ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 13
IKHWAN duduk disebelah Ajihah diatas katil empuk itu, dia tahu Ajihah masih marah pada dirinya disebabkan keputusan yang dia buat. Perlahan jemari Ajihah disentuh, namun jemari itu ditarik semula oleh Ajihah.
"Apa salah saya sampai awak perlu buat macam ni, Ikhwan?" soal Ajihah perlahan, airmata menitis lagi dan matanya pun sudah sembab kerana terlalu banyak menangis. Tiada lagi perkataan 'Manja' dan 'Sayang' meniti di bibirnya.
"Manja tak salah apa-apa pada Sayang." jawab Ikhwan perlahan.
"Dulu terlalu berat hati awak nak kahwin lain, tapi sekarang bila saya suruh awak pilih saya atau Imelda, awak sanggup taknak ceraikan Imelda." Ajihah bangun dari duduknya dan berdiri didepan gambar kahwinnya dengan Ikhwan yang begitu besar terhias dikamar biliknya. "Dulu kita berjanji untuk setia hingga hujung nyawa, tapi awak dah lupa. Awak sanggup pertahankan Ijab dan Kabul awak dengan Imelda, tapi macam mana dengan Ijab dan Kabul kita, Ikhwan?"
"Kita hanya manusia biasa Manja, ada hati yang selalu berubah dan ada fikiran yang selalu baru. Sayang tak dapat tipu diri Sayang, yang Sayang dah mula sayang dan cintakan Imelda sepertimana Sayang mencintai dan menyayangi Manja." tanpa selindung atau berlapik Ikhwan terus bersuara. "Sayang akan belajar untuk membahagikan kasih sama adil."
"Awak nak saya beritahu sesuatu?" suara Ajihah mendatar, dia masih berdiri dan tidak memandang kearah suaminya yang masih duduk diatas katil.
"Apa dia Manja?"
"Sebenarnya awak memang dah lama cintakan Imelda, cuma awak menafikan. Sebelum awak kahwin dengan dia pun, awak memang dah cintakan dia. Saya perasan semua tu, tapi saya menafikan. Bila awak dah kahwin dengan dia dan dia boleh mengandungkan anak awak, kasih sayang awak pada dia semakin bertambah-tambah." Ajihah mengumpul kekuatan untuk bersuara. "Saya mengaku sejak awak kahwin, perangai saya bertukar jadi kejam pada Imelda dan itu membuatkan kasih sayang awak pada saya semakin pudar. Sebenarnya perkahwinan ni dah tak kukuh Ikhwan, saya sedar dan saya nampak."
Ajihah menoleh kearah suaminya yang duduk tertunduk, dia menyandarkan tubuh didinding bersebelahan gambar perkahwinannya. "Saya ni tak mampu bagi awak zuriat sepertimana Imelda boleh, tapi saya ni manusia yang ada hati, perasaan, akal, fikiran, yang buat saya boleh berfikir dan merasa. Saya ada mata yang boleh melihat perubahan awak, Ikhwan." Ajihah mengesat cepat air hidung yang mengalir.
"Saya tak pernah sisirkan awak dalam hati saya, awak selalu menjadi yang pertama dalam hati saya, Ajihah. Cuma mungkin perbuatan saya yang menampakkan seolah-olah saya dah tak sayang awak. Saya tak pernah berhenti menyayangi awak, saya hanya kecewa dengan sikap awak yang sekarang." Ikhwan tidak sanggup bila isterinya kata dia tidak sayang lagi pada Ajihah, padahal kasihnya pada Ajihah tidak pernah berubah.
"Tak Ikhwan, saya dah tak rasa cinta awak pada saya. Saya dah tak nampak harapan dalam perkahwinan kita. Mungkin saya perlu undur diri untuk kebahagian awak dan Imelda, sebab saya tak rasa masih ada sinar dalam perkahwinan kita." Ajihah tunduk merenung lantai, dia redha dengan laluan hidupnya.
"Saya takkan ceraikan awak Ajihah." Ikhwan berdiri dari duduknya dan merenung tepat kearah Ajihah.
"Kalau awak taknak ceraikan saya, awak nak suruh saya hidup dengan awak atas dasar awak simpati pada saya, awak hanya sayang dan kasihkan saya, tapi cinta awak dah tak ada untuk saya! Macam tu?" Ajihah membalas renungan Ikhwan tajam.
"Cinta awak ada pada saya Ajihah, dan cinta saya ada pada awak. Saya merayu pada awak agar jangan meraguinya." Ikhwan mendekati isterinya dengan linangan airmata.
"Saya tak rasa yang awak masih cintakan saya Ikhwan, rasa tu dah hilang." Ajihah merenung kedalam mata suaminya. "Lepaskan saya, itu adalah lebih baik."
"Saya takkan lepaskan awak, Ajihah. Sebab dalam hati saya ada awak." Ikhwan membalas pandangan Ajihah.
"Kalau awak tak nak ceraikan saya, awak ceraikan Imelda." Ajihah sengaja menguji suaminya, dia tahu suaminya tidak mungkin menceraikan Imelda.
"Itu adalah perkara yang mustahil saya akan lakukan, tolong jangan paksa saya menceraikan sesiapa pun, Ajihah."
"Saya tak sanggup hidup bermadu, itu yang saya nak awak tahu. Dan benda ni bukanlah sesuatu yang susah untuk awak faham. Saya tak sanggup hidup bermadu!" Ajihah menekankan kehendaknya.
"Saya tak sanggup untuk ceraikan awak, sebab saya sayangkan awak." Ikhwan juga pertahankan dirinya.
"Awak tak cintakan saya lagi Ikhwan! Itu adalah kenyataan." Ajihah berura untuk keluar namun pinggangnya diraih oleh Ikhwan.
"Tolong jangan robohkan masjid yang kita dah bina hampir enam tahun ni sayang. Beri peluang pada saya untuk perbetulkan semua ni, kita sama-sama membina ikatan ni. Tolong Manja, jangan buat Sayang macam ni." bisik Ikhwan lembut dipendengaran Ajihah.
Ajihah memusingkan tubuhnya dan merenung Ikhwan dengan penuh rasa kasih dan sayang. Bohonglah kalau dia tidak cintakan Ikhwan dan sayangkan perkahwinan yang terbina hampir enam tahun ini, tetapi hatinya terluka dan kecewa. Perlahan pipi suaminya diusap lembut, mata itu direnung sayu.
"Saya rindukan awak yang dulu Ikhwan, awak yang dulu terlalu mementingkan dan memikirkan hati dan perasaan saya. Tapi sekarang awak dah berubah, itu yang membuatkan saya takut. Saya bukanlah wanita yang kuat dan cekal seperti mana Imelda, saya hanya wanita biasa yang mahu disayangi dan dilindungi si suami." Ajihah jujur tentang perasaannya, dia tidak betah untuk bertegang urat lama-lama dengan Ikhwan.
"Beri Sayang peluang untuk perbaiki semua ni, Sayang akan cuba menyelamatkan rumah tangga kita. Sayang hanya perlukan kepercayaan, keyakinan dan sokongan dari Manja dan Imelda." Ikhwan bukanlah jenis lelaki yang boleh menyembunyikan airmatanya, perlahan dahi Ajihah dikucup penuh kasih.
Perlahan tubuh Ikhwan dipeluk dengan harapan ada sinar didalam rumah tangganya, yang kelihatan semakin hari semakin suram.
AISYA duduk disofa yang berada diruang tamu rumahnya sambil melayani 'Instagram' di telefon, jarinya cepat menaip nama 'Tengkuikhwan30' dan terpapar gambar dari akaun 'Instagram' Ikhwan. Melihat gambar-gambar Ikhwan dan Imelda di Mekah membuatkan gadis itu tersenyum. 'Engkau memang lelaki yang tidak pernah lupa siapa yang kau cinta dan kau sayang. Kalau boleh kau nak semua tahu yang kau cintakan Imelda, beruntung Imelda.'
Mengingatkan redup mata Ikhwan merenungnya tempoh hari membuatkan jantungnya berdegup kencang. Melihat gambar-gambar Ikhwan di akaun 'Instagram' lelaki itu, membuatkan perasaannya menjadi berbunga-bunga.
Dia sedar hatinya sedah terpaut pada Ikhwan, dia memang sudah jatuh cinta pada Ikhwan. Tapi kenapa Ikhwan?
"Ikhwan tu majikan aku merangkap suami kawan aku sendiri, kenapa dengan hati aku ni?" Aisya bersuara sendiri, dia terpandangkan gambarnya dan Imelda berpelukan ketika belajar di kolej yang berhias indah diatas kabinet tv.
"Maafkan aku Imelda, aku hanya manusia biasa yang tak dapat menolak atau menepis perasaan aku sendiri. Aku minta maaf sebab jatuh cinta dengan suami kau sendiri, tapi keadaan yang membuat aku rasa tak nak kehilangan Ikhwan." Aisya kembali tersenyum ketika merenung gambar Ikhwan didalam telefonnya. Dia benar-benar sudah dilamun cinta.
"Tapi macam mana aku nak luahkan pada Ikhwan? Tak kan Ikhwan nak terima aku, aku ni cuma pekerja dia je." Aisya mengeluh lemah.
"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, dosa kedua orang tuaku, dosa adik beradikku, dosa kedua datuk dan kedua nenekku, dosa saudara maraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimat dan muslimat. Ampuni kami ya Allah. Panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami, berikanlah kesihatan kepada mereka, limpahkanlah rezeki keatas mereka, rahmati dan berkatilah mereka, satukan cinta mereka hingga ke JannahMu, lepaskan siksa azab kubur mereka meskipun azab neraka, haramkanlah api neraka dari menyentuh muka kedua ibu bapa kami, jadikanlah amalan kami ini sebagai amalan mereka untuk ke syurgaMu ya Allah. Berikanlah kesenangan buat mereka didunia dan diakhirat, berikanlah kedua orang tua kami ketenangan, dan bukakan pintu hati kedua orang tua kami untuk selalu taat kepadaMu hingga hujung nafas mereka." terpejam mata dengan linangan airmata, dan dia menyambung lagi.
"Ya Allah, ampuni kami semua hambaMu yang telah banyak berbuat dosa kepadaMu. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang sering alpa dan lalai didalam mengingatiMu, ya Allah. Kami sering kali melakukan kemungkaran dan meninggalkan yang makruf, ampuni kami ya Allah. Ya Allah, jika disaat ini ada diantara kami yang mengalami kesukaran, berikanlah kemudahan. Jika disaat ini ada diantara yang mengalami masalah hutang, permudahkan urusannya. Jika disaat ini ada diantara kami yang bakal mendirikan masjid, permudahkan urusannya. Jika disaat ini ada diantara kami yang terkena sihir, berikanlah kesembuhan. Jika disaat ini ada diantara kami yang mengalami kesempitan hidup, berilah kesenangan. Jika disaat ini ada diantara kami yang kelaparan, berikanlah sumber rezekinya." betapa kerdilnya diri ini didepan Illahi.
"Jika disaat ini ada diantara kami yang sedang melakukan zina, bukankanlah pintu hatinya untuk bertaubat dan berikanlah dia hidayah. Jika disaat ini ada diantara kami berniat untuk mencuri, Kau pesongkanlah hatinya kearah kebaikan. Jika disaat ini ada diantara kami yang ingin merogol, bukakan mata hatinya untuk meletakkan rasa kasihan kepada mangsa. Jika disaat ini ada diantara kami yang gemar membuka aurat dan melakukan aktiviti sosial, bukakanlah pintunya untuk kembali ke pangkal jalan. Jika disaat ini ada diantara kami yang berniat melakukan fitnah, bukakan pintunya untuk tidak melakukan."
"Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang meminta-minta padaMu ya Allah. Kerana aku tahu, hanya Kaulah pengabul doa hamba-hambaMu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan didalam menempuh hidup ini. Jadikanlah aku seorang anak yang solehah dan berguna kepada umi dan ayah, bonda serta baba. Jadikanlah aku adik yang mendengar kata kepada abang, dan kak Manja. Jadikanlah aku kakak yang contoh kepada adik-adikku. Jadikanlah aku isteri yang taat pada abang Ikhwan. Dan jika diberi peluang aku melahirkan, jadikanlah aku ibu yang mithali kepada anak-anakku. Dan jadikanlah aku sahabat yang baik buat teman baikku, Aisya."
"Ya Allah, bukakan pintu hati kak Manja untuk menerima aku sebagai madunya dengan penuh keredhaan dan keikhlasan. Bukakanlah pintu hati abang Ikhwan untuk menjadi suami yang adil kepada kami berdua. Limpahkan sinar rahmatMu didalam perkahwinan kami, berikan cahaya keberkatanMu kepada rumah tangga kami. Ya Allah, sesungguhnya aku amat mencintai suamiku. Berikan aku kekuatan untuk menempuh semua ini ya Allah. Aamiin aamiin aamiin ya Rabbalalamin." perlahan kedua tapak tangan itu dibawa kemuka. Bahunya terhinjut-hinjut menahan sendu.
Imelda memandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul lima, dia baru sedar yang dirinya sudah lama bertafakur di sepertiga malam ini sejak solat tahajud tadi. Perlahan dia bangun dan membuka telekungnya. Dengan langkah lemah dia berlalu kedalam bilik air untuk mandi bagi bersiap kesurau yang berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh. Hari ini dia ke surau seorang diri, kerana Ikhwan bermalam dirumah Ajihah mengikut giliran.
"YA Allah, berikanlah aku kekuatan didalam memimpin rumah tanggaku. Sesungguhnya hati ku kini didalam dilema, aku tidak mengerti dengan rombakan perasaan ini. Berikanlah petunjuk buatku ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu tempatku meminta. Bantulah aku ya Allah, tuntunlah aku. Aamiin aamiin ya rabbalalamin." perlahan Ikhwan mengaminkan doanya selepas solat subuh berjemaah disurau tadi. Dia tidak terus pulang selepas imam mengaminkan doa, sebaliknya dia duduk bertafakur disitu seorang diri.
Tok Imam yang melihat Ikhwan sudah mengaminkan doa, dia menghampiri anak muda itu sambil mengusap perlahan bahu Ikhwan agar lelaki itu tidak terkejut dengan kehadiran dia. Ikhwan menoleh perlahan.
"Assalamualaikum." sapa Tok Imam perlahan, dia menghulurkan tangan.
"Waalaikumusalam." Ikhwan menyambut huluran Tok Imam dan memberikan senyuman.
"Anak ni ada masalah ke? Tok tengok sejak awal subuh lagi anak dah ada, siap tolong azankan pula. Sedap suara anak." sempat pula Tok Imam memuji suara Ikhwan yang kedengaran aman merdu dan sayup kelihatan melaungkan azan.
"Tak ada apa-apa masalahlah tok." Ikhwan cuba menyembunyikan masalah hidupnya. Terlintas difikirannya memikirkan tentang Ajihah yang tidur dirumah tanpa ditemani olehnya. Dia berada di surau ini semenjak dari Tahajud disepertiga malam tadi.
"Tok tak paksa anak untuk bercerita dengan tok, tapi kalau anak sudi nak kongsi masalah tu dengan tok, tok akan dengar. Sekurang-kurangnya kurang sedikit beban dikepala tu. Wajah anak ni tok tengok macam banyak masalah." Tok Imam duduk bersilah didepan Ikhwan.
"Sebenarnya saya mengalami masalah keluarga tok, saya berkahwin dua dan isteri saya sering mengatakan dan menggambarkan yang saya ni tak adil. Saya tak tahu nak buat macam mana tok." akhirnya Ikhwan meluahkan, dia berharap akan mendapat pendapat atau nasihat dari Tok Imam itu.
"Siapa yang kata kamu tak adil, dan bagaimana kamu boleh berkahwin dua?" tanya Tok Imam itu, dia mula tertarik dengan cerita Ikhwan.
"Sebenarnya saya kahwin muda tok, waktu umur saya lapan belas tahun dan isteri pertama berusia tujuh belas tahun, kami dah kahwin. Kami kahwin atas dasar cinta. Tapi sudah hampir lima tahun berkahwin, kami masih belum dikurnia cahaya mata. Ibu dan isteri saya menyuruh saya kahwin lain ketika umur sudah berusia dua puluh tiga tahun iaitu tahun lepas. Pada mulanya saya menolak sehingga saya menemui seorang gadis bernama Amel Imelda yang ketika berusia dua puluh tahun." Ikhwan menunduk seketika sebelum kembali merenung kearah dinding surau.
"Saya memberitahu isteri pertama yang saya dah jumpa calon isteri kedua, kemudian dia bersetuju dan mengizinkan saya berkahwin dengan gadis itu. Tapi saya tak sangka ibu dan isteri pertama menyediakan kontrak diatas perkahwinan kami. Kontrak yang mengatakan bahawa saya perlu berkahwin dengan isteri kedua untuk dapatkan anak dalam tempoh setahun, selepas tu saya perlu menceraikan isteri kedua itu dan mengambil anak dari isteri kedua tu." jelas Ikhwan tanpa berselindung, ada linangan airmata dipipinya.
"Teruskan nak ceritanya." pinta Tok Imam.
"Tiga bulan lalu isteri kedua saya melahirkan dua orang kembar bayi perempuan, tapi kedua bayi itu tidak dapat diselamatkan kerana jantung yang gagal berfungsi. Selepas isteri kedua saya habis berpantang, saya bawa dia berbulan sambil melakukan umrah di Mekah. Balik dari Mekah, selepas beberapa minggu saya datang kerumah ibu saya bagi meraihkan ulang perkahwinan kami yang sudah genap setahun." wajah Azinah terbayang diruangan mata Ikhwan.
"Masa tulah, ibu mertua dari isteri pertama dan isteri pertama meminta saya menceraikan isteri kedua saya mengikut kontrak asal. Tapi saya tak mahu mengikut kontrak dan kemahuan mereka kerana saya memang cintakan isteri kedua saya. Tapi isteri pertama meminta dia pula dilepaskan kalau saya tak nak ceraikan isteri kedua." Ikhwan menarik nafas sebelum menyambung cerita.
"Ibu saya buat keputusan lain pula, dan itu membuatkan isteri pertama tak jadi minta cerai. Tapi semalam kami ada sedikit pertelingkahan, dan akhirnya isteri pertama saya minta saya ceraikan dia." jelas Ikhwan lemah, airmata sudah tidak mampu ditahan lagi.
"Apa alasan isteri kamu?" soal Tok Imam, timbul rasa simpati diatas nasib anak muda ini.
"Dia kata, dia dapat rasa yang saya dah tak cintakan dia. Yang ada pada saya terhadap dia hanya kasih sayang dan simpati. Puas saya percayakan dia tapi dia menolak, dia kata saya kini amat mencintai isteri kedua je bukan dia. Tapi saya berusaha mendapatkan kepercayaan dari dia, dan dia beri saya peluang tu." Ikhwan mengenggam kuat tasbih yang berada didalam genggamannya sejak dari tadi.
"Sekarang saya buntu dan dah tak tahu macam mana nak meyakini dia, saya tak nak dalam meyakinkan dia, saya akan lukakan hati isteri yang kedua. Dan bila nak hati isteri kedua, saya takut isteri pertama pula yang ambil hati. Saya rungsing tok." Ikhwan mengeluh panjang.
"Anak, kamu masih muda dan kuat, usia kamu baru dua puluh empat tahun. Masih ramai lelaki yang lebih berumur dari kamu berkahwin lebih dari satu bahkan ada yang sampai empat sekali. Apa yang kamu perlu lakukan adalah percaya dengan diri kamu sendiri, kamu perlu belajar mengenali diri kamu. Dan kamu tanya pada diri kamu, bagaimana cinta kamu terhadap isteri pertama dan bagaimana pula cinta kamu terhadap isteri kedua." Tok Imam membetulkan serbannya sebelum menyambung semula.
"Jika kamu sudah tahu berapa banyak cinta kamu kepada setiap isteri kamu, kamu nilai. Bila kamu dah tahu ianya tidak adil dan seimbang, maka kamu rombakkan sehingga menjadi adil. Perkahwinan yang terikat dengan poligami bukannya mudah nak. Keadilan amat dituntut didalam poligami, bahkan dia terletak tempat yang ketiga didalam syarat-syarat berpoligami."
"Yang pertama kamu perlu adil dengan diri kamu sendiri. Jika merasa diri kamu tidak mampu berkahwin, maka jangan. Kerana jika kamu melakukan juga, itu sudah seperti kamu menganiaya diri kamu sendiri.
"Yang kedua kamu perlu adil kepada isteri-isteri kamu. Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya. Hak yang berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami." perlahan bahu Ikhwan disentuh.
"Adil diantara isteri-isteri itu hukumnya wajib, berdasar kan firman Allah dalam surah An-Nisa yang berbunyi, 'kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka, (kahwinlah dengan) seorang sahaja.' Dan Rasulullah saw juga bersabda: 'Barang siapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang diantaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak dihari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.' (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)." lembut suaranya namun begitu terkesan dilubuk hati Ikhwan.
"Terima kasih tok diatas nasihat dan peringatan tok, saya ucapkan terima kasih banyak sebab tok sudi dengar masalah saya." tangan Tok Imam itu dikucup perlahan.
"Sudah menjadi tugas kita sebagai umat islam yang dituntut saling menasihati diantara kita. Sabar, tabah dan kuatlah nak. Allah ada dengan hamba-hambaNya yang berniat baik."
"Saya nak minta tok rahsia cerita saya ni ye tok, sebab ni dah diibaratkan aib rumah tangga saya." Ikhwan merenung Tok Imam itu penuh harapan.
"InsyaAllah, tok akan jaga dan simpan cerita ni. Bila-bila kamu ada masalah, carilah tok disini. Tok nak minta diri dulu, hari hampir terang." Tok Imam itu bangun dari duduknya begitu juga Ikhwan.
"Nampaknya saya pun macam tu tok, dan terlajak disini. Saya pun nak balik." Ikhwan bersalaman dengan Tok Iman itu dan memberi senyuman manis sebelum berlalu keluar dari surau sepi itu.
"Ya Allah, semoga anak muda itu dapat mengendalikan rumah tangganya. Aamiin aamiin ya rabbal alamin." sempat Tok Imam itu berdua untuk Ikhwan yang sudah melangkah keluar dari surau itu.
AJIHAH menyusun fail-fail menunya dan dimasukkan kedalam laci meja, dia tersenyum senang melihat pelanggan yang semakin hari, semakin bertambah. Perlahan perutnya diusap, kegembiraan bermukim dihati. Dia tidak sabar untuk pulang kerumah dan memberitahu Ikhwan tentang berita gembira itu.
"Puan, sejak bila gila ni?" sapa Wawa pembantu kedai makan Ajihah.
"Kau ni kalau tak bagi aku sakit jantung tak boleh ke Wawa?" marah Ajihah.
"Tak adalah yang Puan tersengih macam kerang busuk ni kenapa? Dah tak ada kerja lain?" soal Wawa selamba.
"Kau nikan, kadang-kadang aku tak tahu siapa boss, kau ke aku! Suka hati akulah nak tersengih ke, nak ketawa ke, nak senyum ke, yang kau sibuk tu dah kenapa? Kau tu yang dah tak ada kerja ke?" bidas Ajihah balik.
"Kerja saya dah lama habis, sebab tu saya kacau Puan ni. Sejak dari tadi saya tengok tersenyum-senyum, kenapa? Tak nak share ke?" soal Wawa. Dia memandang Tijah tukang masak utama direstoran itu, "Tijah!!! Cepat sikit masak, meja nombor belum dapat makanan yang dia pesan lagi!!" tempelak Wawa.
Ajihah menepuk kasar bahu Wawa sehingga gadis itu merungut sakit. "Kau ni nak bunuh aku ke apa?!" marah Ajihah, sakit pula hatinya melihat Wawa yang terpekik-pekik didepannya.
"Yelah-yelah, maaf. Puan, ceritalah."
"Aku mengandung, empat bulan." terang Ajihah selamba. Dia menutup mulut Wawa yang kelihatan ingin menjerit. "Kau jangan nak beritahu sesiapa eh! Aku beritahu kau seorang je tau!"
"Puan biar betul, setelah hampir enam tahun?" soal Wawa seakan tidak percaya.
"Ye. Allah nak bagi rezeki, aku ambillah." jawab Ajihah tenang. Dia berasa gembira sekali.
"Jadi puan dah boleh suruh tuan Tengku ceraikan si kucing parsi tulah." usul Wawa pantas, dia menggelarkan kucing parsi kepada Imelda.
"Apasal pula?" soal Ajihah pelik.
"Yelah, selama ni pun tuan Tengku kahwin dengan dia sebab nak anak je. Sekarang puan dah boleh bagi Tuan Tengku anak, jadi apa masalahnya?"
"Senang je kau cakapkan! Kau ingat suami aku nak ceraikan dia ke, walaupun aku mengandung?"
"Kenapa pula puan?"
"Suami aku cintakan dia, dan suami aku terlalu sayangkan dia. Dia terlalu sempurna dimata suami aku, dan suami aku tak nak kehilangan dia." jawab Ajihah perlahan.
"Tapi bukan Puan memang tak suka dia ke?" soal Wawa hairan.
"Penting ke kalau aku tak suka dia sekalipun Wawa?" soal Ajihah perlahan.
"Apa yang istimewa sangat perempuan ni, apa yang sempurna sangat dia, sampai puan macam nak mengalah?" Wawa tidak berpuas hati.
"Dia memang sempurna untuk suami aku, Wawa. Kalau Ikhwan ceraikan aku, dia tak rugi apa-apa. Tapi kalau dia ceraikan Imelda, dia akan rugi sebuah nikmat perkahwinan. Imelda tu jauh beza dengan aku, Wawa. Dia seorang yang lemah lembut, sedangkan aku selalu berkasar. Dia jaga makan minum suami aku dengan cukup rapi, sedangkan aku seminggu sekali pun susah nak layan dia. Aku ni hanya ibarat isteri separuh masa je, sedangkan Imelda isteri sepenuh masa." sebak mula bermukim didada Ajihah.
"Pakaian Ikhwan, aku tak pernah cuci sejak dari hari pertama perkahwinan kami sampai sekarang. Tapi Imelda mencuci pakaian Ikhwan menggunakan tangannya sendiri sejak dari hari pertama mereka kahwin sampai sekarang. Aku masakkan Ikhwan bila aku rasa nak masa, kadang-kadang dalam sebulan pun belum tentu aku masakkan untuk Ikhwan. Tapi Imelda sehari tiga kali dia masakkan untuk Ikhwan. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sedangkan dia adalah pembantu peribadi Ikhwan tapi dia boleh curi masa buat semua tu untuk Ikhwan." airmata bergenang sudah dimata galaknya.
"Selama perkahwinan kami, hanya di hari persandingan kami, aku suapkan makan untuk Ikhwan. Tapi Imelda menyuapkan makan untuk Ikhwan setiap kali waktu mereka makan bersama. Aku kasut Ikhwan pun aku tak ambil tahu inikan pula stokin dia. Tapi Imelda, dia yang memakai Ikhwan stokin dan dia juga yang lucutkan stokin Ikhwan. Aku melayan Ikhwan sambil lewa, tapi Imelda melayan Ikhwan bagaikan raja." menitis juga airmata yang ditahan sejak tadi.
"Jadi salah Imelda ke, kalau Ikhwan cintakan dia lebih berbanding aku. Salah Ikhwan ke, kalau dia tak sanggup ceraikan Imelda. Ini semua salah aku Wawa, aku tak tahu jaga suami. Ikhwan tu terlalu baik dan terlalu sempurna Wawa, dia tak kurang walau sedikit. Selama perkahwinan kami, dia bersabar dengan perangai aku bahkan aku tak dapat bagi dia anak pun, dia tetap cinta dan sayangkan aku." terhinjut-hinjut bahu Ajihah menangis, Wawa menghampirinya dan memeluk bahu dia.
"Aku yang terlalu tamak dengan kasih sayang Ikhwan, aku tak bagi ruang pada Imelda untuk dapatkan hak dia. Aku yang terlalu takut dia rampas Ikhwan dari aku, sedangkan dia selalu mengalah dengan aku. Aku yang selalu seksa hidup dia, sedangkan dia tidak membalas." Ajihah menekup kedua mukanya kerana sudah tidak larat memikirkan semua ini.
"Puan dah kenapa ni? Selama ni, puan yang nak habiskan si Imelda tu. tapi kenapa sekarang ni, puan puji-puji dia?" Wawa kesian dan sedih melihat kesedihan Ajihah.
"Aku dah penat Wawa, aku penat buat jahat dengan dia. Segala keburukan yang aku bagi pada dia, semuanya dia balas dengan kebaikan. Apa yang aku nak buat lagi selain dari memohon maaf, cuba kau beritahu aku? Allah pun beri keampunan pada aku. Sedang aku buat jahat dengan orang, dia bagi aku rezeki yang selama ni aku dan Ikhwan nanti-nantikan. Aku pula nak pergi hukum Imelda?" Ajihah sudah nekad untuk pergi memohon maaf kepada Imelda.
"Habis puan nak buat apa sekarang?" soal Wawa lemah.
"Aku nak pergi jumpa Imelda, aku nak minta maaf dengan dia. Aku nak bantu Ikhwan selamatkan rumah tangga kami, aku tak nak susahkan untuk pilih satu antara kami. Imelda dah banyak berkorban untuk aku dan abang Ikhwan, sekarang ni masa untuk aku berkorban pula." Ajihah mengesat airmatanya dan mencapai kunci kereta.
"Puan pergi baik-baik ye, jangan memandu laju-laju. Saya akan jaga restoran." Wawa mengalah dengan kehendak majikan merangkap sahabatnya.
"Terima kasih Wawa, sebab faham aku." perlahan Ajihah keluar dari restorannya dan menuju kekereta.
Dalam perjalanan menuju kerumah Imelda, dia tidak sudah tersenyum dan mengusap perutnya.
"Sayang, ibu akan bawa sayang jumpa mama. Dia baik sangat, dan ibu nak sayang kenal mama. Sayang kena bantu ibu untuk kuat." airmata Ajihah menitis lagi. perlahan airmata ditepis.
Ketika berada disatu simpang, Ajihah terkejut apabila melihat sebuah van yang hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta dihadapannya. Belum sempat dia mengelak, van itu juga sudah merempuh kenderaannya dari arah dengan amat kuat sekali.
Lirik Lagu Dewi Cinta - Adira
Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan
Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh… ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu
Ohh… ohhh
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat
11 comments:
la ada pompuan 1 lagi ke, parah2 Imelda..
Kesiannya ajihah... Mati ke dia?
...Balqiz rasa, dia mati ke?...
Uikss.. Byknya peminat si ikhwan ni. Jgn layan sudah tp kan ada pepatah. Hari ni kt ambik hak org esok lusa org ambik hak kt.
...itu memang tepat sekali Sara Talib....
...semua perbuatan pasti ada pembalasan...
Kenapa rasa macam isteri second dia tu more mcm slave husband dia? Keep it real penulis, apa yang isteri second dia tu buat, that is slavery bukan respect.
...terima kasih diatas pandangan...
...sebenarnya dia bukanlah slave tetapi dia begitu menyayangi dan begitu menghargai suaminya...
...Memang sesetengah pihak akan berfikir begitu kerana isteri zaman sekarang banyak yang sudah tidak care tentang suami mereka dengan begitu tertib...
..posisi second wife ni, saya gambarkan dia seorang yang begitu caring about husband dia...
....yang paling AMAT caring...
...tapi pandangan manusia itu berbeza...
..apa pun ucapan segulung terima kasih atas pandangan anda....
....terima kasih kerana telah memberi komen yang pada saya, saya boleh memperbaiki mutu karya saya...
..terima kasih banyak2.... =') ^_^
Okay, i maybe started off wrongly and quite rude, I tak patut come barge in to your blog and leave a hard comment like that. I'm sorry. but i must say, ada banyak lagi cara untuk tunjukkan caring seorang perempuan terhadap seorang lelaki daripada portray her jadi orang gaji suami dia. it's a bit diskriminasi terhadap kaum wanita kan?Marriage should be about, helping each other in every way, bukannya let ur wife do all the working for u even pakaikan u baju? bukannya dia cacat. marriage does not make a woman lose her dignity.but then again, it's ur idea, ur words,and it's definitely ur call nak buat cerita macam mana. i'm sure u have a lot more to offer.i just can't stand women discrimination.i can't stand people picturing woman like some kind of a vulnerable, fragile creature yang kena give in to men given in any circumstances. but then again, at least ur creating something and that is beyond awesome.I'm here to share my thoughts.don't let my words bring u down or anything, because honestly, what ur doing is awesome, u berani. u ada kekuatan untuk make ur dreams come true, not everyone have that gut. Okay? u have got some pretty awesome skill in terms of writing. So, don't give up. keep doing what ur doing. :)
Anonymous Abibah said...
Betul tu
but for me mybe penulis nak kata yang second wife ni dia terlalu teliti terhadap suami dia.
abaout suap makan for me isteri zaman dulu memang ada buat macam ni.
abaout stokin, mybe itu sifat Imelda yang unik. kan?.
setiap wife tu mesti ada sifat2 dia yang special for husband dia.
like Projek Memikat Suami.
kan?.
but your comment so awesome becoz u pun berani memberi pandangan.
and i sangat faham maksud u.
sebab u ni mesti jenis yang sangat protect tentang keadilan seorang isterikan?.
and penulis for u i and yang lain2 hope u will think positive.
dont give up.
becoz ramai yang support for the novel.
so teruskan karier u.
and i setuju dengan kata-kata diatas about writter 'don't let my words bring u down or anything, because honestly, what ur doing is awesome, u berani. u ada kekuatan untuk make ur dreams come true, not everyone have that gut. Okay? u have got some pretty awesome skill in terms of writing. So, don't give up. keep doing what ur doing.' u buat sesuatu yang penulis lain tak pernah buat...
so u adalah pelapis baru dunia penulisan.
so don't give up. :)
Bagi aku penulis menulis dengan sangat awesome. komen kau orang pun awesome gila.
Sebab komen kau orang boleh buat penulis berfikir dan memperbaiki.
Jangan risau, penulis kehidupankudiduniaini.blogspot.com tak pernah hampakan pembaca.
bagus-bagus tukang komen.
teruskan kerja.
orang macam nilah kita cari untuk membantu penulis-penulis membetulkan kesilapan yang kadang-kadang dia tak nampak.
bagus2.
aku tabik hormat!
penulis move on and think positive.
itu lh kehidupan...ajal maut jodoh pertemuan...hak yg maha ESA.utk tabah dn kuat mengharungi perjalanan hidup bersuami isteri...dlm risiko poligami...ade plak insan lain menaruh hati...aduhai..tulh asam garam hidup...kena lh redha setiap dugaan yg ianyer adelh ketentuan...cam bertambah rumit plak bila nk mengapai sebuah kebahgian...namun kena redah dulu pahit maung kehidupan...baru lh akn terhampar kabahgian yg hakiki... segala ape pn perlakuan kite ingt ALLAH lh tempat mengadu.ape pn yg kite buat kerna ALLAH TAALA.ape lh jadik kat ajihah...cian nyer...
...Pertama terima kasih kepada yang komen tentang 'SLAVE'....
....Saya menerima komen anda dengan berlapang dada dan tanpa fikiran negatif....
...saya tahu dan amat memahami maksud anda...
...terima kasih....
...Terima kasih atas segala kata semangat yang anda bagi...
Kedua kepada Adibah...
...Terima kasih kerana memberi kata semangat itu...
...terima kasih atas penerangan itu....
...terima kasih banyak-banyak...
...Yang ketiga kepada Manusia Semua Sama Yang Membezakan adalah AMALAN.....
....Terima kasih...
...saya akan menerima semua komen itu dengan hati yang terbuka...
...terima kasih banyak2 diatas kata semngat kau orang semua...
...keempat kepada kak Norihan Mohd Yusof...
,..terima kasih sebab memberi pandangan itu... betul kak..
..itulah asam garam kehidupan...
...tapi akak rasa, patut ke Aisya macam tu?...
Post a Comment