Sunday, 7 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 40

MERLIEANA terduduk lemah mendengar keputusan doktor sebentar tadi. Airmata tidak pernah berhenti mengalir dipipi. Kenyataan itu benar-benar pahit untuk ditelan. Kenyataan itu membuatkan dirinya berasa begitu lemah.Kini harapan dia untuk hidup bahagia bersama Nubhan semakin pudar.
Kenyataan itu memaksa dirinya untuk menerima Kamarudin sebagai suami. Kenyataan itu memaksa dirinya untuk melupakan segala hasrat yang ingin digapai bersama Nubhan. Kenyataan itu memberikan kepahitan untuk diterima.
Merlieana berjalan lesu di pergigian pantai itu, airmata menjadi teman sejati. Merenung kearah dasar lautan yang biru. Memandang langit yang biru. Apakah dirinya bersedia untuk meninggalkan semua ini? Sempatkah dia menginsafkan dirinya? Semuanya bermain difikiran Merlieana. Segala kenangan bersama Nubhan berlegar di ruang ingatan. Apakah di bersedia untuk menghadapi semua ini.
Dahulu Zahiril pergi meninggalkan dirinya dan meragut seluruh kebahagian miliknya, setelah memiliki cinta Nubhan mengapa kini dia terpaksa pergi meninggalkan cinta itu?
Siapa yang ingin memeluk dirinya disaat ini, untuk memberi kekuatan hatinya yang rapuh?
Apakah ini balasan diatas setiap perbuatan kejinya?
Apakah sedar dirinya kini terlalu kejam?
Sempatkah dia memohon keampunan kepada diatas kesalahan terhadap orang-orang yang yang diperlakukan?
Sempatkah dia melihat anak didalam kandungan ini lahir? Biarpun usia kandungan itu telah mencecah enam bulan, tapi apakah sempat untuk melihat anak itu membesar? Sedangkan jangkaan hayat itu begitu singkat?
Semuanya bermain difikiran Merlieana.

NAJIHAH dan Farish pergi ke butik pakaian bayi bersama-sama. Apabila mendapat tahu anak didalam kandungannya adalah lelaki, Najihah begitu teruja untuk mempersiapkan kehadiran anaknya itu.
Semangat dia memilih pakaian berwarna biru disalah satu bahagian butik itu.
"Awak rasa yang ini sesuai tak Farish?" Soal Najihah semangat. Dia memandang Farish yang kelihatan banyak termenung. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Farish?" Tegur Najihah lembut.
Farish tersentak dan menoleh pada Najihah, dia menghadiahkan senyuman. "Ye Jihah. Ada apa?"
"Awak ok ke? Dari tadi saya perhatikan awak banyak berdiam diri." Najihah perasan sejak bertemu pagi tadi. Farish kelihatan lebih banyak termenung. Tidak banyak bercakap sepertia kebiasaan.
"Saya okey. Perasaan awak je tak." Farish berdalih. Sedangkan fikirannya saat ini ligat memikirkan siapa jejaka yang menjawab telefon Nuur malam semalam. Dia saat ini sifat cemburu telah bersarang didalam hatinya.
"Saya bukan kenal awak baru dua tiga hari lepas Farish. Saya tahu mesti ada yang tak kena kan? Awak ada kekasih ke? Entah-entah awak sedang risaukan kekasih awak tu kot." Sindiri Najihah. Najihah tidak tahu apa hubungan Farish dan kakaknya Nuur. Sangkaannya Farish tiada kekasih atau teman wanita.
"Tak ada apa-apalah Jihah. Saya betul-betul okey. Awak cari baju yang mana? Nak tengok." Farish menghampiri Najihah dan membelek pakaian yang dipegang gadisi itu.
"Saya ingat nak bagi dia pakai baju yang ni. Sebab kain dia lembut. Mesti baby ni suka." Luah Najihah dengan penuh kegembiraan.
Tiba-tiba Farish memeluk tubuh Najihah dari belakang, dan mengusap lembut perut buyut gadis itu. Jiwa nurani Najihah tersentap diperlakukan begitu, andai sahaja yang sedang memeluknya saat ini suami tercinta. Belaian Farish membuatkan dirinya terbuai dengan cinta Farish dahulu.
"Awak nak letak nama apa anak kita ni?" seloroh Farish lembut. Dia masih mengusap lembut perut gadis itu.
"Awak rasa?" Hanya itu yang terluah dibibir Najihah. Kerongkongnya terasa sesak untuk bersuara lagi.
"Muhammad Najib." Pantas nama itu meluncur dari bibirnya.
"Najib?"
"Ye, Naji untuk Najihah B wakil Nubhan." Jujur Farish.
"Sweetnya pasangan suami isteri tukan?" Tiba-tiba ada suara mencelah perbuatan mereka. Terlihat sepasang suami isteri memuji perlakuan mereka. Najihah dan Farish saling berpandangan.

"AWAT hang dok kalut lagu ni Nubhan?" Soal Puan Zaini lembut. Rindu benar dia dengan anak menantunya ini. Kata Najihah Nubhan pergi kerja luar di Kelantan.
"Mama saya perlukan bantuan mama sangat-sangat sekarang ni." Nubhan masih lagi kelihatan termengah-mengah, kerana baru saja lepas berlari dari kereta menuju kedalam rumah mertuanya itu.
"Bantuan lagu mana? Awat hang ni Nubhan? Cuba istigfar sat! Mama yang dok nengok lagu ni pun boleh naik pitam hang tau dak!" Marah Puan Zaini. Memang pantangannya apabila bercakap dalam keadaan yang kelam kabut.
"Nuur ma. Nuur accident." jelas Nubhan lemah.
"Nuur accident??? Lagu mana depa boleh accident???" Soal Puan Zaini cemas. Kerisauan mula terpancar dibibit wajahnya.
"Nanti Nubhan cerita pada mama. Apa yang penting sekarang ni. Kita kena tolong Nuur. Dia mengalami kecederaan parah dikepala, sehingga menyebabkan kehilangan banyak darah. Tabung darah hospital tak ada baki simpanan darah sama jenis darah Nuur. Doktor beritahu jenis darah seperti Nuur sukar dicari. Sebab tak ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai jenis darah tu. Jadi tabung darah hospital tidak ada simpanan lebih. Doktor minta pihak keluarga datang menghulurkan bantuan." Terang Nubhan panjang lebar. Saat ini ingatannya pada Najihah menerawang entah kemana.
"Mama tak boleh derma darah untuk Nuur, Han." Puan Zaini terduduk disofa berhampiran tempatnya berdiri.
"Kenapa ma? Nuur kan anak mama?" Nubhan berasa cemas dengan jawapan Puan Zaini. Mengapa ibu mertuanya tidak mahu beramal dengan anak sendiri?
"Memang Nuur anak mama, tapi Nuur bukan anak kandung mama Han." Jelas Puan Zaini perlahan.
"Apa maksud mama?" Lagi kejutan menimpa dirinya.
"Sebenarnya Nuur ibu ambil dirumah anak-anak yatim Han. Kata pihak kebajikan rumah anak-anak yatim itu, Nuur dikirim oleh seseorang yang bukan warga Malaysia ketika Nuur baru lahir. Mungkin orang yang mengirimnya itu orang Perancis, kerana dari loghatnya. Nuur dibesaqkan dirumah anak-anak yatim sehingga beusia dua tahun. Waktu itu Nuur dipanggil Puteri oleh pihak kebajikan. Tapi setelah mama mengambil dia sebagai anak angkat. Mama namakan depa Nuur Ameelina. Sebab mama jadikan dia sinar harapan kepada keluarga mama. Maksud nama Nuur Ameelina 'Sinar harapan'. Tak lama mama besaqkan depa, mama didapati mengandung setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa memiliki zuriat. Kehadiran Nuur memberi cahaya. Hakikatnya, Nuur bukan anak kandung mama Han. Jenis darah depa tak sama dengan jenis darah mama." Jelas Puan Zaini panjang lebar.
Terduduk Nubhan dikerusi. Fikirannya menjadi buntuh, harapan untuk menyelamatkan Nuur sudah musnah. Gugur setitis airmatanya meratapi nasib.
"Mama tahu keberadaan keluarga kandung Nuur?" Soal Nubhan pantas. Dia masih menaruh harapan.
"Mama tak tau Nubhan. Perempuan Perancis yang menghantar Nuur kerumah anak yatim juga, gagal dikesan." Jelas Puan Zaini lemah. Dia hanya melepaskan pandang pada lantai itu.
"Kalau macam tu Nubhan minta diri dulu ma. Ada benda penting yang Han perlu lakukan." Pantas Nubhan mengucup jemari tua Puan Zaini dan berlalu sebelum sempat Puan Zaini bertanyakan dimana hospital yang Nuur ditempatkan.
Puan Zaini terduduk mengenang nasib Nuur. Baginya Nuur anak yang pendiam, perahsia dan hanya menurut kata-katanya tanpa membantah. Biarpun Nuur tahu dia bukan keluarga kandung Zaini, dia tetap setia dan taat kepada Puan Zaini.

No comments: