Thursday, 27 February 2020

27 February 2020

GAJI!!!!!!

Bila kau gaji, dan kau beli makanan banyak-banyak untuk puas kan hati kau.

"Buatlah apa kau nak buat kak, asal kau bahagia!" Ummi

Aku beli makan dan makan dan makan.

hati aku nak umi tahu semua yang aku tengah rasa, tapi aku tak nak dia sedih dan..........

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
27 Februari 2020


26 February 2020

CUTI BERMULA

Hari ni, cuti pun bermula. Aku tak buat apa-apa selain, basuh baju, tidur, makan, borak2 dengan umi, kemudian tidur semula dan bangun untuk makan.
Kemudia aku tidur semula.
Aku bangun mandi,
dan kemudian tidur semula.
Kemudian bangun dan makan

"Kau kenapa long?"
"Tak ada apa!"
"Asal macam tak betul jer umi tengok."
"Okay je!"
*Baling bantal*
"Kalau betul, tak akan kau macam perempuan gila. makan tidur mandi makan tidur mandi. kau ingat dah berapa kali kau buat ni? Dalam sehari dah lebih dari empat kali kau buat perangai ni."
*Aku pandang umi, nak cakap apa yang dah jadi. Tapi...*
"Owang lapar lah mi. Umi nak nasi goreng?"
"Gila!"

"KADANG BUKAN KAU TAK NAK SHARE SEBAB MAK BUKAN PENDENGAR TERBAIK, TAPI SEBAB KAU TAK NAK DIA SUSAH HATI DAN TURUT BERSEDIH DENGAN APA YANG KAU TENGAH RASA SEKARANG." - ALONG

Lee Lien Yoong
SNA 
26 Februari 2020


25 February 2020

LAST KERJA SEBELUM CUTI

Hari ni ada stocktake so aku buat kerja macam biasa.
Tak ada benda yang berkaitan dengan hati pun berlaku.

Aku cuma hitung waktu sebelum cuti panjang.

Dan stocktake pun berakhir dan aku akan mulakan cuti dengan penuh bahagia.

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
25 Februari 2020



24 February 2020

MOOD KE LAUT

Bila dia asyik payung gambar dia dengan awek dia.
Mood kau pun dah ke laut.
Jadi moh lah makan.

Bye....

"NIL"

Lee Lien Yoong
SNA 
24 Februari 2020

23 February 2020

ANAK RAHSIA ALLAH

Hari ni, kawan aku minta aku komen tentang persepsi sesetengah masyarakat yang selalu mendesak menantunya untuk mendapatkan anak.

Jadi hari ni, aku terpanggil untuk share dekat sini.
Kepada parents diluar sana.

PLEASE!

Mengandung ni kerja Allah tau!

Kita tak tahu bila DIA nak bagi, dan jangan anggap menantu anda tidak pernah berusaha untuk mendapatkan anak. Pasangan mana yang tak nak anak?

Kadang2 Allah tak bagi, bukan sebab dia tak layak atau dia mandul dan sebagainya.
Tapi sebab Allah lebih tahu apa yang akan berlaku di masa yang akan datang. Jadi cuba bawak bersabar. Mendoakan yang terbaik dan tak terlalu memaksa.

Jangan selalu mendesak sampai boleh mendatangkan kebosanan yang akhirnya menyebabkan keretakan rumah tangga pada keluarga anak menantu.

Kita tak tahu macam mana diaorang berusaha untuk dapatkan anak, dan macam mana pula dia berdoa pada Allah untuk memiliki zuriat.

Sebagai ahli keluarga, jangan berhenti memberi semangat dan sama-sama membantu mencari jalan untuk mereka. Dalam masa yang sama, jangan push diaorang. Santai dan bertenang.

"ANAK TU ADALAH PELENGKAP CINTA SESEBUAH PERHUBUNGAN. JADI SEMUA ORANG PASTI BERUSAHA UNTUK MEMILIKINYA. SEMUA ITU KUASA ALLAH. ALLAH YANG MAHA MENGAMBIL DAN MEMBERI." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA 
23 Februari 2020

Gambar sekadar hiasan


22 February 2020

BILA NAK KURUS?

Macam aku cakap sebelum ni, berat aku dah 100kg.
So aku mula memikirkan bagaimana untuk menurunkan berat badan.
Tapi malangnya, aku terus makan dengan penuh bahagianya.

Mungkin mood aku yang tak berapa stabil kebelakangan ni, membuatkan aku jadi perempuan gemok yang tak tahu nak menjaga pemakanan.
So untuk kurus ni, boleh tak nanti-nanti jer aku fikirkan??

"BIARLAH AKU MELAYANI KEGEMUKAN INI DENGAN BERSENANG HATI. WALAU HAKIKATNYA, AKU SENDIRI HANCUR." - AYOONG

Lee Lien Yoong
SNA 
22 Februari 2020




21 February 2020

ADIK BERADIK

Dulu masa kau kecil, kau ingat tak berapa banyak benda yang kau buat dengan adik beradik kau? Berapa banyak kali, kau bergaduh dengan adik beradik kau? Berapa kali pula kau backup  adik beradik kau bila kena pukul?

Dulu, berapa banyak orang kau buang sebab nak pertahankan adik beradik kau?

Berapa banyak yang kau kongsikan dengan adik beradik kau?

Bantal, selimut, tilam tak kira lagi,.

Sekarang bila besar banyak benda yang kita kalau boleh tak nak kongsi dengan adik beradik. Bahkan tengok muka diaorang pun kita tak sudi. Padahal dulu, along akan selalu mengira adiknya sebelum masuk kereta. Padahal dulu, angahlah yang akan selalu memastikan adik-adik dengar cakap along. Padahal dulu, udalah yang akan kumpulkan adik beradik supaya buat semua benda bersama. Padahal dulu, adiklah yang akan cari kakak2 dia untuk ajak bermain.

Masa betul-betul mencemburui kitakan?

Masa tu semuanya indah. Setiap pergaduhan tak pernah singgah dihati. Setiap perbalahan hanya mati disitu dan kita akan berbaik lagi seperti sedia kala.
Namun dikala dewasa menyinggah usia, kita mula memberatkan setiap perkataan yang keluar.
Mudah benar hati kita terusik dan terluka.
Mudah benar melihat kepada silap dan salah adik beradik kita.

Segala yang kita lalui bersama sewaktu kecil bagaikan sudah terhapus mati dari kotak ingatan.
Sulit sungguh untuk kita menghargai seperti tika itu,.

Tiada lagi perkongsian airmata seperti dahulu.
Tiada lagi gelak tawa yang indah seperti dulu.

Tahu siapa yang lebih sedih akan semua itu?

Sudah pasti ibunda dan ayahnda,

Merekalah yang paling berduka.

Lalu sampai bila harus berbalah? Sedang berkasih sayang lebih indah.

"SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KASIH DAN SAYANG DIANTARA KITA ADIK BERADIK HINGGA HUJUNG USIA. BAHKAN AKU INGIN BERTEMU DENGAN KALIAN LAGI DISYURGA ALLAH. AAMIIN." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
21 Februari 2020



20 February 2020

HARGAI MAK AYAH

Kadang2 kita tak sedar, semakin kita dewasa, sikap kita dengan ibu bapa semakin berubah.
Kalau dulu, sakit sikit pun nak mengadu dengan mak bapak.
Bila meningkat dewasa, luka hampir separuh nyawapun kalau boleh tak nak mak bapak tahu sebab tak nak diaorang susah hati.
Kalau dulu, semua benda nak ada dengan mak bapak,
sekarang kalau boleh nak ada masa untuk diri sendiri.
Kalau dulu, mana mak bapak pergi kita mesti nak ikut.
tapi sekarang rasa bosan dan rimas bila mak bapa merengek nak ikut kita keluar.
Kalau dulu masakan mak paling sedap.
Sekarang semua dah tak kena rasa, KFC jauh lebih nikmat.
Kalau dulu semua tanya mak ayah nak buat apa,
sekarang kita tahu buat keputusan sendiri.

Kita mesti tak sedar benda tu berlaku, sebab semuanya tertelan dek arus masa sampai kita tak perasan.

Tapi sekali sekala cuba belai wajah diaorang, cuba pegang tangan yang mula menua tu.
Dulu, tangan mereka sekuat tangan kita sekarang.
Dia yang mendukung kita,
Dia yang memimpin kita.
Dia yang memegang tangan kita ketika jatuh.
Kekuatan tangan tu tak dapat ditandingi oleh tangan orang lain.

Tapi sekarang, tangan tu mula berkedut dan timbul kulit-kulit mati.
Dia pula yang mengharapkan agar kita memimpin jemarinya dan memperlakukan dia seperti mana dia melakukan kita dulu.

Tapi kita hanya membiarkan itu, kerana itu hanya satu hal yang membosankan, dan ada banyak hal yang lebih menarik dari mengurusnya.
Kita tak sedar, dia telah menolak dunia untuk membesarkan kita dan menghabiskan masanya dengan kita.

Cuba kita usap rambutnya. Rambut itu sudah mula beruban, tidak lagi segar seperti rambut kita yang hitam ikal.
Dulu, dia punya rambut yang segar dan hitam gelap, tapi hari ini rambut itu sudah banyak yang gugur, dan mulai memutih menandakan lanjut usianya. Tapi itu bukan sesuatu yang menarik bagi kita.

Mungkin disaat kain putih yang akan membalut tubuh mereka telah harus kita uruskan, baru kita mengerti betapa nikmat yang dulu kita punya sudah berakhir.

"SALAH SATU HAL YANG AKU HARAP ALLAH SEMPATKAN AKU BUAT SELAIN MELUNASKAN HUTANG DAN BERAMAL BAIK ADALAH, MENYENANGKAN KEDUA IBU BAPA AKU. AKU BUKAN ANAK YANG PUNYA KELULUSAN BERJAYA, BUKAN JUGA YANG PUNYA KERJAYA. TAPI AKU HARAP AKU DAPAT BAHAGIAKAN MEREKA DENGAN CARA AKU SENDIRI." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
20 Februari 2020


19 February 2020

AMEERUL

Ameerul ni bukan crush aku yang menyebabkan aku kemurungan kebelakangan ni. 
Dia juga bukan crush baru ke, atau scandal atau namja cinggu atau sewaktu dengannya.
Bahkan dia bukanlah bersifat ada roh.

Dia tak lain tak bukan, motor EX5 94' aku. 
Ameerul ni pernah berkhidmat dengan aku hampir tiga tahun juga. 

Terlalu banyak jasa yang dia bagi pada aku. Sebelum aku datang JB, dialah kenderaan tetap aku. 
Aku pergi kerja, jalan, jumpa member , lepak nan dak2. Bawak mak aku pergi beli lauk, pergi hospital. Bawak adik aku yang pregnant go to check up, cari benda yang dia mengidam.
Ambil hantar adik aku pergi sekolah.
Pendek cerita, dialah kenderaan tetap aku sekeluarga.
Masa tu, memang aku dah jadi tunggak keluarga. Jadi dengan Ameerul lah aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga. Tanpa Ameerul, aku patah kaki sebelah. Dan memang betul.

Setelah Ameerul sakit dan kaboritor dia rosak teruk, langsung dah tak boleh jalan. 
Kebetulan masa tu, aku pun dah berhijrah ke JB, Aku minta adik ipar aku tolong tengokkan dan jagakan Ameerul.

Nak dijadikan cerita Ameerul di curi oleh pencuri misteri yang sampai sekarang aku tak tahu siapakah pencurinya bahkan aku tak buat report police pun. 

Tak lama lagi aku akan cari pengganti Ameerul. Tapi aku rindu sangat dekat dia. Dialah harta pertama yang aku ada selama ni, aku tak pernah tunjuk sedih aku pada mak dan adik2 aku selama aku kehilangan dia. Semua aku pendam sorang2.

Tuhan je yang tahu betapa aku rindukan Ameerul.
Dia banyak berjasa dengan aku. Bila aku sedih, aku akan bawak dia jalan tanpa arah tuju, sampai aku rilek.
Bila aku marah, dialah yang jadi mangsa untuk terima tendangan aku pekikan aku, amarah aku. 
Aku tak tahu dia dekat mana sekarang, tapi aku sangat berterima kasih atas segala jasa-jasa dia selama ni pada aku.

Ameerul. 
Aku akan cari pengganti kau tak lama lagi.
Tapi kau jangan risau, kau tetap Ameerul yang tak ada ganti bagi aku. Aku cuma perlukan Ameerul II ni untuk kelangsungan hidup.
Maafkan aku Ameerul.

"MUNGKIN ORANG AKAN ANGGAP AKU GILA SEBAB SAYANGKAN MOTOR MACAM SAYANG MANUSIA. TAPI WAKTU TU, HANYA MOTOR TU YANG AKU ADA UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP SEDANG MANUSIA SENDIRI MENEPIKAN AKU." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA 
19 Februari 2020

(SEKADAR GAMBAR HIASAN.


18 February 2020

SAYANG DIRI SENDIRI DULU.

Alang-alang broken ni, aku nak pesan dekat semua yang baca blog aku ni, kauorang kalau belum pernah bercinta. Belajar cintakan diri sendiri dulu, sayangkan diri sendiri dulu.
Jangan jadi macam aku, setelah semuanya terlambat.
Tak ada gunanya lagi.

Aku yang gatal suka kat dia.
Bila dah suka, bertukar jadi sayang.
Bila dah sayang, bertukar jadi cinta.

Tapi paling malang, hanya perasaan aku yang berubah macam tu terhadap dia. Tapi dia tidak.

Memang pahit untuk terima kenyataan ni, tapi percayalah kenyataan macam ni wujud dalam dunia ni. 

Kau letak seseorang tu di sudut hati kau yang paling istimewa. Tapi kau tak ada langsung tempat di hati dia, Dan bila itu yang terjadi. Kau kena faham satu benda.

Bila kau dah meletakkan rasa cinta yang paling tinggi untuk dia. Kau juga kena bersedia untuk terluka sama tinggi dengan rasa cinta tu.

Sakit.

Itu jer aku rasa saat ni. 

Aku nak ketawa yang ikhlas tu. Ketawa yang dah hilang tu. Tapi bukan mudah wei

Sebab sekarang ni, yang aku rasa.... S.A.K.I.T


"AKU BANYAK KALI CAKAP DEKAT DIRI AKU, SUPAYA BELAJAR TERIMA HAKIKAT UNTUK KAU TAK AKAN PERNAH PERASAN DAN BALAS APA YANG AKU RASA. TAPI KEPALA BATU PUNYA HATI. TAK PERNAH NAK DENGAR!" - AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA 
18 Februari 2020



17 February 2020

AKU DOWN ☹️☹️☹️


Aku tak nak adik2 dan mak aku tahu apa yang aku tengah rasa sekarang ni, sebab aku tak nak diaorang nampak Has teruk sangat.
Tapi dalam masa yang sama, sakitlah bila ku pendam sorang2
 Rasa macam ni, tak bestlah.

 Aku tak boleh salahkan sesiapa, melainkan salahkan diri sendiri.
 Dia tak salah apa-apa untuk aku salahkan dia, bila dia tengah bahagia dengan orang lain 
 Aku tak boleh luah dekat sesiapa untuk mereka faham apa yang aku tengah rasa.
 Kau tahu tak penantian tu rupanya tak sesakit bila kau kena telan hakikat yang perasaan kau tak akan terbalaskan.

 Baru aku faham kenapa watak-watak melepas dalam drama korea tu nampak sedih jer bila aku tengok.
 Rupanya situasi aku tak ubah cam diaorang.
 Kau usaha keras macam mana pun untuk buktikan perasaan kau, kalau hati dia memang untuk heroin tu, dan memang dia tak akan nampak apa yang kau rasa. Maknanya tak akan ada untuk kau. 

"KALAU BOLEH DELETE INGATAN MACAM MANA AKU FORMAT PHONE, AKU AKAN DELETE KAU DARI INGATAN AKU MACAM TU. SUPAYA HATI AKU TAK LEBIH SAKIT LAGI." - ALONG

Lee Lien Yoong
SNA 
17 Februari 2020




16 February 2020

IM FAT! SO WHAT?

Beberapa hari lepas, konon la bha.
Aku ingat nak diet!
Tapi sejak broken ni, selera makan tak boleh bawak bincang.

Bila aku teringat dekat dia, aku makan.
Bila aku menangis teringatkan dia, aku makan.
Yang aku tak faham, hati aku menangis, tapi mulut aku rakus betul telan makanan. 
Sampai aku sempat tak faham, sebenarnya aku broken ke, aku happy yang tak berpenghujung?

Setiap kali dia tengok whatsapp status aku, aku akan makan. Setiap kali dia up whatsapp status aku makan. Aku tengok status dia pun, aku makan. Tapi aku sedih, tapi aku makan!

So sebenarnya aku sedih ke lapar?

Tak faham!!!

Ya aku gemok n berat aku sekarang 100kg! Puas?!!!

"AKU TAK PERNAH RASA SAKIT TERLUKA KERANA CINTA. DAN BILA MERASAINYA, AKU TERLALU BENCI!" - AYOONG

Lee Lien Yoong
SNA 
16 Februari 2020


15 February 2020

BROKEN HEART

Setelah lebih dari 1000 hari.
Setelah lebih dari 3 tahun.

Sekarang dia dah mula show off relay dia. Aku tak tahu nak komen apa.
Cuma apa yang aku boleh cakap....

Hati aku koyak.
Dan seumur hidup, aku tak pernah lagi rasa macam ni.
Mood aku turut berterbangan.
Aku tak tau nak buat apa.
Aku jadi jamed wei!
Sumpah.
Aku koyak.

Nite.....

"ADA ORANG BERPISAH DAN TERLUKA SETELAH MERASAI NIKMATNYA CINTA ITU. TAPI AKU TERLUKA SEBELUM SEMPAT MEMILIKI." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA 
15 Februari 2020


Friday, 14 February 2020

14 February 2020

FAT!


Kebelakangan ni, selera makan aku tak terkawallah. Minum manis pun macam satu kesedapan pula. Air masak kurang. Makan malam tak jaga.
Aku punya selera makan tu macam lain macam. 
Walaupun cakap nak diet, tapi selera makan tu tak membantu wei, punya dia makan tanpa ingat dunia. 
Bila mak tu pula, potion makan yang aku ambil agak lebih dari potion yang biasa aku ambil. Lain macam tau.
Kalau biasa aku hanya akan ambil sesenduk nasi dan tak akan tambah. Tapi sekarang lebih dari sesenduk dan pasti akan tambah.
Bila timbang 100kg keatas.

Aku rasa macam dah nak gantung diri dah. Aku bukan takut orang tak nak kalau aku gemok. Tapi yang aku takut adalah penyakit.
Aku ni miskin, kalau aku sakit aku takut akan susahkan keluarga aku terutama mak aku yang sangat sayangkan aku.

Dia tu, kalau aku demam pun dah risau inikan pula kalau sakit-sakit yang serius. 

HURM.

Stress!!!!

Mungkin stress yang kebelakangan ni kot buatkan selera makan aku bertambah.


Allahuakhbar!

Semoga aku terhindar dari penyakit yang bukan-bukan.
Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk turunkan berat badan.

Aku ni pendek, bila berat dah 100kg komfemlah aku ni kategori obes.

Ya Allah, ampunilah aku..

"BILA KAUORANG BACA NI, JANGAN NAK KUTUK AKU PULA. BAGI AKU NASIHAT YANG BAIK. TERIMA KASIH." - MISS PANDA

Lee Lien Yoong
SNA 
14 Februari 2020


13 February 2020

MOOD NAK FLY

Aku punya mood kebelakangan ni, teruk!
Rasa nak pergi jauh, nak tinggalkan semua yang ada sekarang ni.
Sumpah rasa moody.

Aku nak terbang jauh tinggalkan semua ni, nak mulakan hidup baru dengan suasana baru, orang baru, dan cerita yang baru. 

Aku macam dah tak boleh go dekat sini. Suasana dekat sini tetap asing bagi aku.

Aku macam nak balik ke tempat di mana aku membesar dan kenal dunia. Tapi aku juga nak sesuatu yang baru.

Entahlah

Gila agaknya....

"KADANG-KADANG KEBOSANAN HIDUP MELANDA SEBAB KITA DAH JAU DARI SANG PENCIPTA. SEBAB TU SEMUA BENDA SERBA TAK KENA." - AMALINA 

Lee Lien Yoong
SNA
13 Februari 2020


12 February 2020

MAHARANI INDERA PURI

Maharani Aditriayana adalah Maharani Negara Indera Puri yang berjiran dengan Negara Sutera Wangi. Dia adalah salah satu watak utama juga didalam cerita MAHARANI SUTERA WANGI yang aku tengah buat sekarang.

Dia ni juga merupakan pejuang yang ingin merebut semula kuasa tahta dan hak dia sebagai penakluk bumi Indera Puri itu.
Cuma nasib dan perjalanan hidupnya agak berbeza dengan Sutera Wangi. 

Kerakusan dan kesanggupan dia untuk mendapatkan tahta menyebabkan ramai yang mati kerana dia, ramai yang membayar kelayakannya dengan darah dan tak kurang juga nyawa.

Setelah matinya ayahnda, ibunda, dua saudara kerana kerakusan si perampas yang ingin menduduki tahta, Aditriayana berjanji membalas semuanya dan menyelamatkan nasib rakyat yang menjadi mangsa kerana lemahnya kekuasaan kaisar di dalam negara itu.

Dialah musuh terkuat Maharani Sutera Wangi kerana seteru diantara dua negara yang tak perna berpenghujung. Dia jugalah manusia yang berdiri kuat kerana pengorbanan Sutera Wangi, dan dia jugalah manusia yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan Sutera Wangi.

"HUTANG DARAH DIBALAS DARAH, HUTANG NYAWA DIBALAS NYAWA. JIKA ANGANMU SETINGGI GUNUNG, IMPIANKU SELUAS LANGIT. KAU MERAMPAS TAHTAKU DENGAN SEPARA USIAMU, AKAN KU DUDUKI SEMULA TAHTAKU DENGAN TAMATNYA RIWAYATMU!"- MAHARANI ADITRIAYANA

Lee Lien Yoong
SNA
12 Februari 2020


11 February 2020

MAHARANI SUTERA WANGI

Satu karya yang sangat berat dan penuh dengan imaginasi yang begitu tinggi. pengjiwaan yang begitu berat dan pelbagai watak yang membawa watak yang berbeza-beza.

Entah darimana datangnya semangat menulis cerita seperti ini. Namun saban hari, saban waktu, tak pernah berhenti idea yang datang bagaikan aliran sungai yang tidak ada penghujung. Malam berganti siang dan sebaliknya, pasti akan muncul idea-idea untuk terus menulis.

Aku tak pasti sama ada naskah ini akan diterima atau akan aku pamerkan kepada yang lain, tapi ianya sesuatu yang lain dari tulisan-tulisan aku yang sebelumnya. 

Yang pasti drama historical korea pasti menjadi inspirasi untuk aku siapkan cerita ni. Terutama Empress ki.

Aku pun tak tahu kenapa imaginasi aku teruk betul. 

Tapi apa yang aku harap, cerita ni dapat disiapkan secepat yang mungkin.

"DIALAH PENAKLUK AKHIR BUMI SUTERA WANGI. SELEPAS DIA, BUMI INI AKAN DITENGGELAMI AIR SEHINGGA TIDAK AKAN TERCATAT DIDALAM DUNIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA LAGI. DIALAH YANG AKAN MENAMATKAN CERITERA SUTERA WANGI DARI MUKA BUMI INI. DIALAH SATU-SATU PENAKLUK AGUNG YANG DIHORMATI DAN MEMBAWA SEMUA RAKYATNYA HILANG HANYUT BUAT SELAMANYA." - ANDAK

Lee Lien Yoong
SNA
11 Februari 2020



10 February 2020

ABAM BOCEY kembali ke rahmahtullah...

Hari ni, negara dikejutkan dengan kepergian seorang anak seni yang pernah menghiburkan kita dengan lawak jenakanya, iaitu Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Abam Bocey.

Beliau merupakan ahli kumpulan BOCEY  yang dibarisi oleh dia dan dua orang ahli lagi iaitu sahabat baiknya sendiri, Achey dan Fad.

Sudah pasti semua rakyat malaysia merasai kepergian beliau apatah lagi ahli keluarganya.

Ternyata disebalik abam yang merupakan seorang pelawak, dia adalah seorang anak yang sentiasa berusaha menyenangkan ibu dan adik beradiknya. Begitu banyak amalan yang dia lakukan tanpa pengetahuan umum. 

Dia banyak bersedekah kepada orang yang memerlukan, dia membantu ahli keluarganya tanpa mengalah dan berkira. Dia mendatangi majlis-majlis ilmu setiap kali punya waktu yang lapang. 

Bukti kasih Allah kepada anak yang mentaati ibunya ini, ramai yang datang membanjiri masjid untuk sembahyangkan jenazahnya.

Bukti kasih Allah kepada abang yang sentiasa membantu meringankan beban adik beradik ini, ramai yang mendatangi tanah perkuburannya bagi menguruskan pengembumiannya. 

Bukti kasih Allah pada manusia mulia ini, para alim ulama turut mengiayakan kebaikan dan mendoakan agar dia dipermudahkan urusan ketika menghadap Allah.

Bukti kasih Allah pada insan yang banyak bersedekah ini, ramai sahabat dan semua orang diluar sana mendoakannya.

Semoga damai dikau disana wahai insan mulia. Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.

"KITA SUSAH KITA DIUJI. KITA SENANG LAGI KITA DIUJI SEBENARNYA. TAPI PALING PENTING SEBELUM NAK TOLONG ORANG LAIN, TOLONG AHLI KELUARGA SENDIRI DULU. SEBAB MAJORITI GELANDAANGAN DILUAR SANA SEBAB DIA SUSAH SEBAB ADIK BERADIK DIA TAK TOLONG. JADI ADA REZEKI LEBIH, KITA TOLONG ADIK BERADIK KITA. SUPAYA MEREKA TAK JADI MACAM TU." - ARWAHYARHAM SYED UMAR MOHKTAR (ABAM)

Lee Lien Yoong
SNA
10 Februari 2020


Image result for abam bocey art

9 February 2020

ABAIKAN

Salah satu tindakan bijak yang perlu diambil adalah abaikan orang yang tak penting dan buat otak kau berserabut. Jika dia ingin hidup selesa dengan sikap bongkak serta tidak mahu belajar dan berlagak tahu tentang semua perkara, biarkan.

Selagi tidak menjejaskan diri dan tidak menyebabkan kamu terlibat di dalam kemalangan yang disebabkan oleh dia, biarkan.

Tak perlu dihiraukan dengan sikap dia yang sambil lewa dan tidak mahu belajar dari orang 'rendah' sepertimu. Sepatutnya itu bukan lagi sebuah kebimbangan, kerana kau terlepas dari beban untuk mengajarnya.

Hidup ni satu jer, respect orang dan selalu be humble. Tak perlu berlagak dan ketepikan orang yang ingin berkongsi ilmunya, meski kita dah tahu pun apa yang akan diajar pada kita.

Tak kisah sehebat mana pun kita, kita masih berpijak di atas bumi yang sama, tak ada bezanya. Yang membezakan kita bukan ilmu. Tapi amalan. Allah tak pandang pun pakar bedah, ahli sain, alim ulama. Yang Allah pandang amalan seseorang itu selama mana dia hidup. 

Jadi abaikan orang-orang seperti ini, ianya hanya akan merosakkan hari-harimu.

"PEJAMKAN MATA, PEKAK TELINGA. ABAIKAN ORANG-ORANG YANG HANYA MEMBAWA AURA NEGATIF. MEMBAZIR KALAU TETAP DILAYAN." - SNA

Lee Lien Yoong
SNA
09 Februari 2020



8 February 2020

SOMBONG!

Mahu kemana hidupmu dengan kesombongan?
Mahu jadi apa hidupmu dengan kesombongan?
Mahu sepertimana jalan hidupmu dengan kesombongan?

Sepertimana hujung jalan hidup kita ini apabila kesombongan menjadi raja di hati? Seperti apa pengakhiran kita ini apabila sombong yang menjadi pengemudi jiwa?

Apa kerana ilmu kita yang hanya sekecil punya, membuatkan kita menjadi sombong untuk bertanya pada orang yang lebih dianggap rendah pendidikannya dari kita?

Apa kerana berdepan dengan orang yang kurang bijak dan berpendidikan membuatkan kita hilang adab ketika mendepaninya? 

Apa kerana kita merasakan kita orang yang berilmu dan berpendidikan membuatkan kita tidak perlu bertanya atau belajar dari orang yang kurang pendidikan dan pengetahuan? 

Apakah perkataan untuk bertanya itu sudah tidak berdaftar di dalam diri seseorang ketika berdepan dengan orang yang dipandangannya sungguh rendah tempat seseorang itu?

Rasulullah yang gurunya adalah Allah dan malaikat Jibril, yang ilmunya lebih tinggi, yang dijamin syurga merupakan tempat dia, yang dihormati oleh ramai ilmuwan, pun tidak sombong.

Siapa kita? 

"HILANG KEINGINAN UNTUK BERJABAT TANGAN DENGANMU BUKAN KERANA IRIKU TERHADAP ILMUMU, TAPI BENCIKU TERHADAP KURANGNYA ADABMU. KAU MUNGKIN ORANG YANG BERILMU BAHKAN MUNGKIN LEBIH TINGGI ILMUKU DARI ILMUKU YANG BEGITU SEDIKIT. NAMUN JIKA KAU INGIN BERTARUH ADAB DENGANKU, KAU PASTI KELELAHAN." - NUR AMALINA ABD RAHIM

Lee Lien Yoong
SNA
08 Februari 2020



7 February 2020

ADAB mencerminkan ilmu.

Zaman sekarang ni aku makin hairan dengan kerakusan manusia yang menakluk ilmu yang hanya lebih kecil dari zarah di hadapan Allah.

Ilmu tak sebesar mana, panjang usia sebatas tumbuhnya jagung. Tapi bongkaknya dia, sampai hilang adab dengan orang yang lebih dewasa.

Segulung ijazah sudah mampu membutakan mata, menggelapkan hati untuk merendah diri dan berasa orang lain mungkin jauh lebih berilmu.

Apabila berdepan dengan orang sebegini, awasilah diri sendiri berbanding mempedulikan kerasukan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Kerana sesungguhnya orang yang benar-benar berilmu akan tahu menjaga adab dan akhlaknya ketika berdepan dengan orang lain. Orang yang benar-benar berilmu akan menghormati dan sentiasa merasa rendah diri dengan menganggap ilmu yang dia punya bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan dengan adab yang perlu dijaga. 

Adab itulah yang mencerminkan keperibadian ilmu pada diri seseorang.
Kalau kita berilmu tapi tidak mempunyai adab dan akhlak, sesungguhnya apa kata Syekh Abdul Qodir Al Jalani, "kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya dari manusia,"

Jadi jika kita hanya punyai ilmu tapi tidak beradab atau hanya meletakkan kehormatan kepada segelintir orang dan bukan seluruhnya, maka apa bezanya diri kita dengan syaitan?

Jangan hanya kerana kita merasa diri kita lebih tinggi ilmu dan tempat dimata Allah, kita memandang rendang dan hilang adab kepada orang lain. Kita tidak akan tahu sama sekali bagaimana pengakhiran kita dan pengakhiran orang yang kita pandang rendah serta tidak hormat padanya.

Sentiasalah beringat bahawa nikmat mendapat ilmu itu semua dariNya. Dan bila pun itu serta bagaimana pun itum sekiranya Dia memutuskan untuk menarik semula nikmat ilmu yang kita punya itu, tidak akan ada satu kuasa pun yang mampu menghalangi. 

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan pinjaman Allah dan menjadi orang yang lebih rendah hati dan kehidupan.

"APABILA KAU MENGHORMATIKU DENGAN ADAB SERTA AKHLAKMU DAN BUKAN MENEGAK EGOMU YANG KONONNYA BERILMU DIHADAPANKU, AKAN KU LAYANIMU DAN MULIAKANMU DENGAN KESOPANAN DAN KERENDAHAN HATI. NAMUN JIKA KAU MENAYANGKAN KESOMBONGANMU YANG KONONNYA ILMUMU LEBIH TINGGI DAN LUAS DARIKU DIHADAPANKU, IBLIS YANG ILMUNYA LEBIH TINGGI DARI KAU, AKU DAN MANUSIA YANG LAIN, TURUT AKU MUSUHI, APATAH LAGI DIRIMU." - NUR AMALINA

Lee Lien Yoong
SNA
07 Februari 2020



Saturday, 8 February 2020

6 February 2020

FLY

Tak ada yang menarik...
Aku tak tahu nak tulis apa hari ni, macam tak ada benda nak tulis.
Cuma dari tadi aku fikir macam nak masuk kelas bahasa Korea.
Nak sangat belajar bahasa tu.
Bukan bahasa tu,

hokkien
mandarin
english
hangul
jerman
japane
arab

Lee Lien Yoong
SNA
06 Februari 2020


Wednesday, 5 February 2020

5 February 2020

APAKAH PAHIT AKAN MANIS PADA AKHIRNYA?

Hari ni aku dikejutkan dengan pertanya seorang teman tentang perasaan seorang wanita terhadapnya, yang dimana wanita tu tahu tentang status dia yang bergelar suami orang!
Wanita itu mengatakan dia sedar bahawa temanku adalah milik orang, bapa kepada dua orang anak, suami kepada seorang wanita!
Namun tetap sahaja hatinya menginginkan lelaki temanku itu.
Disaat aku mendengarkan itu, tak mampu aku bayangkan jika wanita itu berada di hadapanku. Adakah aku mampu mengawal diri, adakah aku mampu memberi senyuman atau aku akan dihukum dengan seksyen 302 kanun keseksaan dan dibaca dengan seksyen 34 kanun keseksaan yang membawa hukum mati!
Dia tahu lelaki tu SUAMI ORANG!
Dia tahu lelaki itu BAPA ORANG!
Apa spesies lelaki dah pupus macam binatang dirimba ke??
Allahuakhbar!
Dan yang paling tak boleh diterima!
Bila lelaki tu mengaku yang sebenarnya dia pun ada rasa yang sama dan siap untuk berbagi kasih!
Allahurabbi!
Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan aku kalau ditempat isteri dia!
Dengan mudahnya dia berkata demikian, disaat ada wanita yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya! 
Dengan mudahnya dia berkata mahukan lagi wanita lain selain wanita yang sudah berkorban banyak hal untuk hidupnya.
Allahurabbi.
Semoga kau diberikan hidayah wahai sahabat.
Rasulullah tidak berkahwin lebih dari satu untuk kepuasan hati dan nafsu.
Bahkan dia muliakan semua isterinya dan punya sebab tersendiri yang tidak langsung terkait dengan keinginan peribadi mahupun nafsunya.
Tapi kalian kaum adam! Sering kali mengatakan mengikuti sunnah rasulullah disaat ingin menegakkan kemahuan serakah kalian!

"Janganlah mengatakan kau contohi rasulullah kerana berkahwin lebih dari satu. Sedangkan mencontohi rasulullah yang setia disisi Khadijah tanpa ada duanya hingga hujung usia Khadijah pun kalian tidak mampu. Usahlah mengatakan lebih dari satu itu hebat, sedang untuk taat pada yang Satu pun kalian paling tidak setia!" - Nur Amalina

Lee Lien Yoong
SNA
05 Februari 2020 


4 February 2020

ADIK BERADIK

Semakin dimamah usia, semakin waktu berlalu, aku mulai takut akan kehilangan sesuatu..
Iaitu nikmat kebersamaan dengan adik-adik.
Adik-adik ni,
Diaoranglah penawar, diaoranglah racun...
Diaoranglah penyakit, diaoranglah ubat...
Diaoranglah musuh, diaoranglah sahabat...
Diaoranglah derita, diaoranglah bahagia...

Bila aku tatap satu persatu wajah diaorang, aku rasa rindu yang sangat dalam pada wajah kecil diaorang suatu ketika dahulu.
Angah yang sering merengek mahukan susu walaupun ketika itu sudah berusia enam tahun.
Bermacam cara umi berusaha untuk buat dia berhenti menyusu, dan semuanya berakhir ditangan aku, apabila aku mulai menyorokkan botol susunya dan menyebabkan dia tidak tidur lena tidak kenyang makan. 
Kerana ketegasan dan kerasnya hatiku ketika itu, akhirnya dia berhenti menyusu botol. 
Uda yang sering tidak mahu dicuci kencing dan beraknya oleh orang lain melainkan aku. Dia tidak akan membenarkan orang lain menyentuh punggung dan kemaluannya melainkan aku. Hanya aku yang akan menjadi pilihan untuk membersihkan dirinya dan memberi makan serta menidurkan dia.
Baby yang cukup istimewa dengan sikapnya yang tersendiri. Yang satu-satunya adik yang pernah menerima pukulan rotan, tali pinggang dan hanger dariku. Namun dia yang paling sering membantu serta melakukan apa sahaja arahanku.
Kini mereka semua sudah beranjak dewasa.
Kini mereka semua sudah punya cita-cita dan cinta sendiri.
Kini mereka semua sudah punya sayap untuk terbang tinggi tanpa aku lagi.
Setiap moment pertengkaran kami tika kecil dahulu, pasti berakhir dengan tawa dan tidak disimpan dalam hati.
Kini setelah usia dimamah waktu, hati dan fikiran sudah mula menua, setiap perkataan akan dibawa masuk  kedalam hati dan disimpan sehingga menjadi nanah.
Kini bila pertengkaran sudah semakin keras dan dingin diantara satu sama lain.
Kini bila bersalah faham akan sering berpanjangan.
Kini bila bermasam muka akan menelan hari untuk berbaikan.
Yang memakan hati dan bersedih sudah pasti umi yang tercinta.
Apabila menyedari akan hal itu, kami akan berbaik semula.
Tidak lagi sehingga menelan minggu tidak bersapa, tidak berpandangan. Semuanya masih dalam kawalan.
Dan aku selalu berharap, itu tidak akan terjadi. 
Sejauh mana nanti kami berpisah, Seberapa lama tidak bersua muka.
Aku berharap, hati kami sentiasa dekat dan saling mengingati antara satu sama lain. 

"Along tak akan tinggalkan adik-adik along! Itu janji along! Kalian adalah permata yang terindah hadiah dari Allah. Semoga Allah kumpulkan kita lagi disyurgaNya nanti. Aamiin... aamiin.. ya rabbal alamin." - Kak long.

Lee Lien Yoong
SNA
04 Februari 2020


3 February 2020

HARAPAN

Semua orang dalam hidup ni, perlukan harapan..
Aku jugak tak terkecuali. Siapa kata hidup bersendiri itu menyeronokkan? Hidup bersendiri itu sebenarnya sepi, tapi untuk apa dikelilingi ramai jika tiada harapan untuk bahagia di hati?
Aku sering kali menyuapkan harapan kepada orang sekeliling, dan sering kali harapan itu aku lukai dengan menghancurinya.
Aku sering mengecewakan orang dengan memberi harapan.
Yang akhirnya aku turut dihancuri dengan harapan-harapan palsu dari yang bergelar MANUSIA.

Sungguh Allah tak pernah mengecewakan hambaNya dengan harapan yang selalu Dia berikan dengan menjanjikan kenyataan.
Tapi manusia lebih gemar menaruh harapan pada yang bergelar manusia. Sedang manusia itu miliki fikiran yang sentiasa baru dan hati yang sering berubah.

Aku tidak terkecuali.

Namun memang lumrah kehidupan, semua orang perlukan harapan untuk terus bertahan hidup.
Manusia sentiasa letakkan harapan untuk bangkit dari kejatuhan meski dia tidak pasti sama ada harapannya itu bisa dikecapi atau tidak.
Namun dengan harapan, seseorang boleh jadi seperti apa yang mereka inginkan.
Dengan harapan, seseorang tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupannya meski penuh onak duri.
Dengan harapan, seseorang akan terus menyayangi tanpa henti dan tiada hentinya. 
Dengan harapan, seseorang berjaya peroleh atau kecapi impian itu.
Kerana harapan.

"Aku selalu berharap dapat keluar memancing dengan ayah di sebuah tasik yang tenang sambil mendengar suara kicauan burung serta angin tenang bertiup membantai tubuh kami.
Aku selalu berharap ayah akan bergambar bersama denganku disaat aku kecapi sebuah kejayaan.
Aku selalu berharap ayah akan menyapu airmataku disaat aku dikecewakan oleh seorang manusia bernama lelaki.
Aku selalu berharap ayah akan bertanyakan perasaan yang aku pendam selama bertahun lamanya.
Aku selalu berharap kami dapat menjernihkan apa yang telah keruh kerana keegoan seoran anak dan seorang bapa.
Aku selalu berharap ayah akan mendakap erat tubuhku dan mengatakan bahawa aku anak yang dia kasihi dan aku anak yang terbaik buat dia selama hidupnya.
Aku selalu berharap ayah akan tersenyum dengan setiap perbuatanku dan mengatakan apa yang aku buat adalah betul.
Aku selalu berharap ayah dan umi akan ada di syurga yang paling bahagia. Dan ketika itu aku turut ada disitu bersama dengan adik-adik yang aku sayangi serta sikecil kesayanganku." - Nur Amalina Abd Rahim

Lee Lien Yoong
SNA
03 Februari 2020