Tuesday, 16 April 2013

Ini Lukisan Hidup



Inikah gambaran sebenar untuk diriku ya Allah? Inikah perjalanan yang harus aku tempur ya Allah.
Ya Allah aku hanyalah hambaMu yang tidak berdaya, saat menghadapMu mahapun apa yang sedang aku lakukan, aku terasa amat kerdil didepanMu ya Allah. Ya Allah inilah takdirMu yang selama ini aku cuba hindari.
Ya Allah dahulu aku pernah gagal dalam memiliki sebuah cinta dari seorang lelaki yang diberi nama 'Safiudin'. Dan aku pernah mengesalinya. Kerana takdir itu aku belajar untuk tidak memikirkan perasaan itu lagi.
Kesibukan karier menjadi tunggak utama dari memikirkan soal hati.
Namun kini ia datang lagi diatas kehendakMU... Biar sejauh mana aku berlari, perasaan itu tetap wujud.
Benar kata umi sesungguhnya kita manusia biasa yang memerlukan perhatian.
Ya Allah aku menghindari, namun ia kunjung jua... Apa yang harus aku pilih?
Adakah aku perlu membiarkan ia hadir menyubur dihati?
Adakah aku perlu membuangnya jauh dari dasar hati?
PetunjukMU menjadi harapan hala tujuku...
Apa pun takdirMU aku terima seadanya, sesungguhnya ketentuanMU adalah sebaik-baiknya buat diriku...
Daku percaya suatu saat nanti bila waktu itu tiba, aku telah bersedia..

Cinta tak selalu ada dengan Jodoh
tapi
Jodoh selalu ada dengan cinta
Maka Jodoh itu menjadi kepercayaanku dari cinta yang mungkin hanya sia-sia..
InsyaAllah,....

Nukilan untuk diri ini....
Nuur Amalina Rahim 29/7

Aku Pengganti Itu Episod 44


Nubhan masuk kedalam bilik Najihah dengan berhati-hati, gadis itu sedang terlena diatas katil. Pembaringan mengiring untuk keselesaan perutnya yang semakin buyut. Wajah itu kelihatan sangat berseri-seri biarpun agak pucat sedikit. Mungkin aura anak lelaki yang sedang dikandungkan itu memperlihatkan lagi kejelitahan Najihah.
Nubhan menghampiri katil tidur itu dengan perlahan, dia merebahkan punggung di birai katil. Dengan tidak semena-mena, Nubhan memegang lembut tapak kaki Najihah yang agak membengkak itu. Lalu dikucup dengan penuh kesyahduan.
"Asalamualaikum isteri. Maafkan abang kerana menyakiti hati Jihah. Maafkan abang kerana tidak menghargai Najihah. Maafkan abang kerana curang pada Najihah. Maafkan abang kerana memilih dosa dari Najihah yang benar-benar halal untuk abang. Maafkan abang kerana terlalu banyak mengasari Najihah. Maafkan abang kerana mengabaikan Najihah. Maafkan abang kerana tidak mengambil berat mengenai Najihah. Maafkan diatas segala dosa-dosa abang. Maafkan abang Najihah." Menitis air mata di tapak kaki si isteri.
Najihah yang tersedar, mendengar setiap bait kata Nubhan dengan jelas. Setelah tidak mendengar Nubhan bersuara lagi, pantas dia bangun dari pembaringan dan menolak kasar tubuh badan Nubhan sehingga lelaki itu agak terhuyung-hayang.
"Kenapa abang datang sini? Kenapa abang tunjuk muka depan Jihah lagi?? Abang tahu tak, dalam hati Jihah ni dah tak ada nama abang. Nama abang dah mati dalam hati Jihah. Hati Jihah dah cukup terluka, hampir tiga Jihah bersabar dengan apa yang abang buat! Tapi apa yang Jihah dapat? Jihah dah cukup menderita, dan Jihah tak nak menderita lagi! Abang pergilah pada Merlieana! Dia sayangkan abangkan, dan dia tak nak abang tinggalkan diakan? Abag pergilah pada dia, dia tahu bagi abang kebahagian. Jihah tak tahu!" Herdik Najihah penuh kekesalan. Najihah tidak memandang wajah Nubhan, dia hanya melepaskan pandangan keluar tingkap dan membelakangi Nubhan. Najihah takut dirinya akan kalah bila merenung wajah yang amat dirindui itu.
"Maafkan abang Najihah, beri abang peluang. untuk tebus semua kesalahan abang. Abang cuba akan cuba perbaiki semua kesilapan. Tolong Najihah, beri abang peluang." Nubhan cuba menghampiri gadis itu dan memegang bahu Najihah, namun pantas dielak oleh Najihah. Nubhan bertekad untuk memiliki semula keluarganya.
"Peluang apa yang abang nak lagi bang? Abang rasa Najihah perlu beri peluang apa kali bang? Terlalu banyak peluang yang dah Najihah bagi! Macam nilah bang, kalau abang dah tak sayangkan Jihah, atau abang memang tak sayang Jihah. Lepaskan Jihah!" Najihah terus-terusan menghamburkan kemarahannya pada si suami, airmata terus-terusan merembes keluar.
Nubhan melompat turun dari kati dan berlalu didepan Najihah, dia melutut didepan gadis itu. " Tolong Jihah, jangan cakap macam tu. Abang sayangkan Jihah, abang tak nak kehilangan Jihah dnegan anak kita. Berikan abang peluang terakhir! Berikan abang peluang untuk membuktikan bahawa abang sayangkan Jihah dan anak kita yang akan lahir. Tolong sayang,."
Najihah gagal mengawal perasaannya, saat merenung wajah Nubhan. Bukan kebencian yang muncul dalam hatinya malah kerinduan yang paling teramat. Menitis airmata kekalahan. Biarpun berulang kali kecewa dengan lelaki itu namun Najihah tetap tidak takut untuk menerima lelaki itu untuk sekian kalinya. Pantas dia mendakap tubuh Nubhan yang amat dirindui selama ini. Dia menghamburkan segala kekecewaan didada bidang lelaki itu.

NUUR berdegil untuk keluar dari hospital sebaik sahaja Farish menceritakan keadaan Najihah yang hidup terumbang-ambing tanpa suami disisi. Marahnya kini pada Nubhan mula membuak kembali. Namun sikap degilnya menimbulkan kerisauan pada Doktor Firdaus.
"Cik Nuur, sebenarnya cik belum dibenarkan keluar dari hospital ni." Doktor Firdaus masih berkeras untuk tidak mengizinkan Nuur keluar dari hospital.
"Saya perlu keluar! Sebab saya perlu jumpa adik saya. Adik saya perlukan saya, dan doktor jangan cuba halang saya!" Nuur masih juga berdegil, malah cuba mencabutkan wayar saluran darah, saluran air dan mesin bantuan pernafasannya. Nuur amat memerlukan bantuan mesin pernafasan kerana nafasnya buat masa ini agak lemah dan tidak stabil.
"Bukan saya cuba menghalang cik Nuur dari berjumpa dengan adik cik Nuur. Cuma  masalahnya sekarang, keadaan kesihatan cik Nuur, amat tidak mengizinkan. Cik Nuur perlukan peralatan-peralatan hospital ini untuk membantu Cik  Nuur bertahan, bernafas dengan baik. Cik Nuur masih dalam keadaan yang amat kritikal. Dan kami percaya, bahawa cara pemikiran dan pandangan mata Cik Nuur agak kabur. Begitu juga dengan ingatan Cik Nuur kan? Betul tak saya cakap?" Doktor Firdaus semakin tidak betah dengan kedegilan Nuur.
Biarpun Nuur akui semua itu, namun dia masih berdegil untuk keluar dari hospital dan mencari Najihah. Dia menyesal selama ini kerana cuba mengelak dari bertemu dnegan adiknya dan tidak mengambil berat mengenai Najihah. " Saya tetap dengan keputusan saya! Saya nak kelaur dari hospital ni! Bagi saya surat hospital yang mengatakan saya akan menanggung segala risiko yang menimpa diri saya selepas ni. Saya nak keluar sekarang juga!" Keputusan Nuur menampakkan keputusan muktamad.
Doktor Firdaus hanya mampu mengeluh lemah. Sesungguhnya dia amat merisaukan keadaan Nuur, entah kenapa sejak-sejak ini kesihatan Nuur terlalu dititikberatkan.
Setelah siap menandatangani surat tanggung risiko, Nuur mencabut semua wayar-wayar yang melekat ditubuhnya, serta merentap saluran darah ditangan kiri dan mengakibatkan terpancut darah-darah pekat diatas katil. Tapi dia tidak mempedulikan semua itu, malah bersemangat turun dari katil dan berlalu meninggalkan hospital.

FARISH merenung wajah tua Puan Zaini, yang kelihatan keresahan. Wajah itu membuatkan Farish berasa hairan. Setahunya waktu dia keluar pagi tadi ketika hendak melawat Nuur, Puan Zaini kelihatan ceria.
"Mama? Kenapa ni, resah semacam je. Mama tak sihat ke?" Soal Farish sebaik sahaja merebahkan punggung disofa ruang tamu rumah Puan Zaini.
"Hang pi mana Farish?" Soal Puan Zaini agak resah.
"Saya pergi melawat Nuur mama. Minta maaflah sebab tak beritahu mama tadi." Farish mengambil pendekatan menganggap keresahan diwajah Puan Zaini kerana tidak mendapat perkhabaran darinya.
"Nuur lagu mana? Sihat ka depa?" Mendengar nama Nuur disebut, perasaan Puan Zaini semakin resah gelisah.
"Doktor kata, walaupun dia dah sedar, dia masih dalam keadaan kritikal. Sebab penglihatan, pemikiran serta ingatan masa lalu masih kabur. Pergerakan dia pun belum stabil sepenuhnya, sebab banyak bahagian anggota badan dia mengalami bengkak besar." Jelas Farish penuh kehampaan.
"Dia lagu mana sekarang Farish. Ingat tak kat hampa?" Soal Puan Zaini. Menitis airmata kesedihan. Betapa besarnya dugaan yang menimpa anak-anaknya.
"Sekejap dia ingat, sekejap dia tak ingat. Ingatan dia lemah mama. Buat masa sekarang, tak ada jaminan apa-apa bagi ingatan dia." Farish mengeluh kehampaan, dia berdiri berlalu meninggalkan mamanya untuk ketandas membersihkan dan melaksanakan solat fardhu maghrib.
Puan Zaini melayan perasaan sedihnya, sedih mengenang nasib yang menimpa anak-anaknya. Dia sempat terfikir dirinya bersalah diatas setiap apa yang terjadi ini.
"Mama, mari kita solat. Dah nak masuk waktu ni." Tegur Farish sebaik sahaja keluar dari pintu bilik dan melihat mamanya masih merenung lantai dalam keadaan yang sedih.
"Baiklah Farish. Tunggu mama sat na, mama nak pi ambil wudu'" Puan Zaini berlalu dengan lemah ke bilik air. Ada baiknya seruan Farish tadi, menghadap Allah adalah salah satu perkara yang sebaik-baiknya untuk mengadu nasib. Tidak lama dia masuk kedalam bilik air, azan Mahgrib berkumandang, azan itu dilaungkan oleh Farish. Kedengaran amat merdu dan sayu sekali.

Friday, 12 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 43

FARISH tidak terkejut apabila menerima mesej dari orang yang tak dikenalinya, sebaliknya dia terkejut mengenai isi mesej itu. Setelah menerima maklumat yang mengatakan tunangnya Nuur kemalangan dan berada dihospital, Farish bergegas ke hospital yang dimaklumkan didalam mesej tadi.
Tiba dihospital Farish bergegas ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan keberadaan Nuur. Setelah menerima maklumat itu, dia pantas ke bilik yang menetapkan Nuur dirawat.
Saat berada didepan pintu bilik yang menempatkan Nuur dirawat, jantung lelaki itu berdegup tidak teratur. Dengan perlahan dia memulas tombol pintu dan terlihatlah sekujur tubuh tidak bermaya terlantar diatas tilam. Menitis airmata dipipi apabila melihat Nuur yang terlantar ibarat mayat tidak bernyawa, pucat lesi ibarat tanpa darah. Keayuan gadis itu ibarat pudar dibawa angin lalu. Farish duduk dengan perlahan dikerusi bersebelahan katil Nuur sambil pandangan tidak beralih dari merenung gadis itu.
"Nuur. Apa dah jadi ni?" Suaranya benar-benar sayup kedengaran. Dia tidak menjangka penderitaan yang dihadapi oleh tunangnya. Hampir tersedu sedan Farish menangis.
Nuur tersedar dari lena apabila mendengar suara tangisan yang berhampiran ditelinganya. Dengan begitu perlahan dia membuka mata dan menoleh kearah sebelah yang kedengaran suara tangisan tadi.
Terlihat Farish yang sedang menutup wajah dengan kedua belah tapak tangan, menangis tersedu sedan.
"Farish!"
Esakan Farish terhenti sebentar apabila mendengar namanya dipanggil, pantas menoleh kearah Nuur. Nuur merenung wajahnya tanpa berkerdip.
Sepanjang Nuur sedar, itulah perkataan pertama yang terpacul dibibirnya. Farish!
"Nuur, macam mana boleh jadi macam ni wak? Apa yang dah jadi pada awak?"
Tak sempat Nuur menjelaskan sebarang penjelasan, ketukan dipintu mematikan niat. Terpacul wajah Nubhan dengan senyuman.
Nubhan tidak terkejut melihat wajah Farish, kerana dia mengecam wajah lelaki itu, sama persis dengan penghias skrin telefon bimbit Nuur.
"Encik Farish?" Sapa Nubhan lembut sambil menghampiri Farish dan ingin berjabat tangan dengan lelaki itu.
"Awak ni siapa?" Soal Farish dengan nada yang mendatar. Huluran tangan Nubhan tidak disambut.
"Saya sahabat Nuur. Dan saya yang menghantar sms kepada Encik Farish tadi." jawab Nubhan lembut. Tangannya masih dihulur agar bisa disambut.
 Dengan perlahan Farish menyambut huluran tangan itu. Entah kenapa terdetik rasa cemburu dihati.
"Nubhan." Panggil Nuur perlahan.
Nubhan memandang kearah Nuur dan mengangguk tanda men-ia kan panggilan Nuur.
"Macam mana saya boleh ad dekat sini?" Soal Nuur yang masih bingung dengan keadaannya saat ini.
"Buat masa ni saya tak boleh jelaskan apa-apa pada awak. Saya cuma nak awak berehat dahulu. Bila keadaan betul-betul dah stabil baru saya explain semuanya pada awak. Okey." Pujuk Nubhan. Dia tidak mahu penjelasannya hanya akan menambahkan tekanan pada Nuur. Apatah lagi nasihat doktor agar Nuur tidak banyak berfikir.
Farish yang sekadar menjadi penonton tiba-tiba berdiri apabila mengingatkan sesuatu. Dia memandang tajam kearah Nubhan. " Kau Nubhan?" Soal dia dengan nada begitu mendatar.
"Ye, saya Nubhan." Nubhan berasa hairan dengan bahasa yang digunakan Farish saat ini.
"Kau suami Najihah??" Soal Farish sekali lagi. Dia ingin memastikan apakah benar lelaki yanbg berdiri didepannya saat ini adalah lelaki yang dicari selama ini.
"Ye, mana kau tahu aku suami Najihah? Apa kaitan kau dengan Najihah." Nada suara Nubhan turut berubah  apabila nama isterinya disebut-sebut.
Apabila tepat jangkaannya, satu tumbukan padu mengena diwajah Nubhan. Nubhan yang teperanjat dan tidak dapat mengagak tidakkan Farish terhumban kebelakang. Nuur turut terbangun dari pembaringan, dia benar-benar terkejut dengan tindakan Farish.
"Kenapa dengan kau ni??" Tengking Nubhan pantas bangun berdiri semula sambil memegang bibirnya yang berdarah akibat terkena tumbukan padu Farish.
"Kenapa dengan aku? Wei! Jantan tak guna, kau pergi cermin diri kau dari atas sampai bawah. Sepatutnya aku yang tanya kau! Mana kau pergi selama isteri kau menghilang? Kau sedar tak sekarang ni Najihah sedang sarat mengandungkan anak kau??? Dia sedang tunggu hari untuk melahirkan???" Terhambur segala kemarahannya saat ini. Dia tidak dapat membayangkan penderitaan yang Najihah lalui sepanjang ketiadaan suami disisi.
"Najihah mengandung?" Soal Nubhan. Dia benar-benar tidak tahu mengenai kandungan Najihah. Dia hampir tidak percaya dengan kata-kata Farish. Kerana baru hampir empat bulan Najihah meninggalkan dirinya mana mungkin Najihah sudah menunggu hari persalinan?
"Memang muka tak tahu malu! Isteri sendiri mengandung pun kau tak ambil tahu!" Herdik Farish dengan penuh kebencian. Hampir sahaja tumbukannya melayang sekali lagi, namun jeritan Nuur membantutkan tindakannya.
"Mana Najihah?" Soal Nubhan cemas. Jika ada kelebihan dipihaknya sudah pasti Farish dibelasah secukup-cukupnya kerana kelancangan mulut lelaki itu. Namun Nubhan terpaksa bersabar kerana segala maklumat keberadaan Najihah pasti ditangan lelaki itu.
"Najihah ada di rumah mama dia. Aku harap kau tak payah datang buat masa sekarang. Sebab mak mertua kau pun tak ingin nak tengok muka kau!" Sengaja Farish menyakiti hati lelaki itu. Dia tahu Nubhan tidak dapat berbuat apa-apa kepadanya, kerana lelaki itu menanggung rasa bersalah.
Dengan rasa penuh kesal Nubhan berlalu keluar dari bilik itu.
Nuur merenung Farish dengan penuh tanda tanya.

DENGAN penuh keterpaksaan, kini Merlieana sah bergelar isteri kepada Kamarudin. Perasaannya penuh kekesalan. Kerana takdir menghimpit dirinya bernikah dengan insan yang tak pernah diimpikan untuk hidup bersama. Apatah lagi diperlakukan tanpa berperikemanusian.
Sudah hampir dua minggu mencipta mahligai, Kamarudin tidak pernah melayani dirinya dengan baik, sebaliknya terajang, lempang dan pukulan menggunakan tali pinggang menjadi pilihan harian Kamarudin. Sejak bergelar isteri pada Kamarudin Merlieana dilarang untuk bekerja, alasan yang Kamarudin gunakan pada Datin Marina amat boleh diguna pakai, iaitu Merlieana sedang sarat mengandung anak mereka! Kononnya anak mereka!
Hari ini Merlieana tidak masak makanan malam untuk Kamarudin kerana kesihatannya tidak mengizinkan, lagi pula selama ini masakannya memang tak pernah diendahkan oleh Kamarudin. Al-maklumlah Merlieana bukannya dilahirkan pandai memasak, selama ini pun hanya pembantu rumah yang menyediakan makanan untuknya. Demi kerana menghormati Kamarudin sebagai suami, dia membeli buku-buku masakan dan melayari laman sesawang untuk mempelajari cara masakan-masakan melayu. Namun memang tidak pernah dimata Kamarudin melihat segala apa yang dikerjakan dirumah itu.
Merlieana merenung kearah telekung dan sejadah yang baru dibeli semalam, dan diletakkan diatas meja solek itu tanpa berusik. Renungannya agak lama, hatinya dilanda rawan. Pilu teramat, dia teringin sekali meminta Kamarudin mengajarinya solat dan mengaji, kerana sering kali dia melihat lelaki itu menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Namun dia yakin pasti Kamarudin tidak mahu mengajarnya, sedangkan melihat wajahnya sahaja Kamarudin tak sudi.
Menitis airmata kekesalan, selama ini hayatnya banyak dihabiskan dengan bersosial. Mabuk, menari dan berkaraoke lebih gemar menjadi pilihan. Selama ini solat hanya dipandang rendah olehnya, malah ajaran sembahyang yang diberi oleh ustazah ketika disekolah rendah tidak pernah diambil endah, bahkan mamanya sendiri tidak pernah mempraktikkan solatnya. Ketika berusia dua belas tahun, dia sudah dihantar belajar ke luar negara, hingga menyebabkan dia menjadi begitu liar, biarpun dia tidak menyerahkan tubuh badannya kepada lelaki namun pergaulan yang agak bebas memesongkan akhlaknya sebagai muslimah islam.
Terdetik dihati untuk mencari orang yang sudi mengajarnya bersembahyang.

Nubhan mencari kelibat Najihah dirumah mertuanya. Masuk kerumah tidak memberi salam, Puan Zaini lalu didepannya juga diendahkan, benar-benar menaikkan darah orang tua itu. Wajah Puan Zaini sudah berang menahan marah.
"Nubhan! Hang ni pasai pa? Tak ada adab ka, masuk rumah orang lagu ni?" Puan Zaini menengking menantunya dari arah belakang. Nubhan yang tadi seolah-olah mencari seseorang terus berhenti gerak langkahnya mendengar suara Puan Zaini mengalah tarzan.
"Mama, Nubhan minta maaf masuk tak beri salam tadi. Nubhan dapat tahu Jihah ada dekat rumah mama betul ke? Mana dia ma?" Soal Nubhan cemas, dia tahu tidak sepatutnya bertanya soalan itu pada mamanya. Berupa tidak masuk akal soalanya, seperti menbuka aib sendiri.
Pang! Satu tamparan singgah dipipinya yang masih ada kesan darah dan lebam akibat tumbukan padu Farish pagi tadi.
"Tau hang cari isteri hang na! Suami jenis apa hang ni??? Dah tau ada bini dok pi menggatai dengan betina lain pasai pa??? Kalau hang rasa nak hidup macam hang tu orang bujang, dulu tak payah pakat kahwin!" Berjeler bebelan Puan Zaini.
"Han tahu salah Han ma, berilah Han kesempatan memperbetulkan semua ni. Han menyesal diatas setiap perbuatan Han. Han minta maaf ma, izinkan Han jumpa Jihah." Nubhan melutut menghadap Puan Zaini, dia benar-benar menyesal diatas perbuatannya. Meskipun hatinya terlalu menyintai Merlieana dan tak sanggup kehilangan gadis itu, namun Najihah amanatnya kini. Apatah lagi dalam keadaan Najihah sedang sarat berbadan dua.
"Mama tak tau nak habaq lagu mana lagi Han. Kalau mama tau Han hanya nak buat hidup anak mama menderita, mama takkan pi jodohkan hang dengan Najihah. Hang pi lah bincang dengan Jihah. Depa ada dalam bilik tu. Kalau hang rasa rumah tangga ni tak ada jalan penyelesaiannya, Han lepaskanlah anak mama. Mama boleh jaga depa." Jelas Puan Zaini muktamad. Dia berlalu meninggalkan Nubhan diruang tamu. Bukan niat dihati untuk melukai hati menantunya. Tapi hatinya sendiri dah cukup terluka melihat penderitaan anaknya Najihah.

Wednesday, 10 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 42

HASIL pemeriksaan darah, jenis darah Nubhan dan Nuur sama dan boleh melakukan pendermahan darah. Nubhan bersyukur kerana diberikan keajaiban ini dari Allah. Keadaanya agak lemah kerana akibat dari proses pendermahan darah. Doktor menyarankan agar Nubhan diberi rehat dihospital itu untuk beberapa hari sehingga keadaan fizikalnya tidak stabil.
Biarpun disuruh untuk berehat Nubhan tetap berdegil, sebaliknya dia pergi ke bilik Nuur dan melawat gadis itu. Wajah Nuur kelihatan lebih pucat sebelum berlakunya pemindahan darah tadi. Kelihatan lebih tidak bermaya. Tak ubah seperti jasad sudah tidak bernyawa.
"Nuur, kuatlah Nuur. Saya ada dekat sini. Awak tak boleh lemah. Awak kena kuat." Pohon Nubhan. Bibirnya kelihat pucat dan merekah. Mungkin akibat kelesuan badannya yang masih lemah.
Menitis airmata kehampaan untuk kesekian kali. Dia tidak berani menyentuh jemari gadis itu. Khuatir akan menimbulkan kemarahan. Biarpun gadis itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Nubhan mencapai telefon Nuur yang disimpan didalam laci bersebelahan dengan katil Nuur. Wajah lelaki didalam gambar hias depan telefon menjadi tontonannya. Tiba-tiba terlintas difikiran Nubhan untuk menghantar sms pada lelaki itu untuk memberitahu keadaan Nuur. Pantas Nubhan mencari nombor tunangan Nuur didalam telefon bimbit gadis itu.

NUUR berasa dia berada disuatu tempat yang tak pernah dijejaki. Dirinya yang hanya memakai baju kurung serba putih dan selendang putih itu terpanggil kesatu arah yang memperlihatkan seorang yang amat dikenalinya.
"Farish." Sapa Nuur lembut. Wajah lelaki itu ditatap penuh rindu. Farish hanya memakai baju melayu serba putih siap dengan samping dan songkoknya seolah-olah mahu melangsungkan sebuah pernikahan.
"Nuur, maafkan saya kerana melukai hati awak. Memang saya mengasihi awak, tapi saya cintakan Najihah." Sebaik sahaja Farish menghabiskan kata-katanya dia menghulurkan tangan kanannya dan tiba-tiba ada seorang wanita yang menyambut jemari Farish. Wajah gadis itu kelihatan agar samar kerana diliputi kepulan embun. Seketika ternampakkanlah wajah Najihah disebalik embun pekat itu.
"Farish, kenapa ini yang terjadi? Setelah saya sayangkan awak? Kenapa awak pergi tinggalkan saya? Kenapa?" Soal Nuur lemah. Airmata mula menitis.
"Cinta tak boleh dipaksa. Awak berhak mencintai saya dan saya juga berhak mencintai Najihah." Bidas Farish. Dia berlalu bersama Najihah tanpa mempedulikan Nuur disitu.
Nuur terduduk di situ dengan tangisan yang tersedu sedan. kawasan yang hanya penuh warna putih menjadi kelam sepertimana hatinya saat ini. Nuur merasakan kehidupan itu tidak perlu lagi apabila ajal itu sedang menghampiri.

NUBHAN menjadi cemas apabila melihat Nuur seolah-olah sukar untuk bernafas. Airmata menitis ditubir mata gadis itu. "Nuur!" Nubhan tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Lantas tekad menggenggam jemari gadis itu. 'Nubhan disini Nuur. Tenang Nuur. Ingat Allah. Mengucap." Biarpun dia tahu Nuur didalam keadaan tidak sedar, namun dia harus berusaha. Tekanan Nuur turun mendadak. Nubhan menjadi semakin gusar.

NUUR berjalan meniti satu jambatan kearah sebuah cahaya terang. Namun langkahnya terhenti apabila dia dapat mendengar dengan jelas namanya dipanggil oleh seseorang. Terlalu sayu dan seolah-olah merayu.
Dengan perlahan ia menoleh dan melihat Nubhan memakai baju melayu serba putih mendekatinya.
"Nuur, kenapa Nuur nak pergi?" Soal Nubhan sayu, dengan lelehan air mata.
"Mungkin ini yang terbaik. Mereka dah tak sayang dekat saya Han." Jawab Nuur perlahan tanpa berkerdip memandang lelaki itu. Airmatanya turut menitis. Dirinya terasa kosong.
"Siapa yang tak sayangkan Nuur? Cuba Nuur beritahu saya"
"Farish tak perlukan saya, sebab ada Jaja disisinya."
"Awak pandang saya Nuur, kalau dia tak perlukan awak. Masih ramai yang perlukan awak. Teramat memerlukan awak. Belum masanya awak pergi, mari ikut saya balik. Awak tak boleh lemah. Mari."Pujuk Nubhan tanpa mengalah.
"Siapa yang perlukan saya Han? Siapa?" Nuur tidak mahu mempercayai kata-kata Nubhan. Dia tidak yakin.
"Ramai, keluarga semua perlukan awak dan sayangkan awak. Bahkan saya pun perlukan awak."
"Awak perlukan saya?" Soal Nuur aneh.
"Sebagai manusia, saya sayangkan awak." jawab Nubhan jujur sambil menghulurkan tangannya pada Nuur.
Nuur menung seketika sebelum menyambut huluran jemari Nubhan. Dia mengikuti lelaki itu berjalan kearah sebuah suasana yang agak gelap dan akhirnya Nuur tidak mengingati apa-apa.

Monday, 8 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 41


MERLIEANA hanya melepas pandang pada pantai yang mempunyai cerita dan rahsia tersendiri. Pantai yang setia bersama ombak menghempas pasir. Setiap kali ombak menghempas pasir, kedudukan pasir pasti beralih tempat. Seperti menangisi kesakitan dihempas sebegitu rupa. Begitu jugalah hatinya kini, dia terpaksa membiarkan badai menghempas hidupnya. Mungkin ini karma buatnya yang telah ia terima seadanya.
Kamarudin yang berdiri dibelakangnya merenung penuh erti kebencian. Perkahwinannya hanya atas dua dasar. Dia tidak mahu Merlieana menggangu gugat rumah tangga sahabat baiknya Nubhan dan Najihah serta untuk menyiksa kehidupan Merlieana yang baginya selama ini sudah cukup banyak memberi masalah kepada kehidupan Nubhan. Dia menghampiri gadis itu dengan perlahan.
"Kau nak apa? Sampai ajak aku jumpa dekat tepi sini?" Soal Kamarudin dengan nada kasar, sempat dia menonjol kepala Merlieana dari belakang.
Merlieana cuba bertahan biarpun sebelum ini dia tak pernah rela diperlakukan begitu. Namun kali ini entah kenapa jiwanya menjadi terlalu lemah, dan membiarkan orang sekelilingnya menginjak-injak dirinya.
"Kalau boleh aku tak nak jumpa kau langsung, dan tak nak muka kau. Tapi disebabkan anak dalam kandungan ni. Aku terpaksa jumpa kau." Jujur Merlieana tanpa memandang sekilas pun pada Kamarudin. Tumpuan lebih ditujukan pada lautan luas. Angin lembut dari pantai sering membantai wajah putih gebunya sehingga agak kemerahan itu. Perasaannya yang sedang menahan amarah turut menyumbang kepada wajahnya yang menjadi kemerah-merahan.
"Maksud kau?" Soal Kamarudin. Dia pantas berdiri benar-benar didepan Merlieana. Merenung wajah gadis itu, jantungnya derdetak laju. Sehingga kemarahan dan kekasaran umpama berubah menjadi lembut, pantas dia merenung kearah lain.
"Aku tahu kau takkan benarkan aku berjumpa dengan Nubhan dan paksa Nubhan untuk bertanggungjawab diatas anak kami. Jadi aku berserah dengan keputusan kau." Merlieana pasrah dengan takdirnya. Airmata yang hampir menitis ditahan semampunya.
"Apa yang buat kau setuju nak kahwin dengan aku ni? Kenapa, kau takut tak ada layanan untuk kau ke bila Nubhan jauh?" Herdik Kamarudin sambil tertawa sinis. Dia menyentuh lembut pipi gadis itu. Cuba menahan getar dihati.
"Aku tak pedulikan semua tu. Yang aku pentingkan, bapa untuk anak dalam kandungan aku ni. Aku taknak dia lahir tanpa bapa. Itu saja!" Bidas Merlieana kedengaran tegas. Tapi tidak pula pedulikan sentuhan Kamarudin itu.
"Baiklah! Kalau macam tu. Hujung bulan ni kita nikah tanpa ada sebarang persandingan." Ujar Kamarudin dengan megah berbaur arahan.
"Kalau itu yang kau nak, aku hanya turutkan." Merlieana akur dnegan takdir. Nubhan yang cuba dihubungi juga gagal. Hatinya kian terluka dengan tingkah Nubhan.
Kamarudin tersenyum puas dengan apa yang dimiliki kini. Percaturannya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Merlieana akan termaktub menjadi miliknya setelah akad berlaku.

NUBHAN merenung lemah kearah Nuur yang sedang terlantar tanpa sedar. Lelaki itu duduk dikerusi yang disediakan bersebelahan dengan katil Nuur. Dia tertunduk lemah memandang lantai. Tidak berhenti menyalahkan dirinya, menyebabkan kemalangan berlaku keatas Nuur.
'Maafkan saya Nuur, saya tahu semua ni salah saya. Kalau tak kerana saya benda ni takkan jadi. Saya janji akan usaha untuk awak.'
Sedang asyik merenung wajah gadis itu, doktor yang diarahkan merawat Nuur masuk ke dalam bilik pesakit tersebut.
"Selamat pagi Encik Nubhan." Sapa Doktor Firdaus lembut. Dia sudah terbiasa melihat Nubhan. Doktor Firdaus menganggap Nubhan adalah teman istimewa atau suami pesakitnya. Kerana sejak malam kelmarin hanya Nubhan yang setia berada disamping Nuur, dan menghilang sebentar untuk mencari ahli keluarga Nuur.
"Selamat pagi doktor." Jawab Nubhan lemah. Dia tahu Doktor Firdaus akan menanyakan soal ahli keluarga Nuur yang boleh mendermakan darah.
"Jadi macam mana Encik Nubhan, ada ahli keluarga pesakit yang boleh mendermakan darah?" Soal Doktor Firdaus sambil memeriksa keadaan Nuur yang masih terlantar dalam keadaan tidak sedar.
"Ahli keluarga dia sekarang adalah keluarga angkat. Saya tak dapat kesan dimana ahli keluarga kandung dia." Jawab Nubhan jujur dan agak lemah.
"Kalau macam tu, keadaan akan jadi lebih rumit. Untuk mencari sumber darah yang sama dengan jenis darah pesakit dihospital amat memakan masa. Sedangkan pesakit perlu melakukan operation secepat mungkin." Terang Doktor Firdaus yang turut punah harapan.
"Macam mana kalau doktor buat pemeriksaan pada saya? Boleh?" Soal Nubhan. Dia tahu itu harapan tipis tapi dirinya tidak putus harapan untuk melihat Nuur terus bernafas.
"Kalau macam tu, mari ikut saya ke bilik pemeriksaan darah." Doktor Firdaus tahu ini amat sukar namun dia juga tidak mahu operation diatas pesakitnya gagal.

ENTAH kenapa Puan Zaini jadi suka melihat Farish melayani anak kesayangannya Najihah dengan begitu mesra. Perasaan marah pada Nubhan mula bermukim, apabila terlintas difikirannya Nubhan seorang suami yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup meninggalkan isterinya yang berbadan dua semata-mata kerana kerja.
"Ma, awat dok menung lagu tu?" Soal Najihah pelik melihat mamanya yang sejak tadi memandang dia dan Farish tanpa kerdip.
"Tak ada apa eh. Mama cuma suka ja tengok hampa berdua lagu ni. Kalaulah dulu mama jo..." Kata-kata Puan Zaini tak sempat dihabiskan apabila Farish mencela.
"Macam mana dengan baju ni ma? Cantik tak? Farish yang pilih." Farish tidak mahu soal jodoh dipertikaikan lagi. Dia sudah cukup menerima Nuur sebagai jodohnya. Biarlah kisah cintanya dan Najihah menjadi kenangan lalu.
"Cantik." Jawab Puan Zaini sepatah. Dia agak terkilan apabila katanya disekat oleh bakal menantunya.
"Tak payah puji sangat pilihan Farish ni mama. Tengok baju yang Jaja beli pula, cantik tak?" Najihah sengaja mengusik Farish. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dirahsiakan oleh Farish. Sejak kebelakangan ini lelaki itu kelihatan lain, dan seperti merisaukan seseorang.
"Dua-dua cantik. Hampa berdua ni yakin ka, anak dalam kandungan tu lelaki? Semua baju yang hang beli pakat baju lelaki ja??" Puan Zaini turut membelek pakaian yang baru dibeli oleh Najihah dan Farish.
"Memang yakin mama. Tadi sebelum Farish bawak Najihah pergi beli baju, kami pergi scan baby dulu. Dan keputusannya memang boy." Jelas Farish penuh yakin. Dia tersenyum merenung wajah berseri Najihah.
"Cucu sulung mama lelakilah ni? Alhamdulillah. Tak kisahlah Jaja, anak hang lelaki ka perempuan ka, yang penting biaq dia sihat na. Itu paling penting." Puan Zaini menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya lagi pada Najihah. " Hang dengan Nubhan, sebenaqnya lagu mana? Awat mama tengok dia langsung tak ada call hang. Hang pun tak ada bagi khabaq berita dari dia? Hang dengan depa ada rahsiakan sesuatu ka dari mama?"
Najihah agak tertunduk menahan sebak. Mungkin ini masanya, dia menjelaskan segalanya pada ibunya. "Mama, maafkan ceq na. Ceq tak da niat nak sembunyi apa-apa dari mama. Ceq cuma tak mau Mama susah hati." Najihah pantas meraih tubuh Puan Zaini sambil diperhatikan oleh Farish.
"Apa maksud hang ni sebenaqnya?" Puan Zaini masih lagi tidak mengerti maksud sebenar Najihah.
Dengan perlahan Najihah menceritakan segala-gala yang berlaku dialam perkahwinannya sejak awal sehingga keretakan ini berlaku. Dan Najihah turut tekad mengatakan ingin membesarkan anak dalam kandungannya sendiri.
"Mama dah agak dah, mesti ada yang tak kena. Awat sampai jadi lagu ni. Ya Allah."

Sunday, 7 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 40

MERLIEANA terduduk lemah mendengar keputusan doktor sebentar tadi. Airmata tidak pernah berhenti mengalir dipipi. Kenyataan itu benar-benar pahit untuk ditelan. Kenyataan itu membuatkan dirinya berasa begitu lemah.Kini harapan dia untuk hidup bahagia bersama Nubhan semakin pudar.
Kenyataan itu memaksa dirinya untuk menerima Kamarudin sebagai suami. Kenyataan itu memaksa dirinya untuk melupakan segala hasrat yang ingin digapai bersama Nubhan. Kenyataan itu memberikan kepahitan untuk diterima.
Merlieana berjalan lesu di pergigian pantai itu, airmata menjadi teman sejati. Merenung kearah dasar lautan yang biru. Memandang langit yang biru. Apakah dirinya bersedia untuk meninggalkan semua ini? Sempatkah dia menginsafkan dirinya? Semuanya bermain difikiran Merlieana. Segala kenangan bersama Nubhan berlegar di ruang ingatan. Apakah di bersedia untuk menghadapi semua ini.
Dahulu Zahiril pergi meninggalkan dirinya dan meragut seluruh kebahagian miliknya, setelah memiliki cinta Nubhan mengapa kini dia terpaksa pergi meninggalkan cinta itu?
Siapa yang ingin memeluk dirinya disaat ini, untuk memberi kekuatan hatinya yang rapuh?
Apakah ini balasan diatas setiap perbuatan kejinya?
Apakah sedar dirinya kini terlalu kejam?
Sempatkah dia memohon keampunan kepada diatas kesalahan terhadap orang-orang yang yang diperlakukan?
Sempatkah dia melihat anak didalam kandungan ini lahir? Biarpun usia kandungan itu telah mencecah enam bulan, tapi apakah sempat untuk melihat anak itu membesar? Sedangkan jangkaan hayat itu begitu singkat?
Semuanya bermain difikiran Merlieana.

NAJIHAH dan Farish pergi ke butik pakaian bayi bersama-sama. Apabila mendapat tahu anak didalam kandungannya adalah lelaki, Najihah begitu teruja untuk mempersiapkan kehadiran anaknya itu.
Semangat dia memilih pakaian berwarna biru disalah satu bahagian butik itu.
"Awak rasa yang ini sesuai tak Farish?" Soal Najihah semangat. Dia memandang Farish yang kelihatan banyak termenung. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Farish?" Tegur Najihah lembut.
Farish tersentak dan menoleh pada Najihah, dia menghadiahkan senyuman. "Ye Jihah. Ada apa?"
"Awak ok ke? Dari tadi saya perhatikan awak banyak berdiam diri." Najihah perasan sejak bertemu pagi tadi. Farish kelihatan lebih banyak termenung. Tidak banyak bercakap sepertia kebiasaan.
"Saya okey. Perasaan awak je tak." Farish berdalih. Sedangkan fikirannya saat ini ligat memikirkan siapa jejaka yang menjawab telefon Nuur malam semalam. Dia saat ini sifat cemburu telah bersarang didalam hatinya.
"Saya bukan kenal awak baru dua tiga hari lepas Farish. Saya tahu mesti ada yang tak kena kan? Awak ada kekasih ke? Entah-entah awak sedang risaukan kekasih awak tu kot." Sindiri Najihah. Najihah tidak tahu apa hubungan Farish dan kakaknya Nuur. Sangkaannya Farish tiada kekasih atau teman wanita.
"Tak ada apa-apalah Jihah. Saya betul-betul okey. Awak cari baju yang mana? Nak tengok." Farish menghampiri Najihah dan membelek pakaian yang dipegang gadisi itu.
"Saya ingat nak bagi dia pakai baju yang ni. Sebab kain dia lembut. Mesti baby ni suka." Luah Najihah dengan penuh kegembiraan.
Tiba-tiba Farish memeluk tubuh Najihah dari belakang, dan mengusap lembut perut buyut gadis itu. Jiwa nurani Najihah tersentap diperlakukan begitu, andai sahaja yang sedang memeluknya saat ini suami tercinta. Belaian Farish membuatkan dirinya terbuai dengan cinta Farish dahulu.
"Awak nak letak nama apa anak kita ni?" seloroh Farish lembut. Dia masih mengusap lembut perut gadis itu.
"Awak rasa?" Hanya itu yang terluah dibibir Najihah. Kerongkongnya terasa sesak untuk bersuara lagi.
"Muhammad Najib." Pantas nama itu meluncur dari bibirnya.
"Najib?"
"Ye, Naji untuk Najihah B wakil Nubhan." Jujur Farish.
"Sweetnya pasangan suami isteri tukan?" Tiba-tiba ada suara mencelah perbuatan mereka. Terlihat sepasang suami isteri memuji perlakuan mereka. Najihah dan Farish saling berpandangan.

"AWAT hang dok kalut lagu ni Nubhan?" Soal Puan Zaini lembut. Rindu benar dia dengan anak menantunya ini. Kata Najihah Nubhan pergi kerja luar di Kelantan.
"Mama saya perlukan bantuan mama sangat-sangat sekarang ni." Nubhan masih lagi kelihatan termengah-mengah, kerana baru saja lepas berlari dari kereta menuju kedalam rumah mertuanya itu.
"Bantuan lagu mana? Awat hang ni Nubhan? Cuba istigfar sat! Mama yang dok nengok lagu ni pun boleh naik pitam hang tau dak!" Marah Puan Zaini. Memang pantangannya apabila bercakap dalam keadaan yang kelam kabut.
"Nuur ma. Nuur accident." jelas Nubhan lemah.
"Nuur accident??? Lagu mana depa boleh accident???" Soal Puan Zaini cemas. Kerisauan mula terpancar dibibit wajahnya.
"Nanti Nubhan cerita pada mama. Apa yang penting sekarang ni. Kita kena tolong Nuur. Dia mengalami kecederaan parah dikepala, sehingga menyebabkan kehilangan banyak darah. Tabung darah hospital tak ada baki simpanan darah sama jenis darah Nuur. Doktor beritahu jenis darah seperti Nuur sukar dicari. Sebab tak ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai jenis darah tu. Jadi tabung darah hospital tidak ada simpanan lebih. Doktor minta pihak keluarga datang menghulurkan bantuan." Terang Nubhan panjang lebar. Saat ini ingatannya pada Najihah menerawang entah kemana.
"Mama tak boleh derma darah untuk Nuur, Han." Puan Zaini terduduk disofa berhampiran tempatnya berdiri.
"Kenapa ma? Nuur kan anak mama?" Nubhan berasa cemas dengan jawapan Puan Zaini. Mengapa ibu mertuanya tidak mahu beramal dengan anak sendiri?
"Memang Nuur anak mama, tapi Nuur bukan anak kandung mama Han." Jelas Puan Zaini perlahan.
"Apa maksud mama?" Lagi kejutan menimpa dirinya.
"Sebenarnya Nuur ibu ambil dirumah anak-anak yatim Han. Kata pihak kebajikan rumah anak-anak yatim itu, Nuur dikirim oleh seseorang yang bukan warga Malaysia ketika Nuur baru lahir. Mungkin orang yang mengirimnya itu orang Perancis, kerana dari loghatnya. Nuur dibesaqkan dirumah anak-anak yatim sehingga beusia dua tahun. Waktu itu Nuur dipanggil Puteri oleh pihak kebajikan. Tapi setelah mama mengambil dia sebagai anak angkat. Mama namakan depa Nuur Ameelina. Sebab mama jadikan dia sinar harapan kepada keluarga mama. Maksud nama Nuur Ameelina 'Sinar harapan'. Tak lama mama besaqkan depa, mama didapati mengandung setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa memiliki zuriat. Kehadiran Nuur memberi cahaya. Hakikatnya, Nuur bukan anak kandung mama Han. Jenis darah depa tak sama dengan jenis darah mama." Jelas Puan Zaini panjang lebar.
Terduduk Nubhan dikerusi. Fikirannya menjadi buntuh, harapan untuk menyelamatkan Nuur sudah musnah. Gugur setitis airmatanya meratapi nasib.
"Mama tahu keberadaan keluarga kandung Nuur?" Soal Nubhan pantas. Dia masih menaruh harapan.
"Mama tak tau Nubhan. Perempuan Perancis yang menghantar Nuur kerumah anak yatim juga, gagal dikesan." Jelas Puan Zaini lemah. Dia hanya melepaskan pandang pada lantai itu.
"Kalau macam tu Nubhan minta diri dulu ma. Ada benda penting yang Han perlu lakukan." Pantas Nubhan mengucup jemari tua Puan Zaini dan berlalu sebelum sempat Puan Zaini bertanyakan dimana hospital yang Nuur ditempatkan.
Puan Zaini terduduk mengenang nasib Nuur. Baginya Nuur anak yang pendiam, perahsia dan hanya menurut kata-katanya tanpa membantah. Biarpun Nuur tahu dia bukan keluarga kandung Zaini, dia tetap setia dan taat kepada Puan Zaini.

Wednesday, 3 April 2013

Aku pengganti Itu Episod 39

PUAN ZAINI menutup pintu bilik anak kesayangannya Najihah dengan perlahan, setelah memastikan Najihah benar-benar tidur lena barulah dia keluar dari kamar anak gadisnya. Puan Zaini sempat tersenyum sendiri sambil berjalan keruang tamu, disana Farish sedang menanti.
Ketika diruang tamu dia melemparkan senyuman manis kearah Farish yang segak berseluar jeans, berbaju kemaja hitam, duduk sopan disofa empuk itu. Puan Zaini mengambil tempat disofa yang berhadapan dengan tempat Farish duduk.
"Mama ni nak ucap terima kasihlah kat hang Farish. Sebab hang sudi dok jagakan Jaja ni sejak hampa hantaq dia mai balik sini. Dah hampir dua bulan dah, hang tak putui-putui dok jaga dia. Tiap-tiap hari hang mai sini teman dia. Terima kasih ya Farish." Ujar Puan Zaini lembut.
"Apa yang buat tu tak seberapa, jika nak dibandingkan dengan ketabahan Najihah tu mama. Saya bersyukur sebab Najihah belajar untuk cekal dalam meneruskan kehidupan." Farish terpaksa merahsiakan rasa sayangnya yang masih membuak buat Najihah. Melihat wajah Najihah saban hari membuatkan cinta lama mula bertandang.
"Apa yang hang buat tu bagi mama cukup bermakna Farish. Kalau nak diharapkan si Nuur, memang tak jadi apalah. Dia tau ja Najihah nak mai, terui kemas barang keluaq rumah ni. Alasannya dia habaq mama nak pi duduk rumah kawan, dekat dengan tempat kerja. Dia pikiaq ma tak tau, sebenarnya dia memang tak mau jumpa Jaja." Puan Zaini kesal dengan sikap anaknya Nuur yang lebih memilih untuk tidak bertemu dengan adiknya itu.
"Janganlah mama berfikir macam tu, mungkin Nuur ada masalah. Kita tak tahu, kan?" Entah kenapa, agak tersentap disaat nama Nuur dibangkitkan. Hati Farish tiba-tiba berasa resah gelisah. Bagai ada yang tak kena berlaku pada Nuur.
"Farish mama ni mama dia. Walaupun mama tak lahirkan dia, tapi mama yang besaqkan dia. Mama tau isi hati dia lagu mana. Dia masih marahkan adik dia Najihah tu." Puan Zaini tetap dengan pendiriannya, dia kenal anak gadisnya.
"Kalau itu yang mama rasa, Farish tak ada hak untuk tidakkan. Tapi Farish sebagai tunang Nuur, Farish yakin ada sesuatu yang tersimpan didalam hatinya, yang sukar untuk dia luahkan. Farish dapat rasakan, sebab Farish kenal dah hampir lima tahun. Dia tu pakar pemendam." Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan Nuur yang sudah lima bulan gagal ditemui atau dihubunginya. Farish sendiri tertanya apa kesalahannya.

NUBHAN menjadi resah gelisah diruang menunggu. Bermacam-macam andaian bermain difikirannya. Bajunya yang habis dibasahi darah Nuur hanya dibiarkan. Keadaan Nuur yang longlai masih berlayar dimata. 'Ya Allah, aku bermohon padaMU selamatkanlah dia ya Allah. Selamatkanlah insan ini ya Allah. Aku tidak sanggup kehilangannya lagi ya Allah.' Aimata tak pernah berhenti sejak tadi. Telefon milik Nuur yang diberi oleh pihak berkuasa tadi berdering dan mengejutkan Nubhan sebentar. Nama 'my luvly fiancee' sebagai pemanggil terpapar diskrin telefon. Nubhan dengan berat hati menyambut panggilan tersebut.
"Asalamualaikum." Sapa pemanggil itu.
"Walaikumusalam." Jawab Nubhan perlahan.
Beberapa saat kemudian panggilan itu ditamatkan oleh pemanggil tadi. Nubhan tergamam sebentar dan memandang semula ke skrin telefon tersebut. Memang benar panggilan itu telah ditamatkan. Gambar di skrin telefon bimbit gadis itu menarik perhatiannya. Seorang lelaki yang begitu kacak dan segak tersenyum manis berpakaian melayu berwarna putih suci menjadi gambar hias telefon itu.
Nubhan tertanya-tanya siapakah lelaki yang bertuah itu. Sempat dia berdoa agar lelaki itu kekal bersama Nuur hingga hujung nyawa.
"Encik!"
Panggilan itu mematikan lamunannya, pantas dia memasukkan telefon Nuur kedalam poket seluar dan menoleh kearah pemanggil.
"Doktor! Macam mana dengan kawan saya?" Soal Nubhan cemas.
"Pesakit didalam keadaan yang amat kritikal. Peluang untuk dia selamat adalah lima puluh per lima puluh peratus. Pesakit tersebut banyak kehilangan darah. Tabung darah dihospital tidak mempunyai simpanan darah yang sama seperti jenis darah pesakit. Dan jenis darah seperti pesakit amat sukar ditemui, jika boleh saya berharap encik dapat mencari ahli keluarga yang mempunyai jenis darah sama seperti dia untuk membuat pendermahan darah kepada pesakit. Saya harap encik dapat cari dalam kadar segera. kerana jika terlewat, kami tidak dapat menjanjikan apa-apa." Jelas doktor tersebut.
"Saya akan berusaha untuk mencari ahli keluarga dia. Saya berharap encik dapat tolong saya. Beri saya masa untuk pergi mencari ahli keluarganya. Lakukan apa sahaja asal dia dapat bertahan." Mohon Nubhan dengan titisan airmata.
Doktor itu memegang bahu Nubhan lembut. " Saya akan cuba sedaya upaya saya encik. Selainnya berserahlah pada Yang MAHA berkuasa untuk menentukan segalanya." Nasihat doktor itu pada Nubhan.
"Baiklah doktor. Boleh saya tengok dia sekejap?" Nubhan meminta izin untuk melawat Nuur sebelum pergi mencari ahli keluarga gadis itu.
"Silakan, tapi jangan terlalu lama."

NUBHAN merenung lembut kearah Nuur yang tidak masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tubuh gadis itu masih berlumuran darah, wajah gadis itu terlindung dengan bekas bantuan oksigen. Wajah yang selama ini kelihat berseri dan ayu dengan senyuman kini hanya pucat lesi tidak bermaya.
"Nuur, maafkan Nubhan. Semua ni salah Nubhan. Kalau Nubhan tak melintas masa tu, tak mungkin perkara ini terjadi. Nubhan akan usahakan untuk mencari keluarga Nuur. Nuur perlu kuat ye. Nubhan yakin Nuur kuat untuk hadapi semua ni." Nubhan merenung lembut wajah itu. Wajah yang sewaktu dahulu sering menghiburkan dirinya disaat waktu duka, sering mengelap airmatanya dengan gurau senda.

Tuesday, 2 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 38


MERLIEANA membuka pintu pejabat Kamarudin dengan kasar. Dia menuju kearah Kamarudin yang seolah tergamam melihat kehadirannya. Hampir sahaja sebuah tamparan dilayangkan kewajah Kamarudin, namun dia lebih pantas mengawal keadaan dengan memaut semula jemari halus Merlieana.
"Ni kenapa? Apa masalah kau? Masuk bilik orang dengan tak beri salam, lepas tu nak serang orang tak tentu pasal! Apa masalah kau???"Tengking Kamarudin sambil merentap jemari halus Merlieana.
Hampir tersungkur Merlieana kelantai namun dia bijak mengawal badan. Merlieana menghampiri Kamarudin dengan berani, "Apa yang u buat ah?? U ni bodoh ke apa? Sejak bila i tidur dengan u? Sejak bila i mengandungkan anak u? Ini anak i dengan Nubhan! U ni dah gila ke apa???" Tengking Merlieana sambil menuding jari telunjuknya kearah wajah Kamarudin.
"Aku dah cakapkan aku memang gila! Eh, perempuan! Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Perempuan kotor macam kau ni memang tak layak untuk aku. Tapi kau tetap kena kahwin dengan aku, walau apa pun yang terjadi!" Ujar Kamarudin tegas. Jelik benar dia melihat wajah gadis didepannya itu.
"U fikir i nak ke kahwin dengan u? U dengar sini baik-baik Amar, i nak u batalkan perkahwinan ni! Sebab i dengan u takkan kahwin faham! Hati i tetap untuk Nubhan! Faham??? Dan i akan beritahu semua orang yang anak dalam kandungan ini bukan anak u tapi anak Nubhan!" Merlieana tetap masih berani menentang Kamarudin meskipun lelaki itu sudah mengjeggil mata padanya. Saat dia mahu berlalu keluar dari bilik pejabat Kamarudin, lelaki itu terlebih dahulu memaut tubuhnya dan menghempaskan diatas sofa yang tersedia dipejabatnya. Dia menekan kuat diperut Merlieana, sehingga gadis itu mengerang kesakitan.
"Lepas!!!!!!!!! Sakitlah!!!"Jerit Merlieana. Menitis airmatanya menahan kesakitan yang teramat sekali. Kamarudin seolah-olah hilang kewarasan apabila menekan perut gadis itu tanpa belas.
"Kau dengar sini baik-baik. Kalau kau berani beritahu sesiapa pun mengenai anak ni. Aku tak teragak-agak nak bunuh anak dalam kandungan kau ni! Faham???" Herdik Kamarudin. Tangan sebelahnya masih kuat menekan perut Merlieana manakala tangan sebelahnya kuat menarik rambut gadis itu.
"Kenapa kau ni kejam Amar? Apa salah yang aku buat pada kau? Apa kesilapan aku Amar?" Soal Merlieana perlahan, perutnya terasa sangat sakit dan kebas saat ini. Rambut yang ditarik kuat terasa begitu perit.
"Lepas kita kahwin nanti kau akan tahu apa sebabnya aku buat macam ni pada kau! Ingat jangan cuba lepaskan diri dari aku faham?? Kalau kau cuba lakukannya, bermakna kau cuba nak bunuh anak kau ni! Ingat!" Sengaja dia menambahkan kekuatannya menekan perut Merlieana.
Merlieana menjerit kesakitan, airmata merembes laju dipipinya. "Tolong lepaskan i Mar, perut i sakit Mar. i merayu dengan u. Tolonglah jangan seksa anak i macam ni." Suara Merlieana kedengaran hilang-hilang akibat terlalu banyak menjerit. Dia benar-benar hampir hilang tenaga diperlakukan begini.
"Kalau kau taknak aku seksa kau, lain kali jangan suka cari pasal dengan aku! Kalau kau berani cari pasal dengan aku bermakna kau kena berani juga berdepan dengan maut. Kan??" Kamarudin tersenyum sinis melihat airmata yang mengalir dipipi gebu Merlieana.
"Baiklah Amar, i akan dengar semua cakap u, but please lepaskan saya. Please, saya merayu pada awak."Merlieana sudah mengalah kali ini. Buat pertama kali seumur hidupnya dia mengaku kalah dengan seseorang.
"Bagus, orang macam ni yang aku inginkan."

HAMPIR kesemua tempat Nubhan mencari Najihah namun tidak berjumpa. Hampir dua bulan dia mencari gadis itu, dan selama itu jugalah dia tidak masuk kepejabat dan tidak menjawab sebarang panggilan.
'Najihah berilah keampunan kepada abang sayang. Dimana Najihah berada sayang. Abang merayu pada Najihah tolonglah kembali pada abang Jihah, abang tak boleh hidup tanpa Jihah. Hari-hari yang abang lalui tak lengkap tanpa Jihah.' Kata-kata itu hanya mampu bersuara didasar hati.
Sedang leka berjalan kaki tanpa arah, Nubhan tidak sedar dia sedang melintasi jalan raya. Tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dipandu dengan agak laju menuju kearahnya, namun nasib menyelebahi Nubhan apabila kenderaan itu dapat mengelak dari melanggarnya. Namun nasib malang menimpa kereta itu apabila kereta tersebut tersasar kebahu jalan.
Pantas Nubhan yang terselamat dari terkena kemalangan berlari kearah kenderaan tersebut. Nubhan cuba membuka pintu kereta itu untuk mengeluarkan pemandu tadi, kerana pemandu itu kelihatan tidak sedarkan diri. Apabila Nubhan melihat tangki minyak kereta tersebut bocor, dia terus berasa cemas dan berusaha menyelamatkan pemandu tersebut. Berkali-kali dia menjerit meminta bantuan, namun tiada seorang pun yang memberhentikan kereta untuk menghulurkan bantuan. Mungkin keadaan malam ini menyebabkan siapa yang melihat berasa keliru sama ada ingin menghulurkan bantuan atau tidak.
Tanpa berfikir panjang lagi Nubhan pantas memecahkan tingkap kereta dibahagian tempat duduk pemandu dan membuka kunci kereta itu. Saat dia memaut tubuh gadis yang berlumuran darah itu, jantungnya terasa bagai disentap apabila melihat wajah gadis itu adalah milik Nuur. Gadis yang berpakaian kurung oren bertudung putih itu adalah Nuur, yang disaat ini tubuhnya dibasahi darah.
"Nuur." Hanya itu keluhan yang mampu terungkap dibibir, gadis itu benar-benar longlai tidak bermaya dan tidak sedarkan diri. Apabila terdengarkan bunyi minyak yang menitik laju akibat kebocoran itu, pantas Nubhan mencempung tubuh Nuur dan dibawa lari agak jauh dari kawasan kereta itu.
Setelah agak jauh sedikit dari tempat kereta itu, cepat Nubhan mendakap kemas tubuh Nuur apabila terjadi letupannya pada kereta tersebut.
Syukur dipanjatkan pada Illahi, apabila dia berjaya membawa Nuur keluar dari kenderaan itu.Pantas Nubhan membaringkan Nuur di bahu jalan dan menahan kereta untuk meminta bantuan. Namun tiada seorang pun yang sudi berhenti menghulur bantuan. Tanpa berlengah Nubhan pantas mendail pihak bantuan kecemasan untuk meminta bantuan.

Aku Pengganti Itu Episod 37




"KAMU betul-betul memalukan papa Amar. Apakah didikan papa selama ini tidak cukup untuk kamu berfikir secara rasional. Apakah didikan papa selama ini tidak cukup untuk kamu berfikir baik buruk sesuatu??" Datuk Hasan benar-benar kecewa dengan putera tunggalnya Kamarudin. Terasa didikan dia selama ini hanya sia-sia.
"Maafkan Amar papa. Amar tak sangka perbuatan Amar dan dia boleh terlanjur sehingga terjadi sebuah maksiat itu papa. Maafkan Amar. Tolong izinkan Amar bertanggungjawab diatas apa yang telah Amar lakukan terhadap Merlieana." Kamarudin tekad untuk menikahi Merlieana. Diat tekad untuk membalas dendam terhadap Merlieana.
"Jika itu yang kamu rasakan yang terbaik. Papa izinkan Amar. Papa pun dah tak tahu nak cakap apa. Yang pasti papa taknak perkara ini sampai ke pengetahuan mama kamu. Jika terjadi, papa yakin mama kamu akan menjadi penghalang utama pernikahan kalian. Tinggalkan papa sendirian. Papa tak mahu diganggu." Datuk Hasan perlukan masa untuk menerima semua itu. Dia perlukan masa untuk menerima hakikat sikap sebenar Kamarudin.

FARISH menghulurkan sebotol air mineral pada Najihah. Kehadiran gadis itu kerumah itu benar-benar memberi kejutan.
"Saya minta maaf sebab menyusahkan awak Farish." Terdetik rasa menyesal dihatinya kerana bertandang kerumah Farish. Namun perasaannya dukanya yang membawa Najihah kerumah lelaki itu. Mungkin hanya Farish yang mampu memberi ketenangan padanya disaat ini.
"Tak apa, cuma saya nak tahu kenapa awak datang dalam keadaan macam ni? Dengan beg baju yang besar ni. Malam-malam hari macam ni. Awak okey ke?" Farish dapat merasakan sesuatu telah berlaku didalam rumah tangga Najihah. Kerana Najihah telah menceritakan segala-gala yang berlaku didalam rumah tangga mereka.
"Saya dah keluar dari rumah tu wak. Saya dah tak sanggup nak duduk situ lagi. Nubhan masih ada hubungan dengan Merlieana yang saya cerita tu." Menitis jua airmata yang ditahan sejak tadi. Sudah hampir satu malam wajah itu dibasahi airmata.
"Ya Allah, Najihah bersabar wak. Jangan menangis macam ni, saya ada dekat sini. Please. Saya tak sanggup tengok airmata ni menitis lagi. Cukup saya yang buat awak kecewa dulu. Kita akan selesaikan masalah ni bersama. Saya janji akan bersama dengan awak dalam mengharungi dugaan ni. Tapi tolong, jangan menangis lagi." Farish tidak kuat untuk melihat airmata itu menitis. Dia yang duduk disofa berhadapan Najihah ingin sekali memeluk gadis itu untuk menghilangkan sedikit kesedihan, namun takut anggapan Najihah pula yang akan bercanggah.
"Saya dah tak tahu nak buat apa Farish. Saya dah tak kuat lagi. Dah bertahun-tahun saya bersabar. Tapi kenapa sehingga kini masih tidak berakhir derita ini. Saya sangka tempoh dua tahun itu dah cukup untuk buat dia lupakan Merlieana, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Bahkan sekarang ni dia sedang hanyut menyemai cinta dengan perempuan tu. Hati saya hancur Farish, hati saya dah hancur sangat-sangat. Kenapa orang yang saya sayang mesti kecewakan saya? Kenapa Farish?" Najihah sudah tidak lagi mampu bertahan, hanya pada Farishlah buat masa ini tempat untuk dia meluahkan segala yang selama ini dia pendamkan. kekecewaannya hanya Farish yang tahu dan fahami. Dia merenung tepat dan penuh kesayuan kearah Farish.
"Setiap dugaan yang datang dari DIA, kerana DIA sayangkan kita. DIA tidak mahu kita jauh dari DIA. Tempat yang harus kita meminta dan berdoa hanyalah pada DIA. Bersujudlah Jihah, kerana hanya DIA tempat kita meminta bantuan. Pintalah dia sebuah petunjuk dan jalan yang terbaik didalam rumah tangga awak. Saya hanya mendengar dan membantu yang termampu, tapi DIA lebih MAHA berkuasa dalam menentukan sesuatu. Sujudlah padaNYA Jihah, sujudlah." Nasihat Farish penuh ikhlas, dia memahami situasi Najihah. Namun dia sedar dirinya hanyalah manusia biasa, hanya mampu mendengar rintihan namun tidak mampu melakukan apa-apa.
"Andai ini dugaanNYA untuk menduga ketaatan saya padaNYA, saya redha. Tapi saya juga memerlukan awak untuk memberi dorongan pada saya demi meneruskan kehidupan. Saya pasrah andai ditakdirkan DIA, saya akan bergelar ibu tunggal. Saya akan cuba kuat Farish." Najihah pasrah dengan ketentuan Illahi. Demi anak didalam kandungannya, dia perlu kuat dalam menghadapi laluan ini.
"Awak mengandung Jihah?" Soal Farish pantas.
"Ye. Kandungan saya dah hampir enam bulan Farish. Tiga bulan dari sekarang anak dalam kandungan ini bakal lahir. Yang menjadi pertanyaan saya, apakah saya kuat untuk melahirkannya sedangkan disaat itu saya amat memerlukan Nubhan disisi saya." Najihah mula tersedu-sedan semula.
Farish tidak dapat menahan lagi, pantas dia menghampiri Najihah yang duduk berhadapannya. Farish menarik Najihah kedalam dakapannya. Dia yakin saat ini Najihah benar-benar perlu ditenangkan.
"Awak jangan macam ni Jihah. Kuat! Awak kena kuat. Saya janji dengan awak, disaat awak melahirkan anak ini, ayah dia pasti ada disisi awak dan temani awak. Itu janji saya."