Saturday, 30 March 2013

Aku Pengganti Itu Episod 36


NUBHAN terkejut besar saat membaca surat serta gambar-gambar mesranya bersama Merlieana diatas katil tidur milik dia dan Najihah. Tambah pula dengan isi kandanguan surat itu cukup membuat dia merasa kehilangan serta-merta.

"Asalamualaikum suamiku yang amat kucintai. 
Abang maafkan Jihah andai Jihah banyak melakukan kesilapan terhadap abang.
Jihah tak pernah berniat untuk membuat hati abang terluka, walau sekelumit sekali pun.
Abang, Jihah memohon seribu kemaafan terhadap abang, kerana pemergian Jihah ini tidak meminta keizinan abang terlebih dahulu.
Hati Jihah begitu terluka disaat melihat gambar-gambar mesra abang bersama Merlieana. Adalah benar sangkaan Jihah selama ini, abang ada hubungan dengan wanita lain. Tapi Jihah tak sangka perempuan itu adalah Merlieana.
Wanita yang pernah berada utuh dihati abang, dan menyukarkan Jihah untuk memecah tembok pagar hati abang. 
Jihah tak sangka, setelah Jihah dapat bertahta dihati abang, itu bukan suatu perkara yang agak lama. Tapi sekadar sementara. Benar hati Jihah terluka bang.
Saban malam Jihah menangisi sikap dingin abang terhadap Jihah, saban malam Jihah mengharapkan pelukan damai abang.
Tapi ternyata pelukan abang bukan untuk Jihah, namun untuk Merlieana.
Jihah akui terlalu mencemburui hal ini bang. Jihah terlalu cemburu. 
Kenapa disaat Jihah terlalu ingin kecapi bahagia bersama abang, derita ini menyinggah hidup Jihah bang?
Andai Merlieana adalah yang terbaik untuk abang. Lepaskan Jihah, dan hiduplah dengan Merlieana.
Maafkan Jihah kerana tidak memberitahu dimana keberadaan Jihah kini...

Sekian, isterimu yang tak dianggap..

Bercucuran airmata menitis diwajah tampan Nubhan saat mengakhiri pembacaannya.Berulang kali dia mengusap rambutnya. Bayangan Najihah saat ini benar-benar menghantui. 'Abang tak bermaksud nak melukai hati Jihah. Jihah dekat mana? Tolonglah jangan tinggalkan abang Jihah. Abang merayu.'

"BETUL keputusan kamu ni Kamarudin?" Soal Datuk Hassan sekali lagi. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang diluahkan oleh Kamarudin sebentar tadi. Selama ini Kamarudin tidak pernah mengungkap soal itu pada dia ataupun ibu Kamarudin sendiri.
"Betul papa, Amar rasa dah tiba masanya Amar nak menamatkan zaman bujang Amar ni." Kamarudin tak putus-putus meyakinkan Datuk Hasan. Dia takut jika Datuk Hasan tidak mempersetujui keputusannya.
"Tapi takkan dengan anak Datin Marina tu? Bukankah anak muda itu terlalu sosial? Papa dengar hampir setiap hari dia ke clubing, dan pakaiannya amat teruk. Terlalu terdedah, pemikirannya benar-benar barat." Datuk Hasan tidak berniat untuk menghalang keputusan anaknya, cuma dia tidak mahu putera tunggalnya itu menyesal dikemudian kelak.
"Amar tahu semua tu papa. Tapi adil ke untuk Merlieana, kalau kita hanya memandang kepada keburukannya? Keburukan sikap atau akhlak itu bolek diubahkan papa?" Kamarudin tidak akan berputus asa, dia setia memujuk papanya.
Datuk Hasan merenung tajam mata hitam anaknya. Pemandangan diruang taman mini banglonya cukup nyaman dah indah, begitu mendamaikan dan memberi ketenangan kepada dirinya yang berasa agak tegang.
"Kalau kerosakan akhlak atau sifat tu, memang mampu diubah nak. Tapi kalau dia sudah kerosakan harga diri dan maruah, apakah itu masih membolehkan hati kamu untuk memilikinya atau memperisterikan dia?" Soal Datuk Hasan lagi.
Kamarudin agak terpempam dengan soalan papanya. Dia tahu saat ini dirinya bakal menipu bapanya yang selama ini tidak pernah dia tipu. Namun demi maruah Nubhan dia akan hadapi risiko ini.
"Papa andai kerosakan maruah dan harga diri dia disebabkan anak papa sendiri, apakah papa tetap merestui permintaan Amar ini?" Soal Kamarudin lantas menundukkan wajahnya menghadap daun-daun rumput yang segar terkena embun malam.
Datuk Hasan lantas memegang dadanya yang terasa agak sakit saat ini."Apa maksud kamu itu Amar??" Soal Datuk Hasan tegang.
"Maafkan Amar papa, tapi Amar memang dah terlanjur dengan Merlieana. Saat ini Merlieana mengandungkan anak Amar, usia kandungan dia dah mencecah hampir tiga bulan papa." jelas Amar perlahan.
"Ya Allah." Datuk Hasan rebah kebumi tidak sedarkan diri.

Aku Pengganti Itu Episod 35


"MAMA doq dengaq cerita dari Jaja yang hang tak pi jumpa dia lagi. Pasai pa?" Soal Puan Zaini. Biarpun Nuur bukan anak kandungnya, namun dia telah menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri. Anak gadis itu dididik sejak dari kecil lagi.
"Nanti ma, bila saya dah bersedia saya pergi melawat dia ya." Nuur malas benar mahu mendengar leteran mamanya yang bakal menjelang sebentar lagi.
"Awatnya?? Hang marah lagi ka dekat Jaja? Pasai pa? Sampai bila hang nak lagu ni? Dah dekat tiga tahun depa kahwin. Takkan hang tak restu-restu lagi? Hang nak ka perkahwinan adik hang tu tak berkat?" Marah Puan Zaini.
"Bukan macam tu ma. Saya tak pernah harap macam tu jadi dekat adik." Nuur melepas pandangan sayu kewajah ibu angkatnya itu.
"Habis? Hang masih dok sakit hati, ceq jodohkan hang dengan si Farish tu? Bukan dengan Kamarudin? Macam tu? Apa nak jadi dengan hang ni Nuur? Hang masih gila bayang ka dengan marka Kuala Lumpur tu?" Puan Zaini mula naik berang.
"Bukan macam tu Ma. Sejak-sejak ni, Nuur banyak kerja. Terlalu ramai orang buat tempahan. Bukannya Nuur suka-suka tak nak jumpa adik. Lagipun Nuur dengan Farish tengah sibuk dengan persiapan perkahwinan." Cepat Nuur mencipta alasan.
"Hang ni Nuur buat suspen ja. Mama harap hang janganlah terus tak bertegur dengan adik hang tu. Adik hang tu ada hang sorang ja." Puan Zaini tidak pernah berhenti berdoa kemelut diantara dua beradik itu terhenti.
"Mama jangan risau, Nuur dengan adik tu akan okey je. Sampai masanya Nuur mesti akan jumpa adik juga." Nuur berjaya meyakinkan ibunya. Dia tahu telah melakukan sebuah dosa kerana terpaksa menipu ibunya soal hati dan perasaan. Namun dia harus menjaga hati dan kesihatan Puan Zaini.

MERLIEANA menjeling sinis melihat rumah besar milik Nubhan itu. Dia benar-benar mengambil kesempatan kerumah itu setelah mendapat tahu Nubhan bertugas diluar bandar. Merlieana  menyelinap masuk kerumah mewah itu dengan penuh kesebalan.
"Cik." Satu suara dari arah belakang mengejutkan dirinya, pantas menoleh kearah wanita yang agak rendah darinya dan bertudung litup. Biarpun wajah gadis itu tidak kelihatan secantik dirinya, namun wajah itu kelihatan agak tenang menyembunyikan kesedihan dan kelihatan ayu dengan senyuman.
"Cik ini siapa? Dan cari siapa?" Najihah cuba mengawal perasaan takutnya melihat pandangan tajam gadis itu. Memang terlalu cantik wajah gadis itu, namun pakaian dan pendedahan auratnya mencacatkan kecantikan gadis itu dipandangan Allah.
"Aku Merlieana aka girlfriend Nubhan. And aku datang sini nak cari perempuan yang mengaku isteri Nubhan." Sinis Merlieana.
Najihah terpempam mendengar nama dan pengakuan gadis itu. Merlieana adalah gadis yang pernah bertahta dihati suaminya. Apakah kini gadis itu masih utuh dihati suaminya? Serta merta gugur airmata dipipinya.
"Apa maksud awak Merlieana? Saya tak faham." Najihah masih mengawal perasaannya. Saat ini kepalanya terasa ibarat dihempap sebuah batu yang amat besar.
"Apa maksud aku? Kau ni bodoh ke bangang? Aku cakap aku nak berjumpa dengan isteri Nubhan! Itu pun susah nak faham???" Tengking Merlieana dihadapan wajah Najihah. Dia membesarkan mata galaknya pada wanita itu.
"Saya minta maaf, kalau awak rasa saya tak faham pertanyaan awak. Sebenarnya saya isteri dia." Jawab Najihah tenang. Dia kembali tenang apabila dia merasa punyai kekuatan untuk berdepan dengan gadis itu.
"Oh! jadi kau isteri dia? Taklah cantik mana pun. Tapi pelik, macam mana Nubhan boleh pandang kau?" Soal Merlieana yang berasa teramat jelik pada gadis itu.
"Ye saya isteri abang Nubhan. Memang saya tak cantik, dan saya yakin abang Nubhan nikahi saya tanpa melihat paras rupa saya. Tapi kerana ketaatannya pada orangtuanya." Jawab Najihah berani. Baginya wanita itu sudah hilang hormat terhadapnya.
"Wow. Kahwin sebab keluarga. Aku dah agak. Kalau sebab cinta aku rasa memang tak mungkin, sebab cinta Nubhan hanya milik aku seorang. Kau kenal aku siapa? Aku adalah wanita pertama yang ketuk pintu hati Nubhan. Dan untuk pengetahuan kau, sampai sekarang aku masih berada utuh dihati Nubhan." Merlieana sengaja menegaskan posisi dia dihati Nubhan. Entah kenapa perasaan cemburunya membuak-buak.
"Maaf cik. Saya takkan percaya apa yang cik katakan ni. Sebab bagi cik cuba untuk fitnah suami saya. Lebih baik cik keluar dari rumah saya." Arah Najihah tegas. Kesabarannya sudah sampai dipenghujung. Kebiadapan Merlieana tak boleh dibiarkan.
Merlieana mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas membuka folder gambar-gambar mesranya bersama Nubhan lalu dihulurkan kepada Najihah. "Aku takkan bercakap tanpa bukti okey. Kau boleh tengok sekali dengan tarikh gambar tu. Baru lagikan?"
Titisan demi titisan airmata mengalir dipipi Najihah disaat menyaksikan gambar-gambar mesra Merlieana dan suaminya. Ada yang berpeluk, dan ada pula yang bercium pipi. Terlalu mesra perbuatan mereka, sehinggakan kebanyakan perbuatan itu tak pernah Nubhan lakukan pada dirinya.
Tiba-tiba hati Merlieana tersentuh melihat air mata yang mengalir dipipi Najihah. Pantas dia mengeluarkan kain napkin lembut didalam tas tangan dan sekeping gambar mesranya bersama Nubhan lalu diberi pada Najihah. Merlieana merampas lembut telefonnya, lalu berlalu meninggalkan perkarangan rumah Najihah dan Nubhan. Entah kenapa perasaan bersalah menguasai dirinya.

Friday, 29 March 2013

Aku Pengganti Itu Episod 34



NUBHAN merebahkan tubuhnya diatas katil. Tidak sedikitpun dia mencari kelibat Najihah. Semalam hampir sahaja tangannya naik kepipi gadis itu. Sedang hampir lena dibuai mimpi tiba-tiba dia merasakan urutan lebut dikakinya. Pantas dia membuka mata dan memandang kearah kakinya yang sedang diurut. Walaupun biliknya agak gelap dan hanya mengharapkan cayaha bulan yang menembusi kamarnya, namun dia masih boleh melihat wajah Najihah dengan jelas. Ada segugur air mata diwajah gadis itu.
"Awak kenapa?" Panggilan 'sayang' telah lama mati untuk isterinya, sejak dia mengetahui bahawa Merlieana telah hamil. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk memanggil isterinya itu 'sayang' lagi.
"Tak ada apa-apa bang. Abang dah makan?" Soal Najihah lembut, dia tidak berani merenung wajah suaminya. Wajah berang Nubhan masih berlegar diruang ingatannya. Menitis lagi air mata dipipi, sementara jari runcingnya masih setia mengurut tubuh lesu suaminya.
"Saya dah makan dekat luar tadi. Kalau tak ada apa-apa, kenapa awak menangis??" Soal Nubhan tanpa memandang. Dia menekup mata dengan lengan sasanya. Tidak sanggup untuk melihat wajah sayu kerinduannya itu.
"Jihah tak ada apa-apa bang, cuma Jihah tak tahu kenapa hati Jihah terusik sikit." Najihah cuba menahan sendunya. Dia ingin sekali mendakap tubuh suaminya, dia ingin sekali menkucup bibir suaminya. Hakikatnya dia rindukan belaian lembut suaminya.
"Kalau tak ada apa-apa, tak payah nak bazirkan airmata tu. Nanti bila saya dah tak ada susah pula awak nak menangis bila airmata dah tak ada. Urut kepala saya ni." Seloroh Nubhan selamba. Dia tahu setiap kata-kata yang meniti dibibirnya menyakiti hati isterinya, namun itu yang terpaksa dia lakukan agar isterinya hilang rasa sayang padanya.
Najihah hanya menurut arahan Nubhan. Dia masih lagi belum memberitahu Nubhan mengenai kandungannya yang sudah berusia lima bulan itu. Dan Nubhan sendiri tidak perasan bentuk badan Najihah yang sudah berubah, mungkin kerana kandungan Najihah tidak berapa besar seperti kandungan ibu-ibu yang lain.
Hampir setengah jam mengurut kepala Nubhan, terdengar dengkur halus suaminya dan sudah pasti suaminya itu telah tidur lena. Najihah mengambil kesempatan itu untuk mendakap tubuh sasa Nubhan. Apabila Nubhan kelihatan masih lena, dia mengeratkan lagi pelukannya.
'Abang, Jihah rindukan abang. Jihah rindukan suami Jihah yang dulu. Kenapa abang buat Jihah macam ni? Apa salah Jihah bang? Abang, Jihah menngandung bang. Anak kita. Abang Jihah sayang abang, tolong jangan buat Jihah macam ni bang.' Terus-terusan airmatanya mengalir.
Nubhan sedar dia sedang dipeluk erat oleh isterinya. Ingin sekali dia memeluk erat tubuh isterinya, namun perasaan jijik pada diri sendiri menghalang dirinya dari melakukan.


MERLIEANA terkejut dengan tindakan Kamarudin yang secara tiba-tiba masuk kebiliknya dan mengunci pintu bilik pejabat itu. Dia pantas bangun dari tempat duduknya dan berjalan berdepan dengan lelaki itu.
"U ni kenapa Kamarudin?" Soal Merlieana agak tegas.
"Kenapa dengan aku?? Sepatutnya aku yang tanya kenapa dengan kau ni sebenarnya???" Tempiak Kamarudin sambil menolak tubuh langsing Merlieana terbaring diatas sofa yang berhampiran ditempat gadis itu berdiri tadi.
"Amar??? Awak ni dah gila ke???" Tengking Merlieana. Dia cuba bangun dari terus terlentang diatas sofa itu, namun cepat dicegah oleh Kamarudin. Dia menekap dan menekap bahu Merlieana agar menyukarkan gadis itu untuk bergerak.
"Memang aku dah gila. Aku dah gila setelah aku dapat tahu kau rosakkan sahabat aku Nubhan! Kau ni jenis perempuan apa ah???" Tempiak Kamarudin lagi.
Merlieana cuba menahan sakit perutnya. Dia menggunakan tenaga sehabis daya menolak tubuh Kamarudin. Pantas dia berdiri tegak menghadap Kamarudin.
"U ni memang lelaki gilakan? Masuk bilik orang tak beri salam. Bercakap cara tak beradab pula? Bila masa saya rosakkan Nubhan?" Soal Merlieana mendatar.
Kamarudin mampir sedikit dekat dengan Merlieana. "Kau tahu ke salam tu apa? Aku rasa perempuan kotor macam kau ni, mengucap pun dah tak tahu agaknya!" Sindir Kamarudin dengan senyuman sinis. Dia memandang sinis tubuh Merlieana dari hujung kaki hingga hujung rambut. Memang tubuh itu menggiurkan sesiapa sahaja yang melihat, pantas Nubhan dengan mudah jatuh kelembah hina.
"Mulut u jaga sikit eh Kamarudin!! Jangan terlalu biadap sangat! U fikir tak dengan apa yang u cakap ni boleh membuatkan perjanjian dan kontrak besar diantara dua syarikat iaitu syarikat papa u dan mama i batal serta merta!" Kesabaran dihati Merlieana telah tamat dengan hinaan sebal dari Kamarudin.
"Excuse me, ini hal peribadi bukan hal bisnes okey??" Kamarudin sengaja menyindir prinsip gadis itu. Dia benar-benar meletus perang diantara dirinya dan Merlieana.
"I dah tak peduli semua tu. Hinaan u dah cukup mencalarkan imej dan maruah i!" Merlieana sudah tidak tahan mendengar sindiran pedas Kamarudin. Entah kenapa hatinya bukan ingin melenting tapi ingin menangis. Mungkin ini kerana pembawakan anaknya.
"Eh, aku pun tak pedulilah kau nak batalkan kontrak antara syarikat kita semua! Sekarang ni aku nak tanya kau, kau ni perempuan jenis apa? Sanggup tidur dengan lelaki yang bukan halal buat kau?? Kalau kau dah kemaruk sangat pergilah kahwin! Jangan jadikan kawan aku mangsa kau! Bodoh!" Kamarudin melempiaskan segala kemarahannya pada gadis itu.
"Wait! U cakap apa ni? U dah tahu i dengan........."
"Dah! Aku dah tahu semuanya. Dia dah ceritakan pada aku. Aku tak sangka rupanya sikap kau lebih terkutuk dari binatang!"
Pang!
Tamparan hangat menyinggah dipipi putih Kamarudin. "Mulut u jaga sikit Amar! Jangan bercakap seolah-olah i yang perangkap Nubhan! Malam tu i mabuk dan tak sedarkan diri! Kawan baik u yang terang-terang normal. Jadi siapa yang salah? I ke dia?"
"Eh tak kiralah siapa mula dulu! Kau tahu tak Nubhan tu siapa? Apa status dia sekarang? kau pernah ambil tahu?? Kau pakai buat kekasih jekan?"
"Apa maksud u ni Amar??" Soal Merlieana terkejut.
"Nubhan tu suami orang kau tahu tak??? Dia dah berkahwin hampir tiga tahun dah!" Kamarudin tersenyum sinis. Dia merasa puas menyakiti hati gadis itu.
"What????????"

Thursday, 28 March 2013

Aku Pengganti Itu Episod 33

Nubhan tidak pulang kerumah malam itu kerana Merlieana meminta agar ditemani keluar membeli-belah. Tanpa menolak Nubhan hanya menurut. Dia berasa senang untuk menemani gadis itu. Sudah sekian lama menjejaki gadis itu, untuk kali ini dia tidak akan mempersiakan peluang bersama gadis idaman.
"Sayang hari ni kita pergi beli baju dulu ye, sebab mama dah bising Mer asyik pakai seksi-seksi. Entah-entah jeles. hehehe." Merlieana terpaksa menurut permintaan mamanya yang inginkan dia memakai pakaian yang lebih formal untuk ke tempat kerja, bukan pakaian yang menjolok mata yang sering menjadi pilihan setiap kali untuk ke tempat kerja.
"Betul juga apa yang mama Mer cakap tu. Han yang sendiri tengok pun tergugat." Nubhan lebih bersetuju dengan apa yang diharapkan ibu Merlieana. Pakaian formal ke tempat kerja itu lebih tertutup dari pakaian dia yang sekarang. Begitu menjolok mata.
"Bukan setakat tergugat je kan! Dah makan pun." Sindir Merlieana, dia hanya melepas pandang keluar tingkap. Dia tahu kata-katanya itu hanya akan membuat Nubhan diam seribu bahasa.
"Han tahu salah Han, tapi janganlah asyik ungkit. Perkara tu pun dah berlaku hampir tiga bulan lalukan. So please." Mohon Nubhan. Sudah hampir tiga bulan itulah dia sering endah tak endah pada Najihah. Dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat dan di kondominium Merlieana.
Apa yang Najihah buat, dan kemana Najihah pergi dia tidak pernah mengambil tahu. Kadangkala dia sering meninggi suara dengan isterinya.
"Syg kalau Mer cakap something boleh?" Merlieana berasa gugup untuk menyuarakan pada Nubhan. Tapi dia harus memberitahu agar belum terlambat untuk diselamatkan.
"Apa dia syg?" Kemanjaan dan kemesraan Merlieana membuatkan Nubhan semakin sayang akan gadis itu.
"Sebenarnya, Mer... Sebenarnya Mer, sebenarnya...."
"Sebenarnya apa syg?" Soal Nubhan lembut, sambil menggenggam jemari gadis itu.
"Sebenarnya Mer... Mer preg...pregnat." Walau berat untuk meluahkan, namun akhirnya hati dia berasa lapang.

NUUR memerhatikan setiap kertas kerja yang akan disusun atur kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan beberapa langganan tetap yang ingin membuat beberapa tempahan design.
Sedang ralit memasukkan kertas kerja kedalam beg bimbitnya tiba-tiba pintu bilik Nuur diketuk oleh seseorang.
"Masuk."
Sejurus dia memandang kearah gerangan yang menghadirkan diri kebiliknya, Nuur pantas memasang wajah masam seolah-olah tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Hatinya masih merasa sakit dan tidak mahu melihat lelaki itu, perasaannya masih diselebungi kekesalan.
"Nuur please, janganlah macam ni." Farish tidak berhenti-henti memohon maaf kepada tunangnya. Sejak dari minggu lalu, sehingga ke hari ini Nuur masih berkeras hati dengannya.
"Please? Okey, please tinggalkan saya. Saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan dan tak ada masa untuk bincangkan hal kita dipejabat ni.!" Nuur mencapai fail-fail yang masih berada diatas meja lalu dimasukkan kedalam beg bimbitnya.
"Nuur, tolong maafkan saya. Saya tak berniat nak buat awak tunggu saya macam tu. Saya betul-betul lupa masa tu kita ada makan malam bersama." Kekesalan menghimpit jiwa, Farish menyesal kerana terlalu mengikut hati untuk bertemu Najihah dan akhirnya dia terlupa akan janji makan malamnya bersama Nuur.
Nuur menghempas beg tangan dan beg bimbitnya diatas sofa berdepan dengan tempat Farish berdiri. Dia berdiri betul-betul berhampiran dengan bakal suaminya itu. Merenung tepat kemata Farish. Nafas mereka sering kali berlaga.
"Farish, saya ingin menerima awak setulus hati saya! Saya ingin belajar mencintai awak. Dan saya minta awak yakinkan saya! Yang awak benar-benar ikhlas terima saya. Jangan berjanji kalau tak boleh berpegang pada janji, dan tak boleh tunai janji! Kalau awak tak mahu semua ini terjadi, masih belum terlambat. Awak boleh tinggalkan saya!" Menitis airmata kekecewaan dipipi gadis itu.
Nuur mencapai beg bimbit dan tas tangannya, ingin berlalu meninggalkan tunangnya itu. Namun tali beg bimbitnya diraih Farish.
"Saya mohon seribu maaf wak. Saya merayu pada awak, tolong beri saya peluang." Farish masih tidak berhenti merayu pada tunangnya. Menitis airmata penyesalan.
Nuur menoleh kearah tunangnya dan merenung tepat kemata lelaki itu. "Kalau awak ingin memutuskan hubungan ini masih belum terlambat Farish, saya akan menerima semua ini."
"Tidak. Saya tak akan memutuskan perhubungan ni. Sebab saya dah jatuh sayang pada awak. Ye saya khilaf sebab lalai dengan apa yang terjadi. Tolong Nuur, jangan pinta saya melakukan hal itu. Sebab saya tak akan sesekali melepaskan awak pergi dari hidup saya." Ingin sekali dia menyentuh pergelangan tangan gadis itu, tapi dia sedar diantara dia dan Nuur belum ada ikatan sah.
Nuur merenung sayu kewajah tunangnya itu, sesungguhnya dia juga telah jatuh sayang pada Farish. Namun apabila mengenangkan Farish itu adalah mantan kekasih adiknya Najihah, ego mula mengatasi. "Tolong jangan ulangi kesilapan ni lagi. Sebab ini hanya akan membuat saya terus-terusan menganggap awak yang bukan-bukan!" Nuur terus berlalu meninggalkan Farish didalam pejabatnya.
"Awak takkan faham isi hati saya yang sebenar Nuur. Kasih dan sayang saya kini milik awak sepenuhnya Nuur. Cuma saya tak tahu kenapa kehadiran Najihah memberi saya merasa kelainan. Saya takkan buat awak kecewa Nuur, beri saya peluang Nuur." Kata-kata itu hanya mampu terluah dan didengari oleh dirinya saat ini.

"AKU peliklah dengan kau ni Han, sejak-sejak ni aku tengok kau gusar tak tentu hala, kenapa? Ada yang tak kena ke?" Soal Kamarudin. Dia duduk dikerusi yang berhadapan dengan meja pejabat Nubhan. Manakal Nubhan berdiri membelakinya sambil memicit-micit kepala.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana Mar. Sebab kalau aku cakap pun bukan kau nak tolong aku." Nubhan mula menghadap kearah sahabatnya itu. Semakin hari, kepalanya semakin sakit memikirkan soal kandungan Merlieana.
"Kau tak beritahu aku apa masalah kau. Macam mana aku nak tolong kau?" Marah Kamarudin.
"Okey aku beritahu kau, tapi kau janji jangan beritahu sesiapa? Boleh?"
"Kau ni macam budak-budaklah. Selama ni aku pernah ke bocor rahsia kita?" Kamarudin tergelak dengan reaksi sahabatnya itu.
"Sebenarnya aku dengan Merlieana......." Hati Nubhan berat untuk menjelaskan pada Kamarudin.
"Dah bercinta?"
"Memang kami dah bercinta tapi, kami dah........."Makin keluh lidahnya untuk berbicara.
"Kau dengan dia dah apa?????" Kamarudin sudah mula menjangkakan sesuatu diluar jangkaan. Dia berharap apa yang dia fikirkan itu tidak benar sama sekali.
"Aku dengan dia dah tidur bersama, Mar." Jujur Nubhan perlahan.
Kamarudin benar-benar tergamam mendengar jawapan dari bibir sahabatnya itu. Dia tidak menyangka Nubhan sahabat yang dia kenal sejak dari kecil itu mampu melakukan perkara terkutuk seperti itu. Pantas dia bangun dan meluru kearah Nubhan, Kamarudin mencekak kolar baju lelaki itu lalu menumbuk kearah perut Nubhan berulang kali sehingga Nubhan kelihatan tidak bermaya.
"Kenapa perangai kau macam ni Han???? Kau tahu tak dengan sikap kau yang macam ni, kau dengan binatang dah tak ada bezanya tahu tak!" Kamarudin melempiaskan kemarahan dan ingin melepaskan tumbukan kewajah Nubhan.
"Mar!!! Aku merayu Mar, biarkan aku beri penjelasan dulu. Lepas tu kau nak bunuh aku, kau bunuhlah Mar. Tolonglah." Nubhan merayu agar diberi kesempatan untuk menjelaskan duduk cerita sebenar. Darah yang deras mengalir dibibirnya dibiarkan begitu sahaja.
Kamarudin berdiri bersandar tubuh didinding berhampiran Nubhan. Dia merenung tajam kearah Nubhan.
"Ada satu malam, Merlieana telefon aku dan minta tolong aku ambil dia dekat pub. Masa aku ambil dia dalam keadaan mabuk, aku bawak dia kehotel. sebab aku takut kalau mama dia akan fikir bukan-buka pasal kami. Waktu masuk kedalam bilik hotel tu, Merlieana masih tak sedarkan diri dia. Waktu aku baringkan dia atas katil-katil, dia tiba-tiba peluk aku. Waktu tu aku terus hilang kawalan diri Mar. Bila aku sedar disebelah siangnya, aku tak pakai apa-apa. Aku tak sangka perkara ni semua boleh terjadi." Jelas Nubhan, matanya terarah kepada luar bangunan pejabatnya.
"Aku tak faham dengan kau ni. Sepatutnya bila kau dah ada dengan ratu iblis tu, kau dah boleh jangka macam-macam tahu tak! Apa yang nak jadi, apa yang akan jadi, apa yang boleh jadi! Sekarang ni kau dah terperangkap dengan diakan???" Kamarudin terduduk dilantai.
"Aku tahu silap aku......"
"Kau tahu, tapi kau buat jugak! Kau fikir tak perasaan Najihah?? Dai isteri kau tahu tak?? Bukan patung cendhana dekat rumah tu! Kau fikir tak perasaan dia kalau dia tahu pasal ni semua?" Cepat Kamarudin meningkah kata-kata Nubhan.
"Ada satu perkara lagi yang aku nak beritahu kau ni." Nubhan tekad untuk memberitahu keadaan Merlieana yang sedang mengandungkan zuriatnya.
"Apa dia.??" Kamarudin cuba bertenang sekali lagi.
"Merlieana mengandung."
"Apa???????"

Friday, 8 March 2013

Aku Pengganti Itu Episod 32



NAJIHAH merenung tepat kedalam mata Farish sebelum menghembus nafas hampa. Dia cuba mengawal emosinya yang seakan begitu terganggu saat ini.
"Macam mana kita boleh berjumpakan?" Seloroh Najihah selamba, sambil memandang sinis kewajah lelaki itu.
Farish tersenyum manis sebelum menjawab, "Allah, segala-galanya datang dari DIA. Dan pertemuan, perpisahan juga datang dari DIA. Pertemuan kita hari ini kerana DIA." jawab Farish tenang, biarpun hatinya begitu goyah disaat merenung wajah Najihah namun dia sentiasa peringatkan dirinya adalah tunangan orang dan akan bergelar suami orang. 
"Tapi saya tak pernah impikan atau harapkan bertemu dengan lelaki yang tak ada hati perut macam awak ni!" Setiap kali melihat wajah Farish, hanya kesakitan yang berpaut dihatinya. Sakit hati bila mengenang dirinya ditinggalkan tanpa kata, tanpa pesan dan tanpa salam.
"Saya tahu awak bencikan, saya tahu kalau boleh awak tak nak tengok muka saya. Dan saya sendiri kalau boleh tak nak jumpa awak. Sebab saya tahu perjumpaan ini hanya akan menyakiti hati awak. Tapi mungkin pertemuan ini adalah kesempatan untuk saya meminta maaf pada awak, saya berharap sangat-sangat awak dapat memaafkan saya." Pohon Farish. Dalam hatinya tidak pernah melupuskan nama Najihah. Gadis itu terlalu bermakna buat dirinya. Namun kerana patuh dan kasih pada keluarga dia menerima permintaan keluarga untuk dijodohkan dengan gadis yang tidak dikenali dan meninggalkan insan yang begitu bermakna buat dirinya.
"Saya dah lama maafkan awak Farish. Saya tak marah dengan sikap awak yang tinggalkan saya macam tu je. Tapi saya sedih. Sedih diatas perbuatan awak, awak pergi tanpa memberitahu apa silap saya. Meskipun kalau awak dah benci saya, salah ke awak beritahu saya, dan kita berpisah secara baik." Menitis jua airmata  kepiluan yang ditanggung olehnya selama ini. Najihah terduduk dibangku yang bersebelahan dengan tempat mereka berdiri.
"Maafkan perbuatan saya Najihah. Tapi awak tak kan faham apa tujuan saya buat semua ini terhadap awak. Saya tak nak awak semakin terluka. Saya tak nak awak semakin menderita. Saya tak nak hidup awak jadi porak peranda. Setelah apa yang jadi ini, Allah telah buktikan bahawa antara tak ada jodoh. Cukuplah cinta dizaman persekolahan." Pahit terasa dihati. Farish sedar selama ini dia belum dapat melupuskan sepenuhnya cinta terhadap Najihah.
"Mungkin ini takdir sayakan? Tak apalah Farish, Allah pun dah beri hikmah pada saya. Kini saya dah pun punyai suami yang begitu ikhlas mencintai saya." Jujur Najihah. Dia cuba tersenyum mengawal kesedihan.
Farish sedikit terpempam, namun dia turut tersenyum mengawal kehampaan dan kekecewaan.
"Tahniah. Saya doakan awak bahagia dengan suami awak. Tapi kita tetap boleh berkawankan?" Farish menghulurkan tangan pada Najihah.
Najihah tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish.

DARI sudut berhampiran dengan mereka berdua, Nuur berdiri menyaksikan pertemuan dua hati yang selama ini terpisah. Menitis airmata disaat melihat kemesraan Farish dan Najihah. 'Ya Allah, apa yan gaku buat ni ya Allah? Adakah aku ini memang perampas ya Allah? Adakah aku yang merampas kebahagian mereka.'

"KALAU tak ada apa-apa masalah petang esok, boleh saya  nak jumpa awak Jihah." Pelawa Farish.
"Nak jumpa saya? Dekat mana?" Najihah berasa tenang seketika dengan kehadiran Farish. Terlupa sebentar kelukaan yang berpalit dihatinya atas sebab perubahan sikap Nubhan terhadapnya.
"Dekat tempat kegemaran awak?" Cadang Farish. Dia berbesar hati dengan penerimaan Najihah terhadap dirinya, biarpun hanya sebagai sahabat asalkan dia dapat menatap wajah gadis itu.
"Okey, saya tunggu dekat sana ye?"
"Eh, tak apa. Awak bagi alamat rumah, saya datang ambil awak." Farish keluarkan telefon bimbitnya untuk menyalin alamat rumah Najihah.
"Eh, tak menyusahkan awak ke Farish? Tak apalah biar saya datang kesana." Najihah tidak mahu perhubungannya dengan Farish dapat dihidu oleh Nubhan.
"Tak apalah, saya ambil awak. Awak bagi nombor, dan send adrees rumah awak." Cadang Farish. Dia sudah keluarkan telefon bimbitnya.
Nak tak nak Najihah bertukar nombor telefon dengan Farish. Mungkin, bagus juga kalau menerima pelawaan Farish tu, taklah bosan sangat dia dirumah. Mana tidaknya asyik ditinggalkan suami sahaja.