Friday, 12 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 43

FARISH tidak terkejut apabila menerima mesej dari orang yang tak dikenalinya, sebaliknya dia terkejut mengenai isi mesej itu. Setelah menerima maklumat yang mengatakan tunangnya Nuur kemalangan dan berada dihospital, Farish bergegas ke hospital yang dimaklumkan didalam mesej tadi.
Tiba dihospital Farish bergegas ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan keberadaan Nuur. Setelah menerima maklumat itu, dia pantas ke bilik yang menetapkan Nuur dirawat.
Saat berada didepan pintu bilik yang menempatkan Nuur dirawat, jantung lelaki itu berdegup tidak teratur. Dengan perlahan dia memulas tombol pintu dan terlihatlah sekujur tubuh tidak bermaya terlantar diatas tilam. Menitis airmata dipipi apabila melihat Nuur yang terlantar ibarat mayat tidak bernyawa, pucat lesi ibarat tanpa darah. Keayuan gadis itu ibarat pudar dibawa angin lalu. Farish duduk dengan perlahan dikerusi bersebelahan katil Nuur sambil pandangan tidak beralih dari merenung gadis itu.
"Nuur. Apa dah jadi ni?" Suaranya benar-benar sayup kedengaran. Dia tidak menjangka penderitaan yang dihadapi oleh tunangnya. Hampir tersedu sedan Farish menangis.
Nuur tersedar dari lena apabila mendengar suara tangisan yang berhampiran ditelinganya. Dengan begitu perlahan dia membuka mata dan menoleh kearah sebelah yang kedengaran suara tangisan tadi.
Terlihat Farish yang sedang menutup wajah dengan kedua belah tapak tangan, menangis tersedu sedan.
"Farish!"
Esakan Farish terhenti sebentar apabila mendengar namanya dipanggil, pantas menoleh kearah Nuur. Nuur merenung wajahnya tanpa berkerdip.
Sepanjang Nuur sedar, itulah perkataan pertama yang terpacul dibibirnya. Farish!
"Nuur, macam mana boleh jadi macam ni wak? Apa yang dah jadi pada awak?"
Tak sempat Nuur menjelaskan sebarang penjelasan, ketukan dipintu mematikan niat. Terpacul wajah Nubhan dengan senyuman.
Nubhan tidak terkejut melihat wajah Farish, kerana dia mengecam wajah lelaki itu, sama persis dengan penghias skrin telefon bimbit Nuur.
"Encik Farish?" Sapa Nubhan lembut sambil menghampiri Farish dan ingin berjabat tangan dengan lelaki itu.
"Awak ni siapa?" Soal Farish dengan nada yang mendatar. Huluran tangan Nubhan tidak disambut.
"Saya sahabat Nuur. Dan saya yang menghantar sms kepada Encik Farish tadi." jawab Nubhan lembut. Tangannya masih dihulur agar bisa disambut.
 Dengan perlahan Farish menyambut huluran tangan itu. Entah kenapa terdetik rasa cemburu dihati.
"Nubhan." Panggil Nuur perlahan.
Nubhan memandang kearah Nuur dan mengangguk tanda men-ia kan panggilan Nuur.
"Macam mana saya boleh ad dekat sini?" Soal Nuur yang masih bingung dengan keadaannya saat ini.
"Buat masa ni saya tak boleh jelaskan apa-apa pada awak. Saya cuma nak awak berehat dahulu. Bila keadaan betul-betul dah stabil baru saya explain semuanya pada awak. Okey." Pujuk Nubhan. Dia tidak mahu penjelasannya hanya akan menambahkan tekanan pada Nuur. Apatah lagi nasihat doktor agar Nuur tidak banyak berfikir.
Farish yang sekadar menjadi penonton tiba-tiba berdiri apabila mengingatkan sesuatu. Dia memandang tajam kearah Nubhan. " Kau Nubhan?" Soal dia dengan nada begitu mendatar.
"Ye, saya Nubhan." Nubhan berasa hairan dengan bahasa yang digunakan Farish saat ini.
"Kau suami Najihah??" Soal Farish sekali lagi. Dia ingin memastikan apakah benar lelaki yanbg berdiri didepannya saat ini adalah lelaki yang dicari selama ini.
"Ye, mana kau tahu aku suami Najihah? Apa kaitan kau dengan Najihah." Nada suara Nubhan turut berubah  apabila nama isterinya disebut-sebut.
Apabila tepat jangkaannya, satu tumbukan padu mengena diwajah Nubhan. Nubhan yang teperanjat dan tidak dapat mengagak tidakkan Farish terhumban kebelakang. Nuur turut terbangun dari pembaringan, dia benar-benar terkejut dengan tindakan Farish.
"Kenapa dengan kau ni??" Tengking Nubhan pantas bangun berdiri semula sambil memegang bibirnya yang berdarah akibat terkena tumbukan padu Farish.
"Kenapa dengan aku? Wei! Jantan tak guna, kau pergi cermin diri kau dari atas sampai bawah. Sepatutnya aku yang tanya kau! Mana kau pergi selama isteri kau menghilang? Kau sedar tak sekarang ni Najihah sedang sarat mengandungkan anak kau??? Dia sedang tunggu hari untuk melahirkan???" Terhambur segala kemarahannya saat ini. Dia tidak dapat membayangkan penderitaan yang Najihah lalui sepanjang ketiadaan suami disisi.
"Najihah mengandung?" Soal Nubhan. Dia benar-benar tidak tahu mengenai kandungan Najihah. Dia hampir tidak percaya dengan kata-kata Farish. Kerana baru hampir empat bulan Najihah meninggalkan dirinya mana mungkin Najihah sudah menunggu hari persalinan?
"Memang muka tak tahu malu! Isteri sendiri mengandung pun kau tak ambil tahu!" Herdik Farish dengan penuh kebencian. Hampir sahaja tumbukannya melayang sekali lagi, namun jeritan Nuur membantutkan tindakannya.
"Mana Najihah?" Soal Nubhan cemas. Jika ada kelebihan dipihaknya sudah pasti Farish dibelasah secukup-cukupnya kerana kelancangan mulut lelaki itu. Namun Nubhan terpaksa bersabar kerana segala maklumat keberadaan Najihah pasti ditangan lelaki itu.
"Najihah ada di rumah mama dia. Aku harap kau tak payah datang buat masa sekarang. Sebab mak mertua kau pun tak ingin nak tengok muka kau!" Sengaja Farish menyakiti hati lelaki itu. Dia tahu Nubhan tidak dapat berbuat apa-apa kepadanya, kerana lelaki itu menanggung rasa bersalah.
Dengan rasa penuh kesal Nubhan berlalu keluar dari bilik itu.
Nuur merenung Farish dengan penuh tanda tanya.

DENGAN penuh keterpaksaan, kini Merlieana sah bergelar isteri kepada Kamarudin. Perasaannya penuh kekesalan. Kerana takdir menghimpit dirinya bernikah dengan insan yang tak pernah diimpikan untuk hidup bersama. Apatah lagi diperlakukan tanpa berperikemanusian.
Sudah hampir dua minggu mencipta mahligai, Kamarudin tidak pernah melayani dirinya dengan baik, sebaliknya terajang, lempang dan pukulan menggunakan tali pinggang menjadi pilihan harian Kamarudin. Sejak bergelar isteri pada Kamarudin Merlieana dilarang untuk bekerja, alasan yang Kamarudin gunakan pada Datin Marina amat boleh diguna pakai, iaitu Merlieana sedang sarat mengandung anak mereka! Kononnya anak mereka!
Hari ini Merlieana tidak masak makanan malam untuk Kamarudin kerana kesihatannya tidak mengizinkan, lagi pula selama ini masakannya memang tak pernah diendahkan oleh Kamarudin. Al-maklumlah Merlieana bukannya dilahirkan pandai memasak, selama ini pun hanya pembantu rumah yang menyediakan makanan untuknya. Demi kerana menghormati Kamarudin sebagai suami, dia membeli buku-buku masakan dan melayari laman sesawang untuk mempelajari cara masakan-masakan melayu. Namun memang tidak pernah dimata Kamarudin melihat segala apa yang dikerjakan dirumah itu.
Merlieana merenung kearah telekung dan sejadah yang baru dibeli semalam, dan diletakkan diatas meja solek itu tanpa berusik. Renungannya agak lama, hatinya dilanda rawan. Pilu teramat, dia teringin sekali meminta Kamarudin mengajarinya solat dan mengaji, kerana sering kali dia melihat lelaki itu menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Namun dia yakin pasti Kamarudin tidak mahu mengajarnya, sedangkan melihat wajahnya sahaja Kamarudin tak sudi.
Menitis airmata kekesalan, selama ini hayatnya banyak dihabiskan dengan bersosial. Mabuk, menari dan berkaraoke lebih gemar menjadi pilihan. Selama ini solat hanya dipandang rendah olehnya, malah ajaran sembahyang yang diberi oleh ustazah ketika disekolah rendah tidak pernah diambil endah, bahkan mamanya sendiri tidak pernah mempraktikkan solatnya. Ketika berusia dua belas tahun, dia sudah dihantar belajar ke luar negara, hingga menyebabkan dia menjadi begitu liar, biarpun dia tidak menyerahkan tubuh badannya kepada lelaki namun pergaulan yang agak bebas memesongkan akhlaknya sebagai muslimah islam.
Terdetik dihati untuk mencari orang yang sudi mengajarnya bersembahyang.

Nubhan mencari kelibat Najihah dirumah mertuanya. Masuk kerumah tidak memberi salam, Puan Zaini lalu didepannya juga diendahkan, benar-benar menaikkan darah orang tua itu. Wajah Puan Zaini sudah berang menahan marah.
"Nubhan! Hang ni pasai pa? Tak ada adab ka, masuk rumah orang lagu ni?" Puan Zaini menengking menantunya dari arah belakang. Nubhan yang tadi seolah-olah mencari seseorang terus berhenti gerak langkahnya mendengar suara Puan Zaini mengalah tarzan.
"Mama, Nubhan minta maaf masuk tak beri salam tadi. Nubhan dapat tahu Jihah ada dekat rumah mama betul ke? Mana dia ma?" Soal Nubhan cemas, dia tahu tidak sepatutnya bertanya soalan itu pada mamanya. Berupa tidak masuk akal soalanya, seperti menbuka aib sendiri.
Pang! Satu tamparan singgah dipipinya yang masih ada kesan darah dan lebam akibat tumbukan padu Farish pagi tadi.
"Tau hang cari isteri hang na! Suami jenis apa hang ni??? Dah tau ada bini dok pi menggatai dengan betina lain pasai pa??? Kalau hang rasa nak hidup macam hang tu orang bujang, dulu tak payah pakat kahwin!" Berjeler bebelan Puan Zaini.
"Han tahu salah Han ma, berilah Han kesempatan memperbetulkan semua ni. Han menyesal diatas setiap perbuatan Han. Han minta maaf ma, izinkan Han jumpa Jihah." Nubhan melutut menghadap Puan Zaini, dia benar-benar menyesal diatas perbuatannya. Meskipun hatinya terlalu menyintai Merlieana dan tak sanggup kehilangan gadis itu, namun Najihah amanatnya kini. Apatah lagi dalam keadaan Najihah sedang sarat berbadan dua.
"Mama tak tau nak habaq lagu mana lagi Han. Kalau mama tau Han hanya nak buat hidup anak mama menderita, mama takkan pi jodohkan hang dengan Najihah. Hang pi lah bincang dengan Jihah. Depa ada dalam bilik tu. Kalau hang rasa rumah tangga ni tak ada jalan penyelesaiannya, Han lepaskanlah anak mama. Mama boleh jaga depa." Jelas Puan Zaini muktamad. Dia berlalu meninggalkan Nubhan diruang tamu. Bukan niat dihati untuk melukai hati menantunya. Tapi hatinya sendiri dah cukup terluka melihat penderitaan anaknya Najihah.

No comments: