Thursday, 28 March 2013

Aku Pengganti Itu Episod 33

Nubhan tidak pulang kerumah malam itu kerana Merlieana meminta agar ditemani keluar membeli-belah. Tanpa menolak Nubhan hanya menurut. Dia berasa senang untuk menemani gadis itu. Sudah sekian lama menjejaki gadis itu, untuk kali ini dia tidak akan mempersiakan peluang bersama gadis idaman.
"Sayang hari ni kita pergi beli baju dulu ye, sebab mama dah bising Mer asyik pakai seksi-seksi. Entah-entah jeles. hehehe." Merlieana terpaksa menurut permintaan mamanya yang inginkan dia memakai pakaian yang lebih formal untuk ke tempat kerja, bukan pakaian yang menjolok mata yang sering menjadi pilihan setiap kali untuk ke tempat kerja.
"Betul juga apa yang mama Mer cakap tu. Han yang sendiri tengok pun tergugat." Nubhan lebih bersetuju dengan apa yang diharapkan ibu Merlieana. Pakaian formal ke tempat kerja itu lebih tertutup dari pakaian dia yang sekarang. Begitu menjolok mata.
"Bukan setakat tergugat je kan! Dah makan pun." Sindir Merlieana, dia hanya melepas pandang keluar tingkap. Dia tahu kata-katanya itu hanya akan membuat Nubhan diam seribu bahasa.
"Han tahu salah Han, tapi janganlah asyik ungkit. Perkara tu pun dah berlaku hampir tiga bulan lalukan. So please." Mohon Nubhan. Sudah hampir tiga bulan itulah dia sering endah tak endah pada Najihah. Dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat dan di kondominium Merlieana.
Apa yang Najihah buat, dan kemana Najihah pergi dia tidak pernah mengambil tahu. Kadangkala dia sering meninggi suara dengan isterinya.
"Syg kalau Mer cakap something boleh?" Merlieana berasa gugup untuk menyuarakan pada Nubhan. Tapi dia harus memberitahu agar belum terlambat untuk diselamatkan.
"Apa dia syg?" Kemanjaan dan kemesraan Merlieana membuatkan Nubhan semakin sayang akan gadis itu.
"Sebenarnya, Mer... Sebenarnya Mer, sebenarnya...."
"Sebenarnya apa syg?" Soal Nubhan lembut, sambil menggenggam jemari gadis itu.
"Sebenarnya Mer... Mer preg...pregnat." Walau berat untuk meluahkan, namun akhirnya hati dia berasa lapang.

NUUR memerhatikan setiap kertas kerja yang akan disusun atur kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan beberapa langganan tetap yang ingin membuat beberapa tempahan design.
Sedang ralit memasukkan kertas kerja kedalam beg bimbitnya tiba-tiba pintu bilik Nuur diketuk oleh seseorang.
"Masuk."
Sejurus dia memandang kearah gerangan yang menghadirkan diri kebiliknya, Nuur pantas memasang wajah masam seolah-olah tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Hatinya masih merasa sakit dan tidak mahu melihat lelaki itu, perasaannya masih diselebungi kekesalan.
"Nuur please, janganlah macam ni." Farish tidak berhenti-henti memohon maaf kepada tunangnya. Sejak dari minggu lalu, sehingga ke hari ini Nuur masih berkeras hati dengannya.
"Please? Okey, please tinggalkan saya. Saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan dan tak ada masa untuk bincangkan hal kita dipejabat ni.!" Nuur mencapai fail-fail yang masih berada diatas meja lalu dimasukkan kedalam beg bimbitnya.
"Nuur, tolong maafkan saya. Saya tak berniat nak buat awak tunggu saya macam tu. Saya betul-betul lupa masa tu kita ada makan malam bersama." Kekesalan menghimpit jiwa, Farish menyesal kerana terlalu mengikut hati untuk bertemu Najihah dan akhirnya dia terlupa akan janji makan malamnya bersama Nuur.
Nuur menghempas beg tangan dan beg bimbitnya diatas sofa berdepan dengan tempat Farish berdiri. Dia berdiri betul-betul berhampiran dengan bakal suaminya itu. Merenung tepat kemata Farish. Nafas mereka sering kali berlaga.
"Farish, saya ingin menerima awak setulus hati saya! Saya ingin belajar mencintai awak. Dan saya minta awak yakinkan saya! Yang awak benar-benar ikhlas terima saya. Jangan berjanji kalau tak boleh berpegang pada janji, dan tak boleh tunai janji! Kalau awak tak mahu semua ini terjadi, masih belum terlambat. Awak boleh tinggalkan saya!" Menitis airmata kekecewaan dipipi gadis itu.
Nuur mencapai beg bimbit dan tas tangannya, ingin berlalu meninggalkan tunangnya itu. Namun tali beg bimbitnya diraih Farish.
"Saya mohon seribu maaf wak. Saya merayu pada awak, tolong beri saya peluang." Farish masih tidak berhenti merayu pada tunangnya. Menitis airmata penyesalan.
Nuur menoleh kearah tunangnya dan merenung tepat kemata lelaki itu. "Kalau awak ingin memutuskan hubungan ini masih belum terlambat Farish, saya akan menerima semua ini."
"Tidak. Saya tak akan memutuskan perhubungan ni. Sebab saya dah jatuh sayang pada awak. Ye saya khilaf sebab lalai dengan apa yang terjadi. Tolong Nuur, jangan pinta saya melakukan hal itu. Sebab saya tak akan sesekali melepaskan awak pergi dari hidup saya." Ingin sekali dia menyentuh pergelangan tangan gadis itu, tapi dia sedar diantara dia dan Nuur belum ada ikatan sah.
Nuur merenung sayu kewajah tunangnya itu, sesungguhnya dia juga telah jatuh sayang pada Farish. Namun apabila mengenangkan Farish itu adalah mantan kekasih adiknya Najihah, ego mula mengatasi. "Tolong jangan ulangi kesilapan ni lagi. Sebab ini hanya akan membuat saya terus-terusan menganggap awak yang bukan-bukan!" Nuur terus berlalu meninggalkan Farish didalam pejabatnya.
"Awak takkan faham isi hati saya yang sebenar Nuur. Kasih dan sayang saya kini milik awak sepenuhnya Nuur. Cuma saya tak tahu kenapa kehadiran Najihah memberi saya merasa kelainan. Saya takkan buat awak kecewa Nuur, beri saya peluang Nuur." Kata-kata itu hanya mampu terluah dan didengari oleh dirinya saat ini.

"AKU peliklah dengan kau ni Han, sejak-sejak ni aku tengok kau gusar tak tentu hala, kenapa? Ada yang tak kena ke?" Soal Kamarudin. Dia duduk dikerusi yang berhadapan dengan meja pejabat Nubhan. Manakal Nubhan berdiri membelakinya sambil memicit-micit kepala.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana Mar. Sebab kalau aku cakap pun bukan kau nak tolong aku." Nubhan mula menghadap kearah sahabatnya itu. Semakin hari, kepalanya semakin sakit memikirkan soal kandungan Merlieana.
"Kau tak beritahu aku apa masalah kau. Macam mana aku nak tolong kau?" Marah Kamarudin.
"Okey aku beritahu kau, tapi kau janji jangan beritahu sesiapa? Boleh?"
"Kau ni macam budak-budaklah. Selama ni aku pernah ke bocor rahsia kita?" Kamarudin tergelak dengan reaksi sahabatnya itu.
"Sebenarnya aku dengan Merlieana......." Hati Nubhan berat untuk menjelaskan pada Kamarudin.
"Dah bercinta?"
"Memang kami dah bercinta tapi, kami dah........."Makin keluh lidahnya untuk berbicara.
"Kau dengan dia dah apa?????" Kamarudin sudah mula menjangkakan sesuatu diluar jangkaan. Dia berharap apa yang dia fikirkan itu tidak benar sama sekali.
"Aku dengan dia dah tidur bersama, Mar." Jujur Nubhan perlahan.
Kamarudin benar-benar tergamam mendengar jawapan dari bibir sahabatnya itu. Dia tidak menyangka Nubhan sahabat yang dia kenal sejak dari kecil itu mampu melakukan perkara terkutuk seperti itu. Pantas dia bangun dan meluru kearah Nubhan, Kamarudin mencekak kolar baju lelaki itu lalu menumbuk kearah perut Nubhan berulang kali sehingga Nubhan kelihatan tidak bermaya.
"Kenapa perangai kau macam ni Han???? Kau tahu tak dengan sikap kau yang macam ni, kau dengan binatang dah tak ada bezanya tahu tak!" Kamarudin melempiaskan kemarahan dan ingin melepaskan tumbukan kewajah Nubhan.
"Mar!!! Aku merayu Mar, biarkan aku beri penjelasan dulu. Lepas tu kau nak bunuh aku, kau bunuhlah Mar. Tolonglah." Nubhan merayu agar diberi kesempatan untuk menjelaskan duduk cerita sebenar. Darah yang deras mengalir dibibirnya dibiarkan begitu sahaja.
Kamarudin berdiri bersandar tubuh didinding berhampiran Nubhan. Dia merenung tajam kearah Nubhan.
"Ada satu malam, Merlieana telefon aku dan minta tolong aku ambil dia dekat pub. Masa aku ambil dia dalam keadaan mabuk, aku bawak dia kehotel. sebab aku takut kalau mama dia akan fikir bukan-buka pasal kami. Waktu masuk kedalam bilik hotel tu, Merlieana masih tak sedarkan diri dia. Waktu aku baringkan dia atas katil-katil, dia tiba-tiba peluk aku. Waktu tu aku terus hilang kawalan diri Mar. Bila aku sedar disebelah siangnya, aku tak pakai apa-apa. Aku tak sangka perkara ni semua boleh terjadi." Jelas Nubhan, matanya terarah kepada luar bangunan pejabatnya.
"Aku tak faham dengan kau ni. Sepatutnya bila kau dah ada dengan ratu iblis tu, kau dah boleh jangka macam-macam tahu tak! Apa yang nak jadi, apa yang akan jadi, apa yang boleh jadi! Sekarang ni kau dah terperangkap dengan diakan???" Kamarudin terduduk dilantai.
"Aku tahu silap aku......"
"Kau tahu, tapi kau buat jugak! Kau fikir tak perasaan Najihah?? Dai isteri kau tahu tak?? Bukan patung cendhana dekat rumah tu! Kau fikir tak perasaan dia kalau dia tahu pasal ni semua?" Cepat Kamarudin meningkah kata-kata Nubhan.
"Ada satu perkara lagi yang aku nak beritahu kau ni." Nubhan tekad untuk memberitahu keadaan Merlieana yang sedang mengandungkan zuriatnya.
"Apa dia.??" Kamarudin cuba bertenang sekali lagi.
"Merlieana mengandung."
"Apa???????"

No comments: