PUAN ZAINI menutup pintu bilik anak kesayangannya Najihah dengan perlahan, setelah memastikan Najihah benar-benar tidur lena barulah dia keluar dari kamar anak gadisnya. Puan Zaini sempat tersenyum sendiri sambil berjalan keruang tamu, disana Farish sedang menanti.
Ketika diruang tamu dia melemparkan senyuman manis kearah Farish yang segak berseluar jeans, berbaju kemaja hitam, duduk sopan disofa empuk itu. Puan Zaini mengambil tempat disofa yang berhadapan dengan tempat Farish duduk.
"Mama ni nak ucap terima kasihlah kat hang Farish. Sebab hang sudi dok jagakan Jaja ni sejak hampa hantaq dia mai balik sini. Dah hampir dua bulan dah, hang tak putui-putui dok jaga dia. Tiap-tiap hari hang mai sini teman dia. Terima kasih ya Farish." Ujar Puan Zaini lembut.
"Apa yang buat tu tak seberapa, jika nak dibandingkan dengan ketabahan Najihah tu mama. Saya bersyukur sebab Najihah belajar untuk cekal dalam meneruskan kehidupan." Farish terpaksa merahsiakan rasa sayangnya yang masih membuak buat Najihah. Melihat wajah Najihah saban hari membuatkan cinta lama mula bertandang.
"Apa yang hang buat tu bagi mama cukup bermakna Farish. Kalau nak diharapkan si Nuur, memang tak jadi apalah. Dia tau ja Najihah nak mai, terui kemas barang keluaq rumah ni. Alasannya dia habaq mama nak pi duduk rumah kawan, dekat dengan tempat kerja. Dia pikiaq ma tak tau, sebenarnya dia memang tak mau jumpa Jaja." Puan Zaini kesal dengan sikap anaknya Nuur yang lebih memilih untuk tidak bertemu dengan adiknya itu.
"Janganlah mama berfikir macam tu, mungkin Nuur ada masalah. Kita tak tahu, kan?" Entah kenapa, agak tersentap disaat nama Nuur dibangkitkan. Hati Farish tiba-tiba berasa resah gelisah. Bagai ada yang tak kena berlaku pada Nuur.
"Farish mama ni mama dia. Walaupun mama tak lahirkan dia, tapi mama yang besaqkan dia. Mama tau isi hati dia lagu mana. Dia masih marahkan adik dia Najihah tu." Puan Zaini tetap dengan pendiriannya, dia kenal anak gadisnya.
"Kalau itu yang mama rasa, Farish tak ada hak untuk tidakkan. Tapi Farish sebagai tunang Nuur, Farish yakin ada sesuatu yang tersimpan didalam hatinya, yang sukar untuk dia luahkan. Farish dapat rasakan, sebab Farish kenal dah hampir lima tahun. Dia tu pakar pemendam." Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan Nuur yang sudah lima bulan gagal ditemui atau dihubunginya. Farish sendiri tertanya apa kesalahannya.
NUBHAN menjadi resah gelisah diruang menunggu. Bermacam-macam andaian bermain difikirannya. Bajunya yang habis dibasahi darah Nuur hanya dibiarkan. Keadaan Nuur yang longlai masih berlayar dimata. 'Ya Allah, aku bermohon padaMU selamatkanlah dia ya Allah. Selamatkanlah insan ini ya Allah. Aku tidak sanggup kehilangannya lagi ya Allah.' Aimata tak pernah berhenti sejak tadi. Telefon milik Nuur yang diberi oleh pihak berkuasa tadi berdering dan mengejutkan Nubhan sebentar. Nama 'my luvly fiancee' sebagai pemanggil terpapar diskrin telefon. Nubhan dengan berat hati menyambut panggilan tersebut.
"Asalamualaikum." Sapa pemanggil itu.
"Walaikumusalam." Jawab Nubhan perlahan.
Beberapa saat kemudian panggilan itu ditamatkan oleh pemanggil tadi. Nubhan tergamam sebentar dan memandang semula ke skrin telefon tersebut. Memang benar panggilan itu telah ditamatkan. Gambar di skrin telefon bimbit gadis itu menarik perhatiannya. Seorang lelaki yang begitu kacak dan segak tersenyum manis berpakaian melayu berwarna putih suci menjadi gambar hias telefon itu.
Nubhan tertanya-tanya siapakah lelaki yang bertuah itu. Sempat dia berdoa agar lelaki itu kekal bersama Nuur hingga hujung nyawa.
"Encik!"
Panggilan itu mematikan lamunannya, pantas dia memasukkan telefon Nuur kedalam poket seluar dan menoleh kearah pemanggil.
"Doktor! Macam mana dengan kawan saya?" Soal Nubhan cemas.
"Pesakit didalam keadaan yang amat kritikal. Peluang untuk dia selamat adalah lima puluh per lima puluh peratus. Pesakit tersebut banyak kehilangan darah. Tabung darah dihospital tidak mempunyai simpanan darah yang sama seperti jenis darah pesakit. Dan jenis darah seperti pesakit amat sukar ditemui, jika boleh saya berharap encik dapat mencari ahli keluarga yang mempunyai jenis darah sama seperti dia untuk membuat pendermahan darah kepada pesakit. Saya harap encik dapat cari dalam kadar segera. kerana jika terlewat, kami tidak dapat menjanjikan apa-apa." Jelas doktor tersebut.
"Saya akan berusaha untuk mencari ahli keluarga dia. Saya berharap encik dapat tolong saya. Beri saya masa untuk pergi mencari ahli keluarganya. Lakukan apa sahaja asal dia dapat bertahan." Mohon Nubhan dengan titisan airmata.
Doktor itu memegang bahu Nubhan lembut. " Saya akan cuba sedaya upaya saya encik. Selainnya berserahlah pada Yang MAHA berkuasa untuk menentukan segalanya." Nasihat doktor itu pada Nubhan.
"Baiklah doktor. Boleh saya tengok dia sekejap?" Nubhan meminta izin untuk melawat Nuur sebelum pergi mencari ahli keluarga gadis itu.
"Silakan, tapi jangan terlalu lama."
NUBHAN merenung lembut kearah Nuur yang tidak masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tubuh gadis itu masih berlumuran darah, wajah gadis itu terlindung dengan bekas bantuan oksigen. Wajah yang selama ini kelihat berseri dan ayu dengan senyuman kini hanya pucat lesi tidak bermaya.
"Nuur, maafkan Nubhan. Semua ni salah Nubhan. Kalau Nubhan tak melintas masa tu, tak mungkin perkara ini terjadi. Nubhan akan usahakan untuk mencari keluarga Nuur. Nuur perlu kuat ye. Nubhan yakin Nuur kuat untuk hadapi semua ni." Nubhan merenung lembut wajah itu. Wajah yang sewaktu dahulu sering menghiburkan dirinya disaat waktu duka, sering mengelap airmatanya dengan gurau senda.
No comments:
Post a Comment