"Nanti ma, bila saya dah bersedia saya pergi melawat dia ya." Nuur malas benar mahu mendengar leteran mamanya yang bakal menjelang sebentar lagi.
"Awatnya?? Hang marah lagi ka dekat Jaja? Pasai pa? Sampai bila hang nak lagu ni? Dah dekat tiga tahun depa kahwin. Takkan hang tak restu-restu lagi? Hang nak ka perkahwinan adik hang tu tak berkat?" Marah Puan Zaini.
"Bukan macam tu ma. Saya tak pernah harap macam tu jadi dekat adik." Nuur melepas pandangan sayu kewajah ibu angkatnya itu.
"Habis? Hang masih dok sakit hati, ceq jodohkan hang dengan si Farish tu? Bukan dengan Kamarudin? Macam tu? Apa nak jadi dengan hang ni Nuur? Hang masih gila bayang ka dengan marka Kuala Lumpur tu?" Puan Zaini mula naik berang.
"Bukan macam tu Ma. Sejak-sejak ni, Nuur banyak kerja. Terlalu ramai orang buat tempahan. Bukannya Nuur suka-suka tak nak jumpa adik. Lagipun Nuur dengan Farish tengah sibuk dengan persiapan perkahwinan." Cepat Nuur mencipta alasan.
"Hang ni Nuur buat suspen ja. Mama harap hang janganlah terus tak bertegur dengan adik hang tu. Adik hang tu ada hang sorang ja." Puan Zaini tidak pernah berhenti berdoa kemelut diantara dua beradik itu terhenti.
"Mama jangan risau, Nuur dengan adik tu akan okey je. Sampai masanya Nuur mesti akan jumpa adik juga." Nuur berjaya meyakinkan ibunya. Dia tahu telah melakukan sebuah dosa kerana terpaksa menipu ibunya soal hati dan perasaan. Namun dia harus menjaga hati dan kesihatan Puan Zaini.
MERLIEANA menjeling sinis melihat rumah besar milik Nubhan itu. Dia benar-benar mengambil kesempatan kerumah itu setelah mendapat tahu Nubhan bertugas diluar bandar. Merlieana menyelinap masuk kerumah mewah itu dengan penuh kesebalan.
"Cik." Satu suara dari arah belakang mengejutkan dirinya, pantas menoleh kearah wanita yang agak rendah darinya dan bertudung litup. Biarpun wajah gadis itu tidak kelihatan secantik dirinya, namun wajah itu kelihatan agak tenang menyembunyikan kesedihan dan kelihatan ayu dengan senyuman.
"Cik ini siapa? Dan cari siapa?" Najihah cuba mengawal perasaan takutnya melihat pandangan tajam gadis itu. Memang terlalu cantik wajah gadis itu, namun pakaian dan pendedahan auratnya mencacatkan kecantikan gadis itu dipandangan Allah.
"Aku Merlieana aka girlfriend Nubhan. And aku datang sini nak cari perempuan yang mengaku isteri Nubhan." Sinis Merlieana.
Najihah terpempam mendengar nama dan pengakuan gadis itu. Merlieana adalah gadis yang pernah bertahta dihati suaminya. Apakah kini gadis itu masih utuh dihati suaminya? Serta merta gugur airmata dipipinya.
"Apa maksud awak Merlieana? Saya tak faham." Najihah masih mengawal perasaannya. Saat ini kepalanya terasa ibarat dihempap sebuah batu yang amat besar.
"Apa maksud aku? Kau ni bodoh ke bangang? Aku cakap aku nak berjumpa dengan isteri Nubhan! Itu pun susah nak faham???" Tengking Merlieana dihadapan wajah Najihah. Dia membesarkan mata galaknya pada wanita itu.
"Saya minta maaf, kalau awak rasa saya tak faham pertanyaan awak. Sebenarnya saya isteri dia." Jawab Najihah tenang. Dia kembali tenang apabila dia merasa punyai kekuatan untuk berdepan dengan gadis itu.
"Oh! jadi kau isteri dia? Taklah cantik mana pun. Tapi pelik, macam mana Nubhan boleh pandang kau?" Soal Merlieana yang berasa teramat jelik pada gadis itu.
"Ye saya isteri abang Nubhan. Memang saya tak cantik, dan saya yakin abang Nubhan nikahi saya tanpa melihat paras rupa saya. Tapi kerana ketaatannya pada orangtuanya." Jawab Najihah berani. Baginya wanita itu sudah hilang hormat terhadapnya.
"Wow. Kahwin sebab keluarga. Aku dah agak. Kalau sebab cinta aku rasa memang tak mungkin, sebab cinta Nubhan hanya milik aku seorang. Kau kenal aku siapa? Aku adalah wanita pertama yang ketuk pintu hati Nubhan. Dan untuk pengetahuan kau, sampai sekarang aku masih berada utuh dihati Nubhan." Merlieana sengaja menegaskan posisi dia dihati Nubhan. Entah kenapa perasaan cemburunya membuak-buak.
"Maaf cik. Saya takkan percaya apa yang cik katakan ni. Sebab bagi cik cuba untuk fitnah suami saya. Lebih baik cik keluar dari rumah saya." Arah Najihah tegas. Kesabarannya sudah sampai dipenghujung. Kebiadapan Merlieana tak boleh dibiarkan.
Merlieana mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas membuka folder gambar-gambar mesranya bersama Nubhan lalu dihulurkan kepada Najihah. "Aku takkan bercakap tanpa bukti okey. Kau boleh tengok sekali dengan tarikh gambar tu. Baru lagikan?"
Titisan demi titisan airmata mengalir dipipi Najihah disaat menyaksikan gambar-gambar mesra Merlieana dan suaminya. Ada yang berpeluk, dan ada pula yang bercium pipi. Terlalu mesra perbuatan mereka, sehinggakan kebanyakan perbuatan itu tak pernah Nubhan lakukan pada dirinya.
Tiba-tiba hati Merlieana tersentuh melihat air mata yang mengalir dipipi Najihah. Pantas dia mengeluarkan kain napkin lembut didalam tas tangan dan sekeping gambar mesranya bersama Nubhan lalu diberi pada Najihah. Merlieana merampas lembut telefonnya, lalu berlalu meninggalkan perkarangan rumah Najihah dan Nubhan. Entah kenapa perasaan bersalah menguasai dirinya.
No comments:
Post a Comment