Tuesday, 16 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 44


Nubhan masuk kedalam bilik Najihah dengan berhati-hati, gadis itu sedang terlena diatas katil. Pembaringan mengiring untuk keselesaan perutnya yang semakin buyut. Wajah itu kelihatan sangat berseri-seri biarpun agak pucat sedikit. Mungkin aura anak lelaki yang sedang dikandungkan itu memperlihatkan lagi kejelitahan Najihah.
Nubhan menghampiri katil tidur itu dengan perlahan, dia merebahkan punggung di birai katil. Dengan tidak semena-mena, Nubhan memegang lembut tapak kaki Najihah yang agak membengkak itu. Lalu dikucup dengan penuh kesyahduan.
"Asalamualaikum isteri. Maafkan abang kerana menyakiti hati Jihah. Maafkan abang kerana tidak menghargai Najihah. Maafkan abang kerana curang pada Najihah. Maafkan abang kerana memilih dosa dari Najihah yang benar-benar halal untuk abang. Maafkan abang kerana terlalu banyak mengasari Najihah. Maafkan abang kerana mengabaikan Najihah. Maafkan abang kerana tidak mengambil berat mengenai Najihah. Maafkan diatas segala dosa-dosa abang. Maafkan abang Najihah." Menitis air mata di tapak kaki si isteri.
Najihah yang tersedar, mendengar setiap bait kata Nubhan dengan jelas. Setelah tidak mendengar Nubhan bersuara lagi, pantas dia bangun dari pembaringan dan menolak kasar tubuh badan Nubhan sehingga lelaki itu agak terhuyung-hayang.
"Kenapa abang datang sini? Kenapa abang tunjuk muka depan Jihah lagi?? Abang tahu tak, dalam hati Jihah ni dah tak ada nama abang. Nama abang dah mati dalam hati Jihah. Hati Jihah dah cukup terluka, hampir tiga Jihah bersabar dengan apa yang abang buat! Tapi apa yang Jihah dapat? Jihah dah cukup menderita, dan Jihah tak nak menderita lagi! Abang pergilah pada Merlieana! Dia sayangkan abangkan, dan dia tak nak abang tinggalkan diakan? Abag pergilah pada dia, dia tahu bagi abang kebahagian. Jihah tak tahu!" Herdik Najihah penuh kekesalan. Najihah tidak memandang wajah Nubhan, dia hanya melepaskan pandangan keluar tingkap dan membelakangi Nubhan. Najihah takut dirinya akan kalah bila merenung wajah yang amat dirindui itu.
"Maafkan abang Najihah, beri abang peluang. untuk tebus semua kesalahan abang. Abang cuba akan cuba perbaiki semua kesilapan. Tolong Najihah, beri abang peluang." Nubhan cuba menghampiri gadis itu dan memegang bahu Najihah, namun pantas dielak oleh Najihah. Nubhan bertekad untuk memiliki semula keluarganya.
"Peluang apa yang abang nak lagi bang? Abang rasa Najihah perlu beri peluang apa kali bang? Terlalu banyak peluang yang dah Najihah bagi! Macam nilah bang, kalau abang dah tak sayangkan Jihah, atau abang memang tak sayang Jihah. Lepaskan Jihah!" Najihah terus-terusan menghamburkan kemarahannya pada si suami, airmata terus-terusan merembes keluar.
Nubhan melompat turun dari kati dan berlalu didepan Najihah, dia melutut didepan gadis itu. " Tolong Jihah, jangan cakap macam tu. Abang sayangkan Jihah, abang tak nak kehilangan Jihah dnegan anak kita. Berikan abang peluang terakhir! Berikan abang peluang untuk membuktikan bahawa abang sayangkan Jihah dan anak kita yang akan lahir. Tolong sayang,."
Najihah gagal mengawal perasaannya, saat merenung wajah Nubhan. Bukan kebencian yang muncul dalam hatinya malah kerinduan yang paling teramat. Menitis airmata kekalahan. Biarpun berulang kali kecewa dengan lelaki itu namun Najihah tetap tidak takut untuk menerima lelaki itu untuk sekian kalinya. Pantas dia mendakap tubuh Nubhan yang amat dirindui selama ini. Dia menghamburkan segala kekecewaan didada bidang lelaki itu.

NUUR berdegil untuk keluar dari hospital sebaik sahaja Farish menceritakan keadaan Najihah yang hidup terumbang-ambing tanpa suami disisi. Marahnya kini pada Nubhan mula membuak kembali. Namun sikap degilnya menimbulkan kerisauan pada Doktor Firdaus.
"Cik Nuur, sebenarnya cik belum dibenarkan keluar dari hospital ni." Doktor Firdaus masih berkeras untuk tidak mengizinkan Nuur keluar dari hospital.
"Saya perlu keluar! Sebab saya perlu jumpa adik saya. Adik saya perlukan saya, dan doktor jangan cuba halang saya!" Nuur masih juga berdegil, malah cuba mencabutkan wayar saluran darah, saluran air dan mesin bantuan pernafasannya. Nuur amat memerlukan bantuan mesin pernafasan kerana nafasnya buat masa ini agak lemah dan tidak stabil.
"Bukan saya cuba menghalang cik Nuur dari berjumpa dengan adik cik Nuur. Cuma  masalahnya sekarang, keadaan kesihatan cik Nuur, amat tidak mengizinkan. Cik Nuur perlukan peralatan-peralatan hospital ini untuk membantu Cik  Nuur bertahan, bernafas dengan baik. Cik Nuur masih dalam keadaan yang amat kritikal. Dan kami percaya, bahawa cara pemikiran dan pandangan mata Cik Nuur agak kabur. Begitu juga dengan ingatan Cik Nuur kan? Betul tak saya cakap?" Doktor Firdaus semakin tidak betah dengan kedegilan Nuur.
Biarpun Nuur akui semua itu, namun dia masih berdegil untuk keluar dari hospital dan mencari Najihah. Dia menyesal selama ini kerana cuba mengelak dari bertemu dnegan adiknya dan tidak mengambil berat mengenai Najihah. " Saya tetap dengan keputusan saya! Saya nak kelaur dari hospital ni! Bagi saya surat hospital yang mengatakan saya akan menanggung segala risiko yang menimpa diri saya selepas ni. Saya nak keluar sekarang juga!" Keputusan Nuur menampakkan keputusan muktamad.
Doktor Firdaus hanya mampu mengeluh lemah. Sesungguhnya dia amat merisaukan keadaan Nuur, entah kenapa sejak-sejak ini kesihatan Nuur terlalu dititikberatkan.
Setelah siap menandatangani surat tanggung risiko, Nuur mencabut semua wayar-wayar yang melekat ditubuhnya, serta merentap saluran darah ditangan kiri dan mengakibatkan terpancut darah-darah pekat diatas katil. Tapi dia tidak mempedulikan semua itu, malah bersemangat turun dari katil dan berlalu meninggalkan hospital.

FARISH merenung wajah tua Puan Zaini, yang kelihatan keresahan. Wajah itu membuatkan Farish berasa hairan. Setahunya waktu dia keluar pagi tadi ketika hendak melawat Nuur, Puan Zaini kelihatan ceria.
"Mama? Kenapa ni, resah semacam je. Mama tak sihat ke?" Soal Farish sebaik sahaja merebahkan punggung disofa ruang tamu rumah Puan Zaini.
"Hang pi mana Farish?" Soal Puan Zaini agak resah.
"Saya pergi melawat Nuur mama. Minta maaflah sebab tak beritahu mama tadi." Farish mengambil pendekatan menganggap keresahan diwajah Puan Zaini kerana tidak mendapat perkhabaran darinya.
"Nuur lagu mana? Sihat ka depa?" Mendengar nama Nuur disebut, perasaan Puan Zaini semakin resah gelisah.
"Doktor kata, walaupun dia dah sedar, dia masih dalam keadaan kritikal. Sebab penglihatan, pemikiran serta ingatan masa lalu masih kabur. Pergerakan dia pun belum stabil sepenuhnya, sebab banyak bahagian anggota badan dia mengalami bengkak besar." Jelas Farish penuh kehampaan.
"Dia lagu mana sekarang Farish. Ingat tak kat hampa?" Soal Puan Zaini. Menitis airmata kesedihan. Betapa besarnya dugaan yang menimpa anak-anaknya.
"Sekejap dia ingat, sekejap dia tak ingat. Ingatan dia lemah mama. Buat masa sekarang, tak ada jaminan apa-apa bagi ingatan dia." Farish mengeluh kehampaan, dia berdiri berlalu meninggalkan mamanya untuk ketandas membersihkan dan melaksanakan solat fardhu maghrib.
Puan Zaini melayan perasaan sedihnya, sedih mengenang nasib yang menimpa anak-anaknya. Dia sempat terfikir dirinya bersalah diatas setiap apa yang terjadi ini.
"Mama, mari kita solat. Dah nak masuk waktu ni." Tegur Farish sebaik sahaja keluar dari pintu bilik dan melihat mamanya masih merenung lantai dalam keadaan yang sedih.
"Baiklah Farish. Tunggu mama sat na, mama nak pi ambil wudu'" Puan Zaini berlalu dengan lemah ke bilik air. Ada baiknya seruan Farish tadi, menghadap Allah adalah salah satu perkara yang sebaik-baiknya untuk mengadu nasib. Tidak lama dia masuk kedalam bilik air, azan Mahgrib berkumandang, azan itu dilaungkan oleh Farish. Kedengaran amat merdu dan sayu sekali.

No comments: