Monday, 14 July 2014

Cinta Aku Hingga Akhir Nafas

[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 27


IMRAN berjalan masuk kedalam pejabat dengan membawa dokumen kerja serta beg bimbitnya. Pakaiannya yang kelihatan segak pagi ini, membuatkan ramai pekerja wanita yang memandang dia dengan senyuman sampai ke telinga. Rambutnya baru sahaja dipotong semalam mengikut kesusaian muka, amat padan dengan wajah kacaknya yang menampakkan seperti lelaki melayu sejati.
            Hari ini dia datang dengan sebuah azam yang baru, azam yang ditanam itu sekadar untuk dirinya kuat meneruskan kehidupan ini. Azam yang dimana sudah tiada lagi perkataan kasih sayang seperti kasih, sayang,cinta, rindu, atau apa sahaja yang berkaitan dengan perasaan.
            Hari ini Imran tidak akan dikenali lagi sebagai manusia yang gemar bermain dengan perasaan, sekadar kerja yang akan menjadi panduan utamanya kini. Tiada lagi titik nota cinta yang perlu wujud dan tiada lagi titik belas kasihan yang perlu hadir dalam jiwanya.
            Tapi mampukah hati seorang insan yang senantiasa berharap meraih kasih, menolak kasih itu? Hanya naluri hati dan keimanan Imran Safiudin yang boleh menjawab.
            Imran memerhatikan Aisya yang sedang melihat seseorang dengan pandangan yang begitu tekun sekali, perlahan dia mendekati gadis itu. Ternyata Aisya sedang leka merenung Ikhwan yang berada didalam bilik pejabat.
            Imran sempat memuji ketampanan abangnya hari ini, lain dari yang lain. Macam berjanji pula nak berketerampilan luar biasa pada hari ini. Tapi mungkin matlamat mereka berbeza.
            Lelaki tampan berkulit cerah itu sempat menggelengkan kepala sebelum menepuk belakang Aisya dengan dokumen kerja yang dipegangnya.
            ‘Terkejut beruk’ Aisya dibuatnya, cepat dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat renungan tajam Imran.
            “Orang suruh datang kerja untuk buat kerja, bukan ‘teropong’ suami orang! Kau masuk bilik aku sekarang sebelum aku sepak kau macam bola dekat sini.” Tempelak Imran kasar, dia berjalan masuk kedalam bilik pejabatnya tanpa mendengar sebarang kata dari Aisya.
            Bau wangian yang dipakai Imran hari ini, lain dari yang lain dan itu telah membuatkan Aisya terkesima ketika. Bau itu benar-benar mendatangkan kedamai pada dirinya. Renungan Imran itu membuat tangkai hatinya rapuh, imannya begitu terusik.
            Penampilan Imran hari ini membuatkan jiwa wanita Aisya sedikit terusik, hatinya seperti diketuk sesuatu. Sempat dia tersenyum sendiri. Hari ini ada dua insan yang telah berjaya membuatkan jiwanya rapuh, hatinya bergetar dan imannya kacau.
            Aisya memeluk tubuh dan tangan kanannya memegang dagu, dia sedikit mendongak dan membayangkan wajah Imran serta Ikhwan silih berganti. Senyuman juga begitu, sebentar senyuman kecil, sebentar senyuman sumbing, sebentar senyuman manis.
            Lamunan Aisya terhenti apabila terasa bahunya dibaling sesuatu, dia memandang ke bawah dan mengambil pen yang terkena pada bahu kanannya tadi. Aisya menoleh kearah kanannya dan melihat Imran yang sedang berdiri dipintu bilik pejabat sambil memandang tajam kearahnya.
            “Ini syarikat pembangunan bukan hospital sakit jiwalah ‘perempuan gila’! Berapa lama aku nak tunggu kau? Kau ingat aku tunggul mati ke dekat dalam bilik ni?!” tempelak Imran kuat, kemudian dia masuk semula kedalam biliknya dengan menghempas pintu biliknya.
            Aisya menahan ketawa dengan amarah Imran, ‘yang kau berkhayal tak tentu pasal tu dah kenapa Aisya sengal?’
            Pintu dikuak perlahan apabila mendapat keizinan masuk dari Imran. Wajah Imran dipandang penuh hormat. Dengan senyuman dia menghampiri meja kerja lelaki itu.
            “Kau ni, dah cukup bagus dah. Ada rupa yang baik, aurat dijaga dengan baik. Tak pakai baju ketat-ketat macam perempuan bertudung yang kebanyakan di Malaysia sekarang ni. Tudung pun dah macam tudung Imelda. Labuh! Pendidikan pun bagus. Tapi sikap kau yang kurang! Kenapa kau suka sangat perhatikan suami orang? Sudah-sudahlah berharap pada yang tak pasti ni Aisya…..” tegur Imran berserta dengan memberi komen tentang diri Aisya dipandangan matanya.
            “Encik Imran ingat senang ke nak melupakan orang yang kita cinta? Saya tengah cubalah ni, ingat boleh sekali gus ke… makan masa tahu tak?” rungut Aisya. Pandangan diarahkan dinding bilik itu.
            “Tapi tak semestinya perlu renung orang macam nak telankan?”
            “Saya tahu…”
            “Kalau masih lagi memandang, masih lagi merenung…. bila yang kau boleh lupakan dia, Aisya? Tindakan dan niat kau tak seiring,” ujar Imran perlahan.
            Aisya duduk dikerusi yang berhadapan dengan Imran tanpa disuruh, airmata sudah bergenang. Dia memandang Imran dengan pandangan sayu. “Macam mana saya nak buat Encik Imran? Setiap hari saya pandang dia, setiap hari saya mesti bertembung dengan dia.  Saya bukan tak cuba, saya cuba tau.. untuk tak cintakan dia lagi. Tapi hati ni degil sangat Encik Imran..” luah Aisya tanpa berselindung. Airmatanya menitis jua.
            “Aisya, jika kita berkehendak… kita boleh berusaha seribu daya. Tapi jika kita tidak berkehendak… kita juga boleh bagi seribu dalih. Apa guna kita hidup sebagai seorang Islam, kalau kita tak mahu berpegang kepada Al Quran, Al Sunnah dan Al Hadis?” Imran bangun dari duduk dan membuka butang atas vase birunya, kemudian dia bersandar di mejanya dan merenung sekilas wajah Aisya.
            “Maksud Encik Imran?”
            “Kembalilah mencintai Dia dulu berbanding yang lain, Aisya. Berusaha dan bertawakallah didalam setiap keinginan kau. Kalau kau terus-terus kejar cinta yang tak pasti dari Ikhwan, sampai bila kau nak bermusuh dengan Imelda? Kau tak rindu ke waktu kebahagian kau bersama Imelda?” Imran merenung Aisya yang sememangnya sedang merenung dia.
            “Mestilah rindu…. tapi hati siapa yang mampu menahan rasa terkilan ni Encik Imran.”
            “Dalam hidup ni, tak semua yang kita nak… kita akan dapat tau. Beralahlah, kalau itu yang terbaik..” Imran kembali duduk dikerusinya dan menilik kertas-kertas kerja.
            “Encik Imran cakap saya lebih… Encik Imran pun sukakan hak orang lainkan?” Aisya mula nak menyakat si Imran.
            Wajah Imran yang sedia tenang berubah menjadi merah dan gelisah. Dia mengalihkan padangan kearah fail-fail kerjanya. “Kau dah tak ada kerja ke, Aisya?”
            “Eleh, nak tukar topik pula. Macam orang tak tahu…” Aisya berpeluk tubuh sambil menjongketkan kening kirinya. Pandangan sinis diberi kepada Imran.
            “Mana kau tahu ni?”
            “Lain kali, telefon tu simpan elok-elok… ni tidak! Letak telefon merata tempat…”
            “Apa kena mengena telefon aku dengan kau tahu tentang aku dengan Imelda?”
            “Agak-agak siapa yer yang letak gambar Imelda menjadi wallpaper telefon dia selain dari Tuan Ikhwan?”
            Imran mengangkat wajah merenung Aisya, ‘tak guna minah ni! Dia buka telefon aku ke?’
            “Saya mengakulah sukakan Tuan Ikhwan tu, tapi tak adalah sampai nak buat wallpaper fhone…” perli Aisya selamba.
            “Kau ni!” Imran membaling pen yang dipegangnya kearah Aisya.
            “Aduh! Encik Imran ni, ganaslah! Sakit tau tak!” Aisya mengusap kepalanya yang terkena pen tersebut.
            “Aku nak baling tempat lain, terkena tempat lain pula… tapi padanlah muka kau!” Imran tersenyum kerana dapat mengenakan Aisya.
            Aisya memberikan jelingan kepada Imran, ‘kalau aku dapat cekik mamat ni, aku takkan lepaskan peluang ni….walaupun sesaat!’
            “Dah kau tak payah nak banyak bunyi dekat sini, ambil fail ni.. pergi bagi dekat Tuan Ikhwan. Pesan dekat dia, jangan lupa tentang meeting pembentangan pemasaran bulan ni.” Imran menghulurkan fail yang baru dia periksa tadi kepada Aisya.
            “Yelah.” Aisya menyambut huluran Imran dan berlalu keluar dari bilik. Entah kenapa setiap kali bersama Imran, segala beban yang ada dikepalanya agak berkurang.
            “Encik Imran?”
            “Apa lagi?” soal Imran, dia memandang kearah Aisya yang sedang berdiri dimuka pintu.
            “Encik Imran kacak hari ni…”
            “Sejak bila awak tahu memuji ni?”
            “Saya memang suka memuji, rasanya Encik Imran yang kena kenal saya betul-betul…”
            Imran sekadar tersenyum kearah Aisya.
            “Tapi saya ikhlas katakan, hari ni Encik Imran kacak. Potongan rambut Encik Imran tu, kena sangat dengan paras rupa….” Terang Aisya ikhlas sebelum berlalu keluar dari bilik lelaki itu.
            Imran tersenyum kecil dan meneruskan kerja-kerjanya bagi persedian mesyuarat sebentar lagi. Fail-fail didepannya, diteliti satu persatu.



            Imelda menghentikan kerjanya bila melihat Aisya yang masuk kedalam bilik pejabat Ikhwan. Dia bangun dari duduk dan melangkah masuk kedalam bilik suaminya melalui pintu bilik khas yang berada di perantara bilik Ikhwan dan bilik Imelda, yang hanya boleh ditembusi diantara bilik pejabat dia dan bilik pejabat Ikhwan.
            Ikhwan menoleh kearah kanan dan melihat wajah bengis isterinya yang sedang merenung Aisya. Kening dia terus berkerut melihat Imelda yang menghampiri Aisya. Lagak isterinya itu sudah seperti harimau hendak menerkam si mangsa.
            “Buat apa kau masuk bilik suami aku?” soal Imelda kasar.
            “Aku cuma nak bagi fail ni pada Tuan Ikhwan…”
            “Kenapa kau tak bagi dekat aku jer? Aku pembantu peribadi dia….” soal Imelda lagi. Kening kanannya agak terangkat, merenung Aisya.
            “Tapi Encik Imran minta aku bagi pada Tuan Ikhwan..” Aisya cuba mempertahankan dirinya. Sudah memang bukan niatnya nak menggatal dengan Ikhwan tetapi hanya untuk menyampaikan arahan Imran.
            “Kau pembantu peribadi Imran, dan aku pembantu peribadi Tuan Ikhwan. Jadi urusan antara Imran dan Tuan Ikhwan yang Imran minta kau kendalikan, kau perlu berurusan dengan aku. Faham?”
            “Sejak bila pula aku nak kena ikut arahan kau?” soal Aisya berani, kesabarannya sudah tercabar.
            “Mulai sekarang!” fail yang berada ditangan Aisya, dirampas oleh Imelda.
            “Fine! Dan jangan lupa untuk pesan pada majikan kesayangan kau tu… sekejap lagi meeting nak mula!” bentak Aisya.
            “Aku tak pekak lagi, jadi kau tak perlu nak terpekik. Dan aku bukan amnesia yang boleh lupa semua benda. Aku tahu tugas aku untuk ingatkan kerja-kerja Tuan Ikhwan,” balas Imelda selamba.
            Aisya hanya mampu mengecilkan mata merenung Imelda. Sakit benar hatinya dengan sikap Imelda yang benar-benar sudah berubah sekarang.
           “Kalau kau dah tak ada apa-apa yang nak disampaikan boleh keluar sekarang! And one more thing, selepas ni.. kalau ada apa-apa urusan yang Imran nak kau sampaikan pada Tuan Ikhwan, kau boleh terus masuk bilik aku dan beritahu aku. Aku sendiri yang akan sampaikan pada Tuan Ikhwan.” Imelda memandang Aisya dengan senyuman sinis.
            Aisya mengeluh lemah.
            “Kau boleh keluar!”
            Aisya memberi jelingan maut dan terus keluar dari bilik itu, tidak sanggup dia berlama disitu. Menghadap perangai Imelda yang begitu, boleh memberi dia hilang semangat untuk bekerja.
            Imelda berjalan ke meja suaminya dan meletakkan fail yang diambil dari Aisya tadi keatas meja Ikhwan.
            “Kenapa dengan sayang ni? Nak marah-marah Aisya jer…. ada yang tak kena ke?” soal Ikhwan lembut.

            “Fail ni untuk diperiksa yer Tuan Ikhwan. Sekejap lagi kita ada meeting dengan Encik Imran berkenaan dengan pembentangan pemasaran bulanan. Ada apa-apa yang Tuan Ikhwan perlukan?” Imelda terus bersikap formal dengan suaminya. Tidak langsung dia menampakkan dirinya adalah isteri kepada lelaki itu.
            Ikhwan mengeluh halus, dia sekadar menggelengkan kepala.
            “Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Imelda berlalu semula kebiliknya tanpa mempedulikan apa yang sedang dirasai atau difikirkan oleh Ikhwan tentang dirinya.
            ‘Hati ini terasa pedih Ikhwan, disaat kau memanggil aku ‘sayang’. Kerana bagiku panggilan itu adalah palsu. Hatiku ini hanya kau permainkan bukan kebenaran.’

IKHWAN menamatkan mesyuarat pada jam satu tiga puluh lima minit tengah hari. Dia amat berpuas hati dengan pembentangan Imran sebentar tadi. Ternyata membawa masuk Imran kedalam syarikatnya bukanlah suatu perkara yang sia-sia, sebaliknya telah mendatangkan sebuah keuntungan besar.
            Apa yang telah Imran lakukan selama bekerja disyarikat Ikhwan, belum pernah mengecewakan. Semua idea yang digarapkan dan dipersetujui Ikhwan, telah membuahkan hasil yang amat lumayan.
            Kadar purata pemasaran yang semakin meningkat juga membuatkan Ikhwan berasa tidak menyesal meletakkan Imran dibahagian Ketua Eksekutif Pemasaran.
            Beberapa kakitangan syarikat yang turut terlibat ketika mesyuarat tadi mengambil keputusan untuk keluar makan tengah hari. Sebaliknya Ikhwan, Imelda, Aisya dan Imran menuju ke surau yang disediakan di syarikat itu, bagi menunaikan solat fardhu Dzuhur.
            Usai mengambil wudu’, solat di dirikan dengan berimamkan Tengku Ikhwan. Tanpa diminta sesiapapun, Imelda, Aisya, Imran terus menjadi mahmum Ikhwan.
            Imelda yang disaat ini berasa benci pada Aisya, berasa marah pada Ikhwan dan berasa tidak selesa dengan Imran, membuang perasaan itu demi menghadap Illahi dengan tenang.
            Aisya yang disaat ini punyai masalah dengan Imelda dan tidak mampu berasa dekat dengan Ikhwan, turut membuang perasaan itu demi menghormati solat yang ingin didirikan.
            Imran yang ketika ini tidak sehaluan dengan abangnya, dia membuang rasa itu demi berjiwa hamba kepada Allah.
            Segala hal dan masalah dunia mereka lupakan bagi mengabdi diri kepada Allah swt. Segala soal peribadi itu hanya dipulang balik pada hati tanpa meluahkan secara lisan atau perbuatan. Semuanya demi Allah swt.
            “Assalamualaikum waramatullah… Assalamualaikum waramatullah..” Ikhwan memberi salam kearah kanan dan kirinya tanda usai solat Dzuhur. Dengan penuh kehambaan tangan ditadah dan mendongak sedikit merenung keadaan sekeliling. Mencari-cari keikhlafan-keikhlafan diri, dan berdoa dengan penuh rasa kehambaan.
            “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami… sesungguhnya kami adalah hambaMu ya lalai. Ampunilah dosa kedua orang tua kami, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kecil dulu. Ya Allah, panjangkanlah umur kedua orang tua kami, dan berikanlah rezeki keatas kedua orang tua kami.” Doa-doa Ikhwan turut diaminkan oleh Imran, Aisya dan Imelda.
            “Ampunilah adik beradik kami, dan peliharalah mereka….” jiwa Ikhwan menjadi sebak ketika melafaz doa itu. Terasa seakan mahu memeluk tubuh Imran yang berada disebelah kanannya.
            Gugur airmata Imran ketika mendengar doa Ikhwan. ‘Andai aku mampu untuk memelukmu wahai abang.’
            “Ampunilah ke dua datuk dan kedua nenek kami, ampunilah para sahabat kami, ampunilah saudara-mara kami… dan ampunilah seluruh kaum muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat…” segala kesusahan dan penderitaan melanda di Palestin yang disaksikan di kaca telivisyen pagi tadi terpapar diruang ingatan. Bahunya sedikit terhinjut-hinjut menahan sebak.
            “Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada semua saudara islam kami di Palestin dan Syria yang sedang berdepan dengan musuhMu yakni Yahudi Lanaktullah. Kau jadikanlah jiwa mereka, jiwa yang kuat dalam mempertahankan tanah islam itu…”
            Airmata Imelda dan Aisya turut menitis bila membayangkan keadaan yang terjadi di Palestin, hati wanita mereka diruntun pilu.
            “Kau jadikanlah perjuangan mereka itu sebuah perjuang fisabilillah yang mana jihadnya itu diterimaMu ya Allah… Kau tempatkanlah setiap saudara islam kami yang tumbang itu, ditempat yang beriman dan dikasihiMu. Kau pecah belahkanlah hati para pejuang yahudi itu, dan Kau rosakkanlah kesatuan mereka…”
            “Ya Allah, permudahkanlah hari-hari yang kami lalui… berikanlah jiwa kami sebuah jiwa yang tenang. Pelihara hati kami dengan keimanan ya Allah… permudahkanlah segala urusan makruf kami, dan Kau hancurkanlah segala urusan mungkar yang ingin dilaksanakan atau terlintas dihati kami….”
            “Sesungguhnya kamilah hambaMu yang menyembahMu ya Allah, dan kepadaMu jualah.. tempat kami meminta pertolongan. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkanMu ya Allah… dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu adalah utusanMu yang mulia. Kalbulkanlah doa kami ini ya Allah… Aamiin aamiin ya rabbal alamiin…” Ikhwan mengaminkan doa dan membawa telapak tangan yang ditadah tadi kemukanya, diikuti dengan Imran, Imelda dan Aisya.
            Agak lama Ikhwan merenung ke dada sejadah, dengan seribu satu rasa yang tidak terungkap. Terasa sedikit ketenangan mengalir dijiwa, sedikit keamanan bermukim dihati dan sedikit keselesaan dikepala.
            Ikhwan menggerakkan sedikit badannya kearah kanan dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Imran.
            Imran yang sejak tadi tertunduk sedang berdzikir, terpempam melihat huluran yang diberikan oleh Ikhwan. Perlahan kepalanya diangkat dan direnung mata Ikhwan untuk mencari sebuah keikhlasan.
            Entah kenapa tanpa suara, hatinya merasakan bahawa Ikhwan juga sedang merindui dia sepertimana dia merindui lelaki itu.
            Perlahan tangan Ikhwan dicapai dan dikucup lembut tangan abangnya, airmata mengalir sederas-derasnya. Diangkat wajahnya dan direnung wajah lelaki yang dahulu pernah mengasihi dia dengan begitu tebal.
            Ikhwan menarik bahu Imran kedalam pelukannya, airmata yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Kerinduan terasa terubat kini, dendam seakan menjadi sebuah cairan yang mengalir terus pergi. Yang ada dijiwa dan hatinya saat ini adalah sebuah kasih sayang yang memang sudah lama tersimpan untuk Imran.
            Terhinjut-hinjut bahu Imran ketika dirinya dipeluk oleh Ikhwan, sebuah rasa kerinduan terubat kini. Baru semalam dia berazam untuk berhenti berharap, tapi ketika mesyuarat tadi lahir semula harapan itu terhadap abangnya dan disaat ini, dia sudahpun berada didalam pelukan Ikhwan. Pelukan yang memang selama ini dia bergantung harap.
            Imelda menyambut huluran tangan Aisya dengan penuh kelembutan. Wajahnya direnung Aisya penuh harapan, jiwanya yang tadi masih merasa benci terhadap wanita itu telah menjadi kosong tanpa rasa. Tubuhnya dipeluk Aisya dengan penuh kesyahduan, dia membalas dengan perasaan tanpa rasa.
            Aisya tidak sanggup dan tidak terlalu betah untuk berlama-lamaan berkeadaan begitu dengan Imelda. Wajah putih gebu Imelda direnung penuh harapan.
            “Imelda, tolong maafkan aku….” Ucap Aisya perlahan, airmatanya menitis.
            Imelda memandang Aisya dengan pandangan yang tidak terisi di relung hati. Tiada jawapan yang mampu diungkap saat ini. Hanya balasan renungan yang mampu diberikan kepada Aisya.
            Ikhwan meleraikan pelukannya dan memandang adiknya dengan renungan redup, kasih yang terserap ibarat sebuah kain basah yang begitu menyerap kasih serta rindunya terhadap Imran.
            “Abang….” Imran memandang Ikhwan dengan penuh harapan, airmata yang mengalir dipipi menunjukkan segala rasa dihati yang tak mampu diungkapkan.
            “A…Adik..” perlahan panggilan itu meniti di bibir.

            Imran tersenyum keharuan, panggilan yang selama ini sudah lama hilang kini sudah muncul dibibir Ikhwan buat dirinya.
            Perlahan bahu Imran ditepuk, dia memusingkan badan kebelakang dan merenung wajah isterinya yang sedang memandang Aisya.
            Imelda tidak mampu mengungkap sebarang kata kepada Aisya, dia sekadar menyentuh bahu gadis itu sebelum mengesot sedikit menghampiri Ikhwan. Perlahan jemari Ikhwan yang dihulur, dia sambut.
            Bibirnya mengucup lembut jemari Ikhwan, sebuah rasa hadir dalam hati. Dia mengangkat wajah merenung mata suaminya mencari sebuah keyakinan yang hampir pudar dihatinya.
            Imelda sekadar menggeleng perlahan dan bangun dari duduknya. Dia dan yang lain-lain mengemaskan diri untuk keluar dari pintu surau bagi membuat haluan masing-masing sebelum menyambung pekerjaan.
            Di pintu surau ketika Imran dan Imelda sedang memakai kasut, lelaki itu menegur Imelda dengan nada yang lembut.
            “Imelda, awak nak pergi mana?”
            “Saya ingat nak keluar makan dulu, kenapa?” soal Imelda semula.
            “Kalau macam tu, saya ikut boleh?”
            Imelda tidak terus memberi jawapan, dia memandang kearah Ikhwan yang sedang asyik berborak dengan Aisya. Hatinya menjadi panas dengan sikap suaminya yang boleh berbual-bual bersama Aisya.
            “Boleh, jom…” jawab Imelda cepat. Dia berjalan bersama Imran, melepasi Ikhwan dan Aisya.
            Ikhwan yang sedang leka berbual dengan Aisya, terus terhenti bila melihat isterinya yang berjalan bersama adiknya.
            “Aisya, saya rasa ada benda yang perlu diselesaikan diantara kita….” Ikhwan sudah tidak mampu hidup didalam pertanyaan.
            “Apa maksud tuan?” soal Aisya pelik. ‘Mamat ni dah kenapa? Tiba-tiba pula…’
            “Ikut saya…”
            “Ikut tuan?” Aisya mengekori Ikhwan dengan keadaan yang masih tertanya-tanya maksud dan tujuan Ikhwan yang sebenar.


IMELDA sekadar merenung makanan didepannya, tanpa berniat untuk makan. Wajah Ikhwan yang berlayar difikirannya.
            Imran yang sedang menguyah makanan memandang Imelda dengan tanda tanya. “Imelda, awak okey tak?”
            Imelda sekadar mengangguk.
            “Makanlah nasi tu, tak baik buat macam tu…” tegur Imran lembut.
            “Saya tak ada selera…”
            “Kalau awak tak ada selera sekalipun, saya yakin baby dalam perut tu lapar… makanlah sikit.” Imran cuba memujuk gadis itu. Wajah Imelda tak lepas direnungnya.
            Imelda menyentuh perutnya yang kini terkandung zuriat Ikhwan, lelaki yang masih dimarahi. Lelaki yang kepercayaannya sudah berkurang, tetapi benih cinta ini sepertinya memerlukan kekuatan diantara mereka.
            “Marah macam manapun kita, dalam apa situasi pun kita… jangan jadikan anak dalam kandungan tu sebagai mangsa. Awak perlu jaga dia, dan dia perlukan awak untuk hidup..” tegur Imran ikhlas.
            Imelda mengangguk perlahan dan menjamah makanan didepannya demi anak didalam kandungan itu. Benar apa yang dikatakan Imran, anaknya tidak bersalah. Dan anak itu tidak patut menerima tempias masalah yang sedang dia hadapi.
            Sesudah makan Imran tidak terus pulang, tetapi dia mengambil ruang untuk berbual dengan Imelda. Wajah gadis itu direnung dengan penuh tenang, dia melihat ada perubahan sedikit diwajah Imelda. Ketika pertama kali menemui gadis itu, pipinya tidak segebu itu. Tapi kini pipi itu kelihatan begitu gebu, mungkin kerana kesan kandungannya.
            “Macam mana awak dengan Ikhwan?” soal Imran lembut.
            “Macam tu jer…”
            “Sampai bila?”
            “Entah…”
            “Imelda saya tahu….” kata-kata Imran dipotong oleh Imelda.
            “Awak tak tahu Imran, awak tak tahu apa yang saya rasa. Sakit dihati ini teramat sangat, Im…”
            “Tapi awak masih tak beri Ikhwan peluang untuk membuat penjelasan. Awak tak boleh hukum dia macam tu. Awak sedar tak apa yang awak buat ni, turut menghukum diri awak sendiri?”
            “Saya tak boleh nak fikir apalah sekarang ni… hati saya terlalu sakit Imran. Mungkin sebab saya terlalu memendam, mungkin sebab selama ni saya hanya diam dengan apa yang orang buat pada saya. Benda berlaku sekelip mata dalam diri saya.” Imelda memandang sekita restoran itu, dan cuba mencari kekuatan.
            “Pertama saya dikejutkan dengan perasaan kawan baik saya sendiri terhadap suami saya, lepas tu.. tidak semena-mena saya kena dengar sebuah kebenaran yang disembunyikan oleh suami saya. Saya bingung, saya keliru. Saya tak nampak sama ada perkahwinan ni perlu diteruskan ataupun tidak…”
            “Bawak mengucap Imelda…. awak bercakap dalam keadaan awak tengah stress. Saya percaya awak sayangkan perkahwinan ni dan awak begitu mencintai Ikhwan. Cuma silap awak adalah awak tak nak beri peluang pada Ikhwan untuk menjelaskannya. Imelda, kita bukan malaikat yang tak buat silap.. kita manusia biasa yang tak mampu lari dari kesilapan…” tegur Imran lembut.
            “Saya percaya Ikhwan begitu mencintai awak, dan saya percaya dia teramat menyayangi. Dia meletakkan keyakinan pada diri awak dengan keyakinan yang amat tinggi. Sehingga dia tak takut kalau awak rapat dengan saya, kerana dia percaya bahawa awak hanya akan mencintai dia dan bukan orang lain.” Imran merenung kelantai untuk mencari sebuah kekuatan bagi meneruskan kata-katanya. Dimana letaknya hati dia saat ini. Dia menasihati orang yang dia cinta untuk cinta kepada orang lain. ‘Ya Allah, berikan aku kekuatan.’
            “Memang saya cintakan dia dan tak mampu untuk bayangkan hidup saya tanpa dia… tapi hati saya masih sakit, Imran..” luah Imelda.
            “Sakit itu perlu dirawat dan cara untuk merawatnya adalah dengan awak memberi peluang kepada Ikhwan untuk memberikan penjelasan. Sejauh mana awak pergi, dia tetap suami awak. Sejauh mana amarah, awak takkan mampu atasi kasih sayang awak pada dia. Saya percaya Imelda…. jauh di sudut hati awak, awak mengharapkan penjelasan dari Ikhwan. Berilah dia peluang, sebab dia berhak untuk menjelaskan dan awak kena dengar.” Imran merenung Imelda dengan penuh rasa kasih yang terpendam.
            “Kita tak perlu mempebesarkan kesakitan itu, andai kesakitan itu hanya akan membuang rasa kasih dan sayang kita. Awak perlu tahu Imelda, kehormatan awak pada Ikhwan tak boleh hilang atau berkurang… kerana dia tetap suami awak. Itu adalah kenyataan yang awak tak boleh buang…”
            Imelda tidak mampu bersuara apa-apa, dia sekadar mendengar nasihat yang diberikan Imran. Airmata yang hendak menitis ditahan.
            “Kalau awak tak nak pandang Ikhwan sebagai suami sebab awak rasa kesalahan dia tu besar sangat.. awak pandanglah Ikhwan sebagai bapa kepada anak awak. Dia berhak keatas anak tu, dia berhak untuk memberikan kasih sayang keatas anak tu…”
            Imelda merenung mata redup Imran dengan seribu satu perasaan. ‘Imran, kau memiliki hati yang begitu kuat. Disaat kau mengaku cinta kepada aku, kau juga yang memberi kekuatan kepada aku untuk meneruskan rumah tangga ini. Betapa mulianya hatimu insan.’


AISYA menolak pinggan yang kosong itu dan merenung majikannya, cinta dihati terhadap lelaki itu kini sudah mula bergelora. Dia masih tertanya-tanya kenapa Ikhwan mengajak dia ke restoran itu, mana mungkin sekadar untuk makan tengah hari.
            “Tuan..” panggil Aisya perlahan, dia bertambah hairan melihat Ikhwan yang menjamah makanan seperti acu tak acu.
            “Yer, Aisya…” Ikhwan memandang Aisya sekilas sebelum kembali merenung makanan didalam pinggan.
            “Kita tak dating sini untuk makan jerkan?”
            “Betul tu…”
            “Apa sebenarnya yang Tuan Ikhwan nak?” soal Aisya lembut.
            “Sebenarnya ada apa antara awak dan Imelda? Kenapa Imelda bertindak dingin dengan awak?” soal Ikhwan tegas, dia mencari kebenaran dimata bulat Aisya.
            Tertunduk Aisya mendengar persoalan itu, mana mungkin dia mampu menceritakan hal yang sebenarnya.
            “Aisya saya merayu dengan awak, tolong beritahu apa yang membuatkan Imelda begitu marah dengan awak… apatah lagi disaat awak dekat dengan saya..”
            “Perlukah saya menjelaskan semua itu Tuan Ikhwan?” soal Aisya lemah.
            “Ia amat penting bagi saya Aisya… keadaan rumah tangga saya dah kucar-kacir sekarang ni. Saya tak tahu apa yang terjadi antara awak dan dia, saya tak mahu kerana perkara yang saya tak tahu tu… akan menyebabkan hubungan saya dengan dia semakin rumit. Awak faham tak Aisya?” soal Ikhwan perlahan.
            “Saya tak tahu nak jelaskan macam mana dengan Tuan Ikhwan, tapi sejujurnya saya cakap… saya tak niat nak merumitkan lagi keadaan.” Aisya merenung wajah Ikhwan sebentar dan kembali menunduk. Hatinya berat untuk bertindak jujur dengan lelaki itu.
            “Awak perlu jelaskan pada saya Aisya… Imelda pernah cakap dengan saya, yang awak telah khianati dia? Apa maksud dia?” Ikhwan tidak berputus asa untuk mengetahui kebenaran.
            “Tuan Ikhwan betul-betul nak tahu?” soal Aisya perlahan. Mungkin sudah masa untuk dia memberitahu hal yang sebenarnya pada Ikhwan. Bukan balasan yang diharapkan, cuma pemulihan hubungan Ikhwan dan Imelda menjadi keutamaan kini.
            Ikhwan mengangguk cepat.
            “Sebenarnya saya pernah meluahkan perasaan saya pada dia, sehingga menyebabkan dia bertindak jadi macam tu…”
            “Maksud awak?”
            “Tuan percaya tak pada cinta pandang pertama?” soal Aisya lembut, wajah kacak Ikhwan direnung. ‘Mengapa kau tak mengerti Ikhwan?’
            “Cinta saya pada Imelda juga bermula daripada pandang pertama… masakan saya tak percaya,” balas Ikhwan lembut.
            “Saya juga pernah mengalami perasaan itu Tuan Ikhwan. Saya jatuh hati dengan orang itu kerana pandangan pertama… tapi saya cuba menafikannya. Kelembutan lelaki itu, keperibadian lelaki itu dan sifat baik lelaki itu benar-benar telah membuatkan saya semakin mencintainya. Suatu hari saya meluahkannya pada Imelda, dan itulah yang membuatkan Imelda menjauhi saya serta mendingini saya…” jelas Aisya tenang.
            “Kenapa Imelda perlu menjauhi awak dan bersikap dingin dengan awak? Sedangkan itu perasaan yang baik…” Ikhwan sudah semakin bingung dengan cerita Aisya ketika ini.
            “Tuan percaya tak, semua wanita pun tidak mampu menerima kenyataan saya ini… apatah lagi wanita bergelar isteri?” Aisya mengumpul kekuatan.
            Ikhwan sudah mula gugup dengan kata-kata Aisya, dadanya sudah terlebih dahulu berombak. Apa sebenarnya yang dimaksudkan Aisya, dia tidak tahu tetapi sudah hampir tahu.
            “Isteri mana yang boleh menerima hakikat bila ada orang lain yang menyintai suaminya dan sahabat mana yang boleh menerima bila sahabatnya mencintai suami dia sendiri? Sahabat mana yang tidak terluka Tuan Ikhwan?” Aisya menyuarakan dengan nada suara yang begitu sebak, dia beruasaha mencari kekuatan untuk merenung Ikhwan.
            “Apa maksud awak ni Aisya? Awak jangan cakap yang…..” Ikhwan tidak mampu meneruskan kata-kata. Jiwanya berasa sesak saat ini.
            “Yer Tuan Ikhwan, saya mencintai Tuan Ikhwan dan mengakuinya pada Imelda sendiri. Kerana itu saya digelar olehnya seorang pengkhianat.” Aisya memandang Ikhwan.
            “Tapi kenapa saya Aisya? Saya suami Imelda, kawan baik awak sendiri….”
            “Salah saya ke disaat hati ini sendiri terluah sebuah rasa? Salah saya ke bila hati yang menyatakan cinta? Kerana keprihatinan Tuan Ikhwan terhadap saya…. itu semakin menambahkan rasa Tuan Ikhwan.” Kejujuran yang Ikhwan mahukan, maka dia akan jujur.
            “Jadi kerana ini Imelda berubah sikap dengan awak dan bertambah dingin dengan saya….” Ikhwan mengeluh halus.
            “Apakah memang tiada ruang itu untuk diri ini, Tuan Ikhwan?” soal Aisya perlahan. Dia sedar soalan itu kejam, tetapi hatinya menginginkan jawapan.
            “Aisya… saya menghargai rasa yang hadir dihati awak untuk saya, dan saya tak nafikan… saya pernah merasainya dahulu. Tapi saya mohon maaf Aisya, saya hanya mampu merasai cinta tanpa balasan. Saya tak mampu mengisi ruang lain untuk awak dihati ini, kasih sayang saya pada awak… tidak melebihi kasih kepada seorang sahabat atau kasih kepada adik perempuan.” Ikhwan tertunduk mencari kekuatan hati dan iman.
           “Sebab cinta Tuan pada Imelda begitu mendalamkan?” soal Aisya sekali lagi, airmata sudah menitis dipipinya.
            “Dahulu saya diberikan anugerah seorang isteri yang begitu memahami dan menyayangi saya. Beberapa tahun selepas itu, saya bertemu Imelda. Seorang gadis yang pada saya begitu istimewa, seorang gadis yang punyai tarikan tersendiri. Saya tak pernah menyangka yang saya akan menikahi dia.” Ikhwan mengalihkan pandangan kearah lain. Airmata yang hampir menitis, ditepis cepat.
            “Mengahwini Imelda adalah sebuah anugerah yang teramat-amat terindah dalam hidup saya… kasih dia memahami saya, sayang dia menghapus lelah saya, perhatian dan layanan dia menglengkapi jiwa saya dan cinta dia melengkapi hidup saya…” pandangan dialihkan kearah Aisya semula.
            “Saya tak mampu membalas apa yang awak rasa, setelah Imelda melengkapi segala-galanya. Imelda tiada kurang bagi saya, bahkan saban hari dia menambah seri hidup kami. Bahkan setiap hari cinta saya terhadap dia semakin bertambah. Tidak sedikitpun dia melukakan saya… mana mungkin saya mengkhianati cinta sempurna yang telah Allah kurniakan untuk saya, Aisya.” Tiada ruang atau tempat untuk dia kata Imelda salah. Imelda adalah isteri terbaik baginya.
            “Imelda beruntung kerana memiliki cinta insan yang bernama Tengku Ikhwan..” Aisya bersuara perlahan.
            “Bukan Imelda jer yang beruntung. Saya lebih beruntung kerana memiliki cinta sesempurna Imelda, saya terlalu beruntung Aisya. Saya tak sanggup untuk kehilangan dia. Jika segala kekayaan yang saya punya ini adalah ganti untuk saya memiliki kelembutan dan kasih sayang Imelda semula… saya sanggup. Asal Imelda tak jauh dari saya.” Wajah isteri yang begitu dia cintai, terbayang diruang mata.
            “Saya tahu cinta Tuan Ikhwan begitu padat untuk Imelda.. tapi saya…” jemari Ikhwan yang ingin dicapai, dielak oleh Ikhwan lebih cepat.
            “Maafkan saya Aisya… saya tak mahu menambah luka dihati Imelda. Cukuplah saya mengukir dihatinya dan sehingga kini, masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Saya mohon pada awak, carilah insan yang lebih layak berbanding saya untuk berada disamping awak. Awak percayakan, yang Allah telah tetapkan dengan siapa jodoh kita. Maafkan saya Aisya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum..” Ikhwan berdiri dan berlalu meninggalkan Aisya sendirian disitu.
            Aisya tidak menahan atau menghalang perbuatan Ikhwan yang berlalu meninggalkan dirinya. Apa yang ingin dia lakukan saat ini adalah mencari kekuatan untu menerima hakikat. Hakikat yang telah terjawab. Hati Ikhwan tidak ditakdirkan untuk dirinya.

IKHWAN duduk disisi isterinya dan memeluk pinggang Ajihah, wajah redup itu direnung penuh kasih. Sedikit senyuman tawar diukir bagi menyembunyikan perasaannya kala ini.
            “Sayang boleh pergi untuk tenangkan fikiran, tapi sayang kena tahu… Manja tak jamin akan tutup mulut. Dan Sayang jangan pergi lama-lama, Sayang kena ingat… Manja dan Imelda pregnant.” Hanya pesanan yang mampu Ajihah berikan kepada suaminya.
            Berkali-kali dia mencegah Ikhwan dari pergi. Tetapi lelaki itu tetap berdegil dengan keputusannya. Kata Ikhwan, dia mahu mencari ketenangan dan kekuatan untuk berdepan dengan Imelda.
            “Sayang janji Manja, Sayang tak akan lama… Manja jangan risau, keselamatan Manja disini terjami.” Ubun-ubun Ajihah dikucup lembut.
            “Manja memang selamat dekat sini. Bibik semua ada… Imelda?” soal Ajihah lagi.
            “Imran akan tengokkan dia…” jawab Ikhwan cepat.
            “Imran?”
            “Yer… Imran.”
            “ Tapi kenapa dia? Sayang yakin ke dia boleh jaga Imelda, atau dia yang akan makan Imelda nanti?”
            “Adik Sayang tak akan pernah khianati abang dia. Dia menjaga kakak ipar dia, bukan kekasih dia…” Ikhwan sudah mula meletakkan keyakinan pada Imran adiknya.
            “Tapi Sayang tahukan Imran cintakan Imelda.”
            “Sayang tak tahu… dan sayang taknak tahu. Manja jangan risau, bukannya Imran tu duduk satu rumah dengan Imelda dan bukannya Sayang ni nak pergi berbulan-bulan. Sayang tetap akan pantau Imelda. Okey?” Ikhwan meyakinkan isterinya.
            “Kalau dah itu kata Sayang, tak apalah. Sayang pergi baik-baik.” Ajihah mengekori suaminya kedepan pintu rumah.
            Ikhwan memasukkan bagasinya semua kedalam bonet kereta dan menghampiri Ajihah. Dahi wanita itu dikucup kasih. Mata gadis itu direnung ikhlas.
            “Jaga diri baik-baik, jangan tinggal solat. Sayang akan balik.” Tangannya dihulurkan kepada Ajihah.
            Ajihah mengucup kemas jemari suaminya, wajah itu ditatap lama. Dia yakin dan pasti akan merindui wajah kesayangan itu.
            Perlahan Ikhwan melangkah ke pintu kereta. “Assalamualaikum, Manja…”
            “Waalaikumusalam, Sayang…”
            Sebaik menghidupkan enjin kereta, Ikhwan mendail nombor adiknya. “Adik…”


Manakala hati menggeliat mengusik renunganMengulang kenangan saat cinta menemui cintaSuara sang malam dan siang seakan berlaguDapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimuKau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatikuSukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamuTerima kasih pada maha cinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Lembah yang berwarnaMembentuk melekuk memeluk kitaDua jiwa yang melebur jadi satuDalam kesunyian cinta
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati


15 comments:

kamilah said...

senyap jer....nk lg, sedihhhhhhh..huhuhu

Wakil Admin said...

mewakili admin: saidatul nuur amalina

writter sedang bercuti bagi menghormati inseden-inseden yang telah menimpa negara kita dan negara islam kita iaitu GAZA.
Beliau akan update semula selepas menyambut kemerdekaan tidak lama lagi.

Kehidupanku Didunia Ini said...

Sebentar ye semua... otw upgrade

Ili Irsyana said...

kata nak upgrade -.- dah dua tahun kan ni

Anonymous said...

sambunglah cerita ni best sangat.please

farah said...

next, apa jadi ? sambung please. best nie.

private number said...

It's been 4 years now.sambungla sis best sgt crita ni.next entry please😞

miss_aihan said...

Bila nk sambung ni
Bila buka inilah episod akhir cerita ni

Ainul said...

Kak,sambungla..huhu..best citer ni

Unknown said...

Best!!!!!!
Tolong sabung.. Please

Unknown said...

X de sambungan ke?

Anonymous said...

24.6.2019 still takda sambungan ��

Kehidupanku Didunia Ini said...

MAAF GUYS!!!!!!!
ACTUALLY DULU ADA PENERBIT SURUH HOLD SEBAB DIA NAK TERBITKAN.
TAPI ADA MASALAH TEKNIKAL SIKIT.
DAN THIS IS 2019 GUYS!!!!!!
NA BARU ADA MASA MAU SAMBUNG INI CERITA. BUT GUYS, KORANG MASIH MAU BACA KA???
HURMMMMM

Unknown said...

Sambung lagi... Saya tunggu

Unknown said...

Plssss sambunggg dari tahun lepas lagi tunggu ni 😭😭😭