ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 18
"ENCIK IMRAN nak berdiri berapa lama depan pintu ni?"
Suara Imelda memecah suasana sunyi yang sebentar tadi, Imran tertunduk sebelum menoleh kebelakang dan merenung wajah Imelda. Dia mencari sebuah kekuatan diwajah bersih itu, dan kembali menoleh semula kearah abang dan 'kekasih' tidak jadinya.
"Saya tak rasa nak masuk sekarang ni." Imran memusingkan badan untuk berlalu keluar.
"Kalau tak rasa nak masuk, saya nak masuk." jawab Imelda selamba, dia berura nak masuk tapi tangannya direntap dulu oleh Imran.
"Awak ikut saya Imelda." arah Imran.
"Tapi, saya belum......" Imelda tak sempat untuk habiskan kata-katanya, Imran terus menarik dirinya agar mengikut lelaki itu.
"Sayang.." Ikhwan mahu mengekori isterinya Imelda, namun langkahnya itu dicegah Ajihah.
"Apa semua ni, Tengku Ikhwan Tengku Iman?" soal Ajihah tegas.
"Encik Imran nak bawa saya kemana ni, lepaslah!" marah Imelda, dia merentap tangannya. Nasib baik berlapik jika tidak memang 'bertepek' penampar di pipi gebu Imran.
"Awak ni banyak bunyilah, macam bertih jagung tahu tak. Saya nak masuk bilik saya, bilik saya mana?" soal Imran cepat, hatinya yang terasa panas sedikit terubat dengan tingkah kelam kabut Imelda yang mencuit hati.
"Bilik? Alamak! Saya tak tahu lagi mana satu bilik Encik Imran, tapi kalau Encik Imran rasa nak duduk-duduk, jom ke pantri. Saya boleh buat air sekali untuk melegakan keadaan ni." cadang Imelda cepat.
"Bagus sangat-sangat idea tu." Imran mengangguk tanda setuju dan mengikuti langkah Imelda ke pantri, cepat tangan gadis itu membuat air. Imran duduk diatas kerusi sambil membayangkan kembali wajah Ajihah yang merenungnya seakan tidak percaya.
Imelda meletakkan dua cawan air coklat panas diatas meja, satu diletak depannya dan satu lagi dihulurkan kepada Imran.
"Terima kasih."
"Sama-sama, minumlah air tu." arah Imelda.
Imran mengangguk dan menghirup air itu, hanya satu perkataan yang terungkap di hati Imran saat ini. Sedap! Bukan kerana minat dia pada gadis itu, tetapi memang air itu mampu menenangkan hatinya yang sedang bercelaru saat ini. Wajah gadis itu direnung tepat, dia tahu pasti Imelda ada buat sesuatu pada air itu.
"Imelda?"
"Saya hanya tiupkan dzikir 'ya latif' dekat air Encik Imran tu, supaya hati Encik Imran tu tenang sikit." Akui Imelda cepat, dia tidak mahu lelaki itu bersangka buruk dengannya.
"Terima kasih, Imelda."
"Sama-sama, boleh saya tanya?" soal Imelda cepat.
"Saya nak pesan pada awak. Mulai hari ni, awak bebas bertanya apa sahaja pada saya. Selagi soalan masih ada jawapan dari saya, saya akan jawab awak." balas Imran dengan kelembutan dan memberi senyuman pada gadis itu.
"Baiklah, kenapa Encik Imran tak nak masuk bilik Tuan Ikhwan tadi? Siap tarik tangan saya keluar sekali, dah macam nampak apa pula." lancar dan tenang Imelda menyusun kata.
"Siapa perempuan yang ada dalam bilik tu?" soal Imran pula, dia berpura-pura tidak kenal siapa Ajihah. 'Jika aku mampu memutar waktu, sekali pun aku tak akan ambil peluang untuk dekati kau Ajihah. Tak akan!'
"Isteri Tuan Ikhwan." jawab Imelda.
"Dia memang selalu datang sini ke?" soal Imran lagi, seakan tidak puas hati.
"Tak juga, jaranglah. Kadang-kadang dalam sebulan tu, dua tiga kali je datang." jawab Imelda jujur.
"Kalau dia datang atas urusan apa?"
"Tak tentu, kalau ada hal penting berkaitan dia dan Tuan Ikhwan dia akan datang. Dan kalau dia tak dapat hubungi Tuan Ikhwan untuk beritahu sesuatu yang penting, dia akan datang."
"Baguslah kalau macam tu." jawab Imran cepat, dia menghirup lagi air coklat itu.
"Maksud Encik Imran?" soal Imelda pula.
"Baguslah kalau dia tak selalu datang, sebab saya tak selesa nak bekerja bila ada orang luar dalam pejabat." bohong Imran.
"Orang luar? Puan Tengku Ajihah tu, bukan orang luar tau Encik Imran. Dia adalah isteri kepada pemilik syarikat ini." pelik pula Imelda dengan sikap Imran yang seperti tidak gemar akan Ajihah.
"Dia tetap orang luarkan Imelda, dia tak ada kena mengena dalam syarikat ni." balas Imran lagi.
"Dia bukan orang luarlah." bentak Imelda pula.
"Orang luar!"
"Bukan orang luar!"
"Luar!"
"Bukan!"
"Luar, Imelda!"
"Bukan, Encik Imran!"
"Bukan!"
"Bagus!" Imelda tidak termakan jerat Imran untuk mengenakan dirinya dengan menyebut perkataan 'bukan', dia lebih cepat menangkap Imran.
"Bagus awakkan, tak mudah terjerat." puji Imran, sambil tertawa kecil.
"Macam tulah, tak payah nak emosi sangat muka tu. Gelak-gelak sikitkan boleh hilang stress, ni kalau emosi je, macam mana nak lega." ujar Imelda, dia senang melihat wajah lelaki itu tersenyum.
"Saya senang berkawan dengan awak, nampaknya saya tak salah pilih orang kot." balas Imran jujur.
"Jangan bersenang-senang dulu Encik Imran, perkenalan kita tak sampai satu hari saya rasa." ujar Imelda lembut.
"Awak yang kenal saya tak sampai satu hari, tapi saya kenal awak dah lebih dari sehari." Imran merenung kedalam anak mata Imelda yang tidak memandang kearahnya.
"Maksud Encik Imran?"
"Hari pertama pertemuan kita di lif dulu, adalah hari perkenalan kita. Dari situ saya cuba baca awak, dan terasa ingin mengenali awak. Nampaknya Allah tak biarkan saya seorang diri dalam menghadapi realiti kehidupan ni. Dia hantarkan saya seorang insan untuk berada disisi saya dalam menghadapi semua ni." Imran kini memang bergantung harap pada Imelda agar menjadi inspirasi dirinya untuk terus kuat berdepan dengan abang dan 'kakak ipar'nya.
Imelda hanya tersenyum dan cuba mencari topik lain agar dia boleh berasa selesa untuk terus berbual dengan lelaki didepannya ini.
"Imelda, boleh saya minta awak sesuatu." ujar Imran bila mengingatkan sesuatu.
"Apa dia?"
"Boleh berkawan dengan saya?"
"Encik Imran, kita ni baru je sehari bekerja bersama. Cuba ja......" kata-kata Imelda terus dipotong Imran.
"Saya takkan ambil kesempatan, saya cuma nak berkawan dengan awak. Saya janji." pinta Imran lembut.
"Hurm...Kalau itu yang Encik Imran tawarkan, baiklah saya setuju." jawab Imelda.
"Terima kasih."
"Encik dekat Kuala Lumpur duduk dengan siapa?" soal Imelda, dia mengenal siapa 'kawan' barunya itu.
"Dekat Kuala Lumpur ni, saya duduk sendiri. Saya saja memilih untuk jauhkan diri saya dari keluarga angkat saya." Imran kembali merenung gelas yang berisi air itu.
"Encik Imran pernah terfikir tak, apa yang Encik Imran buat ni salah?"
"Kenapa pula?"
"Dengan melarikan diri kita dari masalah, bukan boleh selesaikan apa-apa. Malah setiap apa yang Encik Imran buat tak kan senang, bila setiap masalah dibiarkan begitu sahaja." Imelda cuba menasihati lelaki itu berdasarkan pengalaman hidupnya selama ini.
"Saya tahu Melda, tapi biarlah ketenangan yang saya peroleh dulu, sebelum saya berdepan dengan semua ni. Saya memerlukan kekuatan dan semangat, biarlah saya kumpul semua tu dulu. Setelah segalanya sudah bersedia, saya akan berdepan dengan mereka." jawab seakan beikrar dengan dirinya sendiri.
"Baiklah kalau itu yang Encik Imran rasa betul, saya tak boleh cakap apa dah." Imelda mengalah, dia tersenyum dan sempat memikirkan apa yang Ikhwan dan Ajihah buat.
"Apa semua ni, kenapa diam? Sejak bila dia balik ke Malaysia, kenapa tak beritahu Manja?" soal Ajihah tegas.
"Perlu ke Manja?" soal Ikhwan semula, dia duduk diatas kerusinya dengan perasaan yang gelisah memikirkan keadaan Imelda yang berada dengan Imran sekarang. Sakit betul hatinya bila lelaki itu merentap pergelangan tangan isterinya tadi.
"Memang perlu pun!" tegas Ajihah.
"Untuk apa? Untuk kenang masa lalu, macam tu?" soal Ikhwan tegas, wajah Ajihah direnung tajam.
"Sayang masih lagi ingat perkara yang dah lepas tu?" soal Ajihah seakan tidak percaya.
"Sudah semestinya Tengku Ajihah."
"Sampai bila? Benda ni dah lebih dari lima tahun, Sayang!"
"Lima puluh tahun pun, tak akan padam benda tu semua." tekad Ikhwan.
"You do not start okay!"
"We have to start. Now!"
"Untuk apa dia datang sini?" soal Ajihah pantas.
"Bekerja."
"Apa?!" Ajihah sudah tidak keruan mendengar semua itu, untuk apa semua ini terjadi di saat bahagia menjengah rumah tangganya bersama Ikhwan.
"Sayang suruh dia kerja dengan Sayang?"
"Pembetulan, baba yang suruh."
"Sebagai apa?"
"Ketua Eksekutif Pemasaran." terang Ikhwan, acuh tak acuh.
"Jadi dia buat apa dengan Imelda tadi?" soal Ajihah lagi.
"Kenapa? Cemburu?" soal Ikhwan selamba.
"Tengku Ikhwan Tengku Iman! Awak jangan nak mula ye!"
"Imelda telah dilantik sebagai pembantu peribadi dia." jelas Ikhwan lagi.
"Suka hati Sayanglah, malas Manja nak bertekak dengan Sayang." Ajihah memusingkan badan dan ingin berlalu keluar, namun langkah terhenti bila melihat tiada gambar Imelda dan Ikhwan disebelah gambarnya.
"Mana gambar kahwin Sayang dengan Imelda?" soal Ajihah cepat, dia menoleh semula ke arah Ikhwan.
"Bukan Manja sendiri tak suka ke." balas Ikhwan selamba. Dia berdiri dan memusingkan bada membelakangi Ajihah.
"Itu dulu, bukan sekarang. Kenapa buat macam tu, kecil hati Imelda nanti."
"Sayang ada sebab tersendiri."
"Sebab apa?" soal Ajihah pantas.
"Sayang tak nak Ikhwan tahu yang Imelda tu isteri Sayang." jawab Ikhwan tenang.
"Apa? Dah kenapa pula?" soal Ajihah, dia tidak percaya yang suaminya akan ambil tindakan sebegini.
"Imran dan Sayang tak bertegur sapa hampir lima tahun lebih, Sayang yakin dia ada pelbagai strategi untuk jatuhkan Sayang. Jadi sebelum apa-apa terjadi, Sayang tak nak Imelda terlibat." terang Ikhwan lagi.
"Sayang betul dekat Imelda kan?" ada nada cemburu di situ, "tapi kesian, pemilik sebuah syarikat yang sangat terkenal diseluruh Asean ini, dan pemegang segulung sijil Master ni, rupa-rupanya ada kebodohan."
"Apa maksud Manja?"
"Sayang tak nampak ke, bila Imelda tu dikenali Imran sebagai bujang. Imran boleh pikat Imelda bila-bila masa." Ajihah cuba menyedarkan suaminya.
"Dah tak ada perempuan lain ke, sampai si Imran tu nak kena pikat Imelda?" soal Ikhwan selamba, dia cuba menyembunyikan gelisahnya.
"Selama ni, dalam pejabat ni, dari tingkat bawah sampai tingkat atas. Staf lelaki mana yang tak pernah mengorat Imelda? Cuba Sayang beritahu Manja. Bunga-bunga dekat luar yang melambak tu masih dikirim setiap hari walaupun semua dah tahu yang Imelda dah kahwin, isteri boss pula tu. Mereka pernah peduli ke?" Ajiha berpsikologi dengan suaminya.
"Tak semua manusia sama, Ajihah."
"Betul, memang manusia tak sama. Bermakna kalau semua staf lelaki tu tak boleh ngorat Imelda, tak bermakna Imran pun tak bolehkan?"
"Kenapa Manja cakap macam tu?" soal Ikhwan. Lemas!
"Sayang tak nampak ke cara Imran tu tenung Imelda?" soal Ajihah pula.
"Kenapa?"
"Dia dah jatuh hati dengan Imelda tau! Tak takut ke, isteri kesayangan kena rembat?"
"Kalau dia sibuk nak jatuh cinta dengan Imelda, baguslah." jawab Ikhwan selamba.
"Kenapa pula?" soal Ajihah kembali.
"Sekurang-kurangnya dia tak sibuk nak kejar cinta lama!"
"Jadi Sayang buat semua ni, sebab Sayang takut dia cari Manja?"
"Tepat!"
"Jadi kalau dia jatuh cinta dengan Imelda, dan dia nak Imelda menjadi teman hidup dia, Sayang sanggup ceraikan Imelda?" soalan cepumas itu sengaja diajukan.
"Imelda tak akan buat Sayang macam tu, sebab tu Sayang lebih yakin dia boleh berdepan dengan permainan hati Imran." balas Ikhwan tegas.
"Jadi, kalau dengan Manja? Manja tak boleh berdepan dengan Imran ke?" soal Ajihah lagi.
"Manja, Amel Imelda hanya cintakan Tengku Ikhwan. Jadi imposible untuk dia jatuh cinta pada Imran, walaupun Imran jatuh cinta pada dia." Ikhwan memusingkan tubuhnya dan merenung tepat kearah Ajihah.
"Tapi kalau dengan Manja, not imposible. Sejarah mungkin berulang." Ikhwan duduk semula diatas kerusi dan menghadap kertas-kertas kerjanya.
"Manja tak fahamlah dengan Sayang ni, ap......" kata-kata Ajihah ditindas oleh Ikhwan.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, tolong keluar. Sayang banyak lagi kerja yang perlu diuruskan." ujar Ikhwan tanpa memandang isterinya. Entah kenapa rasa marah pada Imran sedikit sebanyak tertempias pada Ajihah.
"Tulah! Ada pembantu peribadi bagi orang! Padan muka! Buat semua ni seorang." kutuk Ajihah sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat suaminya.
"HARI ni sayang tak perlu uruskan jadual abang, sebab abang tak banyak kerja pun. Sayang cuma tolong uruskan Imran, hari ni dia dah masuk hari keduakan?" Ikhwan memandu dengan penuh berhati-hati.
"Ye, dah masuk hari yang kedua. Dan dah masuk hari yang kedua, Yank rasa nak pengsan." balas Imelda selamba.
"Serius? Kenapa pula?" soal Ikhwan cemas.
"Menguruskan dua boss dalam satu masa, bukannya senang. Dahlah dua-dua cerewet."
"Sayang cakap abang cerewet? Sampai hati." Ikhwan memuncung, berpura-pura merajuk dengan isterinya.
"Memang pun! Menyampah, sejak dua tiga hari ni ada je yang tak kena. Tu tak kena, ni tak kena. Dah lah Melda nak kena uruskan kedua-duanya, lepas tu abang pula asyik protes itu ini. Penat tau." rungut Imelda.
"Sejak bilalah kesayangan abang ni pandai merungut." usik Ikhwan.
"Sejak abang dah pandai protes balik apa yang Melda buatlah, rasa dah macam sebelum kahwin dulu." jawab Imelda jujur.
"Yeke?" Ikhwan cuba mengingatkan kembali sikapnya yang mungkin terlepas pandang.
"Abang." panggil Imelda manja, dia memeluk lengan suaminya.
"Ye, sayang." Ikhwan mengusap pipi isterinya lembut dengan menggunakan tangan kirinya dia, manakala tangan kanannya ligat mengawal stearing kereta.
"Kalau dekat pejabat tu abang janganlah garang-garang dengan Melda, Melda takut. Lepas tu kalau nak marah-marah Encik Imran, jangan depan Melda. Sebab Melda tak pernah tengok abang garang macam tu, Melda takut." pinta Imelda lembut, entah kenapa airmatanya mudah mengalir.
Ikhwan memberi signal kiri untuk berhenti ditepi jalan, dia menoleh kearah isterinya. Wajah gadis itu direnung lembut.
"Kenapa ni sayang?" soal Ikhwan lembut.
"Bila abang marah-marah, Melda rasa macam abang dah tak sayang Melda lagi. Bila abang marah-marah Encik Imran depan Melda, Melda rasa dah macam sebab Melda abang marah Encik Imran. Melda takut tengok muka abang marah." terang Imelda perlahan, airmatanya masih menitis.
"Shhh, jangan nangis macam ni. Baiklah, abang takkan marah-marah sayang. Dan abang takkan marah sesiapa depan sayang. Tapi sayang jangan nangis macam ni." Imelda dipaut kedalam pelukannya.
"Abang janji ye?" Imelda masih bersuara walaupun dia masih dalam pelukan suaminya.
"Ye, abang janji." Imran mengesat airmata isterinya dari menitis, memandangkan Imelda tidak bersolek, lebih mudah dia menghapuskan airmata dipipi gebu isterinya.
"Abang kalau marah, dah macam rimau dekat hutan tak dapat makan tau. Buruk sangat." kutuk Imelda, tapi nada suaranya masih perlahan.
"Sempat kutuk abangkan." Ikhwan tertawa kecil dan mencuit hidung isterinya.
"Ni bukan kutuklah, ni kenyataan." balas Imelda, pipi suaminya dikucup lembut.
"Sayang abang seorang ni, kenapa sensitif sangat? Dulu tak macam ni pun." soal Ikhwan pelik, dia turut menkucup dahi isterinya.
"Manusiakan ada hati yang selalu berubah dan ada fikiran yang selalu baru." balas Imelda lagi. Dada suaminya dikucup lembut, entah kenapa sejak-sejak ni dia gemar menkucup dada Ikhwan.
"Sayang ni buat abang rasa macam tak nak pergi kerja je, nak duduk dengan sayang je." usik Ikhwan, dia melonggarkan tali lehernya.
"Tak mau, kita kena kerja." Imelda cuba mengawal perasaan malunya, perlahan dan cermat dia membetulkan balik tali leher suaminya.
Ikhwan tertawa lembut dan dikucup dahi Imelda sebelum meneruskan pemanduan.
TIBA di pejabat Imelda dan Ikhwan berpisah haluan diatas kehendak Ikhwan, dia tidak mahu Imran perasan tentang keakrabannya dengan Imelda.
"Imelda."
Panggilan itu membuatkan Ikhwan yang mahu masuk ke lif dan Imelda yang masih berada di lobi, menoleh serentak.
"Saya panggil Imelda bukan Ikhwan." perli Imran sambil berjalan menghampiri Imelda.
Ikhwan mendengus kasar, tapi tidak pula menunjukkan riak untuk berlalu dari situ.
"Ye, Encik Imran. Ada apa?" soal Imelda cepat.
"Awak dah sarapan?" soal Imran lembut.
"Sudah, Encik Imran." jawab Imelda cepat, dia tidak selesa direnung suaminya dari jauh dengan pandangan yang tidak senang.
"Saya nak awak teman saya sarapan pagi." arah Imran dan ingin berlalu keluar, namun langkahnya terhenti bila Ikhwan bersuara.
"Kau nak keluar makan yang kau ajak dia tu kenapa? Dah tak boleh pergi sendiri?" soal Ikhwan selamba sambil menghampiri isteri dan adiknya.
"Dia PA akukan? Suka hati akulah." jawab Imran selamba.
"Jangan nak lupa diri sangat, dia PA aku juga. Bukan PA kau seorang!" bentak Ikhwan tapi masih dalam nada bersahaja.
"Sekarang ni aku rasa jadual kau dengan dia tak adakan? Kejap lagi, aku ada kerja dengan dia, jadi tak salah rasanya untuk dia keluar makan dengan aku."
"Lupakan je, kau boleh cari dia selepas kau keluar makan nanti." balas Ikhwan selamba, dia memaut lembut pergelangan tangan isterinya dan dibawa bersama masuk kedalam lif.
Imran menahan rasa.
Lirik Jangan Nakal – Aliff Satar (OIAM)
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini
Chorus
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu
Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini
Ulang Chorus
Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku
Ulang Chorus 3X
Diriku untukmu
Diriku untukmu
2 comments:
nk lg.....
Okerh dear.. =)
Post a Comment