikhwan. Imelda melihat keadaan
sekeliling dan bila memastikan dia didalam biliknya, perlahan tubuh Ikhwan di
tolak.
“Tolong tinggalkan Imelda seorang
diri..” pinta Imelda tanpa memandang kearah suaminya, airmata Ikhwan yang
menitis itu tidak dikasihan walau sedikit.
“Sayang, tolong berikan abang
peluang untuk abang jelaskan semuanya.. please…”
jemari Imelda yang ingin dicapai cepat dielakkan isterinya.
“Tak ada penjelasan yang Imelda nak
dengar sekarang ni.. Imelda cakap, Imelda nak berseorangan saat ni. Dan Imelda
rasa seorang CEO besar tak susah untuk faham apa yang Imelda cakap tadi.”
Imelda tidak tahu mengapa hatinya menjadi sekeras ini untuk mendengar atau
memandang Ikhwan. Airmatanya tidak sedikit pun menitis, pandangan diberikan
sepenuhnya kepada tempat lain.
“Baiklah kalau itu yang buat Imelda rasa
selesa sekarang ni, abang akan keluar..” Ikhwan bangun dari duduknya, wajah
Imelda masih dipandang sayu.
“Tolong tutup pintu tu bila dah
keluar nanti..” arah Imelda tegas.
Ikhwan sekadar mengangguk seakan
isterinya sedang melihat dia saat ini. Ikhwan membiarkan airmata yang menitis
dipipi dan berlalu keluar dari bilik itu.
Sebaik sahaja pintu ditutup, Imelda
menangis semahu-mahunya sampai terhinjut bahu menahan sedu. Kerana takut
tangisannya terdengar kuat, dia menekup mulutnya dengan kedua belah tapak
tangan. Segala apa yang didengarkan ketika dipejabat Ikhwan tadi, berlayar satu
persatu diruang ingatannya.
Luahan cinta Imran juga turut dia
ingat saat ini, segala apa yang bertandang didalam hidupnya hari ini terlalu
tragis baginya. Disaat dia mengetahui kebenaran permainan Ikhwan, dia juga
perlu tahu tentang cinta Imran terhadap dirinya.
Rasa amarah, kecewa, hampa, bersalah
pada Imran, semuanya bersatu menjadi perit. Tak pernah terbayangkan hidupnya
akan menjadi sesulit dan sesukar ini.
Melihat jarum jam yang sudah
menunjukkan pukul enam petang, menandakan dia sudah terlepas solat Asar. Tidak
menunggu lama dia menuju kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
Sebaik memberi salam ke sebelah
kanan dan kiri, Imelda menadah tangan dan mendongak sedikit. Telekung yang
dipakainya diperbetulkan sedikit.
“Ya Allah, ampunilah dosaku ya
Allah.. permudahkanlah segala urusanku dan berikanlah aku petunjukMu.. bantu
dan tuntunlah aku ya Allah. Aku merayu.” Tangisan terus-terusan deras dipipi.
“Ya Allah, sekiranya suamiku ini
pilihanMu di ArashMu yang maha Agung, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersama dia. Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbingkan di titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha diatas segala
perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadaraku di JannahMu, limpahkanlah
aku dengan sifat tunduk dan tawaduk diatas segala perintahnya…” Imelda berhenti
seketika, dia tidak mampu menahan sendu dijiwanya saat ini. Hatinya begitu
merayu pada Sang Ilahi, jiwanya begitu lemah saat ini.
“Sekiranya suamiku ini adalah yang
terbaik untukku diduniaMu ini ya Allah, peliharalah segala tingkah laku dan
kata-kataku dari menyakiti perasaannya ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal
alamiin.” Tangan yang ditadah diraup kewajahnya yang putih bersih. Bahunya
terhinjut-hinjut mengikut sedu tangisa.
Gambar perkahwinan dia dan Ikhwan
yang terletak kemas diatas meja dipandang dengan tangisan yang masih bersisa.
‘Kenapa abang buat Imelda macam ni? Kenapa bang?’
Ikhwan melipat sejadah dan
diletakkan ditempat yang dia ambil tadi. Ruangan surau yang dia sediakan
dirumah besar itu ditinggalkan dengan rasa sayu.
Niat untuk naik keatas dan melihat
keadaan Imelda dibatalkan, Ikhwan khuatir tindakannya itu hanya akan membuat
Imelda bertambah marah dengannya. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan
Imelda bersendirian sebentar. Dia berlalu ke dapur dan berfikir untuk
memasakkan sesuatu buat Imelda.
IMRAN menikmati makan malam disebuah restoran yang
berhampiran dengan rumahnya. Pertama kali datang kesitu sudah menambat hatinya
dengan bau wangian di restoran itu.
Makanan itu hanya dijamu separuh dan
ditolak pinggan itu kedepan sedikit. Lagu yang kedengaran direstoran itu
membuatkan jiwanya terusik yang amat sekali. Wajah Imelda bermain terus di
ingatannya.
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
‘Apakah aku perlu meletakkan harapan
sekali lagi pada kau Imelda, sedangkan aku tahu kau tak mungkin jadi milik aku.
Apakah aku bermimpi kau akan menjadi hak aku suatu hari nanti, sedangkan aku
mengharap sebuah kebahagian milik Ikhwan.’
Imran bermonolog dengan hatinya
sendiri, melayani kejutan yang baru dia terima pada saat ini. Setelah mencintai
Imelda dengan sedalam-dalamnya, baru dia ketahui bahawa gadis itu adalah isteri
kepada abangnya sendiri.
‘Kenapa aku perlu menemui kau
didalam keadaan yang begini Imelda? Andainya aku menemui kau dahulu sebelum
abang… aku tak akan melepaskannya walaupun sedetik. Kenapa kau perlu menjadi
yang kedua didalam hati Ikhwan sedangkan aku boleh menjanjikan kau adalah yang
pertama dan terakhir dihati aku.’
Imran memandang ke skrin telefonnya
dan melihat wajah Imelda yang menjadi penghias skrin telefon bimbit. ‘Kenapa
ini yang aku perlu hadap Imelda? Kenapa permainan hati yang Allah hendak aku
hadapi. Apakah ini diatas segala balasan yang aku pernah lakukan dahulu. Adakah
Allah membalas perbuatan aku yang gemar mematahkan setiap hati yang benar-benar
sayangkan aku? Kini Allah berikan aku rasa patah hati itu? Aku sakit
mencintaimu Imelda…’
Senyuman dan gelak tawa Imelda
terbayang kemas diingatannya. Segala tingkah laku dan perbuatan Imelda, dia
ingati satu persatu. Terlalu sukar untuk dia membuang rasa itu dengan mudah.
‘Abang, sekali lagi abang menang…
dulu abang pernah dengan mengecewakan adik tentang tali perhubungan kita.
Sekarang abang menang lagi! Abang menang dengan mengecewakan adik tentang
perhubungan abang dengan Imelda. Berapa kali abang nak lukakan hati adik?
Berapa kali abang nak bermain dengan hati tentang sebuah perasaan dan hati?
Berapa kali abang nak bunuh rasa sayang dan kasih yang ada dalam hati adik?
Berapa kali bang?’ bentak hati Imran.
Wajah Ikhwan dan kejadian dihospital
siang tadi masih segar diruang ingatannya. ‘Maafkan adik sebab tumbuk abang..
tapi kesakitan yang abang rasa tu, tak sesakit apa yang sedang adik rasa ni
bang. Abang ajar adik tentang apa itu kasih sayang tapi abang juga yang
berulang kali berjaya membuang segala rasa tu dalam hati adik. Sampai bila
abang nak buat adik macam ni bang? Kenapa abang benci sangat dengan adik?
Kenapa setelah abang hamparkan sebuah kasih sayang yang tidak terbanding kasih
baba dan bonda, abang hamparkan sebuah kebencian yang tak pernah langsung adik
bayangkan? Kenapa bang?’
Kenangan yang begitu mengusik hati
berlayar diruang ingatannya. Kenangan yang membuatkan dia tekad untuk
meninggalkan keluarga ‘Tengku’ itu.
“Abang tak sepatutnya pilih untuk
kahwin dengan Ajihah! Dia tu hanya nakkan kekayaan abang, bukan cinta abang!”
Imran masih cuba meyakini Ikhwan pada malam itu. Melihat persiapan hantaran yang
digubah oleh saudara mara, hati Imran menjadi semakin membuak-buak.
“Apa masalah adik ni? Abang nak
berkahwin dengan Ajihah dah… apa lagi yang tak kena? Minggu depan kami dah nak
nikah tahu tak?” marah Ikhwan.
“Abang tak payah kahwin dengan dia!
Lagipun abang masih muda, tak payah nak fikir tentang cinta ni semua. Lebih
baik abang pergi belajar dengan adik,” ujar Imran dengan penuh semangat.
“Abang tetap akan berkahwin dengan
Ajihah, walaupun abang kahwin dengan dia… abang tak akan lupa pelajaran,” balas
Ikhwan tegas.
“Perempuan tu bukan seorang
perempuan yang baik bang! Dia tu materialistik, dia hanya mahukan kesenangan
dan adik tahu semua tu!”
“Jaga mulut kau dik! Abang tak suka
adik cakap Ajihah macam tu, dari hari tu… adik tak habis-habis tuduh Ajihah
perempuan materialistik.” Kesabaran Ikhwan sudah tiba di penghujung, tuduhan
Imran kepada Ajihah sangat tidak berasas. Mana mungkin Ajihah mengejar kekayaan
keluarganya, sedangkan keluarga Ajihah sendiri dari kalangan yang berada.
“Adik tak tuduh bang! Tapi apa yang
adik cakap ni adalah betul. Dulu dia tolak adik selepas dia tahu yang adik ni
anak angkat baba dan bonda, dia terus pilih abang..”
“Bila masa dia bercinta dengan adik?
Setahu abang, Ajihah tu hanya anggap adik seorang kawan.. tak lebih dari tu.
Adik yang letak harapan tinggi sangat pada dia, lepas tu nak fitnah dia pula…”
tegur Ikhwan.
“Adik tak pernah berharap lebihlah
bang pada dia, adik cuma rapat dengan dia. Lepas tu dia yang bagi harapan dekat
adik. Yer adik mengaku, sejak
berkawan rapat dengan dia… adik dah tak layan perangai ‘playboy´ adik. Tapi tu tak bermakna adik sungguh-sungguh nakkan
dia, lagi pun adik taklah ‘tangkap
cintan’ dengan dia macam mana abang! Perasaan adik pada dia tu sama jer macam perasaan adik pada
perempuan-perempuan lain, memang adik ada rasa suka dekat dia… tapi tak adalah
sampai nak kahwin dengan dia. Lagipun adik tak rugi apalah kalau adik tak dapat
dia… hati adik ni sikit pun tak rasa apa-apa! Kosong! Tapi adik akan rasa
kehilangan abang, kalau abang pilih perempuan materialistik tu!” Imran
bertindak jujur dengan abangnya, tidak ada perselindungan sedikit pun. Ruang
bilik mereka itu, sedikit bergema bila mereka bersuara.
“Apa yang adik merepek ni? Ajihah tu
bukan jenis yang macam tu tau tak!” marah Ikhwan.
“Mana abang tahu yang dia bukan
jenis macam tu?” bentak Imran.
“Mana adik tahu yang dia tu
perempuan materialistik?” soal Ikhwan kembali.
“Waktu dia datang rumah kita hari
tu, dia beritahu adik yang adik tak akan mampu berikan pada dia apa yang abang
boleh bagi pada dia. Apa yang abang boleh bagi dan apa yang adik tak boleh
bagi, kalau bukan harta abang?” soal Imran berani.
“Adik, kau jangan melampau dik!
Mulut kau tu jaga sikit, Ajihah tu bakal isteri abang tau tak, bakal kakak ipar
kau!” tengking Ikhwan. Izarah dan Iman kebetulan masuk kedalam bilik mereka
bila mendengarkan pertengkaran Imran dan Ikhwan.
“Tak payah sebut bakal isteri, bakal
akak ipar dengan adiklah bang! Geli tau tak. Adik tak sudi berakak iparkan
perempuan tak ada harga diri dan perempuan materialistik macam Tengku Ajihah
tu!” sebaik sahaja Imran menghabiskan kata-katanya, Ikhwan memberikan tumbukan
padu di pipinya.
“Kau memang tak serik kena penumbuk
aku hari tukan?” tempelak Ikhwan dan sengaja mengingatkan pergaduhannya dengan
Imran didepan pintu pagar rumah mereka.
Imran menyentuh pipinya yang terasa
berdenyut dan bahang. Dia memandang Ikhwan dengan rasa yang sangat-sangat
kecewa. “Abang sanggup tumbuk adik sendiri kerana perempuan tu?”
“Siapa adik aku? Adik aku tak
sekurang ajar kaulah!” tempelak Ikhwan.
Izarah dan Iman saling berpandangan,
mereka benar-benar terkejut dengan kata-kata dan perbuatan Ikhwan. Selama ini
bukan sahaja pukul, tinggikan suara pun dia tak pernah buat pada Imran.
“Kenapa ni Imran, Ikhwan?” soal
Iman.
“Kerana perempuan macam tu, abang
sanggup cakap adik macam ni?” Imran membiarkan airmata yang menitis dipipinya.
Ditepi bibirnya mengalir darah pekat kerana tumbukan Ikhwan tadi.
“Perempuan tu ada nama, nama dia
Tengku Ajihah Tengku Aiman. Jelas? Dia tu bakal isteri aku, dan kau dah terlalu
kurang ajar… jadi kau patut diajar. Faham?”
“Tapi dia orang luar! Sepatutnya
abang percayakan adik abang sendiri sebelum percayakan orang lain!” Imran masih
cuba membela dirinya.
“Siapa orang luar yang sebenarnya
Imran Safiudin? Ajihah tu, akan jadi isteri aku dan dia tidak akan jadi orang
luar lagi. Tapi kau? Ikatan apa yang boleh mengukuhkan kau tu bukan orang luar
dengan aku? Sampai mati pun kau tu tetap orang luar tau! Kau bukan sedarah atau
sedaging dengan aku, nak kata bonda ada susukan kau pun tak ada! Jadi kau kena
ingat benda tu yer…” cukup padat
kata-kata yang terluah dibibir Ikhwan.
“Ikhwan!” serentak Izarah dan Iman
memanggil Ikhwan. Mereka terkejut besar dengan apa yang baru diungkapkan
Ikhwan.
Imran terpempam dengan kata-kata
Ikhwan, airmata yang menitis dibiarkan. Tangan yang memegang pipi itu
diturunkan. Denyut dan bahang dipipi tidak sedenyut dan sebahang hatinya kala
ini. Waktu terasa seperti terhenti, jantung seolah tidak berdegup, hati terasa
kosong dan jiwa terasa pedih.
Perlahan Imran mengangguk dan
berundur kebelakang. Dia mula sedar siapa dirinya, dia mula teringat bahawa dia
bukan anak kandung kepada bonda dan babanya tapi dia juga bukan adik kandung
kepada lelaki bernama Tengku Ikhwan.
“Terima kasih kerana sedarkan aku bro.. terima kasih, aku akan ingat
sampai aku pejam mata yang aku tak boleh ada tali ikatan untuk mengesahkan yang
aku bukan orang luar dalam hidup kau.” Hanya itu yang mampu diungkapkan.
Perlahan langkah diatur meninggalkan ruangan bilik itu.
“Imran.”
Panggilan itu membuatkan lamunan
Imran terhenti, dia menoleh kearah suara wanita yang memanggil dirinya tadi. Agak terkejut bila melihat Ajihah yang berdiri
disebelahnya.
“Kau buat apa kat sini? Sengaja nak
sakitkan hati aku lagi?” soal Imran kasar.
“Sepatutnya aku yang tanya kau, apa
kau buat dekat sini?” soal Ajihah berani, dia berpeluk tubuh memandang Imran.
“Aku tengah main congkak dekat sini!
Kau lebih baik lenyap dari mata aku sekarang sebelum aku tendang kau!” marah
Imran.
“Suka hati kau je nak tendang
akukan.. sekarang ni kau dalam restoran aku! Siapa yang sepatutnya kena
tendang?” soal Ajihah balik.
“Oh, ni kedai kau rupanya?” Imran
menyoal sekali lagi.
“Ketua Eksekutif Pemasaran ni, tak
faham bahasa melayu ke?” sindir Ajihah selamba.
Imran mengecilkan mata dan merenung
Ajihah dengan perasaan yang sangat geram. Terasa ingin dimuntahkan segala apa
yang dimakan sebentar tadi.
“Menyesal aku datang dekat sini tau
tak! Kalau aku tahulah ni restoran kau, memang aku takkan pernah jejakkan kaki
aku ke restoran ‘cabuk’ ni.” Imran bangun dari duduknya dan berdepan dengan
renungan sombong Ajihah.
“Kenapa pula nak menyesal? Takut tak
ada duit nak bayar ke?” sengaja Ajihah menaikkan amarah pada Imran. Dia pun
sebenarnya masih marah kerana dituduh ‘perempuan materialistik’ oleh Imran
suatu ketika dahulu.
“Kau ingat aku ni miskin sangatkan?”
Imran mengeluarkan beberapa not lima puluh ringgit dari dalam beg duitnya dan
dihempaskan keatas meja makan.
“Yer
Ajihah aku memang miskin! Tapi aku semiskin akal macam kau!” tempelak Imran,
dia berlalu meninggalkan kawasan restoran itu. Meluat akan bertambah bila
melihat wajah Ajihah.
Ajihah duduk di kerusi yang Imran
duduk tadi. Airmatanya menitis mengenangkan kebencian Imran, duit Imran
dipandang sepi. ‘Kenapa kau benci sangat pada aku Imran? Kenapa susah untuk kau
maafkan aku? Aku tak pernah berniat untuk menjadi orang yang menyebabkan kau
dan Ikhwan bermusuh.’
Sehingga kesaat ini, rasa bersalah
pada Imran tidak mampu dibuang tepi. Kebencian Ikhwan diingat selalu, sehingga
kedetik ini. Lelaki itu pernah menjadi sahabat yang paling terbaik didalam
hidupnya, namun kini lelaki itu juga menjadi musuh paling membencinya.
Hati Ajihah berasa menyesal kerana
sengaja membuat Imran marah dan bertambah benci kepadanya kerana kata-kata dia
tadi.
IKHWAN berasa lega
bila Imelda turun dan duduk diruang tamu. Dia yang sedang menyediakan makan
malam, segera mendapatkan Imelda.
“Sayang… jom makan.”
Imelda tidak menjawab, sebaliknya
memberi fokus pada telivisyen. Dia sengaja tidak melayan suaminya yang beria
meminta perhatian.
“Sayang… abang nak masak makan malam
ni, jomlah kita makan..” ajak Ikhwan sekali lagi. Dia berdiri ditepi sofa yang
sedang diduduki Imelda.
Imelda masih juga senyap.
“Imelda….”
“Imelda tak ada selera nak makan…
abang nak makan, pergilah makan.” Imelda sengaja berbohong, padahal perutnya
memang terasa lapar yang luar biasa.
“Sayang, kalau sayang marah
sekalipun dengan abang… janganlah seksa anak dalam perut tu, dia mesti lapar..”
Imelda memandang suaminya dengan
penuh tanda tanya. “Apa yang abang cakap ni? Bila masa Imelda mengandung?”
“Sayang tadikan pengsan, masa abang
pergi hospital… doktor beritahu yang sayang mengandung tiga bulan.” Ikhwan baru
teringat yang isterinya masih belum tahu tentang kandungan itu.
Perlahan Imelda tertunduk dan
menyentuh perut yang berisi benih cinta diantara dia dan Ikhwan, lelaki yang
saat ini masih dia marah. ‘Ya Allah, benarkah ini? Adakah disebalik kesulitan
yang aku hadapi kau hadirkan sebuah kegembiraan kepada diriku?’
“Jom makan sayang…” lembut jemari
Imelda disentuh.
Imelda mengalihkan jemarinya, dia
mengelak dari disentuh oleh suaminya. “Kalau Imelda lapar nanti, Imelda tahu
nak makan…” Imelda bangun dan mengatur langkah keatas semula.
Ikhwan berasa hampa dengan perbuatan
isterinya, dia tahu Imelda benar-benar marah kali ini. Selama ini dia tidak
pernah melihat Imelda sedingin ini.
Dia ke meja makan dan mengemas semua
lauk-lauk yang terhidang. Jika begini jadinya, selera dia juga turut hilang.
Hati dan jiwa semuanya gelisah, bagaimana nak datang selera makannya. Siap
mengemas dia berlalu keruang tamu dan menonton telivisyen dengan pandangan yang
kosong.
Niat untuk tidur dengan Imelda pada
malam ini dibatalkan kerana takut Imelda tak mahu melihat mukanya pula nanti.
Sofa empuk tulah yang akan menjadi
tempat dia tidur malam ini. ‘Kau pandai buat silap, kau pandailah tanggung
Ikhwan oi!’
Jam dua pagi Imelda terjaga kerana
perutnya terasa lapar sangat, dia turun kebawah dan terlihat Ikhwan yang sedang
terlena disofa dengan telivisyen yang masih terbuka.
Perlahan dia kedapur dan mencari
makanan. Tersenyum Imelda melihat makanan dibawah tudung saji, dia memandang
sotong goreng tepung itu dengan penuh selera. Imelda mencapai pinggan dan
mencedok nasi, dengan penuh cermat dia menikmati makan malam yang tak berapa
malam itu.
Selepas mencuci pinggan yang digunakan tadi, dia berlalu kedepan
semula dan melihat Ikhwan yang masih lagi lena diruang tamu. Imelda menghampiri
suaminya dan duduk dilantai berdepan dengan sofa yang digunakan Ikhwan.
Pipi suaminya disentuh lembut, airmata mudah sekali mengalir.
Merenung wajah lelaki itu, peristiwa siang tadi terbayang. Ia terlalu
menyakitkan.
“Abang, Melda bukan tak nak dengar penjelasan abang… tapi hati
Melda sekarang ni, terlalu sakit. Jadi Melda tak boleh nak dengar apa-apa pun.
Melda harap abang faham… maafkan perbuatan Melda pada abang. Terima kasih
kerana masakkan untuk Melda,” lembut bibir mongelnya singgah di pipi Ikhwan.
Setelah merenung Ikhwan agak lama, dia berdiri dan berjalan naik
keatas semula. Bukan dia tidak mahu mengejutkan Ikhwan untuk tidur diatas, tapi
dia tak tahu macam mana nak berdepan dengan lelaki itu.
Ikhwan membuka mata dengan perlahan, hatinya tersentuh mendengar
segala apa yang diluahkan oleh Imelda tadi. Dia sengaja menampakkan dirinya
seolah-olah tidur lena, sebenarnya dia tahu bila Imelda turun, dan dia tahu Imelda
juga makan masakannya tadi.
‘Marah sangat Imelda pada abang, sampaikan makan pun…. Imelda
tunggu abang tidur dulu.’ bisik hatinya.
‘Abang akan cuba faham Imelda seperti mana Imelda yang begitu
memahami abang, dan abang maafkan segala perbuatan sayang pada abang…’
IMELDA bersiap awal
pagi itu, kerana niatnya tidak mahu bertembung dengan Ikhwan. Sangkaannya tidak
bertembung dengan Ikhwan itu jauh meleset sekali apabila lelaki itu lebih awal
menantinya dimeja makan dengan sarapan yang sudah terhidang.
Ikhwan kelihatan segak berbaju slim
fit hitam lengan panjang dengan warna cuff
dan koler leher berwarna jalur hitam dipadankan seluar slack berwarna khakis. Begitu
terserlah ketampanannya apabila ditambah dengan bau wangian yang amat memikat.
Imelda cuba mengawal perasaan yang
sebenarnya sudah cair melihat ketampanan suami dia pagi ini, wajah Ikhwan yang
memberi senyuman manis itu benar-benar telah menggugat hati Imelda.
“Sayang, jom makan… abang dah buat
sarapan.” Ikhwan menghampiri Imelda dan mencapai beg tangan isterinya itu.
“Tak apa bang, Melda dah lambat…”
Imelda mula melayani perasan ‘keras batu’nya itu.
“Melda lambat apanya, sayangkan
pembantu peribadi abang. Abang masih lagi dekat sini, buat apa sayang nak kelam
kabut pergi pejabat?” Ikhwan memberi senyuman manis pada isterinya yang
merenung dia dengan renungan tajam, sempat Ikhwan mengenyitkan matanya. Jemari
Imelda digenggam lembut.
“Sebenarnya Melda ada temu janji
dengan Imran, dia nak ajak breakfast.”
Cepat Imelda mencipta sebuah kebohongan.
Ikhwan tahu isterinya berbohong,
tapi mendengar nama Imran yang meniti dibibir Imelda itu sudah cukup membuat
dia melepaskan genggaman tangannya pada Imelda.
Tangan Ikhwan dicapai dan dikucup
lembut, “Imelda pergi dulu..” ujar wanita itu perlahan. Dia melangkah keluar
rumah tanpa menoleh walau sekilas kearah Ikhwan.
Ikhwan duduk sebentar disofa yang
bersebelahan dengannya, dia menghantar pandang kearah Imelda yang keluar dari
rumah.
‘Kenapa Imran perlu ada disaat ini
berlaku diantara kita, Imelda?’
Dalam kereta Imelda memandu
bertemankan airmata, jiwanya memberontak dan merasakan sebuah amarah, tetapi
hati meminta-minta belaian kasih Ikhwan.
“Kenapa aku perlu berdepan dengan
semua ini ya Allah, dari mana datangnya rasa ini ya Allah? Berikanlah petunjukMu,
apa yang aku perlu lakukan? Ya Allah…” rintih Imelda perlahan.
Lirik Lagu Dewi Cinta - Adira
Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan
Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh… ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu
Ohh… ohhh
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat
1 comment:
Sis...APA nama novel tu
Post a Comment