ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 17
"SAYANG nak keluar dengan siapa?" - Suamiku
"Yank nak keluar dengan Aisya, bolehlah." - Isteriku Imelda
"Sayang nak balik pukul berapa?" - Suamiku
"Sebelum mahgrib yank balik, yank janji. Boleh ye bang." - Isteriku Imelda
"Sayang jaga diri baik-baik, jangan nak main mata pula dekat luar tu." - suamiku
"Tak ada nak main mata punya, kalau dah ada abang dalam hati." - Isteriku Imelda
"Abang pegang kata-kata sayang, bawak kereta elok-elok. Apa-apa hal, cepat-cepat call abang. Makan jangan suka buat-buat lupa." - Suamiku
"Ye, baiklah tuanku. Hamba akan menurut segala kata-kata tuanku." - Isteriku Imelda
"Abang sayang dan cintakan sayang, itu yang abang nak sayang tahu sampai bila-bila." - Suamiku
"Yank pun cinta dan sayangkan abang sangat-sangat. Jadi boleh ye, yank pergi ni?" - Isteriku Imelda
"Ye boleh, abang izinkan." - Suamiku
"Terima kasih abang, sayang abang. Kirim salam kak Manja ye." - Isteriku Imelda
"Sama-sama sayang, nanti abang sampaikan salam sayang." - Suamiku
"Assalamualaikum." - Isteriku Imelda
"Waalaikumusalam, my sweetheart love." - Suamiku
IMELDA mencium skrin telefon itu sekejap, hatinya jadi berbunga-bunga seketika. Siap tersenyum-senyum mengingatkan kemesraan Ikhwan padanya.
"Apalah yang kau tersengih macam kerang busuk tu? Laki kau bagi tak?" Aisya tergelak tengok tingkah Imelda yang dari tadi seperti orang sedang dilamun cinta, tersenyum tak sudah-sudah.
"Aku baru lepas Whatsapp dia, dia bagi tapi kita kena balik sebelum mahgrib." jawab Imelda perlahan, dia merenung wajah dirinya dan Ikhwan berpelukan yang menghiasi skrin telefonnya. 'Aku dah angau gila ke apa dengan suami sendiri ni?'
"Baguslah tu, jom." Aisya bangun dari duduknya dan mencapai kunci kereta.
"Kejap, kau nak buat apa dengan kunci kereta kau tu?" soal Imelda sambil membetulkan selendang labuhnya yang berwarna hitam itu. Dia tidak mengenakan solekan diwajahnya, dan kelihatin manis mengenakan jubah labuh berwarna biru tua.
"Aku nak drivelah, kenapa?" soal Aisya pelik. Dia mengenakan pakaian yang sangat bersahaja, seluar palazzo dan kemeja longgar serta bertudung hijau muda.
"Tak payah, biar aku yang drive." balas Imelda cepat, dia mencapai kunci kereta kawannya dan diletak semula diatas meja.
"Kau masih tak percaya dekat akukan!" Aisya mengutum senyuman dan menghampiri Imelda.
"Bukan tak percaya, tapi lebih berhati-hati." jawab Imelda selamba, sambil mengunci pintu rumah.
"Lawa juga kereta laki kau bagi ni, untung kau. Buang Honda Civic dapat Honda CR V." usik Aisya, dia masuk kedalam kereta dibahagian penumpang bersebelahan pemandu dan terus memakai tali pinggang keledar.
"Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Segala pemberianNya kita kenalah terima, yang penting jangan riak." jawab Imelda, dia juga memakai tali pinggang dan menghidupkan kenderaan.
Perlahan kereta mereka meluncur keluar dari kawasan perumahan mewah itu, menyusuri jalan raya yang sememangnya tidak putus-putus dengan pelbagai kenderaan.
"Kita nak pergi mana ye?" Aisya membelek telefonnya sambil mengambil gambar sejak dari tadi untuk dimuat naik kedalam laman Instagramnya.
"Aku pun tak pasti nak kemana, kau ada cadangan?" soal Imelda balik, dia hanya memberi perhatian sepenuhnya pada pemanduan.
"Kita pergi shopping dekat tempat yang selalu kita pergi dulu-dulu setiap kali masuk gaji." cadang Aisya, tangannya ligat menaip sesuatu didalam telefonnya.
"Cadangan yang sangat baik." Imelda menoleh sekilas kearah Aisya dan hanya tersenyum manis melihat kerenah sahabatnya yang gemar sekali memuat naik gambar kedalam laman Instagram itu.
Dalam pusat membeli belah itu Aisya tak habis-habis memeluk Imelda untuk bergambar dan dimuat naik kedalam Instagram.
"Kau ni Aisya, sudah-sudahlah tu. Tak larat aku nak senyum maut macam ni, aku nak pitam tau." rungut Imelda dengan nada bergurau.
"Ala sikit je lagi, kau tahu tak gambar kau dapat seribu lebih like tau. Selama ni, gambar aku tak sampai seratus pun yang like." Aisya bercakap sambil matanya difokuskan didepan skrin telefon.
"Aisya."
Panggilan Imelda membuatkan Aisya menghentikan perbuatannya dan menoleh kearah Imelda.
"Ye."
"Apa yang ada pada seribu lebih like tu, kalau Allah tak like?" tegur Imelda lembut.
Aisya tersengih sambil menayang barisan gigi putihnya, dia tiada jawapan untuk itu. Kerana sebenarnya Imelda bukan memberi soalan tetapi menegur dirinya agar tidak terlalu mengejar soal dunia.
"Faham ustazah."
"Mulalah tu." Imelda menayangkan muka marah, tapi hanya dibalas senyuman dari Aisya.
"Imelda, kau dengan suami kau tu macam mana sekarang?" soalan yang sudah lama sebenarnya Aisya lupakan untuk diaju kepada Imelda.
"Dah berapa bulan kau tak tanya soalan ni pada aku, kenapa sekarang baru nak tanya?" soal Imelda selamba, tangannya sibuk membelek baju jubah yang kelihatan agak menarik dipandangan matanya.
"Yeke? Mungkin sebab kau dengan aku dah lama tak borak panjangkan, yelah masa kau lepas pantang, kau pergi umrah dengan Ikhwan. Lepas kau orang balik dari Umrah, si Ajihah tu pula kemalangan. Kau jaga dia pula dekat berbulan-bulan." lancar sahaja alasan yang diaturkan oleh Aisya, bukan dia sengaja membina alasan sepanjang itu. Cuma dia tidak mahu sahabatnya tahu sebab apa dia tidak mahu bertanyakan soalan itu.
"Betul jugakan, hehehehe. Aku dengan suami aku sekarang bahagia sangat-sangat, bahagia yang aku tak mampu nak ucap dengan kata-kata." terpejam sebentar mata Imelda bila mengingatkan suaminya yang semakin hari semakin romantis.
"Tapi bukan kau dengan dia kahwin sebab kontrak ke? Kenapa boleh rasa bahagia pula?" soal Aisya lagi. Mereka terus berjalan disekitar pusat beli belah itu, dan masih belum berminat untuk membeli apa-apa.
"Ye, memang kami kahwin disebabkan kontrak. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku dan dia boleh rasa bahagia macam ni."
"Kau cintakan Ikhwan ke Melda?"
Imelda tidak terus menjawab, dia hanya mampu tersenyum. Mereka berjalan masuk kedalam sebuah kedai makan dan duduk sambil membuat pesanan.
"Kau tak jawab aku lagikan?" Aisya masih menuntut janji pada sahabatnya.
"Kau rasa?" soalan balik yang diajukan kepada Aisya.
"Aku tak mampu nak rasa sebab tu aku tanya." macam mana aku nak rasa Imelda, sedangkan aku cintakan dia.
"Sejak pertama kali aku jumpa dia, aku dah jatuh hati pada dia walaupun dia masa tu sangat teruk dimata aku." jawab Imelda, dia tertawa kecil saat mengingatkan gelagat Ikhwan yang begitu membencinya ketika hari pertama dia lagi.
"Then?"
"Bila aku tahu dia ada isteri, aku cuba buang perasaan tu. Sampailah masa dekat hospital tu."
"Kenapa dekat hospital tu?"
"Dia ajak aku kahwin. Memanglah mulut aku ni cakap tak nak, sebab akal aku ni fikir yang dia dah ada wife, tapi hati ni Allah je yang tahu. Masa dia peluk aku tu, rasa macam nak meletup jantung aku ni." Imelda semangat bercerita pada Aisya tentang perasaan dan rasa dia pada Ikhwan.
"Jadi bila yang kau rasa betul-betul boleh kahwin dengan dia, dan boleh terima dia even dia dah ada wife?" Aisya semakin seronok mendengar cerita Imelda.
"Masa dia bawak aku jumpa bonda, masa dia nak hantar aku balik. Masa tu aku rasa dia seorang yang sangat protect, dan kata-kata dia meyakinkan aku bahawa dia seorang yang sangat baik dan boleh menjaga aku even dia dah ada wife. Sebab aku sangat yakin, dia boleh adil." jelas Imelda lagi.
"Wow. Sejak bila kau rasa cinta kau dengan dia boleh until Jannah?" soal Aisya lagi.
"Sebaik dia melafaz ijab dan kabul kami, aku serahkan segala-galanya kepada dia. Aku letakkan sebuah harapan dalam perkahwinan kami, dan aku selalu mendoakan agar perkahwinan kami hingga ke Jannah Allah azza wa jalla." balas Imelda tenang.
Aisya tidak bertanya lagi, sebaliknya hanya tersenyum. 'Ya Allah, betapa Imelda cintakan Ikhwan. Kenapa dengan aku ni ya Allah, kenapa aku kejam sangat? Macam mana kalau Imelda tahu aku sukakan Ikhwan, adakah dia akan bencikan aku ya Allah?'
"Kenapa kau asyik tanya tentang ni semua?"
Soalan Imelda berjaya merubahkan wajah Aisya menjadi pucat lesi, tak mungkin dia nak mengaku. Tapi apa alasannya?
"Saja tanya, beruntung kau kan."
"Beruntung apa?"
"Yelah, dapat suami yang macam tu. Orang cakap apa, suami idaman setiap wanita." Aisya menyedut minuman yang baru tiba tadi bagi melegakan hatinya yang berbolak balik itu.
"Setiap yang Allah jadikan, pasti ada sebabnya. Kalau aku beruntung kerana memiliki Ikhwan, kau pun akan beruntung memiliki suami kau nanti. Kau asyik tanya tentang aku, kau bila lagi?" soal Imelda lembut.
"Aku? Lambat lagilah." jawab Aisya cepat.
"Tak ada calon ke?" soal Imelda.
"Ada."
"Siapa?"
"Suami orang."
"Apa?"
Aisya menggigit bibir kerana terlepas cakap, dia cuba mengawal resahnya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
"Siapa, Aisya?" soal Imelda lagi, entah kenapa hatinya jadi tidak sedap. Dia seperti dapat merasa ada yang tidak kena pada Aisya ini.
"Maksud aku, dia akan jadi suami oranglah kalau kahwin dengan aku, jadi dia tak sedia nak cakap pasal kahwin dengan aku." jawab Aisya cepat, sedikit pun tidak mendongak dan merenung kearah Imelda.
"Siapa lelaki bertuah yang berjaya mengajak kawan aku seorang ni bercinta?" soal Imelda pantas.
"Adalah."
"Nak rahsia pula dengan aku." entah kenapa ada sedikit ketenangan didalam jiwa bila Aisya katakan ada calon, lega yang bagaimana tu, tahu nak cakap macam mana.
"Assalamualaikum."
sapaan itu membuatkan kedua-dua wanita itu menoleh kearah lelaki yang sedang berdiri di depan meja itu.
"Waalaikumusalam." jawab Imelda dan Aisya serentak.
"Tak sangka akan jumpa gadis cantik ni di sini." berani benar Imran mengusik-usik Imelda.
"Kawan saya ni memang cantik, tapi dia ni......." kata-kata Aisya tak dapat dihabiskan bila terasa kakinya di pijak Imelda.
Imelda berasa lega bila Aisya tidak terlepas cakap, kalau tidak dia yang haru nak menjelaskan pada Ikhwan. 'Abang ni pun satu, dah lah mamat ni tak habis nak usik aku. Dia pula tak kasih beritahu mamat ni, sebenarnya aku isteri dia!'
"Tapi apa?" soal Imran cepat.
"Tapi dia ni banyak peminat, kalau setakat awak ni dia tak pandang." kata Aisya pakai sebat, kemudian menggigit bibir sendiri.
"Yeke? Awak tak minat saya? Saya pun peminat awak." Imran melaburkan punggung di kerusi bersebelahan Imelda, gadis itu direnung penuh minat.
"Jangan cakap macam tu dekat dia, dia ni pemalu sikit." Aisya jadi kurang senang melihat tingkah Ikhwan yang berani duduk disebelah sahabatnya itu. Ini kalau Ikhwan ada, memang nahas!
"Pemalu lagi bagus, saya memang suka pada si pemalu." Imran menahan tawa bila melihat pipi Imelda yang semakin memerah.
"Encik nak apa ya? Boleh jangan ganggu kami?" soal Imelda tegas, dia tidak memandang walau sekilas pun kearah Imran.
"Saya nak awak boleh?"
"Mana boleh! Imelda jom kita pergi tempat lain." Aisya sudah bangun dari tempat duduk dan menarik jemari Imelda.
"Boleh tak bergurau atau berkata-kata tu melambangkan keperibadian seorang muslim? Kita ni islam, ada batas untuk berbual diantara yang bukan muhrim!" amat tegas intonasi Imelda, dia terus mengikut langkah Aisya dan meninggalkan lelaki itu disitu.
"Kata-kata kau membuatkan aku semakin ingin mendekati kau. Sekali aku jatuh cinta, aku akan cuba kejar sehingga aku miliki. Walaupun kelangit kau berlari." Imran bermonolog berani, dia bangun dan berlalu meninggalkan kawasan itu.
Entah kenapa sejak hari pertama melihat Imelda, hatinya sering tidak keruan. Jadi tidak menentu bila bayangan Imelda mengganggu dirinya.
IKHWAN mendepakan dada kearah Ajihah yang cuba jalan bertatih-tatih tanpa menggunakan tongkat, segala rasa debar dan gugur bercampur dihati. Dia amat berharap kesayangannya ini dapat berjalan seperti sedia kala.
"Cepat Manja, nak Sayang peluk tak?"
Ajihah tersenyum manis dan kemudian berkerut muka kerana menahan sakit dan bisa. "Manja tak laratlah Sayang, rasa sakit sangat."
"Sikit je lagi, tinggal berapa langkah je nak sampai dekat Sayang." pujuk Ikhwan.
Ajihah tersenyum manis bila dia dapat idea mengenakan suami kesayangannya. Ajihah berpura-pura jatuh dan merintih sakit, bagai nak pitam Ikhwan dibuatnya kerana terlalu risau.
"Manja! Manja okey tak?" soal Ikhwan cemas, tubuh Ajihah dicempung kemas dan dibawa masuk kedalam rumah dan didudukkan diatas sofa. Cepat tangannya memeriksa kaki Ajihah.
"Dapat juga Manja peluk Sayangkan." ujar Ajihah selamba, dia tertawa kerana tidak mampu menahan geli hati melihat wajah Ikhwan yang kacak itu menjadi cemas.
Perbuatan Ikhwan terhenti dan dia terdiam sejenak, rupa-rupanya dia telah dikenakan oleh isterinya. Ikhwan menoleh kearah Ajihah dengan wajah seperti tidak puas hati.
"Manja sengajakan?" Ikhwan tersenyum dan duduk disebelah Ajihah sambil memeluk bahu isterinya.
"Sekali-sekala nak kenakan suami Manja seorang ni." Ajihah mencapai jemari Ikhwan dan menkucup penuh kasih.
"Kalau Manja selalu 'ngelat' macam ni, bila Manja boleh jalan betul-betul." tegur Ikhwan lembut, entah kenapa dia berasa hairan dengan sikap Ajihah selepas kemalangan ini. Manja! Begitu manja dengan dirinya, bukan dia tidak senang malah rasa syukur yang teramat. Tapi, dia rasa hairan kerana kata-kata cacian dan makian terhadap Imelda sudah tidak meniti lagi di bibir Ajihah.
"Kenapa, Sayang dah tak nak jaga Manja lagi?" soal Ajihah, berpura-pura hendak merajuk.
"Kalau kerana jaga Manja, sampai hujung nyawa pun Sayang sanggup. Tapi Sayang tetap nak cepat baik, tak naklah asyik pakai tongkat tu."
Ikhwan mengucup lembut ubun-ubun Ajihah, kenapa hatinya berasa tidak enak bila mengingatkan isterinya Imelda. Dia cuba menepis dari memikirkan gadis itu kerana saat ini ada Ajihah di depan mata.
"Sayang malu ye ada isteri cacat macam Manja?" soal Ajihah lagi.
"Bukan itu sebabnya, cuba tengok tongkat tu." Ikhwan memuncung kearah tongkat yang bersandar sebelah pintu.
"Kenapa dengan tongkat tu?" soal Ajihah pelik.
"Dia sekarang ni tengah ketawakan Sayang tau."
"Kenapa nak kena ketawakan Sayang pula?"
"Yelah, dia boleh berada disisi Manja dua puluh empat jam. Sayang ada disisi Manja hanya berapa jam je. Sayang cemburu tau." luah Ikhwan seolah-olah merajuk.
"Sayang cemburu dengan tongkat?" Ajihah merenung Ikhwan dengan mata yang membulat.
"Tak payah nak buat muka comel sangat!" marah Ikhwan sambil mencuit hidung Ajihah.
"Sayang tak jawab Manja lagi."
"Yelah, mestilah. Kalau boleh Sayang nak ada diposisi tongkat, yang menjadi perkara terpenting dalam hidup Manja untuk berjalan. Sayang nak menjadi tongkat yang boleh memberi keupayahan pada Manja untuk berjalan."
"Alolololo, so sweet. Mesti Sayang lupakan." Ajihah memegang kedua belah pipi Ikhwan lembut.
"Lupa apa?" soal Ikhwan pula.
"Sayang adalah tunggak hidup Manja, apa yang Manja lalui tetap Sayang nombor satu. Sayang adalah perkara yang paling penting dalam hidup Manja berbanding tongkat tu, percayalah." ujar Ajihah penuh rasa ikhlas, mata Ikhwan direnung penuh kasih.
"Sayang percayakan Manja, tapi Sayang tetap cemburu. Sebab tu Sayang nak Manja sembuh. Bukan sebab Sayang malu beristerikan isteri cacat, tapi Manja masih boleh berusaha untuk sembuh. Kalau Manja sembuh itu bukan kemudahan Sayang, tapikan kemudahan Manja." Ikhwan masih meniupkan api semangat untuk isterinya terus berusaha untuk belajar berjalan.
"Baiklah suamiku yang tercinta, Manja akan usaha yang terbaik. Manja pun dah tak sanggup nak minum susu hari-hari." Ajihah membuat mimik muka geli beli mengingat susu yang terpaksa diminum setiap pagi, tengah hari dan malam.
"Susu tu bagus untuk tulang, sebab tulah Manja kena minum." Ikhwan bangun dari duduknya dan ingin berlalu ke dapur, tapi tangannya diraih lebih awal oleh Ajihah.
"Sayang nak pergi mana?" soal Ajihah cemas.
"Sayang nak pergi ambil susu Manjalah." balas Ikhwan dengan senyuman nakal dan sempat mengenyitkan mata pada Ajihah.
"Alah, tak payalah! Tak sukalah nak minum susu tu." rungut Ajihah manja.
"Tak! Manja tetap kena minum susu tu." Ikhwan berlalu kedapur dan membawa segelas susu dihadapan Ajihah.
Terukir senyuman manis diwajah Ikhwan bila melihat isterinya menutup mulut dengan kedua belah tangan.
"Manja sayangkan Sayang tak?" soal Ikhwan, dia mengatur strategi untuk membuat isterinya minum susu tersebut.
"Mestilah Manja sayang." jawab Manja perlahan.
"Buktinya?" soal Ikhwan lagi.
"Buktinya Manja tetap dengan Sayang even Sayang dah duakan cinta kita." lembut pipi Ikhwan diusap.
"Tapi untuk membuktikan lagi kasih sayang kita, Manja kena habiskan susu ni depan Sayang. Sekarang." Ikhwan menghulurkan gelas susu itu kepada Ajihah.
"Alah Sayang ni, suka paksa tau." rungut Ajihah sambil mencapai susu ditangan Ikhwan. Selepas membaca doa, dia meminum susu itu dengan pantas. Gelas kosong itu dihulurkan kepada Ikhwan.
"Macam tulah." Ikhwan mencapai gelas kosong itu dan diletakkan diatas meja, kemudia dia duduk disebelah Manja.
Tubuh Ikhwan dipeluk erat. 'Andai dia hanya milik aku dan bukan sesiapa, namun inilah takdirMu yang aku perlu terima ya Allah. Jadi ku mohonkan kekuatan didalam perhubungan ini.'
"Sayang dengar tadi Manja cakap Sayang suka paksa Manja, bila?" soal Ikhwan lagi, sambil membalas pelukan isterinya.
"Hurm, sebenarnya Sayang tak pernah paksa Manja. Manja yang banyak paksa Sayang, buat salah dengan Sayang. Dari hari pertama kita kahwin sampai sekarang, Manja tak pernah hormatkan Sayang sebagai seorang suami. Manja selalu abaikan tanggungjawab Manja." luah Ajihah perlahan, tubuhnya ditarik agar duduk berhadapan dengan Ikhwan.
"Segala apa yang jadi dalam hidup Sayang selama bersama Manja, tidak ada satu keburukan Manja pun yang Sayang simpan. Cinta yang ada dalam hati ni, selalu mengubati segala luka. Jadi Manja tak perlu nak ungkapkan kesalahan-kesalahan tu." mata Ajihah direnung penuh kasih, pipi gadis itu diusap penuh sayang. Dahinya disandarkan didahi Ajihah.
"Tapi Manja tetap nak minta maaf, Manja dah sedar segala salah silap Manja. Manja tahu selama ni Sayang berusaha untuk ubah diri Manja menjadi yang lebih baik, tapi Manja yang degil dengan dan tak mahu dengar cakap Sayang. Manja minta maaf." tangan Ikhwan dikucup penuh cinta.
"Sayang dah lama maafkan, malah dah tak ingat semua tu." dahi Ajihah dikucup.
"Manja akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan taat macam Imelda, tapi untuk jadi sesempurna Imelda memang Manja tak mampu." memang itulah tekad Ajihah selepas dia sedar segala kesilapan dirinya selama ini.
"Imelda dan Manja kedua-duanya sempurna buat Sayang, kalian menyempurnakan hidup Sayang. Tak ada yang Sayang pandang dia ni lebih, dia ni kurang. Tak! Bagi Sayang kedua-duanya istimewa." balas Ikhwan jujur. Dia tidak pernah menganggap kekurangan Ajihah adalah kelebihan Imelda, malah dia selalu berfikir dan menganggap segala kekurangan isteri-isterinya adalah dari dia sendiri.
"Manja rasa beruntung sebab dapat bersuamikan lelaki yang begitu menjaga hati macam Sayang, dan rasa sangat-sangat dikasihi oleh lelaki yang berjiwa sensitif macam Sayang." Ajihah memeluk Ikhwan erat.
"Dan Sayang rasa beruntung sebab dapat memperisterikan kedua-dua bidadari dunia ni, insyaAllah menjadi bidadari-bidadari Sayang di Jannah Allah azza wa jalla." dahi Ajihah dikucup lagi. Ikhwan merasakan kebahagian singgah jua kedalam kehidupannya.
Berpenat lelah, berhempas pulas dia berdoa kepada Allah agar rumah tangganya diberikan kemudahan dan kebahagian, akhirnya kini hidup dia disirami cahaya-cahaya cinta dari dua wanita yang kasihnya tidak terkurang dan tidak terlebih.
Meskipun Ikhwan akui sunyi tanpa anak, namun karenah dan telatah isteri-isteri yang mencuit hati, sedikit sebanyak mampu membuat dia terleka. Dia, Imelda dan Ajihah tidak pernah berhenti berdoa agar Allah memberikan keizinan untuk mereka memiliki cahaya mata disuatu masa nanti.
IKHWAN menyusun fail-fail kerja dihujung meja untuk diambil oleh Imelda sebentar lagi. Hari isnin begini amat letih untuk melayani panggilan demi panggilang, temu janji demi temu janji dari pelanggan. Ikhwan beristigfar seketika bagi menghilangkan rasa penat dan letih dalam badan.
Sejak tadi dia tidak perasan dimana isterinya Imelda, mungkin kerana dirinya terlalu penat dan fokus pada kerja-kerja yang melambak diatas meja.
Pintu yang diketuk mematikan lamunan Ikhwan, dia memberi kebenaran masuk dan menyambung semula kerja-kerja diatas meja.
"Morning bro."
Cepat Ikhwan mengangkat muka bila mendengar suara Imran di muka pintu. Dia memberikan
isyarat mata agar Imran masuk kedalam.
Lelaki tampan itu melaburkan punggu di kerusi yang berada dihadapannya. Tergelak sedikit Imran melihat keadaan abangnya yang kelihat kusut.
"Kau dah kenapa ni bro? Kusut gila aku tengok muka kau. Banyak kerja ke?" soal Imran prihatin.
"Boleh tahanlah, kau datang sini buat apa?" soal Ikhwan, tidak ada rasa untuk berbual dengan adiknya itu.
"Datang sini nak jumpa kaulah, baba tak cakap apa-apa ke?" sedih rasanya bila dilayan sebegitu rupa.
"Oh pasal kerja, ada. Baba ada cakap dengan aku pasal kerja tu, asal kau nak kerja sini?" soal Ikhwan kembali, tidak sedikit pun wajah adiknya dipandang.
"Aku bukan tak nak kerja tempat lain, tapi baba yang rekemen aku kerja dengan kau. Kalau tak ada kekosongan tak apa bro, nanti aku cari kerja lain." Imran terasa bagaikan sekarang juga dia mahu terbang semula ke luar negara. Dilayan begini membuatkan amarahnya pada Ajihah semakin menjadi-jadi.
"Tak payah sibuk sangatlah nak cari kerja lain, aku dah 'terpaksa' kosongkan jawatan untuk kau. Tapi ni semua bukan sebab kau tau, sebab baba. Dia beria sangat nak kau kerja sini." Ikhwan tahu kata-katanya itu telah menghiris hati adik dia, namun dia biarkan kerana 'ego'.
"Kenapalah kau dengar cakap baba."
"Aku dengar cakap baba, sebab aku ni anak dia. Dan seorang anak pasti akan mendengar nasihat dan kehendak kedua orang tua dia. Faham?" kata-kata itu bertujuan menyindir lelaki didepannya.
"Bro, kalau kau rasa ni satu bebanan, tak apalah. Aku cari kerja tempat lain je." Imran benar-benar tidak betah duduk lama disitu.
"Kau tak payah buang masa akulah, ni fail jawatan kau." Ikhwan mencapai sebuah fail yang disimpan didalam laci pagi tadi dan dicampakkan atas meja berdepan dengan Imran.
Imran mencapai dan melihat semua butiran didalam itu. Dia sebenarnya masih tidak tahu apa tugasnya, tetapi dia diamkan.
"Kau aku letakkan dibahagian 'Ketua eksekutif pemasaran' iaitu 'chief marketing executive'. Sama ada kau berpuas hati ataupun tidak, itu bukan masalah aku. Kau akan berurusan dengan pembantu peribadi aku bagi menerangkan semua tugas-tugas kau. Dan kalau ada apa-apa perbentangan yang kau nak buat pada aku, kau boleh rujuk terus kepada pembantu peribadi aku. Sebab aku tak ada masa nak dengar benda yang tak penting dari kau." terang Ikhwan dengan sangat tegas, dia memandang Imran dengan penuh keterpaksaan.
"Dan untuk sementara ni, pembantu peribadi aku adalah pembantu peribadi kau juga. Aku belum rasa nak ambilkan kau pembantu lagi, kalau aku berminat nanti aku akan ambilkan." jelas Ikhwan lagi. Imran sekadar terangguk-angguk mendengar penjelasan dia.
"Terima kasih bang. Im tak tahu nak ucap macam mana lagi, syukur sangat-sangat. Kerja ni memang kena dengan apa yang Im belajar dekat sana, dan memang ni yang Im impikan. Tapi taklah sampai 'ketua'." Imran terlalu gembira dengan jawatan yang diterima sehinggakan dia tidak perasan dengan panggilannya.
"Aku belum habis cakap lagi!" Ikhwan bersuara tegas bagi menyembunyikan rasa terharu dengan panggilan 'abang' yang meniti dibibir Imran.
"Maaf."
"Sekejap lagi kau tunggu dekat luar, pembantu peribadi aku akan bawa kau tengok sekitar pejabat ni." Ikhwan bersuara lagi.
"Bila aku boleh mula kerja?" soal Imran lagi.
"Esok, sekarang kau tunggu dekat luar. Kejap lagi PA aku cari kau." arah Ikhwan.
Imran mengangguk dan bangun dari tempat duduknya. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Ikhwan, namun huluran itu tidak bersambut. Perlahan dia memusingkan tubuh ingin melangkah keluar, disaat tombol pintu diputar, namanya dipanggil dan dia menoleh semula kearah Ikhwan.
"Aku tak nak kau panggil aku abang dalam pejabat ni. Sebab dalam pejabat ni, aku boss dan kau kuli." terangkat sedikit kening Ikhwan ketika menyebut perkataan 'kuli'.
"Ada apa-apa lagi boss?" soal Imran cepat, wajahnya sudah memerah menahan rasa.
"Dan jangan panggil 'baba' depan aku, aku tak suka. Aku anak tunggal Tengku Iman dan seingat aku, aku tak ada adik. Faham?" Ikhwan merenung tajam kearah Imran, dia tahu ada riak kehampaan diwajah Imran tetapi itulah yang dia mahu.
"Saya tahu dari mana saya datang boss, jadi boss jangan risau. Ada apa-apa lagi?" soal Imran perlahan, dia cuba mengawal perasaannya.
"Tak ada apa-apa, kau boleh keluar." arah Ikhwan dan terus menyambung kerja-kerjanya.
Ikhwan menekan butang interkom sebaik Imran keluar dari bila pejabatnya. Dia cuba sedaya upaya untuk membuang rasa bersalah dalam hati.
"Imelda."
"Ye, tuan." sahut Imelda cepat.
"Masuk bilik saya sekarang." arah Ikhwan.
"Baik tuan." Imelda bangun dari tempat duduk dan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Ikhwan.
Ikhwan memberi arahan masuk dan merenung Imelda yang berdiri didepan muka pintu sehingga berjalan menghampirinya didepan meja.
"Ye tuan, ada apa-apa tuan?" soal Imelda lembut. Dia senang menggunakan keadaan formal dengan Ikhwan ketika dipejabat.
"Dekat depan tu ada pekerja baru, dia memegang jawatan 'Ketua eksekutif pemasaran'. Jadi saya nak awak memantau pergerakannya dan semua kerja-kerja dia, dan tolong bantu dia didalam beberapa keperluan. Segala apa sahaja urusan dia yang akan merujuk kepada saya, awak perlu ambil alih. Selain pembantu peribadi saya, awak juga adalah pembantu peribadi dia. Dan jawatan awak tu berkuat kuasa serta merta." terang Ikhwan tegas.
"Baik tuan, jadi bagaimana dengan pembahagian kerja saya? Maksud saya, sebagai pembantu peribadi tuan, saya akan ikut kemana saja tuan pergi. Macam mana pula dengan dia?" soal Imelda, menginginkan kepastian. Walaupun dia masih tidak tahu dengan siapa yang dia akan bekerjasama tapi jika itu adalah tugasnya dia perlu ambil tahu.
"Berkenaan tu awak jangan risau, saya akan pastikan jadual saya dan dia tidak bercanggah. Saya harap awak pun boleh bagi kerjasa. Jika ada jadual kami yang bercanggah, saya akan beri keputusan kemudian." balas Ikhwan, sambil memberikan jadual kerja Imran kepada isterinya.
"Baik tuan. Ada apa-apa lagi?" soal Imelda.
"Awak pergi jumpa dia yang tengah tunggu dekat luar tu, dan bawa dia tengok beberapa kawasan disyarikat kita dan di bahagian pemasaran." arah Ikhwan lagi.
"Sekarang tuan?" soal Imelda seakan tidak percaya.
"Ye sekarang Amel Imelda." jawab Ikhwan lagi.
"Tapi sekejap lagi, tuan ada mesyuarat diluar."
"Tentang tu awak jangan risau, saya akan bawak Aisya bersama saya. Dan Ajihah pun akan datang kejap lagi, dia akan teman saya. Awak boleh makan tengah hari sekali dengan pekerja baru tu." ujar Ikhwan berbaur arahan.
"Baik tuan. Saya pergi sekarang tuan."
"Ye hati-hati." Ikhwan menghantar pandangan kearah isterinya yang menuju ke arah pintu.
"Imelda."
Imelda menoleh pantas kearah Ikhwan.
"Saya suami awak, dan awak isteri saya. Tak nak salam saya?" soal Ikhwan dengan senyuman manis dibibir.
"Oh, lupa." Imelda berlari anak mendapatkan Ikhwan. Cepat jemari Ikhwan dicapai dan dikucup cermat.
Ikhwan menkucup dahi isterinya dan merenung kedalam mata Imelda. "Abang rindukan sayang." bisik Ikhwan di telinga Imelda.
"Me, too." jawab Imelda lembut.
Satu kucupan hangat singgah dibibir Imelda. Kemudian Imelda meminta izin untuk pergi.
Imelda berlalu ke meja kerani pejabat itu untuk mendapat tahu siapakah pekerja baharu itu.
"Aisya."
Aisya mengangkat muka dan memberi senyuman manis kearah sahabatnya itu. "Ye."
"Tadi tuan Ikhwan beritahu aku ada pekerja baru, mana?" soal Imelda.
"Tu, dekat kerusi sana." jawab Aisya cepat. Dia menunjukkan kearah Imran yang sedang duduk membelakangi mereka.
"Terima kasih." Imelda berjalan menghampiri lelaki itu.
"Encik."
Imran mengesar airmatanya cepat dan menoleh kearah yang memanggilnya tadi.
"Awak?" Imelda seakan tidak percaya lelaki didepannya ini adalah orang yang akan bekerja dengan dia di pejabat ini.
"Imelda?" Imran tersenyum manis melihat gadis yang berdiri didepannya ini dengan wajah yang jelita.
"Awak ke 'Ketua eksekutif pemasaran'?" soal Imelda cepat.
"Ye saya." Imran tersenyum nakal dan mengenyit kearah Imelda.
"Saya pembantu peribadi awak." ujar Imelda acuh tak acuh, wajah sudah membungkam. Kenapalah aku ditakdirkan kerja dengan lelaki senget ni?
"Saya tahu."
"Tuan Ikhwan arahkan saya supaya bawak awak berjalan melihat kawasan pejabat ni dan kawasan pemasaran." terang Imelda.
"Baiklah, jom." Ikhwan bangun dan mengikuti langkah Imelda. Dia leka memerhati Imelda dari atas hingga kebawah. Gadis itu benar-benar sudah memukau dirinya.
Setelah puas melawat kawasan bangunan pejabat, Imelda mengajak Imran melawat kawasan pemasaran.
"Awak nak kemana tu?" soal Imran ketika mereka berada di tempat letak kereta.
"Ke kereta sayalah." jawab Imelda ringkas.
"Naik kereta saya je, saya yang bawak." pelawa Imran sambil menuju kearah kenderaannya.
"Tapi naik kereta saya lagi okey kot." bentak Imelda lembut.
"Imelda awakkan pembantu peribadi saya, jadi awak dengarlah cakap saya. Jom."
"Baiklah encik Imran." jawab Imelda cepat, dia menghampiri Imran. Merona wajah Imelda apabila lelaki itu membukakan pintu kereta untuknya.
"Baiklah encik Imran." jawab Imelda cepat, dia menghampiri Imran. Merona wajah Imelda apabila lelaki itu membukakan pintu kereta untuknya.
Sepanjang pemanduan, Imran banyak berdiam dan melayani fikiran. Dia masih berasa sedih dengan sikap abangnya yang begitu dingin dengan dia. Setiap bait kata-kata Ikhwan segar didalam ingatannya, dia tidak mampu mengawal rasa didalam hatinya. Tanpa sedar airmatanya mengalir, dia tidak perasankan Imelda yang berada disebelahnya sedang memerhatikan diri dia.
"Encik Imran." sapa Imelda lembut.
Cepat Imran menepis airmatanya, dan menoleh sekilas kearah Imelda dengan senyuman.
"Encik ada masalah ke?" soal Imelda lagi.
"Tak ada apa-apa Imelda." jawapan Ikhwan perlahan.
"Tapi kita ada masalah." balas Imelda cepat sambil menoleh kearah kirinya sehingga belakang kiri.
"Kenapa?" soal Imran cepat.
"Kawasan pemasaran dah terlepas Encik Imran." ujar Imelda.
"Oh, yeke." Imran tetap memandu terus kehadapan dan tidak menunjukkan tanda akan patah balik.
"Ye, Encik Imran." jawab Imelda, wajahnya sudah berubah cemas.
"Tak payah nak kalut sangat muka tu dear. Saya nak pergi ke satu tempat yang boleh tenangkan fikiran saya, lepas tu kita baru pergi ketapak pemasaran ye."
"Tapi Encik Ikhwan hanya benarkan kita ke kawasan pemasaran." Imelda khuatir suaminya akan marah.
"Imelda, waktu awak dengan Ikhwan, awak boleh ikut arahan dia. Bila awak dengan saya, tolong ikut arahan saya." balas Imran tegas.
Imelda hanya terdiam, namun jemarinya ligat menaip sesuatu dan menghantar pada Ikhwan. Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Rasa lega menguasai jiwa bila Ikhwan mengizinkannya.
Imelda mengekori Imran yang berjalan menuju kesebuah tempat yang agak terasing dari bandar, lelaki itu duduk diatas tangga sebuah pondok cantik.
"Untuk apa kita kesini Encik Imran?" soal Imelda pelik. Dia masih berdiri agak jauh dari tempat lelaki itu duduk.
"Marilah sini, saya takkan buat apa-apa dekat awak. Saya janji." Imran mengangangkat tangan kanannya dengan membuak riak wajah comel.
Imelda tersenyum dan duduk diatas batu yang berhampiran dengan tempat Imran duduk.
"Ini adalah tempat saya menenangkan fikiran sejak saya balik ke Malaysia." ujar Imran tenang.
"Kenapa pilih tempat ni untuk menenangkan fikiran? Masjidkan ada?" soal Imelda lembut.
"Saya tahu masjid adalah tempat yang lebih tenang, tapi saya mahu bersendiri. Cuba Imelda tengok pantai dekat depan tu." arah Imran.
Imelda menoleh kesebelah kirinya dan tersenyum, memang tenang pemandangan dari arah sini.
"Bila saya ada masalah, saya akan pilih tempat ni untuk jadikan tempat saya menenangkan fikiran dan mencari jalan penyelesaian."
"Maknanya sekarang ni Encik Imran ada masalah?" soal Imelda pantas.
"Ye, saya ada masalah." jawab Imran jujur.
"Apa masalah Encik Imran?"
"Perkenalkan diri awak dulu, baru saya beritahu." Imran mengambil kesempatan dalam kesempitan. Sebenarnya dia memang mahu mengenali gadis itu.
"Nama saya Amel Imelda, berusia dua puluh satu tahun, berasal dari melaka dan anak pertama dari lima adik beradik, sebenarnya saya ada abang kembar." jelas Imelda.
"Oh, Amel Imelda. Baru dua puluh satu tahun? Mudanya." balas Imran sambil tersenyum.
"Encik Imran pula?" Imelda mula berasa selesa dengan teman kerja barunya ini.
"Nama saya Imran Safiuddin, berusia dua puluh tiga tahun dan berasal dari Kuala Lumpur." jawab Imran dengan senyuman.
"Sebelum ni pernah kerja ke atau Encik Imran belajar?" soal Imelda lembut.
"Sebelum ni saya belajar di luar negara, dan balik kesini semula untuk bekerja. Saya tak ada pengalaman bekerja, jadi saya harapkan awak untuk memberi tunjuk ajar kepada saya."
"InsyaAllah Encik Imran. Tadi Encik Imran kata ada masalahkan?"
"Ye, Imelda."
"Apa masalahnya?"
"Saya ada seorang abang, dia tidak boleh menerima saya sebagai adik dia disebabkan seorang wanita." jelas Imran tanpa berselindung.
"Sejak bila?" soal Imelda, dia semakin berminat. Rupanya disebalik kenakalan lelaki yang suka mengusiknya ini, tersembunyi sebuah cerita.
"Sejak hampir enam tahun yang dulu sehingga sekarang, semuanya berpunca dari seorang perempuan." jawab Imran lemah.
"Sehingga sekarang abang saya tak mahu mengaku saya ni adiknya, dan sebenarnya saya memang bukan adik kandung dia." tambah Imran lagi.
"Maksud Encik Imran?"
"Saya adalah anak angkat kepada sebuah keluarga ni, dan saya mempunyai seorang abang angkat. Kami bahagia dan membesar bersama-sama, sehingga satu masa ditakdirkan saya mencintai orang yang dia cintai." Imran terdiam seketika.
"Encik Imran masih cintakan dia? Dan adakah abang Encik juga masih cintakan dia?" soal Imelda penuh minat.
"Abang saya dah kahwin dengan dia, dan saya dah tak jumpa dia sejak hampir enam tahun yang lalu." jelas Imran.
"Oh, jadi macam mana dengan Encik Imran? Encik Imran masih cintakan dia?"
"Perasaan cinta tu dah berubah menjadi dendam, Imelda. Cinta pada saya masa tu hanyalah satu permainan, tapi kerana permainan cinta tulah saya hilang abang. Saya tak kenal apa itu cinta yang sebenar dan saya tak pernah belajar untuk kenal." jawab Imran jujur.
"Encik Imran, tak baik berdendam. Dendam ni hanya akan bunuh rasa kasih dan sayang dalam diri kita. Lebih baik kita menjadi seorang pemaaf." pujuk Imelda.
"Mungkin bila saya dapat apa yang saya cari, perasaan tu akan hilang. Dan manalah tahu, awak boleh hapus dendam tu dengan kasih sayang, kan?" usik Imran, disebalik usikan tersembunyi sebuah harapan.
"Ada-ada Encik Imran ni, jomlah. Kita dah lambat ni." ajak Imelda, dia sudah bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke kereta.
Imran tersenyum manis dan menghampiri Imelda. Ketika masuk kedalam kereta dia sempat menoleh kearah Imelda lama.
"Encik Imran!"
Imelda tidak selesa dipandang begitu oleh lelaki itu, berulang kali dia beristigfar didalam hatinya.
Imran tersenyum dan memakai tali pinggang keledar serta menghidupkan enjin kereta.
Sepanjang perjalanan Imelda mengingatkan segala kata-kata Imran dan dia berasa tertarik untuk mendengar lagi kisah lelaki itu.
"Esok pagi saya jemput awak dekat rumahlah." Imran bersuara tiba-tiba.
"Tak perlu." jawab Imelda cepat.
"Kenapa?"
"Saya ada kenderaan sendiri."
"Tapi saya boleh ambil awak."
"Encik Imran, saya bukan PA awak seorang. Saya PA tuan Ikhwan juga, jadi banyak benda yang saya kena fikirkan daripada nak bertekak dengan Encik Imran tentang ni, ye?" Imelda lemas betul dengan sikap Imran yang sekejap baik sekajap tak.
"Baiklah Amel Imelda. Apa sahaja kemahuan awak saya turutkan." Imran tersenyum dengan marah Imelda. Wajah gadis itu begitu mencuit hatinya.
AJIHAH dan Ikhwan berbual kosong sambil menunggu dokumen dari Aisya. Rambut Ikhwan diusap lembut oleh Ajihah.
"Rambut Sayang ni kenapa dah macam mati bini? Sini Manja betulkan." Ajihah berdiri dan menyisir rambut suaminya.
"Bini Sayang, dua-dua sihat lagi. Bukannya apa tu, saja nak Manja belai." usik Ikhwan manja.
"Mengada!"
Sedang elok membelai suami, pintu diketuk dari luar dan Ikhwan membenarkan
masuk.
Ketika Imelda membuka pintu bilik dan mengarahkan Imran masuk, lelaki itu menghentikan langkah sehingga gadis bertubuh rendah itu melanggar belakangnya.
Imelda turun terbantut meneruskan langkah dan memegang mukanya yang berlaga dengan belakang Imran. 'Dah kenapa dengan mamat ni?!'
Waktu bagaikan terhenti bila melihat Ajihah didepan matanya, segala kenangan lalu terimbas kembali. Tiba-tiba hatinya terasa sakit yang teramat, apatah lagi melihat pinggangnya dipeluk oleh Ikhwan.
Ajihah terkejut melihat Imran yang berada didepannya, dahinya berkerut seakan tidak percaya. Imran!
Ikhwan terdiam tidak mampu berkata apa-apa saat ini. Bagaikan tiada nadi yang berdenyut disaat ini. Masing-masing melayani perasaan sendiri.
2 comments:
bestttt dr awal hingga terkini. nk lg,,, apakah kasih sayang akn bertukar..huhuhu. x sabarnya..
terima kasih kamilah kerana mengekori cerita ini,... nantikan episod seterusnya malam ini,, =)
Post a Comment