NAJIHAH merenung tepat kedalam mata Farish sebelum menghembus nafas hampa. Dia cuba mengawal emosinya yang seakan begitu terganggu saat ini.
"Macam mana kita boleh berjumpakan?" Seloroh Najihah selamba, sambil memandang sinis kewajah lelaki itu.
Farish tersenyum manis sebelum menjawab, "Allah, segala-galanya datang dari DIA. Dan pertemuan, perpisahan juga datang dari DIA. Pertemuan kita hari ini kerana DIA." jawab Farish tenang, biarpun hatinya begitu goyah disaat merenung wajah Najihah namun dia sentiasa peringatkan dirinya adalah tunangan orang dan akan bergelar suami orang.
"Tapi saya tak pernah impikan atau harapkan bertemu dengan lelaki yang tak ada hati perut macam awak ni!" Setiap kali melihat wajah Farish, hanya kesakitan yang berpaut dihatinya. Sakit hati bila mengenang dirinya ditinggalkan tanpa kata, tanpa pesan dan tanpa salam.
"Saya tahu awak bencikan, saya tahu kalau boleh awak tak nak tengok muka saya. Dan saya sendiri kalau boleh tak nak jumpa awak. Sebab saya tahu perjumpaan ini hanya akan menyakiti hati awak. Tapi mungkin pertemuan ini adalah kesempatan untuk saya meminta maaf pada awak, saya berharap sangat-sangat awak dapat memaafkan saya." Pohon Farish. Dalam hatinya tidak pernah melupuskan nama Najihah. Gadis itu terlalu bermakna buat dirinya. Namun kerana patuh dan kasih pada keluarga dia menerima permintaan keluarga untuk dijodohkan dengan gadis yang tidak dikenali dan meninggalkan insan yang begitu bermakna buat dirinya.
"Saya dah lama maafkan awak Farish. Saya tak marah dengan sikap awak yang tinggalkan saya macam tu je. Tapi saya sedih. Sedih diatas perbuatan awak, awak pergi tanpa memberitahu apa silap saya. Meskipun kalau awak dah benci saya, salah ke awak beritahu saya, dan kita berpisah secara baik." Menitis jua airmata kepiluan yang ditanggung olehnya selama ini. Najihah terduduk dibangku yang bersebelahan dengan tempat mereka berdiri.
"Maafkan perbuatan saya Najihah. Tapi awak tak kan faham apa tujuan saya buat semua ini terhadap awak. Saya tak nak awak semakin terluka. Saya tak nak awak semakin menderita. Saya tak nak hidup awak jadi porak peranda. Setelah apa yang jadi ini, Allah telah buktikan bahawa antara tak ada jodoh. Cukuplah cinta dizaman persekolahan." Pahit terasa dihati. Farish sedar selama ini dia belum dapat melupuskan sepenuhnya cinta terhadap Najihah.
"Mungkin ini takdir sayakan? Tak apalah Farish, Allah pun dah beri hikmah pada saya. Kini saya dah pun punyai suami yang begitu ikhlas mencintai saya." Jujur Najihah. Dia cuba tersenyum mengawal kesedihan.
Farish sedikit terpempam, namun dia turut tersenyum mengawal kehampaan dan kekecewaan.
"Tahniah. Saya doakan awak bahagia dengan suami awak. Tapi kita tetap boleh berkawankan?" Farish menghulurkan tangan pada Najihah.
Najihah tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish.
DARI sudut berhampiran dengan mereka berdua, Nuur berdiri menyaksikan pertemuan dua hati yang selama ini terpisah. Menitis airmata disaat melihat kemesraan Farish dan Najihah. 'Ya Allah, apa yan gaku buat ni ya Allah? Adakah aku ini memang perampas ya Allah? Adakah aku yang merampas kebahagian mereka.'
"KALAU tak ada apa-apa masalah petang esok, boleh saya nak jumpa awak Jihah." Pelawa Farish.
"Nak jumpa saya? Dekat mana?" Najihah berasa tenang seketika dengan kehadiran Farish. Terlupa sebentar kelukaan yang berpalit dihatinya atas sebab perubahan sikap Nubhan terhadapnya.
"Dekat tempat kegemaran awak?" Cadang Farish. Dia berbesar hati dengan penerimaan Najihah terhadap dirinya, biarpun hanya sebagai sahabat asalkan dia dapat menatap wajah gadis itu.
"Okey, saya tunggu dekat sana ye?"
"Eh, tak apa. Awak bagi alamat rumah, saya datang ambil awak." Farish keluarkan telefon bimbitnya untuk menyalin alamat rumah Najihah.
"Eh, tak menyusahkan awak ke Farish? Tak apalah biar saya datang kesana." Najihah tidak mahu perhubungannya dengan Farish dapat dihidu oleh Nubhan.
"Tak apalah, saya ambil awak. Awak bagi nombor, dan send adrees rumah awak." Cadang Farish. Dia sudah keluarkan telefon bimbitnya.
Nak tak nak Najihah bertukar nombor telefon dengan Farish. Mungkin, bagus juga kalau menerima pelawaan Farish tu, taklah bosan sangat dia dirumah. Mana tidaknya asyik ditinggalkan suami sahaja.
No comments:
Post a Comment