[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 21
“IMELDA, tunggu!”
Imelda tidak mempedulikan panggilan
Aisya, dia cepat berjalan mendapatkan keretanya. Tapi dia tidak dapat menafikan
bahawa Aisya lebih cepat mengejarnya.
“Imelda! Please , kau kena dengar penjelasan aku dulu.” Pinta Aisya cepat,
dia merenung wajah Imelda yang sedang berada didepannya. Imelda dilihat tidak
mahu memandangnya, air mata masih menitis deras di gadis itu.
“Kau nak jelaskan apa lagi Aisya,
kau nak beritahu aku… apa yang aku nampak tadi tu, tak betul? Macam tu… kiranya
mata aku ni buta, macam tu?” soal Imelda pantas, dia tidak menoleh walau
sekilas kearah Aisya. Takut amarah dihati semakin menjadi-jadi.
“Dengar penjelasan aku dulu.”
Imelda hanya diam dan tidak bercakap
apa-apa. Hatinya benar-benar sakit melihat perbuatan Aisya tadi, terasa dirinya
dikhianati. Segala pesanan Ajihah berligar diruang ingatannya.
“Apa yang kau nampak tadi, tak
seperti yang kau fikirkan. Sebenarnya tadi, Ikhwan tidur waktu aku buat macam
tu.”
“Jadi kau nak cakap yang kau syok
sendiri, macam tu?” tempelak Imelda kasar.
“Terpulang pada kau Melda, yang
penting Ikhwan tak salah. Aku yang salah… aku tak mampu kawal diri aku.” Aisya
tekad untuk jujur dengan Imelda, dia sudah tidak mampu menyembunyikan apa-apa
pada sahabatnya lagi, dia juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
“Apa maksud kau ni Aisya?” soal
Imelda, dia terkejut.
“Selama ni, aku cuba tepis dan buang
perasaan ni jauh-jauh… tapi sekarang aku sedar. Aku gagal untuk menafikan
perasaan ni, Melda. Semakin aku cuba buang, semakin perasaan ni mendalam… aku
tak kuat Melda.” Terang Aisya dengan linangan airmata. Dia seolah-olah tersepit
diantara cinta terhadap Ikhwan dan sayang terhadap Imelda.
“Apa yang kau nak beritahu aku
sebenarnya ni?” soal Imelda lagi. Dia seolah sudah mengerti maksud Aisya, tapi dia
cuba untuk menafikannya. Imelda tidak mahu mempercayainya.
“Aku sebenarnya…… sebenarnya aku…
aku..”
“Kau apa Aisya?!” tengking Imelda.
“Aku cintakan Ikhwan, dan aku takut
kehilangan Ikhwan.” Cepat kata-kata itu meniti di bibir Aisya bila terkejut
dengan tengkingan Imelda.
Menitis airmata Imelda mendengar
penjelasan sahabatnya, berulang kali dia menggelengkan kepala. Dia tidak
percaya akan semua ini, dan dia tidak mahu percayakan semua ini.
“Sampai hati kau Aisya!”
“Aku manusia biasa yang ada
perasaan, Melda. Aku tak mampu tipu hati aku,” balas Aisya perlahan. Dia tertunduk
malu, pipinya terasa berbahang. Dia malu pada dirinya sendiri, apatah lagi bila
berdepan dengan insan yang selama ini benar-benar bergantung harap pada dia.
“Tapi Ikhwan tu suami aku, suami
kawan kau sendiri! Kenapa bukan orang lain, kenapa Aisya???” Imelda sudah
menangis tersedu-sedu. Sahabat yang selama ini berkongsi duka dan suka telah
mengkhianatinya.
“Aku tak tahu dengan hati ini Imelda,
jadi aku tak ada jawapan untuk soalan-soalan kau tu. Berikan aku peluang untuk
mencintai dan dicintai oleh Ikhwan,” pinta Aisya tanpa berselindung.
“Kau minta peluang dari aku Aisya?
Manusia jenis apa kau ni?!” tempelak Imelda. Kesabaran Imelda sudah tiba di
penghujung.
“Kalau Ajihah boleh terima kau
sebagai madu, tentu kau juga boleh menerima aku sebagai madukan?” Aisya
bercakap seperti orang tidak berakal, dia tidak memikirkan hati Imelda dan
hanya memikirkan hati dan perasaannya saat ini. Kerana dia tekad untuk tidak
bercakap soal ini lagi selepas ini, biarlah hari ini Imelda mendengar segala
isi hati dia, kerana selama ini dia hanya menjadi pendengar segala masalah
Imelda. Kali ini Imelda perlu tahu, dia juga manusia!
“Setelah kau luahkan perasaan kau
terhadap suami aku, kau minta dia pula dari aku. Lepas tu kau bandingkan pula
aku dengan Ajihah? Aku tak sangka… kawan yang selama ni aku kenal, tikam aku
dari belakang. Sampai hati kau Aisya!”
“Imelda, tolong.. tolong faham
perasaan aku.” Aisya masih tidak berputus asa. Dia tidak percaya yang Imelda berhati
lembut itu boleh melontarkan kata-kata seperti itu padanya, bukan niat dia
untuk melukakan atau mengguris hati Imelda.
“Perasaan semua orang yang aku kena
faham! Perasaan aku siapa yang nak faham Aisya? Manusia jenis apa kau ni? Kau
minta suami dari aku, bukan benda mainan Aisya!” suara Imelda benar-benar
meninggi saat ini. Dia menekan alat kawalan yang bersangkut dengan kunci
keretanya dan membuka pintu keretanya dibahagian pemandu serta menoleh semula
pada Aisya.
“Ikhwan tahu tentang ni?” soal
Imelda kasar.
“Dia tak tahu apa-apa dan dia tak
salah apa-apa.” Jawab Aisya cepat.
“Dan aku takkan benarkan dia tahu
apa-apa!” tempelak Imelda, dia masuk kedalam kereta dan menutup pintu kereta
serta menghidupkan enjin.
Aisya berulang kali mengetuk pintu
kereta, tapi Imelda tidak mempedulikannya. Dia terpaksa berundur kebelakang
bila Imelda menekan pedal minyak, berdesup laju meninggalkan kawasan letak
kereta.
“Aisya!”
Aisya menoleh kebelakang bila mendengar namanya dipanggil. Dia
melihat Ikhwan yang sedang berlari mendapatkannya.
“Isteri saya mana?” soal Ikhwan tercungap-cungap kerana penat
berlari.
“Dia dah pergi tuan.”
“Pergi mana?”
“Saya tak tahu.”
“Awak tolong tengokkan pejabat dan saya nak cari dia.” Arah
Ikhwan, ingin berlalu kearah kenderaannya.
“Tak payahlah, tuan.”
“Kenapa pula?” soal Ikhwan pelik.
“Mungkin dia tengah tenangkan fikiran, bagilah dia masa untuk
bersendiri.” Nasihat Aisya lembut.
“Aisya, Imelda tu isteri saya tau. Saya kenal dia….. dia tak
akan marah macam tu, kalau tak ada sebab. Saya nak dapatkan isteri saya, awak
buat je apa yang saya suruh awak buat.” Ikhwan terus berlalu ke keretanya dan
meninggal Aisya.
IKHWAN menghampiri isterinya
yang sedang duduk di batu yang terletak di pergigian pantai, ombak membantai
batu dan angin bayu menyapa pipi Imelda yang lembut. Hatinya terasa cemburu
dengan angin itu, kerana dia juga mahu menyentuh pipi isterinya.
“Assalamualaikum, sayang.” Sapa
Ikhwan lembut dan duduk disebelah isterinya.
“Waalaikumusalam, abang,” jawab
Imelda, dia menoleh kearah Ikhwan dan terus memeluk lelaki itu sekuat hati.
Tangisan yang tadi hampir mengendur kembali kuat dan deras. Dia menangis
semahu-mahunya didada si suami, sehingga terhinjut-hinjut bahu Imelda kerana
sedu sedannya.
“Kenapa ni sayang, kenapa tinggalkan
abang tiba-tiba tadi… kenapa menangis macam ni?” soal Ikhwan lembut di
pendengaran Imelda.
“Maafkan Imelda sebab keluar tanpa
izin abang tadi…” Imelda masih memeluk erat tubuh suaminya.
“Tak apa sayang, abang maafkan. Tapi
kenapa sayang keluar, dan kenapa sayang menangis macam ni? Abang ada buat salah
lagi ke?” soal Ikhwan.
“Abang sayang Melda tak?” Imelda
mendongak dan merenung anak mata suaminya dengan penuh harap.
“Tentulah abang sayang… kasih sayang
abang pada Imelda tak terkira dalamnya paras lautan. Cinta abang pada Imelda
tak terkira butiran pasir di pantai.” Ujar Ikhwan penuh dengan keikhlasan.
“Abang boleh janji tak, yang abang
tak akan tinggalkan Imelda? Abang tak akan cari orang lain lagi selain Imelda
dan kak Manja.” Pinta Imelda dengan nada suara yang amat manja.
“InsyaAllah, selagi Allah menetapkan
hati dengan baik… abang tak akan cari yang lain lagi. Cukuplah Imelda dan
Ajihah dihati abang. Abang dah dapat cinta sesempurna Amel Imelda dan sebaik
cinta Tengku Ajihah, apa lagi yang abang nak kejar di dunia ini?” Ikhwan cuba
meyakinkan isterinya, dia memperkemaskan pelukannya.
“Boleh Melda minta sesuatu..” Imelda
sudah nekad dengan keputusannya kali ini, dia tidak akan membiarkan Ikhwan jauh
darinya lagi kecuali bila bersama Ajihah.
“Apa dia sayang?”
“Melda nak abang carikan PA baru
untuk Imran... Melda nak fokus pada abang je,” sungguh berkeyakinan permintaan
Imelda pada Ikhwan.
“Baiklah kalau sayang nak macam tu,
nanti lepas sayang dengan Imran balik dari Bali… abang akan cari PA baru untuk
Imran. Ye,”
“Melda nak abang cari secepat yang
mungkin, Melda tak nak pergi Bali… Melda nak ada dengan abang je,” pinta Imelda
lagi, dia tidak mahu Aisya mengambil kesempatan apabila dia tiada di pejabat
bersama Ikhwan nanti. Saat ini yang ada didalam hatinya ada sakit dan benci,
yang ada didalam fikirannya, hanya mahu melihat Ikhwan jauh dari Aisya. Lupakah
kau tentang tali persahabatan yang telah kau bina dengan Aisya hampir bertahun
dulu Imelda? ‘Egokah aku, penting dirikah aku?’
“Kenapa terburu-buru ni sayang?”
soal Ikhwan pelik.
“Imelda tak sedap hati, Melda tak
sampai hati nak tinggalkan abang dekat sini…” tipu Imelda.
“Tak apalah, dekat sini ada Aisya…
nanti dia boleh tolong abang.” Ikhwan sengaja menyebut nama Aisya, kerana dia
tahu dan dapat merasa bahawa isterinya sedang berbohong.
“Sebab ada dialah, lagi Imelda tak
sedap hati…” bentak Imelda, dia terus meleraikan pelukannya.
“Abang dah agak dah… mesti ada sebab
lain. Kenapa sayang keluar bilik abang macam tu je tadi? Dan kenapa sayang
pekikkan nama Aisya?” soal Ikhwan.
“Tak ada apa, Melda terkejut tengok
dia ada dalam bilik abang. Sebab tu Melda jeritkan dia…” bohong Imelda lagi,
dia terus memeluk suaminya semula.
“Nanti abang carikan PA baru untuk
Imran ye… abang tengok Imran tu pun boleh tahan,” hati Ikhwan pun boleh tahan
bengkaknya bila melihat sikap Imran yang suka mengambil kesempatan terhadap
Imelda.
“Terima kasih bang, abang jangan
tinggalkan Imelda ye….”
“Tak sayang, hanya Ajal dan Kehendak
Allah je yang akan pisahkan kita.” Janji Ikhwan, dahi dan ubun-ubun isterinya
dikucup penuh kasih dan sayang.
USAI solat isyak
tangan ditadah dengan hati yang begitu sayup, airmata menitis mengenang nasib
diri. Wajah di dongakkan dan merenung keatas, cuba menahan sebak didada namun
jawapannya gagal. Bahu terhinjut-hinjut menahan sedu.
“Ya Allah, ampunilah segala
dosa-dosaku….permudahkanlah perjalanan hidupku. Berikanlah cahaya didalam
perkahwinanku ini, berikanlah aku petunjuk ya Allah…aku hanyalah hambaMu yang
lemah. Apakah benar segala perbuatanku terhadap Aisya, dan apa yang harus aku
lakukan ya Allah? Sesungguhnya aku tidak mampu menerima segala kenyataan dia
kepadaku ya Allah. Sisirkanlah rasa ini dari diriku ya Allah, buangkanlah
amarah didalam hatiku ini….sisirkanlah benci dari hati ini.”
“Ya Allah, aku amat menyayangi dan
mencintai suamiku…jadikanlah rasa itu agar selalu menggebu didalam hatiku.
Berikanlah suamiku kekuatan untuk melalui ujian-ujianMu, berikanlah dia
keimanan yang tinggi untuk berdepan dugaanMu. Tetapkan hatinya, ya Allah…aku
bermohon padaMu ya Allah.”
Setelah mengaminkan doa, Imelda
tidak terus bangun tetapi dia menyambung dzikir dan bertafakur sebentar. Memandangkan
hari ini adalah giliran Ikhwan bermalam dirumah Ajihah, dia mengambil keputusan
untuk hanya menyampaikan kasih dan rindunya pada sang Pencipta, mengaduh lemah
dah penat segala usianya.
IMRAN merenung langit
malam dengan penuh seribu perasaan, songkok yang diguna untuk menunaikan solat
isyak tadi dibiarkan berada diatas kepalanya kini. Meskipun dia berada di
tengah kota raya dan pernah duduk begitu lama di Negara orang bukan islam, dia
tetap tidak kekok mengenakan kain pelikat dan memakai songkok. Malah telah
menjadi kebiasaannya setiap kali di waktu mahgrib hingga ke subuh, dia akan
mengenakan kain pelikat dan baju putih nipis serta bersongkok.
Dia masih tertanya-tanya dimana ibu
dan ayah kandungnya. Meskipun tidak pernah bertemu muka, tetapi kerinduan
dihati tetap terasa. Keinginan untuk mencium tangan ibu yang melahirkan dirinya
terpendam menjadi sebuah impian. Keinginan untuk memeluk tubuh ayah yang
mengazankan dirinya menjadi sebuah harapan besar.
Airmata yang mengalir dibiarkan
berlalu, biarlah bulan dan bintang menjadi saksi rasa hatinya serta biarlah
langit menjadi penulis nota hatinya.
Imran teringat diwaktu dia
mengetahui bahawa dirinya bukan anak kandung kepada Izarah dan Iman.
“Walaupun adik bukan anak kandung
bonda dan baba, bonda dan baba tak pernah anggap adik lain dari abang. Bonda dan
baba tetap sayang adik, kami sayangkan adik macam anak sendiri. Adik jangan
fikir yang bukan-bukan ye sayang.” Izarah cuba memahamkan anak angkatnya yang
baru berusia lapan tahun ketika itu. Badan montel Imran dipeluk penuh kasih,
airmata yang menitis ditepis cepat agar Imran tidak turut sedih.
Imran menolak tubuh Izarah dan
berlari keluar rumah. Si ibu mahu mengejar si anak, tetapi Ikhwan yang ketika
itu berusia sembilan tahun menghalang bondanya.
“Biar abang pujuk adik.” Ikhwan berlari
keluar untuk mendapatkan adik kesayangannya.
Ikhwan mendapatkan Imran yang sedang
duduk di depan kolam dengan tangisan yang tidak berhenti.
“Adik.”
Imran menoleh kearah Ikhwan yang
ingin mendapatkannya, tapi tangannya yang montel itu lebih cepat menolak tubuh
abangnya.
“Im bukan adik abang! Jangan panggil
Im ‘adik’,” suara si kecil itu menjadi serak kerana menangis.
“Adik, jangan macam tu!” marah
Ikhwan, dia terus memeluk adiknya yang bertubuh lebih besar dari dia.
Airmatanya turut menitis bila mendengar perkataan itu yang meniti di bibir
Imran.
“Bonda dengan baba cakap Im bukan
anak mereka,” rungut Imran yang masih lagi menangis.
“Adik pandang abang,” arah Ikhwan
tegas, dia menarik lembut pipi montel Imran agar beralih kearahnya.
“Adik adalah adik abang! Adik adalah
anak bonda dan baba! Sampai abang mati pun adik tetap adik abang, abang takkan
tinggalkan adik..” pujuk Ikhwan, airmata yang menitis hanya dibiarkan.
“Abang janji?” soal Imran, memandang
kewajah abangnya dengan penuh harapan.
“Abang janji!” Ikhwan menarik
adiknya kedalam pelukan.
“Tapi abang tetap buang adik, bang!”
Imran menyapu airmata bila mengingat lafaz janji Ikhwan di suatu masa dahulu.
Kerinduan kepada Ikhwan hanyalah
Allah yang Maha mengetahui. Pipi yang pernah ditumbuk oleh Ikhwan suatu ketika
dahulu di sentuh dan bagaikan terasa sakitnya lagi meskipun hampir enam tahun
peristiwa itu berlalu pergi.
“Apakah Im sempat dan dapat merasa
pelukan abang seperti dulu bang? Apakah sudah hilang rasa sayang didalam hati
abang untuk Im?” Imran tertunduk dan menyapu airmata dengan harapan berlalu
rasa sedih ini.
Didalam setiap doa kudusnya tidak
pernah berhenti agar persengketaan diri dia dan Ikhwan berakhir dan dia
berharap agar bertemu dengan keluarga kandungnya.
Perlahan dan lemah Imran melangkah
masuk kedalam dan mengunci pintu sebelum berlalu masuk kedalam bilik.
IMELDA berdiri di sisi Ikhwan ketika lelaki itu sedang berbicara dengan Imran tentang pertukaran pembantu peribadi.
"Silakan duduk Imran."
Imran duduk berhadapan dengan abangnya, manakala Imelda duduk disebelah suaminya. Gadis itu tidak sedikit pun memandang Imran, dia tahu lelaki itu tidak akan berpuas hati dengan keputusan suaminya.
Belum sempat Ikhwan berkata-kata, pintu biliknya diketuk dari luar. Setelah memberi keizinan untuk masuk, muncul Aisya dari balik pintu.
"Aisya, silakan duduk."
Gadis yang kelihatan ayu berbaju kurung pada hari jumaat ini, melabuhkan punggung disebelah Imran.
"Ada apa tuan?" soal Aisya lembut, tidak sedikit memandang kearah Imelda. Walaupun dia dapat merasakan isteri majikannya itu sedang memandang kearah dia, tapi dia tidak berniat untuk membalas pandangan itu.
"Begini, saya nak bincangkan tentang pertukaran pembantu peribadi Imran." Ikhwan memperbetulkan vase birunya agar mampu duduk dengan selesa.
"Aku pernah cakap pada kaukan Imran, yang Imelda adalah pembantu peribadi sementara kau?" Ikhwan memandang kearah Imran yang berwajah tenang.
Imran sekadar mengangguk faham. 'Imelda dengan Aisya elok je kau ber'saya' 'awak', dengan aku?'
"Hari ni, jawatan Imelda sebagai pembantu peribadi kau akan ditukarkan dengan Aisya." Ujar Ikhwan tegas, suaranya menggambarkan bahawa itu adalah arahan bukan cadangan.
"Tapi tuan, sayakan akauntan... takkan saya kena jadi PA Encik Imran?" soal Aisya pelik, berkerut dahi dibuatnya.
"Waktu Imelda dalam pantang, awak pernah jadi PA sementara sayakan? Jadi saya rasa awak tak ada masalah untuk jadi PA Imran, berkenaan dengan gaji saya akan naikkan. Awak jangan risau." Ikhwan menghulurkan beberapa dokumen penting kepada Aisya untuk jawatan baru gadis itu.
"Bukan masalah tentang gaji tuan, cuma......" Aisya tak dapat menghabiskan kata-katanya bila Imran bersuara.
"Tadi 'tapi', sekarang 'cuma'.... apa masalah awak sebenarnya ni, Aisya?" soal Imran selamba, tak pula dia memandang gadis itu. Dan tak berminat untuk mengetahui tentang gadis itu.
Aisya menoleh sekilas kearah Imran dengan pandangan yang mengecil, 'apahal dengan mamat ni? Aku cakap dengan dia ke? Belum apa-apa lagi, dah buat aku rasa nak sepak jer dia ni... macam manalah hidup aku kalau jadi PA dia ni??????!'
"Tak apa Aisya, awak akan dapat keserasian bila bekerja dengan Imran. Saya rasa kagum juga dengan awak bila menguruskan jadual. Jadi saya rasa awak boleh tolong Imran." Puji Ikhwan ikhlas. Dia memberikan senyuman pada Aisya, berharap agar gadis itu setuju dengan keputusan dia.
Imelda mengerling kearah suaminya dengan rasa cemburu yang amat tinggi. Mungkin jika dia tidak tahu tentang perasaan Aisya terhadap suaminya, dia tidak akan rasa cemburu seperti ini bila melihat senyuman suaminya pada Aisya.
Aisya memahami pandangan Ikhwan dan dia berangguk setuju dengan keputusan itu, meskipun dia tahu akan terjadi sesuatu diantara dirinya dan Imran tetapi dia perlu bersetuju.
"Imran?"
Imran menoleh kearah Ikhwan yang memanggilnya, dia diam agak lama dan kemudian mengangguk lemah. 'Jika itu takdirku.'
"Baiklah bagus, sekarang semua boleh balik ke tempat masing-masing. Aisya awak boleh tunggu dekat sini, sebab saya nak bincangkan dengan awak tentang jawatan baru awak." Arah Ikhwan.
Imran dan Imelda keluar dari bilik mengikut arahan Ikhwan. Sempat Imelda menoleh sekilas kearah Aisya, ada juga perasaan takut dan cemburu yang tinggi dalam dirinya.
"Aisya," panggil Ikhwan lembut. Ketika ini hanya dia dan Aisya yang berada dalam bilik besar itu.
"Ye, tuan," jawab Aisya perlahan. Dia menunduk dan tidak mampu memandang kearah lelaki, entah kenapa pandangan Ikhwan hari kelihatan lain.
"Saya nak tanya sesuatu pada awak," soal Ikhwan dalam nada yang masih lembut.
"Tanya apa tuan?"
"Berkenaan dengan bekas kekasih awak...dan pertunangan awak yang akan berlangsung nanti." Ikhwan rasa hairan dengan gadis itu hari ni. Selalunya Aisya mengambil pilihan untuk memandang dan merenungnya, tetapi hari ini gadis itu lebih memilih untuk menunduk dari membalas pandangannya.
"Saya dah tak nak ambil peduli tentang tu tuan, biarlah apa pun yang terjadi.." jawab Aisya ringkas. 'Boleh tak aku keluar sekarang?'
"Awak jangan cakap macam tu Aisya, awak sepatutnya mencari jalan penyelesaian... bukan lari dari masalah." Tegur Ikhwan, dia yakin bukan itu jawapan yang mahu lahir dari bibir Aisya kerana dia tahu di hati gadis itu tersimpan sesuatu yang lain.
"Saya nak selesaikan macam tuan?" soal Aisya, sejurus itu dia menggigit bibir. Menyesal terasa bila soalan pula yang diajukan.
"Kita balik Melaka, dan jumpa mak ayah awak..." cadang Ikhwan cepat.
"Untuk apa?" soal Aisya dan terus memandang Ikhwan.
"Saya ingat awak dah tak nak pandang muka saya..." sempat Ikhwan mengusik, "Kita jumpa mak dan ayah awak dan terangkan segala-galanya, supaya mereka tak salahkan awak. Lagipun awak baru nak bertunang bukan berkahwin."
"Tak apalah tuan, saya akan selesaikan masalah saya sendiri...saya tak nak susahkan atau libatkan tuan." Aisya tidak mahu semua ini lagi, dia cuba untuk tidak bertindak lebih dari ini. 'Aku mahu cukup! Maka cukuplah wahai hati,' rayu hati Aisya.
"Aisya, awak mungkin boleh cakap macam tu... kalau awak tak luahkan apa-apa pada saya dulu. Sekarang ni, saya dah tahu masalah awak.... dan saya rasa bertanggungjawab untuk bantu awak." Kata-kata Ikhwan menyeludup masuk kedalam hati Aisya.
'Cukup Ikhwan! Kata-kata kau hanya akan buat aku rasa semakin mencintai... sedangkan aku tidak nampak cinta di mata kau saat ini. Cukup Ikhwan! Sebab ia terlalu sakit, bila sampai dihati ini.' Air liur yang ditelan terasa pahit saat ini, untuk memandang Ikhwan hanya akan membuat airmatanya menitis.
"Tapi......"
"Tak perlu bertapi dengan saya Aisya, saya janji saya akan ada dengan awak sampai masalah ni selesai. Yang penting awak perlu balik kampung dan berbincang dengan kedua orang tua awak." Ikhwan tahu, mungkin tidak patut dia membantu Aisya hingga ke tahap ini. Tetapi dia dapat merasakan yang dirinya sudah terpilih untuk menghadapi perkara ini bersama Aisya. Mana mungkin ada insan yang boleh berceritakan masalah peribadinya sesuka hati pada orang lain. Jadi dia yakin, saat ini Aisya memerluka dirinya.
"Kalau macam tu kehendak tuan, saya akan ikut... tapi boleh tak tuan bawak Imelda sekali?" Aisya tidak mahu pemergiannya dengan Ikhwan nanti akan mendapatkan keretakan hubungannya dengan Imelda.
"Baiklah, saya akan berbincang dengan Imelda."
"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu...." melihat anggukan Ikhwan, Aisya tidak menunggu lama. Dia berlalu keluar dari bilik pejabat lelaki itu dan berjalan menuju ke tandas.
Didalam bilik air, Aisya duduk diatas mangkuk tandas yang bertutup. Disitu, dia menangis semahu-mahunya. Dia ingin menjerit tetapi tidak mampu.
Kenapa dan mengapa dengan layanan Ikhwan hari ini? Meskipun dia tahu, layanan Ikhwan padanya hanyalah kerana 'sahabat' tapi tidak bagi dia yang begitu mencintai lelaki itu.
'Aku ingin sisirkan rasa ini, tetapi kenapa aku tidak mampu? Aku ingin buang rasa ini, tapi kenapa perbuatannya membuatkan aku berasa tidak mahu pergi jauh darinya. Tolonglah hati, aku tidak mahu derita ini.' Aisya menekup mulutnya dengan kedua telapak tangan dan menangis semahu-mahunya. Dia tidak kuat.
Saat ini dia sudah tidak ada bahu Imelda untuk bersandar dan meluahkan rasa, saat ini dia sudah tidak ada tangan Imelda yang menyapu airmatanya.
Dia bencikan akan perasaannya, kerana cinta ini dia kehilangan sebuah ikatan yang telah terbina sejak dari dulu.
'Patutkah aku korbankan dan terus buang rasa ini, sedang hati ini meminta-minta? Apakah aku begitu memikirkah hati Imelda, atau aku mementing diri.'
'Ikhwan, kenapa engkau yang aku perlu jumpa? Kenapa engkau yang perlu aku cinta? Kenapa engkau yang aku perlu gapai? Kenapa, Ikhwan?'
'Lelaki yang terlalu banyak menasihatkan aku, itu adalah kau. Lelaki yang banyak memberi kekuatan pada aku, itu adalah kau. Dan kau hadir disaat Ajib melukakan hati aku. Kenapa ini yang jadi? Kenapa?'
Aisya tahu kali ini dia perlu berpijak di bumi yang nyata, dan perlu sedar 'langit yang tinggi itu tidak akan mampu digapai olehnya'. Dia juga tahu, kali ini dia perlu berjalan dengan kaki sendiri. Tiada lagi Imelda yang akan memeluk bahunya, tiada lagi Imelda yang akan mendengar keluh kesahnya dan tak akan ada Imelda yang mahu menepis airmatanya.
Dia tahu Imelda tak berkata apa-apa, tapi dia dapat rasakan yang Imelda tidak akan mahu meneruskan lagi hubungan ini.
Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini
1 comment:
Cerita tak perlu banyak konflik. Makin banyak konflik makin kurang orang nak baca. Org zaman sekarang banyak benda nak buat. Kalau boleh buatlah cerita yg banyak bagi pengajaran. Sorry if this is too harsh.
Post a Comment