ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 12
AJIHAH dan Azinah berasa hairan dengan khemah-khemah yang berdiri didepan kediaman rumah Izarah dan Iman. Ramai pula orang-orang yang berkemas, memasak dan menyusun. Namun niat dia untuk datang kesini membuatkan mereka tidak ambil peduli dengan keadaan diluar.
Puas hati rasanya bila melihat Tengku Iman tiada dirumah. Jika tidak susahlah dia nak buat perbincangan dengan Izarah. Pada mulanya terkejut juga bila melihat Izarah sudah bertudung labuh, tapi Azinah menganggap mungkin itu lakonan Izarah sepertimana Ajihah lakonkan.
"Apa khabar Tengku Izarah?" sapa Azinah, hairan pula melihat Izarah yang memberi arahan pada beberapa orang untuk membuat itu dan ini.
"Waalaikumusalam Azinah." perli nampak. Izarah melabuhkan punggung disofa dan mempersilakan Azinah dan Ajihah duduk dengan menggunakan isyarat tangan.
Azinah duduk dengan sedikit rasa sebal bila diperli begitu oleh Izarah namun tetap mengukir senyuman.
"Bonda nampak lain sekarang, sejak bila pakai tudung?" soal Ajihah penuh rasa hairan, dia jelita hari ini dengan mengenakan seluar Palazo warna merah, berkemeja putih dan bertudung merah.
"Sejak bonda sedar yang bonda perlu berubah, alhamdulillah hati bonda semakin tenang sekarang." jawab Izarah tenang.
"But saya tengok awak nampak kolot sangat Izarah." tindakan berterus terang Azinah sedikit pun tidak bertapis.
"Memakai tudung dikatakan kolot? Awak biar betul Azinah?"
"Saya cukup waras dalam bersuara, Tengku Izarah."
"Astafigrullah Al-Azim." Izarah hanya mampu menggeleng kepala melihat sikap angkuh Azinah.
"Apa-apa jelah Izarah, saya datang ni untuk bincangkan hal kita. Tapi tentang anak-anak kita." Azinah tak sabar dengan perancangan untuk memisahkan Ikhwan dan Imelda.
"Maksud awak?" Izarah berpura-pura tidak tahu.
"Takkan awak tak faham-faham lagi Tengku Izarah?"
"Saya memang tak faham."
"Awak tahukan Ajihah begiu mencintai Ikhwan dan begitu juga Ikhwan, mereka saling mencintai sejak dari zaman sekolah lagi. Sudah tentu anak saya tidak sanggup kehilangan suaminya dan sudah tentu Ikhwan tidak mahu kehilangan Ajihah juga." Azinah mula memainkan peranannya.
"Jadi?"
"Jadi memandangkan sudah sampai tempoh kontrak, kita boleh laksanakan perakhirannya." Azinah berpeluk tubuh merenung Izarah.
"Kontrak? Pengakhiran? Saya tak faham maksud awak Azinah." debar menguasai diri Izarah.
"Kontrak perkahwinan diantara Ikhwan dan perempuan $!@! tu, dah tamat pada hari ini! Awak dah lupa ke atau buat-buat lupa?" muka Azinah bertukar bengis. 'Dah kenapa dengan besan aku ni?'
"Memanglah kontrak dia tu dah tamat, tapi Imelda belum lahirkan anak lagikan?" Izarah tidak mahu penceraian terjadi di hari bahagia ini, penat dia berhempas pulas mempersiapkan majlis ulang tahun perkahwinan Ikhwan dan Imelda.
"Apa maksud bonda ni, Jihah tak faham." Ajihah sudah menayang wajah sedih.
"Memandangkan kontrak dah tamat tempoh, dan perempuan tu pun tak bagi lagi Ikhwan anak, lebih baik kita pisahkan mereka. Sudah tiba masanya Ikhwan ceraikan perempuan tu." nama Imelda pun jijik ingin disebutnya.
"Tapikan syarat dalam kontrak tu Imelda kena lahirkan anak untuk Ikhwan, baru Ikhwan ceraikan dia." Izarah berlagak tenang.
"Tapi masalahnya sekarang perempuan tu dah pun mengandung, dan dia dah dapat pun anak tu. Cuma anak tu je yang mati awal." Izarah ni memang nak berperang dengan aku!
"Dia kehilangan anak tu bersebab." jiwa Izarah dihimpit pilu bila mengingatkan nasib malang cucu-cucunya.
"Sebab apa?" soal Ajihah pantas.
"Kalau Ajihah tak tolak Imelda, tak mungkin Ikhwan kehilangan anak tu dan bonda tak mungkin kehilangan cucu." jawab Izarah berani, pertama kali didalam hidup dia bersuara begitu kepada menantu kesayangannya.
"Jadi awak nak salahkan anak saya bila perempuan tu jatuh, macam tu?" soal Azinah bengang, dia berdiri dari duduknya.
"Habis tu saya nak salahkan siapa?" soal Izarah.
"Itu semua salah perempuan tu sebab dia yang cuai!"
"Tak apalah mama, memang salah Ajihah." airmata sudah menitis, sakit benar hati dia bila melihat Izarah membela Imelda didepannya.
"Cuba jangan nak tegakkan benang yang dah basah Azinah! Takkan kita boleh tuduh Imelda yang cuai sedangkan dia ditolak! Cuai apanya?" Izarah tidak betah Imelda dituduh begitu. Bukan niatnya nak lebih-lebihkan Imelda tapi kali ini memang salah Ajihah yang menyebabkan Imelda jatuh.
"Oh, jadi awak nak cakap yang anak saya ni yang menyebabkan kita gagal dapatkan anak tu? Ajihah menantu awak yang jahat, perempuan tu menantu awak yang baik? Macam tu?" memang Izarah nak cetus perang dengan aku nampaknya!
"Saya tak maksudkan macam tu, saya tak cakap Ajihah jahat. Ajihah adalah menantu saya yang baik, begitu juga Imelda. Cuma dalam hal ni, memang salah Ajihah yang bertindak mengikut perasaan. Tak kanlah saya nak tuding jari pada orang lain?"
"Saya tak peduli itu semua!"
"Tapi apa kena mengena hal tu dengan soal cerai ni mama?" soal Ajihah menukar topik. Dia bengang kesalahannya disebut-sebut.
"Ikhwan tak boleh ceraikan Imelda." jawab Izarah perlahan.
"Tapi kenapa?" soal Ajihah dengan nada yang tidak puas hati, dia juga sudah bangun dari duduknya.
"Sebab Imelda belum bagi kita anak ." jawab Izarah pantas.
"Saya tak peduli, Ikhwan perlu ceraikan perempuan tu!" bentak Azinah, rasa macam nak dicekik sahaja Izarah yang sudah berubah sikap.
"Kontrak tak sempurna Azinah, jadi Ikhwan tak boleh ceraikan Imelda." Izarah sudah berdiri bertentang mata dengan Azinah. 'Kenapa susah sangat besan aku ni nak dengar cakap!'
"Pergi jahanam dengan kontrak tu, yang penting Ikhwan perlu ceraikan perempuan tu." bidas Azinah.
"Bukan bonda cakap, perkahwinan Ikhwan tu cuma bertempoh satu tahun ke?" soal Ajihah, memandang sayu kearah ibu mertuanya.
"Memanglah sayang, tapi masalahnya Ikhwan masih belum dapat anak. Apatah lagi, mereka baru kehilangan mesti Imelda tak kuat nak hadapi semua tu seorang diri. Sekurang-kurangnya bila ada Ikhwan disisi dia, dia boleh kuat dan kita pun ada harapan untuk dapat anak lagi." Izarah cuba buat menantunya faham.
"Dia bukan seorang dirilah kalau Ikhwan ceraikan dia, dia ada mak bapak lagi, adik-adik pun ramai tambah dengan kawan dia yang gila tu!" bentak Azinah.
"Dulu bonda janji dengan Jihah, hanya satu tahun. Isteri mana yang boleh terima semua ni bonda, bila suaminya dimiliki orang lain? Hanya kerana Jihah tak dapat beri zuriat pada Ikhwan, bonda nak hukum Jihah macam ni ke?" menitis lagi airmata Ajihah, dia kecewa dengan tindakan Izarah yang seolah-olah sudah berubah hati.
"Bonda tak hukum kamu nak, tolong jangan menangis. Bonda cuma inginkan pewaris dalam keturunan bonda, dan bonda faham perasaan kamu...." kata-kata Izarah dipotong laju oleh Azinah.
"Kalau faham suruh Ikhwan ceraikan perempuan tu! Tak perlu banyak cerita!"
"Kalau bonda sayangkan Jihah, suruh Ikhwan ceraikan Imelda." pinta Ajihah perlahan.
"Saya takkan sesekali menceraikan Imelda! Sebaik lafaz Ijab dan Kabul ini, perkara seperti itu tidak akan terjadi!" bentak Ikhwan yang baru masuk kedalam rumah dan mendengar segala perbualan ibu, ibu mertua dan isteri pertamanya. Imelda sekadar menyorok dibelakang dia sambil memeluk lengannya.
"Kamu jangan lupa tentang kontrak ni Ikhwan!" Azinah mencampakkan kontrak perkahwinan itu dikaki Ikhwan yang berdiri tidak jauh darinya.
"Bukan saya yang buat kontrak ni mama, jadi saya tak pernah ingat dan saya tak nak ingat!" agak tegas suara Ikhwan namun masih dalam alunan nada mendatar, rasa hormat pada ibu mertuanya itu masih tinggi.
"Tapi Sayang dah setuju masa Manja tanya tentang kontrak tu dulukan?" soal Ajihah seakan tidak percaya dengan suaminya.
"Itu sebelum Sayang menikahi Imelda, Manja." jawab Ikhwan perlahan, dia tertunduk bila melihat airmata Ajihah.
"Jadi sekarang dah berubah hati, dah tulikan telinga, dah butakan mata dengan semua ni?!" tengking Azinah.
"Bukan macam tu mama." Ikhwan dapat merasakan bahunya dibahagian belakang basah, mungkin Imelda menangis.
"Habis macam mana, kamu faham tak perasaan Ajihah sekarang? Dulu masa kamu nak menikahi dia, kamu berjanji dengan mama dan papa yang kamu takkan buat dia terluka. Sekarang ni apa? Kalau kamu boleh pertahankan Ijab dan Kabul kamu dengan perempuan tu, kamu pun perlu pertahankan Ijab dan Kabul kamu dengan Ajihah! Mana janji-janji kamu di waktu lafaz Ijab dan Kabul kamu dengan Ajihah dulu???!" Azinah benar-benar hilang sabar dengan menantunya Ikhwan.
"Saya tahu semua tu mama, dan saya akan pertahan rumah tangga saya. Saya harap sangat tolong hentikan kontrak mengarut macam ni."
"Kontrak mengarut kamu kata Ikhwan, kamu tahu tak kerana kontrak ni adalah pengesahan perkahwinan kamu dengan perempuan ni." bentak Azinah.
"Perempuan ni ada nama mama, nama dia Amel Imelda. Isteri saya! Lagipun bukan kontrak ni yang mengesahkan perkahwinan kami, tapi jodoh! Ayah dia yang menjadi walinya dan mengesahkan perkahwinan kami, bukan kontrak ni." jari manis Ikhwan menunjuk kearah kontrak yang berada dibawah kakinya.
"Baiklah, kalau kamu berdegil juga. Mama dah buat keputusan." Azinah memandang sinis kearah Imelda yang hanya menunduk sejak tadi.
"Keputusan apa pula ni Azinah?" soal Izarah lemah, dia betul-betul tidak gemar dengan sikap besannya kini.
"Kalau Ikhwan tak nak ceraikan perempuan pembawa malang tu, Ikhwan ceraikan Ajihah." putus Azinah.
"Imelda bukan pembawa malang dalam hidup Ikhwan mama, tolong hentikan kata-kata mama. Dan Ikhwan takkan pernah ceraikan Ajihah ataupun Imelda." Ikhwan juga tekad dengan keputusannya.
"Manja tak sanggup hidup bermadu Sayang, jadi Sayang boleh pilih sama ada Manja atau Imelda!" Ajihah juga bersepakat dengan mamanya, dia tahu suaminya tidak sanggup menceraikan dia dan dia juga tidak mahu diceraikan hanya kerana Imelda.
"Manja!" Ikhwan seakan-akan tidak percaya dengan sikap isterinya yang seorang ini.
"Keputusan Manja muktamad. Pilih Manja atau Imelda!"
"Sudah-sudah! Kita perbaharui kontrak." Izarah menyusun strategi untuk tidak kehilangan kedua-dua menantunya.
"Maksud awak Tengku Izarah?" soal Azinah cepat.
"Imelda perlu melahirkan dua orang anak lelaki kembar, setelah itu barulah Ikhwan boleh menceraikan Imelda." putus Izarah.
"Apa?" soal Ajihah pelik.
"Jadi, lepas ni kalau perempuan ni mengandung dan melahirkan anak bukan kembar lelaki, diat tetap tak perlu cerai?" soal Azinah lantang.
"Ye, macam tulah. Kontrak terbaru ni, tiada tarikh penamat tapi perlu penuhi syarat-syarat tu." Izarah berpeluk tubuh merenung Azinah, dia tahu besannya itu gila harta dan dia pasti kali ini dia akan ikat Azinah dan Ajihah.
"Kalau saya tak setuju?" Azinah membuntangkan mata pada Izarah.
"Kalau tak setuju, nama Ajihah sebagai pewaris didalam senarai keluarga Tengku Iman akan ditukarkan ke nama Amel Imelda." jawab Izarah tenang.
Azinah terkejut dengan keputusan Izarah, mana mungkin dia benarkan itu terjadi. Kekayaan keluarga Tengku Iman berada diluar jangkaan, terlalu banyak. Belum lagi dikira dengan harta kekayaan titik peluh Ikhwan. Mana mungkin!
"Takkan tak ada cara lain?" soal Azinah lemah.
"Laksanakan kontrak baharu atau batalkan kontrak terus. Hanya tu pilihan yang ada, dan keputusan saya lebih muktamad dan nota!" Izarah merenung Azinah dengan rasa yang begitu puas.
"Kamu akan menyesal Izarah! Hantar mama balik Jihah!" Azinah berlalu keluar dengan dendam yang teramat.
"Manja hantar mama dulu." Ajihah berjalan melepasi Izarah dan jemarinya digapai oleh Ikhwan.
"Buang kontrak ni! Dan pastikan Manja datang rumah bonda balik selepas hantar mama nanti." Ikhwan mengambil kontrak dibawah kakinya dan dihulurkan kepada Ajihah tanpa memandang sekilas pun pada isterinya. Dia masih kecewa dengan kata-kata isterinya tadi.
Ajihah keluar dengan rasa yang sangat sakit.
"Maafkan bonda Imelda, Ikhwan." Izarah bersuara lemah, dia terduduk di sofa semula.
"Tak apalah bonda, apa yang bonda buat ni pun dah cukup menyelamatkan keadaan." Ikhwan memeluk bahu bondanya dan dahi tua itu dikucup.
Imelda duduk bersimpuh diatas lantai berdepan dengan Izarah, jemari mertuanya dicapai dan dikucup penuh kasih. Airmata menitis lagi, wajah Izarah direnung penuh kasih. "Maafkan saya bonda, kerana saya semua jadi kelam kabut dan huru hara. Andainya saya tak pernah hadir didalam hidup abang Ikhwan, semua ini tak akan terjadi. Dan kak Manja takkan terluka."
Ikhwan terus duduk melutu disebelah Imelda dan memeluk isterinya, "jangan cakap macam tu sayang."
"Imelda jangan macam tu, ini semua adalah takdir Allah. Allah dah temukan jodoh Imelda dengan suami orang, dan Imelda tak pernah minta semua nikan? Lebih baik kita kuatkan semangat dan banyak berdoa kepada Allah agar dikukuh keluarga kita ini dengan kasih sayang." dahi menantunya dikucup lembut.
"Betul apa yang bonda cakap tu sayang, tak baik kita salahkan diri kita diatas semua yang jadi. InsyaAllah, ada hikmah diatas semua ini." pujuk Ikhwan.
"Manisnya menantu bonda bertudung, bertambah-tambah jelitanya." puji Izarah ikhlas.
"Biasa-biasa sahaja bonda." wajah Imelda sudah merah dipuji begitu.
"Sudah, kamu berdua berehat dulu. Bonda nak masak semua." Izarah bangun dari duduknya.
"Bonda banyaknya khemah dekat depan, bonda buat majlis apa? Baba mana?" soal Ikhwan, dia dan Imelda bangun dari duduknya.
"Bonda nak sambut ulang tahun perkahwinan kamu berdualah, baba keluar pergi jemput kawan-kawan dia." jawab Izarah tenang.
"Serius bonda?" Ikhwan seakan tidak percaya.
"Kalau ulang tahun perkahwinan kamu dan Ajihah bonda boleh sambut setiap tahun, takkan kamu dengan Imelda bonda tak boleh sambut. Macam ni, baru adil." senyuman manis dihadiahkan.
"Saya nak tolong bonda." Imelda mendekati ibu mertuanya.
"Mana boleh, Imelda pergi berehat dengan Ikhwan. Solat Asar dah masuk ni, nanti Ikhwan dengan Imelda solat ye."Izarah mengusap pipi Imelda yang lembut itu sebelum berlalu ke dapur.
"Jom, mandi dan solat Asar." ujar Ikhwan sambil memapah isterinya, ciuman lembut singgah dipipi Imelda.
"Abang ni, turunkanlah yunk. Yunk boleh jalan lagilah." pinta Imelda.
"Kisah apa pula abang. Nanti jangan lupa jemput Aisya datang."
"WAH seronoknya jadi menantu orang kaya ni, sambutan ulang tahun perkahwinan pun dah macam majlis kahwin mewah." puji Aisya, dia menikmati pelbagai makanan di majlis sahabat baiknya itu.
"Alah, tak ada apa sangatlah Aisya. Majlis biasa-biasa je ni." bidas Ikhwan lembut.
"Mana ada tuan, ni kalau saya buat majlis kahwin saya memang kalah teruk."
"Ada-ada je awak ni." Ikhwan menggelengkan kepala dan tersenyum, dia melepaskan pandangan ke sekeliling rumah.
"Tuan, macam mana dengan Imelda sekarang?" Aisya mula berperwatakan serius.
"Alhamdulillah, selepas tiga bulan anak-anak kami pergi sekarang ni dia dah boleh terima sikit-sikit."
"Baguslah kalau macam tu, jadi apa keputusan kontak tu?" soal Aisya lagi.
"Kontrak dah diubah oleh bonda." jawab Ikhwan perlahan.
"Ubah? Ubah macam mana?" Aisya mula pelik.
"Bonda ubah kepada selagi Imelda tak lahirkan anak kembar lelaki selagi tu saya tak boleh ceraikan Imelda." jawab Ikhwan tenang.
"Tak taubat lagi si kucing hutan ni!" Aisya mula naik berang.
"Sabar dulu, bagi saya jelaskan. Suka hati awak je panggil bonda saya kucing hutankan, awak tu buruk belatuk!"
"Hello Mr.Poyo, tolong sikit eh. Yang dia tu suka hati je panggil orang burung belatuk!"
"Whateverlah, nak tahu tak ni?"
"Mestilah nak."
"Itu semua bonda buat sebab nak selamatkan keadaan tadi, sebab Ajihah minta cerai dari saya." jelas Ikhwan tanpa berselindung.
"Habis tu kenapa tak ceraikan je?" soal Aisya pantas.
"Mana mungkin saya lepaskan orang yang saya cinta." Ikhwan tertunduk.
"Habis Imelda macam mana?"
"Imelda memang saya cinta dan sayang. Tapi Ajihah cinta pertama saya, saya tak sanggup kehilangan dia. Dan kalau saya ceraikan dia, ini amat tak adil untuk diri dia."
"Kau memang tamak Mr.Poyo."
"Awak boleh cakap saya tamak atau apa pun Ajihah. Tapi saya memang tak boleh kehilangan mereka. Lagipun Ajihah cintakan saya, dan dia tak salah. Takkan saya nak ceraikan tanpa sebab."
"Habis tu takkan tuan hidup dengan dia atas rasa simpati? Itu adil ke?" soal Aisya berani.
"Saya nak hidup dengan Ajihah bukan atas dasar simpati, Aisya. Tapi sebab saya cintakan dia."
"Mungkin tuan tak sedar, yang sebenarnya kasih sayang tuan pada dia semakin pudar disebabkan perangai dia. Kalau tuan nak teruskan rumah tangga berpoligami ni, belajarlah kenal diri tuan dan belajar jadi suami yang adil."
"Pada awak selama ni, saya tak cukup adik ke?"
"Mungkin tuan tak sedar, tapi saya nampak. Tuan terlalu nak jaga hati Ajihah tapi tuan tak nampak Imelda terluka. Bila tuan dah terlalu kasihkan Imelda, tuan tak nampak Ajihah cemburu. Fikir-fikirkan tuan." Aisya merenung wajah kacak Ikhwan, hati wanitanya sering terusik bila merenung mata Ikhwan.
"Saya cuba Aisya."
"Saya akan selalu menyokong tuan."
Pandangan Ikhwan terhenti melihat Imelda yang keluar dari pintu rumah. Gadis itu sungguh cantik dengan berbaju jubah labuh kembang dibawah berwarna merah jambu dan berselendang labuh berwarna putih. Sungguh memikat hati lelakinya, dia bangun dan mendekati isterinya.
Aisya tersenyum dan menghantar pandangan pada lelaki itu. Dia hanya mampu tersenyum dan mengeluh kesah dengan perasaannya.
"Sayang cantik malam ni." puji Ikhwan ikhlas.
"Terima kasih, abang pun kacak." pujian dibalas pujian, tangan suaminya dipeluk erat.
"Ikhwan, Ajihah tak datang ke?" soal Iman yang baru menghampiri anak dan menantunya.
"Tak baba, tadi Ikhwan ada pesan juga suruh datang tapi dia hantar mesej cakap kurang sihat." jawab Ikhwan cepat.
"Kalau macam tu tak apalah, nanti kamu tengok-tengokkan dia. Cantiknya menantu baba bertudung. Macam mana pergi umrah hari tu, seronok?" soal Iman ramah.
"Alhamdulillah, tenang dan damai sangat baba. Saya pun tak sangka yang abang Ikhwan akan bawak saya kesana dalam waktu yang cepat begini." jawab Imelda jujur.
"Baba pun bangga dengan tindakan Ikhwan tu, sekurang-kurangnya berlaku sebuah penghijrahan yang tidak terhingga dari Imelda. Syukur alhamdulillah. Pasti ayah, abang dan suami Imelda ni tenang." sungguh mendalam maksud Iman.
"Betul baba, bila Imelda dah bertudung Ikhwan rasa tenang. Bila bermesyuarat diluar dengan Datuk-Datuk yang gatal tu, Ikhwan dah tak berapa takut sangat." tambah Ikhwan selamba.
"Ada-ada je kamu ni Ikhwan, ni Imelda baba nak tanya. Baba tak pernah tengok abang kamu, dia berada dimana sekarang?" soal Iman sebaik mengingatkan yang Imelda ada seorang abang kembar. Iman hanya pernah melihat Angah, Uda dan Baby sahaja.
"Betul tu, abang pun tak pernah tengok abang sayang." Ikhwan juga baru teringat yang Imelda ada abang kembar.
"Abang sekarang sedang belajar di Brunei, dia mengambil kos guaman syariah disana. Hari tu lepas pembedahan dia duduk dengan ayah dan umi, bila dah betul-betul sembuh dia ambil keputusan sambung belajar." jelas Imelda.
"Apa yang dibualkan tu?" soal Izarah dia menghampiri suami, anak dan anak menantunya.
"Bual kosong je bonda, dah puas layan tetamu?" usik Ikhwan.
"Dah, tak nampak ke muka bonda ni berbunga-bunga?" soal Izarah pula.
"Muka ada berbunga-bunga Ikhwan, setahu baba hati yang berbunga-bunga." usik Iman.
"Ni semua dah berbunga-bunga ni bang."
"Apa yang buat hati bonda berbunga-bunga?" soal Ikhwan pelik, dia meraih pinggang Imelda.
"Semua tetamu-tetamu memuji Imelda, katanya Imelda cantik sangat-sangat. Semakin cantik dari dulu." Izarah mengambil sikap berterus terang, tersenyum dia melihat pipi Imelda yang mula merah.
"Mestilah bonda, tengoklah isteri siapa." Ikhwan bersuara selamba.
"Isteri Ikhwan menantu bonda dan babalah." jawab Iman gembira, dia memaut bahu isterinya.
Kupu-kupu Cinta-Sigma
Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa syair-syair cinta tercipta karna Dia
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa syair-syair cinta tercipta karna Dia
Kupu-kupu cinta
terbanglah tinggi menuju jalanNya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta
Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namaMu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhoMu
Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
2 comments:
so kalau Imelda pregnent baby pompuan and melahirkan baby, xkan ada prkataan cerailah kan.. Wauuu Amazing, but last ending nnti, sapa uat jahat hope ada pmbalasannya :)
...itu sudah semestinya...
...terima kasih @balqiz Zainol kerana mengikuti cerita ini... =')
Post a Comment