ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 14
"Kamarul, macam mana dengan isteri aku?" soal Ikhwan cemas pada Doktor Kamarul merangkap sahabat baiknya sejak dari di bangku sekolah rendah.
"Isteri kau stabil bro, cuma... aku harap kau sabar. Kaki kanan dia patah dan tangan kanan dia retak akibat hentakkan kuat ketika kemalangan. Dan...." Doktor Kamarul memegang bahu Ikhwan.
"Dan apa Rul?" jemari Imelda yang berada disisinya sejak tadi digenggam kuat, dia berharap ada kekuatan di situ.
"Dia keguguran." jawab Doktor Kamarul lemah, dia tahu perasaan Ikhwan ketika ini. Dia amat tahu sahabatnya itu amat mahukan seorang cahaya mata. Kerana itu sejak dia mendapat tahu Ajihah keguguran, dia cuba mengumpul kekuatan untuk menyampaikan pada Ikhwan.
Isteri Doktor Kamarul, Doktor Maria yang turut sama membantu tadi keluar dari wad kecemasan dan mendengar perbualan suaminya terus berdiri disisi suaminya dengan memandang sinis kearah Imelda.
"Gugur?" Ikhwan seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Doktor Kamarul, setahu dia Ajihah tidak mengandung.
"Ye Ikhwan, dia gugur." jelas Doktor Kamarul sekali lagi.
"Macam mana dia boleh, sedangkan aku tak tahu pun yang dia mengandung." jawab Ikhwan lemah.
"Sebenarnya siang tadi, your wife ada datang jumpa I. Dia beritahu I, yang dia ada mengalami morning sickness dan nak buat pemeriksaan. Setelah I buat pemeriksaan keatas dia, I sahkan dia mengandung. Usia kandungan dia sudah empat bulan. Mungkin dia tak sempat beritahu you tentang perkara ni, kemalangan dah menimpa dia dulu." jelas Doktor Maria tenang, sempat dia menjeling kearah Imelda.
"Aku harap ku sabar bro, aku akan pindahkan isteri kau ke bilik bedah untuk melakukan pembedahan keatas kaki dia. Harap kau boleh bersabar." Doktor Kamarul menepuk bahu Ikhwan lembut, dan masuk semula kedalam wad kecemasan bersama isterinya.
Ikhwan terduduk dikerusi yang diduduki tadi ketika menunggu Ajihah, airmatanya menitis laju namun tiada riak tangisan diwajahnya. Dia termangu-mangu seolah masih tidak percaya.
Imelda duduk bersebelahan dengan suaminya dan menoleh kearah Ikhwan, dia mengesat airmata Ikhwan dengan hujung jarinya. Perlahan lengan Ikhwan diusap, dia tahu perasaan Ikhwan tika ini.
"Untuk yang kedua kali sayang, untuk yang kedua kali." suara Ikhwan tersekat-sekat menahan sendu. "Untuk yang kedua kali abang kehilangan anak. Apa salah abang, sayang?"
"Abang jangan cakap macam tu, ni bukan salah abang. Ini dugaan Allah kepada hambaNya, abang kena sabar bang. Jangan cakap macam ni, abang kena kuat. Kita kena kuat untuk bantu kak Manja yang dekat dalam sana." pujuk Imelda. Dia cuba menahan airmatanya dari menitis, dia tidak mahu kelihatan lemah didepan suaminya.
"Mesti Ajihah akan lebih sedih dekat dalam sanakan? Dia memang nak anak sangat-sangat sayang, sejak dari dulu lagi." Ikhwan tidak mampu membayangkan situasi Ajihah.
"Sebab tu abang kena kuat, abang kena tabah. Kalau abang sedih, kak Manja lebih beribu kali sedih. Dia pun ingin sangat-sangat nak bagi abang zuriat, tapi Allah belum nak izinkan. Jadi abang tak boleh macam ni, abang kena kuat. Yank akan ada dengan abang, sentiasa akan teman abang."
"Terima kasih sayang, jangan tinggalkan abang. Sebab sayang adalah sumber kekuatan abang untuk berdepan dengan Ajihah nanti." Ikhwan menarik Imelda kedalam pelukannya, dia beristigfar berulang kali didalam hati.
Hampir tiga jam menunggu, selepas Ikhwan dan Imelda menunaikan solat Isyak, Doktor Kamarul dan Doktor Maria menghampiri mereka berdua dengan memberikan senyuman penuh harapan.
"Macam mana dengan isteri aku?" soal Ikhwan sekian kalinya, dia memeluk bahu Imelda.
"Alhamdulillah, keadaan dia sudah semakin stabil, cuma belum sedar. Aku harap kau boleh terangkan dan tenangkan dia." ujar Doktor Kamarul, dia sempat memandang sekilas kearah Imelda. Cantik! Itulah kata pertama yang terlintas dihatinya, isteri kedua sahabatnya ini dilihat semakin cantik berbanding di hari persandingan dulu.
"Aku akan cuba, terima kasih sebab tolong."
"Semua ni atas izin Allah, kalau Allah tak izinkan, macam mana kita buat pun tak akan jadi." Doktor Kamarul merendahkan dirinya didepan Allah yang satu, itulah yang selayaknya manusia.
"Itu memang betul, dan aku tak nafikan. Tapi, tanpa usaha kita pun, Allah takkan izinkan, kan? Sebab usaha kau orang berdualah, Allah izinkan. Terima kasih."
"Dan doa you sebagai seorang suami juga menjadi tanda keizinan Allah." tambah Doktor Maria.
Ikhwan memberi senyuman pada Doktor Maria dan memandang Doktor Kamarul semula. "Aku boleh melawat isteri aku sekarang?"
"Boleh, silakan. Aku pun nak minta diri dulu." Doktor Kamarul dan Doktor Maria berjalan beriringan meninggalkan ruang menunggu itu.
Imelda terasa dengan pandangan dan jelingan sinis Doktor Maria tapi dia tidak mahu mengambil semua semua hal itu, yang dia mahu tahu keadaan madunya sembuh.
"Jom sayang." ajak Ikhwan.
"Tak apa, abang masuk dulu. Yank tunggu keluarga kita semua." Imelda mahu memberi ruang kepada Ikhwan untuk bersama dengan Ajihah secara bersendirian. Dia yakin dan pasti, suami itu mahu bercakap sesuatu yang banyak.
"Betul ni?" Ikhwan meminta kepastian, bila melihat isterinya sekadar mengangguk, dia mencium dahi Imelda dan berlalu masuk kedalam bilik Ajihah.
Didalam bilik, Ikhwan menghampiri Ajihah yang masih belum sedar. Dia duduk dikerusi yang terletak disebelah kanan katil Ajihah. Kaki Ajihah yang tergantung akibat disimen direnung sayu, tangan Ajihah yang turut bersimen disentuh perlahan. Airmata mengalir sekali lagi dipipi, hanya Allah yang tahu rasa dihatinya saat ini.
"Maafkan Sayang, Manja. Mungkin selama ini, kita telah lalui banyak penderitaan, perbalahan, pertelingkahan yang membuatkan kita semakin jauh. Sayang tak salahkan Manja, bila Manja kata cinta Sayang sudah pudar terhadap Manja. Mungkin ada benarnya kata-kata Manja, tapi satu je Sayang nak Manja tahu. Cinta Sayang terhadap Manja tak pernah padam." rambut Ajihah disisir lembut.
"Manja perlu kuat untuk bangun, kita bina hidup baru. Sayang berjanji akan bagi kasih sayang pada Manja dan Imelda sama adil. Tapi Manja kena bangun, kita sama-sama teruskan langkah." Ikhwan menongkat dagu dan memejamkan mata.
Seketika ini dia akui, dia terasa penat yang teramat.Teramat lelah dengan kondisi dirinya kini, dia tidak pernah menyangka segala dugaan ini akan datang dengan tertimpa-timpa begini.
Ajihah tidak sukakan Imelda, Imelda kehilangan anak kerana Ajihah, Imelda mengalami perubahan sikap, Imelda kembali baik semula, Ajihah memintakan penceraian, Ajihah meminta dia memilih Imelda atau Ajihah, Ajihah kemalangan dan sekarang Ajihah keguguran. Ia sangat-sangat meletihkan Ikhwan.
Kekusutuan benar-benar menguasai diri, dia tidak tahu mahu menerima semua itu dengan cara yang bagaimana.
AISYA menghampiri Imelda yang sedang duduk diruang menunggu sambil membaca sebuah buku ilmiah yang dia tidak dapat meneka tentang apa. Sempat dia memuji kecantikan Imelda yang berbaju gaun labuh dan lengan panjang berwarna ungu lembut serta berselendang labuh berwarna merah jambu.
"Imelda?" sapa Aisya tanpa salam.
"Assalamualaikum." perli Imelda selamba, terkejut dia melihat kehadiran sahabatnya.
"Waalaikumusalam, Ikhwan mana? Macam mana keadaan dia? Dia okey tak?" soal Aisya pantas sebaik sahaja menjawab salam Imelda.
"Ikhwan?" soal Imelda balik, dia seakan tidak percaya dengan panggilan sahabatnya kepada suami dia sendiri. Bukan kerana Aisya tidak pernah menyebut nama Ikhwan, tapi entah kenapa kali ini Imelda rasa agak lain. "Ikhwan dekat dalam dengan isteri dia, ni macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?" soal Imelda pelik. Dia merenung sahabatnya dengan penuh tanda tanya, Aisya kelihatan masih berpakaian pejabat dan bertudung biru hari ini.
"Aku tak tahu kau ada sini." jawab Aisya sambil melepaskan keluhan kecil, dia melabuh punggung disebelah sahabatnya.
"Kalau kau tak tahu aku ada sini, buat apa kau datang sini? Kau jangan cakap dengan aku, yang kau nak melawat kak Manja." Imelda menjadi semakin hairan.
"Tak, aku datang sebab Ikhwan cakap dia dekat sini." Aisya menggigit bibir, kesal. 'Apa yang aku cakap ni!'
Imelda terdiam sejenak, dia kerana begitu hairan. "Ada apa-apa yang kau perlukan dari Ikhwan ke, sampai kena datang sini?"
"Hurmm....mmmm...aku nak tengok singa betina tulah. Kenapa dengan singa betina tu?" tergagap Aisya menjawab soalan Imelda. Sebenarnya dia datang kesitu sebaik membaca 'status' Ikhwan di laman 'Twitter' yang mengatakan lelaki itu dihospital. Tanpa berfikir panjang Aisya terus ke hospital, sangkanya terjadi apa-apa pada Ikhwan. Ternyata jauh meleset.
"Kak Manja kemalangan." jawab Imelda perlahan, cepat benar dia bersangka baik dengan Aisya.
"Macam mana dia boleh kemalangan, teruk ke?" soal Aisya lagi.
"Kaki kanan dia patah, tangan kanan dia retak dan yang paling teruk, dia keguguran."
"Keguguran?" Aisya tidak percaya.
Imelda hanya mengangguk lemah.
"Maksud kau dia mengandung?"
"Yelah, dia mengandung." Imelda mula bengang dengan Aisya yang bertanya dan bertanya.
"Habis Ikhwan macam mana?" Aisya terus terfikirkan perasaan Ikhwan saat ini, lelaki itu pasti sedih yang teramat.
"Dia sedih, sebab sekali dia kehilangan anak. Aku nampak wajah kehampaan dia Aisya, aku kesian sangat dekat dia dan Kak Manja. Kalau dia sendiri tidak boleh menerima semua ni, apatah lagi Kak Manja. Aku dapat rasakan yang Kak Manja mesti lagi sedih, bila dia tahu yang dia keguguran." Imelda mula kembali merasa sebak didalam hati.
"Sabar yank, semua ni dugaan Allah. Kita sebagai hamba Dia, kena terima dengan berlapang dada. Kalau kau boleh terima kehilangan arwah Aminah dan arwah Amanina dengan berlapang dada, insyaAllah dia pun boleh terima. Kita sama-sama doakan dia." Aisya menarik tubuh Imelda agar dekat dengannya, dan dia mengusap lembut kepala sahabatnya yang sudah rebah dibahu. Entah kenapa terbit rasa simpati terhadap Ajihah.
"Imelda."
Imelda mengangkat kepala bila mendengar namanya dipanggil, dia bangun dari duduk bila melihat Tengku Izarah dan Tengku Iman yang berdiri didepannya. Tangan kedua mertuanya disalam.
"Macam mana dengan Ajihah sayang?" soal Izarah lembut, dia mengusap pipi menantunya yang kelihatan letih sekali.
"Kak Manja hampir stabil, tapi dia patah kaki kanan dan tangan kanan dia retak." hanya itu yang mampu dijelaskan pada Izarah dan Iman saat ini. Dia tidak mampu untuk memberitahu tentang keguguran Ajihah.
"Ikhwan mana nak?" soal Iman lembut.
"Ikhwan dekat dalam baba, bonda." jelas Imelda perlahan.
"Bonda dengan baba nak masuk, Imelda ikut sekali ye." jemari Imelda yang sejuk itu dipimpin Izarah.
Imelda tidak membantah dia hanya mengikut kehendak mertuanya, Aisya mengekori mereka dari belakang.
"Ikhwan."
Iman menyentuh lembut bahu anaknya, panggilan dia tidak berjawab. Dia mengerling kearah Imelda, meminta agar mengejutkan Ikhwan yang sedang lena.
Imelda mendekati suaminya dan mengusap lembut pipi dan leher Ikhwan. "Abang, abang."
Terpisat-pisat mata Ikhwan yang terjaga dari lena, dia tersenyum melihat wajah Imelda, perlahan pipi gadis itu diusap. Rasa bersalah pula bila meninggalkan Imelda diluar tadi. "Maaf sayang, abang terlelap tadi."
"Tak apa bang, ni baba dengan bonda dah sampai." Imelda menyisir sedikit rambut Ikhwan yang kelihat agak kusut itu.
Aisya yang melihat hanya mampu memberi senyuman, 'andainya aku juga mampu melakukan seperti itu pada kau, Ikhwan. Hanya Allah yang Maha mengetahui detak jantungku berupa apa sekarang.'
Ikhwan menoleh kebelakangnya dan tersenyum melihat baba dan bondanya, perlahan tangan kedua orang tua itu dikucup. Dia sendiri berasa hairan dengan dirinya yang masih boleh tersenyum, sedangkan sudah banyak hamparan dugaan yang melanda dirinya tika ini. Apakah ini tiupan kekuatan dariNya?
"Baba, bonda, silakan duduk."
Izarah dan Iman mengangguk, mereka duduk dibahagian kiri Ajihah.
"Eh, Aisya pun ada." Ikhwan tersenyum melihat sahabat baik isterinya.
Aisya mengangguk dan tersenyum manis kearah Ikhwan.
"Silakan duduk Aisya." pelawa Ikhwan.
Imelda berasa hairan melihat perwatakan Aisya kini ketika berdepan dengan suaminya. Padanya Aisya sudah tidak seperti dahulu yang kelihatan lebih saiko bila berdepan dengan suaminya, kini ia seperti...hurm, entahlah. Tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
"Macam mana dengan keadaan Ajihah sekarang ni, Ikhwan?" soal Izarah, pilu melihat keadaan menantu kesayangannya yang kelihatan sangat lemah dipembaringan.
"Dia masih lemah bonda, doktor cakap dia perlukan rehat yang cukup." Ikhwan menarik Imelda agar duduk dipehanya, bila memandangkan kerusi dibilik itu sudah tidak cukup.
Merah padam wajah Imelda saat ini, 'suami aku ni dah kenapa, aku boleh diri lagilah!' Tidak sanggup Imelda ingin memandang kearah mertuanya mahupun Aisya.
"Macam mana semua ni boleh jadi Ikhwan?" soal Iman pula. Meskipun dia tidak berapa suka dengan sikap Ajihah yang suka melenting-lenting, tapi Ajihah tetap menantunya dan dia amat menyayangi Ajihah.
"Entahlah, Ikhwan diberitahu ada sebuah van yang hilang kawalan dan merempuh kereta dia. Masa tu Ajihah tak dapat mengelak." jelas Ikhwan jujur.
"Sa..Sayang."
Ikhwan tertoleh kearah Ajihah yang memanggilnya, cepat Imelda bangun tanpa dipinta. Dia mendekatkan dirinya dengan Ajihah. Perlahan pipi Ajihah diusap dan dia mendekatkan bibirnya ditelingan Ajihah.
"Assamualaikum Manja, Sayang dekat sini. Sayang ada disisi Manja." bisik Ikhwan lembut.
Perlahan Ajihah membuka mata dan merenung Ikhwan dengan rasa yang amat lega. Dia bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk melihat suaminya. Dengan penuh usaha, dia mengukir senyuman, perlahan juga tangan kirinya menyentuh pipi Ikhwan. Airmata menitis ditepi mata.
"Wa..waalai..kumusalam." jawabnya lemah.
Ikhwan tersenyum nipis, dia cuba mengawal dirinya agar tidak menangis. Dia cuba untuk kuat demi Ajihah.
Imelda yang duduk dibelakang Ikhwan, menekup mulutnya dengan kedua belah tangan. Dia tidak mahu tangisannya didengari Ajihah, sesungguhnya saat ini dia dapat merasakan apa yang Ajihah rasakan kerana dia juga pernah mengalaminya. Berkali-kali dia berdoa agar Allah menitipkan rasa kekuatan didalam diri Ajihah.
"Man..Manja dekat man..ma ni?"
"Manja dekat hospital sayang. Manja berehat ye, Manja tak boleh banyak bergerak."
"Ajihah anak mama!"
Tanpa salam, tanpa sapa, Tengku Azinah terus masuk kedalam bilik dan mendapatkan Ajihah. Tengku Aiman bersalaman dengan Iman, dan Ikhwan.
"Ma..mama." Ajihah menggenggam jemari Azinah yang berada disebelah kirinya. Dia tahu mamanya amat risau akan dia.
"Oh sayang, kenapa dengan keadaan Jihah ni? Kaki Jihah kenapa, tangan Jihah kenapa? Kenapa ni Ikhwan?" rasa jantungnya dipagut keluar bila melihat keadaan anak kesayangannya begini.
Ikhwan tak mampu bersuara, dia cuma mampu tertunduk lemah.
"Kak Manja kemalangan teruk, kaki kanan dia patah dan tangan kanan dia retak." Imelda mengambil keberanian untuk menerangkan kepada Azinah dan Aiman, bila melihat suaminya seperti tidak mampu bersuara.
"Aku tak cakap dengan kau! Menantu aku belum bisu lagi, sampai kau nak kena jadi dia punya jurucakap!" pekik Azinah, benci dan meluat dia melihat wajah Imelda.
"Su..sudahlah mama. Jihah tak la...larat nak tengok ma...mama terpekik ma...macam ni." Ajihah tidak sanggup melihat mamanya menengking Imelda diatas niat baik gadis itu.
Perutnya diusap lembut, tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Memandangkan semua ada disitu dia mahu memberitah semua tentang berita baik ini. "Sa...Sayang."
Ikhwan mendekatkan dirinya dengan Ajihah.
"Manja mengandung em...empat bulan." terasa lega dan gembira bila sudah meluahkan pada suaminya tentang kandung dia.
Pucat lesi wajah Ikhwan saat ini, terasa dirinya mahu rebah namun terasa bagaikan ada yang menahan dari belakang dan dia tahu itu adalah Imelda. Dia tidak tahu untuk menjelaskan bagaiman dengan Ajihah. Melihat wajah Ajihah yang kelihatan ceria ketika memberitahu, membuatkan dia rasa semakin terbeban.
"WHAT?" serentak suara Azinah dan Izarah. Mereka tidak percaya yang Ajihah mengandung.
"Nampak tak Izarah, yang anak saya boleh mengandung? Awak tu yang tak reti nak bersabar. Sibuk cari menantu, akhirnya tak bagi lagi anak!" Azinah merasa meluat dengan Imelda.
"Dah kalau jodohnya, kita nak buat macam mana." Izarah yakin, perkahwinan Ikhwan dan Imelda adalah jodoh yang telah Allah tetapkan.
"Kamu tak gembira ke Ikhwan? Papa tengok, macam tak ada apa-apa je bila Jihah beritahu dia mengandung?" Aiman bersuara juga bila melihat Ikhwan hanya diam dan tertunduk.
"Memang dia mengandung, tapi sekarang dah gugur." Aisya bersuara setelah lama diam, dia melihat Ikhwan mahupun Imelda seperti tidak mahu bersuara jadi dia mengambil keputusan untuk bersuara.
Izarah yang tadi berdiri, terduduk semula bila mendengar apa yang dikatakan Aisya. Walaupun dia tidak suka akan Aisya, tapi dia percaya kata gadis itu kerana wajah kusam Ikhwan dan Imelda mengiakan kata-kata gadis itu.
"Apa yang kau merepek ni?" marah Azinah, dia merenung tajam kearah Aisyah.
"Kau ni ke...napa Aisya? Apa yang kau ta...tak puas hati dengan a..aku?" soal Ajihah menahan geram.
"Ini bukan sebab tak puas hatilah! Tapi ni sebab kenyataan, kau memang gugur." bentak Aisya.
"Sayang ni semua bo..bohongkan?" soal Ajihah pada Ikhwan, wajah lelaki itu direnung tepat.
Ikhwan tetap tertunduk dan tidak mampu bersuara.
"Imelda."
Bila namanya dipanggil, dia menoleh perlahan kearah Ajihah yang memandangnya meminta kepastian. Perlahan matanya dikerdip tanda mengiakan.
"Tak!!"
Ajihah tidak sanggup menerima kenyataan ini, dia tidak mungkin gugur! Bahu Ikhwan digoyangkan dengan tangan kirinya, dia mahu suaminya sendiri menjelaskan semua ini.
"Ye, Manja. Manja keguguran." perlahan Ikhwan menutur kata.
"Ni tak mungkin!!! pekik Ajihah.
Azinah merenung tajam kearah Imelda, dia mendekati gadis itu dan menolak Imelda sehingga jatuh. "Ni semua sebab kau! Kalau kau tak pernah datang dalam hidup anak dan menantu aku, semua ni takkan jadi! Perempuan jalang!" tamparan hangat diberikan kepada Imelda.
"Mama, sudah mama!" Ikhwan cuba menghalang ibu mertuanya dari mengapa-apakan Imelda, tetapi Azinah seperti orang yang sudah dirasuk gamaknya.
"Kau nak bunuh kawan aku ke apa?" tempelak Aisya, dia turut cuba menghalang Azinah.
"Kau pun samalah, perempuan gila!" Aisya pun menerima tamparan 'gila' Azinah.
"Bawak mengucap Azinah, jangan macam ni!" tengkin Izarah, dia mendekati Azinah dan menarik pinggang wanita yang tua dua tahun darinya itu, namun dia juga ditolak Azinah.
"Sudahlah Inah, sudah." pujuk Aiman. Dia memaut bahu Azinah lembut.
"Tak ada yang sudahnya bang, ni semua salah dia! Kalau tak kerana dia, kita takkan hilang cucu kita!" habis tudung Imelda direntapnya.
"Mama sudahlah!" Ikhwan menarik pinggang isterinya, dan dia cuba melindungi isterinya dari tamparan-tamparan ibu mertuanya.
"Tengku Azinah, takkan awak nak bunuh menantu saya tu!" tempelak Iman, dia membantu isterinya bangun dari terjatuh.
"Kalau boleh aku bunuh, memang aku dah bunuhkan perempuan ni." balas Azinah.
"Mama!!!!" tengking Ajihah.
Segala perbuatan terhenti bila mendengar tengkingan Ajihah.
"Kalau mama bunuh Imelda sekalipun, anak Jihah takkan ada balik mama!" bentak Ajihah. Dia mengumpul kekuatan sepenuhnya untuk berdepan dengan Azinah ibu kandungnya.
"Apa yang kau cakap ni Jihah? Kau tahu tak, mama dah hilang cucu mama! Semua ni sebab perempuan tu tau!" tengking Azinah balik.
"Jihah gugur sebab kemalangan mama, bukan sebab Imelda! Sudahlah mama, Jihah penat nak berdepan dengan semua ni. Cukup, cukuplah." menitis airmata dipipi Ajihah.
"Pernah tak awak terfikir Azinah, apa perasaan ibu bapa Imelda ni bila awak pukul dia macam tu?" soal Iman tegas.
"Aku tak kuasa nak fikir perasaan orang lainlah Man, perasaan anak aku yang baru hilang anak ni yang aku nak fikirkan!" bentak Azinah.
"Awak boleh fikir macam tu? Kalau saya buat Ajihah macam tu, apa awak rasa?" sampuk Izarah kasar.
Aisya bangun dan berdiri sambil membetulkan rambutnya yang serabai kerana serangan Azinah tadi. 'Boleh tahan orang tua ni, bukan main kuat lagi.'
"Kau nak buat macam tu ke dekat anak aku?" soal Azinah sambil merenung tajam kearah Izarah.
"Sepatutnya kita sebagai orang tua mereka lebih matang, bukan macam budak-budak. Awak tahu tak orang yang awak pukul tulah yang korbankan hidup dia untuk bagi anak kepada Ajihah dan Ikhwan, bagi cucu kepada kita." perlahan namun tegas intonasi Iman.
"Sudahlah, macam ni. Saya minta maaf sangat kepada bonda, baba, papa, mama dan Aisya. Saya minta tolong tinggalkan kami bertiga, bagi masa pada Ajihah untuk berehat. Saya tak niat nak menghalau, tapi dengan keadaan Ajihah yang masih lemah ni, lebih baik bagi dia rehat dulu." Ikhwan tidak mampu melihat wajah ibu mertuanya, takut dia hanya akan membuat dosa kerana amarahnya saat ini.
"Baiklah Ikhwan, tolong tengok-tengokkan Ajihah dan tengokkan keadaan Imelda tu. Nanti baba dengan bonda akan datang." Iman memeluk bahu Izarah dan keluar dari bilik itu.
Aisya juga berlalu keluar tanpa sepatah kata.
Azinah mendekati Ajihah dan mencium dahi anaknya dan berlalu keluar bersama Aiman.
"Sayang."
Ikhwan mendekati Ajihah dan memeluk tubuh isterinya erat, dia tahu perasaan Ajihah di saat ini. Manusia mana yang kuat menerima takdir ini, tapi inilah takdir Allah yang perlu mereka menerima dengan tabah.
Imelda menepis airmatanya perlahan, terhinjut-hinjut bahunya menahan sendu. Dia mengutip kerongsang tudungnya yang bersepah dilantai, anak tudungnya disarung dengan rapi. Selendang yang koyak diambil dengan hati yang sayu, airmata menitis lagi. Saat ini dia rindukan pelukan umi, dia rindukan usapan ayah.
Perlahan Imelda melangkah ke bilik, dia tidak mahu mengganggu Ikhwan yang sedang mententeramkan Ajihah.
Didalam bilik air, Imelda menangis semahu-mahunya. Hanya Allah yang mengetahui isi hati dan perasaannya. Kuat dia menekup mulutnya agar tangisan itu tidak kedengaran.
Bayangan umi dan ayah silih berganti, dia amat merindukan zaman kecilnya yang dibesarkan oleh umi dan ayah. Biarpun kehidupan kanak-kanaknya tidak sebaik kanak-kanak lain, tapi baginya zaman perkahwinan dia juga tidak sebaik perkahwinan orang lain.
"Umi...kakak nak umi." perlahan suara itu diselangi dengan tangisan.
"Ayah....."
HAMPIR sebulan lebih Ajihah menginap dihospital kerana menjalani terapi kakinya. Dari dia tidak boleh berjalan dan hanya duduk diatas katil, dia sudah boleh duduk diatas kerusi roda. Kerusi roda yang disorong orang, dia sudah boleh menggunakan sendiri. Dari kerusi roda dia sudah boleh menggunakan dua tongkat, dari dua tongkat, kini sudah menggunakan satu tongkat.
Semua itu dibantu oleh Ikhwan dan Imelda, dan dia tahu Imeldalah yang banyak meluangkan masa dengannya di hospital selama ini.
Saban malam selama dia di hospital ini, Imelda turut menemani. Bukan kerana Ikhwan tidak mahu mengambil tahu tentang dirinya, ada juga Ikhwan mencuri waktu menemani dia di hospital tapi tidak sekerap Imelda.
Dia faham keadaan Ikhwan yang begitu sibuk dengan kerja-kerja dipejabat, kerana syarikat Ikhwan sudah menerima tiga hingga lima projek baru, jadi suaminya tidak menang tangan dan dia amat faham keadaan suaminya. Tidak sedikitpun dia berkecil hati dengan Ikhwan.
"Kak."
Lamunan Ajihah terhenti bila melihat Imelda yang masuk sambil membawa sup herba untuk dirinya.
"Apa benda ni?" soal Ajihah.
"Ni sup herba, bonda buat. Tadi sebelum datang sini, saya singgah rumah bonda. Jadi bonda bagi sup ni untuk akak, dia minta maaf sebab tak dapat datang." terang Imelda jelas.
"Aku tak makan sup herbalah." Ajihah menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.
"Masa dulu, saya pun cakap benda yang sama pada bonda. Tapi bonda bagi saya cubitan ketam. Akak nak k?" Imelda sudah sedikit berani mengenakan madunya apabila melihat Ajihah sudah tidak sekasar dulu dengannya.
"Ada hati kau nak cubit aku, ye?" Ajihah merenung Imelda.
"Kalau dah darurat terpaksalah." jawab Imelda selamba, dia meniup sup itu agar kepanasanya reda.
Ajihah sekadar tersenyum sinis, dia menghirup sup yang disuapkan oleh Imelda. Dia tidak sangka gadis yang selama ini dia kasari, menjaga dirinya siang dan malam tanpa sedekit keluhan sekali pun. Bahkan, ketika dia tidak boleh berjalan, dia terpaksa membuang air besar dengan menggunakan lampin pakain buang dan yang membersihkannya adalah Imelda.
"Kaki akak macam mana?" soal Imelda lembut.
"Dah semakin baik, tadi pun aku cuba jalan sikit-sikit tanpa guna tongkat. Tapi masih ada rasa sakit dan ngilu, aku tak tahanlah dengan simen ni. Bila boleh buka ye?" soal Ajihah. Dia semakin lemas dengan simen itu.
"Nanti saya suruh abang tanyakan ye." Imelda bangun dari duduknya dan membancuhkan susu untuk Ajihah. Kata Doktor Kamarul, susu amat baik untuk tulang.
"Aduh, takkan susu lagi Imelda! Aku tak laratlah asyik nak minum susu je. Tadi sebelum kau balik, kau dah bagi aku minum susukan? Tak payahlah!" Ajihah paling bencikan susu, dia amat tidak menggemari susu. Namun sejak sedar dari kemalangan dan dijaga oleh Imelda, dia sentiasa dikerah gadis itu untuk minum susu.
"Yelah, susu ni baik untuk kesihatan. Untuk tulang akak, mana tahu nanti cepat baikkan?" Imelda menghulurkan susu yang siap dibancuh itu kepada Ajihah.
Ajihah minum tanpa bantah lagi, kalau bantah sekalipun bukan Imelda ambil kisah! Satu nafas dia menghabiskan susu itu dan menghulurkan semula gelas kosong tanpa setitik susu kepada Imelda.
"Bagusnya, macam nilah. Senang je." puji Imelda. Dia bahagia melihat perubahan Ajihah. Meskipun Ajihah kasar dengannya, tapi tidak sekasar dahulu.
"Kenapa kau baik sangat dengan aku?" soal Ajihah pelik.
"Maksud akak?" soal Imelda kembali.
"Yelah, dah macam-macam aku buat dekat engkau. Tapi kau tetap juga baik dengan aku. Kau tak pernah balas walau sedikit pun, sedangkan aku buat kau sampai kau kehilangan dua orang kembar kau."
"Sebenarnya nak juga balas, tapi memandangkan akak kemalangan dulu sebelum saya sempat balas. Jadi lebih baik saya tak payah balas kot." bohong Imelda.
"Memang betul cakap Ikhwan."
"Apa yang betul?"
"Kau tak pandai menipu."
Imelda tertunduk dan tersenyum nipis, dia tidak tahu apa yang mampu disuarakan lagi.
"Memang kau tak perlu balas pun Imelda, sebab Allah dah balas untuk kau. Aku buat kau sampai jatuh dan kehilangan anak, kini aku sendiri pun hilang anak." Ajihah menyeka airmata dipipinya pantas.
"Perkara yang dah berlalu tak usahlah diingatkan lagi kak, kita utamakan apa yang kita lalui sekarang."
"Aku nak minta maaf diatas perbuatan aku selama ni. Ye aku yang aku ni terlalu kejam dengan kau, jadi aku harap kau maafkan aku." Ajihah merenung wajah Imelda penuh pengharapan.
"Saya tak simpan apa-apa pun kak. Bahkan saya dah lupa semua tu, jadi akak tak perlu minta maaf ye." Imelda memberi senyuman dan tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda airmata yang bergenang itu akan menitis.
SEMALAM - HAZAMA

Semalam terimbas di mataku
Tarian cahaya di tubuhmu
Semalam bagaikan seribu mimpi
Meniti awangan menyisih janji
Tarian cahaya di tubuhmu
Semalam bagaikan seribu mimpi
Meniti awangan menyisih janji
Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna semalam

Semalam makin bersulam kelam
Biarpun tak mungkin ku padamkan
Semalam satu senyuman yang hilang
Menanti kata sakti mengakhiri
Biarpun tak mungkin ku padamkan
Semalam satu senyuman yang hilang
Menanti kata sakti mengakhiri
Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna semalam
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna semalam
Terpaksa ku melangkah
Meninggalkan pintu syurga kita
Takkan bisa ku lepaskan dia
Meninggalkan pintu syurga kita
Takkan bisa ku lepaskan dia
Kau mengalir kerna semalam
Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna berakhir semalam

Namun pasti ku genggam
Semalam selalu
Semalam selalu
3 comments:
tulh hidup...karma...pape pn suker kat jihah bila ade rase keinsafan pd kesilapan lalu...semuga akn terbit jua sinar mentari buat mengakhiri segala mendung dlm kehidupan ikhwan,jihah dn melda...
Aisya kau tak payah layan feeling sangat. Wlau nme kta sme, tp prngai kte brbeza. Kau x pyh jd kwn klau mcm ni prngai kau, lbh bk dr mla kau jd lawn. Mulut dhlh mcm beruk kat hutan. Asyk nk mlnting. Kau rsa sng ke nk dpt ikhwan?. Klau melda yg lmbut tu blhlh. Klau si ajihah yg singa btne tu?. Klau jihah dh bk skli pn, kau rsa ikhwan bla cntakn org ln ke ble dh ade cnta sesempurna cinta IMELDA??? Kwn mkn kwn, xkenang budi!
...Setiap kejahatan itu pasti dibalas balik...
...Setiap kebaikan itu pun pasti dibalas balik...
...Terima kasih kepada akk Norihan Mohd Yusof kerana setia mengikuti blogger sye...
..dan terima kasih kepada Aishah diatas komen anda... :)
Post a Comment