Wednesday, 10 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 42

HASIL pemeriksaan darah, jenis darah Nubhan dan Nuur sama dan boleh melakukan pendermahan darah. Nubhan bersyukur kerana diberikan keajaiban ini dari Allah. Keadaanya agak lemah kerana akibat dari proses pendermahan darah. Doktor menyarankan agar Nubhan diberi rehat dihospital itu untuk beberapa hari sehingga keadaan fizikalnya tidak stabil.
Biarpun disuruh untuk berehat Nubhan tetap berdegil, sebaliknya dia pergi ke bilik Nuur dan melawat gadis itu. Wajah Nuur kelihatan lebih pucat sebelum berlakunya pemindahan darah tadi. Kelihatan lebih tidak bermaya. Tak ubah seperti jasad sudah tidak bernyawa.
"Nuur, kuatlah Nuur. Saya ada dekat sini. Awak tak boleh lemah. Awak kena kuat." Pohon Nubhan. Bibirnya kelihat pucat dan merekah. Mungkin akibat kelesuan badannya yang masih lemah.
Menitis airmata kehampaan untuk kesekian kali. Dia tidak berani menyentuh jemari gadis itu. Khuatir akan menimbulkan kemarahan. Biarpun gadis itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Nubhan mencapai telefon Nuur yang disimpan didalam laci bersebelahan dengan katil Nuur. Wajah lelaki didalam gambar hias depan telefon menjadi tontonannya. Tiba-tiba terlintas difikiran Nubhan untuk menghantar sms pada lelaki itu untuk memberitahu keadaan Nuur. Pantas Nubhan mencari nombor tunangan Nuur didalam telefon bimbit gadis itu.

NUUR berasa dia berada disuatu tempat yang tak pernah dijejaki. Dirinya yang hanya memakai baju kurung serba putih dan selendang putih itu terpanggil kesatu arah yang memperlihatkan seorang yang amat dikenalinya.
"Farish." Sapa Nuur lembut. Wajah lelaki itu ditatap penuh rindu. Farish hanya memakai baju melayu serba putih siap dengan samping dan songkoknya seolah-olah mahu melangsungkan sebuah pernikahan.
"Nuur, maafkan saya kerana melukai hati awak. Memang saya mengasihi awak, tapi saya cintakan Najihah." Sebaik sahaja Farish menghabiskan kata-katanya dia menghulurkan tangan kanannya dan tiba-tiba ada seorang wanita yang menyambut jemari Farish. Wajah gadis itu kelihatan agar samar kerana diliputi kepulan embun. Seketika ternampakkanlah wajah Najihah disebalik embun pekat itu.
"Farish, kenapa ini yang terjadi? Setelah saya sayangkan awak? Kenapa awak pergi tinggalkan saya? Kenapa?" Soal Nuur lemah. Airmata mula menitis.
"Cinta tak boleh dipaksa. Awak berhak mencintai saya dan saya juga berhak mencintai Najihah." Bidas Farish. Dia berlalu bersama Najihah tanpa mempedulikan Nuur disitu.
Nuur terduduk di situ dengan tangisan yang tersedu sedan. kawasan yang hanya penuh warna putih menjadi kelam sepertimana hatinya saat ini. Nuur merasakan kehidupan itu tidak perlu lagi apabila ajal itu sedang menghampiri.

NUBHAN menjadi cemas apabila melihat Nuur seolah-olah sukar untuk bernafas. Airmata menitis ditubir mata gadis itu. "Nuur!" Nubhan tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Lantas tekad menggenggam jemari gadis itu. 'Nubhan disini Nuur. Tenang Nuur. Ingat Allah. Mengucap." Biarpun dia tahu Nuur didalam keadaan tidak sedar, namun dia harus berusaha. Tekanan Nuur turun mendadak. Nubhan menjadi semakin gusar.

NUUR berjalan meniti satu jambatan kearah sebuah cahaya terang. Namun langkahnya terhenti apabila dia dapat mendengar dengan jelas namanya dipanggil oleh seseorang. Terlalu sayu dan seolah-olah merayu.
Dengan perlahan ia menoleh dan melihat Nubhan memakai baju melayu serba putih mendekatinya.
"Nuur, kenapa Nuur nak pergi?" Soal Nubhan sayu, dengan lelehan air mata.
"Mungkin ini yang terbaik. Mereka dah tak sayang dekat saya Han." Jawab Nuur perlahan tanpa berkerdip memandang lelaki itu. Airmatanya turut menitis. Dirinya terasa kosong.
"Siapa yang tak sayangkan Nuur? Cuba Nuur beritahu saya"
"Farish tak perlukan saya, sebab ada Jaja disisinya."
"Awak pandang saya Nuur, kalau dia tak perlukan awak. Masih ramai yang perlukan awak. Teramat memerlukan awak. Belum masanya awak pergi, mari ikut saya balik. Awak tak boleh lemah. Mari."Pujuk Nubhan tanpa mengalah.
"Siapa yang perlukan saya Han? Siapa?" Nuur tidak mahu mempercayai kata-kata Nubhan. Dia tidak yakin.
"Ramai, keluarga semua perlukan awak dan sayangkan awak. Bahkan saya pun perlukan awak."
"Awak perlukan saya?" Soal Nuur aneh.
"Sebagai manusia, saya sayangkan awak." jawab Nubhan jujur sambil menghulurkan tangannya pada Nuur.
Nuur menung seketika sebelum menyambut huluran jemari Nubhan. Dia mengikuti lelaki itu berjalan kearah sebuah suasana yang agak gelap dan akhirnya Nuur tidak mengingati apa-apa.

No comments: