[POWER OF WIFE]
ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 22
AJIHAH dan Imelda
duduk di meja makan yang tak jauh dari kaunter, bagi mempermudahkan pergerakan
Ajihah nanti bila ada pelanggan yang mahu membuat pembayaran.
Ajihah menjadi orang yang gembira
pada hari ini kerana kata Ikhwan hendak membawa mereka bercuti di Melaka,
tetapi Ajihah benar-benar tidak tahu tentang perancangan Ikhwan dan Aisya. Yang
tahu tentang itu hanyalah Imelda dan Ikhwan.
“Kau tahu tak, Melda..” Ajihah
memegang pergelangan tangan Imelda, wajahnya begitu ceria saat ini.
“Tak tahu…” jawab Imelda cepat, dia
memandang wajah Ajihah tepat.
“Memanglah kau tak tahu, aku belum
beritahu… ni aku nak beritahulah ni.” Ajihah ketawa perlahan, gembira sekali
‘gamaknya’.
“Beritahulah…”
“Ikhwan
pujuk aku hari tu… beria dia.”
“Betul ke? Dia cakap apa?” Imelda
tersenyum lebar melihat wajah Ajihah yang ceria ‘terlebih’ hari ni.
“Mula-mula tu, aku buat-buat tak nak
dengan penjelasan dia… lepas tu dia pun pujuk sungguh-sungguh. Dia cakap apa
yang aku tengok tu tak macam yang aku sangkakan. Dia beritahu yang perempuan tu
cakap dengan dia, pakwe perempuan tu
putuskan hubungan sedangkan lagi seminggu nak bertunang.” Jelas Ajihah
sungguh-sungguh.
“Pakwe?
Ajib….” Imelda mengingatkan kekasih Aisya. Ye, baru dia teringat bahawa Aisya
ada kekasih bernama Ajib.
“Mungkin betullah tu nama dia…”
“Ajib tu memang kaki pukul, selama
Aisya berkawan dengan dia pun….Ajib suka pukul Aisya. Dulu Ajib kata dia nak
berubah, tapi Ajib memang suka mungkir janji. Tapi Aisya pernah cakap, walau
apa pun jadi… dia takkan tinggalkan Ajib. Kenapa sekarang jadi macam ni…”
Imelda termenung dan memikirkan sesuatu yang tak pasti.
“Sebab dia dah tergilakan laki
kitalah!” balas Ajihah cepat.
“Akak tahu?” soal Imelda pelik.
‘Takkan Aisya berani luahkan perasaan dekat Ajihah.’
“Aku ni perempuan Imelda, bila aku
tengok mata dia tu… aku dapat rasa yang dia tu sukakan laki kita. Aku tak
tahulah manusia zaman sekarang ni, punyalah ramai lelaki dalam dunia ni… laki
orang juga dia nak kebas!” Ajihah meluahkan rasa geramnya terhadap Aisya, tidak
berniat untuk membuat madu kesayangan itu terasa.
Imelda tidak menjawab apa-apa,
sedikit sebanyak hatinya turut terasa dengan kata-kata Ajihah.
Ajihah menoleh kearah Imelda yang
sudah berubah riak wajah, cepat Ajihah menutup mulutnya dan memeluk bahu
Imelda.
“Alah, Melda! Aku tak kata kaulah,
aku cakap minah senget tu…” pujuk Ajihah cepat.
“Akk conform ke dia sukakan abang?” Imelda mengalih topik.
“Conform
tu belum lagi, tapi komfiden tu yer…”
jawab Ajihah cepat.
Terasa gugup di hati Imelda saat
ini, kalaulah Ajihah tahu soal hati Aisya! Pasti perang dunia ketiga akan
berlaku.
“Dahlah.. malas nak cerita pasal
dia. Aku belum habis gosip lagi ni.” Ajihah menghirup minuman didepannya
sebelum menyambung cerita.
“Kau tahu tak, babyboy kita belikan aku rantai!” ujar Ajihah penuh semangat.
“Yeke?” Imelda tersenyum melihat
reaksi gembira Ajihah, dia tumpang gembira bila melihat kegembiraan Ajihah yang
seperti ini.
“Ye.. cantik sangat. Nanti aku
tunjuk dekat kau. Kau tahu tak dia buat aku jadi feeling in love dengan dia banyak-banyak tau! Aku happy gila ni!!!” Ajihah tersenyum lebar
bila mengingati saat Ikhwan memakai rantai di lehernya.
“Jaga rantai tu elok-elok..” pesan
Imelda lembut.
“Mestilah.. aku akan jaga elok-elok.
Tiba-tiba aku rasa dia handsome sangat,
rasa macam bahagia itu milikku… cewah!” Ajihah tertawa kecil dan menutup
mukanya kerana berasa bahang cinta diwajahnya saat ini sangat membara. Kulitnya
yang putih bertukar merah.
Imelda tertawa melihat reaksi Ajihah
yang memuji-muji Ikhwan, wajahnya juga sudah turut merah kerana terlalu banyak
ketawa.
“Manja! Sayang!”
Panggilan itu membuatkan Imelda dan
Ajihah menoleh serentak kearah muka pintu restoran mewah milik Ajihah.
“Sayang.”
“Abang..”
Serentak Imelda dan Ajihah menyaut
dan menghampiri Ikhwan, tangan Imelda cepat mencapai tangan Ikhwan untuk
disalam. Bila melihat Ajihah sekadar tersenyum-senyum merenung Ikhwan, Imelda
menyiku perlahan pinggang Ajihah. Cepat isteri pertama itu mencapai tangan
suaminya dan disalam.
Ikhwan tersenyum bahagia melihat
kedua isterinya yang sudah berbaik, tenang terisi didalam jiwa. Tangan kanannya
memeluk bahu Imelda dan tangan kirinya memeluk bahu Ajihah.
“Senangnya dalam hati..bila
beristeri dua. Oh, terasa dunia… ana yang punya.” Ikhwan sengaja menyanyikan
lagu ‘Madu Tiga’ untuk mengenakan kedua isterinya.
“Kepada isteri tua, kanda saying
padamu…” Ikhwan mencium dahi Ajihah dan menoleh kearah isteri mudanya pula.
“Kepada isteri muda, I say I love you..” pipi Imelda menjadi
sasaran bibir Ikhwan mendarat.
“Isteri tua merajuk, balik kerumah
isteri muda… kalau dua-dua merajuk… ana ka…..” Ikhwan tak dapat menghabiskan
nyanyian bila terasa pinggang dibahagian kanan dan kiri terasa perit kerana
dicubit oleh Ajihah dan Imelda.
“Ada hati nak kahwin tiga pula?”
soal Ajihah garang, mencerlung matanya merenung Ikhwan.
“Padan muka!” Imelda menayang ibu
jari didepan Ikhwan kerana suaminya dimarah oleh Ajihah.
“Mana ada…” jawab Ikhwan meniru gaya
‘Upin Ipin.’
Imelda dan Ikhwan duduk di meja yang
tadi diduduki Imelda dan Ajihah, Ajihah kebahagian belakang untuk membuatkan
air untuk suaminya.
“Sayang dah beritahu Manja?” soal
Ikhwan cepat, bila melihat Aisya sudah kebelakang.
“Tak!”
“Kenapa?”
“Abanglah beritahu sendiri, abang
tahukan kak Manja tu garang! Nanti tak pasal-pasal, Melda yang kena marah…”
balas Imelda cepat.
“Abang ingat nak beritahu dia
semalam.. tapi abang tak beranilah. Kak Manja tu benci sangat dekat si Aisya
tu. Abang bukannya apa, abang tak nak
kak Manja salah sangka. Abang nak tolong Aisya, bukan sebab abang suka dia…
tapi sebab dia pernah tolong abang dulu.” Ikhwan membetulkan sedikit kedudukan
tudung Imelda, sebelum menyambung.
“Dulu.. masa sayang dalam pantang,
dia yang banyak maklumkan pada abang tentang sayang. Jadi, sekarang ni.. niat
abang cuma nak tolong. Tak lebih dari tu.”
“Tolong apa tu?” soal Ajihah yang
baru tiba di meja dengan segelas kopi hangat.
“Manja….” Panggil Ikhwan perlahan,
dia merenung kopi didalam cawan itu.
“Ye..”
“Sejak bila Sayang minum kopi?” soal
Ikhwan perlahan.
“Sayang tak minum kopi ye?” Ajihah
menggigit jari telunjuk kanan, wajahnya yang putih sudah memerah. Terasa
berbahang sekali saat ini. Ye, dia akui itu adalah kelemahan dirinya. Selama
ini dia tidak pernah mengambil tahu tentang apa yang disukai Ikhwan dan apa
yang tidak disukai Ikhwan. Dia lebih gemar mengejar kerjayanya dari mengambil
tahu tentang semua itu.
“Macam ni, Melda buatkan ye..” cepat
Imelda menawarkan khidmatnya.
“Wawa!” pekik Ajihah, sepantas kilat
Wawa menghampirinya.
Ajihah mengangkat buku pesanan yang
agak besar itu dan dihalakan kearah dia dan Imelda. Perbuatannya di perhatikan
Ikhwan dengan penuh tekun.
“Ikhwan minum apa?” soal Ajihah
perlahan.
“Coklat panas…” jawab Imelda yang
turut berbisik.
“Buatkan saya coklat panas,
sekarang.” Arah Ajihah tegas kepada Wawa.
“Okey..”
Wawa ke belakang dan kembali membawa air coklat panas kepada Ajihah, majikannya
menyambut lembut dan dihulurkan kepada Ikhwan.
“Minumlah..” pelawan Ajihah, sebaik
Wawa berlalu dari mereka.
Ikhwan tersenyum manis sebelum
menikmati minuman itu.
“Kita nak pergi mana kejap lagi?”
soal Ajihah cepat.
“Melaka..” jawab Ikhwan.
“Nak bercutikan?” Ajihah sudah
bertukar menjadi begitu teruja.
“Hurmmm, boleh jadi jugalah. Tapi
kita kerumah orang tua Aisya dulu..” terang Ikhwan yang cuba berlagak tenang.
“Aisya??? Buat apa?” soal Ajihah
garang, reaksi keceriannya bertukar menjadi ganas.
“Kita nak bincangkan hal pertunangan
Aisya..” terang Ikhwan lagi.
“Bincangkan apa pula ni???? Dia dah
tak ada mulut nak bercakap sendiri ke? Sibuk je minah ni kan!”
“Akak sabar.. kitakan ada dengan
abang nanti. Jadi rileklah dulu,” pujuk Imelda.
Ajihah terus tersenyum sinis dan
mengangkat kening kanan,
“Okey,
let’s go honeys..” Ikhwan bangun dari tempat duduknya dan memimpin jemari
Imelda serta jemari Ajihah.
Di tempat letak kereta mulut Ajihah
melopong bila melihat Aisya yang berada di dalam kereta suaminya di bahagian
tempat duduk sebelah pemandu.
“Kenapa dia dekat dalam kereta
abang?” soal Imelda cepat.
“Kereta dia rosak, jadi dia tumpang
kitalah..” balas Ikhwan tenang.
“Minah ni memang nak kena dengan
aku!” tempelak Ajihah, dia merentap jemarinya yang digenggam Ikhwan tadi.
Imelda juga begitu dan mengikut
langkah madunya.
Cepat pintu kereta dibahagian
penumpang sebelah pemandu dibuka dan direntap tangan Aisya agar keluar dari
kereta itu.
“Besar pangkat kau nak duduk depan,
penumbuk ni nanti sampai dekat muka kau tau!” tempelak Ajihah sambil
menayangkan ‘buku lima’ pada Aisya.
“Yelah, aku duduk belakang!” jawab
Aisya dengan nada suara yang tinggi, dia malas hendak melayan kerenah Ajihah.
“Kau tinggikan suara dengan aku
pula, kurang ajar betul…” Ajihah menyengseng lengan bajunya dan begitu juga
Aisya.
Ikhwan cepat meraih pinggang Ajihah,
dan Imelda memegang pinggang Aisya.
“Sudahlah Manja, Aisya! Masuk kereta..
kalau macam ni, pukul berapa sampai Melaka.” Ikhwan menolak lembut bahu Ajihah
untuk duduk di tempat Aisya tadi.
Imelda meleraikan pegangannya dan
berlalu di tempat duduk belakang pemandu.
SEPANJANG perjalanan
ke Melaka, Imelda tidak menoleh walau sekilas kearah Aisya, dia lebih selesa
memberi tumpuan kearah jalan raya. Melihat pokok-pokok yang hidup segar di
sepanjang lebuh raya itu, rintik-rintik hujan yang memberikan kedamaian didalam
hatinya. Setelah agak lama merenung hujan, Imelda tertidur sambil kepalanya
bersandar di cermin pintu.
Aisya melayani perasaannya sendiri,
dia tidak tahu untuk berkata apa pada keluarganya. Ini memang salah dia kerana
melibatkan orang luar. Dia takut untuk menatap wajah ibu dan abahnya sebentar
lagi, pasti akan terjadi pertelingkahan.
Ikhwan memandang sebentar ke cermin
pandang belakang untuk melihat keadaan isterinya Imelda, pelik menyelebungi
diri dia saat ini. Selalunya bila Imelda bertemu dengan Aisya, pasti ada saja
yang hendak dibualkan.
Dia merasakan keadaan sudah terbalik
saat ini. Dulu bila Imelda bertemu dengan Ajihah pasti bagaikan tidak ada
apa-apa, senyap sunyi sahaja. Bila berjumpa Aisya, ada sahaja yang hendak
mereka ceritakan. Kini bila bertemu Ajihah, bagaikan tak kering gusi. Dan bila
berjumpa Aisya, seperti tidak kenal serta hanya diam tak berkata apa.
Ikhwan amat yakin ada sesuatu yang
tidak kena antara Imelda dan Aisya, cuma saat ini dia tidak mahu terlalu
fikirkan hubungan Aisya dengan Imelda. Apa yang penting baginya saat ini adalah
kegembiraan Imelda dan Ajihah.
Dia berharap segala perancangannya berjaya,
dan berharap semoga isteri-isterinya dapat menerima apa yang telah dia
rancangkan.
Tiba di perkarangan rumah Aisya,
gadis itu turun dari kereta terlebih dahulu. Lalu dituruti Imelda, Ajihah dan
Ikhwan.
“Mari masuk,” pelawa Aisya lembut.
“Assalamualaikum.”
Tiada seorang pun yang menjawab dari
dalam rumah usang itu. Aisya membuka kasutnya dan berjalan masuk kedalam rumah
sambil diikuti Ikhwan, Imelda dan Ajihah.
Melihat ibunya yang duduk termenung
dikerusi kayu usang itu, tersentuh hatinya. Dia cuba mencari kelibat abah tapi
tidak berjaya. Perlahan dia menghampiri ibunya, tangan tua itu dikucup penuh
kasih.
“Ibu.”
Ibu merenung wajah Aisya dengan
seribu satu rasa, airmata yang hamper kering kembali menitis.
“Kenapa kau balik? Kau tak
habis-habis menyusahkan aku ye Aisya!” tempelak ibu, melihat wajah anaknya itu
hanya membuatkan hatinya teringat kepada suami tercinta.
“Ibu, maafkan Aisya, Aisya tak niat
nak susahkan semua orang dalam rumah ni… Aisya minta maaf bu.” Aisya menitiskan
airmata bila tangan yang menyentuh jemari ibunya ditepis kuat.
“Kau minta maaf macam mana pun, tak
dapat pulangkan abah kau balik Sya.. abah kau dah meninggal!” tengking ibu, dia
berdiri dan merenung wajah terkejut anaknya.
“Abah meninggal? Ibu tipukan? Ibu mana
abah?” soal Aisya seakan tidak percaya, mana mungkin abahnya pergi. Kenapa dia
tidak diberitahu?
“Abah kau meninggal sebab terkejut
bila kau beritahu kami yang kau nak batalkan pertunangan dengan si Ajib tu,”
jelas ibu jujur.
“Tapi kenapa tak beritahu Aisya,
abah meninggal? Bila abah meninggal?” soal Aisya dengan tangisan yang sangat
deras.
“Kau tu yang kenapa? Kenapa kau nak
putuskan hubungan dan batalkan pertunangan dengan si Ajib tu? Dulu abah dengan
ibu halang kau kawan dengan dia, kau nak juga… sekarang kecoh nak putuskan
pertunangan kenapa?” bentak abang Aisya yang keluar dari muka pintu bilik.
“Sabar bang, bagilah peluang pada
Aisya untuk menerangkan apa yang terjadi..” pinta Ikhwan perlahan. Dia dapat
memahami keadaan Aisya saat ini.
“Yang kau ni siapa pula?” soal abang
Aisya tegas.
“Dia suami saya bang, berilah
peluang pada Aisya ni… lagipun diakan sedang bersedih tentang pemergian
pakcik..” tambah Imelda pula. Dia mendekati Aisya, dan memeluk bahu sahabat.
Saat ini, dia tidak boleh mementingkan diri dengan memusuhi Aisya.
“Aku tak peduli semua tu, yang aku
nak tahu kenapa kau dengan Ajib putuskan hubungan?” tengking abang Aisya.
Aisya sudah hilang sabar, dia
merentap tudungnya dan menunjukkan kesar kelar di tepi lehernya kerana di tetak
oleh Ajib tiga minggu lalu. Lelaki itu tidak boleh menerima hakikat bila Aisya
meminta untuk putuskan pertunangan atas alasan dia sudah tidak sanggup dengan
sikap Ajib yang suka memukul.
Memang dia jatuh cinta pada Ikhwan
dan mahu putuskan pertunangan dengan Ajib untuk dapatkan Ikhwan, tapi itu sebab
yang kedua dan sebab pertama kerana dia sudah tidak sanggup hidup dengan deraan
sebegitu rupa.
“Ajib yang buat semua ni?” soal
abangnya terkejut, dia mendekati Aisya dan melihat dengan lebih dekat kesan
kelar itu.
“Ye, bang… Ajib yang buat macam ni
pada aku. Sudahlah bang, memang kami tak ada jodoh. Yang penting sekarang, aku
nak pergi kubur abah. Bawak aku kesana sekarang…” rayu Aisya.
“Nanti aku bawakkan, kau pergilah
masuk kedalam dulu. Kau orang ni semua duduklah dulu, nanti aku suruh adik aku
buatkan air.” Abang Aisya hendak ke belakang tapi dicegah Ikhwan.
“Kami tak lama pun dekat sini, kami
nak balik dah… biarlah Aisya tenangkan fikiran dulu. Kami minta diri dulu.”
Ikhwan bersalaman dengan abang Aisya sebelum berlalu pergi, begitu juga Ajihah
dan Imelda. Wanita berdua itu menyalam ibu Aisya dan turut membuntuti suaminya.
“Melda, kau duduk depanlah… aku nak
tidur. Mengantuk!” arah Ajihah, dia terus masuk kedalam kereta dibahagian
belakang. Dan Imelda hanya menurutkan.
Sudah hampir lima belas minit
perjalanan, Imelda masih tidak tahu macam mana nak ajak Ikhwan kerumah umi dan
ayahnya. Imelda mengangkat kening bila melihat jalan yang dilalui Ikhwan
seperti kearah rumah kedua orang tuanya, cepat dia menoleh kearah suaminya yang
tersenyum-senyum.
“Kita nak pergi mana ni?” soal
Imelda cepat.
“Kita nak pergi rumah umi dengan
ayahlah,” jawab
“Betul ke ni?” soal Imelda ceria.
“Betul, sayang.”
“Ye!!!” jerit Imelda. Suka rasanya
bukan kepalang, akhirnya dapat menghilangkan rindu pada umi dan ayah di kampong
serta adik-adik.
“Imelda!” tengkin Ajihah yang
terjaga dari lena.
“Ye, kak…” cepat Imelda menoleh ke seat belakang.
“Kau ni boleh diam tak, aku nak
tidurlah!” rungut Ajihah.
“Ops! Sorry, tak sengaja..” Imelda tertawa kecil dan menutup mulutnya.
Ikhwan tersenyum melihat telatah
isteri-isterinya.
WALAUPUN sudah hampir
setengah jam tiba dirumah keluarga Imelda, Ajihah masih berdiri didepan pokok
durian itu dan mendongak-dongak keatas dengan mulut yang melopong.
“Manja!”
Ajihah menoleh sekilas kearah Ikhwan
dan menyambung kali mendongak ke atas pokok.
“Apa yang Manja tengok tu?” soal
Ikhwan, dia menghampiri isterinya.
“Ni pokok durian ke?” soal Ajihah
cepat. Bila melihat Ikhwan tiba-tiba ketawa, hatinya jadi sakit.
“Taklah… pokok mangga,” balas
Ikhwan. Dia masih ketawakan soalan Ajihah.
“Wah! Seronok gelakkan orang ye…”
rungut Ajihah.
“Ni pokok durianlah Manja, takkan
pokok durian pun tak kenal..” ujar Ikhwan dengan ketawa yang masih bersisa. Perutnya
ditekan sedikit kerana terlalu banyak ketawa.
“Ikhwan! Panggil isteri kamu masuk.”
Panggil ayah yang berada diserambi rumah.
“Durian tu, Manja tahulah.. yang
Manja tak tahu, pokok dia je!” bidas Ajihah, wajahnya sudah mencuka.
“Alololo, comellah buat muka macam
tu. Jom naik atas, dari tadi umi dengan ayah tunggu Manja naik.” Ikhwan meraih
pinggang Ajihah.
Umi merenung wajah bersih Ajihah
yang baru bersalam dengannya, dia memberikan senyuman manis pada wanita itu.
“Makcik sihat?” sapa Ajihah lembut,
dengan senyuman gusar. Dia rasa bersalah dengan ibu kepada orang yang banyak
menerima siksaannya.
“Apa pula ‘makcik’? Panggil umi jer…”
umi mengusap lembut pipi Ajihah.
“Umi…” sebut Ajihah perlahan.
“Macam tulah.”
“Umi.. saya nak minta maaf diatas
salah silap saya selama ni pada umi sekeluarga..” pinta Ajihah bersungguh.
“Cerita lama, kita lupakan je..
sekarang buka buku baru ye..” balas umi lembut.
“Sudahlah tu, mari kita makan durian…”
ajak ayah, dia mengopek durian di tengah-tengah serambi untuk dijamu anak-anak,
menantu dan Ajihah.
Cepat Ikhwan menutup hidung Ajihah,
kerana dia tahu isterinya amat tidak gemar pada durian. Ajihah juga pernah
muntah kerana bau durian.
Ajihah menepuk jemari suaminya yang
menutup hidung dia, dia berasa sungguh selera merenung kuning isi durian.
Perbuatan mereka suami isteri diperhatikan ayah dan umi dengan senyuman.
“Rasalah Ajihah, sedap ni… isi ni kalau
dijual, mahal..” ujar ayah bersungguh, dia menghulurkan durian itu kepada
Ajihah.
Tanpa rasa kekok Ajihah mengambil
seulas dan memakannya, bila terasa sedap dia mula bertambah dari seulas ke
seulas. Ayah, umi dan adik-adik Imelda turut menikmati durian itu.
Ikhwan tidak mengusik durian itu
walau seulas, kerana terkejut dengan perbuatan isterinya. ‘Sejak bila bini aku
makan durian?’
“Kakak!” jerit umi.
“Ye, umi… bau apa ni? Busuknya!”
cepat Imelda menutup hidungnya sebaik sampai di muka pintu.
“Bau apa pula, durian ni.. durian
yang dulu akak tanam dekat depan rumah tu, dan menimbulkan hasil. Marilah
makan, buah durian kegemaran kakak ni…” ajak umi lembut.
“Tak nak! Busuk! Kakak nak rehat
dalam bilik je, tak sanggup bau durian ni… busuk!” cepat Imelda melarikan diri
kedalam bilik. Bukan berniat untuk berkurang ajar dengan uminya, tapi bau
durian itu begitu menyengat hidungnya.
“Kakak tak nak makan durian? Pelik!”
ujar ayah terkejut.
“Selama ni, dia tak akan lepaskan
peluang kalau bab durian ni…” tambah umi pula.
“Berisi kot…” sampuk adik selamba.
“Ye tak yelah, Ikhwan. Isteri kamu
tu berisi kot…” ujar ayah dengan senyuman.
“Alhamdulillah kalau betul ayah,
umi..” Ikhwan tersenyum bahagia.
Selesai menunaikan
solat isyak di surau bersama ayah, Ikhwan minta diri untuk merehatkan diri
kerana terlalu penat hari itu.
Tuk! Tuk!
Pintu bilik Imelda diketuk perlahan.
Tak lama selepas itu, Ajihah membuka pintu bilik sedikit dan tersenyum sinis
kearah Ikhwan.
“Wahai babyboyku sila tidur diluar ye kerana babyboy kami ni.. kebelakangan ni terlalu ‘buaya darat’. So, sebagai denda.. babyboy kena tidur diluar
ye. Selamat malam babyboy aka ‘buaya
darat.” Cepat sahaja pintu ditutup selepas berkata.
Ikhwan tersenyum dan berlalu keruang
tamu, dia melabuhkan tubuh diatas sofa yang dibelikan untuk umi dan ayah
sewaktu Imelda didalam pantang dulu.
‘Nasib baik aku belikan sofa ni
dulu, kalau tak memang atas lantailah aku tidur.’
Jam dua belas malam, kesejukan
begitu menyucuk tulang temulang. Mungkin kerana kedudukan rumah yang berdekatan
dengan pantai, dan rumah papa yang tiada lapisan batu telah membuatkan keadaan
begitu sejuk.
Imelda keluar dari bilik membawa selimut
keruang tamu, sempat dia tersenyum merenung wajah tampan Ikhwan yang sedang
terlena.
Perlahan tubuh suaminya diselimutkan
dan dahi suaminya dikucup penuh kasih. Baru sahaja dia hendak berlalu kedalam
bilik semula, langkah dia terhenti bila terasa jemarinya digenggam. Dia menoleh
kebelakang dan tersenyum melihat renungan Ikhwan.
“Sampai hati biarkan abang tidur
sorang-sorang dekat luar..” Ikhwan berpura-pura merajuk dengan isterinya.
Imelda duduk dilantai berselahan sofa
yang dibaringi Ikhwan, pipi Ikhwan dibelai lembut. “Mana ada Melda tinggalkan
abang, cuma memberi keadilan. Nanti kalau abang tidur dengan Melda, apa kata
kak Manja pula.”
“Memandangkan memang hari ni giliran
sayang, apa kata sayang tidur sini dengan abang..” cadang Ikhwan cepat, pipi
Imelda dielus kasih.
Imelda tersenyum lama, dan
mengangguk perlahan.
Ikhwan mengundurkan badannya kebelakang sedikit dan mengarahkan isterinya baring disebelah dia. Imelda hanya menurut, dia meraih pinggang Imelda kedalam pelukannya bila gadis itu sudah baring sisebelahnya.
Harris Alif - Akulah Pelindungmu Lirik
Kau
menangis sayu hati
Sukar tuk lupakan dirinya
Sedangkan jiwamu di jiwaku
Ku hapus sedih itu
Yakinlah wahai dewiku
Ku janji sembuh lukamu
Nanti kau sedar
Pasti kau sedar aku sinar barumu
Hidupku ragu tanpamu
Nak adu pada siapa
Hanya dirimu yang aku cinta
Di dunia kecilku
Lupakan kisah silam dengannya
Izinkan aku tuk bersamamu
Yakinlah wahai dewiku
Ku janji sembuh lukamu
Nanti kau sedar
Pasti kau sedar akulah pelindungmu
Akulah pelindungmu [2x]
2 comments:
Dua2 Pregnent apa? Hehehe...
Best2... Cita ni habis dkt blog ka?
tidak tahu lagi sama ada habis di blogger atau tidak.. kerana saya hendak hantar manuskripnya... :)
Post a Comment