Monday, 8 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 41


MERLIEANA hanya melepas pandang pada pantai yang mempunyai cerita dan rahsia tersendiri. Pantai yang setia bersama ombak menghempas pasir. Setiap kali ombak menghempas pasir, kedudukan pasir pasti beralih tempat. Seperti menangisi kesakitan dihempas sebegitu rupa. Begitu jugalah hatinya kini, dia terpaksa membiarkan badai menghempas hidupnya. Mungkin ini karma buatnya yang telah ia terima seadanya.
Kamarudin yang berdiri dibelakangnya merenung penuh erti kebencian. Perkahwinannya hanya atas dua dasar. Dia tidak mahu Merlieana menggangu gugat rumah tangga sahabat baiknya Nubhan dan Najihah serta untuk menyiksa kehidupan Merlieana yang baginya selama ini sudah cukup banyak memberi masalah kepada kehidupan Nubhan. Dia menghampiri gadis itu dengan perlahan.
"Kau nak apa? Sampai ajak aku jumpa dekat tepi sini?" Soal Kamarudin dengan nada kasar, sempat dia menonjol kepala Merlieana dari belakang.
Merlieana cuba bertahan biarpun sebelum ini dia tak pernah rela diperlakukan begitu. Namun kali ini entah kenapa jiwanya menjadi terlalu lemah, dan membiarkan orang sekelilingnya menginjak-injak dirinya.
"Kalau boleh aku tak nak jumpa kau langsung, dan tak nak muka kau. Tapi disebabkan anak dalam kandungan ni. Aku terpaksa jumpa kau." Jujur Merlieana tanpa memandang sekilas pun pada Kamarudin. Tumpuan lebih ditujukan pada lautan luas. Angin lembut dari pantai sering membantai wajah putih gebunya sehingga agak kemerahan itu. Perasaannya yang sedang menahan amarah turut menyumbang kepada wajahnya yang menjadi kemerah-merahan.
"Maksud kau?" Soal Kamarudin. Dia pantas berdiri benar-benar didepan Merlieana. Merenung wajah gadis itu, jantungnya derdetak laju. Sehingga kemarahan dan kekasaran umpama berubah menjadi lembut, pantas dia merenung kearah lain.
"Aku tahu kau takkan benarkan aku berjumpa dengan Nubhan dan paksa Nubhan untuk bertanggungjawab diatas anak kami. Jadi aku berserah dengan keputusan kau." Merlieana pasrah dengan takdirnya. Airmata yang hampir menitis ditahan semampunya.
"Apa yang buat kau setuju nak kahwin dengan aku ni? Kenapa, kau takut tak ada layanan untuk kau ke bila Nubhan jauh?" Herdik Kamarudin sambil tertawa sinis. Dia menyentuh lembut pipi gadis itu. Cuba menahan getar dihati.
"Aku tak pedulikan semua tu. Yang aku pentingkan, bapa untuk anak dalam kandungan aku ni. Aku taknak dia lahir tanpa bapa. Itu saja!" Bidas Merlieana kedengaran tegas. Tapi tidak pula pedulikan sentuhan Kamarudin itu.
"Baiklah! Kalau macam tu. Hujung bulan ni kita nikah tanpa ada sebarang persandingan." Ujar Kamarudin dengan megah berbaur arahan.
"Kalau itu yang kau nak, aku hanya turutkan." Merlieana akur dnegan takdir. Nubhan yang cuba dihubungi juga gagal. Hatinya kian terluka dengan tingkah Nubhan.
Kamarudin tersenyum puas dengan apa yang dimiliki kini. Percaturannya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Merlieana akan termaktub menjadi miliknya setelah akad berlaku.

NUBHAN merenung lemah kearah Nuur yang sedang terlantar tanpa sedar. Lelaki itu duduk dikerusi yang disediakan bersebelahan dengan katil Nuur. Dia tertunduk lemah memandang lantai. Tidak berhenti menyalahkan dirinya, menyebabkan kemalangan berlaku keatas Nuur.
'Maafkan saya Nuur, saya tahu semua ni salah saya. Kalau tak kerana saya benda ni takkan jadi. Saya janji akan usaha untuk awak.'
Sedang asyik merenung wajah gadis itu, doktor yang diarahkan merawat Nuur masuk ke dalam bilik pesakit tersebut.
"Selamat pagi Encik Nubhan." Sapa Doktor Firdaus lembut. Dia sudah terbiasa melihat Nubhan. Doktor Firdaus menganggap Nubhan adalah teman istimewa atau suami pesakitnya. Kerana sejak malam kelmarin hanya Nubhan yang setia berada disamping Nuur, dan menghilang sebentar untuk mencari ahli keluarga Nuur.
"Selamat pagi doktor." Jawab Nubhan lemah. Dia tahu Doktor Firdaus akan menanyakan soal ahli keluarga Nuur yang boleh mendermakan darah.
"Jadi macam mana Encik Nubhan, ada ahli keluarga pesakit yang boleh mendermakan darah?" Soal Doktor Firdaus sambil memeriksa keadaan Nuur yang masih terlantar dalam keadaan tidak sedar.
"Ahli keluarga dia sekarang adalah keluarga angkat. Saya tak dapat kesan dimana ahli keluarga kandung dia." Jawab Nubhan jujur dan agak lemah.
"Kalau macam tu, keadaan akan jadi lebih rumit. Untuk mencari sumber darah yang sama dengan jenis darah pesakit dihospital amat memakan masa. Sedangkan pesakit perlu melakukan operation secepat mungkin." Terang Doktor Firdaus yang turut punah harapan.
"Macam mana kalau doktor buat pemeriksaan pada saya? Boleh?" Soal Nubhan. Dia tahu itu harapan tipis tapi dirinya tidak putus harapan untuk melihat Nuur terus bernafas.
"Kalau macam tu, mari ikut saya ke bilik pemeriksaan darah." Doktor Firdaus tahu ini amat sukar namun dia juga tidak mahu operation diatas pesakitnya gagal.

ENTAH kenapa Puan Zaini jadi suka melihat Farish melayani anak kesayangannya Najihah dengan begitu mesra. Perasaan marah pada Nubhan mula bermukim, apabila terlintas difikirannya Nubhan seorang suami yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup meninggalkan isterinya yang berbadan dua semata-mata kerana kerja.
"Ma, awat dok menung lagu tu?" Soal Najihah pelik melihat mamanya yang sejak tadi memandang dia dan Farish tanpa kerdip.
"Tak ada apa eh. Mama cuma suka ja tengok hampa berdua lagu ni. Kalaulah dulu mama jo..." Kata-kata Puan Zaini tak sempat dihabiskan apabila Farish mencela.
"Macam mana dengan baju ni ma? Cantik tak? Farish yang pilih." Farish tidak mahu soal jodoh dipertikaikan lagi. Dia sudah cukup menerima Nuur sebagai jodohnya. Biarlah kisah cintanya dan Najihah menjadi kenangan lalu.
"Cantik." Jawab Puan Zaini sepatah. Dia agak terkilan apabila katanya disekat oleh bakal menantunya.
"Tak payah puji sangat pilihan Farish ni mama. Tengok baju yang Jaja beli pula, cantik tak?" Najihah sengaja mengusik Farish. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dirahsiakan oleh Farish. Sejak kebelakangan ini lelaki itu kelihatan lain, dan seperti merisaukan seseorang.
"Dua-dua cantik. Hampa berdua ni yakin ka, anak dalam kandungan tu lelaki? Semua baju yang hang beli pakat baju lelaki ja??" Puan Zaini turut membelek pakaian yang baru dibeli oleh Najihah dan Farish.
"Memang yakin mama. Tadi sebelum Farish bawak Najihah pergi beli baju, kami pergi scan baby dulu. Dan keputusannya memang boy." Jelas Farish penuh yakin. Dia tersenyum merenung wajah berseri Najihah.
"Cucu sulung mama lelakilah ni? Alhamdulillah. Tak kisahlah Jaja, anak hang lelaki ka perempuan ka, yang penting biaq dia sihat na. Itu paling penting." Puan Zaini menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya lagi pada Najihah. " Hang dengan Nubhan, sebenaqnya lagu mana? Awat mama tengok dia langsung tak ada call hang. Hang pun tak ada bagi khabaq berita dari dia? Hang dengan depa ada rahsiakan sesuatu ka dari mama?"
Najihah agak tertunduk menahan sebak. Mungkin ini masanya, dia menjelaskan segalanya pada ibunya. "Mama, maafkan ceq na. Ceq tak da niat nak sembunyi apa-apa dari mama. Ceq cuma tak mau Mama susah hati." Najihah pantas meraih tubuh Puan Zaini sambil diperhatikan oleh Farish.
"Apa maksud hang ni sebenaqnya?" Puan Zaini masih lagi tidak mengerti maksud sebenar Najihah.
Dengan perlahan Najihah menceritakan segala-gala yang berlaku dialam perkahwinannya sejak awal sehingga keretakan ini berlaku. Dan Najihah turut tekad mengatakan ingin membesarkan anak dalam kandungannya sendiri.
"Mama dah agak dah, mesti ada yang tak kena. Awat sampai jadi lagu ni. Ya Allah."

No comments: