Wednesday, 11 June 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 15

IMELDA membantu Ajihah duduk diatas katil selepas membantu Ajihah mandi dan memakai baju tadi. Ajihah sudah hampir sebulan keluar dari hospital diatas permintaannya sendiri, jadi sepanjang dia dirumahnya, Imelda yang menjaga makan, minum dan pakainya. 
              Ikhwan juga tidak lepas tangan dalam menguruskan dirinya, saban malam Ikhwan akan mengurut-urut kakinya dan pinggang. Ikhwan juga saban malam banyak melaksanakan solat malam untuk meminta kepada Allah swt agar permudahkan kesukaran Ajihah didalam menghadapi ujian itu.
               Ajihah mengakui meskipun perit mengalami patah kaki ini, namun dia bersyukur kerana mendapat suami dan madu yang tidak pernah putus-putus menjaganya. Meskipun dia derita mengalami patah kaki, namun segala kemudahannya dipastikan oleh Imelda dan Ikhwan.
                Sewaktu musim hujan dua minggu lalu, Ajihah mengalami bisa kaki yang teamat sekali. Imeldalah yang memastikan dia berasa hangat di siang hari, manakala di malam hari Ikhwan yang menguruskan dirinya.
                 Sedih kehilangan anak, diubati dengan rasa kasih sayang dari Ikhwan. Dia akui dahulu dia benar-benar cemburu dan takut kehilangan Ikhwan, namun kini rasa itu beransur hilang. Dia sedar rupanya selama ini kasih sayang Ikhwan pada dia tidak pernah berubah, malah bertambah-tambah. Semua itu dibutakan dengan rasa tamak dan cemburunya terhadap Imelda. 
                 Sepanjang dia sakit, Ikhwan tidak pernah pulang kerumah Imelda. Ikhwan hanya meluangkan masa bersama dirinya, dan Imelda pula tidak pernah merungut walau sedikit. Mala Imelda akan datang menjaganya disebelah pagi dan akan pulang kerumah disebelah petang sebelum Ikhwan pulang.
                   Sedikitpun kebaikan Imelda pada dirinya, Imelda tidak tunjukkan pada Ikhwan. Pendek kata, Ikhwan tidak tahupun selama ini Imelda ambil cuti kerja untuk menjaga Ajihah. Kerana itu jugalah membuatkan hatinya semakin takut kehilangan gadis yang kecil molek itu.
                 "Baiklah kak, nanti apa-apa hal akak telefon saya. Saya janji akan cepat-cepat balik rumah ye." Imelda menyelimutkan Ajihah hingga ke paras dada, rambut Ajihah diusap penuh kasih sayang. Senyuman manis dihadiahkan kepada Ajihah.
                  "Tak apalah Melda, hari ni kau tak perlu jaga aku. Wawa dalam perjalanan ke sini untuk ganti tempat kau." 
                   Ajihah memuji kecantikan Imelda yang betudung labuh warna merah lembut dan berjubah putih. Sangat terpapar perwatakan muslimah Imelda kini.
                   "Kenapa kak? Saya ada terkurang ke atau saya ada buat salah ke?" pucat lesi wajah Imelda bila mendengar kata-kata Ajihah, dia terduduk disisih katil sebelah Ajihah.
                   "Kau tak ada kurang atau buat salah dengan aku Imelda. Kalau diberikan jururawat terbaik sekalipun untuk jaga aku, aku tak mahu kerana aku hanya mahu kau. Sebab tak ada jururawat yang sudi mencucikan najis aku tanpa keluh dan kesah, susah nak ada jururawat yang boleh tahan dengan makian dan tengkingan aku. Tapi hanya kaulah yang tebaik untuk jaga aku." Ajihah merenung lembut kearah Imelda.
                   "Tapi Ikhwan perlukan kau, dalam keadaan di pejabat yang begitu serabut. Aku yakin dia amat perlukan kau. Dan berapa tahun kau kerja dengan dia, aku rasa kau pun kenal perangai dia. Dia bukan nak orang lain yang uruskan jadual dia, jadi lebih baik kau tolong uruskan dia ye." 
                   Ajihah tahu Imelda pasti akan berat hati untuk meninggalkan dirinya dalam keadaan macam tu. Tapi kali ini dia tidak boleh pentingkan diri, Ikhwan lebih perlukan Imelda berbanding dia yang boleh bergantung harap dengan Wawa, ibu mertuanya lagi.
                    "Tapi kak..."
                    Kata-kata Imelda dipotong lebih awal oleh Ajihah, membuatkan di temui jalan mati.
                    "Sudah-sudah, lagipun tengah hari nanti bonda akan datang tengokkan keadaan aku dan akan bermalam disini. Dia akan bermalam disini selama seminggu, esok papa dengan mama aku pula datang dari Penang. Jadi aku dah cukup perhatian disini, Ikhwan tu yang kurang perhatian." Ajihah terdiam sebelum menyambung semula kata-katanya dengan nada suara yang sedikit sebak.
                   "Lagipun dalam keadaan aku macam ni, aku tak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Selama ni pun aku tak pernah laksanakan tanggungjawab aku dengan baik. Jadi saat ini, kaulah yang boleh menemani dan melaksanakan tugas kau sebagai seorang isteri."
                     Jemari Imelda dicapai dan wajah yang berhidung mancung itu direnung penuh harap, senyuman ikhlas diberikan.
                   "Imelda, Ikhwan sangat inginkan anak. Dulu kau pernah gagal memberika anak, kini aku juga gagal. Dengan keadaan aku yang macam ni, aku tak tahu bila aku boleh bagi dia anak. Aku harap kau boleh laksanakannya." pipi Imelda yang lembut dan gebu itu diusap penuh rasa sayang.
                   "Kembalikan senyuman dan tawa dalam diri insan bernama Tengku Ikhwan. Sejak aku keguguran, walaupun dia menerima semua ini. Tapi aku tahu rasa kekecewaan itu tertanam dalam diri dia. Aku mahukan Ikhwan yang dahulu, Ikhwan yang selalu menceriakan keadaan.Kau fahamkan maksud aku?"
                    Ajihah mengesat airmatanya yang menitis, dia tidak sanggup mengingatkan suaminya yang kini berubah intonasi. Dari si periang menjadi seorang yang serius dan jarang bercakap.
                   "InsyaAllah akak, saya akan melaksanakannya. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Saya pergi kerja dulu." jemari Ajihah yang masih berada dipipinya, ditarik dan dikucup lembut.
                    Ketika Imelda bangun untuk pergi, Ajihah memaut lembut jemari kanan Imelda.
                    "Sayang, kasih dan cintakan abang sepenuh hati kau. Sebab dia sayang, kasih dan cintakan kau sangat-sangat. Dalam hati dia, selepas Allah, Rasul, bonda dan baba, kaulah yang menjadi ratu utama dan selepas itu barulah aku. Jadi aku nak kau hargai dan jaga dia baik-baik."
                     Kata-kata Ajihah membuatkan hati wanita Imelda dapat merasa betapa Ajihah menganggap Imelda adalah yang pertama dihati Ikhwan. Cepat Imelda duduk semula disisi Ajihah, jemari Ajihah digenggam kemas oleh gadis itu.
                     "Akak siapa pun saya dihati abang, di tempat keberapa saya dihati abang, saya tak kisah kak. Sebab kasih sayang dia dah cukup buat saya rasa bahagia, walau kasihnya sebesar zarah sekalipun. Saya harap akak pun akan selalu kasih dan cintakan abang, semoga cinta akak pada dia tak pernah pudar." 
                      Ajihah sekadar mengangguk dan tersenyum, dia menghantar pandangan kearah Imelda yang berjalan lambat keluar dari kamarnya.
                    Ketika Imelda menuruni anak tangga, dia betembung dengan seorang gadis yang berbadan gebu, berkulit sawo matang dan boleh tahan cantiknya. Dia menghulurkan senyuman tapi senyuman itu dibalas dengan pandangan sinis.
                      "Imelda?" 
                     Bila nama itu meniti dibibir gadis itu, Imelda berasa hairan. Macam mana pula wanita ini boleh mengenalnya sedangkan dia tidak pernah melihat wanita ini.
                      "Ye, saya Imelda." Imelda menjawab lambat.
                      "Patutlah Ikhwan sayang, cantik betul orangnya." sempat juga dia memuji tetapi kedengaran amat sinis.
                     "Macam mana boleh kenal saya ye?" soal Imelda lembut.
                     "Siapa tak kenal kau Imelda? Isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan berjaya di seluruh Asean. Gambar kau dengan Ikhwan di signboard jemputan kahwin yang terpasang tegak dekat tiang-tiang lampu di jalan raya tu masih berdiri megah lagi. Tapi gambar tu taklah secantik kau yang sekarang, susah juga aku nak cam." 
                      Tidak ada sedikit pun tanda-tanda wanita didepannya ini berbohong, tetapi entah kenapa Imelda berasa kurang selesa dengan pandangan wanita itu.
                      "Saya hanya orang biasa je, boleh saya tahu siapa awak dan awak berjumpa dengan Kak Manja ke?" soal Imelda lagi, sempat juga dia mengerling ke arah jam tangannya. Dah lambat pula nak masuk pejabat ni, mesti kena marah dengan Ikhwan!
                     "Bagi kau mungkin kau manusia biasa, tapi bukan bagi boss aku. Nama aku Wawa, kau boleh panggil kak Wawa." Wawa memandang Imelda dari atas sampai bawah, kelihatan amat muslimah. Makin beruntunglah Ikhwan memperisterikan wanita ini.
                      "Kak Wawa, kak nak jumpa akak Manja ke? Saya boleh hantarkan." 
                      "Tak perlu, aku boleh naik sendiri." Wawa berlalu melepasi Imelda.
                      Imelda sekadar tersenyum dan meneruskan langkahnya dan keluar dari rumah, perlahan dia menembusi masuk kedalam kereta yang dibeli Ikhwan dulu untuknya. Tak berfikir panjang dia memanaskan enjin kereta.
                 Wawa masuk kedalam bilik sahabatnya tanpa sebarang salam, dia tersenyum melihat majikannya yang sedang bari merenung siling dengan senyuman.
                  "Dah kenapa sengan siling tu puan?" sapa Wawa sambil melaburkan punggung disebelah Ajihah.
                  Ajihah menoleh kearah Wawa dan menjeling selamba.
                  "Dah lama kau buat kerja ni, baik kau ambil je pisau tikam aku terus." marah Ajihah yang terkejut dengan kehadiran Wawa.
                  "Alah puan ni, nak emosi je. Nyampah." 
                Wawa meletakkan bekas berisi bubur dan makanan-makanan yang baik untuk tulang diatas meja sebelah katil Ajihah.
                  "Gila tak marah, kalau aku ada sakit jantung tadi memang keraslah jawabnya." Ajihah masih beremosi.
                   "Alah, yelah-yelah saya tak minta maaf. Puan tadi yang cantik tu Imelda ke?" soal Wawa ingin kepastian.
                  "Yang mana?"
                  "Yang pakai tudung labuh warna merah dengan jubah putih tu, bukan main alim lagi saya tengok. Cakap pun lemah lembut je, macam ustazah-ustazah. Tapi muka dia ni, macam berseri sikit. Lebih cantik daripada yang dalam gambar kahwin tu. Lagipun Imelda tak bertudungkan puan?" Wawa mengambil pisau pemotong buah dan memotong kulit epal hijau itu.
                  "Itulah Imelda." jawab Ajihah sepatah.
                  "Yeke? Banyak perubahan ye, dulu dia free hairkan?" 
                  "Itu dulu, lepas balik Umrah dengan Ikhwan, dia dah banyak berubah." jawab Ajihah jujur, dia sudah tidak ada rasa geli atau meluat untuk memuji Imelda, mungkin dirinya juga sudah berubah.
                  "Wah, bertambah beruntunglah si tuan Ikhwan tu. Dapat bini-bini yang tahu jaga aurat, taklah dia siksa nak pikul." sempat Wawa ucap syukur kepada Allah diatas hijrah Imelda.

IMELDA masuk ke lobi dengan perasaan yang kurang enak, tidak tahu mengapa sejak memandu tadi dia berasa seperti tidak selesa. Degupan jantungnya tidak stabil, seperti ada sesuatu yang nak jadi.
               Dia melangkah kearah Suzy pekerja dibahagian kaunter khidmat pelanggan itu dengan memberikan senyuman manis.
               "Selamat tengah hari Suzy, maaf ganggu. Saya nak tanya sikit boleh?" 
               Suzy cepat berdiri bila melihat isteri majikannya sudah berdiri tegak didepannya, senyuman manis diberikan kepada Imelda yang memang tak lekang dengan senyuman.
               "Selamat tengah hari puan, ada apa-apa yang saya boleh bantu." gadis cina itu menunjukkan tanda penuh hormat pada Imelda.
               "Tuan Ikhwan ada diatas?" 
              "Ada puan." jawab Suzy cepat.
              "Baiklah, terima kasih." Imelda tersenyum dan berjalan perlahan menuju kearah lif.
              Suzy menghantar pandang kearah Imelda dengan pujian yang menggunung didalam hati, dia lihat isteri majikannya itu semakin hari semakin cantik.
              Perlahan butang lif ingin ditekan namun langkahnya terhenti bila ada seorang lelaki yang terlebih dahulu menekan sebelum dirinya.
               "Maaf."
               Sepatah kata itu membuatkan Imelda menoleh dan sekadar mengangguk sebelum kembali menunggu pintu lif itu dibuka. Lelaki! Jangan dipandang lama-lama, tak baik!
               Lelaki itu terkesima melihat wajah Imelda dari paras tepi, bertambah teruja pula bila gadis itu menoleh kearahnya. Meskipun gadis itu berjubah labuh dan longgar, bertudung labuh, itu tidak mencacatkan keinginan dia untuk melihat dan melihat lagi wajah gadis itu.
                Pintu lif yang terbuka membatalkan niat lelaki itu untuk mencuri pandang kearah Imelda. Mereka berdua masuk kedalam lif bersama-sama, kebetulan ketika itu tiada siapa melainkan hanya mereka berdua didalam lif.
              "Awak ni siapa ye, kenapa cantik sangat?" soal lelaki itu selamba sebaik pintu lif terbuka.
              Membulat mata Imelda bila disapa begitu, betul-betul bila pintu lif itu tertutup rapat. Boleh tendang tak pintu lif ni bagi buka? Rasa macam nak lompat keluar jantung aku ni, takutnya! Abang!
              Imelda tidak menjawab sebaliknya dia sekadar menunduk merenung lantai lif yang licin dan berkilat itu.
              "Hai gadis cantik, kenapa senyap je? Tak baik tau biarkan orang menunggu." berani betul lelaki ni mengusik.
            "Awak nak apa?" soal Imelda sepatah tanpa memandang.
            "Saya cari seseorang." suka dan riang pula bila gadis itu bersuara. Makin menjadilah dia untuk mengusik.
            "Awak cari siapa?" soal Imelda kepada pemuda yang merenungnya dengan renungan yang sangat sukar diertikan.
             "Saya cari Tengku Ikhwan Tengku Iman, awak kenal?" soal pemuda itu lembut.
             Kenal sangat! "Dia majikan saya, saya akan bawak awak berjumpa dengan dia." 
             "Bawak jumpa dia? Dari bawak jumpa dia, baik bawak keluar makan tengah hari je." usik lelaki itu.
             Kenapalah lif ni rasa macam tak bergerak! "Awak nak jumpa dia atau tidak?" soal Imelda berani tanpa memandang walau sekilas kearah lelaki itu.
             "Mestilah, cantik muka awak bila merah." memang suka bila mengusik gadis pemalu macam dia ni.
             Imelda tidak menjawab malah berharap pintu lif ini segera terbuka.
             "By the way my name is Imran, Imran Safiuddin. Nama awak?" Imran menghulurkan tangan untuk bersalaman.
              Sangat kebetulan bila pintu lif terbuka, "mari saya tunjukkan bilik Tuan Tengku Ikhwan." Imelda terus keluar tanpa melayan kerenah Imran yang berani ni!
             Didalam bilik Ikhwan, Aisya meneliti semua jadual Ikhwan yang baru siap tadi. Ikhwan dan dirinya berbincang sedikit tentang jadual hari ini.
              "Maknanya tuan hari ini tidak terlalu sibuklah." ujar Aisya lembut sebaik menutup buku jadual Ikhwan, lelaki itu direnung penuh erti.
               "Ye Aisya, memang tak terlalu sibuk. Tapi saya perlu siapkan kerja-kerja yang tertangguh sikit, nanti awak tolong hold sesiapa yang cari saya hari ni." balas Ikhwan tanpa memandang kearah Aisya, dia tidak tahu kenapa sejak-sejak ni pandangan Aisya semacam terhadap dia.
                 "Baiklah tuan. Oh ye, sebelum saya terlupa. Semalam ada beberapa pemilik tanah yang hubungi saya untuk berbincang berkenaan dengan reka lakar baru. Dia nak syarikat kita memberi nasihat berkenaan dengan tanahnya dan juga memberi pendapat untuk membuat bentuk rumah yang bagaimana diatas tanahnya." jelas Aisya lagi, dia memeluk buku jadual Ikhwan.
               "Baiklah nanti awak salin dalam buku tu, balik nanti saya akan beritahu Imelda." Ikhwan meneliti kertas-kertas kerjanya dengan teliti.
                "Ada benda dekat rambut tuan." 
                "Mana?" soal Ikhwan sambil mengusik-usik rambutnya.
                "Biar saya bersihkan." 
            Aisya membersihkan sesuatu dikepala Ikhwan, kebetulan pula Imelda masuk ke dalam bilik suaminya.
                Agak terpempam bila melihat perbuatan Aisya yang sekadar dibiarkan oleh Ikhwan, tiba-tiba ada sebuah rasa yang muncul didalam jiwanya dan yang pasti rasa itu adalah rasa negatif.
                "Tuan Ikhwan."
                Ikhwan cepat menoleh kearah muka pintu dan terkejut melihat isterinya, pelik juga melihat air muka Imelda yang kelihat serius itu.
                "Imelda." 
                sahut Ikhwan dengan senyuman manis.
                "Dah masuk ker....." kata-kata Ikhwan tak dapat dihabiskan bila Imelda lebih cepat memotong.
                "Ada orang nak jumpa tuan." tegas kata-kata yang keluar dibibir mongel itu, kemudian dia terus berlalu masuk kedalam biliknya.
                Ikhwan agak terkejut melihat tingkah isterinya yang dingin, namun itu tidak mampu membuat dia terkejut seperti sekarang ini.
                 "Imran!" 
                 Hanya itu yang mampu meniti dibibirnya.
                "Bro how are you? Nice to meet you again bro." sapa Imran sambil mendekati Ikhwan, tubuh sasa lelaki itu didakap sebentar.
                Aisya berlalu keluar setelah mendapat isyarat mata Ikhwan. Dia juga rasa kurang senang dengan pandangan Imelda kepadanya sebentar tadi.
                 Cepat tubuh Imran ditolak bila pintu biliknya ditutup. "Kau buat kat sini?" soal Ikhwan kasar.
                "Balik nak jumpa kaulah bro, asal sombong sangat ni." Imran melabuhkan pungguh dikerusi yang berhadapan dengan Ikhwan. Sempat dia memuji abang angkatnya yang semakin segak dan kacak kini.
                 "Balik nak jumpa aku atau nak jumpa Jihah?" soal Ikhwan sinis, dia memeluk tubuh merenung kearah Imran.
                "Mula-mula memang macam tu, tapi bila dah jumpa pilihan hati. Tak jadilah bro." balas Imran berani.
                Ikhwan menjungkitkan bahu sedikit sambil tersenyum sinis. "Sejak bila kau ada pilihan hati, kalau semua perempuan hanya sekejap-sekejap je melekat dengan kau. Setahu aku, Ajihah satu je yang paling lama dalam hati kau!" 
                 Ikhwan bersandar di meja kerja dan masih memandang kearah Imran adik angkatnya yang dahulu pernah dipukul bagai nak mati hanya kerana Ajihah.
                  "Ajihah tu kisah silam je bro, ada yang lebih bersinar dalam hati sekarang. Nampaknya kau masih mengingati masa silam, walaupun dah lebih lima tahun aku tinggalkan Malaysia." ada nada kecewa yang keluar dari bibir Imran, sesungguhnya dia merindui abang dia ini namun harapan dia Ikhwan akan menerima dia semula macam pudar.
                   "Sampai tulang aku putih pun belum tentu aku akan lupakan, Imran. Tapi baguslah kalau kau kata kau dah ada pilihan hati."
                Ikhwan kembali merenung kertas-kertas kerjanya, sambil fikiran memikirkan Imelda.
               "Siapa perempuan cantik tadi?" Imran menukar topik agak hatinya tidak sakit kembali.
               "Mana, yang dalam bilik aku tadi tu?" soal Ikhwan kembali.
               "Bukan minah tulah, yang hantar aku kebilik kau ni." Imran memandang ke dinding kaca yang dibelakangi Ikhwan. Dia tidak sangka bilik Ikhwan mempunyai dinding kaca yang boleh menampakkan bilik sebelah. Siap ada pintu dihujung dinding itu yang boleh menembusi terus ke bilik sebelah.
               Bilik itu dihuni oleh gadis yang sebentar tadi membuatkan dirinya terasa bagaikan dipukau. Gadis yang membuatkan dirinya tercuri-curi untuk memandang.
                "Imelda." 
                Ikhwan sudah meletakkan kertas kerjanya di atas meja dan kembali merenung kearah Imran dengan renungan tajam.
               "Imelda?" 
               Imran seakan tidak percaya dengan kata-kata Ikhwan.
               "Yelah, kenapa?" Ikhwan tidak selesa dengan pandangan Imran kearah bilik isterinya, kerana dia tahu isterinya ada didalam bilik itu.
                "Kau nampak tak kat situ yang aku ada jodoh dengan dia?" Imran tersenyum nakal.
               "Maksud kau?" soal Ikhwan serius.
               "Imran, Imelda. Sebuah nama yang seakan. Im untuk Imran dan Im untuk Imelda. Nampak tak?" Imran merenung tepat kearah Imelda yang sedang melakukan sesuatu di komputer.
                "Nonsene." kata Ikhwan perlahan tapi dapat didengari jelas oleh Imran.
                "Siapa perempuan cantik tu bro? PA kau ke? Rekemenlah dekat aku." ujar Imran selamba sambil menjungkitkan kening kearah Imelda.
                "Kau ingat kerja kosong ke nak rekemen-rekemen. Dahlah, baliklah. Aku banyak kerja nak buat ni." ni dah tahap menghalau ni!
                "Nanti dapatkan nombor telefon untuk aku ye bro." berani lagi si Imran ini bersuara, dia bangun dari duduknya dan berlalu keluar dengan selamba.
               Ikhwan berasa bengang dengan kata-kata Imran sebentar tadi, dia berlalu keluar dari bilik dan membuka pintu bilik Imelda.
                 "Sayang jom lunch." 
                 Lembut dia menyapa isterinya dengan senyuman manis, entah kenapa cemburu membuak didalam hatinya.
                 Aisya menghampiri Ikhwan tanpa disuruh. Dia sendiri tidak tahu mengapa dengan dirinya, seakan ada magnet diantaraa dirinya dan Ikhwan.
                  "Lunch? Bukan abang ada meeting kejap lagi?" soal Imelda pelik, sempat dia meniti kembali diari hitam yang disalinkan semua jadual Ikhwan.
                  "Tak sayang, hari ni abang free dari sekarang sampai malam." jawab Ikhwan lembut, dia menghulurkan jemarinya kearah Imelda tanda mahu Imelda menghampirinya.
                Imelda menutup komputer dan mencapai beg tangannya lalu mendapatkan suaminya. "Tapi jadual abang ni menunjukkan yang abang ada meeting dengan Tan Sri Muhid." Imelda masih tidak percaya.
                 "Aku dah buat jadual baru untuk Tuan Ikhwan, Imelda." sampuk Aisya yang berada di belakang Ikhwan.
                 "Apa?" soal Imelda seakan tidak percaya.
                 "Kan kau dan berbulan tak masuk kerja, jadi aku dah update jadual kerja Tuan Ikhwan. Nanti apa-apa hal aku akan beritahu Tuan Ikhwan untuk kerja dia." jawab Aisya lembut.
                 "What?" sekali lagi Imelda terkejut.
                "Kenapa sayang?" soal Ikhwan lembut sambil merangkul lembut pinggang isterinya.
                "Kenapa pula kau yang kena arrage semua untuk Ikhwan? Akukan PA dia." Imelda benar-benar tidak suka bila kerjanya diambil alih oleh orang lain.
                 "Alah, tak apa. Aku boleh buatkan untuk Tuan Ikhwan." Aisya selesa bekerja dekat dengan Ikhwan.
                 "No! Kau bagi aku buku jadual yang kau buat untuk Ikhwan. Biar aku yang pegang, kalau kau yang uruskan semua tu, aku nak buat apa?" soal Imelda tegas, dia benar-benar tidak puas hati.
                  "Tak apa Aisya, memandangkan isteri saya dah masuk kerja, dia yang akan uruskan semua tu. Awal boleh uruskan kerja awak seperti biasa." ujar Ikhwan lembut, pelik pula dia melihat kerenah isterinya ini. Aku yang cemburu, kenapa macam dia yang cemburu?
                   "Tapi tuan?" Aisya kesal dengan cara Ikhwan.
                   "Apa yang tapinya? Tukan kerja aku." Imelda pula yang bersuara.
                  "Okey nanti aku bagi jadual dekat kau ye." Aisya mengalah.


Lirik Lagu Pencuri - Mark Adam

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

2 comments:

Unknown said...

alahai...nih dh terlepas dr segala musibah....atau musibah yg sentiasa ingin mencelah di ruang2 kehidupan ikhwan...jiha...melda...seakan terbias satu persatu rekahan bahagia...buat perjuangan mereka bertiga...suspen...

Kehidupanku Didunia Ini said...

kak Norihan...
Adakah bahagia itu memang milik mereka atau ada timbusan derita demi derita?...