Tuesday, 2 April 2013

Aku Pengganti Itu Episod 37




"KAMU betul-betul memalukan papa Amar. Apakah didikan papa selama ini tidak cukup untuk kamu berfikir secara rasional. Apakah didikan papa selama ini tidak cukup untuk kamu berfikir baik buruk sesuatu??" Datuk Hasan benar-benar kecewa dengan putera tunggalnya Kamarudin. Terasa didikan dia selama ini hanya sia-sia.
"Maafkan Amar papa. Amar tak sangka perbuatan Amar dan dia boleh terlanjur sehingga terjadi sebuah maksiat itu papa. Maafkan Amar. Tolong izinkan Amar bertanggungjawab diatas apa yang telah Amar lakukan terhadap Merlieana." Kamarudin tekad untuk menikahi Merlieana. Diat tekad untuk membalas dendam terhadap Merlieana.
"Jika itu yang kamu rasakan yang terbaik. Papa izinkan Amar. Papa pun dah tak tahu nak cakap apa. Yang pasti papa taknak perkara ini sampai ke pengetahuan mama kamu. Jika terjadi, papa yakin mama kamu akan menjadi penghalang utama pernikahan kalian. Tinggalkan papa sendirian. Papa tak mahu diganggu." Datuk Hasan perlukan masa untuk menerima semua itu. Dia perlukan masa untuk menerima hakikat sikap sebenar Kamarudin.

FARISH menghulurkan sebotol air mineral pada Najihah. Kehadiran gadis itu kerumah itu benar-benar memberi kejutan.
"Saya minta maaf sebab menyusahkan awak Farish." Terdetik rasa menyesal dihatinya kerana bertandang kerumah Farish. Namun perasaannya dukanya yang membawa Najihah kerumah lelaki itu. Mungkin hanya Farish yang mampu memberi ketenangan padanya disaat ini.
"Tak apa, cuma saya nak tahu kenapa awak datang dalam keadaan macam ni? Dengan beg baju yang besar ni. Malam-malam hari macam ni. Awak okey ke?" Farish dapat merasakan sesuatu telah berlaku didalam rumah tangga Najihah. Kerana Najihah telah menceritakan segala-gala yang berlaku didalam rumah tangga mereka.
"Saya dah keluar dari rumah tu wak. Saya dah tak sanggup nak duduk situ lagi. Nubhan masih ada hubungan dengan Merlieana yang saya cerita tu." Menitis jua airmata yang ditahan sejak tadi. Sudah hampir satu malam wajah itu dibasahi airmata.
"Ya Allah, Najihah bersabar wak. Jangan menangis macam ni, saya ada dekat sini. Please. Saya tak sanggup tengok airmata ni menitis lagi. Cukup saya yang buat awak kecewa dulu. Kita akan selesaikan masalah ni bersama. Saya janji akan bersama dengan awak dalam mengharungi dugaan ni. Tapi tolong, jangan menangis lagi." Farish tidak kuat untuk melihat airmata itu menitis. Dia yang duduk disofa berhadapan Najihah ingin sekali memeluk gadis itu untuk menghilangkan sedikit kesedihan, namun takut anggapan Najihah pula yang akan bercanggah.
"Saya dah tak tahu nak buat apa Farish. Saya dah tak kuat lagi. Dah bertahun-tahun saya bersabar. Tapi kenapa sehingga kini masih tidak berakhir derita ini. Saya sangka tempoh dua tahun itu dah cukup untuk buat dia lupakan Merlieana, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Bahkan sekarang ni dia sedang hanyut menyemai cinta dengan perempuan tu. Hati saya hancur Farish, hati saya dah hancur sangat-sangat. Kenapa orang yang saya sayang mesti kecewakan saya? Kenapa Farish?" Najihah sudah tidak lagi mampu bertahan, hanya pada Farishlah buat masa ini tempat untuk dia meluahkan segala yang selama ini dia pendamkan. kekecewaannya hanya Farish yang tahu dan fahami. Dia merenung tepat dan penuh kesayuan kearah Farish.
"Setiap dugaan yang datang dari DIA, kerana DIA sayangkan kita. DIA tidak mahu kita jauh dari DIA. Tempat yang harus kita meminta dan berdoa hanyalah pada DIA. Bersujudlah Jihah, kerana hanya DIA tempat kita meminta bantuan. Pintalah dia sebuah petunjuk dan jalan yang terbaik didalam rumah tangga awak. Saya hanya mendengar dan membantu yang termampu, tapi DIA lebih MAHA berkuasa dalam menentukan sesuatu. Sujudlah padaNYA Jihah, sujudlah." Nasihat Farish penuh ikhlas, dia memahami situasi Najihah. Namun dia sedar dirinya hanyalah manusia biasa, hanya mampu mendengar rintihan namun tidak mampu melakukan apa-apa.
"Andai ini dugaanNYA untuk menduga ketaatan saya padaNYA, saya redha. Tapi saya juga memerlukan awak untuk memberi dorongan pada saya demi meneruskan kehidupan. Saya pasrah andai ditakdirkan DIA, saya akan bergelar ibu tunggal. Saya akan cuba kuat Farish." Najihah pasrah dengan ketentuan Illahi. Demi anak didalam kandungannya, dia perlu kuat dalam menghadapi laluan ini.
"Awak mengandung Jihah?" Soal Farish pantas.
"Ye. Kandungan saya dah hampir enam bulan Farish. Tiga bulan dari sekarang anak dalam kandungan ini bakal lahir. Yang menjadi pertanyaan saya, apakah saya kuat untuk melahirkannya sedangkan disaat itu saya amat memerlukan Nubhan disisi saya." Najihah mula tersedu-sedan semula.
Farish tidak dapat menahan lagi, pantas dia menghampiri Najihah yang duduk berhadapannya. Farish menarik Najihah kedalam dakapannya. Dia yakin saat ini Najihah benar-benar perlu ditenangkan.
"Awak jangan macam ni Jihah. Kuat! Awak kena kuat. Saya janji dengan awak, disaat awak melahirkan anak ini, ayah dia pasti ada disisi awak dan temani awak. Itu janji saya."

No comments: