Monday, 7 July 2014

Cinta Aku Hingga Akhir Nafas Aku

[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 26


IKHWAN menyelimutkan Imelda yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri itu. Pulang dari hospital tadi, dia tidak nampak Imran sekalipun, perutnya yang ditumbuk oleh Imran disentuh perlahan. Dia duduk diatas tilam bersebelahan isterinya, pandangan diarahkan ke depan.
            ‘Abang tak pernah tengok adik marah sampai macam tu… abang tak sangka yang abang akan rasa penumbuk adik.’ Ikhwan mengimbas kembali detik-detik Imran menumbuk perutnya tadi.
            Perbuatan Imran tadi benar-benar membuka mata hati yang ditutup selama ini, namun dia masih mampu menyembunyikan bahasa kerinduannya terhadap Imran.
            Perlahan airmata menitis dipipi, dan dia hanya membiarkan. Segala kenangan bersama Imran berlayar diruang ingatan.
            “Abang!”
            Imran menghampiri abangnya yang sedang membetulkan tali kasut sekolah. Ketika itu dia berada di tingkatan satu dan Ikhwan di tingkatan dua.
            “Apa dia?” soal Ikhwan perlahan, dia berdiri dengan kemas selepas mengikat tali kasut. Wajah adiknya dipandang.
            “Petang ni adik ada tuisyen…. abang tak adakan? Adik pergi sendiri yer..” ujar Imran dengan nada yang penuh semangat, dia jalan beriringan dengan Ikhwan menuju ke tempat menunggu bas. Sebentar lagi Pak Mat pemandu yang digajikan oleh Tengku Iman akan mengambil mereka dua beradik.
            “Jangan nak mengada, biar abang hantar…” bentak Ikhwan.
            “Alah.. bukan adik pergi seorang. Kan Pak Mat yang hantar…”
            “Abang nak pastikan adik abang ni betul-betul sampai dekat tempat tuisyen tu dengan selamat.”
            “Adik dah besarlah bang, jangan risau.. adik boleh jaga diri.” Imran cuba meyakinkan abangnya.
            “Sama ada adik kecil ke, besar ke, dah tua  ke… abang tetap jaga adik. Kan abang dah janji akan jaga adik sampai bila-bila,” Ikhwan duduk ditempat menunggu bas bersama Imran, rambut adiknya diusap laju.
            “Abang betul-betul janji akan jaga adik ni?” soal Imran meminta kepastian, dia memandang wajah abangnya dengan penuh kasih.
            “Yer adik.. abang janji betul-betul ni,” Ikhwan mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.
            Imran tersenyum dan mengangguk, “adik akan pegang janji abang ni, sampai adik pejam mata…”
            “Abang akan ingat janji abang sampai hujung hayat abang…” balas Ikhwan dengan penuh semangat, dia juga terut tersenyum menayangkan barisan giginya yang putih.
            Entah mana silapnya, tiba-tiba Imran diserang oleh sekumpulan pelajar lelaki. Dia ditumbuk dibahagian perut, Ikhwan tidak menunggu lama untuk meleraikan. Oleh kerana Ikhwan mempunyai kelebihan dan silat, dia Berjaya menghentikan tindakan pelajar-pelajar lelaki itu dari terus membelasah Imran.
            “Kauorang ni apahal?” soal Ikhwan bengang, tubuhnya adiknya yang tersembam dilantai dipaut cepat.
            “Adik kau ni, dah buat hal dengan kitaorang!” jawab salah seorang pelajar lelaki itu.
            “Buat hal apa?”
            “Dia beritahu cikgu yang kitaorang ni ponteng kelas.. kau tolong jaga sikit adik kau!” tempelak seorang lagi lelaki dari mereka.
            Ikhwan bangun dan berdiri menghadap sekumpulan lelaki itu, mereka berundur kebelakang sedikit bila melihat Ikhwan yang sudah berdiri.
            “Aku beri warning pada kauorang pula eh! Lagi sekali kau cuba apa-apakan adik aku.. aku tak teragak-agak nak laporkan semua ni pada cikgu displin. Dan sekejap lagi aku akan buat laporan di balai polis, jadi jangan terkejut kalau kauorang dipanggil kebalai nanti!” cukup berani Ikhwan melontarkan suara.
            “Banyak bunyi budak ni…. Kau tunggu aku panggil ‘kepala’ aku!” pekik salah seorang yang dipanggil Hassan tadi, dia berjalan menuju masuk kesekolah untuk memanggil ketua yang dipanggil ‘kepala’ tadi.
            “Kau nak panggil ‘kepala’ jer buat apa? Panggillah badan sekali!” bentak Ikhwan selamba. Bagi dia, tak perlu ada rasa takut dengan orang yang tidak punya rasa hormat dan biadap!
            “Dia nilah bang!” ujar Hassan kepada seorang pelajar lelaki yang berada di tingkatan lima itu.
            Ahmad memandang Ikhwan dengan rasa yang sangat terkejut, dia tidak menyangka budak-budak bawahannya mencari ‘pasal’ dengan Ikhwan. Ingatannya tentang dia telah dikalahkan oleh Ikhwan ketika menuntut ilmu persilatan tempoh hati masih segar di ingatan.
            “Ikhwan! Aku minta maaf sebab ‘budak-budak’ aku kacau adik kau…” ujar Ahmad perlahan.
            “Bang, apasal  nak minta maaf pula… kasih ‘ajarlah’ budak ni.” Hassan bengang dengan tingkah Ahmad yang seperti takut dengan Ikhwan.
            “Aku nak kau pastikan ‘budak-budak’ kau ni tak ganggu adik aku lagi.. kalau sampai benda ni jadi lagi, kau tahu tugas kau.” Ikhwan memberi senyuman sinis, perlahan bahu Ahmad ditepuk. Dia mendapatkan adiknya yang sedang menanti dibelakang. Mereka berdua beradik masuk kedalam kereta yang pintu keretanya telah dibuka oleh Pak Mat.
            Ahmad memandang kearah Hassan dan yang lain-lain dengan rasa yang sangat bengang.
            Didalam kereta Ikhwan membelek badan adiknya untuk memastikan tiada kesan cedera, baju sekolah Imran yang kotor kerana dipijak oleh Hassan dibukakan butangnya.
            “Adik jangan pakai baju ni, bukak…” arah Ikhwan.
            “Tapi adik pakai singlet jer bang..” ujar Imran perlahan, tangan kanannya memegang pipi yang sakit kerana ditumbuk rakan Hassan.
            Ikhwan memikirkan sesuatu, “adik pakai baju abang,” Ikhwan membuka butang baju sekolahnya dan membuka t-shirt yang dipakai dibahagian dalam, kemudian dihulurkan kepada Imran sebelum memakai semula baju sekolahnya.
            Imran hanya menurut kehendak abangnya, dia memakai t-shirt yang dihulurkan oleh Ikhwan.
            “Pak Mat, kita pergi balai polis… telefon baba, suruh dia datang balai polis.” Ikhwan tekad untuk membuat laporan polis, dia tak sudah memikirkan keselamatan adiknya.
            “Tapi tuan muda, Imran tak teruk sangatkan?” Pak Mat melihat sekilas ke cermin pandang belakang. Dia khuatir jika hal yang boleh dibuat berbincang akan menjadi lebih besar.
            “Teruk atau tak itu saya tak peduli, yang saya tahu.. saya nak baba buat laporan untuk adik.. kalau kita biarkan, diaorang boleh buat macam-macam lagi pada adik!” Ikhwan memandang sekilas kearah adiknya yang hanya berdiam dan tidak banyak bercakap.
            “Baiklah, Pak Mat akan telefon tuan besar.. tuan muda tolong tengokkan adik yer..” Pak Mat hanya mengikut arahan tuan mudanya. Ikhwan yang dia kenali memang seorang budak yang budiman, tetapi anak muda itu boleh berubah menjadi apa sahaja demi Imran.
            “Adik, sakit lagi tak?” soal Ikhwan lembut, wajah Imran ditatap.
            “Sikit jer bang…” balas Imran perlahan.
            “Abang minta maaf sebab tak jaga adik betul-betul…” nada Ikhwan menjadi sebak serta-merta.
            “Taklah bang… abang dah jaga adik dengan cukup betul dah.” Imran dapat agak abangnya itu mahu menangis. Cepat dia meyakinkan Ikhwan bahawa dia tidak sakit.
            “Abang akan pastikan tak ada siapa pun yang akan buat sesuka hati pada adik… abang sayangkan adik sangat-sangat. Hanya adik, adik yang abang ada dalam dunia ni… abang takkan sia-siakan adik, itu janji abang.” Tubuh Imran ditarik kedalam pelukannya, airmata itu gugur jua. ‘Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melindungi adikku Imran.’
            “Tapi abang yang ingkar janji-janji abang dik… abang yang buang adik dan abang yang lukakan adik. Abang lukakan adik dalam kata erti luka yang tak mampu untuk pulih. Maafkan abang dik… maafkan abang.” Airmata itu berguguran jua bila mengingatkan segala janji yang pernah diungkapkan kepada Imran suatu ketika dahulu.
            Ruang bilik yang agak sejuk kerana penghawa dingin yang dipasang tak mampu menghilangkan rasa bahang yang mengalir diruang jiwa insan bernama Tengku Ikhwan.
            Ikhwan menoleh kearah Imelda yang masih melelapkan mata, perut yang masih kempis dan belum menampakkan tanda-tanda seorang wanita mengandung disentuh dengan penuh kelembutan.
            “Maafkan abang sayang… abang tahu mengucap maaf itu mudah, tapi memberi itu sukar. Tapi tolong berikan kepada abang sayang.. kerana abang amat memerlukan.” Dahi Imelda dikucup lembut. Wajah itu direnung redup.
            “Abang minta maaf kerana sepanjang perkahwinan kita, abang banyak menyakiti Imelda, abang banyak melukai Imelda… abang tak berniat untuk lukakan atau buat Imelda sedih. Abang minta maaf sayang, abang betul-betul minta maaf..” airmatanya menitis terkena kepada pipi gebu Imelda.
            Perlahan mata yang lelap itu terbuka dan terus memandang tepat ke anak mata Ikhwan. Imelda melihat keadaan sekeliling dan bila memastikan dia didalam biliknya, perlahan tubuh Ikhwan di tolak.
            “Tolong tinggalkan Imelda seorang diri..” pinta Imelda tanpa memandang kearah suaminya, airmata Ikhwan yang menitis itu tidak dikasihan walau sedikit.
            “Sayang, tolong berikan abang peluang untuk abang jelaskan semuanya.. please…” jemari Imelda yang ingin dicapai cepat dielakkan isterinya.
            “Tak ada penjelasan yang Imelda nak dengar sekarang ni.. Imelda cakap, Imelda nak berseorangan saat ni. Dan Imelda rasa seorang CEO besar tak susah untuk faham apa yang Imelda cakap tadi.” Imelda tidak tahu mengapa hatinya menjadi sekeras ini untuk mendengar atau memandang Ikhwan. Airmatanya tidak sedikit pun menitis, pandangan diberikan sepenuhnya kepada tempat lain.
            “Baiklah kalau itu yang buat Imelda rasa selesa sekarang ni, abang akan keluar..” Ikhwan bangun dari duduknya, wajah Imelda masih dipandang sayu.
            “Tolong tutup pintu tu bila dah keluar nanti..” arah Imelda tegas.
            Ikhwan sekadar mengangguk seakan isterinya sedang melihat dia saat ini. Ikhwan membiarkan airmata yang menitis dipipi dan berlalu keluar dari bilik itu.
            Sebaik sahaja pintu ditutup, Imelda menangis semahu-mahunya sampai terhinjut bahu menahan sedu. Kerana takut tangisannya terdengar kuat, dia menekup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan. Segala apa yang didengarkan ketika dipejabat Ikhwan tadi, berlayar satu persatu diruang ingatannya.
            Luahan cinta Imran juga turut dia ingat saat ini, segala apa yang bertandang didalam hidupnya hari ini terlalu tragis baginya. Disaat dia mengetahui kebenaran permainan Ikhwan, dia juga perlu tahu tentang cinta Imran terhadap dirinya.
            Rasa amarah, kecewa, hampa, bersalah pada Imran, semuanya bersatu menjadi perit. Tak pernah terbayangkan hidupnya akan menjadi sesulit dan sesukar ini.
            Melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul enam petang, menandakan dia sudah terlepas solat Asar. Tidak menunggu lama dia menuju kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
            Sebaik memberi salam ke sebelah kanan dan kiri, Imelda menadah tangan dan mendongak sedikit. Telekung yang dipakainya diperbetulkan sedikit.
            “Ya Allah, ampunilah dosaku ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku dan berikanlah aku petunjukMu.. bantu dan tuntunlah aku ya Allah. Aku merayu.” Tangisan terus-terusan deras dipipi.
            “Ya Allah, sekiranya suamiku ini pilihanMu di ArashMu yang maha Agung, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersama dia. Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbingkan di titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha diatas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadaraku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk diatas segala perintahnya…” Imelda berhenti seketika, dia tidak mampu menahan sendu dijiwanya saat ini. Hatinya begitu merayu pada Sang Ilahi, jiwanya begitu lemah saat ini.
            “Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniaMu ini ya Allah, peliharalah segala tingkah laku dan kata-kataku dari menyakiti perasaannya ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin.” Tangan yang ditadah diraup kewajahnya yang putih bersih. Bahunya terhinjut-hinjut mengikut sedu tangisa.
            Gambar perkahwinan dia dan Ikhwan yang terletak kemas diatas meja dipandang dengan tangisan yang masih bersisa. ‘Kenapa abang buat Imelda macam ni? Kenapa bang?’
            Ikhwan melipat sejadah dan diletakkan ditempat yang dia ambil tadi. Ruangan surau yang dia sediakan dirumah besar itu ditinggalkan dengan rasa sayu.
            Niat untuk naik keatas dan melihat keadaan Imelda dibatalkan, Ikhwan khuatir tindakannya itu hanya akan membuat Imelda bertambah marah dengannya. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Imelda bersendirian sebentar. Dia berlalu ke dapur dan berfikir untuk memasakkan sesuatu buat Imelda.



IMRAN  menikmati makan malam disebuah restoran yang berhampiran dengan rumahnya. Pertama kali datang kesitu sudah menambat hatinya dengan bau wangian di restoran itu.
            Makanan itu hanya dijamu separuh dan ditolak pinggan itu kedepan sedikit. Lagu yang kedengaran direstoran itu membuatkan jiwanya terusik yang amat sekali. Wajah Imelda bermain terus di ingatannya.
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri


            ‘Apakah aku perlu meletakkan harapan sekali lagi pada kau Imelda, sedangkan aku tahu kau tak mungkin jadi milik aku. Apakah aku bermimpi kau akan menjadi hak aku suatu hari nanti, sedangkan aku mengharap sebuah kebahagian milik Ikhwan.’
            Imran bermonolog dengan hatinya sendiri, melayani kejutan yang baru dia terima pada saat ini. Setelah mencintai Imelda dengan sedalam-dalamnya, baru dia ketahui bahawa gadis itu adalah isteri kepada abangnya sendiri.
            ‘Kenapa aku perlu menemui kau didalam keadaan yang begini Imelda? Andainya aku menemui kau dahulu sebelum abang… aku tak akan melepaskannya walaupun sedetik. Kenapa kau perlu menjadi yang kedua didalam hati Ikhwan sedangkan aku boleh menjanjikan kau adalah yang pertama dan terakhir dihati aku.’
            Imran memandang ke skrin telefonnya dan melihat wajah Imelda yang menjadi penghias skrin telefon bimbit. ‘Kenapa ini yang aku perlu hadap Imelda? Kenapa permainan hati yang Allah hendak aku hadapi. Apakah ini diatas segala balasan yang aku pernah lakukan dahulu. Adakah Allah membalas perbuatan aku yang gemar mematahkan setiap hati yang benar-benar sayangkan aku? Kini Allah berikan aku rasa patah hati itu? Aku sakit mencintaimu Imelda…’
            Senyuman dan gelak tawa Imelda terbayang kemas diingatannya. Segala tingkah laku dan perbuatan Imelda, dia ingati satu persatu. Terlalu sukar untuk dia membuang rasa itu dengan mudah.
            ‘Abang, sekali lagi abang menang… dulu abang pernah dengan mengecewakan adik tentang tali perhubungan kita. Sekarang abang menang lagi! Abang menang dengan mengecewakan adik tentang perhubungan abang dengan Imelda. Berapa kali abang nak lukakan hati adik? Berapa kali abang nak bermain dengan hati tentang sebuah perasaan dan hati? Berapa kali abang nak bunuh rasa sayang dan kasih yang ada dalam hati adik? Berapa kali bang?’ bentak hati Imran.
            Wajah Ikhwan dan kejadian dihospital siang tadi masih segar diruang ingatannya. ‘Maafkan adik sebab tumbuk abang.. tapi kesakitan yang abang rasa tu, tak sesakit apa yang sedang adik rasa ni bang. Abang ajar adik tentang apa itu kasih sayang tapi abang juga yang berulang kali berjaya membuang segala rasa tu dalam hati adik. Sampai bila abang nak buat adik macam ni bang? Kenapa abang benci sangat dengan adik? Kenapa setelah abang hamparkan sebuah kasih sayang yang tidak terbanding kasih baba dan bonda, abang hamparkan sebuah kebencian yang tak pernah langsung adik bayangkan? Kenapa bang?’
            Kenangan yang begitu mengusik hati berlayar diruang ingatannya. Kenangan yang membuatkan dia tekad untuk meninggalkan keluarga ‘Tengku’ itu.
            “Abang tak sepatutnya pilih untuk kahwin dengan Ajihah! Dia tu hanya nakkan kekayaan abang, bukan cinta abang!” Imran masih cuba meyakini Ikhwan pada malam itu. Melihat persiapan hantaran yang digubah oleh saudara mara, hati Imran menjadi semakin membuak-buak.
            “Apa masalah adik ni? Abang nak berkahwin dengan Ajihah dah… apa lagi yang tak kena? Minggu depan kami dah nak nikah tahu tak?” marah Ikhwan.
            “Abang tak payah kahwin dengan dia! Lagipun abang masih muda, tak payah nak fikir tentang cinta ni semua. Lebih baik abang pergi belajar dengan adik,” ujar Imran dengan penuh semangat.
            “Abang tetap akan berkahwin dengan Ajihah, walaupun abang kahwin dengan dia… abang tak akan lupa pelajaran,” balas Ikhwan tegas.
            “Perempuan tu bukan seorang perempuan yang baik bang! Dia tu materialistik, dia hanya mahukan kesenangan dan adik tahu semua tu!”
            “Jaga mulut kau dik! Abang tak suka adik cakap Ajihah macam tu, dari hari tu… adik tak habis-habis tuduh Ajihah perempuan materialistik.” Kesabaran Ikhwan sudah tiba di penghujung, tuduhan Imran kepada Ajihah sangat tidak berasas. Mana mungkin Ajihah mengejar kekayaan keluarganya, sedangkan keluarga Ajihah sendiri dari kalangan yang berada.
            “Adik tak tuduh bang! Tapi apa yang adik cakap ni adalah betul. Dulu dia tolak adik selepas dia tahu yang adik ni anak angkat baba dan bonda, dia terus pilih abang..”
            “Bila masa dia bercinta dengan adik? Setahu abang, Ajihah tu hanya anggap adik seorang kawan.. tak lebih dari tu. Adik yang letak harapan tinggi sangat pada dia, lepas tu nak fitnah dia pula…” tegur Ikhwan.
            “Adik tak pernah berharap lebihlah bang pada dia, adik cuma rapat dengan dia. Lepas tu dia yang bagi harapan dekat adik. Yer adik mengaku, sejak berkawan rapat dengan dia… adik dah tak layan perangai ‘playboy´ adik. Tapi tu tak bermakna adik sungguh-sungguh nakkan dia, lagi pun adik taklah ‘tangkap cintan’ dengan dia macam mana abang! Perasaan adik pada dia tu sama jer macam perasaan adik pada perempuan-perempuan lain, memang adik ada rasa suka dekat dia… tapi tak adalah sampai nak kahwin dengan dia. Lagipun adik tak rugi apalah kalau adik tak dapat dia… hati adik ni sikit pun tak rasa apa-apa! Kosong! Tapi adik akan rasa kehilangan abang, kalau abang pilih perempuan materialistik tu!” Imran bertindak jujur dengan abangnya, tidak ada perselindungan sedikit pun. Ruang bilik mereka itu, sedikit bergema bila mereka bersuara.
            “Apa yang adik merepek ni? Ajihah tu bukan jenis yang macam tu tau tak!” marah Ikhwan.
            “Mana abang tahu yang dia bukan jenis macam tu?” bentak Imran.
            “Mana adik tahu yang dia tu perempuan materialistik?” soal Ikhwan kembali.
            “Waktu dia datang rumah kita hari tu, dia beritahu adik yang adik tak akan mampu berikan pada dia apa yang abang boleh bagi pada dia. Apa yang abang boleh bagi dan apa yang adik tak boleh bagi, kalau bukan harta abang?” soal Imran berani.
            “Adik, kau jangan melampau dik! Mulut kau tu jaga sikit, Ajihah tu bakal isteri abang tau tak, bakal kakak ipar kau!” tengking Ikhwan. Izarah dan Iman kebetulan masuk kedalam bilik mereka bila mendengarkan pertengkaran Imran dan Ikhwan.
            “Tak payah sebut bakal isteri, bakal akak ipar dengan adiklah bang! Geli tau tak. Adik tak sudi berakak iparkan perempuan tak ada harga diri dan perempuan materialistik macam Tengku Ajihah tu!” sebaik sahaja Imran menghabiskan kata-katanya, Ikhwan memberikan tumbukan padu di pipinya.
            “Kau memang tak serik kena penumbuk aku hari tukan?” tempelak Ikhwan dan sengaja mengingatkan pergaduhannya dengan Imran didepan pintu pagar rumah mereka.
            Imran menyentuh pipinya yang terasa berdenyut dan bahang. Dia memandang Ikhwan dengan rasa yang sangat-sangat kecewa. “Abang sanggup tumbuk adik sendiri kerana perempuan tu?”
            “Siapa adik aku? Adik aku tak sekurang ajar kaulah!” tempelak Ikhwan.
            Izarah dan Iman saling berpandangan, mereka benar-benar terkejut dengan kata-kata dan perbuatan Ikhwan. Selama ini bukan sahaja pukul, tinggikan suara pun dia tak pernah buat pada Imran.
            “Kenapa ni Imran, Ikhwan?” soal Iman.
            “Kerana perempuan macam tu, abang sanggup cakap adik macam ni?” Imran membiarkan airmata yang menitis dipipinya. Ditepi bibirnya mengalir darah pekat kerana tumbukan Ikhwan tadi.
            “Perempuan tu ada nama, nama dia Tengku Ajihah Tengku Aiman. Jelas? Dia tu bakal isteri aku, dan kau dah terlalu kurang ajar… jadi kau patut diajar. Faham?”
            “Tapi dia orang luar! Sepatutnya abang percayakan adik abang sendiri sebelum percayakan orang lain!” Imran masih cuba membela dirinya.
            “Siapa orang luar yang sebenarnya Imran Safiudin? Ajihah tu, akan jadi isteri aku dan dia tidak akan jadi orang luar lagi. Tapi kau? Ikatan apa yang boleh mengukuhkan kau tu bukan orang luar dengan aku? Sampai mati pun kau tu tetap orang luar tau! Kau bukan sedarah atau sedaging dengan aku, nak kata bonda ada susukan kau pun tak ada! Jadi kau kena ingat benda tu yer…” cukup padat kata-kata yang terluah dibibir Ikhwan.
            “Ikhwan!” serentak Izarah dan Iman memanggil Ikhwan. Mereka terkejut besar dengan apa yang baru diungkapkan Ikhwan.
            Imran terpempam dengan kata-kata Ikhwan, airmata yang menitis dibiarkan. Tangan yang memegang pipi itu diturunkan. Denyut dan bahang dipipi tidak sedenyut dan sebahang hatinya kala ini. Waktu terasa seperti terhenti, jantung seolah tidak berdegup, hati terasa kosong dan jiwa terasa pedih.
            Perlahan Imran mengangguk dan berundur kebelakang. Dia mula sedar siapa dirinya, dia mula teringat bahawa dia bukan anak kandung kepada bonda dan babanya tapi dia juga bukan adik kandung kepada lelaki bernama Tengku Ikhwan.
            “Terima kasih kerana sedarkan aku bro.. terima kasih, aku akan ingat sampai aku pejam mata yang aku tak boleh ada tali ikatan untuk mengesahkan yang aku bukan orang luar dalam hidup kau.” Hanya itu yang mampu diungkapkan. Perlahan langkah diatur meninggalkan ruangan bilik itu.
            “Imran.”
            Panggilan itu membuatkan lamunan Imran terhenti, dia menoleh kearah suara wanita yang memanggil dirinya tadi.  Agak terkejut bila melihat Ajihah yang berdiri disebelahnya.
            “Kau buat apa kat sini? Sengaja nak sakitkan hati aku lagi?” soal Imran kasar.
            “Sepatutnya aku yang tanya kau, apa kau buat dekat sini?” soal Ajihah berani, dia berpeluk tubuh memandang Imran.
            “Aku tengah main congkak dekat sini! Kau lebih baik lenyap dari mata aku sekarang sebelum aku tendang kau!” marah Imran.
            “Suka hati kau je nak tendang akukan.. sekarang ni kau dalam restoran aku! Siapa yang sepatutnya kena tendang?” soal Ajihah balik.
            “Oh, ni kedai kau rupanya?” Imran menyoal sekali lagi.
            “Ketua Eksekutif Pemasaran ni, tak faham bahasa melayu ke?” sindir Ajihah selamba.
            Imran mengecilkan mata dan merenung Ajihah dengan perasaan yang sangat geram. Terasa ingin dimuntahkan segala apa yang dimakan sebentar tadi.
            “Menyesal aku datang dekat sini tau tak! Kalau aku tahulah ni restoran kau, memang aku takkan pernah jejakkan kaki aku ke restoran ‘cabuk’ ni.” Imran bangun dari duduknya dan berdepan dengan renungan sombong Ajihah.
            “Kenapa pula nak menyesal? Takut tak ada duit nak bayar ke?” sengaja Ajihah menaikkan amarah pada Imran. Dia pun sebenarnya masih marah kerana dituduh ‘perempuan materialistik’ oleh Imran suatu ketika dahulu.
            “Kau ingat aku ni miskin sangatkan?” Imran mengeluarkan beberapa not lima puluh ringgit dari dalam beg duitnya dan dihempaskan keatas meja makan.
            “Yer Ajihah aku memang miskin! Tapi aku semiskin akal macam kau!” tempelak Imran, dia berlalu meninggalkan kawasan restoran itu. Meluat akan bertambah bila melihat wajah Ajihah.
            Ajihah duduk di kerusi yang Imran duduk tadi. Airmatanya menitis mengenangkan kebencian Imran, duit Imran dipandang sepi. ‘Kenapa kau benci sangat pada aku Imran? Kenapa susah untuk kau maafkan aku? Aku tak pernah berniat untuk menjadi orang yang menyebabkan kau dan Ikhwan bermusuh.’
            Sehingga kesaat ini, rasa bersalah pada Imran tidak mampu dibuang tepi. Kebencian Ikhwan diingat selalu, sehingga kedetik ini. Lelaki itu pernah menjadi sahabat yang paling terbaik didalam hidupnya, namun kini lelaki itu juga menjadi musuh paling membencinya.
            Hati Ajihah berasa menyesal kerana sengaja membuat Imran marah dan bertambah benci kepadanya kerana kata-kata dia tadi.

           
IKHWAN berasa lega bila Imelda turun dan duduk diruang tamu. Dia yang sedang menyediakan makan malam, segera mendapatkan Imelda.
            “Sayang… jom makan.”
            Imelda tidak menjawab, sebaliknya memberi fokus pada telivisyen. Dia sengaja tidak melayan suaminya yang beria meminta perhatian.
            “Sayang… abang nak masak makan malam ni, jomlah kita makan..” ajak Ikhwan sekali lagi. Dia berdiri ditepi sofa yang sedang diduduki Imelda.
            Imelda masih juga senyap.
            “Imelda….”
            “Imelda tak ada selera nak makan… abang nak makan, pergilah makan.” Imelda sengaja berbohong, padahal perutnya memang terasa lapar yang luar biasa.
            “Sayang, kalau sayang marah sekalipun dengan abang… janganlah seksa anak dalam perut tu, dia mesti lapar..”
            Imelda memandang suaminya dengan penuh tanda tanya. “Apa yang abang cakap ni? Bila masa Imelda mengandung?”
          “Sayang tadikan pengsan, masa abang pergi hospital… doktor beritahu yang sayang mengandung tiga bulan.” Ikhwan baru teringat yang isterinya masih belum tahu tentang kandungan itu.
            Perlahan Imelda tertunduk dan menyentuh perut yang berisi benih cinta diantara dia dan Ikhwan, lelaki yang saat ini masih dia marah. ‘Ya Allah, benarkah ini? Adakah disebalik kesulitan yang aku hadapi kau hadirkan sebuah kegembiraan kepada diriku?’
            “Jom makan sayang…” lembut jemari Imelda disentuh.
            Imelda mengalihkan jemarinya, dia mengelak dari disentuh oleh suaminya. “Kalau Imelda lapar nanti, Imelda tahu nak makan…” Imelda bangun dan mengatur langkah keatas semula.
            Ikhwan berasa hampa dengan perbuatan isterinya, dia tahu Imelda benar-benar marah kali ini. Selama ini dia tidak pernah melihat Imelda sedingin ini.
            Dia ke meja makan dan mengemas semua lauk-lauk yang terhidang. Jika begini jadinya, selera dia juga turut hilang. Hati dan jiwa semuanya gelisah, bagaimana nak datang selera makannya. Siap mengemas dia berlalu keruang tamu dan menonton telivisyen dengan pandangan yang kosong.
            Niat untuk tidur dengan Imelda pada malam ini dibatalkan kerana takut Imelda tak mahu melihat mukanya pula nanti.
            Sofa empuk tulah yang akan menjadi tempat dia tidur malam ini. ‘Kau pandai buat silap, kau pandailah tanggung Ikhwan oi!’
            Jam dua pagi Imelda terjaga kerana perutnya terasa lapar sangat, dia turun kebawah dan terlihat Ikhwan yang sedang terlena disofa dengan telivisyen yang masih terbuka.
            Perlahan dia kedapur dan mencari makanan. Tersenyum Imelda melihat makanan dibawah tudung saji, dia memandang sotong goreng tepung itu dengan penuh selera. Imelda mencapai pinggan dan mencedok nasi, dengan penuh cermat dia menikmati makan malam yang tak berapa malam itu.
Selepas mencuci pinggan yang digunakan tadi, dia berlalu kedepan semula dan melihat Ikhwan yang masih lagi lena diruang tamu. Imelda menghampiri suaminya dan duduk dilantai berdepan dengan sofa yang digunakan Ikhwan.
Pipi suaminya disentuh lembut, airmata mudah sekali mengalir. Merenung wajah lelaki itu, peristiwa siang tadi terbayang. Ia terlalu menyakitkan.
“Abang, Melda bukan tak nak dengar penjelasan abang… tapi hati Melda sekarang ni, terlalu sakit. Jadi Melda tak boleh nak dengar apa-apa pun. Melda harap abang faham… maafkan perbuatan Melda pada abang. Terima kasih kerana masakkan untuk Melda,” lembut bibir mongelnya singgah di pipi Ikhwan.
Setelah merenung Ikhwan agak lama, dia berdiri dan berjalan naik keatas semula. Bukan dia tidak mahu mengejutkan Ikhwan untuk tidur diatas, tapi dia tak tahu macam mana nak berdepan dengan lelaki itu.
Ikhwan membuka mata dengan perlahan, hatinya tersentuh mendengar segala apa yang diluahkan oleh Imelda tadi. Dia sengaja menampakkan dirinya seolah-olah tidur lena, sebenarnya dia tahu bila Imelda turun, dan dia tahu Imelda juga makan masakannya tadi.
‘Marah sangat Imelda pada abang, sampaikan makan pun…. Imelda tunggu abang tidur dulu.’ bisik hatinya.
‘Abang akan cuba faham Imelda seperti mana Imelda yang begitu memahami abang, dan abang maafkan segala perbuatan sayang pada abang…’


IMELDA bersiap awal pagi itu, kerana niatnya tidak mahu bertembung dengan Ikhwan. Sangkaannya tidak bertembung dengan Ikhwan itu jauh meleset sekali apabila lelaki itu lebih awal menantinya dimeja makan dengan sarapan yang sudah terhidang.
            Ikhwan kelihatan segak berbaju slim fit hitam lengan panjang dengan warna cuff dan koler leher berwarna jalur hitam dipadankan seluar slack berwarna khakis. Begitu terserlah ketampanannya apabila ditambah dengan bau wangian yang amat memikat.
            Imelda cuba mengawal perasaan yang sebenarnya sudah cair melihat ketampanan suami dia pagi ini, wajah Ikhwan yang memberi senyuman manis itu benar-benar telah menggugat hati Imelda.
            “Sayang, jom makan… abang dah buat sarapan.” Ikhwan menghampiri Imelda dan mencapai beg tangan isterinya itu.
            “Tak apa bang, Melda dah lambat…” Imelda mula melayani perasan ‘keras batu’nya itu.
            “Melda lambat apanya, sayangkan pembantu peribadi abang. Abang masih lagi dekat sini, buat apa sayang nak kelam kabut pergi pejabat?” Ikhwan memberi senyuman manis pada isterinya yang merenung dia dengan renungan tajam, sempat Ikhwan mengenyitkan matanya. Jemari Imelda digenggam lembut.
            “Sebenarnya Melda ada temu janji dengan Imran, dia nak ajak breakfast.” Cepat Imelda mencipta sebuah kebohongan.
            Ikhwan tahu isterinya berbohong, tapi mendengar nama Imran yang meniti dibibir Imelda itu sudah cukup membuat dia melepaskan genggaman tangannya pada Imelda.
            Tangan Ikhwan dicapai dan dikucup lembut, “Imelda pergi dulu..” ujar wanita itu perlahan. Dia melangkah keluar rumah tanpa menoleh walau sekilas kearah Ikhwan.
            Ikhwan duduk sebentar disofa yang bersebelahan dengannya, dia menghantar pandang kearah Imelda yang keluar dari rumah.
            ‘Kenapa Imran perlu ada disaat ini berlaku diantara kita, Imelda?’
            Dalam kereta Imelda memandu bertemankan airmata, jiwanya memberontak dan merasakan sebuah amarah, tetapi hati meminta-minta belaian kasih Ikhwan.
            “Kenapa aku perlu berdepan dengan semua ini ya Allah, dari mana datangnya rasa ini ya Allah? Berikanlah petunjukMu, apa yang aku perlu lakukan? Ya Allah…” rintih Imelda perlahan.

Lirik Lagu Dewi Cinta - Adira

Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh… ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu

Ohh… ohhh
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat

1 comment: