ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 20
IMRAN duduk termenung di balkoni rumah besar milik baba dan bondanya, perasaan tenang memenuhi ruang jiwa bila melihat air kolam didepannya. Tetapi fikiran masih terfikir-fikirkan keadaan abangnya.
"Imran."
Iman dan Izarah melabuhkan punggung di kerusi yang tersusun di tepi meja, wajah anak bujangnya direnung penuh kasih.
"Apa yang buat anak bonda ni.. nak balik ke Shah Alam? Bukan baru dua hari mula kerja denga pejabat abang kamu tu?" soal Izarah lembut, dia menghulurkan cawan berisi teh tarik kepada Imran.
"Esok pagi pergi kerja terus, sebab ada pembentangan sikit. Im datang sini... sebab nak tanya baba dengan bonda sesuatu." Wajah Imran tidak sedikit pun menunjukkan reaksi ingin bergurau, tetapi sangat serius.
"Tanya apa tu, Imran?" soal Iman pula, dia melihat wajah anaknya yang kusut sejak tadi dan amat meyakini ada sesuatu yang bermain difikiran Imran.
"Abang ada sakit ke baba? Bonda?" cepat soalan itu meluncur dibibir Imran.
Terkejut besar Iman dan Izarah mendengar soalan yang diajukan oleh anak bongsunya ini. Ikhwan sakit? Mengapa mereka tidak tahu.
"Kenapa Im tanya macam tu, setahu bonda dan baba... Ikhwan sihat je." Izarah masih beria Izarah cuba melenyapkan rasa risau didalam hati, mana tidak risau? Anak kesayangan sakit.
"Apa yang buat Im tanya macam ni?" soal Iman pula.
"Tak adalah, tadi abang pengsan dekat pejabat. Mula-mula tu dia menangis, lepas tu pengsan. Saya baru nak telefon doktor, dia dah sedar.. dan halau saya keluar dari bilik dia." jelas Imran jujur.
"Mungkin dia terlalu letih, sebab tu dia pengsan. Im jangan fikir yang bukan-bukan ye." pujuk Izarah, dia mengusap lembut bahu Imran. Tiba-tiba kerinduan terhadap Ikhwan menggebu.
"Betul apa yang dikatakan bonda, kita doakanlah.. semoga Allah beri kesihatan kepada Ikhwan." tambah Iman lagi, dia kagum melihat Imran. Meskipun Ikhwan tidak mahu menerima Imran, namun lelaki didepannya ini tetap berdegil dan berusaha untuk mendapatkan kasih abangnya semula.
"Aamiin aamiin ya rabbal alamin," cepat kata-kata Iman diaminkan oleh Imran. Lelaki itu kembali termenung kearah kolam renang itu dan teringatkan Imelda. Gadis istimewa yang berjalan riang ditaman hatinya, seketika di tersenyum. Mengingati wanita sahaja sudah mampu membuat segala kekusutannya terlerai.
"Anak bonda tersenyum-senyum ni, teringat siapa pula?" usik Izarah bila melihat anaknya tersenyum-senyum. Lega juga rasanya bila Imran ada jodoh, tidaklah lelaki itu terlalu sunyi.
"Bonda, baba... macam mana kalau Im kata, Im dah mula suka pada seseorang?" soal Imran sambil merenung kearah dada langit.
"Baba dan bonda orang pertama yang bahagia nak... kami akan jadi orang pertama yang akan menyokong siapa sahaja yang Im suka. Kami pun sedia nak hantar rombongan meminang." jawab Iman laju. Tersenyum lebar dia melihat Imran. Sudah besar dan berfikiran matang anaknya seorang ini.
"Baba ni, sampai situ terus... Im belum lagi tanya tuan badan tu. Nanti kalau dia dah ada yang punya macam mana? Im juga yang meranah badan." Balas Imran dengan senyuman tanpa berselindung dari ibu bapanya.
"Siapa yang dah berjaya pikat hati anak bonda ni?" soal Izarah pula, senyuman lebar menghiasi gigi yang putih bersih.
"Yang tu, suatu masa nanti...bonda dan baba akan tahu." Imran belum sedia untuk menyebut nama Imelda didepan kedua orang tuanya.
"Kalau dah itu yang Im cakap, bonda dan baba akan tunggu... ni, jangan masuk lambat, dah malam. Esok pagi nak bertolak ke Kuala Lumpur." pesan Izarah sebelum berlalu masuk kedalam.
Ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir
"Tanya apa tu, Imran?" soal Iman pula, dia melihat wajah anaknya yang kusut sejak tadi dan amat meyakini ada sesuatu yang bermain difikiran Imran.
"Abang ada sakit ke baba? Bonda?" cepat soalan itu meluncur dibibir Imran.
Terkejut besar Iman dan Izarah mendengar soalan yang diajukan oleh anak bongsunya ini. Ikhwan sakit? Mengapa mereka tidak tahu.
"Kenapa Im tanya macam tu, setahu bonda dan baba... Ikhwan sihat je." Izarah masih beria Izarah cuba melenyapkan rasa risau didalam hati, mana tidak risau? Anak kesayangan sakit.
"Apa yang buat Im tanya macam ni?" soal Iman pula.
"Tak adalah, tadi abang pengsan dekat pejabat. Mula-mula tu dia menangis, lepas tu pengsan. Saya baru nak telefon doktor, dia dah sedar.. dan halau saya keluar dari bilik dia." jelas Imran jujur.
"Mungkin dia terlalu letih, sebab tu dia pengsan. Im jangan fikir yang bukan-bukan ye." pujuk Izarah, dia mengusap lembut bahu Imran. Tiba-tiba kerinduan terhadap Ikhwan menggebu.
"Betul apa yang dikatakan bonda, kita doakanlah.. semoga Allah beri kesihatan kepada Ikhwan." tambah Iman lagi, dia kagum melihat Imran. Meskipun Ikhwan tidak mahu menerima Imran, namun lelaki didepannya ini tetap berdegil dan berusaha untuk mendapatkan kasih abangnya semula.
"Aamiin aamiin ya rabbal alamin," cepat kata-kata Iman diaminkan oleh Imran. Lelaki itu kembali termenung kearah kolam renang itu dan teringatkan Imelda. Gadis istimewa yang berjalan riang ditaman hatinya, seketika di tersenyum. Mengingati wanita sahaja sudah mampu membuat segala kekusutannya terlerai.
"Anak bonda tersenyum-senyum ni, teringat siapa pula?" usik Izarah bila melihat anaknya tersenyum-senyum. Lega juga rasanya bila Imran ada jodoh, tidaklah lelaki itu terlalu sunyi.
"Bonda, baba... macam mana kalau Im kata, Im dah mula suka pada seseorang?" soal Imran sambil merenung kearah dada langit.
"Baba dan bonda orang pertama yang bahagia nak... kami akan jadi orang pertama yang akan menyokong siapa sahaja yang Im suka. Kami pun sedia nak hantar rombongan meminang." jawab Iman laju. Tersenyum lebar dia melihat Imran. Sudah besar dan berfikiran matang anaknya seorang ini.
"Baba ni, sampai situ terus... Im belum lagi tanya tuan badan tu. Nanti kalau dia dah ada yang punya macam mana? Im juga yang meranah badan." Balas Imran dengan senyuman tanpa berselindung dari ibu bapanya.
"Siapa yang dah berjaya pikat hati anak bonda ni?" soal Izarah pula, senyuman lebar menghiasi gigi yang putih bersih.
"Yang tu, suatu masa nanti...bonda dan baba akan tahu." Imran belum sedia untuk menyebut nama Imelda didepan kedua orang tuanya.
"Kalau dah itu yang Im cakap, bonda dan baba akan tunggu... ni, jangan masuk lambat, dah malam. Esok pagi nak bertolak ke Kuala Lumpur." pesan Izarah sebelum berlalu masuk kedalam.
TAK sempat Ikhwan menahan pacuan empat roda Ajihah, gadis itu sudah terlebih dahulu menekan pedal minyak dan berlalu pergi dari tapak perumahan besar milik Imelda dan lelaki itu.
"Imel...Ajihah pergi mana?" soal Ikhwan cepat.
"Dia balik bang." jawab Imelda jujur, tangan kanan suaminya dicapai dan dicium sebelum berlalu masuk kedalam rumah.
Lama Ikhwan memandang keluar pagar, kesal tak sudah kerana tidak dapat menjelaskan apa-apa pada isteri pertamanya. Perlahan kaki melangkah masuk kedalam rumah dan tangan menekan butang alat kawalan jauh untuk menutup pagar.
Beria dia menunggu diluar rumah tadi, semata-mata untuk mendapatkan Imelda dan Ajihah serentak, tapi usahanya gagal bila Ajihah bertindak lebih cepat. Sebaik sahaja Imelda turun dari kereta, Ajihah mengunci pintu dan terus menekan pedal minyak.
Diruang tamu Ikhwan menghampiri Imelda yang sedang membuka tudung. Perlahan tubuh direbahkan di sebelah sofa bersebelahan Imelda.
"Sayang, tentang siang tadi...."kata-kata Ikhwan terhenti bila Imelda cepat memotong.
"Sudahlah bang, Melda tak nak dengar apa-apa dah. Melda percayakan abang, jadi Melda tak dengar penjelasan apa pun." tegas Imelda, dia memegang tudungnya dengan cermat dan membetulkan rambut.
"Tapi sayang perlu tahu perkara sebenar."
"Melda tak nak dengar bang, abang fahamkan?" Imelda merenung wajah suaminya dengan mengharap agar lelaki itu tidak cuba memberitahu apa-apa pada dirinya.
"Tapi abang risaukan hubungan baik Melda dengan Aisya, kau orang kawan baik. Abang tak nak disebabkan perkara siang tadi, hubungan kau orang retak." Ikhwan berusaha untuk menjelaskan situasi pagi tadi.
Ikhwan tahu, dia tidak dapat memberitahu sebab apa Aisya memeluknya. Kerana Aisya meminta agar Ikhwan merahsiakan tentang apa yang telah diaduhkan kepadanya, tapi sekurang-kurangnya Ikhwan mahu memberi alasan yang lebih baik untuk isterinya tidak bersalah sangka.
"Aisya kawan Melda bang, dia tak mungkin khianati Melda...Melda yakin tu. Melda anggap apa yang Melda nampak pagi tadi, adalah sebuah hal yang tak disengajakan." Imelda bangun dan berpeluk tubuh.
"Tapi lepas ni abang perlu berhati-hati, dalam keadaan Kak Manja yang masih sakit tu.. dia tak kuat untuk hadapi semua prasangka buruknya. Dan abang pun perlu mengelak dari berpeluk dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrim abang, abang fahamkan maksud Melda? Haram tetap haram bang... tak ada mana-mana kita yang menghalalkan pelukan diantara yang bukan muhrim!" tegas Imelda, dia mahu berlalu naik keatas namun pinggangnya cepat diraih oleh Ikhwan.
"Ye sayang... abang tahu. Maafkan abang sayang, kalau apa yang sayang tengok tadi menyakitkan hati sayang. Maafkan abang." Sebak terdengar jelas di telinga Imelda. Ikhwan takut untuk kehilangan isterinya, dia amat takut dan tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Imelda.
"Suami Melda ni memang sensitifkan? Cakap sikit nak nangis, cakap sikit nak nangis.. dah jom naik atas. Melda nak mandi, satu hari teman kak Manja... habis melekit badan ni." Imelda menggenggam tangan Ikhwan yang masih meraih pinggangnya dan berjalan menuju ketangga, tapi tak lama bila Ikhwan terus memapah tubuhnya.
"Mestilah abang nak nangis, kesayangan-kesayangan abang keluar seharian tak tahu ke mana... telefon pun tak berjawab. Rasa macam nak runtuh jantung ni tau." Luah Ikhwan jujur, dia mencium pipi gebu Imelda sambil berjalan meniti tangga.
"Tau pun, tapi jantung Melda lagi nak gugur bila tengok kak Manja bawak kereta laju tadi." Imelda tiba-tiba teringatkan madunya yang memandu dengan begitu laju meninggalkan kawasan perumahan dia. 'Kalau tak nak jumpa abang pun, janganlah bawa laju... tak sayang nyawa ke apa, akak aku ni?'
"Tulah, tak padan kaki macam tu... hurm, panas baran dia tetap tak berubah. Abang risaulah tentang keadaan dialah, sayang." Perlahan tubuh Melda di dudukkan di atas katil.
"Macam ni, Melda telefon dia.. tapi abang jangan cakap apa-apa. Abang senyap je, Melda pakai pembesar suara." Cadangan Imelda diterima oleh Ikhwan dengan anggukan, dia melabuhkan punggung disebelah isterinya sambil menunggu dengan sabar.
"Assalamualaikum, kak."
"Waalaikumusalam."
"Akak dah sampai rumah?"
"Dah..kenapa?"
"Kenapa bawak kereta laju tadi?"
"Kau tak nampak ke.. si buaya darat tu, nak terkam aku?"
"Buaya darat pun suami kitakan."
"Suami tak suami! Tetap buaya darat! Dia kat mana tu, yang kau telefon aku ni?"
"Dia mandi.."
"Dia tak tanya pasal aku ke, risaukan aku ke, rindu kat aku ke... tak ada?"
"Tadi kata buaya darat, sekarang lain pula."
"Macam kau cakap juga...buaya darat pun, suami kita. Aku bengang betul dengan dia, sikit pun tak call aku!"
"Nak telefon macam mana, kalau akak dah garang macam ni."
"Garang aku sampai ke mana je Melda? Kalau dia pujuk aku, tak adalah aku merajuk lagi. Takkanlah aku nak marah atau merajuk dengan laki aku lama-lama? Lemaklah kau nanti!"
"Hehehehe... nanti saya suruh abang pujuk akak ye."
"Hehehehe... nanti saya suruh abang pujuk akak ye."
"Tak payah, dia nak aku.. tahulah dia pujuk sendiri. Kalau tak, buat anak dengan kau jelah!"
"Kesitu pula akak."
"Sakit hati aku dengan si Aisya tu, tak habis lagilah.. macam mana erk?"
"Apa kata akak ambil wudu' dan solat sunat, minta pada Allah supaya lembutkan hati akak."
"Okey, nanti aku buat. Kau jaga babyboy kita tu baik-baik ye. Memandangkan esok giliran aku, aku nak tengok jugak... apa dia buat untuk pujuk aku."
"Betul, nanti kita tengok apa dia nak buat."
"Dah, kau tu pergilah layan dia... waktu macam ni tak tidur lagi, macam mana nak dapat anak."
"Heheheh, akak ni apalah... malu Melda."
"Hehehehe, saja usik kau... nak redakan sikit marah ni."
"Baiklah, jaga diri baik-baik ye... ubat jangan lupa makan. Assalamualaikum."
"Baiklah doktor... Waalaikumusalam."
Sebaik telefon dimatikan, Imelda tertawa sambil menutup mulutnya kerana Ikhwan sudah merenung dirinya bagaikan buaya memerhati pemangsa.
"Bila masa abang jadi 'buaya darat', 'babyboy' semua tu?" soal Ikhwan, sekuatnya dia menahan rasa melihat wajah Imelda yang merah kerana ketawakan dirinya. Kena kutuk depan-depan, memang malang nasib kau Ikhwan.
"Abang tanyalah kak Manja, Melda nak mandi... abang dah dengar semuanya kan? Esok pandai-pandailah abang nak pujuk macam mana." Imelda bangun dari tilam dan mencapai tuala di tempat penyangkut.
"Sayang nak kemana? Dah puas kutuk abang, nak masuk bilik air pula?" cepat Ikhwan mendekati Imelda yang tersandar di dinding, cepat kedua belah tangannya dirapatkan ke dinding sehingga menghalang pergerakan Imelda.
"Mana Melda kutuk abang, Melda bergurau je tadi." Imelda cuba menolak tangan suaminya, tapi gagal.
"Walaupun sayang tak kutuk abang, tapi sayang bersubahat dengan Manja tau. Berdosa tau tak.. kutuk-kutuk suami ni. Tak cium bau syurga.. nak?" jerkah Ikhwan berpura-pura marah.
"Yelah-yelah, Melda minta maaf.. lepas ni, tak buat dah." balas Imelda lembut.
Ikhwan tersenyum dan mencium pipi isterinya, perlahan tangannya beralih ke pinggang Imelda. Dipeluk dengan penuh kasih yang tak mampu terucap, hanya Allah yang lebih mengetahui sedalam mana kasih dan sayangnya terhadap gadis ini.
LANGKAH Aisya untuk masuk ke pintu masuk utama syarikat Ikhwan terhenti, apabila Ajihah sudah berdiri di depan pintu itu dengan pandangan yang sangat sinis. Degup jantung Aisya saat ini begitu laju. Entah kenapa untuk kali ini, rasa gementar dan takut boleh wujud didalam hatinya. Sedangkan selama ini, dia menyerang Ajihah tanpa rasa ragu dan gentar. Kali ini, adakah kerana dirinya bersalah.
Ajihah menghampiri Aisya dengan keadaan kakinya yang masih terjengkot-jengkot, tapi itu sedikitpun tidak mengganggu niat utamanya.
Mata Aisya direnung dengan penuh rasa benci, meluat dan menyampah. Cepat tangan Ajihah mencekak koler baju Aisya, dia mengangkat kening kanannya dan merenung Aisya.
"Kau dengar sini baik-baik, kalau Imelda... mungkin kau boleh bodoh-bodohkan. Tapi bukan aku! Kau jangan cuba dekat dengan suami aku, sebab kalau kau buat juga... mungkin kau dapat. Tapi aku tak akan benarkan.... kau bebas bernafas! Sebab aku akan pastikan setiap nafas kau... dikelilingi bahaya!" begitu sinis dan keras nada yang dilontarkan Ajihah.
"Apa kau cakap ni? Lepaslah!" Aisya amat takut dengan amaran yang diberi Ajihah. Dia cuba melarikan pandangannya.
"Walaupun kau ni memang bodoh, tapi tak payah berlagak naif sangat! Sebab muka macam kau ni, memang tak boleh dipercaya." Ajihah menarik koler Aisya agar lebih dekat dengannya dan kemudian dia menolak bahu gadis itu.
Hampir jatuh Aisya dibuatnya, nasib baik dia sempat mengimbangi dirinya.
"Aku tak sangka, Imelda ada kawan macam kau! Ingat, aku tak akan lepaskan kau!" Ajihah berlalu dari depan Aisya dengan rasa puas.
Ikhwan mendengar segala penjelasan dan cadangan dari Imran berkenaan dengan pemasaran produk mereka ke luar negara. Lelaki segak itu mula berminat dan ingin memberi keizinan berkenaan dengan cadangan itu.
Memang selama ini, Ikhwan mahu melakukannya. Tetapi memandangkan diri dia terlalu sibuk, dia terpaksa membuang niat itu. Sekarang Imran dah ada, senang sedikitlah kerjanya.
"Baiklah, aku setuju. Nanti kau bentangkan semua ni di bilik mesyuarat, kemudian kau boleh pilih sendiri... siapa yang perlu pergi kesana." Ikhwan memandang sekilas kearah Imelda yang banyak berdiam dan mendengar, mungkin gadis itu tidak mahu terlepas segala maklumat dari kedua-dua mereka.
"Tentang siapa yang nak kesana... saya memang dah dapat orangnya boss," jawab Imran cepat, dia menoleh sekilas kearah Imelda dan tersenyum.
"Siapa?"
"Saya dan Imelda yang akan kesana," jawab Imran ringkas.
"Kenapa mesti kau, dan kenapa Imelda?" soal Ikhwan, dia yang tadi menunduk membaca kertas pembentangan terus memandang Imran dengan tanda tanya.
Imelda yang mendengar soalan itu meniti dibibir suaminya terus tertunduk dan diam. 'Mamat ni memang tak tahu takut, nanti aku yang kena petir dengan si Mr.Poyo ni! Bukan kau!' tempelak Imelda didalam hati.
"Sayakan Ketua Eksekutif Pemasan? Sepatutnya sayalah yang kesana, dan Imeldakan pembantu peribadi saya... jadi dia mesti kena ikut saya," balas Imran tenang. Melihat wajah Ikhwan, dia tahu abangnya tidak bersetuju.
"Habis Imelda bukan pembantu peribadi aku ke... kau punya seorang je?" soal Ikhwan sekali lagi. 'Tak puas hati betul aku dengan budak ni, mesti nak bini aku berkepit dengan dia je! Banyak cantik!' Pekik Ikhwan dalam hati.
"Itu saya tahu, tapi boss hanya di tempat kerja... rasanya boss boleh uruskan diri sendirikan dalam masa dua tiga hari ni. Saya ni nak keluar negara.. saya rasa, saya lebih memerlukan Imelda sekarang ni.. jika nak dibandingkan dengan boss." Meluncur laju kata-kata itu dibibir Imran, dia tidak peduli semua tu. Dia mahu Imelda ikut serta dengannya, kerana di perlukan nasihat dan bimbingan gadis itu ketika menyampaikan pembentangan itu nanti.
'Mulut kau kalau aku tarik buat muncung, lepas tu gunting halus-halus memang seronok! Imelda tu bukan PA aku dekat tempat kerja je tau... dia bini akulah sengal!' Mengecil mata Ikhwan merenung Imran, geram dan amarah membuak-buak saat ni. Kau marah atau kau cemburu Ikhwan?!
"Baiklah aku setuju," Ikhwan mengalah.
"Terima kasih boss, kerana bertolak ansur dengan saya." Imran tersenyum lebar bila abangnya menunjukkan tanda mengalah.
"Tapi tak bermakna kau pergi berdua je dengan Imelda, aku akan hantar dua orang kakitangan syarikat untuk bersama kau orang berdua." tegas Ikhwan, bengkak jiwa raga melihat senyuman Imran. Tapi jiwa raganya kembali rasa puas bila melihat senyuman Imran hilang.
"Saya boleh handle benda ni dengan Imelda boss, tak perlu kakitangan lain kot." Imran masih mencuba nasib.
"Eh! Tak apalah, mana tahu tiba-tiba tak cukup kakitangankan... kakitangan badan pun aku boleh bagi. Awak tak kisahkan Imelda, kalau saya tambah kakitangan untuk awak berdua?" soal Ikhwan kepada Imelda, dia merenung isterinya yang sejak tadi hanya menunduk.
"Erk! Tak tuan.. saya tak kisah, mana-mana pun saya ikut." Imelda cuba mengawal rasa gugup bila Ikhwan memberi renungan tajam kearahnya.
"Kalau dah itu kata Imelda, saya pun oklah boss," balas Imran perlahan.
"Bagus! Kalau macam tu kau orang boleh kemas kertas kerja ni dan kembali buat kerja masing-masing... sebab aku pun ada kerja yang aku nak siapkan sebelum makan tengah hari ni." Ikhwan bangun dan membetulkan vase ungu pekatnya, kemudian berlalu ke meja pejabatnya.
"Imelda."
Imran memanggil Imelda yang mahu berlalu masuk ke dalam bilik pejabat, kebetulan bilik pejabat lelaki itu berdepan dengan bilik pejabat gadis ayu bertudung ungu itu.
"Ye, Encik Imran.." Imelda menoleh kearah Imran yang masih berdiri didepan pintu bilik lelaki itu.
"Tengah hari ni.. awak lunch dengan siapa ye?" soal Imran lembut.
"Saya tak lunch hari ni, sebab saya ada kerja sikit."
"Kerja tu memang kerja... semua yang berada didalam pejabat ni bekerja, tapi mereka pun ada rehat. Kesihatan tu jaga Imelda," tegur Imran tenang. Wajah bersih Imelda direnung kasih.
"Itu saya tahu, tapi memang kerja ni saya tak dapat elak. Kalau saya tak siapkan, nanti Tuan Ikhwan marah. Nanti bila Tuan Ikhwan marah, telinga saya sakit. Bila dia marah, nanti dia berhentikan saya. Bila saya dah kena berhenti, saya tak ada kerja. Bila tak ada kerja, saya tak ada duit. Nanti bila saya tak ada duit, saya nak makan apa....." kata Imelda tak dapat diteruskan bila Ikhwan meletakkan jari telunjuk dibibir memberi tanda agar Imelda berhenti bercakap.
Cepat Imelda menutup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan.
"Imelda... saya ajak awak lunch jer dear. Waktu lunch nanti saya tunggu awak dekat bawah, kita lunch sama-sama. No excuse for me dear." Imran memberikan senyuman dan terus masuk kedalam biliknya.
Imelda terdiam dan menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dilepas kasar. 'Punyalah banyak aku susun alasan, dia jawab tu je? Lepas tu jawapan dia mesti nak dia yang menang! Mana aci'!
AISYA masuk kedalam bilik Ikhwan tanpa mengetuk pintu, keadaan di pejabat sangat lengang saat itu kerana semua pekerja sedang keluar makan tengah hari serta termasuklah Imelda dan Imran.
Tersenyum Aisya melihat Ikhwan yang sedang terlena dikerusi pejabat, perlahan dia mengamhampiri lelaki itu.
Wajah gadis itu kelihat begitu tenang disaat sedang lena, benar-benar mengusik jiwa wanitanya.
Aisya meletakkan fail yang hendak diberi kepada Ikhwan diatas meja lelaki itu, dia menolak kerusi yang berada di depan meja bertentangan dengan Ikhwan dan diletakkan bersebelahan dengan Ikhwan.
Aisya duduk dikerusi itu dan meletakkan kepalanya diatas meja. Dia merenung wajah tampan Ikhwan yang berjaya membuat jiwanya tidak tenteram kebelakangan ini.
"Andainya engkau bukan milik sesiapa, aku ingin sekali memilikimu Ikhwan... andainya aku mampu menggapai tanganmu dan menyentuh pipi lembutmu, tak akan ku lepaskan walau sesaat." Airmata turut menitis, dia benar-benar rasa tersiksa kerana mencintai lelaki itu di dalam diam. Kata-katanya begitu perlahan, tapi begitu syahdu.
"Ikhwan, andai aku menemuimu sebelum Ajihah atau Imelda.... akan ku cuba meminta hatimu. Tapi aku tak kuat untuk berdepan dengan Imelda. Dia gadis yang terlalu baik dan begitu naif.... aku tak sanggup untuk melihat dia terluka. Tetapi aku juga manusia yang punya hati dan perasaan."
"Aku tidak tahu sampai bila aku harus menyembunyikan perasaan ini pada kau Ikhwan, tapi rasa ini benar-benar menyakitkan... sakit sangat." Airmata masih menitis biarpun sudah berulang kali cuba di tepis.
Wajah Ikhwan direnung dengan penuh rasa cinta yang menggebu-gebu di hati. Dia tidak mampu menanggung segala rasa yang dipendam selama ini.
Setiap kali merenung wajah lelaki itu ketika berkata-kata, hatinya menjadi tidak keruan, setiap kali melihat wajah lelaki itu tersenyum, jiwanya menjadi begitu tenang.
Kesempurnaan lelaki itu terus berlayar di ruang hatinya, hati yang begitu amat inginkan rasa hangat kasih dicintai.
"Ikhwan, saya nak mencintai.... tapi saya tak cinta sorang-sorang. Boleh tak awak membalas hati ini?" Ajihah tahu, kata-katanya tidak mungkin didengari Ikhwan. Tetapi dia juga berharap agar lelaki itu turut merasai cintanya.
Jemarinya perlahan menyentuh pipi Ikhwan, menyebabkan mata lelaki itu terpisat-pisat.
"Aisya!"
Imelda terkejut melihat perbuatan yang sedang berlaku didepannya saat ini. Airmata yang terlebih dahulu menitis. Hati isteri mana yang tidak sakit?
Aisya mengangkat kepala cepat dan terus bangun dari duduknya, dia terkejut melihat Imelda yang berdiri tegak didepan pintu bilik pejabat Ikhwan.
Ikhwan terbangun mendengar tempelakan Imelda dan terasa pipinya disentuh. Dia terkejut melihat Aisya yang berdiri disebelahnya, dan memandang kearah yang Aisya pandang. Bertambah terkejut lagi bila melihat isterinya yang berdiri di depan pintu dengan keadaan menangis.
Imelda menggelengkan kepala dan terus berlalu pergi, dia sudah tidak tahu untuk bercakap apa lagi.
"Imelda." Ikhwan bangun dan ingin mendapatkan isterinya, tapi langkah dia terhenti bila Aisya mencegah.
"Biar saya yang pergi jumpa dia... dia sedang salah faham Tuan. Kalau Tuan yang nak jelaskan pun, Tuan bukan tahu apa-apa... Tuan tunggu sini dulu ye." Aisya berlalu keluar bila memastikan yang Ikhwan tidak mengikut langkahnya.
Lirik Lagu Mendua Astrid
Ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
ku tak habis kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir
kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir
2 comments:
sambungannya tiada ke?
takde sambung ke tlg sambung cerita dia best gila
Post a Comment