[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 24
IKHWAN menahan Imelda
yang hendak masuk kedalam kereta dibahagian pemandu, wajahnya yang pucat
merenung gadis itu dengan penuh harap.
“Sayang… abang nak tanya sikit
boleh?” soal Ikhwan perlahan, matanya terbuka kecil kerana tubuh badannya
berasa sangat lemah saat ini.
“Tanya apa?” soal Imelda dingin, dia
memandang suaminya yang kelihatan lemah dan berwajah kecil. Ikutkan hatinya
ingin sekali dia menanyakan kesihatan suaminya, tapi jiwanya tetap menidakkan.
Imelda sendiri pelik dengan dirinya yang begitu dingin dengan Ikhwan, bau wangian
yang Ikhwan pakai juga begitu menyakitkan!
“Abang ada salah ke?” Ikhwan berdiri
di depan Imelda yang sedang bersandar di pintu kereta sambil merenung dirinya.
Imelda tidak menjawab soalan
suaminya dan sekadar menggelengkan kepala.
“Imelda, abang tak tahu apa yang
buat Imelda susah sangat nak bercakap dengan abang sekarang.. dan kalau kerana
abang banyak habiskan masa dekat rumah Kak Manja yang menyebabkan Imelda jadi
macam ni, abang minta maaf. Abang tak niat….” kata-kata Ikhwan dipotong Imelda.
“Bukan sebab abang banyak habiskan
masa dengan Kak Manja sejak-sejak ni penyebab Imelda jadi macam ni, Imelda
sendiri tak tahu kenapa dengan diri Imelda. Imelda tak ambil hati pun bila
abang buat macam tu, cuma rindu tu memang ada… tapi Imelda faham keadaan akak
yang lebih perlukan abang sekarang ni. Imelda cuma tak tahu kenapa yang Imelda
jadi dingin dengan abang macam ni, dan tak suka bau abang, tengok muka abang..
sebab tu Imelda pun menjauh dari abang. Sebab Imelda tak nak jadi isteri yang
derhaka dan isteri yang kurang ajar… Imelda perlukan masa, dan masa tu tak
perlukan abang untuk membantu. Imelda akan usaha sendiri. Buat masa ni, kak
Manja lebih memerlukan abang…” terang Imelda dengan penuh jelas kepada
suaminya.
“Tapi Imeldakan isteri abang, abang
tetap rasa bersalah…”
“Abang perlu buang rasa bersalah tu,
sebab benda ni bukan serius sangat… Imelda okey…
cuma kebelakangan ni, emosi Imelda terganggu. Abang tak perlu fikir yang
bukan-bukan, abang jaga jer kak
Manja.. jangan sia-siakan peluang yang dah ada ni, jaga kak Manja dan jaga
kandungan kak Manja… itu lebih penting sekarang ni. Imelda dah besar, Imelda
boleh jaga diri Melda sendiri..” tegas Imelda, wajah Ikhwan dipandang sekilas.
Ikhwan mengeluh lembut sambil
menyentuh pipi Imelda, jauh di sudut hatinya dia begitu merindui Imelda. Tetapi
keadaan Ajihah lebih memerlukan dia.
“Abang sayangkan Imelda
sangat-sangat, abang takut kehilangan Imelda… dan abang tak nak kehilangan
Imelda. Imelda fahamkan maksud abang..” Ikhwan merenung mata isterinya dengan penuh
kasih.
Imelda tersenyum dan mengangguk
tanda mengerti, “abang baliklah… kirim salam pada kak Manja,”
“InsyaAllah, Imelda memandu
hati-hati ye.. abang minta maaf sebab tak dapat balik rumah malam ni,”
“Tak apa, Imelda faham…”
IMRAN membuka kotak baldu
kecil yang berisi cincin emas permata, cincin itu di pegang dan direnung penuh
makna. Dia menguntum senyuman penuh makna, wajah Imelda berlayar diruang
matanya.
“Dahulu aku fikir cinta itu adalah
sebuah kenikmatan biasa, tetapi rupanya ia begitu berharga. Kehadiran kau
memberi aku seribu satu rasa yang membawa satu maksud… iaitu cinta. Imelda, aku
bukanlah seperti lelaki yang mempunyai
sifat romantis untuk mengorat, aku hanya lelaki biasa yang berniat untuk
memilikimu dengan cara yang halal… semoga Allah permudahkan urusan ini.” Imran
meletakkan semula cincin itu didalam kotak baldu dan diletakkan kotak itu
diatas mejanya.
Dia sudah bersedia untuk melamar
Imelda menjadi yang halal disisinya, dia mahu menjadikan gadis itu adalah yang
pertama dan terakhir yang mendapat cintanya.
Segala persiapan hantaran sudah
dimaklumkan kepada bonda dan babanya. Cuma bonda dan babanya masih
tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang sudah mendapat tempat di hati
Imran. Nama mahupun gambar Imelda juga tidak diberi pada kedua ibu bapanya.
Esok hari segala persiapan akan
siap, dan Imran akan menghantar rombongan meminang itu pada hujung minggu ini.
Inilah pertama kali dia melakukan
perkara ini mengikut kata hati, dia redha jika Imelda menolak pinangannya dan
dia tidak akan menyesal. Apa yang dia mahu adalah mencuba, kerana selagi dia
tidak mencuba, dia tidak akan tahu apakah cinta itu berpihak padanya.
Imran melangkah ke balkoni rumah,
dan merenung keadaan alam kota raya yang begitu hiruk-pikuk, kadang-kadang dia
berasa hairan dengan dirinya sendiri. Dia selalu mendengar umpatan dan
cakap-cakap kebanyakan pekerja di pejabat berkenaan dirinya, ada yang
mengatakan dirinya kera sumbang dan ada juga yang mengatakan dirinya kata bawah
tempurung. Itu kerana Imran tidak pernah berbual dengan mana-mana pekerja di
pejabat, rutin hariannya di pejabat hanyalah masuk ke bilik pejabat dia dan
menyiapkan kerja-kerja.
Pernah suatu hari, salah seorang
kakitangan dibahagian pemasaran mengajak dirinya keluar makan dan berbual-bual,
Imran menolak dengan alasan kerja.
Lelaki itu bukanlah sombong ataupun
tidak gemar dengan orang bawahan, tetapi dia memang jenis yang lebih gemar
menyendiri melayani fikirannya.
Menonton telivisyen, membaca
majalah, melayani hiburan-hiburan didalam internet itu bukanlah dirinya. Imran
lebih gemar menghabiskan waktu dengan kerja-kerja. Jika punya waktu lapang dia
lebih gemar menghabiskan waktu dengan mencari keluarga kandungnya, mengingati
masa lalu yang indah bersama abang kesayangan dia dan Imran memilih lebih
banyak bertafakur serta mengaji kerana bagi dirinya mengaji itu adalah hiburan
yang lebih baik dari dia menelaah majalah-majalah hiburan.
Telivisyen yang terhias besar
diruang tamu jarang sekali digunakan, waktunya dirumah banyak dihabiskan
didalam kamar. Segala berita tentang dunia hanya dibaca seimbas lalu ketika
menikmati sarapan pagi, itu pun hanya sekadar mengambil tahu berita tentang
Negara.
IKHWAN muntah dibilik
air bawah, manakala Ajihah muntah dibilik air atas. Kedua pasangan suami isteri
itu tidak dapat tidur sampai waktu pagi begini, mereka berdua mengalami mabuk
yang teruk.
Ikhwan tidak tahan dengan keadaan
yang melanda dirinya, apa yang dialami Ajihah tidaklah seteruk dirinya. Tubuh
badannya saat ini benar-benar lemah, segala apa yang dia makan pasti akan
terkeluar semula.
Dia masuk kedalam bilik tidur dan
melihat Ajihah yang duduk di hujung katil sambil memegang perut, wajah Ajihah
juga kusam sepertinya.
“Manja.. Manja okey?”
Ajihah mengangguk dan menghulurkan
senyuman, dia menepuk perlahan tilam disebelahnya menandakan agar Ikhwan duduk
disebelah.
“Tak nak pergi klinik ke ni?” soal
Ikhwan sebaik duduk disebelah isterinya.
“Tak payahlah Sayang, Manja okey jer… Manja tengok Sayang yang macam
tak sihat ni. Nak pergi klinik tak?” soal Ajihah kembali.
“Sayang okey jer, tidur nanti makin okeylah…tak
payah pergi klinik pun.” Ikhwan tidak ada rasa untuk pergi ke mana-mana
sekarang ini, melainkan merehatkan tubuh badan. Dia benar-benar letih ketika
ini, dari hari ke hari mengalami muntah-muntah dan pening kepala. Kerja di
pejabat pun sudah tidak terurus, nasib baik ada Imelda yang lebih cekap
menguruskan kerjanya. Jika tidak, lebih haru biru Ikhwan dibuatnya.
“Sayang, tekak Manja ni teringin
sangat nak makan tomyam..” Ajihah menyentuh bawah dagunya.
“Tomyam? Mana nak cari malam-malam
buta ni Manja?” soal Ikhwan lemah.
“Tak payahlah beli,…”
“Habis?”
“Sayang masaklah…” Ajihah memeluk
lengan Ikhwan dan menyandarkan kepala dia dibahu suaminya.
“Masak?”
“Ye…Sayang,”
“Manja nak makan tomyam apa?” soal
Ikhwan cemas. ‘Jangan dia minta seafood
sudah..’
“Tomyam seafood,” jawab Ajihah penuh semangat.
“Seafood?
Alah tak payahlah, kalau seafood beli
esoklah..”
“Alah.. nak sekarang!” rungut
Ajihah.
“Sayang tak bolehlah dengan seafood ni, nak muntah tau tak?” rungut
Ikhwan balik.
“Sejak bila Sayang tak makan seafood? Bukan Sayang hantu seafood ke?”
“Itu dulu, tapi sejak-sejak ni..
Sayang tak suka seafood. Ni semua
sebab Manjalah, Sayang tak makan seafood lagi!”
“Manja pula, Sayanglah sebab Manja
ada baby! Kalau tak nak masakkan,
cakap jer lah tak nak masak!” marah
Ajihah seakan merajuk, dia melepaskan pelukan dan naik keatas katil dengan
sempurna. Dia merebahkan tubuh dan membelakangi Ikhwan.
Ikhwan mengeluh halus dan
menghampiri Ajihah, bahu isterinya dipegang lembut.
“Yelah, Sayang masakkan… jangan
merajuk macam ni, muka tu dah masam dah. Nanti anak kita keluar buat muka masam
macam tu, nak ke?” usik Ikhwan lembut.
Ajihah terus tersenyum dan
memusingkan tubuh membalas renungan Ikhwan dengan penuh kasih, “betul Sayang
nak masak?”
Ikhwan mengangguk, dia turun dari
katil dan keluar dari bilik menuju ke bawah sambil diikuti Ajihah dari
belakang.
Jam tiga pagi Ikhwan selesai
menyiapkan tomyam seafood untuk
isterinya, setelah siap makan dihidangkan diatas meja, dia berlari masuk
kedalam bilik air. Dari tadi dia menahan bau yang terhasil dari sotong mentah
dan udang mentah, saat inilah masanya untuk di mengeluarkan segalanya didalam
kamar mandi.
Ajihah tertawa melihat nasib yang
menimpa suaminya, kemudian dia menikmati makanan itu dengan penuh selera.
Didalam hati memuji Ikhwan dengan penuh rasa bangga, meskipun selama ini Ikhwan
tidak pernah masa tomyam, tapi hari ini suaminya berjaya membuatkan tomyam yang
begitu sedap dan menepati keinginannya.
Sebenarnya Ajihah juga bersimpati
dengan keadaan Ikhwan yang terpaksa menerima alahan itu kerana kandungannya.
Tapi sudah itu yang diminta dan diniatkan Ikhwan dulu, jadi lelaki itu perlulah
menerimanya dengan hati yang terbuka.
AISYA meletakkan fail
penting diatas mejanya untuk dibawa masuk kedalam bilik pejabat Imran sebentar
lagi. Sedang ralit dengan kerja-kerja diatas meja, tiba-tiba mejanya diketuk
perlahan oleh seseorang. Aisya mengankat kepala dan merenung seorang gadis yang
berpakaian begitu menjolok mata itu dari atas hingga ke bawah.
“Cik cari siapa?” soal Aisya lembut.
“I
cari Imran, Imran ada?” soal gadis itu lembut.
“Encik Imran belum masuk kerja,
sekejap lagi dia sampai.. cik siapa yer?”
“I’m
Maria, kekasih Imran,” jawab Maria selamba dengan senyuman sinis.
“Oh, cik boleh duduk dulu.. sekejap
lagi Encik Imran sampai,”
“Thank
you,” Maria duduk di sebuah kerusi yang tersedia disatu sudut berhampiran
dengan bilik pejabat Imran, Ikhwan dan Imelda.
“Aisya..”
Aisya menoleh kearah Ikhwan yang
baru memasuki ruangan pejabat dan berjalan menuju kearahnya. “Ye, tuan..”
“Mana Imelda?” soal Ikhwan lembut,
dia kelihatan tampan hari ini dengan suit
hitam.
“Imelda belum datang tuan,” jawab
Aisya cepat, haruman yang dipakai Ikhwan menusuk masuk ke rongga hidung.
“Kalau dia dah datang nanti, suruh
dia masuk bilik saya..” arah Ikhwan, dia ingin berlalu masuk kedalam bilik
namun langkahnya terhenti bila melihat Maria yang berdiri didepannya.
Aisya pun agak terkejut bila melihat
gadis itu didepan majikannya, baru tadi dia nampak Maria duduk di kerusi.
“Maria?”
Ikhwan terkejut melihat gadis yang
didepannya, baginya ini adalah tidak mungkin. Setelah sekian lama, gadis itu
muncul lagi!
“Wow! You masih ingat nama I, Ikhwan?”
senyuman sinis diberikan kepada lelaki didepannya, sempat dia memuji ketampan
Ikhwan didalam hatinya.
“Kau nak apa datang sini?” soal
Ikhwan tegas.
“I
cari adik kesayang youlah,”
“Kau nak apa dari dia? Kau jangan
nak kacau hidup Imran lagi boleh tak?” suara Ikhwan agak meninggi saat ini,
wajah Maria direnung tajam.
“Suka hati I lah, you tak perlu
sibuk tentang urusan I!” Maria juga
tidak kurang beraninya menentang kata-kata Ikhwan.
“Kau ni memang tak reti bahasa ke
apa? Aku dah warning kau dulu supaya jangan kacau adik aku lagikan?
Kau tak faham ke?” pertelingkahan Ikhwan dan Maria diperhatikan Aisya dengan
penuh teliti.
“You
ni Ikhwan, cuba jangan emosi sangat pagi-pagi ni.. cuba rileks.” Maria memeluk lengan Ikhwan,
tapi tidak lama bila lelaki itu merentap kuat tangannya.
“Kau jangan cuba nak sentuh akulah
Maria! Tangan kau tu tak cukup bersih untuk sentuh aku atau Imran sekalipun!
Lebih baik kau keluar!” arah Ikhwan kasar.
Imran yang baru masuk ke ruangan
pejabat bersama Imelda berasa hairan mendengar suara Ikhwan yang meninggi-ninggi,
cepat dia menghampiri abangnya bersama seorang wanita yang sedang membelakangi
dia.
“Kalau I tak nak keluar?” soal Maria berani.
“Aku akan tunjukkan jalan keluar!”
jawab Ikhwan cepat.
“You
fikir I datang sini untuk dengar you punya ugutan ke? I datang sini untuk jumpa Imran, faham?”
bentak Maria kasar.
“Aku takkan benarkan kau ganggu dia!
Faham?!” tempelak Ikhwan.
“Apa benda ni?” soal Imran sebaik
tiba didepan Ikhwan, dia memandang sekilas kearah Maria dan memandang Ikhwan
tapi tidak lama, dia mengalihkan pandangannya kepad Maria semula. Lama dia
merenung gadis itu, dan menelan liur bila mengingatkan siapa gadis yang berdiri
didepannya dan merenung tajam kearah dia.
“Hye,
Imran..” Maria melambaikan tangan kearah Imran, dalam hatinya memuji Imran
yang kelihatan sungguh kacak dan bergaya kini.
“Maria?”
Imran menjadi gelisah tiba-tiba,
sakit hati pula melihat senyuman sinis gadis itu. Segala yang pernah terjadi
dahulu, berlayar di benak fikiran dia.
Imelda menghampiri suaminya dan
berdiri disebelah Ikhwan dengan penuh tanda tanya bersusun di kepala.
“You
masih ingat pada I, Imran?” jari
telunjuk kanan Maria ligat menyentuh dada bidang Imran.
“Kau nak apa lagi, Maria?” soal
Imran lemah.
“I
nak youlah… mana you pergi? Lama I cari you tau..” Maria sengaja bersuara manja.
“Sudahlah Maria! Lebih baik kau
keluar dari pejabat aku, sebelum aku panggil pengawal!” pekik Ikhwan.
“Aku rasa diantara kita dah lama
selesai Maria, lebih baik kau pergi jauh-jauh dari hidup akulah..” Imran
menepis lembut jemari Maria yang melingkar didadanya.
“Kenapa dengan you ni Imran? Sampai hati halau I
macam tu jer..”
“Aisya, panggil pengawal..” arah
Ikhwan tegas.
“Ikhwan you memang tak pernah puas hati dengan I kan? Okey, I pergi! Tapi you dengan Imran jangan ingat akan selamat macam tu jer..” bentak Maria dan terus berlalu
dari situ.
“Imelda, awak masuk bilik saya
sekarang..” arah Ikhwan.
Imelda tidak banyak tanya, dia terus
berlalu masuk kedalam bilik pejabat suaminya. Walaupun banyak yang menjadi
tanda tanya, tapi arahan suaminya lebih utama.
“Macam mana dia boleh datang sini?”
soal Imran cepat.
“Aku tak tahu, selama ni… dia tak
pernah datang sini.” Ikhwan mengeluh halus sambil merenung kearah pintu utama
pejabatnya.
“Ada sesiapa beritahu dia yang aku
kerja sini ke?” soal Imran sekali lagi.
“Setahu aku tak ada, siapa pula yang
nak beritahu dia..” balas Ikhwan lagi, kali ini pandangan dialihkan kepada
adiknya.
“Aku tak sedap hati, aku takut dia
akan datang lagi…” ujar Imran perlahan.
“Kau jangan risau, aku akan arahkan
pengawal untuk tidak benarkan dia masuk kedalam syarikat aku ni. Tapi kau kena
ingat! Dalam pejabat ni, mungkin aku boleh tolong.. tapi dekat luar, kau kena
usaha untuk mengelak dari dia.” Ikhwan berlalu masuk ke dalam bilik pejabatnya
sebaik memberi pesanan kepada Imran.
Imran mengeluh halus, dalam hati
mengucap syukur kerana Ikhwan masih mahu menolongnya walaupun diantara dia dan
abangnya masih belum reda.
“Aisya ikut saya masuk kebilik dan
bawak fail-fail yang saya minta semalam,” Imran turut berlalu ke bilik
pejabatnya sambil diikuti Aisya dari belakang.
IKHWAN merenung Imelda
dengan rasa yang tidak puas hati, wajah Imelda yang kelihatan bersahaja lagi
menaikkan rasa amarahnya.
“Sayang masuk kerja dengan siapa
tadi?” soal Ikhwan tegas, dia bersandar dimeja bilik pejabatnya dan merenung
tajam kearah Imelda yang berdiri didepannya dengan menunduk.
“Dengan Imran…” jawab Imelda
perlahan.
“Kereta mana?”
“Ada dekat bawah..”
“Kenapa tak bawak kereta sendiri,
kenapa datang dengan Imran?” soal Ikhwan lagi.
“Bila masa Imelda datang dengan
Imran?” soal Imelda pelik.
“Tadi cakap masuk kerja dengan Imran
kan?”
“Memanglah masuk kerja dengan Imran,
tapi Imelda tak datang kerja dengan Imran…”
“Maksud sayang?” Ikhwan dah pening
dengan jawapan isterinya.
“Imelda drive pergi kerja sendiri, dekat tempat parking tadi… Imelda jumpa Imran. Jadi kami jalan sekali masuk
pejabat.. faham?” Imelda merenung wajah suaminya, ‘ni mesti kes salah fahamlah
ni!’
“Betul?”
“Betullah…”
“Abang ingat sayang datang dengan
Imran tadi, terkejut abang..” wajah Ikhwan yang tegang berubah dengan senyuman
manis, pipi Imelda disentuh kasih.
“Jangan peganglah..” Imelda menepis
lembut jemari suaminya.
“Kenapa ni? Nak pegang isteri
sendiri pun tak boleh ke?”
“Abang busuklah..” rungut Imelda
lembut.
“Mana ada busuk sayang, abang wangi
ni..” Ikhwan memegang kedua belah bahu isterinya.
“Abang….” Imelda menepis tangan
Ikhwan sekali lagi.
“Abang rindu sayang tau tak, abang
rindu sangat…” Ikhwan memeluk Imelda dengan erat, meskipun isterinya menolak
tapi dia tidak peduli.
“Abang!”
“Abang rindu sayang, abang tak
pedulilah sayang nak marah ke apa…” balas Ikhwan selamba.
Imelda tersenyum manis dan membalas
pelukan Ikhwan dengan penuh erat, dada bidang lelaki itu dikucup kasih.
Meskipun dia tidak tahan dengan bau wangian Ikhwan, tapi dia juga tidak mampu
menahan rasa rindunya kepada Ikhwan.
Lelaki itu terlalu beerti bagi
dirinya, lelaki itu terlalu dirinduinya dan mana mungkin dia mampu menolak
kemahuan Ikhwan.
“Abang rindu sayang, sayang rindu
abang tak?” soal Ikhwan yang masih memeluk isterinya.
Imelda sekadar mengangguk dan
menyembamkan muka didada Ikhwan.
Ikhwan tersenyum bahagia bila
isterinya tidak bertindak dingin seperti biasa, jika tidak dirinya yang
sememangnya pening dengan alahan yang dialami akan bertambah pening dengan
sikap dingin Imelda yang susah nak ditafsir sebabnya.
“Abang….”
“Yer
sayang…”
“Siapa Maria?”
Ikhwan terdiam dan tak dapat
menjawab apa-apa, dia tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa tentang sejarah
hidupnya bersama Imelda.
Dalam keadaan dirinya yang sekejap
baik dan sekejap mabuk, dia tidak boleh mencuri masa yang elok untuk
menceritakan kisah hidupnya pada lima tahun yang dulu.
“Abang…”
“Yer
sayang….”
“Abang dengar tak Melda tanya?” Imelda
mendongak sedikit merenung wajah suaminya.
Ikhwan tersenyum dan mencium dahi
Imelda lembut, dia terfikir-fikir alasan apa yang hendak diberi kepada
isterinya ini.
Imelda berasa terlalu dihargai bila
dahinya dikucup Ikhwan, perlahan bibirnya mencium dagu Ikhwan yang bersih.
Ciumannya cepat dibalas Ikhwan, suaminya mencium bibirnya dengan penuh rasa
cinta.
Ikhwan merenung wajah Imelda yang
kelihatan berseri-seri seperti ketika Imelda mengandungkan arwah Tengku Aminah
dan Tengku Amanina dulu.
“Abang jawablah…”
“Kesayangan abang ni, kalau orang
tak jawab soalan dia… selagi tu dia tanyakan,” dahi Imelda dicium lagi.
Imelda tersenyum manis, dia berasa
bahagia dilayani Ikhwan seperti itu. Hilang rasa benci dan meluat dia pada
Ikhwan bila dilayani seperti itu.
“Dia kawan lama abang..”
“Tapi kenapa dia kenal Imran? Dan
kenapa abang tak kasih dia kacau Imran?” soal Imelda lagi.
“Nanti abang beritahu ye sayang…
sayang dah makan?” cepat Ikhwan menukar topic dan merenung Imelda yang masih
dalam pelukannya.
“Dah.. abang dah makan?” soal Imelda
pula.
“Belum…”
“Kenapa tak makan lagi?”
“Rindu nak makan orang tu suap…”
jawab Ikhwan selamba.
Imelda tertawa kecil sambil mengusap
pipi bersih suaminya. “Alorhh ciannye,
kejap Melda ambilkan sarapan…”
“Sayang ada buat sarapan ke?” soal
Ikhwan pelik.
Imelda mengangguk.
“Macam mana saya boleh bawak
sarapan?” soal Ikhwan lagi.
“Entahlah.. Melda pun tak tahu
kenapa Melda boleh bawak sarapan hari ni,” jawab Imelda jujur.
Ikhwan sekadar tersenyum dan
mengangguk. Dia meleraikan pelukannya bagi membiarkan Imelda pergi mengambil
sarapan yang dibawa.
AZINAH duduk menikmati
makan tengah hari bersama Maria, gadis yang berwajah masam itu dipandang
sekilas dan menyuapkan nasi kedalam mulutnya.
“Aunty
macam mana ni?” soal Maria bengang.
“Macam mana apa?” soal Azinah pelik.
“Maria nak kenakan Imran, tapi
Ikhwan tu pula yang masuk campur!” tempelak Maria kasar, bengang betul dia
dengan sikap dingin Ikhwan pada dirinya.
“Baguslah kalau Ikhwan masuk campur,
memang itu yang Aunty nak.”
“What??”
soal Maria, ‘orang tua ni, betul ke tak?’
“Memang Aunty nak dia masuk campur, Aunty
nak Maria kacau kedua-duanya..” Azinah mengambil sekeping gambar didalam beg
tangannya dan diberikan kepada Maria.
Maria merenung gambar itu dan terus
memuji kecantikan gadis bertudung didalam gambar itu, wajah gadis itu kelihatan
berseri dan bersih.
“Siapa ni?”
“Dia adalah isteri kedua kepada
Ikhwan…” jawab Azinah tegas, makan diatas meja sudah tidak disentuh lagi.
“Apa kena mengena dia ni dengan Maria?”
“Dia adalah orang yang paling Ikhwan
sayang berbanding anak Aunty, Ajihah…”
“So?”
“Aunty
nak Maria goda Imran dan Ikhwan ketika mereka di pejabat..”
“Kenapa di pejabat? Kenapa tak dekat
luar jer?” soal Maria lagi.
“Kalau di luar, takut nanti anak Aunty pula yang nampak… kalau di
pejabat, isteri keduanya ada sepanjang masa..” senyuman sinis Azinah lagi
menampakkan sifatnya yang busuk.
“Kalau dekat pejabat tu, Aunty lupakan jelah niat tu… tadi jer, sikit lagi Maria nak kena halau
dengan pengawal!”
“Maria ada jurusan seni binakan?”
soal Azinah dengan senyuman sinisnya lagi.
Maria sekadar mengangguk.
Azinah menghulurkan sekeping keratan
akhbar dari dalam begnya dan diberikan kepada Maria. “Pejabat dia sedang
mencari seorang arkitek, jawatan yang kena dengan jurusan Maria..”
“Walaupun Maria ada jurusan tu,
belum tentu si Ikhwan tu nak ambil Maria bekerja dengan dia.. tengok muka Maria
ni pun dia meluat,” bentak Maria kasar.
“Jangan risau, Aunty akan pastikan Maria bekerja disyarikat tu…”
“Jangan terlalu yakin sangat Aunty, Ikhwan tu lelaki yang
berpendirian tinggi… bukan mudah untuk tundukkan dia,”
“Dia akan tunduk dengan Aunty, Maria… jangan risau.” Azinah
cukup yakin dengan apa yang dikatakan.
Maria sekadar diam dan malas hendak
melayan kerenah Azinah yang tak sudah-sudah dengan perangai kejamnya itu. Yang
dia tahu saat ini, dia hanya mahu memiliki Imran.
IMRAN menadah
tangannya dan menghambakan diri sepenuhnya kepada sang Agung, airmata yang
bergenang dimatanya dibiarkan menitis.
“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang
terlalu banyak dosanya… tidak terhitung dengan jemariku ini, diatas segala
dosa-dosaku. Ya Allah, dengan sepuluh jari ini jugalah.. aku memohon keampunan
kepadaMu. Ampunilah aku ya Allah, ampunkan aku.”
“Ya Allah, panjangkan umur kedua ibu
bapa kandungku, dan berikanlah kami kesempatan untuk bertemu… ya Allah
permudahkanlah urusanku untuk mencari mereka, aku bermohon padaMu ya Allah…”
“Ya Allah bukakanlah pintu hati
abangku untuk menerima aku seperti mana dia menerimaku dahulu, aku hanyalah
hambaMu yang tahu meminta-minta padaMu ya Allah.. berikanlah aku sedikit
kesempatan untuk meraih kasihnya lagi.. aku bermohon padaMu ya Allah…”
“Ya Allah, perkuatkanlah keimananku
untuk berdepan dengan wanita yang begitu aku cintai…. Permudahkanlah urusan aku
esok hari untuk melamarnya menjadi yang halal disisiku ya Allah. Jadikanlah insan
yang selalu mengingatkan aku dan selalu beribadat bersamaku.. ya Allah,
jadikanlah cinta ini terhadap Amel Imelda.. sebuah cinta yang suci dan
diredhaiMu…”
“Ya Allah, ampunilah segala dosa
yang aku pernah lakukan dulu, dan berikanlah kesempatan untuk aku menebus
segala dosa-dosaku… bukakanlah pintu hati Maria untuk tidak membuka keaibanku
yang dahulu, jauhkanlah dia dariku..sekiranya kehadiran hanyalah memberikan
kesulitan dan menjerumuskan aku ke lembah hina, ya Allah…”
“Ya Allah, kepadaMu aku bersujud…
matikanlah aku didalam keimanan ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin..”
kedua tapak tangan yang ditadah tadi dibawa kemukanya dengan sedu sedan yang
tidak mampu terungkap.
Imran berserahkan segala takdirnya
untuk melamar Imelda esok hari kepada Allah swt. Dia berharapkan sebuah
kemudahan, khuatir memang terkuasa dalam diri bila mengenangkan yang Imelda
tidak tahu apa-apa tentang niatnya. Izarah dan Iman juga masih tidak diberi
alamat kediaman Imelda. Alamat kediaman Imelda, Imran dapat daripada resume gadis itu.
Dia melipatkan sejadah dan
diletakkan di hujung katil, lalu berlalu keluar untuk membuka pintu bila
terdengar bunyi ketukan.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam…” jawab Imran
ramah, dia mempersilakan rakannya Amirul masuk kedalam rumah.
“Kau duduklah dulu, aku pergi ambil
air,” Imran berlalu kedapur dan membuka peti aisnya. Dia mengambil dua botol
air oren segar jenama twister dan
berlalu kedepan.
Amirul menyambut huluran air dari
tangan Imran dan kembali melihat gambar-gambar di laman Instagramnya didalam telefon bimbit.
“Kau tengok apa tu?” soal Imran
sambil mengambil sebuah buku ilmiah dibawah meja kopi yang terhias diruang tamu
itu.
“Ni gambar perempuan ni, cantik…”
Amirul menunjukkan gambar tersebut kepada Imran.
“Ni PA aku dengan bekas PA aku ni..”
balas Imran cepat, wajah Imelda direnung tepat.
“Mana satu PA kau?”
“Yang tinggi ni…”
“Habis yang rendah ni bekas PA
kaulah?”
Imran sekadar mengangguk.
“Bekas PA kau ni cantik giler kot..”
“Cantik luar, cantik dalam tu….” puji
Imran pula.
“Tau tak apa, nasib baik dah
berpunya… kalau tak, memang aku dah tackle
dah! Cuba kau tengok orang yang ‘like’
gambar dia ni, berpuluh ribu kot….”
Amirul menunjukkan sekali lagi telefonnya pada Imran, kali ini tidak ada tindak
balas.
Imran tertanya-tanya dengan maksud ‘dah
berpunya’ yang dikatakan Amirul.
“Apa maksud kau yang Imelda tu ‘dah
berpunya’, Mirul?” soal Imran cepat.
“Dia dah kahwinlah…. kahwin muda,
isteri nombor dua orang kaya…” balas Amirul tanpa memandang.
“Kahwin muda? Isteri nombor dua? Isteri
orang kaya?” Imran tidak percaya dengan apa yang dia dengar saat ini. Dia
menjadi sungguh gelisah saat ini, lebih gelisah dari bertemu Maria siang tadi.
“Ye, dia kahwin muda….umur baru dua
puluh satu, dah kahwin.”
“Isteri nombor dua?”
“Yup, dia isteri nombor dua… Dia
jadi isteri nombor dua, dengar cerita sebab isteri pertama tu tak boleh bagi
anak, tapi kecoh jugalah orang cakap Imelda ni isteri kesayangan.” Penuh yakin
Amirul menceritakan kepada kawannya itu.
“Isteri orang kaya?”
“Ye Imran… isteri orang kaya. Orang yang
amat dikenali diseluruh Asean, kalau bab orang berkoporat ni… sebut je nama
dia, mesti orang kenal. Masa dia kahwin dengan Imelda ni, seluruh Malaysia tahu…
setiap liputan telivisyen ambil tahu tentang perkahwinan dia, setiap saluran
radio pun dengarkan cerita tentang persandingan mereka dulu.. Majalah-majalah
hiburan semua ambil pasangan ni jadi cover
muka depan diaorang.”
“Memang kalah cerita artis Malaysia,
kau tau… meletup-letup kisah dia orang ni dulu. Maklumlah, suami dia tu lelaki
muda berjaya yang membanggakan nama Malaysia dipersada Asean kerana kepakaran
dan kebijaksaan dia dalam menguruskan sebuah empayar reka bina terbesar di
Malaysia…”
“Suami dia tu menjadi kegilaan ramai,
dan Imelda ni pun tak kurang hangatnya dia.. dia memiliki paras rupa yang
cantik. Dan sering dilamar dengan ramai lelaki, tetapi dia tolak. Ramai lelaki-lelaki
bujang dan kaya melamar dia, tapi dia tak nak… mungkin jodoh dia dengan suami
dia tu kuat, walaupun mereka tak pernah bercinta sebelum kahwin.”
“Cerita ni hangat dan meletup-letup
sewaktu kau dekat luar Negara dulu, sekarang ni masih lagi hangat tapi tak
macam dululah… kalau dulu tu, mana-mana pergi, mesti kecoh cerita dia. Sekarang
ni pun masih ada media yang ambil tahu tentang mereka, tak silap aku majalah
hiburan bulan ni ada keluarkan cerita dia… tapi kau bukan nak pun baca
majalah-majalah macam nikan?” panjang lebar Amirul menceritakan tentang Imelda
dan Ikhwan.
“Siapa suami dia?”
“Lah….kau tak tahu lagi ke?”
“Tak!”
“Kalau aku cakap kau ketinggalan
zaman kau marah… Amel Imelda adalah isteri kepada Tengku Ikhwan Tengku Iman,
pemilik syarikat diantara yang terbesar di Malaysia. Faham?”
“Ikhwan?”
Lirik Lagu Cinta Kasih – Mila Jirin ft. Nubhan
[Mila]
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kau akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kau akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
[Nubhan]
Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia
Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia
Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
[Mila]
Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
[Mila
& Nubhan]
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama
[Mila]
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
[Nubhan]
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia